Hayati Takbir Aidil Adha-Apa Intipati Moral Yang Dibawanya ?

Orang Melayu sangat seronok dan terperasan dengan  corak agama yang bersifat ritual /upacara . Upacara yang kelihatan  hebat,gah dan ghairah.Contohnya upacara kenduri -kendara yang dikepalai dengan doa-doa, majlis tahalil, perayaan maulid nabi, sambutan hari raya sehingga 1 bulan dan berbagai perayaan lagi. . Mereka kurang memberi perhatian kepada maksud agama. Maksud Maqasid syariat iaitu tujuan utama syariat untuk menjaga 5 perkara yang penting :

1. Menjaga kemurnian agama–  jadi undang- undan mengawal murtad sangat penting mesti didaulatkan

2. Menjaga harta – undang -undang hudud mesti dilaksanakan secara berkesan

3. Menjaga nyawa – undang -undang keadilan mesti ditegakkan –  qisas dan undang-     yang bersifat kerahiman wajib dilaksakan dengan sungguh-sungguh

4. Menjaga akal – segala yang merosakkan akal seperti dadah, arak, hiburan melampau mesti dibasmi dan dihindarkan. Dadah , arak dan  hiburan melampau mesti ditolak daripada menjadi komodoti perniagaan

5. Menjaga maruah dan keturunan – zina mesti disekat.Kegiatan mengahampiri zina mesti disekat.Judi mesti dikawal dan dihalang daripada menjadi perniagaan

Mereka kurang memberi penekanan untuk mengkaji ISLAM secara mendalam. Hayati Takbir di bawah ini untuk memahami konsep TAUHID yang terkandung di dalamnya.Membesarkan Allah bererti jangan menyengutukan Allah dengan Sesuatu yang dianggap lebih atau menyamai Allah.


الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

“Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar. Allah maha besar. Milik Allah lah segenap pujian”

للّه أكْبَرُ كَبيراً،والحَمْدُ لِلَّهِ كَثيراً، وَسُبْحانَ اللَّهِ بُكْرَةً وأصِيلاً، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلا نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدينَ وَلَوْ كَرِهَ الكافِرُون، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللّه واللَّهُ أكْبَرُ

“Allah maha besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji-pijian milik Allah dengan sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Kami tidak menyembah melainkanNya sahaja dalam keadaan kami mengikhlaskan agama untukNya, sekalipun orang-orang kafir membenci. Tidak ada Illah  melainkan Allah satu-satunya. Dia telah mengotakan janjiNya dan telah menolong hambaNya serta mengalahkan tentera-tentera bersekutu (dengan kekuasaanNya) semata-mata. Tidak ada Illah  melainkan Allah. Allah maha besar”.

Tambahan ini menurut Imam Abu Ishaq as-Syirazi dalam al-Muhazzab, di ambil dari zikir Nabi s.a.w. ketika Sa’i di atas bukit Safa. (al-Majmu’, 5/36).

MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM

EKONOMI BEBAS DARIPADA RIBA BERASASKAN PERKONGSIAN YANG ADIL DI MANA PENGGUNA ADA BAHAGIAN KEUNTUNGAN DALAM URUSNIAGA. KINI PENGGUNA DIMANGSAKAN DENGAN SEGALA KOS ,BEBANAN DAN KERUGIAN.

POLITIK YANG BERAKHLAK -PEMERINTAH TERIKAT DENGAN AMANAH DAN TIDAK MENGONGKONG RAKYAT SERTA BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA ATAS NAMA KONONNYA KESELAMATAN,KESTABILAN DAN PEMBANGUNAN

SOSIAL -BEBAS DARIPADA ZINA, SYIRIK , PELANGGARAN TERHADAP HUKUM ALLAH,MAKSIAT, DADAH,JENAYAH DAN KEMUNGKARAN

NEGARA YANG TERBAIK YANG BERJALAN DI BAWAH PENGAMPUNAN ILAHI RABBI BERLANDASKAN HUKUM ALLAH DALAM AL QURAN. DUNIA YANG BERASASKAN KASIH SAYANG,RAHMAT DAN KEADILAN UNTUK SEMUA BANGSA DAN FAHAMAN. TUNDUK PATUH KEPADA KETUHANAN YANG MAHA ESA.

