CALON BEBAS YANG HEBAT -PUNYAI TEKAD DEMI KOTAKAN AGENDA RAKYAT

Calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Parlimen Indera Mahkota Mohd Shukri Mohd Ramli (CMK) hari ini menegaskan beliau akan terus berjuang hingga ke titisan dakwat celup dijari yang terakhir pada petang 5 Mei 2013 ini, bairpun bakal berhadapan dengan berbagai kemungkinan.

 Beliau yang akan bertembung tiga penjuru dengan calon PKR (Lee Chean Chung) dan BN (Pang Tsu Ming) di kerusi itu menjangkakan sesuatu yang menggemparkan pasti akan berlaku jika para pengundi membuat perubahan. Ini katanya, peratusan majoriti pengundi Melayu di DUN itu mencecah 57% berbanding dengan kaum Cina sekitar 33% sahaja.

Apa yang menjadi persoalan wajarkah BN dan PKR mempertaruhkan calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu?. Sedangkan umum mengetahui kerusi tersebut adalah kerusi majoriti Melayu sejak sekian lama. Persoalannya, berjayakah CMK memecahkan tradisi tersebut?.

Sebelum ini, kerusi itu belum pernah lagi menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Namun, jika pengundi Melayu berpaling tadah dengan mengundi calon Melayu maka harapan untuk melihat calon bebas menang di DUN Semambu pasti akan kesampaian dan menjadi sejarah kali ini.

Sementara itu, Mohd Shukri yang ditemui malam tadi mendakwa beliau hanya berkempen sekadar yang termampu akibat kekurangan dana. Apapun, dia berjaya mencetak poster “hitam putih” sebagai simbolik warna rasmi negeri Pahang dan bagi menimbulkan nostalgia kepada para pengundi lama agar memilihnya kali ini.

Poster-poster beliau mula dilihat bertebaran sekitar kawasan Indera Mahkota sejak malam tadi. Apakah para pengundi DUN Semambu berani berubah kali ini agaknya?. Atau mereka masih setia kepada peruangan parti dengan memilih calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu untuk menjadi wakil rakyat lagi atau pun sebaliknya?

SASTERAWAN RAKYAT MR LAWRENCE SAW CETUSAN HATI NURANI RAKYAT BIASA!

DARIPADA CETUSAN HATI NURANI RAKYAT BIASA

INI SASTERAWAN RAKYAT BICARA KEPADA FELLOW RAKYAT  MALAYSIA                        SECARA PUITIS, SANTAI MENGUNGKAP  KEZALIMAN  DI NEGARA KITA
APA YANG TERJADI SELAMA 22 TAHUN MAHATHIR BERMAHARAJA LELA                  BAGAIGERUDA MELANDA NEGARA HILANG WANGBERBILION BERLAKSA               BMF, PKZ, PERWAJA, SKANDAL MAS DAN BERBAGAI ANGKARA MURKA               TANPA PERUBAHAN KITA SEMUA PASTI MERANA MERATAP  DITAKUK  LAMA         SOKONG PARA PENDURJANA PELAHAP KAZANAH HARTA NEGARA         SEDERAPKITABANGKIT SOKONG PERUBAHAN PECAH MONOPOLI KUASA   BEBASKAN  WARGA DARIPADA TERANIAYA  DALAM NEGARA MAKMUR KAYA RAYA DIBEBANI INFLASI,TOL,PTPTN, RASUAH  SERTA SEGALA  HUTANG NEGARA          PADA  5 MEI KITA  BERTEKAD UBAH DEMI KEMENANGAN DEMI  PERALIHAN KUASA    AMAN  HARMONI  MENEMPUH FAJAR  REFORMASI SELEPAS  5 DASAWARSA       DEMI MASA DEPAN ANAK SEMUA BANGSA , MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! MAJU JAYA KE  PUTERAJAYA, MASA DEPAN BUAT  SELURUH WARGANEGARA SELAMATLAH MALAYSIA,INSYAALLAHBERJAYA DALAM LINDUNG PERKENANNYA

UCAPAN ANGKUH MAHATHIR DI PUTERAJAYA

                                                                                                   

TUN MAHATHIR tidak habis-habis dengan perangai buruknya  suka memperburukan,   merendah-rendahkan,memperlekeh ,   mencerca dan mencaci orang .Kali ini giliran Husam Musa menjadi sasaranya.

