BOLEHKAH PROPAGANDA POLITIK MENGATASI FAKTA – REALITI ?

Gambar mewakili 1000 perkataan. Laporan kerajaan mengatakan jumlah pengunjung semasa Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 tidak pun mencapai 100, 000 .Jadi HKR tidak mencapai sasaran dan ditolak rakyat.

Statistik umum mengesahkan kehadiranya sekitar 500,000. Tokoh matematik Prof Sharil menganggarkan 700,000 berdasarkan perkiraannya.  Perarakan sepanjang 1 kilometer yang dipenuhi orang ramai dengan lebar jalan 40 kaki mampu  memuat 100,000 orang.Jadi demontarasi sepanjang 7 km jumlahnya ialah 700,000 orang.

Persepsi kita harus berdasarkan bukti bukannya manipulasi . Jadi gambar pun mewakilinya tanpa pembohongan !Tidak perlu pengesahan yang bukan-bukan oleh autoriti mana sekali pun.Lebih-lebih lagi yang berpihak dan berkecenderungan untuk memanipulasi.

Continue reading

BERITA TERBARU PM NAJIB RAZAK

PM NAJIB BALIK DARI GAZA . KENAPA BELIAU PERLU KE GAZA MENJELANG PRU KE 13 . ADAKAH UNTUK MEMBINA IMEJ BAHAWA UMNO MEMBELA ISLAM ? APA YANG BOLEH DIBUAT OLEH NAJIB KE ATAS BUMI GAZA ?

MENYAMBUT KEPULANGAN PM  NAJIB,   ADA MAHATHIR,MUHYIDDIN  DAN SITI HASMAH . LAWATAN KE GAZA PENTING UNTUK MEMBINA IMEJ YANG BAIK. IMEJ SANGAT PENTING DALAM PRU. TAHUN 2004 IMEJ PAK LAH BERJAYA DIJUAL SEHINGGA BN MENDAPAT KEMENANGAN PALING BESAR SEPANJANG 12 PRU.APAKAH IMEJ NAJIB YANG TERCALAR TERUK DAPAT DIPERBAIKI UNTUK MEYAKINKAN RAKYAT BAHAWA NAJIB ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK !

KESATUAN EROPAH BERI TINDAK BALAS POSITIF KEPADA PR

LUC VANDEVON DUTA KESATUAN EROPAH KE MALAYSIA TERIMA WATIKAH DARI YDP AGONG

PETALING JAYA 25 Jan: Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan kesediaan blok ekonomi itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.“Sudah tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik,”

NIK AZIZ KE RUMAH KARPAL- SAMBUT HARI JADI KE 82 DI SANA !

AHAD 30 JANUARI 2013,  SAMM MELAPORKAN TUAN GURU NIK AZIZ tiba 30 minit lebih awal di kawasan yang sesak dengan sambutan Thaipusan di Jalan Scotland tempat kediaman Karpal Singh.

Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Taipusam.Beliau tiba selepas menyempurnakan lawatan beliau  ke Masjid Bersejarah Warisan Batu Uban. Di sana beliau memberi amanat ringkas bahawa  Islam tegak di atas asas perpaduan.Kita diwajibkan “BERSATU”.Justeru kita bersolah secara berjemaah.Jemaah inilah asas kekuatan kita.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

“Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

“Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain,” katanya.

MENYAMBUT TAHUN HIJRAH DAN MAULIDUR RASUL 1434 H -MASIHKAH KITA DITAHAP YANG SAMA !!!!

PERBAHARUI ISLAM KITA SEPANJANG MASA

  • SESUNGUHNYA SOLAHKU ,IBADAT PENGORBANNANKU,HIDUPKU DAN MATIKU UNTUK ALLAH RAB SEMESTA ALAM.AKU MEMUJI ALLAH DAN AKU TERIMA PERINTAHNYA DENGAN TAAT. AKU TOLAK APA YANG DILARANG DAN AKU TERIMA DENGAN PASRAH APA YANG DISURUH. SEGALA YANG DATANG DARIPADANYA AKU TERIMA DAN AKU PATUH
  • AKU TERIMA ISLAM SEPENUNYA MENJADI SISTEM HIDUP YANG LENGKAP DAN SEMPURNA  DALAM KEHIDUPAN. AKU MASUK KE DALAM ISLAM SEPENUHNYA DAN MENOLAK   LANGKAH-LANGKAH SYAITAN YANG MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH. BAGIKU ISLAM MELIPUTI SEGALA PERSOALAN HIDUP DARI DUNIA HINGGA KE AKHIRAT KERANA IA ADALAH :