INI MASA KEBANGKITAN ISLAM.ALLAH PASTI BERSAMA KITA .

KEADAAN PASTI BERUBAH DARIPADA KEZALIMAN KEPADA KEADILAN.

HEGEMONI AMERIKA SEDANG GONCANG DAN SUDAH RUNTUH.LIHAT GAMBARAN DI BAWAH INI DALAM FILEM KARTUN PENDEK YANG MEMBONGKAR KEBOBROKAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT !

DATUK MANSOR OTHMAN WAJIB ANGKAT MARTABAT MELAYU PULAU PINANG

Datuk Mansor TKM 1 PP                            Datuk Musa Sheikh Fadzil

Harapan kepada PR untuk membela nasib rakyat terutama golongan yang tertindas amat tinggi. Selepas 50 merdeka kedudukan orang Melayu kian terpinggir. Mereka telah hampir  terpupus di pusat  bandar George Town( sebut TANJONG).  Dulunya tapak kampung -kampung Melayu.

Bermula dengan Tanjong Penaga, Tanjong Penegeri , Kampung Che Long, Hutan Mayat,Kampung Manggis , Kelawai, Kampung Sirih, Batu Putih, Air Raja, Balik Batu dll.Semuanya tinggal kenangan. Apakah kampung-kampung  yang  sedia ada perlu dikorbankan lagi tanpa bersisa. Inikah namanya pemodenan dan pembangunan yang meminggirkan penyertaan Melayu dan warisan Melayu di dalamnya.

Inilah realiti sejarah survival orang Melayu PP selepas merdeka. Laungan,seminar, simposium,kongres amat banyak tetapi kita kian terpinggir di pusat bandar dan pinggirannya. Maka terpantullah pekikan penuh semangat kita mahu pembangunan.Kita hendak ke depan.Sesiapa yang menentang mereka adalah pengkhinat.

Hakikatnya kita kian tersisih jauh daripada sebarang gerak pembangunan. Kita sudah tersisih di bumi sendiri.Kita jadi seperti melukut di tepi gantang. Apakah fungsi kerajaan hanya berpuas hati menyebelahi swasta dan pemaju sahaja.Tanpa ada dasar yang konkrit untuk membela rakyat yang terpinggir. Kerajaan negeri PP boleh membela dan menakan pemaju memberi ganti rumah RM 500,000 kepada para penghuni Kampung Buah Pala walau pun mereka kalah kes di mahkamah.

Bagaimana dengan kedudukan kampung-kampung Melayu. Tidak perlukan diberi pembelaan yang seimbang.Mana perginya keperihatinan dan hati budi kita terhadap kaum sebangsa dan seagama. Politik apa yang kita guna pakai sehingga bangsa terniaya di depan mata tapa pembelaan.

Kini keadaan semakin tercabar bila pembangunan pesat komersial dan mewah bermaharaja lela. Lihat saja di Tanjong Tokong. Pihak UDA Holdings membina rumah kedai jutaan ringgit. Kondo mewah melepasi RM 500,000. Siapa yang hendak membina rumah mampu milik untuk rakyat ?

Tindakkah ini menjadi tanggung jawap kerajaan.Ini menjadi tanggung jawap sosial kerajaan kepada rakyat. Ianya  telah  dilakukan dengan jaya oleh Singapura. Rumah tidak menjadi masalah kepada rakyat. Akibat dasar penswastaan Dr Mahathir keperluan rumah untuk rakyat sangat kritikal.

Rakyat terumbang ambing mengharapkan ihsan pemaju. Pemaju mana yang hendak berbakti kepada orang ramai. Contoh UDA sendiri pun hendak buat untung. Disebabkan itu UDA berlumba-lumba dengan pemaju yang lain membuat projek mewah.Sedangkan ia mendapat tanah dengan harga termurah.Jadi insentif itu terpulang kepada siapa. Rakyat yang terpinggir ini tentu tidak menjadi perhatian lagi.Inilah penyebab mengapa dan kenapa Melayu P.Pinang hilang habitatnya dari masa ke semasa.