Sebelumnya semua orang tidak kena. Pandai sungguh Dr M beretorika dan bermantik bahawa PAS sebuah parti yang busuk dan UMNO sebagai parti yang murni dan berjasa. Ada kebenaran tetapi tidak muluk dan mutlak. Hakikatnya tidak begitu. PR menentang UBN kerana KEBOBROKANNYA. Ini bukan fitnah.Ia adalah kenyataan.

Sebuah kerajaan tua yang telah rosak daripada dalam setelah 55 tahun berkuasa. Semenjak zaman pemerintahan Dr M terlalu banyak salah guna kuasa yang berlaku yang menyebabkan kehilangan wang negara dalam jumlah yang besar.

Menurut Musa Hitam timbalan beliau  rasuah di zaman Mahathir berlaku secara leluasa .Beliau menggunakan istilah rampant. Itulah watak Dr Mahathir.Semua orang tidak kena. Hanya beliau yang unggul walau pun tidak lagi jadi PM.

Musa Hitam tak pandai sebab itu ia tidak boleh bersama dengan beliau. Ghaffar Baba lagi  tak pandai kerana gaya dan inteleknya seperti orang biasa.Beliau hanya berguna semasa Dr M memerlukannya untuk menentang Musa. Anwar Ibrahim bukan saja tak pandai tetapi  berakhlak  buruk.

Gagal mengurus ekonomi semasa krisis tahun 1997.Dr M saja yang sempurna. Justeru apabila beliau mengkritik terimalah dengan senang hati. Itu nasihat daripada Mamanda Pradana  orang yang paling aula di bumi Malaysia.

Ini ucapan beliau terhadap Husam Musa:

ISI UCAPAN DR MAHATHIR DI PUTERAJAYA

Mahathir TLDM Lumut

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir

Komen Tinta Merah

Strategi Tun Dr Mahathir yang downgrade Husam akan menimbulkan kemarahan anak-anak Kelantan di Puterajaya.Khabarnya jumlah mereka yang pegang jawatan kerajaan peringgi tinggi di sana agak ramai. Orang lain pun marah juga. Mengapa seorang negarawan jadi begitu. Namun Dr M tetap Dr M ia tidak akan berubah.

Ia terlalu yakin dengan apa yang dibuatnya betul walau pun bertentangan dengan  norma biasa, adat dan demokrasi. Selaran Dr M itu tentu amat bertentangan dengan kemurniaan akhlak yang bertunjangkan agama Islam.

Orang menawarkan diri untuk bertandingan atas nama parti. Atas nama dasar-dasar kerajaan yang konkrit dan  lebih baik. Menang di Puterajaya bukan bererti Puterajaya kepunyaan PAS.Ini satu percobaan bahawa PAS mampu menggantikan UMNO yang telah rosak hingga ke ususnya mengikut penilaian Dr M sendiri.

Di bandingkan dengan Tengku Adnan, atas dasar parti yang diwakili  dan kepimpinan  Husam  jauh lebih baik dan layak. Beliau ada misi dan visi untuk masa depan Malaysia. Masa pemerintahan Suharto Parti Pembangunan yang berorientasikan Islam pernah menang di Jakarta mengalahkan GOLKAR.Jadi  apa masalahnya untuk PAS menang di Puterajaya

Di Amerika Demokrat dan Republikan menang di kawasan yang berbeza. Ini petanda sehat bahawa PAS sudah diterima di bandar.PAS bukan sahaja mampu menyaingi UMNO malahan akan mengalahkan UMNO di bandar-bandar besar sebagaimana pencapaiannya di Selangor dalam PRU ke 12.

PENGARUH PAS telah melebar daripada luar  bandar ke kawasan metropolis. Parti yang berupaya  membawa pengisian rohani kepada orang di bandar yang terlalu kebendaan. Itu menurut Datuk Mat Taib tokoh UMNO  yang baru menyertai PAS.

