DEMO 3.0 – 28 APRIL PENANDA KEBANGKITAN RAKYAT 1 MALAYSIA

             DEMO AMAN PENANDA               KEBANGKITAN  RAKYAT 

IBU SEGALA DEMO TELAH BERLALU.

IA MERAPATKAN  SOLIDARITI RAKYAT MALAYSIA

IA MENGHIMPUNKAN   LAPISAN  SEGENAP  USIA

DENGAN SEPENUH KUDRAT MEREKA  MENAPAK

DARI DESA KE KOTA

DARI PINGGIR BANDAR KE  IBU SEGALA KOTA

 PENANDA NYATA KEBANGKITAN RAKYAT

MENGGENANGI  SELURUH  MASYARAKAT

RATA-RATA TERLIHAT  ANAK-ANAK MUDA,  MELAYU,INDIA DAN CHINA PENUH KUDRAT MARAK BERSEMANGAT                                                                             DIBAKAR  API DEMOKRASI  TULIN LAGI  BERANI

 MEREKALAH PENCORAK MASA DEPAN  NEGARA  DAN UMAT

PETANI, BOROH, KORPRAT,  NINGRAT,  ARTISAN, POLITISIAN,

NELAYAN, PELAYAN,  PROFESIONAL, SASTERAWAN

JUGA PARA PENEROKA  DAN  ANAK  SEMUA BANGSA

 SEDERAP BERGERAK   MENGAMPUHI  JALAN RAYA

MENGHANTAR MESEJ KEPADA SANG PENGUASA DI SINGGAHSANA PUTERA JAYA

 KUASA MENGAPA DIMONOPOLI  DIBULI  SEADANYA

 PILIHANRAYA INI  ENTAH SIAPA  YANG  PUNYA

SEGALA ALAT NEGARA

DARI  PERKAKASAN KE PERISIAN  DIPERKOSA, DISALAH GUNA   SANG PENGUASA MAHARAJALELA

TANPA HAK RAKYAT DI DALAMNYA

KAMI TUNTUT  PILIHAN RAYA BEBAS TELUS  ADIL

 SIAPA MENANG SIAPA KALAH BUKAN PERSOALAN

 MENANG  CARA MACAM MANA  JADI PERHITUNGAN

TANPA TANGAN-TANGAN  DURJANA   MENGOTORI

CERAHLAH MASA DEPAN  NEGARA INI                   

BERKAT SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

AMAR   MAKRUF   MUNGKAR   DIBONGKAR !

Demo ini telah berjalan dengan lancar,  penuh berdisiplin dan tidak melanggari undang-undang. Ianya berlangsung dengan tenteram sejak dari awal hingga ke akhir. ANAK SEGALA BANGSA amat sayang kepada negara ini.Mereka ingin menyelamatkannya daripada segala bentuk pencemaran dan monopoli kuasa secara leluasa.

Malangnya di saat akhir ianya telah dikhianati  dan dijadikan keadaan  sebaliknya semasa para demonstran hendak balik.Matlamat demo telah tercapai.DEMO aman  diserta seluruh rakyat  Malaysia.

Adakah motifnya untuk menukar keadaan yang aman menjadi huruhara  ? Usaha menukar keadaan  untuk memangsakan para demonstran. Upaya mengalih isu daripada yang sebenar memang telah menjadi  seni manipulasi pihak berkuasa. Bagaimana tentang kepincangan daftar pemilih PRU ke 13  yang dikendalikan oleh SPR. Isu dan mesej sebenar tujuan demo sengaja  dialih dengan helah.

Kebenaran pasti terserlah walau pun sangat payah. RAKYAT DAN BUKAN MEDIA  ARUS PERDANA YANG DIKAWAL  OLEH  SANG PENGUASA  YANG MENJADI PENENTUNYA!

Saksi mata lebih 300,000 yang menyaksikan  dan terlibat dengan segala apa yang terjadi   tahu apa yang sedang  berlaku. Adakah keadaan tetap tidak berubah dan skrip yang sama diulang tayang bahawa peserta adalah pengacau keamanan. Perlu disadari mereka bukan pengawal keamanan yang menentukan keadaan . Mereka menjadi mangsa keadaan.

Mereka juga bukan pemecah dan pencetus  kekacauan. Amanat yang disampaikan amat jelas. Ini adalah DEMONSTRASI  AMAN.  Mereka sesekali tidak meraih keuntungan  daripada kekacauan.Mereka sedar tentang risikonya. Mana mungkin mereka memilih untuk dijadikan mangsa sebagai pengacau keamanan. Tidak ada niat untuk itu,  sejak dari awal tujuan demo dilakukan.

