IKTIBAR DARIPADA UCAPAN TAHUN BARU PARA PEMIMPIN 2013

Disiarkan ucapan tahun baru para pemimpin kita menjelang 1 Januari 2013.

Di bawah ini teks ucapan penuh PM Datuk Seri Najib Tun Razak :

Perutusan YAB Perdana Menteri @NajibRazak Sempena Tahun Baru 2013 Sangat Menyentuh Hati Sanubari #1MALAYSIA

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,

1. Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.

2. Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, “Doing Business 2013” misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan “World Competitiveness Yearbook 2012” telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,

3. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.

4. Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

5. Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.

6. Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

7. Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan. Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.
Rakyat Malaysia Yang DiHormati,

8. Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi serta teliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.

9. Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita.

10. Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.

Rakyat Malaysia Sekalian,

11. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.

12. Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang. Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi. Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.

13. Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.

Selamat Tahun Baru 2013.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Di bawah ucapan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR. PR adalah pihak pencabar kuat BN dalam PRU ke 13. Dalam amalan demokrasi biasa  negara-negara  maju pencabar kerajaan yang sedia ada disebut Goverment in waiting kerajaan menanti bukannya parti pembangkang. Terpulang kepada rakyat untuk memilih yang terbaik demi masa depan mereka .

UCAPAN PM GREAT BRITAIN DAVID CAMERON. BELIAU MENGETENGAHKAN PENCAPAIAN BRITAIN SEPANJANG 2012 DAN MEMANDANG KE DEPAN DENGAN YAKIN TENTANG PRESTASI NEGARANYA DI PERSADA DUNIA. BRITAIN DI ATAS LANDASAN YANG BETUL.MENJUARAI BIDANG PENDIDIKAN .

UCAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENGAMBUT TAHUN BARU 2013

JALAN PENYELESAIAN MASALAH PALESTIN DENGAN ISRAEL SEBENARNYA MUDAH !

Bolehkah masalah Palestin dengan Israel di atasi. Perang ini berjalan terus sejak tahun 1948.Bermula dengan pengiktirafan UN ke atas negara haram Israel. Maka Israel berdiri sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat dengan sokongan 5 kuasa besar. ia wujud dengan  merampas hak kedaulatan sebuah negara yang  sah iaitu Palestin. Inilah permainan dunia Barat telah mewujudkan sebuah negara setelit-pengawas di tengah-tengah dunia Arab .

Di bawah ini satu kupasan daripada Universiti Pragar AS.  Bagaimana krisis sebuah negara kecil ini mudah diselesaiakan menurut analisis Denis Prager

PUNCA KONFLIK ARAB-ISRAEL HASIL REKAYASA PENJAJAH

 

 

Punca krisis Arab dengan Israel berlaku hasil perancangan dan rekayasa penjajah barat Mereka yang membuat peta baru Timur Tengah selepas perang dunia pertama 1918.  Mereka juga yang merancang kebangkitan Arab Spring kini hapir 100 tahun.Kononnya untuk demokrasi.

Kini peta baru Timur Tengah sedang dirobek-robek untuk membangun peta  Timur Tengah yang baru.Konflik di Syria, Kejatuhan Libya dan Tunisia dan pergolakan yang berlaku di seluruh dunia Arab. Yang pasti Saudi Arabia akan dipertahan oleh kuasa Barat secara mati-matian walau pun ia tidak demokratik mengikut ukuran dunia Arab.

Saksikan analisis di bawah menerusi Caspian Report  :

 

MANDAT RAKYAT : Presiden Morsi Menang Refrerandum

Pres Morsi berjaya mengalahkan para penentangnya.  Presiden berkuasa penuh  membuat keputusan.Keputusannya tidak boleh dicabar oleh ketua hakim dan mahkamah. Presiden perlukan kuasa khas untuk membuat keputusan yang startegik demi keselamatan dan masa depan negara.Keputusan 63.8 peratus bersetuju menandakan sokongan rakyat yang padu terhadap kepimpinan beliau.  Kepimpinan baru yang diganggu gugat oleh puak liberal sekular dan sakil baki para penyokong Hosni Mubarat yang pro Amerika dan Israel.

Mereka menentang Pres. Morsi yang telah pun terpilih.  Demokrasi  dipergunakan dengan bebas . Sesuatu yang tidak ada semasa Hosni berkuasa penuh selama 30 tahun. Keputusan ini mencerminkan pendirian rakyat Mesir yang yakin dengan kewibawaan presidennya yang bakal membawa Mesir menjadi pemimpin dunia Arab  yang perkasa .

Ini berhadapan dengan kebiadaban Israel dan kesewenangan AS.Dunia Arab wajib keluar daripada percaturan politik yang diatur oleh AS dan para konco- konconya  yang dikepalai oleh Arab Saudi. Rasanya Presiden Morsi telah melepasi ujian ini dan mara ke pusingan seterusnya.Kini ada tiga kuasa yang dominan di Timur Tengah. Mesir, Turki dan Iran. Arab, Turki dan Parsi.