                     Negara  dan watan/tanah air atau pemerintah dan umat

                     Islam membina akhlak dan kekuatan atau membawa  rahmat dan keadilan

                    Islam adalah pengetahuan dan undang-undang  dan  atau ilmu dan kehakiman

                    Islam adalah kebendaan dan harta atau usaha dan kejayaan

                   Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah

                   Islam tegak di atas aqidah yang benar dan ibadah yang sah

Rub’i Bin Amir apabila disoal tentang mesej yang dibawa Islam beliau mengucapkan dengan tegas dan diberani dihadapan pemerintah Parsi yang kuffar :

   ISLAM DATANG UNTUK MEMBEBASKAN MANUSIA DARIPADA PERHAMBAAN SESAMA MANUSIA KEPADA SAMA -SAMA  MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH

      ISLAM MEMBEBASKAN UMAT  MANUSIA DARIPADA KEZALIMAN DALAM AGAMA-AGAMA KEPADA KEDILAN ISLAM

              ISLAM MENGELUARKAN MANUSIA DARIPADA KESEMPITAN DUNIA KEPADA KELUASAN AKHIRAT

IMAM KHOMEINI MENYIMPULKAN ISLAM ADALAH  IDEOLOGI UNTUK ORANG YANG MENJERIT-JERIT MENUNTUT  PEMBEBESAN DARIPADA SEBARANG PENGONGKONGAN DAN SEKOLAH LATIHAN UNTUK MEREKA YANG MENUNTUT KEADILAN !

NILAI SENDIRI KEISLAMAN KITA DI HADAPAN ALLAH KERANA ALLAH TIDAK MENJADIKAN KITA UNTUK TUJUAN YANG SIA-SIA. ALLAHU AKBAR !!!!!!!.HUKUM ALLAH MESTI DIDAULATKAN . ALLAH MENGINGATKAN KITA DENGAN FIRMANNYA BAHAWA – BARANG SIAPA YANG TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH MEREKA ITU KAFIR , ZALIM DAN FASIQ.

 

SIAPA TUNKU SIAPA MAHATHIR -BEZA ANTARA KEDUANYA

Tunku telah lama meninggalkan kita dengan nama yang baik sebagai Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia ini. BELIAU tidak dapat menjawap segala tuduhan buruk terhadap beliau

  • TUN MAHATHIR  mengaku bertangungjawab terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Filipina dan lain-lain di Sabah
  • Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak sama bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penganiayaan moral yang paling buruk dilakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan kita dahulu.
  • Rakyat tahu pemberian kerakyatan kapada kaum Cina dan India adalah merupakan pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan itu dan dirundingkan secara terbuka.Mereka yang diberikan kerakyatan itu termasuklah dari India samada India yang beragama Hindu mau pun yang beragama Islam.
  • Sebuah Suruhanjaya  ditubuhkan  dalam isu pemberian kerakyatan semasa Tunku dahulu. Ia di buat secara terbuka dengan persetujuan semua pihak, bukannya dilakukan di dalam gelap seperti kerja mencuri seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir

 

Minyak pula tersimpan di bawah Pasar Siti Khadijah? — Mohd Sayuti Omar

KATAKANLAH YANG SEBENAR MESKI PUN PAHIT

                         BERKATA BENAR ADALAH JIHAD BERKATA DUSTA DAN                       DIAM ATAS  KEBENARAN ADALAH KHIANAT

KUASA ADALAH AMANAH – APABILA DIBERI KEKUASAAN JANGAN BERBUAT KESEWENANGAN DENGAN MENJADIKAN KEKAYAAN HANYA BELEGAR-        LEGAR DI KALANGAN SATU GOLONGAN SAHAJA

24 JAN — Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.

Najib meninjau aktiviti peniagaan di pinggir pasar Khadijah.

Continue reading

Maulidur Rasul 1434 Hijrah Bukan sekadar Perayaan Semata-mata !

APA KATA TUAN GURU  NIK ABDUL AZIZ TENTANG SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya.

  • Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.
  • Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun.Umat Islam perlu menerima Islam sepenuhnya sesuai dengan perintah Al Quran dan amalan baginda . Mereka wajib menolak tradisi yang bertentangan dengan Islam
  • Mengkaji dan menerapkan sirah baginda dalam kehidupan. Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.
  • Menerapkan sifat -sifat utama baginda sidik/ benar , amanah, tabligh/menyampaikan  dan fatanah/ bijaksana  dalam kehidupan kita sehingga menjadi muslim yang dikagumi masyarakat

Dari segi sejarah tidak ada tarikh yang tepat tentang penanggalan tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw. Ada yang mengatakan 8, 9, 10, 11 dan 12 Rabiul awal. Ibn Kathir (774 H) sendiri dalam karyanya al Bidayah wa al Nihayah mengungkapkannya begitu.

