BAJET RAKYAT : KAJI UNJURANNYA BUKAN TOLAK KERANA KEBENCIAN

TAKUT HADAPI RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN – ANWAR IBRAHIM

 

Marilah kita mengamalkan gaya politik yang sehat yang lebih beradab. Bukannya menyerang peribadi dan memperlekehkan pihak lain secara semberono. Lebih-lebih lagi oleh seorang negarwan seperti Tun Mahathir.

Apa yang dilakukan oleh PR adalah refleksi daripada kegawatan ekonomi akibat daripada dasar-dasar ekonomi Dr Mahathir yang boros selama 22 tahun berkuasa.Ia mengakibatkan rasuah berleluasa sebagaimana yang tergambar dalam rentetan skandal yang berlaku dan laksaan wang rakyat lesap begitu sahaja.

Bajet PAKATAN HARAPAN RAKYAT ialah satu muafakat  ekonomi untuk menyelamatkan ekonomi negara ke kancah kebinasan . Meletakkan negara di atas landasan ekonomi yang berimbang, di atas landasan  yang betul dengaan sasaran yang jelas untuk membangunkan negara dan rakyat. Kita mengambil satu aspek sahaja daripada belanjawan tersebut iaitu

MENGURANGKAN PENDERITAAN RAKYAT – MENGHADAPI    DAN MENANGANI INFLASI MEMUNCAK SEPANJANG MASA

  • Menurunkan harga barangan supaya rakyat mempunyai pendapatan boleh guna yang cukup  untuk berbelanja. Dilakukan melalui penurunan harga minyak, kadar tol, tarif letrik, air, bayaran astro dan banyak charge yang menggerunkan.
  •  Akibat dasar-dasar penswataan ekonomi yang bersifat monopolistik  dan serba mencengkam .Kerajaan dikuasai swasta dan tunduk kepada tekanan dan kawalan mereka.
  •  Berlaku dalam  operasi ekonomi negara hari ini.Semuanya diperniagakan termasuk air dan api, kemudahan umum yang paling asasi.
  • Kerajaan memberi puluhan bilion kepada kroni melalui syarikat-syarikat pembekal letrik dan  tidak sampai kepada rakyat . Sepatutnya harga letrik turun tetapi sebaliknya bertambah.
  • Bajet rakyat mengkaji semula segala perjanjian yang merugikan rakyat dengan membuat kajian semula untuk diperbetulan supaya lebih adil.

    Semuanya ini hanya  boleh dilakukan apabila fungsi kerajaan beralih daripada tindak tanduk sebagai syarikat kepada kerajaan sebagai penanggung jawab sosial rakyat. Adalah sangat berbahaya apabila kerajaan tunduk kepada swasta. Kerajaan adalah kerajaan sebagai pemegang amanah dan pihak berkuasa yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus tadbir negara secaar telus dan adil.

Kerajaan   mesti bertunjangkan rakyat bukan untuk golongan tertentu yang menguasai dan membolot limpahan kemakmuran  ekonomi negara. Setiap rakyat akan mendapat bahagian apabila kita berpegang kepada prinsip sebagaimana firman Allah apabila diberi kuasa usah berbuat kesewenangan dengan menjadikan kekayaan hanya berlegar-legar di sekiktar satu golongan sahaja. Juga pesan Mahatma Ghandi wajar diambil perhatian :

The earth has everythings to cater for everyone needs but not enough because of everyone greeds

Dunia ini cukup buat memenuhi keperluan setiap orang tetapi menjadi tidak cukup buat memenuhi keperluan setiap orang yang tamak dan haloba !

Justeru mengapakan kita tidak mahu berubah untuk berfikir secara sehat. Musuh utama manusia ialah kejahilan dan sifat melulu sehingga tidak mampu berfikir manakah yang munasabah dan mana yang menipu. Bila jadi terlalu jumud dan taksub akal fikiran tidak akan berguna lagi kerana telah dikuasai.