Jika 3 kuasa ini bersatu tidak mustahil Islam akan bangkit menjadi kuasa baru dunia . Tegak di atas asas aqidah dan persaudaraan sesama mukmin. Bukannya di atas dasar assabiyah
dan batasan geografi.Islam perlu kembali ke pentas dunia.Allah sedang mengatur segala.saatnya telah tiba.Islam perlu memrintah dunia !

Draf perlembagaan baru Mesir diluluskan

draf perlembagaan baru mesir telahpun diluluskan. ini berdasarkan keputusan referendum dengan 63.8 % rakyat mesir bersetuju dengan perlembagaan baru ini. ini memberikan kemenangan 3 kali berturut-turut kepada golongan pro islam. Bermula dengan kejatuhan diktator mubarak,kemenangan pilihan raya parlimen dan kemenangan morsi sebagai presiden. baca selanjutnya berita dibawah.

THE MALAYSIAN INSIDER

Egypt’s leader signs contentious constitution into law

CAIRO, Dec 26 – Egyptian President Mohamed Mursi has signed into law a new Islamist-drafted constitution he says will help end political turmoil and allow him to focus on fixing the fragile economy.
Anxiety about the deepening economic crisis has gripped Egypt in past weeks, with many people rushing to take out their savings from banks and the government imposing new restrictions to reduce capital flight.

Results announced yesterday showed Egyptians had approved the text with an overwhelming 63.8 per cent, paving the way for a parliamentary election in about two months.

The win gives Islamists their third straight electoral victory since veteran autocrat Hosni Mubarak was toppled in a 2011 revolution, following their earlier wins in parliamentary and presidential elections.

The presidency said Mursi signed a decree enforcing the charter late yesterday after the official announcement of the result of a referendum approving the basic law, Egypt’s first constitution since Mubarak’s overthrow.

The text has sharpened painful divisions in the Arab world’s most populous nation and prompted often violent protests on the streets of Cairo.

Opposition groups condemn the new basic law as too Islamist and undemocratic, saying it could allow clerics to intervene in the lawmaking process and leave minority groups without proper legal protection.

But Mursi, catapulted into power by his Islamist allies, believes adopting the text is key to ending a protracted period of turmoil and uncertainty that has wrecked the economy.

He argues the constitution offers enough protection to all groups, saying many Egyptians are fed up with street protests that have prevented a return to normality and distracted the government from focusing on the economy.

An atmosphere of crisis has deepened in Egypt since the vote, with many Egyptians rushing to take out cash from banks and hoarding hard currency savings at home.

Sharpening people’s concerns, the authorities imposed currency controls to prevent capital flight. Leaving or entering Egypt with more than US$10,000 cash is now banned.

Rocked by often violent protests in the run up to the two-stage referendum this month, Cairo was calm, with only a small group of protesters burning tyres overnight.

Mursi’s government says its opponents are damaging the economy by prolonging political upheaval. It has pledged to impose unpopular tax increases and spending cuts to win a loan package from the International Monetary Fund.

Adding to the government’s long list of worries, Communications Minister Hany Mahmoud resigned from his post citing his “inability to adapt to the government’s working culture”.

The United States, which provides billions of dollars a year in military and other support for Egypt and sees it as a pillar of security in the Middle East, called on Egyptian politicians to bridge divisions and on all sides to reject violence.

“President Mursi, as the democratically elected leader of Egypt, has a special responsibility to move forward in a way that recognises the urgent need to bridge divisions,” State Department spokesman Patrick Ventrell said. – Reuters

Pencapaian China dalam Sistem Pengangkutan Laju

China akan buka laluan tren paling laju terpanjang  BEIJING: China akan membuka laluan kereta api kelajuan tinggi paling panjang minggu depan setelah bahagian rangkaian kereta api itu di antara ibu kota, Beijing, dengan metropolis selatan, Guangzhou, dirasmikan, kata pihak berkuasa semalam.

Pembukaan laluan kereta api kelajuan tinggi itu menunjukkan komitmen China memperbaiki sistem pengangkutan yang sering bermasalah.
Laluan sepanjang 2,298 kilometer itu akan mula beroperasi sepenuhnya pada Rabu ini dan mengurangkan masa perjalanan sehingga separuh dengan kereta api bergerak pada kelajuan 300 kilometer sejam.
Laluan baru itu memberi peluang Kementerian Kereta Api China, yang dipalit dengan pelbagai skandal dan salah laku, menebus kesilapannya.

Sekilas Persepsi Anwar Tentang Pembangunan

Profesor Soejatmoko

Siapakah intelektual ?  -sekelompok orang dalam sesuatu  masyarakat yang menjelaskan tentang dunia kepada masyarakatnya

Apakah persepsi Anwar Ibrahim tentang pembangunan.Adakah ia hanya retorika atau sesuatu yang wujud dalam kotak pemikirannya sahaja. Anwar telah membuktikannya dalam bentuk unjuran, pemaparan di dalam buku Jingga.

