Kenapa PAS sokong bersih ?

SYABAS HAJI HADI KUPASAN YANG TUNTAS TENTANG KEBEJATAN UMNO-BN

Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan :

Semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Rasulullah S.A.W bersabda:

“Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “.

Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah SAW:

“Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat….”

Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya. Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.
Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.
Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

  • Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Watergate.
  • Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.
  • Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi.
  • Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem diktator terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihan Raya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum. Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah SAW mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.
Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah SAW mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Mekah selepas Islamnya Hamzah dan Umar RA bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul:

“Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya.”

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

BERSIH adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah SAW:

“Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah.”

Sabdanya lagi:

“Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal.”

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemungkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu

Penyenaraian ini bakal meleyapkan tanah-tanah rezab melayu. Lebih malang lagi ianya kemungkinan akan jatuh ke tangan sebuah syarikat yang dikuasai oleh keluarga yahudi di Perancis.Baca berita dibawah.

 

KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.

Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Continue reading

Sejarah persuratkhabaran melayu

Dalam sejarah persuratkhabaran Melayu banyak penerbitan yang muncul terutama pada awal abad ke 20. Berbagai surat khabar dikeluarkan di Pulau Pinang, Singapura, Kuala Lumpur , Ipoh dan Kota Baharu.

Antara yang terkenal seperti Saudara dan Warta Negara di P. Pinang. Jawi Peranakan, Utusan Melayu dan Lembaga Melayu di Singapura. Warta Malaya dan Warta Semenanjung di KL. Di Ipoh yang terkenal  ialah Warta Kinta dan di Kota Baharu ada beberapa penerbitan aktif,  Pengasuh dan Pustaka Aman.

Ini bermakna perkembangan daya intelektual telah maju dalam masyarakat kita. Hasil daripada ledakan ilmu dan perubahan di barat. Masyarakat mula bangkit daripada lena yang panjang, mengejar perubahan.

Mereka   disedarkan menerusi tulisan-tulisan Abdullah Munshi yang berani mengkritik golongan bangsawan yang hidup dengan berbagai keistimewaan tetapi tidak ada sumbangan untuk rakyat.

ABDULLAH MUNSHI

Continue reading

KENYATAAN SAID ZAHARI : UTUSAN MELAYU DAN KEBEBASAN AKHBAR YANG TERSEKAT

SAID ZAHARI KETUA PENGARANG / EDITOR UTUSAN MELAYU 1959-1961

Said Zahari, nama besar, sebuah legasi  dalam dunia persuratkhabaran Melayu. Beliau menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu yang kedua selepas Aziz Ishak mulai tahun 1959. Beliau mengambil alih, memikul tugas berat  tersebut di usia 30an  setelah Aziz Ishak yang memimpin UM sejak 1939 merajuk dan meletak jawatan untuk pulang segera ke Singapura. Continue reading

Apa itu GST ?

Video ini wajib ditonton oleh semua. Satu penerangan yang baik oleh ahli parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Lebih spesifik lagi mengenai cukai 6% yang mahu dikenakan oleh syarikat Telco kepada pengguna-pengguna perkhidmatan “Prepaid” (Prabayar).

Siapakah dalang sebenar cukai 6% tersebut? Syarikat Telco atau kerajaan Malaysia? Bilakah cukai tersebut akan dilaksanakan?Luangkan masa dan lihat video ini.

Pendidikan ditangan kamu tetap di tangan kamu.

 

Maka didiklah anak-anak kamu mengikut corak islam sehingga ia menguasai diri kamu dengan penuh pasrah dan mesra .

Kamu membesar dengan islam dan membangun bersama islam. Islam, islam,islam yang syumul –  dinullah.

Islam yang maju dan berbakti di dunia sebagai persediaan ke akhirat.islam yang di bawa oleh nabi muhammad ke arah persaudaraan yang sejati,yang peka terhadap rakyat yang tertindas dan hidup bersederhana.

Tidak sebagai bangsawan dan raja yang tidak berbeda daripada kehidupan jahiliyah.itulah yang menjadi punca kejatuhan daulah-daulah yang mendakwa khalifah tapi sebenarnya raja dan kerajaan yang mengigit sebagaimana digambarkan dalam hadis rasulullah.

Para pemimpin harus menjadi contoh . Hidup sebagaimana kehidupan abu bakar,umar, usman, ali, abu zar, umar abdul aziz   dan para sahabat golongan salaf.insya alah berkat.