Apakah tidak ada mekanisme untuk mengatasinya.Di Tanjong Tokong BN meluluskan penjualan 980 ekar tanah tebusguna dengan harga RM 1 sekaki persegi kepada pihak swasta yang kaya raya. Langsung tidak  terfikir peruntukan dan bahagian untuk rakyat di dalamnya. Kerajaan BN tergamak merestui dasar yang sedemikian rupa.Sedangkan rancangan asal untuk mewujudkan sebuah kosmopolitan Melayu Pulau Pinang.

Selama 20 tahun (1990-2010) tidak ada peruhaman untuk rakyat oleh UDA agensi yang dirtubuhkan untuk menempatkkan semula Melayu di bandar.Mereka dengan sengaja membiarkan rakyat terpinggir! . Jeritan rakyat ditulikan. Seperti anjing menyalak bukit tak akan bukit runtuh. Biarkan ! Biarkan!Biarkan !Rugi majukan tanah selagi pasaran belujm melonjak. Kini tiba masa untuk buat duit. Bina kondo mewah dan rumah kedai eksklusif.

Apakah Kerajaan negeri  PR telah 4 tahun berkuasa juga tidak terfikir untuk menggerakkan inisiatif  menebusguna laut. Tujuannya  demi membuka ruang tanah dan  peluang menempatkan semula rakyat di dalam bandar.Jika BN mengabaikannya apakah PR akan mendiamkannya begitu sahaja.

Jika tidak bandar akan dihuni oleh orang-orang kaya dari serata dunia.Ini telah berlaku di Tanjong Tokong. Sebuah kedimaan antara bangsa yang jelik berjiran dengan rakyat marhain.  Apakah bila nilai tanah melambung tinggi sehingga RM 500/ sekaki persegi (harga asal  kerajaan RM 1 sekaki persegi) rakyat tidak lagi  layak mendudukinya  dan harus memberi laluan”dinyahkan”.

Laluan wajib diberi kepada pembangunan yang tidak berpihak kepada mereka. Fenomena ini telah berlaku di seluruh P.Pinang.Paling akhir dan nyata di Bukit Kecil Sungai Nibong.1 kampung terpaksa ditinggal dan dikosongkan.

Adakah ini kerajaan fungsi kerajaan berubah menjadi  syarikat.  Lebih untung berpihak kepada orang kaya yang banyak menyumbang hasil . Jadi di mana tanggung jawap sosial kerajaan terhadap rakyat yang telah memilih pemimpin untuk membentuk kerajaan.

Tidakkah kerajaan milik semua dan mesti memainkan peranan pengimbang membantu yang tidak berdaya. Ironisnya bila negara maju juarang kaya miskin makin melebar kerana hilang kepedulian terhadap nasib rakyat.

Bila kita menyingkap dan memandang sekeliling timbul pertanyaan mengapa kaum-kaum lain mewah maju dalam negara yang makmur tetapi Melayu meleset di segenap aspek di P.Pinang ini. Kita ada Think Tank yang banyak di USM, para pegawai tinggi kebanyakannya Melayu, agensi kerajaaan pun amat banyak, kutipan zakat melimpah, tanah wakaf berlambak. Ironisnya rakyat tetap tidak terbela dan semakin tersisih dari habitatnya. Apa dah jadi dengan para pemimpin.Sebelum naik berlagak pembela bila berkuasa lain pula.

Timbul pertanyaan apakah para pemimpin ini rupa dan jatidirinya sahaja Melayu tetapi tidak mempunyai  semangat dan jiwa bangsa.  Kasih dan cintakan bangsanya sebagaimana kaum-kaum lain. Justeru mereka berjaya kita gagal. Adakah kita yang dulunya anak-anak rakyat sangat pentingkan diri dan kroni. Lupa asal usul bila sudah berkuasa dan kaya raya.  Ini masalah besar kepada bangsa kita sebagaimana kata Profesor Ungku Aziz:

Kini terlalu ramai kacang-kacang yang lupakan kulit.

.Apaklah penyakit ini melekat pada setiap Melayu yang berkuasa. Ambil kesempatan membina kekayaan sementara pelualang sedang terbuka.Sanggup berbuat apa saja demi tembolok sendiri.Sebagaimana kata pepatah Melayu harapkan pagar pagar makan padi. Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing.