Dr M tidak payah hasut orang Puterajaya untuk sokong BN secara melulu. BN  penuh dengan berbagai  kemungkaran ekonomi, rasuah dan penyelewengan dan salah guna kuasa. Pembangunan boleh diterima tetapi salah urus kerajaan tidak boleh diterima.Itu lah perubahan yang dituntut oleh Pakatan Rakyat. Tata kelola kerajaan ayng lebih baik GOOD GOVERNANCE sebagaimana yang berjaya dilakukan di Selangor dan P.Pinang.

Dengan perkembangan ini kemaraan Husam ke Puterajaya semakin cerah.BN teruskanlah  membuat kesilapan di pecutan terakhir !!!!!!!! Kini Dr M adakah menjadi aset atau beban kepada BN ???????????

Kata bistari hari ini

Ketakuatan dan Kejahilan sentiasa menjadi asas  perilaku kebanyakan  tindak tanduk manusia.

Apakah yang berlaku ketika Nabi Muhamamd muncul di pentas sejarah ?  Apabila beliau melaungkan seruan TAUHID untuk kembalikan manusia ke haribaan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang .

Beliau dituduh gila, pecah belah perpaduan Arab, menentang agama datuk nenek dan berbagai tuduhan liar untuk menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan.Asasnya supaya manusia terus jahil dan takut. Justeru langsung  jumud dan bergantung kepada pihak yang memegang kuasa.

Begitu situasinya di  Malaysia.Politik lama yang bercokol enggan berganjak daripada tampok kuasa,  bersikap mengancam dan  kadangakalanya mengganas. Menuduh sebarangan secara liar , mengguna pakai  fitnah dan bertindak sewenang-wenang memperalatkan  jentera kerajaan untuk tujuan parti .

CONTOH POLITIK YANG MENYEBARKAN KETAKUTAN

BILA PEMBANGKANG MEMERINTAH NEGARA AKAN BANKRUP -TUN MAHATHIR

JAWAPAN PROF CHANDRA MUZAFFAR KETIKA DITANYA APA AKAN JADI KIRANYA PR MENANG DALAM PRU KE 13 ?

Kalau mereka berjaya, ia akan menimbulkan satu keadaan tak tentu arah. Hala tuju mereka sudah tentu tak jelas. Ini sudah tentunya membawa implikasi kepada ekonomi negara. PAS akan menaruh hati untuk cuba memenuhi cita-cita asal menubuhkan negara Islam serta melaksanakan hudud kerana ada tekanan dari bawah.

PAS ketika memimpin Kelantan memperkenalkan hudud, begitu juga di Terengganu. DAP pula dengan isu ekonominya, tetap tak puas hati dengan dasar membantu masyarakat Bumiputera. Ini yang akan mereka beri tumpuan, bukan soal ekonomi negara, ekonomi dunia, politik negara, politik serantau dan sebagainya.

Hakikatnya  PAS telah memerintah Kelantan selama 22 tahun. Wujud  aman dan makmur sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Jika diberi wang royalti tentu lebih lagi pembangunan yang mampu dilakukan.Permohonan MB Kelantan untuk mewujudkan sebuah pelabuhan di Tumpat Kelantan tidak dilayan oleh Kerajaan Pusat.Ini satu bentuk sekatan sekaligus penganiayaan  supaya Kelantan kelihatan mundur, tidak maju.  Bahawa memang benar pembangkang hanya berjanji ,  tidak mampu mengadakan pembangunan.

Jawapan kepada kenyataan Prof Chandra mudah saja. Sebagaimana penegasan LIM KIT SIANG :

Kami akan membuat yang sama sebagaimana PEMBANGUNAN yang dilakukan oleh BN.Bezanya dalam pembangunan tersebut tidak ada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme. Kami akan memerintah berdasarkan urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang baik “GOOD GOVERNANCE” – rasuah musuh utama negara yang perlu dibasmi hingga ke akar-akarnya !Bahaya rasuah lebih parah daripada dadah yang dihukum berat  mandotori ” gantung sampai mati” . Mengapa kerana dadah terkena kepada rakyat jembel tetapi rasuah mengenai pihak atasan

Iktibar daripada sabda Rasulullah yang maksudnya :

Hadis riwayat Aisyah ra.:

Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw.

Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?

Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah,

manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya. (Shahih Muslim No.3196)

KATA BESTARI HARI INI “JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN SEJARAH”

13317012451714856861SEJARAH melakar dan merakamkan yang benar. Justeru sejarah adalah musuh kepada pihak berkuasa yang berjalan di atas landasan propaganda. Propaganda diputar untuk menutupi sejarah. Apakah yang dilakar oleh sejarah mengenai demokrasi di Malaysia ?

  • Pada tahun 1959 ketika melangkah  PRU pertama  selepas MERDEKA  , Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai PM untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja parti.
  • Beliau menggunakan kenderaan peribadi, ongkos sendiri dan jentera parti yang dibiayai oleh ahli-ahli sepenuhnya untuk berkempen ke seluruh pelusuk negara. Beliau menunjukan contoh terpuji .
  • Kini adakah contoh terpuji Bapa Malaysia menjadi ikutan kebanyakan para pemimpin UMNO yang kononnya berpegang kepada tradisi yang baik. Tonggak kepada demokrasi “Be fare and don’t misused  the power
  • Pada tahun 1950, Pembangkang Parti Rakyat, Parti Boroh,  PPP dan gabungan Front Sosialis menang kebanyakan kerusi Majlis Perbandaran dan mengurus tadbir kerajaan tempatan di P.Pinang, Kuantan, Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka.
  • Bermakna sejak dari awal Pembangkang ada pengalaman mengurus tadbir kerajaan di peringkat Kerajaan Tempatan.
  • Perbandaran Ipoh antara yang terbaik diurus oleh PPP di bawah keluarga Seenivasagam.Begitu juga di Melaka dan P. Pinang. Siapa kata pembangkang tidak ada pengalaman
  • Pilihanraya Kerajaan Tempatan dibatalkan oleh Perikatan dan BN kemudiannya tanpa alasan konkrit semenjak tahun 1965 kerana takut menerima kekalahan. Sedangkan ia telah bermula pada tahun 1951 dan berjalan lancar sehingga 1964.
  • Negeri -negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan mengalami surplus belanjawan berlebihan selepas ambil alih kerajaan negeri pada PRU ke 12,  2008.
  • Mereka mampu membayar hutang yang ditinggalkan BN .Contohnya P.Pinang hutang kepada kerajaan pusat hampir langsai. Wang lebihan digunakan untuk membantu warga emas, khairat kematian, pendidikan dll.
  • Jejak ini diikuti oleh BN menerusi bantuan BRIM, PRIM dsbnya walau pun belanjawan negara mengalami defisit yang berkepanjangan. Sekali belanjawan mengalalami lebihan semasa DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
  • Pada era Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak sebelum adanya hasil petroleum, kerajaan mampu memberi biasiswa kepada para pelajar bumiputera yang memasuki ke universiti.
  • Hukum hudud adalah  syariat Allah berlandaskan Al Quran dan sunnah bukan rekaan PAS tetapi Dr Mahathir mengatakan itu hudud PAS bukannya hudud Islam.
  • PAS   menjadikannya  enakmen yang diluluskan oleh DUN Kelantan dan dipersetujui oleh baginda Sultan untuk dikemukakan kepada kerajaan pusat.
  • Dr Mahathir mengugut hudud hanya boleh dilaksanakan jika Kelantan berada di luar Malaysia. Hakikatnya dalam perlembagaan jelas terlakar ISLAM  ADALAH AGAMA BAGI PERSEKUTUAN”
  • Orang Islam sama ada UMNO atau PAS dan lain-lain tidak boleh sama sekali bertikai untuk menolak hudud dan pelaksanaan syariat Allah di atas muka bumi Allah jika kita ingin bernaung di bawah langitnya  dan hidup di tas mukabumi.
  • Syariat Allah tidak dipaksakan ke atas bukan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad semasa memerintah negara kota Madinah.
  • Pada ketika itu telah wujud taaluf siasi di antara orang Islam dengan Yahudi dan orang Islam dengan puak pagan.Apa masalahnya apabila PAS bertaaluf siasi atas dasar kerjasama sedangkan DAP tidak menolak perlembaagaan negara yang memperuntukkan ISLAM ADALAH AGAMA UNTUK PERSEKUTUAN.
  • PERUNTUKAN TERSEBUT SUDAH CUKUP UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM KE ATAS ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA.
  • DAP TIDAK BOLEH MENENTANG KERANA ISLAM TIDAK DIPAKSAKAN KE ATAS BUKAN ISLAM.
  • MEREKA BEBAS MEMILIH UNDANG-UNDANG SIVIL DAN UNDNG-UNDANG  ADAT MEREKA SEBAGAIMANA YANG TELAH DIAMALKAN DI SERAWAK DAN SABAH.
  • PERTUKARAN KERAJAAN ADALAH PERKARA BIASA DALAM SISTEM DEMOKRASI.
  • SIAPA SAHAJA YANG NAIK PASTI MEMELIHARA PERLEMBAGAAN YANG TERMAKTUB DENGAN JELAS. MEREKA ADALAH RAKYAT MALAYSIA BUKANNYA ORANG ASING.
  • PADA TAHUN 2004 KERUSI MELAYU DALAM PARLIMEN IALAH 130.BILA PR MENANG PADA TAHUN 2008 JUMLAHNYA MENINGKAT KEPADA 140 .SIAPA KATA MELAYU TIDAK DOMINAN DALAM PR.

