SEBENARNYA KEMISKINAN DI MALAYSIA JAUH > TINGGI – PHILIP ALSTON WAKIL PBB

Masalah Kemiskinan di Malaysia – Punca dan Penyelesaian.

PBB sifatkan peratusan kemiskinan Malaysia tidak realistik

Rahimah Abdullah, Astro Awani |  Ogos 23, 2019 18:15 MYT

Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah. - Astro AWANI

Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah. – Astro AWANI

Prof Mohd Nazari Ismail, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

Baru-baru ini kenyataan wakil khas pelapor PBB Philip Alston telah membuat ramai dari kita terkejut. Ini kerana beliau mengisytiharkan kaedah yang digunakan untuk menentukan kadar kemiskinan di Malaysia adalah tidak sesuai serta tidak memberikan gambaran sebenar tentang keadaan kemiskinan di negara kita. Menurut beliau kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia adalah tidak wajar kerana berpandukan kepada garisan kemiskinan yang tidak realistik (iaitu RM980 sebulan bagi satu keluarga yang mempunyai empat ahli). Akibat dari penggunaan kaedah ini, kadar kemiskinan di Malaysia adalah hanya 0.4 peratus dan dengan itu memberikan gambaran bahawa Malaysia seolah-olah telah berjaya menghapuskan terus masalah kemiskinan sedangkan negara negara Eropah, Jepun dan Amerika masih terbelenggu dengan masalah kemiskinan.

Sebenarnya situasi berbeza ini adalah akibat dari penggunaan kaedah pengiraan yang berbeza. Di negara lain, kaedah yang digunakan adalah `kemiskinan relatif’ (relative poverty) di mana sesuatu keluarga dikatakan miskin jika pendapatan adalah kurang dari jumlah 60 peratus dari pendapatan median di dalam negara tersebut. Akibat menggunakan cara pengiraan ini, 17 peratus rakya Amerika dilaporkan miskin. Di Jepun pula, angkanya ialah lebih kurang 16 peratus.

Sebenarnya jika kaedah pengiraan yang sama digunakan di Malaysia, lebih kurang 20 peratus rakyat Malaysia adalah miskin kerana 60% peratus dari pendapatan median (iaitu RM5228 pada tahun 2016) adalah RM3136. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia berpendapatan bawah dari RM3136.

Sebenarnya kaedah yang digunakan sekarang di Malaysia dimana garis penetuan kemiskinan adalah sebanyak RM980 adalah langsung tidak munasabah terutama sekali bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh kos sewa sebuah flet dua bilik di Seksyen 17 Petaling Jaya ialah lebih dari RM1000 sebulan. Ini belum lagi masuk kos makanan, pakaian dan pengangkutan. Adalah tidak masuk akal menyatakan bahawa keluarga yang berpendapatan atas dari RM980 sebulan adalah tidak lagi tergolong di dalam kategori miskin.

Sudah sampai masanya kerajaan mengakui bahawa keadaan kemiskinan di negara kita sebenarnya amat tenat. Kerajaan juga perlu mengenal pasti apakah punca kepada masalah kemiskinan ini tanpa perlu menuding jari kepada kerajaan BN yang lepas dalam hal ini. Ini kerana punca sebenar masalah ialah sistem ekonomi dan kewangan kita yang bertunjangkan kepada industri hutang atau amalan Riba.

Amalan sistem perbankan negara kita adalah sama dengan sistem perbankan di negara barat dimana bank akan sentiasa mencipta wang baru’ apabila ia memberi hutang kepada pelanggannya. Industri perbankan sebenarnya tidak memerlukan kepada deposit dari mana-mana pihak untuk ia memberi hutang kepada pelanggannya. Bahkan hutang yang diberikan itu akan direkodkan sebagai deposit di dalam akaun peminjam untuk menunjukan situasi seolah-olah depositnya adalah tinggi dan bahawa deposit ini lah menjadi sumber dana untuk ia memberi hutang. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh The Bank of England dalam satu penerbitannya iaituThe Bank of England Quarterly Bulletin; 2014’. Perkara ini juga boleh disahkan dengan melihat rekod perakaunan bank setiap kali pinjaman atau pembiayaan diberikan.

