UDA DAN EKONOMI PASARAN TERBUKA : ALAMAT RAKYAT DIBAHAM KORPRAT
UDA ditubuhkan di bawah DEB pada tahun 1970. Latar belakangnya selepas peristiwa Mei 13 1969. Matlamat utama berdasarkan amanat para pendiri dasarnya ialah untuk menyusun dan menempatkan semula Melayu di bandar dengan kehidupan yang teratur. Kini 40 tahun telah berlalu.
TUN DR ISMAIL
Apa sudah jadi ? Melayu terutama di Pulau Pinang bukan sahaja TELAH gagal ditempatkan semula di bandar malahan telah terpinggir. Adakah UDA kini mewarisi UDA yang asal ? Jika ya mengapa jadi begitu.
Kehadiran Melayu di George Town semakin menyusut. Melayu terutama di daerah Timur Laut.Mereka hampir tenggelam. Tinggal piung-piung tunggul, tunggu masa untuk dinyahkan daripada habitat asal mereka.
Adakah UDA kini warisan DEB sebagaimana amanat para pengasasnya. Dari segi nama ya tetapi dari segi peranan telah jauh melencong daripada matalamat asal DEB. Buktinya projek UDA di kawasan tebusguna laut Tg To’kong tidak ada langsung penyertaan rakyat terutama penduduk tempatan yang bermasalah. Mereka perlukan rumah.Tanah kampung sesak dan padat
Projek itu juga tidak ada kaitan dengan Melayu P. Pinang amnya. Hampir keseluruhannya komerSIAL dan pasaran terbuka. Rumah kedai jutaan ringgit dan kondo mewah hampir 1/2 juta dan ke atas.
LAWATAN PM KE TG TO’KONG PADA AWAL JULAI 2012
Khabarnya PM Najib akan menjengah ke Tanjong To’kong ? Bermaknakah lawatan tersebut kepada rakyat/Melayu P.Pinang. Adakah jeritan dan masalah kritikal mereka telah terdengar dan bergetar ke kuping PM atau sebagaimana PM lalu yang pekak badak. JERITAN RAKYAT DIBIARKAN.
Rakyat sangat berharap iannya dalam jangkauan dan ufuk perhatian beliau ? Semoga harapan mereka akan cerah selepas 10 RMK demi RMK berlalu. PM akan bermurah hati kepada mereka setelah bermurah hati dengan tuntutan dan kehendak kaum India dan China di P.Pinang. Mengapakah begini ………..
Tidak ada sebarang peruntukan untuk rakyat terpinggir miskin – tegar P.Pinang dalam RMK 10. Pun untuk pembangunan semula Kampung Tradisi Tanjong To’kong setelah 4 dekad berlalu. Malahan PM langsung tidak menyebutnya dalam siri lawatan berulang kali ke P.Pinang. Sedangkan projek ini telah berlangsung sejak 1974 hingga kini. Sudah 38 tahun
Jika lawatan ini sekadar lawatan untuk gimik politik amat berat untuk mengatakan beliau mewarisi misi dan visi ayahnya yang memulakan projek dan penglibatan UDA disini . Sungguh perihatin Allahyarham terhadap nasib rakyat yang mengarahkan ianya dibangunkan untuk tujuan sosial di bawah Dasar Ekonomi Baru.
HARAPAN RAKYAT TERUTAMA MELAYU PULAU PINANG
Rakyat sudah muak dengan lawatan sosial dan gimik politik semata-mata tanpa tanggung jawab sosial dan keperihatinan terhadap jeritan rakyat terpinggir dan miskin bandar. Fonemena ini amat ketara di Pulau Pinang ? Nasib mereka terbiar tanpa pembelaan selepas 50 tahun merdeka.
Jika Y.A.B. PM membuat pengumuman yang melegakan ini pasti membuka peluang dan mengesahkan bahawa BN lebih baik daripada PR. Selepas 4 tahun berkuasa nasib rakyat bawahan masih tidak berubah dan menentu.
HALANGAN KEPADA DASAR PRO RAKYAT –SATU RENUNGAN
Tindak tanduk kerajaan warisan Mahathir yang lebih mirip kepada dasar penswastaan dan pro korprat tajaan beliau perlu dikaji semula. Dasar ini telah banyak mencederakan nasib dan hak-hak rakyat . Terbukti rakyat selesa dengan dasar awal Tun Razak. Dasar yang amat pro rakyat. Buktinya ialah telah berjaya membuka 1 juta ekar tanah untuk penempatan semula rakyat yang daif ke kawasan penempatan yang baru.
Daripada tidak bertanah bukan sahaja memiiliki tanah malahan beraset. Adakah anakandanya akan menggerhanakan jasa bapanya dengan menghilangkan warisan dan legasi Tun Razak. Felda lambang hak rakyat. Kejayaan sosio ekonomi mereka di masa depan.Model terbaik negara membangun. Contoh terbaik kepada dunia bagaimana Malaysia berjaya mengatasi kemiskinan tanpa merampas hak orang lain.