Sebagaimana kata Ambiga satu siasatan rapi mesti dijalankan.Kalau perlu sebuah Suruhanjaya Bebas Peringkat Antarabangsa perlu ditubuhkan untuk menyelidiki punca kekacauan. Bukan dengan membuat tuduhan melulu menyalahkan para demonstran semata-mata dengan menyedut episod tertentu yang diulang-ulang.Keseluruhan keadaan yang berlaku mesti diteliti untuk melihat gambaran sebenar sebelum membuat kesimpulan.

Apa yang mereka ada berhadapan dengan pihak berkuasa yang lengkap memiliki segalanya. Senjata, gas pemedih mata, water cannon dan sebagainya. Buat apa merusuh  setelah tujuan demo yang murni telah tercapai.

Sejak dari awal rekod menunjukkan rakyat Malaysia  adalah warga negara yang cintakan keamanan. Berpuluh rapat umum dan demo berjaya diadakan menunjukkan bukti segala peraturan pihak berkuasa telah dipatuhi walau diprovokkasi. Rakyat tetap akur bersedia menghadapi dan mempertahankan demokrasi  dengan tabah dan berani.

Sebagai rakyat mereka berhak menuntut PRU yang BERSIH bererti telus,  adil dan bebas. Itulah isu dan mesejnya yang sangat mudah dan jelas telah disampaikan berulang kali tetapi sengaja sering disalah erti.

Ternyata  kebenaran memang payah ditelan dan dikunyah oleh pihak yang menentangnya kerana ia pasti  membongkar segala bentuk kedurjanaan. Katakanlah yang  benar telah tiba yang  batil pasti sirna sesungguhnya  yang palsu tetap akan binasa. Allahhu Akbar !

BACA INI DULU SEBELUM KE DATARAN MERDEKA

Oleh Hishamuddin Rais :Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

YANG BOLEH DI BAWA:
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning.Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

Continue reading

ISHAM BRICKFIELDS : MESEJ YG MENGGEGARKAN MINGGU INI !

MENGAMPOH  DATARAN MERDEKA

Erti mengampuh mengikut Kamus Dewan  – memenuhi, meliputi, membanjiri dan menggenangi .

Seruan  mengampuhi setiap sudut  pusat bandar Kuala Lumpur  dengan ibu segala demo bertujuan murni, selaras dengan nilai demokrasi dan teras perlembagaan. Mesejnya jelas  menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah celik.Mereka mahulan PRU yang adil,telus dan bebas.Bukan yang penuh dengan penipuan dan penyelewengan.

SEMUA DEMONSTRAN WAJIB BERSEDIA

28 APRIL SATU CATATAN SEJARAH

Tulisan ini akan disiarkan lima hari sebelum 28 April 2012. Inilah tulisan akhir sebelum kita semua turun ke jalan raya untuk bersama merayakan IBU segala tunjuk perasaan di Dataran Merdeka. Justeru tulisan ini cuba merakam detik-detik dan saat gelombang kebangkitan rakyat mendobrak gerombolan United Malays National Oganisation.

Tuntutan orang ramai untuk membawa Malaysia menjadi sebuah wilayah yang damai, bebas, demokratik dan adil tidak dapat dibendung. Abang adik, ibu ayah dan anak-anak muda sedang berjuang untuk menjadikan Malaysia kita ini sebagai wilayah di mana anak semua bangsa boleh merayakan kehidupan tanpa tekanan dan kekangan.

Untuk memahami apa makna semua ini saya ingin membawa para pembaca melihat kembali sejarah lampau. Memahami pekara yang lalu untuk kita dijadikan panduan. Ilmu itu sebenarnya ialah pengumpulan pengalaman. Kita belajar dan melihat jalan dan liku yang telah direntasi oleh orang yang terdahulu dari kita.

Continue reading

ISU-ISU BESAR MENJELANG PRU KE 13

ISU-ISU BESAR DI AMBANG  PRU KE 13 :

