MANTIK POLITIK MAHATHIR

DR MAHATHIR  selamanya seorang ahli  politik yang lihai.  Jangan sesekali percaya bahawa beliau  tidak terlibat dengan  politik selepas  bersara . Ia tetap politikus yang komited dan terunggul sehingga kini. Politik telah menjadi darah dagingnya. Perjalanan kerajaan berada di ruang pemantauan pelupuk matanya.

Ia menjadi penentu yang mempastikan perjalanan kerajaan menuruti kehendak  sistem yang diasaskannya selama berkuasa  20 tahun lebih. Sebagaimana Kamal Ataturk di Turki. Meski pun telah mati SEKULARIME yang memisahkan Islam daripada pemerintahan masih kuat berkubu.

Sebagai bukti lihat bagaimana liatnya PPSMI bertahan dan Dasar Pengkorpratan berkuat kuasa,  menerusi penyeneraian FELDA. Mesti dilaksanakan walau mendapat tentangan yang menyeluruh daripada rakyat dan  para peneroka. Dr Mahathir telah menjadi satu legasi,  ikon yang  kuat mencengkam  walau pun dalam keadaan  tidak berkuasa. Continue reading

OIC HARAPAN BARU DUNIA ISLAM

Selama ini OIC Organisation for Islamic Conference atau PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM yang mewakili 1.2 Bilion umat manusia dan lebih 50 buah negara Islam  dianggap pertubuhan yang lemah. Tidak sepadan dengan EU dan NATO. Tidak boleh berbuat apa-apa  tindakan pun demi menjaga maruah umat Islam.

Lihat apa yang berlaku di Bosnia, Patani, Mindanao,Iraq,Afghanistan dll.  Hanya mampu bersidang dan membuat resolusi demi resolusi sahaja tanpa sebarang tindakan yang berkesan. Jadi adakah OIC langsung tidak berguna dan boleh berfungsi demi kebaikan DUNIA ISLAM ? Continue reading

Sekitar konvensyen media sosial Pulau Pinang

Pada 17 march yang lalu, telah berlangsung konvensyen media sosial Pulau Pinang ke 2 di Hotel City Bayview Hotel di Georgetown Penang.

Program ini bertujuan untuk memantapkan penggunaan media sosial seperti facebook dan twitter di kalangan Ahli Politik dan aktivis politik pakatan rakyat.Ini kerana media sosial merupakan wahana penting dalam kempen pilihan raya akan datang terutamanya di kalangan anak-anak muda.

Antara ahli panel yang hadir ialah CM Lim Guan Eng, Hishamuddin Rais, Oon Yeoh dan Hata Wahari.

 

Continue reading

NENEK CURI UBI DIHUKUM PENJARA 2 1/2 TAHUN


BUDIBICARA SEORANG HAKIM

Sangat mengharukan, seorang

hakim bernama Marzuki di

Mahkamah Indonesia berasa

sebak dengan penerangan

pesalah seorang nenek tua yang

mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Continue reading

ISU TG TOKONG MEMBARA SEMULA

MELAYU TG TO’KONG TEMPELAK UDA
Melayu Tanjong To’ kong Bersama Kerajaan Negeri Hadapi Uda, Umno P.Pinang

TINDAKAN Kerajaan Negeri Pulau Pinang menasihat pemaju Uda Holdings Berhad supaya menerima cadangan menjadikan sebahagian tanah Tanjong Tokong sebagai ‘Jalur Warisan’ mendapat reaksi positif daripada penduduk.

Cadangan itu diutarakan oleh Badan Bertindak Warisan dan Pembangunan Semula Tanjong Tokong (Bapak) di bawah pimpinan Cikgu Mohd Salleh.

Tetapi, Uda yang ditubuhkan di bawah kerajaan Barisan Nasional Umno pusat didakwa terus berdolak dalih mengenai tuntutan itu dan dikatakan lebih mengejar pembangunan komersial yang menguntungkan.

Penduduk yang ditemui Nota Kecil menegaskan bahawa mereka tidak pernah menolak pembangunan semula bandar dengan syarat Melayu bandaran tidak dipinggirkan.

Continue reading

WARISAN HIDUP DAN HABITAT HIDUP KAMPUNG TRADISI TG TO’KONG

Kenyataan akhbar dalam akbar Sinar Harian yang dihantar pada 11 hb Mac 2011 :

 

Syukur kepada  Allah dan berbanyak terima kasih kepada kepada Y.A.B. KM, TKM 1 dan  Kerajaan Negeri  P.Pinang akhirnya bersetuju melaksanakan JALUR WARISAN di atas sebahagian Kampung Warisan Tg To’kong. Keputusan ini wajar dan wajib dihormati oleh kerajaan Pusat dan GLCnya UDA Holdings. Continue reading

APA DAH JADI DENGAN MELAYU PULAU PINANG ?

PUISI RAKYAT:

“MELAYU P.  PINANG YANG   MAMAI”

 

MELAYU PULAU PINANG YANG MAMAI TETAP RANGGI

MESKI TELAH TUMPAS DAN KEPARAT DIBUMI SENDIRI

SITUASI  SEMAKIN TERUK ,   MENGGELEGAK DARI ATAS DAN BAWAH

KENAPA DAN MENGAPA  PARA PEMIMPIN MASIH KABUR   DOK TAK NAMPAK !

 

 PERNAH  ADA ANAK  PENANG  JADI PM

SESEKALI BERDEHEM !  EHEM ! EHEM !

NAMUN TETAP KELU,   PEKAK DAN BISU TERHADAP NASIB RAKYAT  MARHAIN

MALANG  JELUTUNG, KECUNDANG TG TOKONG, TERBALIK BALIK PULAU  DAN BAYAN TERLEPAS TANPA PEDULI

MANA  KEPUTUSAN KONGRES DIANGKAT  JADI ROSOLUSI KERAMAT?

 RAKYAT  TETAP TUMPAS  DIHUMBAN   TANPA  TEMPAT.

Continue reading

Amanat terakhir Prof Zulkifli Muhammad

JANGAN ADA PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM

YANG MERASAKAN DIRINYA SUDAH

PANDAI DAN SEMPURNA. BAHAWA DIA

TIDAK PERLU MENDEKATKAN DIRI DENGAN

AL QURAN, AL SUNNAH,PERJUANGAN PARA

NABI,  KARYA-KARYA ISLAM DAN TEGURAN

ORANG RAMAI. JIKA DIA BERSIKAP

SEDEMIKIAN IA  HARUS BERHENTI 

SAJA   MENJADI PEMIMPIN, TIDAK PERLU

LAGI BERSUSAH PAYAH DENGAN SOAL

KEPIMPINAN

Prof Dato’ Dr Zulkifli Muhammad atau ‘Zulkifli Muhamad’ adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen BachokKelantan pada 1959-1964. Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...