Pada 19 Mac lalu, The Global Witness mendedahkan bukti video yang didakwa penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan Taib Mahmud dan keluarganya. Klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi 31 Mac 2013.
Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib dan beberapa orang.Tujuannya untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan. GW yang didakwa aktivis berpengkalan di London membuat pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.
Pendedahan video itu membangkitkan kemarahan masyarakat peribumi Serawak terutama di kalangan orang Dayak penduduk majority Sarawak. Isu ini panas diperdebatkan dalam Mesyuarat Agung Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak(DCCI)
DCCI mengambil berat terhadap kenyataan dua peguam dan sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pernyataan dilihat merendahkan suku kaum pribumi dengan menghina mereka sebagai “setinggan” diatas harta kerajaan. Video itu membongkar rasuah berleluasa melibatkan urusniaga tanah di negeri terbesar Malaysia itu.
“Kami percaya orang asli mempunyai hak di bumi kami. Hak kami dalam tanah telah sebati dalam budaya, undang-undang, dan adat resam yang sewajarnya diiktiraf dan diterima oleh mahkamah-mahkamah kita.
“Hak-hak ini harus dihormati oleh semua,” kata setiausaha agung DCCI Libat Langub yang dpetik berkata dalam kenyataan selepas mesyuarat itu.
Mereka mencapai kesepakatan bahawa :
“Sesungguhnya, cara ke hadapan adalah memastikan semua komuniti mendapat yang lebih untuk terlibat dengan lebih bermakna dalam semua sektor pembangunan, termasuk pembangunan tanah, untuk memastikan kita boleh mencapai objektif kerajaan iaitu berpendapatan tinggi dan semuanya termasuk ekonomi. Kami berharap dengan cara itu, untuk maju dan mendapat tempat yang sah dalam ‘satu Malaysia,” kata beliau lagi.
Taib mempertahankan dirinya tidak bersalah dan menafikan penglibatannya. Sebaliknya menuduh saudaranya dan individu lain-lain yang terlibat dalam video GW berniat mempromosikan diri mereka sendiri sebagai agennya untuk mendapatkan ganjaran.
PKR juga telah mengatakan akan menggunakan video Global Witness (GW) yang mengaitkan penglibatan Taib dalam rundingan mendapatkan tanah secara tidak sah sebagai bahan kempen mereka. Tujuannya untuk memecahkan cengkaman 30 tahun lebih Barisan Nasional (BN) itu di negeri terbesar dan terkaya Malaysia.