Lawatan DAP Ke Bumi Mesir dan Jordan – Apakah Agenda Disebaliknya?

UMNO telah lama mempunyai rangkaian pejabat perwakilan pelajar di luar negara.Kelab-kelab UMNO ditubuhkan di seluruh dunia.Sering mereka menghantar perwakilan sempena perhimpunan Agong UMNO. Perkara itu dianggap lumrah apabila menyentuh parti kerajaan atau pemerintah. Usaha ini juga sebagai ikhtiar untuk mencari barisan pemimpin pelapis demi proses peremajaan parti yang sangat perlu untuk masa depan.

Apabila PAS berbuat perkara yang sama ia dianggap sesuatu yang salah dan dituduh dengan berbagai-bagai label seperti menghasut dan memburuk-buruk kerajaan. Dalam politik demokrasi ini adalah perkara  biasa yang  diterima dan diamalkan di seluruh dunia. Ia menjadi kepelikan dalam politik Malaysia yang didominasi oleh UMNO sejak sebelum merdeka. Ia seolah-olah menjadi suatu ideologi yang dipaksakan tanpa pilihan.Tak semestinya orang yang menghadiri ceramah pembangkang menyokong pembangkang.Rakyat ingin mendengar manakah yang terbaik.

Pembangkang ada peranannya dalam  sebuah negara yang berdaulat yang mengiktiraf hak-hak rakyat. Lebih-lebih lagi parti pemerintah. India dengan jumlah penduduk hampir 1000 juta menjadi model terbaik dalam amalan demokrasi. Parti pembangkang mendapat hak dibolehkan menggunakan media sebaran am negara dan menerbitkan akhbar sendiri. Ia berlaku tanpa banyak kerenah birokrasi dan sekatan yang menggugat.Dilaksanakan menerfusi berbagai akta yang ketat  dan serba mengongkong.

Sebenarnya amalan meraikan kepelbagaian adalah sesuatu yang sehat dalam proses demokrasi.  UMNO di zaman awalnya sangat demokratik dalam memilih pemimpin.Wujud pertandingan dalam memilih pemimpin dari peringkat bawahan “grass root” hingga ke atasan. Kini setelah dasar penswastaan dan pengkorpratan keadaan berubah. Kuasa dihubungkan dengan pulangan ekonomi. Institusi kerajaan dianggap monopoli dan mutlak parti pemerintah.

Berbeza pendapat dan pandangan dianggap musuh. Indonesia di zaman Suharto mengamalkan corak konopnnya demokrasi terpimpin tetapi sarat dengan undang-undang  yang sangat ketat. Apakah hasilnnya ? Negara rosak dan aklhgirnya pemerintah tersungkur. Indonesia membetulkan sistem pemerintahan dan kembali kepada landasan demokrasi yang meraikan pilihan rakyat secara harmoni.

Politik yang dikawal rapi   menjadikan kebebasan  semakin tertutup. Instrumen dan institusi kerajaan menjadi tidak bebas seolah-olah seperti mesin dan robot. Demokrasi disalah guna untuk kesewenangan pihak yang berkuasa dan yang memerintah semata-mata. Agak pelik bagaimana perkara ini berlaku dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan sistem DEMOKRASI yang paling asasi.Sistem  yang membenarkan rakyat memilih yang terbaik tanpa paksaan.

Kecualilah dalam negara yang mengamalkan sistem raja mutlak seperti Saudi Arabia, Junta tentera seperti Mesir, Iraq di zaman Sadam Hussein dan sistem komunis di China. Rusia kini dan negara -negara Eropah Timur tidak lagi terkongkong di bawah kediktatoran mutlak  dan mula melangkah ke alam demokrasi yang membenarkan perbezaan pendapat dan kebebasan untuk memilih. Demokrasi bukan autokratik atau kediktatoran. Begitu juga dengan kuasa berlebihan yang mengatasi   undang-undang juga bukan ciri demokrasi.

Bahkan corak pemonopolian kuasa secara melampau merupakan amalan  demokrasi yang tempang dan sakit. Justeru dalam sistem demokrasi parti pemerintah dan pembangkang wajar diberi padang yang sama rata dan referi yang adil untuk bergerak. Jadi tidaklah menjadi kesalahan bagi parti-parti pembangkang menghantar wakil-wakil mereka untuk berjumpa dengan para pelajar iaitu pengundi muda di luar negara. Kunjungan mereka wajar diterima kerana mereka juga rakyat Malaysia yang mempunyai hak menyampaikan  pandangan dan cita-cita untuk Malaysia yang cemerlang.