TUNTUTAN BERSIH 3.0,  FELDA VS FGVH, LYNAS, PPSMI, GAJI MINIMA , ISU  FEED LOT  NFC

  • TUN DAIM semasa membuat ramalan tentang peluang UMNO-BN untuk menang dalam PRU ke 13 telah menyatakan ketokohan PM saja tidak cukup untuk memenangi hati rakyat. Walau pun PM berkudrat ke hulu ke hilir untuk membuktikan keikhlasan kerajaan,  membantu rakyat ternyata BN kekurangan barisan kepimpinan yang berwibawa untuk mengemudi negara.
  • UMNO BN masih selamat dan kebal kerana ia menguasai kerajaan dan dapat menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya untuk tujuan politik.
  • Namun rakyat kini telah celik. Betapa banyak pembaziran, rasuah, penyelewengan  dan berbagai kemungkaran yang berlaku dari dalam. Yang terdedah dan belum terdedah.
  • Justeru rakyat harus berani membuat perubahan, memilih yang terlebih baik berdasarkan prestasi demi untuk masa depan mereka. Kuasa memilih sebenarnya ada di tangan  rakyat.
  • Seperti kata PM Najib jika UMNO tidak berubah ia akan diubah maksudnya ditolak oleh rakyat. Namun UMNO masih beruntung kerana kebanyakan rakyat masih terbuai dengan isu -isu yang sentimental seperti  ketuanan Melayu, kuota Melayu dan  hak Melayu .Persoalannya apa yang masih tinggal kepada MELAYU!

Continue reading

FELDA PERLUKAH DI BURSA SAHAMKAN SEPERTI UDA ?

RESOLUSI    KONVENSYEN

        HALATUJU  FELDA TOLAK

  CADANGAN PENYENARAIAN  FGVH

Oleh Mohd Farhan Darwis

April 22, 2012

 

MAZLAN BERKATA :

 SUATU PERHIMPUNAN RAKSASA AKAN DIADAKAN SEKIRANYA KERAJAAN TETAP BERKERAS AKAN MENYENARAIKAN FGVH.

 SHAH ALAM, 22 April — Konvensyen Halatuju Felda hari ini dalam resolusinya sebulat suara menolak cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) oleh kerajaan yang dijangka bakal dilaksanakan awal Jun tahun ini.

  • Menurut pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman, pihaknya bersama gabungan NGO-NGO bersepakat untuk menolak penyenaraian. Tindakan itu akan menganiaya peneroka Felda.
  • “Resolusi Konvensyen Hala Tuju Felda hari ini bersepakat menolak rancangan penyenaraian FGVH. Malah, kami juga bersepakat mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengkaji semula masalah berbangkit berkenaan hutang yang dihadapi 170,000 peneroka,” tegasnya ketika membacakan resolusi tersebut di hadapan kira-kira 800 peserta di sini.
  • KONVENSYEN BERKENAAN JUGA BERSETUJU SUPAYA TANAH FELDA SELUAS 360 RIBU HEKTAR DIAGIH-AGIHKAN KEPADA GENERASI KEDUA, DAN KETIGA TANAH RANCANGAN TERSEBUT.

  • “Konvensyen juga bersetuju untuk mengagih-agihkan tanah peneroka kepada generasi kedua Felda supaya mereka juga akan beroleh manfaat daripada tanah tersebut.
  • “Felda perlu mewujudkan universiti sendiri. Dengan ini ia akan menjimatkan perbelanjaan Felda berbanding menghantar mereka ke institusi pengajian tinggi lain.

“Kami juga mendesak BN selesaikan masalah berbangkit peneroka sebelum PRU dijalankan. Jika tidak, resolusi memutuskan, pakej sama akan dikemukakan kepada PAKATAN RAKYAT,”  “Konvensyen hari ini akan menghasilkan satu resolusi yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri supaya beliau mampu mempertimbangkan keputusan tersebut.

“Kami sudah melakukan segala usaha,  menghalang penyenaraian ini. Daripada media, hinggalah kepada konvensyen hari ini.

SEKIRANYA PM MASIH LAGI TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN, KAMI AKAN MENGGERAKKAN 1.6 JUTA PENEROKA DARI SELURUH NEGARA UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN RAKSASA SEBELUM PILIHAN RAYA BAGI MENGHALANG PENYENARAIAN,” TEGASNYA LAGI.

 

RAMALAN TUN DAIM PRU KE 13

Ramalan Daim, Bersih 3.0 dan Gelombang Rakyat

Disesuaikan daripada Rencana oleh Majdan DagangDalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan gagal di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Ramalan Tun Daim tersebut benar-benar menjadi kenyataan.Ketika bibit-bibit PRU13 mula jelas kelihatan, Tun Daim sekali lagi membuat ramalan.  Tun Daim meramalkan Umno-BN hanya boleh menang selesa di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka.

PAS akan terus kekal di Kelantan, DAP kekal di Pulau Pinang, PAS mungkin akan kehilangan Kedah, sementara pertarungan sengit bakal berlangsung di Selangor dan Perak.

Berbeza pada kali ini, ramalan Tun menjadi kajian dan perhatian. Faktornya  kerana, pembangkang telah pun membentuk suatu pakatan yang kuat selepas kejayaan besar pada PRU12 lalu.