Akibat dari jumlah wang baru yang banyak diciptakan oleh sistem perbankan, maka kos barangan meningkat dengan cepat. Pada masa yang sama syarikat dan kerajaan yang juga banyak berhutang dengan sistem perbankan akan berusaha untuk memastikan upah atau gaji yang diberikan kepada pekerja adalah rendah. Apabila kos barangan meningkat dengan cepat sedangkan gaji dan upah tidak meningkat pada kadar yang sama, maka timbullah masalah `kenaikan kos sara hidup’. Tidak hairanlah ramai dari rakyat Malaysia terjebak dengan masalah kemiskinan dimana pendapatan sebanyak RM3000 adalah masih tidak mampu untuk menyara sebuah keluarga, terutama di bandar-bandar.

Sebenarnya jika industri hutang atau sistem perbankan kita terus berkembang maka masalah kemiskinan di negara kita bukan sahaja mustahil diselesaikan bahkan akan menjadi lebih teruk.

Namun untuk memastikan sektor perbankan tidak berkembang dengan cepat memerlukan perubahan nilai masyarakat supaya gaya hidup mereka akan tidak membuat mereka berhutang kepada industri perbankan untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya. Perubahan nilai ini bukannya mustahil dilakukan. Ia hanya perlu kepada kefahaman tentang bahaya industri hutang dan juga pandangan hidup (world view) yang menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup sebenar dan bukan nya pemilikan harta di dunia. Kita juga perlu memupuk nilai Islam yang tulen di mana amal soleh yang banyak serta akhlaq yang baik adalah kayu ukur kejayaan seseorang individu atau masyarakat dan bukannya kekayaan material semata-mata.

KEKATA BERERTI HARI INI !

AGAMA SAHAJA TIDAK LENGKAP TANPA DISOKONG OLEH SAINS. MENGAPA ? ………..KERANA SAINS MENGESAHKAN KEBENARAN DALAM AGAMA DENGAN MEMBAWA BUKTI TANDA TANDA KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH SECARA KONKRIT DAN NYATA.

BEGITU SAINS JUGA TIDAK KUAT UNTUK MENGIMARAHKAN AGAMA TANPA DIPERLENGKAPKAN DENGAN EKONOMI. MENGAPA ? ….KERANA EKONOMI BIDANG YANG MENGIMARAHKAN ALAM DENGAN MEMPERGUNAKAN DAPATAN DAN PENEMUAN BERDASARKAN KAJIAN SAINS. TANPANYA SAINS AKAN TINGGAL TINGGAL KAJIAN SEMATA TANPA ADA USAHA UNTUK MENGELUAR DAN MENUKAR BAHAN MENTAH NENJADI BARANGAN SIAP. SEMUANYA INI AKAN DIGERAKKAN OLEH SIAPA ? SUDAH TEBTU MEMERLUKAN GOLONGAN PENGUSAHA YANG GIGIG DAN KREATIF UNTUK MENDIRIKAN KILANG KILANG BAGI MENGELUARKAN BARANGAN. HANYA DENGAN IN8 AGAMA AKAN JADI TENAGA PENTING DALAM USAHA MEMBANGUNKAN BANGSA DAN NEGARA. JIKA KITA MENAFIKAN INI SEMUA DAN HANYA MEMENTINGKAN AGAMA SAHAJA TUNGGULAH KEDATANGAN PARA PENJAJAH YANG AKAN MENJARAH BUMI KITA. KITA AKAN MELIHAT HASIL BUMI KITA DIANGKUT KELUAR. KITA HANYA MENJADI PEKERJA SAHAJA SEDANGKAN PARA PENJAJAH TERUS MEMUNGGAH KEKAYAAN KITA.AGAMA TANPA SAINS, EKONOMI DAN KEUSAWANAN AKAN MELEMAHKAN KITA DAN MENJADIKAN KITA UMAT YANG BEKU DAN JUMUD.