Berbalik sekali lagi tentang Tanjong Tokong yang telah diisytiharkan menjadi kampung warisan. Pengisytiharan telah pun  ada.Tanah milik kerajaan pusat. Jadi apa masalahnya untuk menjadikan sebahagian kampung ini zon warisan hidup Melayu yang pertama di P.Pinang. Tanda wujudnya tamadun dan peradaban Melayu setanding dengan kaum lain terutama penjajah.Meski telah berakhir namun peninggalannya amat disanjung.

Tidakkah agensi,pemimpin Melayu sama ada dalam BN atau PR berbangga dengan wujudnya sebuah zon  Melayu di PP di tengah-tengah megah dan maraknya warisan kolonial dan kaum-kaum lain. Mengapa kita begitu kejam terhadap warisan bangsa kita sendiri. Kata Meng Tze seorang ahli falsafah China  : ” Saat jatuhnya sesuatu bangsa bermula apabila para pemimpin bangsa tersebut menghina bangsanya sendiri”

Satu pesan daripada Al Quran dalam Surah An Nisaak  ayat 9 untuk  diambil iktibar dan pedoman demi masa depan kita yang banyak terlepas dan terlupus  kerana pengkhianatan kita terhadap agama dan bangsa yang selalu menjadi penghias ucapan :

Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang sekiranya meninggalkan generasi  yang lemah di belakang mereka yang dikhuatiri terhadap kesejahteraannya,Oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar

RUNTUHNYA SEBUAH HEGEMONI

Disesuaikan daripada Tulisan  Luqman  Ahmad daripada Penerang dotcom

Runtuhnya Sebuah Hegemoni

“We are the 99 percent. We are getting kicked out of our homes. We are forced to choose between groceries and rent. We are denied quality medical care. We are suffering from environmental pollution. We are working long hours for little pay and no rights, if we’re working at all. We are getting nothing while the other 1 percent is getting everything. We are the 99 percent.”

Kami kumpulan yang mewakili 99 peratus. Namun kami menjadi tidak berdaya, dihalau keluar daripada rumah kami sendiri.Kami dipaksa memilih di antara sewa dan keperluan dapur yang terus meningkat dan menekan. Kami dinafikan daripada mendapat kemudahan perubatan yang bermutu. Kami terperangkap ,  hidup  menderita akibat pencemaran alam.

 Kami dipaksa bekerja lama dengan upah yang sedikit. Kami tidak punyai  apa jua hak pun.  Terpaksa bekerja dan  terus dipaksa bekerja dengan kadar  upah yang tidak sepadan.Kami  kumpulan 99 peratus tidak punya apa-apa . Kumpulan 1 peratus mutlak memiliki segalannya.Hakikatnya kami adalah 99 peratus dikuasai dan diperas oleh kumpulan 1 peratus.

Ini cetusan pernyataan ralat, kesal dan geram. Dicetuskan oleh  sebuah NGO AS.Mereka   tidak puas hati dengan dominasi sistem ekonomi kapitalis yang serba mencengkam survival dan kelestarian hidup  rakyat terbanyak  AS. Kumpulan 1 % iaitu para spekulator di Wall Street menguasai 99 peratus  kumpulan rakyat terbesar AS.

Pernyataan amarah ini telah lama membara. Apa tindak balasnya ? Kumpulan ini bertekad untuk menguasai Wall Street. Kuasa dan wilayah strategik ekonomi dunia   yang menguasai gerak nadi dan gejolak ekonomi global. Adakah ini menjadi petanda akan runtuhnya sebuah hegemoni, penguasaan rakus sebuah sistem ekonomi yang begitu lama bertahan dengan penuh keangkuhan?

Petunjuk-petunjuk di bawah memeta dan menyerlahkan  betapa parah dan rapuhnya ekonomi AS. Sehingga 2011 hutang luar negaranya mencecah 4,45 Trilion iaitu 32 % daripada keseluruhan hutang AS. Sebahagian besar hutangnya datang daripada China.Hutang AS ke atas China naik merecut. Daripada 6 peratus pada tahun 2007.Kini menjadi 36 peratus.