Tindakan menswastakan FELDA, estet terbesar di dunia menerusi penyenaraiannya adalah langkah menghilangkan hak peneroka dan pewarisnya secara beransur-ansur. . Adakah kerajaan boleh menghalang pembelian secara terbuka ? Siapa pemegang syer terbesar dialah pemiliknya. Bagaimana kalau Singapura yang membelinya.
Ini semua dasar-dasar yang mengikut agenda korprat yang keparat ciptaan Dr M yang hendak menghilangkan hak-hak Melayu dengan mencairkannya di pasaran terbuka.Tindakan ke arah ekonomi pasaran bebas secara melulu tanpa kawalan setelah Tun Razak bersusah payah memperbetulkannya menerusi kejuruteraan sosial di bawah DEB
Yang beruntung ialah pihak berkuasa yang berkepentingan.Mereka mengambil kesempatan, menjadi pemain utama , penentu dan brokenya. Dasar-dasar Dr M yang rakus sebenarnya amat memuakkan dan perlu ditolak Malangnya ia masih membekas bahkan menjadi ikutan walau pun sudah dua PM mengambil alih teraju negara. Dasar tersebut masih dipegang teguh oleh GLC -GLC yang tujuan asalnya untuk rakyat.

Sebab itu Pengerusi UDA Holdings Nor Jazlan menafikan hak penduduk asal dengan menyatakan Kampung Tanjong Tokong adalah kawasan setinggan. Beliau sengaja mengetepikan latar belakang sejarahnya dan tujuan asal pemberian tanah tersebut kepada UDA. Tujuan asalnya untuk pemulihan dan penyusunan semula kampung bukan penghapusannya sebagaimana yang kini sedang dilakukan dengan rakus. Manakala CEO Uda Land North menyatakan Warisan hanya sekadar NOSTALGIA.
Ini semua cakapan orang berjiwa kapitalis, tamak haloba untuk kepentingan diri dan para kroninya. Bagi mereka ekonomi adalah kebendaaan dan komersial semata-mata. Apa sahaja peluang mesti dijual demi keuntungan komersial tanpa tanggung jawab sosial dan amanah.
BAGAIMANA DENGAN KAMPUNG TRADISI TG TO’KONG
Mereka sama sekali tidak akan terima hakikat bahawa ini adalah kawasan asal orang Melayu ratusan tahun. Diduduki dan dihuni oleh orang asal dan penduduk PEMASTAUTINNYA sejak zaman berzaman . Ada sejarah, warisan, budaya dan haknya. Ini semua tidak penting bagi meneruskan pembangunan komersial. Semuanya hendak dilanyak dan dihumban begitu sahaja tanpa kesihan dan terdetak di hati bahawa ini adalah hak warisan.
Jadi Warisan bukan sekadar Nostalgia.Ia adalah jatidiri, kebanggaan, hak dan bukti bahawa Melayu P.Pinang ada sejarahnya di sini. Mereka perlukan kawasan perlindungan untuk memelihara dan memulihara warisan mereka di atas sebahagian tanah kampung yang satu-satu masih tinggal di P.Pinang. Di sini ada sejarah penempatan Melayu terawal sebelum dilimpahi kaum-kaum lain yang dibawa penjajah.
WARISAN YANG DITUNTUT DAN MINTA PERHATIAN
Warisan dalam bentuk perumahan Melayu yang tersusun, warisan institusi milik masyarakat lebih daripada 100 tahun, warisan penjaja dan tapak budaya untuk mengembangkan tradisi dan peradaban mereka. Besar sungguh harapan semoga ini dapat dilakukan bersama pembangunan flet , menerusi pengumuman Y.A.B.dalam lawatan ke kampung Tg To’kong.
MESEJ KEPADA PM DATUK NAJIB TUN ABDUL RAZAK SEMPENA LAWATAN KE KAMPUNG TRADISI TANJONG TO’KONG
Terlebih dahulu sekalung budi untuk PM yang didambakan semoga mengikut dasar-dasar warisan perjuangan ayahandanya yang menjadikan rakyat menjadi keutamaan. Bagi kami Pembangunan bukan sekadar batu bata dan bangunan. Ia ada pengisian jasad dan roh.
Pembangunan adalah kesinambungan tradisi dan moden. Tanpanya Melayu tidak mempunyai jati diri di P.Pinang. Tapak warisan penjajah begitu banyak, China dan India amat ketara tetapi Melayu entah di mana .Inilah tapak WARISAN MELAYU YANG PERTAMA DI P.PINANG.BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN IHSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN RESTU Y.A.B. PM MALAYSIA DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK. SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DILIMPAHI RAHMAT OLEH ALLAH SUBHANAHU WATAALA BERKAT JASA DAN AMAL SOLEH ANAKNYA!