Hudud dan lingua franca

Oleh Hishamuddin Rais

Kadang-kadang kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang merata-rata. Kadang-kadang kebebalan melorot dan melanda. Hakikatnya bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal kehakiman.

Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bestari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik – kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.

Di sini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua – politikus dan orang ramai – yang masih bangang.

Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.

Continue reading

Rabu, 29 Ogos 2012

Haron Din perjelas kejahilan Che Det

                  
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata ‘berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali’.
Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka. Continue reading

ERTI MERDEKA KEPADA RAKYAT P.PINANG

 

 MERDEKA JANJI DITEPATI RAYUAN KEPADA DATUK SERI NAJIB PM 1 MALAYSIA

Genap pada 31 Ogos 2012  ini negara kita telah 55 tahun MERDEKA. Itu satu jangka masa yang panjang.Lebih daripada setengah abad atau 5 setengah dekad lamanya. Kita akan memasuki PRU yang ke 13. Bermakna 13 PRU telah dilalui dengan kemenangan penuh  berpihak kepada kerajaan sedia ada UMNO Perkikatan –  UMNO -BN.

Pada suatu ketika  dulu usia itu menandakan tempoh  bersara bagi kaki tangan kerajaan. Waktu kematangan menuju kedewasaan. Jadi adakah negara kita telah mencapai kedewasaan dalam serba-serbinya. Dari segi sosial,  ekonomi dan politik. Rakyat mendapat keadilan iaitu agihan pendapatan yang lebih merata dan  seimbang.

Mereka bebas bersuara untuk mengkritik berdasarkan fakta atas segala kepincangan yang berlaku dalam urus tadbir negara. Sebagai rakyat warga dan pewaris kerajaan Malaysia adakah hak-hak mereka terjamin.Rakyat mendapat habuan daripada limpahan ekonomi negara dalam bentuk kadar upah yang melegakan.

Continue reading

KEKEJAMAN KE ATAS MUSLIM ROHINGYA

KENDURI DAGING MANUSIA  DI MYNMAR

Awas! jangan tengok gambar yang dilampirkan jika anda jenis lemah semangat.
Gambar menunjukkan orang ramai sedang bersiang lengan manusia macam aktiviti melapah daging yang biasa kita tengok. Gambar tersebut dikatakan berlaku di Burma di mana ia merupakan mayat-mayat umat Islam yang dibunuh. Setelah dibunuh mayat dipotong dan disiang untuk dijadikan lauk kenduri.
Setakat mana kebenaran cerita tersebut tidak pula dapat dipastikan. Tapi ia merupakan satu isu besar diluar peri kemanusiaan yang berlaku di zaman yang kononnya ramai mendakwa sebagai moden dan hukuman rejam, potong tangan dan seumpamanya tidak sesuai dijalankan. Continue reading

PERINGATAN KEPADA SESIAPA YANG BERANI MEMPERSENDA HUKUM SYARIAT

Hudud: Kelantan sudah lulus, Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran

Thursday, August 23, 2012

Terkeluar Islam jika persenda hudud

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

“Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

“Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam,” katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com

KESAN Penurunan Harga Kereta kepada RAKYAT dan NEGARA

   

MENGAPA HARGA KERETA  PATUT  diturunkan  ????????

Penurunan harga kereta secara berperingkat menerusi pemotongan cukai eksais secara berjadual  akan membawa kesan berikut .Pada jangka panjangnya ia akan membawa banyah faedah kepada rakyat dan negara dalam bentuk  :

1. Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

2. Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

3. Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

4. Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

5. Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

6. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

DISESUAIKAN DARIPADA KENYATAAN RAFIZI RAMLI STAR 21 OGOS 2012

KOMEN :

Harga kereta jadi mahal bukan kerana kos pembuatan kereta.Kos pembuatan tidak mahal. Begitu juga dengan  keuntungan pembuat kereta tidaklah berganda banyaknya. Punca harga kereta menjadi berganda dan mahal kerana cukai eksais yang dibebankan ke atas kereta.Jadi pengguna menanggung beban harga yang tidak patut dan menasabah.

Mengapa ? Keuntungan yang dibuat kerajaan ke atas kereta amat banyak. Tidak ada pun kos yang dikeluarkan. Jadi rakyat menjadi mangsa dan terbeban dengannya.Ditambah dengan kenaikan insuran, bayaran bulanan yang tinggi dan tempoh bayaran yang lama. Pembayaran menerusi pembelian kereta telah   memakan sebahagian besar pendapatan rakyat yang sebenarnya tidak bertambah.Malahan semakin berkurangan akibat inflasi yang melonjak secara berterusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...