Saksikan sekilas pandangan Anwar tentang sosok dan tokoh  kebangkitan Asia seperti Mahmohan Singh yang berjaya mengangkat darjat dan harakat ekonomi India ke persada  dunia antarabangsa. Begitu juga dengan Turki di bawah Erdogan. Kata mantan PM Indonesia Mohamad Natsir :

Jangan dalam kita membangunkan gedung kita meruntuhkan ekonomi kerakyatan menyebabkan yang kaya terus meliana,  miskin papa kedana. Jadi ekonomi harus adil dan seimbang untuk dinikmati  oleh semua. Pembangunan negara tidak semestinya pembangunan  untuk rakyat jelata.Sering berlaku ekonomi makmur tetapi inflasi bermaharaja lela.Ini menyebabkan pendapatan rakyat terhisap.Nilai upahan tidak ada maknanya bagi mereka. Pendapatan mereka dirompak dalam sistem ekonomi yang terlalu terbuka tanpa perlindungan daripada kerajaaan.

IMEJ YANG MEPENGARUHI KEMENANGAN DALAM PRU

PROTOGONIS  , PEMBAWA KEMENANGAN DALAM PILIHANRAYA

PRU 1955 TUNKU ABDUL RAHMAN  melawan Datuk Onn Jaafar.

           

Imej Tunku lebih menyerlah.Hasilnya  mencapai  kemenangan  besar.  Strategi menggabungkan UMNO ,MCA dan MIC amat berjaya.

Imej Datuk Onn tersudut bila perjuangan IMP yang berbilang kaum gagal.Perjuangan melalui  Parti Negara menjadi parti serpihahan UMNO sahaja.  Dianggap menggugat perpaduan orang Melayu.Parti Negara hanya berjaya sebentar di Terengganu.Itu pun atas sokongan daripada PAS.

PRU 1959  dan 1964 Imej Tunku masih kuat dan utuh

 

PRU  1969 – Imej dan wibawa Tunku Abdul Rahman mula dipertikaikan dan semakin tercabar .Tunku dianggap mengutamakan bukan Melayu dan pro China.

PRU – 1974  – Kemenengan gemilang bersandar kepada imej Tun Razak yang berjayab menubuhkan BN Barisan Nasional

PRU 1978 – Datuk Onn tidak mempunyai imej yang kuat.Ia diperkuat dengan imej Barisan Nasional dan UMNO, jasa serta  dasar-dasar politik Tun Razak yangt diteruskannya.

PRU 1982  dan 1986 – Imej Dr Mahathir mula berkembang  lebih cemerlang dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

PRU  1990 – Imej Dr Mahathir berkonflik dengan imej Tengku Razaleigh. Wibawa Dr Mahathir lebih besar daripada Tengku Razaleigh. Namun di Kelantan imej Dr Mahathir ditolak .Lebih-lebih lagi dengan kemunculan imej baru kesayangan rakyat Kelantan TG Nik Abdul Aziz.Pada tahun 1990 berlaku serangan imej yang teruk ke atas Tengku Razaleigh.

1995 – Imej Anwar Ibrahim paling cemerlang.Imej sebagai pejuang Islam dan Kebangsaan dan pemimpin masa depan sangat menonjol. Imej beliau mampu menggerhanakan imej Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Fadzil Noor.

1999 -Imej Anwar sangat kuat.Simpati orang terhadapnya menggugat kemenangan BN di banyak tempat.Imej Dr Mahathir tercalar dan memburuk.

2004 – Imej yang paling laku dijual dan naik dengan cemerlang tetapi sekejap.Datuk Seri Abdullah Badawi .Datuk Abdullah cucu ulama, pemimpin bersih.UMNO telah Islam apa guna sokong PAS. Imej beliau menenggelamkan imej Haji Hadi dan TG Nik Aziz sendiri.Pada ketika itu imej DS Anwar Ibrahim telah digantikan dengan imej Datuk Abdullah sebagai pemipmin harapan melayu dan Islam yang paling sempurna.

2008 – Imej Anwar Ibrahim muncul semula menggerhanakan imej Datuk Abdullah Ahmad.

2013 – Masih imej Anwar Ibrahim.Berjayakan mempengaruhi rakyat untuk menyokong PR.

Justeru UMNO -BN membelanjakan wang yang banyak untuk merosakkan imej  Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau digambarkan peliwat, kemaruk seks,gila kuasa, pemecah perpaduan, agen Yahudi dan Amerika dan pengkhianat negara.

Beliau melawan dengan mengemukakan pilihan.  Imej Pakatan Rakyat  jauh lebih baik daripada BN yang bobrok dan ceroboh.

Kemenangan dan PRU ke 13 banyak bergantung kepada permainana imej .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...