Bukan kita yang sendiri berfikir dan menimbang.Kita dipimpin oleh orang lain yang mempunyai agenda dan matlamat tersendiri. Asyik menyalah orang lain sedangkan dialah punca mengapa segala kegawatan ini berlaku

SARI BERITA : BAJET PR BAWA NEGARA JADI BANKRUP

JUMAAT I MAC 2013 MANTAN PM  TUN MAHATHIR mengatakan bajet PR yang baru diluncurkan dalam Kongres ke 4  pada 25 Disember 2013 oleh gabungan parti yang bercita-cita menawan Puterajaya dalam PRU ke 13 ini sebagai bajet yang membawa padah. Bajet yang boleh menjerumuskan negara ke kancah kebankrapan.Sama seperti yang dialami Greece. Menurut beliau :

Revenue semuanya dikurangkan dan belanja lebih.Bodohlah kita menerima bajet ini kerana negara akan bankrup.Tan Seri Khalid  kata bajet bukan janji.Tak perlu dilaksanakan.

“Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.”

SARI BERITA – ULASAN SEMASA

Apa yang sebenarnya bajet atau belanjawan ?

An estimate, often itemized, of expected income and expense for a given period in the future.
2. A plan of operations based on such an estimate.
3. An itemized allotment of funds, time, etc., for a given period.

Rekod menunjukkan negeri-negeri yang diperintah PR seperti Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan  mengalami surplus,pendapatan  yang berlebihan berbanding dengan perbelanjaan. Bukannya defisit,  kekurangan yang memerlukan suntikan dalam bentuk hutang sebagaimana yang dialami oleh kerajaan BN .

Ini asasnya bagaimana bajet diunjurkan. Masalah utama yang dikenal pasti punca defisit kerana kebocoran akibat rasuah.Ini yang menjadi keutamaan dan akan di atasi supaya belanjawan dapat dialihkan untuk membantu pihak yang memerlukan pembelaan.

Dengan sikap berhemah dan berjimat perkara ini boleh diatasi meletakkan bajet di atas landasan yang betul.Ini telah berjaya dilakukan terutama di Selangor yang mengalami lebihan sebanyak 2.6 bilion.

Semua parti yang bertanding perlu ada bajet. Kalau tidak bagaimana hendak memerintah. Mungkin Mahathir akan kata bajet pun tidak ada macam mana hendak mengurus tadbir negara. Bajet pun kelam kabut tanpa asas ekonomi dan rujukan perangkaan macam mana hendak mengendali pemerintahan.

Pada beliau semuanya tidak kena pada individu, kumpulan  atau parti yang beliau tidak berkenan. Itulah yang dilakukan ke atas  Tun Abdullah semasa berkuasa. Ada saja yang tidak kena sehingga beliau diturunkan. Beliaulah orang yang paling istimewa. Hanya beliau saja yang tahu bajet , mampu berfikir dan merancang .Orang lain tidak. Jadi bajet PR jangan dilayan.Ia bukannya bajet ,ia hanya janji kosong dan propaganda. Benarkah begitu ?

Setiap bajet mesti ada asas pertimbangannya.Bukannya dibuat dengan kesewenangan. Ia adalah unjuran dengan sejumlah wang  bagaimana mengendalikan ekonomi bila berkuasa. Para penggubalnya terdiri daripada pakar-pakar ekonomi.Orang yang sama juga semasa berada dalam BN.DSAI pernah menjadi menteri kewangan dan untuk satu masa kita mengalami surplus

Mereka punyai pengalaman dan tahu apa yang dilakukan. Bajet bukannya propaganda politik. Bagi Mahathir yang punyai kemahiran menolak sebarang gagasan yang mengancam BN  akan menggunakan hujah yang mematikan pihak lawannya. Sedangkan beliau sebagai negarawan harus bersifat terbuka bukannya sinis dan melalut.

