DARI PERJUANGAN BERSENJATA KEPADA PERDAMAIAN
Menurut Pak Manaf orang Rawa yang tinggal Acheen Street Pulau Pinang , nama sebenar Rashid Maidin ialah Rashid bin Maden. Pak Rashid pernah bertemu dengan Pak Manaf selepas perang di penghujung 1945. Kedua mereka peranakan Rawa. Satu di Gopeng Perak dan satu lagi di P.Pinang.
Memang Acheen street pusat perniagaan orang Rawa berniaga kitab dan keperluan orang naik Haji. Antara yang paling terkenal ialah Haji Nordin Ar Rawi. Anaknya Yusuf Rawa mantan Presiden PAS selepas Datuk Asri.
Peristiwa itu berlaku bila Rashid bertandang ke rumahnya di Pulau Pinang. Pak Manaf menyatakan mana mungkin orang Rawa bernama Maidin. Timbulnya kesalahan ini apabila nama Maden yang asalnya dieja dalam tulisan jawi diubah kepada tulisan rumi Maidin
Bapak Rashid Maden , seorang pejuang rakyat yang tulin.Beliau memilih gerakan kiri yang enggan bekerjasama dengan Inggeris dalam perjuangan menuntut kemrdekaan.Beliau bangun serentak bersama dengan gerakan-gerakan RAKYAT diseluruh dunia.Bangun menentang penjajah yang menjarah tenaga boroh, sumber hasilnya dan kazanah kekayaan Malaya iaitu penyumbang terbesar kekayaan dari luar yang diangkut ke England.
Mengenai perjuangan menentang penjajahan ,Imam Khomeni telah memberi satu kupasan yang tepat bersabit erti perjuangan dalam Islam :
“Islam adalah pegangan kukuh kepada mereka yang menjerit-jerit berjuang merebut pembebasan.Ia adalah idelogi untuk orang yang bangun menegakkan keadilan. Islam menjadi sekolah latihan kepada sesiapa yang menuntut pembebasan daripada segala bentuk penjajahan, pengongkongan dan penindasan”.
Sesiapa saja yang berani menentang penjajah akan dituduh komunis atau bersubhat dengan komunis. Mereka akan dimusnahkan tanpa ampun.Itu adalah hukum penjajah. Hakikatnya siapa saja yang menetang penjajah mereka adalah nasionalis tanpa mengira ideologi. Ini telah berlaku ke atas golongan nasionalis yang bersubhat dengan penjajah.
Disebabkan mereka ada cita -cita untuk mendapatkan kemerdekaan, golongan ini disanjung tinggi, dijulang menjadi wira dan dinobatkan sebagai nasionalis tulin. Jadi adakah orang seperti Pak Rashid dan Mat Indera yang rela mengorbankan jiwa raga untuk bangsa dan negara layak dikatakan pengkhianat dan dituduh komunis.Sedangkan semut ada naluri untuk melawan jika terancam
Golongan ini sebenarnya tidak ada pilihan,Sama ada menentang penjajah atau membiarkan diri ditangkap serta diperlakukan dengan sewenang -wenang. Mereka adalah wira terbaik bangsa Melayu. Sejajar dengan para nasionalis besar di seluruh dunia seperti Sukarno, Ben Bella, Rizal dsbnya.Malangnya sejarah kita telah menghina dan berlaku zalim terhadap mereka kerana terlalu terikat dengan sejarah warisan penjajah.
Soalan: Bapak adalah seorang pejuang yang besar bagi tanah air dan bangsa kita yang telah bersama-sama memimpin perjuangan selama puluhan tahun ini. Bapak merupakan satu contoh yang patut diteladani, khasnya oleh angkatan baru.
Sebagai penutup temu bual ini, apakah pesanan Bapak kepada angkatan baru?
Rashid Maidin:
Sebagai orang tua, saya ada satu pesanan dan juga harapan kepada angkatan baru. Kemajuan negara, pembangunan negara dan masyarakat bersandar kepada angkatan baru. Hari depan juga milik angkatan baru. Tapi, sekarang, ada satu kecenderungan yang bahaya di dunia dan di negara kita, baik dalam politik, dalam masyarakat dan lain-lain – satu kecenderungan yang merosakkan angkatan baru.
Misalnya, kebudayaan kuning, dadah, teori yang keliru dalam politik, pelbagai gerakan yang menyesatkan, gaya hidup yang individualistik, yang hanya mementingkan diri sendiri, dan sebagainya. Angkatan baru perlu nampak bahaya aliran ini dan harus menentangnya dengan tegas. Mereka patut menceburkan diri dalam gerakan yang sihat, yang berperanan membangunkan negara dan masyarakat, menegakkan demokrasi dan keadilan serta memupuk perpaduan antara kaum.Sumber Media Perak
Penghargaan buat Pak Rashid Maden Pejuang yang teguh dengan Perjuangannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Perjuangan hanya untuk Agama, Bangsa dan Tanah air tercinta Malaya Merdeka.
Pahlawan
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
Usman Awang