Islam hari ini mesti datang dalam bentuk model dan contoh

Justeru apakah al islam itu ?


PANTUN DATUK ONN DI AMBANG MALAYA MERDEKA

PANTUN DATUK ONN KETIKA MALAYA DI AMBANG MERDEKA PADA TAHUN  1957  :

PERAHU LAYAR  BELAYAR  LAJU

LAJU MENUJU KE  LAUTAN  CINA

MERDEKA PASTI KAN KITA TUJU

YANG LAIN KAYA MELAYU MERANA!

DATUK ONN PENGASAS UMNO, PENGAJUR MELAYU YANG PALING  TERKENAL PASCA  WW II

MENGAPAKAH DATUK ONN BERKATA BEGITU. JAWAPANNYA TERNYATA SELEPAS 12 TAHUN MERDEKA ( 1957-1969) :

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

MESEJ DARIPADA PANTUN DATUK ONN MASIH RELEVAN BILA KITA MELIHAT KEADAAN SOSIO EKONOMI ORANG MELAYU  PP SELEPAS 54 TAHUN MERDEKA.

UMNO PARTI YANG MENJADI PILIHAN MELAYU PP MENGABAIKAN SAMA SEKALI NASIB MEREKA DITENTUKAN OLEH EKONOMI PASARAN BEBAS / KAPITALIS DAN ARUS KOMERSIALISME  MEMBAHAM KAMPUNG MELAYU SATU DEMI SATU.

JUSTERU SARANAN PROF AHMAD MURAD MERICAN MEWUJUDKAN

SURUHANJAYA DIRAJA TANAH WARISAN MELAYU PP WAJIBLAH DISAMBUT DAN DILAKSANAKAN DENGAN SEBERAPA SEGERA.

RUJUK UTUSAN MALAYSIA PADA 2 FEB UARI 2012

MASA MASIH BELUM TERLAMBAT KERANA PP BUKANNYA SINGAPURA. MASIH DI DALAM MALAYSIA.

2.  DR BURHANUDIN AL HELMI NASIONALIS MELAYU YANG PALING BERJASA KEPADA BANGSANYA . BELIAU ANTARA PENGASAS PARTAI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA. PARTI POLITIK YANG PERTAMA DITUBUHKAN SELEPAS PERANG DUNIA KE 2 PADA BULAN OKTOBER 1945.

BARU -BARU INI BELIAU TELAH DISYTIHARKAN SEBAGAI PAHLAWAN UMAT DALAM KONGRES PR DI PULAU PINANG PADA PENGHUJUNG  TAHUN 2011. BELIAU TELAH MENGELUARKAN SATU PANTUN PERJUANGAN SEMPENA KONGRES PKMM DI MELAKA YANG BERBUNYI:

 

DI ATAS ROBOHAN KOTA MELAKA

KITA BANGUNKAN JIWA MERDEKA

BERSATU PADULAH SEGENAP  BAKA

MEMPERJUANGKAN HAK KEADILAN PUSAKA

BAHASA MELAYU KINI TERANCAM DI MALAYSIA – APA LAGI DI PERSADA DUNIA

   Tun Razak

   

Tun Rahman Yaakub

BM MENURUT PERLEMBAGAAN amat kukuh  kedudukannya sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem persekolahan kita. Ia diperkukuhkan berkat ketegasan Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Menerusi Menteri Pelajaran Rahman Yaakub kerajaan mengkebangsaankan Sekolah Rendah Jenis  kebangsaan Inggeris sepenuhnya menggunakan BM sebagai pengantar mulai 1970. Dalam masa 20 tahun seluruh sistem persekolahan dari sekolah rendah hingga universiti menggunakan BM secara penuh. BM telah terjelma sebagai bahasa ilmu dan wacana ilmun pengetahuan tinggi. Rancangan ini telah berjaya dengan cemerlang.

Malangnya pada tahun 2004 satu fenomena yang terbalik telah berlaku.Atas keputusan PM Mahathir PPSMI dilaksanakan dengan menjadikan subjek sains dan matematik diajar  dengan menggunakan BI. Ini seperti hendak menginggeriskan sistem pendidikan kita secara beransur-ansur.