Bajet siapa pun harus dihormati.Lihat dan kaji apa yang dikata  bukannya pertikai  siapa yang berkata. Bila kita berbuat demikian kita bersifat adil kepada diri kita dan juga orang lain. Al Quran memberikan pedoman :

Mengapa kamu suruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa kepada diri sendiri. Kamu membaca kitab apakan kamu tidak mengerti.(Al baqorah 2: 43 )

Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.( Surah al Maidah 5: 8 )

d

 

“Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.”
“Duit yang kita tak kawal  senang mahu belanja,”

Siapa kata duit tak ada. Setiap tahun negara membelanjakan lebih daripada 250 ribu juta untuk bajet ( RM 250,000,000,000 mana pergi wang tersebut ?Ini wang siapa bukan wang UMNO – BN.Ini wang rakyat .Tapi rakyat tidak mendapat manfaat.Bina stadium stadium runtuh dan berbagai kebocoran!

DAULAH RAKYAT – SARI BERITA

SARI BERITA DAULAH RAKYAT –

PEMBANGKANG SELAMANYA TIDAK LAYAK UNTUK MEMERINTAH

Aspan Alias  28 FEBUARI 2013

 

Dalam masa akhir-akhir ini UMNO telah mengulang-ulangi isu bahawa

Pembangkang tidak akan berjaya menunaikan janji-janjinya terhadap rakyat.

Beliau bercakap perkara yang sama seperti seorang yang asyik berwirid dengan wirid yang sama siang dan malam.

Muhyiddin pun sama wiridnya dengan Najib.

Mungkin kedua-duanya mempunyai guru yang sama dan agaknya guru mereka ini tentu lah Dr Mahathir. Continue reading

TAHALUF SIYASI ! PR INSYA ALLAH KE PUTERA JAYA

Baca tulisan di bawah ini untuk renungan dan muhasabah.

Dua golongan daripada umatku apabila baik mereka baiklah keseluruhannya ,apabila rosak mereka  maka rosaklah keseluruahannya iaitu ALIM ULAMA dan UMARAK !

Salam tuan.

Sedikit pandangan atas kelakuan PAS hari ini. Semua persoalan ini mudah dirungkaikan dengan melihat sejarah lampau PAS. PAS terbentuk hasil gabungan Persatuan Ulamak dan Biro Agama UMNO ketika menghadapi pilihan raya 1959.

Aktiviti berpolitik diambil alih oleh bekas ahli UMNO atas keupayaan mereka memasuki gelanggang politik tanah air. Ulamak pula mengambil tempat dalam Majlis Syura atas dasar golongan ini ‘bersih’ untuk bergelumang dengan politik yang ‘kotor’.

Dua darjat itu berjalan seiringan dan memainkan peranan tersendiri terutama pada saat-saat genting. Mereka ini selalu bertelagah atas kefahaman dan prinsip kumpulan masing-masing.

Sejarah membuktikan terpisahnya dua golongan ini dalam era Dr. Burhanuddin Helmi sebagai Yang Dipertua dan Ustaz Zulkifli Muhammad sebagai Timbalan. Jurang ini sangat ketara. Di Kelantan sebagai kubu kuat PAS, Amaluddin Darus tidak sependapat dengan kumpulan Dato’ Asri.

Dr. Burhanuddin berjaya menguatkan aliran politik massa yang secara automatik mengecilkan peranan ulamak. Dato’  Asri menyambung pemikiran tersebut dan menguasai kepimpinan PAS  sehingga membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.

Setelah PAS keluar BN, ramai ulamak kontemporari terutama dari ABIM mengambil alih daripada golongan Nasionalis Islam dan membentuk kepimpinan ulamak. Sejak itu PAS dilihat lebih banyak membawa fikrah politik ala Ikhwanul Muslimin yang diterapkan dalam iklim politik Malaysia.