PERTAMA KALI PAUS PEMBUNUH MUNCUL DI PERAIRAN TERENGGANU

Paus pembunuh muncul di perairan Terengganu
BERNAMA | | 17 Julai 2019

Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada Selasa.

KUALA TERENGGANU – Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada Selasa.

Kemunculan paus itu disedari beberapa kakitangan Petronas dan video berdurasi 30 saat dan detik bersejarah itu berjaya dirakam kakitangan pelantar itu.

Ketua Cawangan Mamalia Marin, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa mamalia itu adalah Paus Orca atau nama saintifiknya Orcinus Orca.

“Mengikut rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Paus Orca tidak pernah muncul di Terengganu dan tarikh 16 Julai 2019 adalah rekod pertama paus itu muncul di perairan ini.

“Kami percaya kedua-dua mamalia marin itu adalah sepasang paus jantan dan betina yang menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi mereka,” katanya.

Saiz paus itu dianggarkan antara enam hingga lapan meter dengan anggaran berat 5,000 hingga 6,000 kilogram setiap satu. Mengulas lanjut, beliau berkata Paus Orca itu sangat digeruni kerana ia adalah pemangsa teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung serta mamalia marin lain termasuk anjing laut dan ikan lumba-lumba.

“Ada kalanya paus ini juga menyerang manusia seperti kejadian yang sering berlaku di luar negara. Paus ini mula menjadi perhatian umum dan dibela dalam kurungan bermula tahun 1960-an sehingga hari ini.

“Sesetengah negara yang mempunyai taman tema akuarium laut seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun, mereka melatih paus ini supaya lebih mesra dengan masyarakat dengan tujuan konservasi, pendidikan dan pertunjukan,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38428/BERITA/Nasional/Paus-pembunuh-muncul-di-perairan-Terengganu?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Paus pembunuh muncul di perairan Terengganu&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

PERTENTANGAN ANWAR VS AZMIN SEMAKIN SERU DAN MERUNCING !!!

The end of PKR: Azmin lashes out at Anwar, tells him to “look in the mirror”

July 17, 2019 6:50

 

TTF was previously told that Azmin may have been involved in a sex scandal with PKR president Dato’ Seri Anwar Ibrahim where a clip featuring the duo in a sex act against the order of nature has yet to surface. Source (pic): TTF Files

Anwar was previously found guilty of sodomy and was sentenced to jail before the remainder of his sentence was remitted by the Yang di-Pertuan Agong through a royal pardon.

The pardon, however, did not amount to the PKR president’s conviction being overturned, meaning, Anwar is as yet a convicted sodomite.

The authorities are at this very moment in possession of a video clip featuring someone believed to be Anwar engaged in sexual acts against the order of nature with another man.

MESEJ KEPADA DSAI SEBELUM MENJADI PM

DSAI sangat kemarukan hendak jadi PM. Sebelumnya pada tahun 1980 hampir 4 dekad lalu beliau meninggalkan ABIM kerana hendak terjun dalam dunia politik kepartian dengan menyertai UMNO. Tujuannya tidak lain dan bukan memang hendak menanjak di puncak kuasa iaitu menjadi PM. Beliau nyaris berjaya. Namun tidak kesampaian. Setelah 40 tahun bergelut dalam dunia politik, cita citanya penuh dengan ranjau . Ada sahaja musibah yang menggalang. Apakah penyebabnya ? Sedangkan Tun Dr Mahathir telah menjadi Perdana Menteri masuk kali kedua.Kali pertama 22 tahun. Dari tahun 1982 – 2004. Kali kedua Mei 2018 hingga kini.

Persoalannya kenapa Anwar bin Ibrahim tidak dapat jadi PM.Cara yang mudah untuk menjadi PM ialah DSAI mesti menjadi TPM dulu.Kini dijawat oleh isterinya Dr Wan Azizah.Sedangkan Wan Azizah tidak ada apa apa jawatan dalam partinya Partai Keadilan Rakyat.Kenapakah DSAI tidak bersedia untuk jadi TPM dahulu. Masalahnya beliau hendak terus jadi PM juga. kONONNYA ITU ADALAH HAK MUTLAK BELIAU !