Apa yang dilaksanakan oleh Tun Razak yang meneguhkan Dasar Pelajaran Kebangsaan sedang dicabar dan digoncangkan asas dan tonggaknya sehingga BM kehilangan kuasa pasaran. Sedangkan untuk ijazah pertama dalam apa jua bidang ilmu BM telah bersedia dengan mantap.

Menggunakan BM diperingkat persekolahan dan universiti bukan bererti menolak BI. BI tetap diterima sebagai bahasa ilmu.Sama seperti yang dilakukan oleh negara maju seperti Jepun,Korea, Perancis,Belanda, German dsbnya.

Kini kedudukan BM di bumi Malaysia amat tergugat. Malahan dalam media rasmi para menteri menggunakan BI dengan meluas.Seolah bahasa ini kurang standad untuk  digunakan dalam media rasmi kita. Dalam membuat kenyataan penting untuk rakyat pun perlu menggunakan BI.Sedangkan kita telah 50 tahun lebih merdeka. Syabas kepada Jemaah Menteri daripada kaum China sedaya upaya menggunakan BM dalam kenyataan media mereka.

Jadi dimanakah kedudukan BM sebagai bahasa rasmi,bahasa kebangsaan dan bahasa utama negera. Terbukti BM diterima diperingkat mahkamah dan menjadi bahasa  penggunaan rasmi dalam perbicaraan.Sesuatu yang tidak diimpikan akan berlaku dahulu. Dalam iklan BM agak ketinggalan kerana kuat kuasa undang-undangnya tidak berkesan dan kurang kesungguhan.

Jadi dalam era globalisasi adakah BM akan bertahan berbanding dengan BI,Bahasa Arab, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Mandrin. Kita mempunyai 300 juta pengguna di pusat perkembangan Islam dan Ekonomi yang maha pesat. Soalnya ialah semangat dan kekuatan jati diri kita sebagaimana kekuatan bahasa Peranchis yang teguh melestarikan bahasanya walau pun tidak sepesat BI. Sebagaimana kita keramat BAHASA JIWA BANGSA.

Akhir kata teliti kenyataan berikut :

“Kita tidak boleh membincangkan masa depan bahasa Melayu tanpa membincangkan masa depan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu ialah produk kehidupan orang Melayu. Sejarah bahasa Melayu ialah sejarah orang Melayu. Masa depan bahasa Melayu akan menjadi masa depan orang Melayu juga.” – demikian kata-kata Allahyarham A. Samad Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Samad.

3 Kehilangan Besar Kepada Bangsa Melayu Di Alaf Baru

HASSAN AHMAD PEJUANG BAHASA & BANGSA YG GIGIH

Pada analisis beliau  terdapat 3 kehilangan besar kepada bangsa Melayu selepas merdeka 50 tahun. Ianya kekal kukuh kepada bangsa kita selama 500 tahun meski digencari hebat oleh  penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris.  Yang hilang ialah ialah :

TULISAN JAWI LESAP DARIPADA MEDIA  ARUS PERDANA  ,

Agama Islam  sebagai pegangan kukuh umat Melayu dan

JATI DIRI bangsa Melayu  sebagai bangsa yang kuat memegang budaya serta berpadu dan tolong menolong sesama sebangsa

ULASAN :

Memang Tulisan Jawi telah pupus daripada arus perdana seperti surat khabar dan surat-surat rasmi kerajaan.Surat khabar terakhir yang hilang ialah akhbar Utusan Melayu yang tidak dipertahankan survivalnya untuk terbit sebagai akhbar harian.UM diasaskan pada tahun 1939 sebagai akhbar harian hilang dan pupus fungsinya menjelang alaf baru.

Tidak ada lagi akhbar harian Jawi di Tanah Melayu.Salah satu warisan terbesar dan jati diri umat Melayu tidak dipertahankan kelestariannya.Sedangkan surat khabar India dan China terus subur dan dipertrahankan keberadaannya dengan utuh.

Agama Islam di mana banyaknya berlaku murtad dikalangan umat Melayu secara terang-terangan termasuk mencabar hukum syarak yang ditafsirkan mengikut versi politik yang sempit.

Jati diri bangsa Melayu sebagai bangsa yang teguh memegang nilai-nilai positif bangsanya   telah lama menghilang.Daripada bangsa yang bergotong royong dan kasihkan bangsa menjadi bangsa baru yang sangat  mementingkan diri sendiri. Akan bersambung…….. mengapakah terjadi sampai demiki !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...