HUSAM CABAR TUN MAHATHIR BERDEBAT DI PUTERA JAYA

TUN DR MAHATHIR  sebagai kata rakan sekolahnya tidak akan meninggalkan politik sama sekali walau telah bersara. Politics is his blood – politik telah men darah daging dengannya !Dengan kata-kata lain politik telah bersebati dengan Dr M

Beliau mengganggu pentadbiran DS Abdullah Badawi sehingga hamba Allah itu terpaksa berundur. Beliau keluar UMNO dan masuk semula sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan pengundurannya.

Kini beliau tidak senang hati melihat kemaraan Anwar untuk menerajui negara dan berhempas pulas berkempun memburukkan Anwar di seluruh pelusuk negara. 

Itulah Tun Dr Mahathir .Beliau melantik Anwar jadi TPM.  Kemudiannya mencelanya sebagai  pilihan yang  salah. Sedangkan Anwarlah antara orang yang bekerja keras menyelamatkan beliau semasa pertarungan Team A dengan Team B.

Anwar dipergunakan untuk menghadapi kemaraan PAS. Anwar  yang menjadi pengarah PRU ke 9 pada tahun 1995 yang menyaksikan kemenangan besar mengatasi pembangkang terutama DAP dan PAS. Pada PRU tersebut pembangkang mnerima jumlah undi terendah lebih kurang 39 peratus sahaja. Apabila berlalu krisis ekonomi besar pada tahun 1997 Anwar dikorban dan dikambing hitamkan.Dr M dan Daim terselamat. Begitulah politik DR M bijak memangsakan orang.Ada saja orang yang dipersiapkan untuk menjadi mangsa.

Di sini apabila  kedudukan BN sedang terancam di pusat kuasa Puterajaya.  Tun Dr Mahathir rasa terancam dan ambil tindakan berhempas pulas berkempen secara saraf untuk menidakkan sokongan orang ramai terutama penjawat awam kepada PAS.

Seperti biasa beliau akan menggunakan starategi  mengungkit dan memperlekeh keupayaan pihak lawan :

“Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, PAS terhadap Putrajaya? … Cubalah perintah Kelantan elok-elok dulu, baru boleh fikir nak tadbir negara ni,”

Lagipun siapa dia Husam? Kalau banding dengan umur saya dia masih budak-budak. Pergilah debat dengan budak-budak sama umur, tak usahlah cabar orang,” katanya.

Kata Dr Mahathir kepada ratusan hadirin yang terdiri daripada ahli parti dan jentera di Presint 9 di sini.

Dia pun buat himpunan, tapi himpunan dia import orang,”

Apakah Kelantan tidak membangun di bawah pentadbiran TG Nik Abdul Aziz. Adakah pembangunan itu milik UMNO saja. Apa saja yang dilakukan oleh UMNo wsalau pun bergelumang dengan rasuah itu dikatakan pembangunan.Apa saja yang dilakukan oleh PAS bukan pembangunan.Contohnya kejayaan MB Kedah Datuk Azizan menyelesaikan KUIN dengan kos RM 300 juta.Apakah itu bukan kejayaan dan pembangunan.