Orang yang menyambut kelahiran baginda dengan meriah ialah bapa saudaranya Abu Lahab.Nyata di zaman awal dakwah menjadi penentang yang paling kuat dan tegar. Yang terang Al Quran mencatatkan sejarahnya dengan mengungkapkan peristiwa tahun Gajah.Tahun kelahiran baginda.Ini umum diketahui oleh bangsa Arab.Peristiwa penyerangan Kota Mekah oleh Abrahah yang datang dengan tentera bergajah.

Baginda sendiri tidak melakukannya .Begitu juga dengan empat khalifah  yang terkemudian. Sambutan ini ia hanya berlaku di  zaman khalaf .Tepatnya selepas lahirnya karya berzanji yang mencatat dengan penuh puitis dan pengangungan yang keterlaluan tentang diri dan peribadi baginda Rasulullah.

PM Israel Kecam Perjanjian Fatah-Hamas

                         Netanyahu PM Israel dari Parti Likud jalur keras Israel 

Israel berusaha memecahbelahkan perpaduan di kalangan warga Palestin dengan melaga-lagakan antara Hamas dengan Fatah. Tebing Barat wilayah yang di tawan daripada Jordan dalam tahun 1967 tidak dipulangkan.

Didalamnya terdapat Ahyaa Asysyaarif yang mengandungi Masjidil Al Aqsa. Pemulangannya ditolak walau pun ada ketetapan UN. Israel telah bertindak sebagai pengganas dan penjajah.UN pun tidak boleh mengawalnya walau ini bertentangan dengan dasar UN yang menolak penjajahan selepas perang Dunia ke 2.

Israel menolaknya secara tegas.  Siapa yang menetang keganasan yang dilakukan Israel dituduh pengganas.  Ini walau pun untuk mempertahankan kedaulatan  Palestin ke atas haknya sendiri.  Negara-egara Arab tidak boleh berbuat apa-apa. Israel menjadi sebahagian daripada AS. Sesiapa yang menentang Israel, bermakna menentang AS dan negara-negara Eropa. UN sendiri tidak berkuasa dalam menghadapi keangkuhan Israel.

Saya telah mengatakan beberapa kali di masa silam bahwa pemerintah Palestina (yang dipimpin Abbas) harus memilih antara persekutuan dengan Hamas atau perdamaian dengan Israel. Hamas dan perdamaian tidak akan bisa bersama-sama

“Jika Abu Mazen (Abbas) melaksanakan apa yang ditandangani di Doha, ia memilih meninggalkan jalur perdamaian dan menyatukan dirinya dengan Hamas,” kata Netanyahu pada pertemuan para menteri partai Likud kubunya.

Uni Eropa, Israel dan AS memasukkan Hamas ke dalam daftar organisasi teroris. Hakikatnya siapa kepala keganasan.Tidakkah Israel itu sendiri punca dan pokok segala keganasan yang gagal dikawal oleh UN sendiri.

BAHASA MELAYU WAHANA PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

 

BAHASA JIWA BANGSA

POLITIK BAHASA MARTABATKAN BAHASA MELAYU SESUAI DENGAN KEDUDUKANNYA DI DALM PERLEMBAGAAN

Bila melihat pada manifesto pilihanraya APA PARTI PUN,   rakyat  akan terpegun dan terpesona dengan janji-janji manis yang dihamburkan. Para arif kita telah berkata Janjinya manis bak  madu, bila ditelan terasa hempedu

Itulah yang berlaku ke atas nasib Bahasa Melayu dibumi sendiri. UMNO  memainkan agenda politik mendaulatkan bahasa menjelang kemerdekaan.Tujuannya  untuk meraih sokongan padu daripada golongan guru-guru dan wartawan. Utusan Melayu menjadi alatnya demi  meyakinkan rakyat bahawa para pemimpin UMNO ikhlas.

UMNO menganjurkan kongres Bahasa Melayu 1, 2 dan 3 dengan menyediakan berbagai platform konkrit  demi memantapkan kedudukan  BM dalam perlembagaan negara. Menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Apa jadi selepas itu ? Dalam hal ini para pemimpin UMN0 memberi penglibatan besar. Mereka terdiri daripada  Pendeta Za’aba,Syed Nasir Ismail, Iziz Ishak dan Cikgu Mohd Nor Ahmad.

