Tujuan Sebenar Dakwah Dr Zakir Naik Bukan Ke atas Non Muslim tetapi………….

Dr.Zakir Naik akan menimbulkan kontroversi ke mana saja dia pergi kerana dakwahnya menggunakan kaedah perbandingan agama yang pasti akan menyakitkan hati penganut agama lain. Beliau juga terpalit dengan beberapa kontroversi lain;

 

a. Pada tahun 2004, ketika pertemuan di University of Melbourne, Dr.Zakir menyamakan pakaian yang berkonsep barat akan membuatkan wanita dirogol

b. Dr. Zakir Naik juga mengkritik secara lantang teori Darwin yang menyatakan manusia berasal dari monyet. Ini kerana kisah Nabi Adam as. sebagai manusia pertama menjelaskan yang teori Darwin itu salah.

c. Beliau didakwa menyokong perjuangan Osama bin Laden dalam ucapannya; “jika bin Laden melawan musuh-musuh Islam, saya menyokong dia. Jika dia menakutkan Amerika – pengganas terbesar dunia – saya menyokongnya.”

d. Beliau didakwa menggalakkan jihad dalam ucapannya yang mengajak orang Muslim supaya berjihad menentang musuh-musuh Islam.

e. Dr. Zakir juga mengkritik pembinaan tokong, kuil dan gereja dalam negara yang majoritinya Islam kerana Buddism, Kristian atau Hindu bukan agama yang benar.

f. Dr.Zakir Naik juga memegang pandangan jika seseorang itu murtad, beliau layak dibunuh jika orang itu mengajak orang Muslim menjauhi Islam.

DR. ZAKIR NAIK DILINDUNGI DI MALAYSIA

iluminasi zakir naik malaysia india dakwah islam3

Pada ketika ini, Dr. Zakir Naik sebenarnya sedang diburu oleh pihak berkuasa India menerusi India National Investigation Agency atau NIA. Beliau mendapatkan perlindungan di negara kita kerana beliau tahu, beliau akan diseksa jika ditangkap dan dihantar pulang ke sana.

Hidup dalam buruan, Dr. Zakir Naik menjadikan Arab Saudi sebagai pusat transit beliau untuk ke Indonesia dan Malaysia. Pihak NIA telah memohon kerjasama kerajaan Arab Saudi untuk tidak membenarkan Dr. Zakir Naik terbang dari negara itu, selepas pelbagai saman yang dikeluarkan tidak dilayan beliau.

Setakat ini, hanya dua negara menghalang kemasukan beliau ke negara mereka iaitu Kanada dan United Kingdom. Di negara kita pula, kumpulan gerakan HINDRAF atau Hindu Rights Action Force sedang berusaha menggunakan kuasa mahkamah untuk membuatkan Dr. Zakir Naik dikategorikan sebagai penggugat keselamatan negara kita.

Sebenarnya tujuan utama Dr Zakir Naik  berdakwah  kerana apa ? Jawapannya dalam  ayatnya beliau sendiri :

“Terlalu ramai orang Muslim yang ragu-ragu dengan agama mereka sendiri sehinggakan mereka merasa Islam sudah tidak relevan pada zaman sekarang.”

PAKATAN RAKYAT >>>PAKATAN HARAPAN >>>MALAYSIA BARU >>>>>HARU BIRU ?????

 

Rizanizam Abdul Hamid dan Veena Babulal
mrizanizam@nstp.com.my

DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pemimpin DAP tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.

Menurutnya, pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkannya daripada kegagalan, mengamalkan demokrasi olok-olok, kakistokrasi (pemerintahan paling teruk) dan kleptokrasi global.

“Pemimpin DAP menjadi kerajaan kerana kita boleh memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi dan kleptokrasi global.

“Pemimpin DAP sama ada di dalam kerajaan atau di luar, tidak akan ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia Baharu ditinggalkan.

“Pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya, hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, berbanding MCA, DAP mahu pemimpin dan ahlinya berpolitik untuk berkhidmat kepada negara dan bukannya untuk diri sendiri sama ada untuk kekayaan, mendapat hak milik atau kedudukan.

“DAP adalah parti berbilang kaum untuk kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Malaysia, dan bukan mono-etnik (satu etnik) seperti dalam kes MCA.