Kini kuasa baru yang sedang menyaingi AS ialah China,Jepun dan India.Bagaimana dengan negara-negara umat Islam yang strategic dan kaya raya dengan limpahan sumber alam. Nadi Ekonomi AS sedang ditopang oleh kekuatan modal negara-negara pengeluar minyak seperti Saudi Arabia, Iraq dan negara-negara Teluk seperti Kuwait,Qatar, Bahrain,Oman dan UAE .

Jadi untuk  terus bertahan dan mengancam negara-negara pemberi hutang  AS terpaksa mencipta perang seantero dunia. Tujuannya untuk menghidupkan industri senjata. AS kini sedang menguatkan armada laut sepanjang Asia Pasifik untuk mengepung China dari laut . AS menempatkan  armada laut yang besar di Singapura, Okinawa, Taiwan ,Korea dan sepanjang jajaran Pasifik dengan markas terbesar di Hawaii. China dan negara-negara Asia Tenggara  akan bangkit sebagai kuasadan saingan baru ekonomi dunia. Disinilah pusat persekemakmuran ekonomi dunia.

AS menggertak Jepun supaya terus tunduk kepadanya. AS terpaksa menjadi samseng dunia dan akan mengganggu gugat negara-negara yang berani mencabar kejaguhannya.Libya telah menjadi mangsa ,Syria di ancam dan Iran mungkin digempur dari darat sekiranya regim di Syria dapat ditumbangkan.

Ditengah kekacaun ini apakah dunia Islam tidak boleh bersatu menjadi kuasa pengimbang yang baru ? Hegemoni AS semakin rapuh dan tunggu masa kan lebur.Sama seperti jatuhnya kekuasaan gereja pada abad pertengahan, kejatuhan Empayar Rom, Parsi, Khalifah Usmaniah Turki dan kini giliran AS .

Siapakah penggantinya ?  Sudah pasti ISLAM . Sebagai langkah awal saranan mewujudkan mata wang Islam DINAR berasaskan emas amatlah  wajar. Begitu juga dengan dengan makanan HALAL dan sistem ekonomi yang bebas daripada RIBA’. Bangkitkan Ikhwanul Muslimin di Mesir menjadi petanda. Ianya digeruni AS yang mungkin akan mencetuskan huru hara atas nama demonstarsi yang bertunjang demokrasi.

Masalahnya negara-negara umat ISLAM sangat cenderung ke Barat sebagaimana firman Allah dalam Quran :

Sekali-kali orang –orang Yahudi,begitu juga Nasrani tidak akan reda kepada kamu melainkan kamu mengikuti millah mereka. Katakanlah petunujuk Allah adalah sebenar-benar petunjuk. Apabila  pengetahuan datang kepada kamu dan kamu masih mengikuti perjalanan mereka pada ketika itu Allah akan berlepas diri daripada kamu dan tidak akan membantu kamu lagi                     ( Maksud Surah Al Baqarah ayat 120)

Surat kekanda kepada adinda

Hishamuddin Rais

George Soros
Open Society Foundation/Open Society Institute/ Open Society Initiatives
6547-BCT – 12965 Penslavania Avenue
New York City – United States of Amerika
20 September 2012

Adindaku George,
Adalah kakanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kakanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adindaku seorang.

Kakanda di sini sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andindaku berlebih-lebihan lagi. Amin.

Kakanda sekeluarga di Kuala Lumpur ini baru sahaja selesai menyambut hari ulang tahun keluarga. Setiap tahun isteri kakanda mengadakan sambutan ini. Jemputan untuk acara ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri telah beberapa kali kakanda jemput. Sayangnya adindaku tidak ada masa terluang.

Kakanda sekeluarga amat gembira hanya agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.

Adindaku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kakanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kakanda sampai di New York pada tahun 2002 dahulu. Kakanda masih teringat lagi bagaimana salju begitu tebal ketika pesawat kakanda mendarat di lapangan terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kakanda hampir-hampir tercabut.

Apakah adindaku teringat lagi bagaimana adinda telah memberi nasihat apabila kakanda merancang untuk bertemu dengan presiden George Bush pada tahun 2002 dahulu. Kakanda ingat lagi bagaimana adindaku telah memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi yang bernama Jack Abramoff.