Seperti yang dinyatakan, golongan ulamak menganggap mereka bersih dan hanya tahu bercakap dari atas. Mereka ini sebenarnya hanya tahu ‘berkhutbah’ tanpa wawasan yang jitu dalam lingkungan jumud.

Golongan Nasionalis Islam pula sanggup turun padang, melakukan yang sepatutnya untuk menghadapi musuh, iaitu UMNO. Bila kemenangan dicapai, golongan ulamak menyatakan syukur sambil mengusap janggut. Bila berlakunya tragedi, golongan ulamak menyalahkan kumpulan Nasionalis Islam tanpa mahu terpalit sama.

Buktinya, kesan krisis di Kelantan pada tahun 1978, kumpulan Dato’ Asri dimaki hamun, kena sumpah seranah kononnya silap membawa PAS masuk BN. Padahal keputusan dibuat dalam muktamar khas yang mendapat sokongan majoriti. Inilah perangai ulamak yang berselindung di sebalik serban, jubah, dan janggut.

Ternyata krisis 1978 itu adalah perangkap politik UMNO semata-mata. Jangan lupa watak Dr. Haron Din dan Tok Guru Nik Aziz di kala krisis itu berlaku. Siapa yang menyelami pahit getir dan siapa yang bidan terjun.

Golongan ulamak jumud dalam PAS diwakili oleh ahli Majlis Syura. Antaranya ialah Dr. Haron Din, dan sekelompok pemimpin PAS Terengganu. Golongan ini sangat faham tentang hukum hakam tetapi tidak pandai mengimplemenkan dalam arus politik Melayu. Mudah menjatuhkan hukum dalam ruang pemikiran sangat sempit.

Orang Kelantan mengandaikan mereka sebagai ‘angin tohor’. Tidak ada kemesraan dan aura bila berbicara dengan mereka. Lagak, gaya, dan pertuturan menjadi kegerunan orang ramai. Hanya tahu menyatakan hukum dan berselindung di sebalik dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Angkuhnya mereka seolah-olah malaikat, hakikatnya mereka ini dibuai oleh jeneral-jeneral syaitan.  Apakah syaitan tidak tembus dalam hati mereka ini?

Sekarang timbul pula krisis dalam Pakatan Rakyat berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Sewaktu mula berjuang, semua bergantung kepada kekuatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bila kemenangan sudah hampir (padahal belum pasti), golongan ulamak secara tiba-tiba menolak Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Inilah perangai golongan ulamak sejak dulu lagi, menangguk di air keruh atas penat lelah orang lain.

Isunya ialah  kalimah Allah yang menjadi ‘kamikaze’ UMNO, inipun termakan oleh golongan ulamak. Kebodohan mereka nampak ketara, walaupun berupaya menghafal Quran. Pemikiran golongan ulamak Melayu hanya setaraf Lebai Malang, yang popular dalam cerita rakyat.

Jelas lagi kebodohan mereka apabila bersetuju dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri. Kalau Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘buaya’ apakah Ku Li itu bukan ‘harimau’? Aduh.. kenapalah bodoh sangat? Ingat.. Ku Li itu umpama kucing yang menanti peluang menjerat mangsa. Visinya tetap ada. Sudah lupakah tentang perjuangan kumpulan yang mahu menghidupkan semula UMNO 46?

Nampaknya PAS ingin memberi nyawa kepada musuh.Kenapalah tidak difikirkan, bagaimana hendak menguasai DAP terutama Karpal Singh apabila berkongsi kuasa nanti. Islam sudah mengatasi segala-galanya tetapi lemahnya berfikir golongan ulamak yang tidak nampak sepak terajang politik. Tidak tahukah golongan ulamak yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah loncatan dalam konsep Tahaluf Siyasi.

Kalau mahir dengan bahasa Quran dan Hadis sekalipun, jangan pula lupa pepatah Melayu “orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa”. DAP pun bukan suka sangat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi tidaklah sampai kencing kawan.