Tun Daim mahu pun pembangkang sedar bahawa cita-cita atau fantasi untuk menawan Putra Jaya bukanlah semudah menyebut A,B, dan C. Halangan terbesar kepada kemenangan pembangkang ialah pilihan raya yang lebih bersih dan adil. Jika perkara ini dapat dilaksanakan, tidak mustahil ramalan Tun Daim itu menjadi realiti.

Sehingga kini tiada tanda-tanda yang jelas bahawa akan wujud suatu suasana pilihan raya yang bersih dan adil. Maka jawapan bagi itu Bersih 3.0 akan diadakan. Benar, himpunan itu tidak akan mengubah apa-apa dan Umno-BN boleh memekakkan sahaja telinga.

Namun, perhimpunan itu penting bagi mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat ketika PRU13 selewat-lewatnya diadakan awal tahun depan apabila cukup tempoh penggalnya.

Bagi pihak kerajaan Umno-BN pula, ramalan Tun Daim dan suasana semasa pula membuatkan mereka lebih peka dan waspada, di samping mengatur strategi bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 nanti.

Ramalan seperti ini mahupun pelbagai ramalan lain akan dilihat dalam bentuk pro dan kontra. Dari segi perang psikologi dan perang persepsi, ramalan seperti ini penting dalam mewujudkan suatu gelombang dan mood emosi rakyat. Kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang amat arif  tentang hal ini.

Apatah lagi dalam kepesatan dunia tanpa sempadan, dari segi penyebaran maklumat, setiap kata-kata dan pernyataan akhbar amat penting dan perlu dilakukan secara berhati-hati agar dapat disusun mengikut kehendak permainan setiap pihak.

Secara fantasinya, PR nampak mudah untuk menawan Putra Jaya jika berjaya menggembelingkan segala isu ini dan memastikan segala maklumat ini dilontarkan secara tepat kepada rakyat.

Umno-BN pastinya tidak duduk dan hanya memerhati segala yang berlaku. Perlu diingat, mereka mempunyai akses media yang tiada had, menguasai semua jabatan kerajaan, dan boleh menggunakan mana-mana dana awam mengikut kesesuaian dan keperluan.

Ramalan Tun Daim ini merupakan suatu kesempatan yang baik kepada pembangkang  menambahkan lagi gelombang yang telah ada seperti isu :

NFC, PTPTN, FELDA, LYNAS , BERSIH  PPSMI.

Gelombang ini dihangatkan melalui Bersih 3.0 agar sampai ke tahap tsunami. Jika ini berlaku tiada apa yang dapat menyelamatkan Umno-BN daripada kekalahan.

Dalam catatan sejarah, mana-mana kerajaan dan tamadun besar pun, mereka akhirnya akan runtuh menyembah bumi apabila tsunami kebangkitan rakyat berlaku.

PETANDA ALAM YG PELIK : METEOR SIANG HARI DI NEVADA

Rare daylight meteor seen, heard over Nevada, California  April 23, 2012

A meteor streaks above the skies of Palm Beach Gardens, Florida in this file photo of August 12, 2009. A rare daytime meteor was seen and heard streaking over northern Nevada and parts of California on April 22, 2012. – Reuters pic

LOS ANGELES, April 23 – A rare daytime meteor was seen and heard streaking over northern Nevada and parts of California yesterday, just after the peak of an annual meteor shower.Observers in the Reno-Sparks area of Nevada reported seeing a fireball at about 8am local time, accompanied or followed by a thunderous clap that experts said could have been a sonic boom from the meteor or the sound of it breaking up high over the Earth.

“It probably would have exploded as it entered the atmosphere,” said Mike Smith, a meteorologist from the National Weather Service office in Sacramento, California.

The Reno-Gazette Journal reported in an online account that the booming noise set off alarms at a Walmart store in Carson City, Nevada’s capital, and was felt in and around the Lake Tahoe Basin and into California.

The visible display of the meteor was described as dazzling.

“I was out … hiking in the mountains (and) saw this great, big, white ball streaming across the sky to the west,” Ellen Pillard, a Reno resident, told the Journal. “Then it just disappeared.” Minutes later, she said, she heard a “boom.”

“It was just amazing,” Pillard said. “I thought maybe I was dreaming.”

The meteor was reported seen in California from Sacramento to Orange County, hundreds of miles to the south. But the fireball went unnoticed in much of the Los Angeles area and other parts of Southern California because of cloudy skies.

While meteors visible at night typically range in size from a pebble to a grain of sand, a meteor large enough to be seen during daylight hours would presumably be as big as a baseball or softball, Smith said. – Reuters