Adindaku, kakanda amat sedar bahawa Abramoff ini ialah seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kakanda juga tahu bahawa Abramoff ini adalah pelobi Yahudi yang amat penting di Washington DC. Kakanda juga tahu peguam Yahudi ini bekerja melobi ahli kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Israel.

Continue reading

DEBAT BELANJAWAN 2013 : APA KATA DATUK NIZAR

DATUK NIZAR BANGKITKAN ISU WANG PAMPASAN KEPADA  MANGSA BURUH PAKSA ZAMAN JEPUN

Kerajaan Jepun yang menyedari penderitaan mangsa buruh paksa yang membina jalan keretapi Burma ke Thailand telah memberi ganti rugi ke atas mangsa Perang Dunia ke 2( 1942-1945).

Wang tersebut boleh dituntut oleh ahli keluarga dan waris terdekat. Wang tersebut telah pun disaluirkan kepada kerajaan Malaysia.Ke manakah perginya wang tersebut.Hingga kini waris dan keluarga belum dapat.Peristiwa itu telah berlaku hampir 70 tahun yang lalu.

Najib Kemut Wang Pampasan Buruh Keretapi Maut Siam – Burma

 

Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh DS Nizar semasa perbahasan Bajet 2013  di Parlimen.

Tetapi perkara yang paling menarik ialah mengenai isu bayaran pampasan kepada buruh paksa binaan landasan keretapi maut Siam-Burma sewaktu Pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1946 dulu.

Dikhabarkan, kerajaan Jepun telah mengeluarkan bayaran 207 billion wang pampasan kepada buruh-buruh paksa (Ringgit Malaysia? saya tidak pasti mengenainya).

Negara-negara sekeliling kita seperti Indonesia, Vietnam dan juga Filiphina turut menerima wang pampasan berjumlah yang sama dan negara-negara tersebut telah pun menyampaikan wang pampasan tersebut kepada buruh-buruh paksa di negara mereka masing-masing.

Malangnya, Malaysia masih lagi menyimpan wang pampasan tersebut tanpa membahagi-bahagikan kepada yang berhak.

Pihak Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Ke Siam- Burma  1942-1946 telah menghantar memo kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011.
Selain rakyat negara ini, turut menjadi mangsa buruh paksa Jepun ialah rakyat Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Taiwan, Indonesia, India, Sri Lanka, Brunei, Cina, dan Korea.


Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, menurut beliau, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang.


Kira-kira 42,000 orang buruh paksa lagi yang kebanyakannya berusia awal dua puluhan dan sesetengah berusia belasan tahun hilang dipercayai mati di sana. 


Buruh paksa tidak dibayar gaji. Makan minum mereka amat menyedihkan dan ada yang didera jika Jepun tidak puas dengan kerja mereka.

Sepanjang lebih empat tahun itu, buruh-buruh paksa diminta membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat yang merangkumi 60 stesen itu.

Ramai buruh menderita dizalimi askar Jepun termasuk perut dipijak dan dipaksa minum air sabun.

Menyedari kesilapan itu Kerajaan Jepun telah mengundang Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Ke Siam- Burma  1942-1946 berunding mengenai pampasan itu di Narita pada 7-11 Disember 2005 lalu.

Walaupun Jepun dahulunya kejam, tetapi setelah menyedarinya, ia insaf dan sanggup memberikan pampasan ganti rugi kepada mangsa-mangsa kekejamannya itu dan sudah barang tentu, walaupun pampasan sebanyak mana sekalipun pun tidak akan setimpal dengan penderitaan yang telah dialami…..

Dan setelah Kerajaan Jepun mengeluarkan pampasan itu kepada kerajaan Malaysia, kenapa wang sebanyak itu masih lagi terus tersimpan begitu lama waima buruh-buruh di negara yang disebutkan tadi telah pun lama menerimanya.

Kalau dulu mereka telah dizalimi oleh kerajaan Jepun, apakah kerajaan Malaysia tidak bersikap kejam kepada mereka dengan menangguhkan pembayaran pampasan tersebut hingga ke hari ini?

 
Shalehudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...