  

Para pemimpin UMNO menunjukkan iltizam dan komitmen tinggi terhadap kemampuan BM. Hakikatnya  mereka sebenarnya  berasal daripada golongan intelegensia didikan Inggeris keluaran MCKK . Golongan pemuja dan anak didikan Inggeris. Rakyat terpukau dengan janji dan jaminan untuk memartabatkan BM menjadi  bahasa rasmi , bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Selepas merdeka apa yang dijanjikan tidak sama dengan pelaksanaannya.Guru-guru Melayu mulai berontak dan keluar daripada UMNO apabila dasar tidak berjalan sebagaimana ditentukan. Cikgu Mohd Noor Ahmad bertindak tegas memberi kata dua kepada UMNO supaya memulakan kelas menengah Melayu walau dengan apa cara sekali pun.Beliau menolak alasan daripada para pemimpin kononnya KEMUDAHAN dan KEMAMPUAN TIDAK CUKUP !

Cikgu Mohd Noor pendesak dan Aminuddin Baqi pelaksana Dasar Pelajaran Kebangsan-gubal Penyata Razak tahun 1956 menjelang MERDEKA

Implikasinya Kerajaan akur  dengan mengarahkan Dewan Bahasa dan  Pustaka mengeluarkan buku. Sekali lagi guru-guru bangun menuntut penubuhan Universiti Kebangsaan dengan segera selepas pilihanraya 1969. Mereka memulakan kempen mengutip  derma.  Akhirnya berjaya memaksa UMNO menubuhkan Universiti Kebangsaan di Lembah Pantai KL mulai tahun 1970.

Kini nasib BM kembali lesu. Langkah melaksanakan PPSMI sebenarnya bercanggah dan mengkhianati  Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah diperbetulkan oleh Tun Razak pada awal  tahun 1970an. Kerajaan telah menukar SRJK Inggeris menjadi sekolah kebangsaan apabila semua subjek diajar menggunakan BM. Kini di bawah arahan Mahathir Mohamad kerajaan telah menterbalikkan dasar dengan mengarahkan subjek Sains dan Matematik diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Dasar yang diputuskan oleh seorang pemimpin sahaja secara tergesa-gesa !

BM telah membuktikan keupayaannya sehingga ke peringkat universiti apabila  Phd ditulis dengan menggunakan BM. Kenapakan dasar yang berjaya dimangsakan. Amat memalukan apakah BM tidak mampu menjadi bahasa ilmu hatta untuk mengajar sains dan matematik di peringkat darjah 1.

Ini adalah  penghinaan terbesar  kepada bahasa dan tamadun Melayu. Indonesia telah membuktikan keupayaan bahasanya . Begitu juga dengan Thailand. Jepun dan Korea. Mereka lebih-lebih lagi kental jati diri,  kebanggaan dan semangat kebangsaannya .Kita saja yang cair ! terlalu fanatik  dengan bahasa Inggeris.

Mengapa ? Kebanyakan daripada kita terlalu terpukau dengan kebendaan dan ketaatan yang melulu kepada pemimpin walau pun pemimpin tersebut mengatasi dan  menolak perlembagaan ! Ini langsung tidak disedari oleh kebanyakan intelektual kita .Mereka buta sejarah bahawa BM pernah menjadi lingua franca bahasa perdagangan di pelabuhan-pelabuhan utama rantau ini !

Bagaimana dengan nasib BM  di bumi kita di Alam Melayu, Di  Persekutuan Tanah Melayu namanya yang disebut daripada asal,  hatta oleh penjajah. Melihat perkembangan nyata  para pemimpin kita amat lemah jati dirinya.Hendak menyampaikan mesej yang mudah pun menggunakan BI di TV arus perdana. Bukannya kenyataan yang penting sangat. Kenyataan yang memerlukan BI. Mengapa jadi sampai begini. Apakah kita tetiba jadi mundur dan rasa rendah diri  bila  menggunakan bahasa sendiri ?

Apakah nasib masa depan Bahasa Melayu di tangan Pakatan Rakyat. Adakah akan mengalami keadaan yang serupa.Janji siapa pun boleh janji.Diharap tidak begitu dengan kepimpinan DS Anwar Ibrahim yang terserlah kecintaannya kepada BM  dan keterlibatan serius para  pejuang bahasa seperti Datuk Samad Said, Awang Sariyan  dan tokoh guru Haji Nordin Mahmud. BAHASA JIWA BANGSA HILANG BAHASA HILANG BANGSA

Pengisytiharan Rakyat di Hari Kebangkitan Rakyat  untuk Memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu selaras dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

MEMARTABATKAN BAHASA IBUNDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...