Tidak terfikirkah kenapa Tuan Guru Nik Aziz pergi mencari kedamaian di tanah suci. Mengharapkan sinar untuk rakyat dan negara dengan bertafakur di lembayung Kaabah. Memohon restu atas perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Mencari ilham menyatukan puak-puak bertelagah dalam PAS agar satu hati menentang kemungkaran UMNO. Mendoakan kemenangan Pakatan Rakyat untuk negara dan rakyat memasuki masa depan yang lebih yakin. Menginginkan lahirnya ulamak berfikiran seperti beliau  dalam PAS agar semua yang keruh menjadi jernih.

Andainya polemik ini berlarutan dalam PAS, lebih baik PAS berpecah sebagaimana lahirnya parti Berjasa dan Hamim. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu bagi menindas kejumudan golongan yang mengaku ulamak.[wm.kl.8:41 pm 22/02/13] Dipetik daripada blog Mohd Sayuti Omar

ANALISIS KEDUDUKAN POLITIK SEMASA-MAHATHIR MASIH BERKUASA

Tuesday, February 26, 2013(DIPETIK DARI BLOG MOHD SAYUTI OMAR  )

Mahathir Akui UBN Sudah Kalah?

Mahathir: Sudah takut.

Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan ‘arahan-rahan’ khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.

Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.

Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi

ILUSTRUSI BUAT RAKYAT YANG CELIK

AJAR AKU MEMANCING BUKAN PANCING AKU

PEPATAH CHINA ada berkata jika merancang  untuk 10 tahun tanamlah pokok .                         Nescaya ia akan berhasil dengan syarat dipupuk dan di jaga

Jika merancang untuk 100 tahun tanamlah manusia.Ertinya beri pendidikan dan rancang masa depan generasi  dengan  baik !

MEMAHAMI MANIFESTO PILIHANRAYA

Jadi apa pentingnya Manifesto pilihanraya  ? Ia adalah perancangan masa depan untuk membina generasi . Ia bukannya janji kosong.Ia dirancang dan di kaji bagi menjamin masa depan negara. Ia diusulkan untuk mendepani masalah zaman yang kalut. Ia dirangka untuk merungkai krisis. Ia bukannya janji kosong tanpa analisis perangkaan.

Jadi manifesto bukannya janji karut walau dibuat oleh pihak mana sekali pun. Ia mesti dihormati sebagai ikhtiar strategik menangani krisis. Ia pelan strategik untuk dilaksanakan secara konkrit. Jika dilaksanakan sesuai dengan apa yang dijanjikan isya Allah akan  membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Itulah manifesto.

Ia digubal oleh pakar-pakar yang perihatin dengan masa depan negara. Mengapa belanjawan sebesar  RM 250 bilion  atau 250 ribu juta saban tahun ke atas masih bocor dan tidak sampai ke bawah.Mengapa ia melambung ke atas dan hilang begitu saja .Inilah persoalannya.Mengapa yang kaya terus meliana dan yang miskin terus papa kedana.Mengapa rakyat tidak boleh membeli rumah dengan harga yang termampu ?

Cara mengatasi kemiskinan bukan dengan memberi bantuan sementara .Duit tersebut jika terkumpul boleh dibuat perancangan dan projek yang besar.Jika tidak wang itu akan dibelanjakan dan lesap begitu sahaja.Masalah utama iaitu kenaikan harga barang yang berterusan. Ia  tetap tidak akan selesai dengan pemberian berupa renjisan kononnya untuk mengatasi masalah rakyat !

Rakyat akan terus menjadi mangsa inflasi yang sebenarnya rekayasa ekonomi golongan lintah darat ekonomi menerusi monopoli, pembolotan kroni tertentu . Ekonomi Malaysia ditentutan oleh siapa ? Ekonomi kerakyatan atau ekonomi pengkorpratan .