“Kami mewakili semua rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli manakala MCA mewakili atau mendakwa untuk mewakili hanya orang Cina di Malaysia,” katanya.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila masyarakat melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan

REFORMASI &TRANSFORMASI DALAM IGAUAN ! KITA MASIH DITAKOK LAMA !!!

Masih begitu?

Pak Tam di Charok Kit
Masih motong getah
Muniandi di Padang Lembu
Masih mengecop tandan kelapa sawit
Ah Tiam di Titi Akar
Masih kutip sekerap

Nak dapat sepuluh dua
Merah biji mata mereka
Keringat berseka di muka
Berpuluh tahun berusaha
Masih di takuk lama

Pak menteri Pak Y.B.
Bertukar kerajaan
Bertukar tangan
Bertukar posisi
Bertukar sisi
Bertekak di parlimen
Pelbagai isu, berbagai sentimen
Macam nak keluar lidah
Ada yang marah-marah
Ada yang suka berseloroh
Ada yang buat lawak bodoh
Bertengkar macam budak tak baligh
Macam-macam benda ditagih

Tapi masih berkot, bertali leher
Di kerusi empuk berhawa dingin
Gaji dan elaun tetap beribu-ribu

Kata Pak Menteri
Penuh berseni
Memberi idea berperi-peri
Pak tani kena motong getah sendiri
Walaupun musim hujan tak henti

Kata timbalan menteri
Pak nelayan mesti berinovasi
Supaya pendapatan tinggi
Kata Y.A.B. pekebun mesti berjati diri
Supaya ada upaya diri, berdikari

Mudahnya cakap nak bagi motivasi
Sebab tak kena batang hidung sendiri

Hidup Y.B. mudah
Kalau susah-susah
Lompat ke sebelah
Biarlah orang kata tak tentu arah
Dikata katak pun tak marah
Kan hidup mesti berubah
Tak salah walau tak bermaruah

Gaji Abang Ali kerani kilang papan
Naik RM1050.00 tahun depan
Kerja dah beratus bulan
Dah lama, masih minimum bertahan
Ikat perut hingga ke hujung bulan

Abang Din peon sekolah, sedih berkata….
….depa kata padan la gaji hang macam tu,
dulu hang tak mau belajaq tinggi-tinggi…
Depa tak tau Abang Din ada Ijazah
‘Degree Second Class Upper”

Kesian Pak Tam
Kesian juga Ah Tiam
Sedih Muniandi
Sedih juga abang Ali kerani

Kata ustaz berceramah sana-sini
Itu semua rezeki Tuhan beri
Kena reda hati

Rezeki pak menteri
Rezeki petani….
Sampai bila begini….

ABi
Taman Ria Jaya
18.12.18

Image may contain: one or more people, cloud, sky, grass, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

 

KHAIRY MOHON PRES UMNO ZH UNDUR SECARA TERHORMAT !

 

 

Kampung Kinjang pioneer in Desa Harapan programme

DECEMBER 18, 2018 @ 4:40PM
BY BERNAMA

TAPAH: Kampung Kinjang, Chenderiang here has been chosen as the pioneer project location for the Desa Harapan (Village of Hope) Programme which aims to develop villages and improve the standard of living of rural communities.

Rural Development Minister Datuk Seri Rina Mohd Harun said the program was an effort by the ministry to boost development in rural areas through strategic collaborations between the government and private sector.

“Sekiranya kawasan kampung menjadi tempat yang mempunyai sumber pendapatan yang berterusan, penduduk kampung terutamanya golongan belia tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ini seterusnya membolehkan proses kemajuan kampung dilaksanakan sendiri oleh penduduk kampung tersebut,” katanya.

TINDAKAN KELUAR UMNO ATAU MELOMPAT PARTI MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT

 

Keluar UMNO: Bersih Tuntut Pilihan Raya Semula

(MG) – Pilihan raya perlu dilakukan semula susulan tindakan besar-besaran wakil rakyat UMNO sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen meninggalkan parti itu.

Sekretariat Bersih Sabah berkata, pilihan raya harus dibuat semula bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan calon yang tepat bagi kerusi tersebut yang lebih berprinsip dan jujur kepada perjuangan membela rakyat.

Menurutnya, tindakan wakil-wakil rakyat yang keluar parti secara beramai-ramai itu disifatkan sebagai perbuatan curang dan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Ini kerana, rakyat memilih wakil-wakil rakyat berdasarkan manifesto serta platform parti politik yang mereka wakil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...