Polisi berasaskan kaum perlu dihentikan, kata AnwaR
ANALISIS MENGAPA DEB GAGAL DISEMPURNAKAN DI TENGAH JALAN SELEPAS KEMATIAN TUN RAZAK .DASAR TERLAH BERUBAH DARIPADA UNTUK BANGSA KEPADA UNTUK KRONI YANG DEKAT DENGAN PIHAK BERKUASA.
Oleh Mohd Farhan Darwis
September 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menjanjikan polisi berasaskan kaum seperti yang dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada Bumiputera perlu dihentikan, kerana ia hanya memberikan kekayaan kepada sebilangan kecil komuniti berkenaan yang merupakan kroni.


Ketua Pembangkang itu juga menegaskan, PR menjanjikan “fasa baru tender terbuka yang kompetitif” untuk membantu rakyat Malaysia, seperti yang termaktub dalam Bajet Alternatif PR yang diumumkan di Parlimen hari ini.
“Polisi berasaskan kaum perlu dihentikan … kita akan membantu golongan miskin untuk mendapatkan kemudahan seperti pinjaman mikro. Siapa yang terima faedahnya? Melayu. Mereka lebih ramai, jadi bila kita beri kepada orang India, ia tidak memberikan kesan kepada komuniti Melayu,” katamya kepada pemberita hari ini.
Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia dalam Bajet Alternatif mereka yang diumumkan dua hari sebelum Barisan Nasional (BN) membentangkan Bajet 2013.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.
Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
Perdana Menteri juga dijangka akan membentangkan bajet kerajaan pada Jumaat ini yang berkemungkinan untuk menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun kadar hutang negara yang semakin meningkat.
Pakar ekonomi berkata Najib akan melengahkan pembaharuan untuk meluaskan dasar cukai Malaysia dan mengurangkan kebergantungan terhadap simpanan minyak untuk sekurang-kurangnya setahun, dan mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah bertarung dengan kenaikan harga barang.
Anwar dan Najib dilihat menggunakan pendekatan populis untuk menarik undi dalam pilihan raya yang dijangka paling sengit dalam sejarah tanah air, dan kedua-duanya dilihat cuba untuk mengelakkan daripada menjanjikan langkah perubahan yang drastik.
Najib perlu melaksanakan pilihan raya ke-13 hingga April tahun depan namun telah pun mengumumkan beberapa siri pemberian tunai, termasuk RM2.6 bilion tunai kepada keluarga berpendapatan rendah.