Jika pro korprat terimalah keadaan dan kemelut sebagaimana yang kita hadapi kini ! Bil letrik akan terus melambung, air diswastakan dan semuanya mahal kerana monopoli satu pihak. Justeru rakyat perlu bangkit menolak kebobrokan sistem ekonomi yang menjarah kekayaan  dan memilih  kerajaan yang lebih baik,  adil dan terbuka. Sebagaimana kata Tun Mahathir antara dua keburukan pilihlah yang lebih baik !

BERITA MENGEJUT DARI SERAWAK – TAIB DISAMBUT DENGAN DEMO DI LONG LAMA

Last Saturday, 23 February, Sarawak Chief Minister Taib Mahmud visited Long Lama in the Baram to promise development – once more after 30 years of promises (Long Lama still lacks a bridge across the Baram and the road connection to Miri via Lapok is one of the worst in the whole state). Listeners to Taib’s speech were paid RM 50 by the state government.

The day was historical as, for the first time, a Taib visit in the region met with physical protests. A crowd of angry citizens from Baram demanded that Taib and the Sarawak state government to stop the plans for the Baram dam, to return the Native Customary Rights land to the communities and to issue identity cards to all citizens (thousands of Baram natives lack IC cards because Taib fears they might vote against him).

One of the protest organizers wrote us: “Our shouts were able to draw the crowd out from Taib’s speech (at first they were nicely sitting in a very big makeshift tent in the middle of town). When they heard us then they moved to see us, a group of protesters on the street outside. That was more real than to listen to all the lies by the BN politicians.

Last Saturday, 23 February, Sarawak Chief Minister Taib Mahmud visited Long Lama in the Baram to promise development – once more after 30 years of promises (Long Lama still lacks a bridge across the Baram and the road connection to Miri via Lapok is one of the worst in the whole state). Listeners to Taib’s speech were paid RM 50 by the state government.

The day was historical as, for the first time, a Taib visit in the region met with physical protests. A crowd of angry citizens from Baram demanded that Taib and the Sarawak state government to stop the plans for the Baram dam, to return the Native Customary Rights land to the communities and to issue identity cards to all citizens (thousands of Baram natives lack IC cards because Taib fears they might vote against him).

One of the protest organizers wrote us: “Our shouts were able to draw the crowd out from Taib’s speech (at first they were nicely sitting in a very big makeshift tent in the middle of town). When they heard us then they moved to see us, a group of protesters on the street outside. That was more real than to listen to all the lies by the BN politicians. We were in full view of those who were listening to the speeches. I think we created history for Baram on that day for shouting at Taib and his cronies. From the reaction of the crowd how could any one doubt that the ordinary folks in Baram are against the dam. To force the dam through would violate human right.”

Of course, the government-controlled media would not report on these protests.

Your BMF team

We were in full view of those who were listening to the speeches. I think we created history for Baram on that day for shouting at Taib and his cronies. From the reaction of the crowd how could any one doubt that the ordinary folks in Baram are against the dam. To force the dam through would violate human right.”

Of course, the government-controlled media would not report on these protests.

Your BMF team

BERITA DARI LAHAD DATU

MAKLUMAT LANGSUNG MENGENAI PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU SABAH

TERKINI DARI LAHAD DATU: rela ‘terus berjuang atau mati’ – ketua penceroboh
Posted by Aiyang disayang

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan,” tambahnya.

Manila semalam menghantar satu kapal laut untuk membawa pulang kumpulan itu namun Agbimuddin menegaskan ‘Pasukan Keselamatan Diraja’ tidak akan berganjak dari Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga “isu itu diselesaikan”.

Kapal berkenaan dijadualkan tiba di pesisir Lahad Datu hari ini.

Kumpulan dari Filipina itu berusaha untuk menduduki satu kawasan pesisir pantai di daerah Lahad Datu, yang didakwa pernah menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan Sulu.

Mereka dikepung pasukan keselamatan sejak 12 Februari di kawasan tersebut. mk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...