Apakah tujuaan sebenar parti politik DAP berkunjung ke Mesir dan Jordan? Adakah mereka bertujuan untuk merekrut ahli-ahli baru daripada kalangan mahasiswa Malaysia di sana ? Melihat kepada trend bertambahnya bilangan anak-anak muda Melayu kini yang memasuki parti itu perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Terpulang kepada para pelajar untuk menimbang yang mana intan yang mana kaca. Mana pemimpin yang berwibawa mana yang sekadar memainkan politik lama atas nama taat setia yang melulu dan bersifat fanatik semata-mata. Pedoman Al Quran menyatakan orang yang beriman mendengar semua pandangan dan ikut  yang paling baik ( Azzumar 39 : 18 )

dap 3dap 2dap

Unity Government dan respons Niz Aziz

Niz Aziz telah pergi meninggalkan kita. Beliau antara individu yang terlibat dalam kerajaan perpaduan  antara PAS dan UMNO dalam tahun 70 an dulu.UMNO menggunakan alasan perpaduan Melayu untuk memujuk PAS menyertai mereka selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 1969. Setelah keaadaan pulih dan UMNO kembali kuat, PAS ditendang keluar begitu sahaja. Pengalaman pahit ini dilalui oleh Tuan Guru Nik Aziz. Akibatnya PAS kehilangan penguasaan ke atas kelantan dan tewas dalam pilihanraya berikutnya. Pas mengambil masa 12 tahun untuk merampas semula kelantan melalui kerjasama dengan  Tengku Razaleigh Hamzah dalam angkatan perpaduan ummah.

 

Dalam Hadis nabi ada menyebut orang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Kini timbul semula suara-suara dari golongan ulama untuk bersatu semula dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan. Dengan keaadaan yang nazak ketika ini,UMNO memang sangat memerlukan PAS. Apakah PAS kan termakan dengan pujuk rayu UMNO? Sanggupkah PAS ditipu untuk kali keduanya?Semasa hidupnya, Niz Aziz memberikan jawapan yang tegas dan jelas mengenai persoalaan ini.

Mengambil ibrah dari BJ Habibie

Wawancara menampilkan Presiden ke 3 Republik Indonesia BJ Habibie. Seorang teknokrat yang genius meningkat naik sehingga menjawat jawatan Presiden Indonesia. Beliau adalah pelopor indistri penerbangan di Indonesia. Tapi malangnya tatkala rancangan sudah hampir siap beliau mendapat arahan projeknya harus diberhentikan. Apa yang sebenarnya berlaku?Sila ikuti wawancara ini. Turut tampil ialah mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga sahabat akrab Habibie Datuk Seri Anwar Ibrahim.Selamat menonton ya.

Masa depan Umno – Tun Dr Mahathir Mohamad

Saya berasa serba salah. Saya setia kepada Umno. Saya ingin lihat Umno terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa Umno mengidap sakit tua dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

Saya cuba sedarkan Umno akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya Umno diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan Umno, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri.

Continue reading

SURAT AKU KEPADA KAU

Oleh : Hishamuddin Rais
Kawan ku yang aku ingati,
Aku mulakan surat ini dengan bertanyakan khabar. Aku mulakan juga dengan pintaan maaf kerana agak lama  aku tidak menulis. Bukan niat aku ingin melupakan kau. Bukan aku terlupa bahawa kau masih wujud. Tidak.  Kalau aku katakan sibuk mungkin kau tak yakin.  Sebenarnya aku juga tidak ada jawapan atau alasan kenapa aku tidak menulis surat  kepada kau.
Aku masih ingat lagi dimalam-malam akhir aku dengan kau. Dikelilingi oleh kawan dan rakan. Betapa enaknya soiree dimusim panas. Setiap kali soiree dirumah kamu, kau  akan membuat roti jala. Kau juga tidak lupa membuat   kueh Melayu  yang aku panggil Kueh Gulung. Kau katakan aku bersalah kerana namanya Kueh Ketayap.  Ingat atau tidak  betapa kita bertengkar. Awalnya tentang nama-nama kueh. Akhirnya kita bertelagah – siapa lebih Melayu – kau atau aku.
Kenapa agaknya kita selalu bertanya – apakah kita  ini Melayu? Apa ertinya menjadi orang Melayu di Malaysia? Walau pun kita sering bertelagah tentang hal ini.  Aku tidak pernah menemui jawapan. Hujah  dari  dunia akademi kau sering aku dengar. Ada yang meyakinkan. Ada yang membosankan. Aku bukan pengumpul ijazah saperti kau.
Akhirnya aku pulang ke tempat asal. Kau terus berkelana. Aku berkelana bukan kerana  hati yang luka.  Aku berkelana untuk mencari lurah dan denai. Aku tahu betapa  hati kau remok redam. Kau merasa bagitu kecewa dengan apa yang berlaku di tanah tumpah darah kau. Sayangnya, kau tidak menterjemahkan kemarahan dengan melakukan sesuatu. Kau hanya terus ingin berkelana.

Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL

 KENA BIJAKLAH , JANGAN PERCAYA TANPA SELIDIK

Fitnah semakin berleluasa. Ia menjadi alat untuk pilihan raya walau pun caranya dikutuk oleh agama. Ajaran guru politik tersohor Michiavelli   mendapat tempat istimewa . MATLAMAT MENGHALALKAN CARA .Apa pun boleh asalkan menang

Apa saja termasuk kalimah Allah akan diguna pakai demi kelangsungan politik di saat yang menentukan. Syariat Allah tidak dipedulikan .Amar makruf dan nahi mungkar jauh sekali. Cukup dengan kalimah Allah sahaja . Benarkan orang yang mempertahankan kalimah Allah beriman kepada Allah dan sanggup hidup dan mati kerana Allah ?

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi maklumat yang sahih  bersama  anda Apa ucapan sebenar  yang dilafazkan oleh TG Nik Aziz masuk ke dalam TV 3  dan ulasannya.  Jangan  terus percaya dengan  manipulasi sebelah pihak sahaja.

Komen Ustaz Azhar Idrus :

 

Surat kekanda kepada adinda

Hishamuddin Rais

George Soros
Open Society Foundation/Open Society Institute/ Open Society Initiatives
6547-BCT – 12965 Penslavania Avenue
New York City – United States of Amerika
20 September 2012

Adindaku George,
Adalah kakanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kakanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adindaku seorang.

Kakanda di sini sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andindaku berlebih-lebihan lagi. Amin.

Kakanda sekeluarga di Kuala Lumpur ini baru sahaja selesai menyambut hari ulang tahun keluarga. Setiap tahun isteri kakanda mengadakan sambutan ini. Jemputan untuk acara ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri telah beberapa kali kakanda jemput. Sayangnya adindaku tidak ada masa terluang.

Kakanda sekeluarga amat gembira hanya agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.

Adindaku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kakanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kakanda sampai di New York pada tahun 2002 dahulu. Kakanda masih teringat lagi bagaimana salju begitu tebal ketika pesawat kakanda mendarat di lapangan terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kakanda hampir-hampir tercabut.

Apakah adindaku teringat lagi bagaimana adinda telah memberi nasihat apabila kakanda merancang untuk bertemu dengan presiden George Bush pada tahun 2002 dahulu. Kakanda ingat lagi bagaimana adindaku telah memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi yang bernama Jack Abramoff.

Adindaku, kakanda amat sedar bahawa Abramoff ini ialah seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kakanda juga tahu bahawa Abramoff ini adalah pelobi Yahudi yang amat penting di Washington DC. Kakanda juga tahu peguam Yahudi ini bekerja melobi ahli kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Israel.

Continue reading

Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan

Abdul Hadi Awang

ULASAN Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada Umno menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir.

Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

Umno yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra’du (bermaksud):

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

“Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.”

Continue reading

Kupasan Hishamuddin Rais tentang krisis politik di Syria

Syria dan demokrasi

Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusaha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah sedikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami. Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual di kalangan masyarakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat penyelidikan sendiri.

Continue reading

Pusingan ke 2 debat Guan Eng vs Soi Lek

Dari Malaysiakini : Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersemuka dalam debat pusingan kedua petang ini dengan tajuk ‘Debat 2.0 DAP dan MCA: Dasar siapa memberi lebih manfaat kepada negara?’

Perdebatan hari ini diuar-uarkan sebagai wadah untuk pemimpin berkenaan mengulas isu pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, perkhidmatan komuniti, perpaduan nasional, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

Dikendalikan dalam bahasa Inggeris, ia akan berlangsung selama dua jam – lebih lama berbanding waktu yang diperuntukkan semasa perdebatan pusingan pertama dalam bahasa Mandarin pada 18 Februari.

Debat kali ini akan disiarkan secara tertunda pada jam 11 malam melalui saluran Astro Awani dan Astro AEC dengan sari kata Melayu dan Mandarin.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...