Mengapa Kerajaan Persekutuan halang royalti minyak hak Kelantan berjumah bilion ringgit.Tengok apa yang PAS boleh buat. Mengenai ini Husam Musa pernah berkata dengan wang royalti kita berhajat menghantar anak-anak Kelantan belajar di universiti terbaik dunia.

Kita berhasrat melahirkan ribuan siswazah di peringkat profesional dalam bidang kejuruteraan , kedoktoran, syariah, sains, bioteknologi dan segala bidang startegik untuk membangunkan bumi Kelantan dalam masa 10 tahun .

Perbandingannya dengan royalti minyak yang diperolehi Terengganu selama puluhan tahun. Natijannya Terengganu kekal di antara negeri yang rakyatnya termiskin di Malaysia. Sama juga seperti Sarawak !

Yang dibangunkan ialah projek-projek mega dan megah seperti Masjid Kristal, Stadium besar Gong Badak  yang runtuh beberapa kali. Nikamat sebenar tidak turun ke bawah kepada rakyat tetapi seperti biasa melambung ke atas dinikmati dengan mewahnya oleh para kroni. Itulah dasar ekonomi terpilih dan istimewa Tun Dr Mahathir !

MESEJ KEPADA UMNO : KAMILIA IBRAHIM ADALAH PEJUANG HAK BUKAN PENGKHIANAT

Pemberontakan Dalam Parti
BN pula mengalami pemberontakan di beberapa buah kerusi di mana ahlinya bertanding sebagai calon bebas seperti Parlimen Kuala Kangsar, Perak; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Pandan, Selangor.
Cabaran dalaman yang paling mengaibkan bagi BN adalah keputusan Timbalan Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim, keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.
Tidak sukar memahami tindakan Kamilia menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon bebas Parlimen. Beliau adalah antara pemimpin atasan Wanita Umno yang berotak, berprinsip dan tidak pandai mengampu.

Ketidakpandaian atau ketidakrelaan beliau mengampu dianggap kesombongan oleh pengkritik beliau. Tetapi yang sebenarnya menjadi masalah adalah pemikiran beliau yang lebih superior daripada banyak pemimpin tertinggi BN. Ada pemimpin atasan BN berasa terancam dengan kemunculan wanita cerdik dan berani dalam parti     

      

(DIPETIK DRPD KADIR JASIN)
TINTA MERAH :  ANALISIS  FENOMENA POLITIK
Kerusi Kuala Kangsar secara tradisi adalah kepunyaan Wanita UMNO.Sebelummnya di tandingi Rafidah Aziz beberapa penggal. Sudahlah kerusi Lembah Pantai yang ditandingi Sharizat Jalil (Ketua Wanita UMNO) di beri kepada Raja Nongchik , kerusi Kuala Kangsar  secara logik mengapa wajar diberi  kepada wanita UMNO.Ketuanya tidak bertanding mengapa orang No 2 yang berwibawa tidak diberi peluang. Tepat sebagaimna  kata  Kamilia  WANITA SUDAH TIDAK ADA NILAI DI DALAM UMNO.
UMNO sudah masuk menjadi parti tua dihujung usia.Tindakannya selalu tersasul dan tidak menentu. Pada UMNO siapa saja yang  berani bercakap benar mereka adalah pengkhianat. Berapa banyak pemimpin UMNO yang tindak tanduk mengkhianati amanah secara nyata.
Siapa yang mengubah DEB menjadi dasar penswastaan yang banyak menyebabkan kepentingan Melayu hilang ? Siapa yang melaksanakan PPSMI yang menggugat Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Siapakah yang menghilangkan tulisan jawi daripada media arus perdana. Siapa yang menyebabkan FELDA diperdagangkan di bursa Malaysia menjadi FGV.Siapa yang menghilangkan Tanah Simpanan Melayu yang berjumlah 3 juta ekar tinggal 1.7 juta ekar sahaja.
Siapakah yang menolak hukum hudud dengan pelbagai alasan sedangkan ia boleh dilaksanakan jika UMNO mahu kerana perlembagaan kita jelas mencatatkan ISLAM  ADALAH AGAMA BAGI  PERSEKUTUAN.Siapa yang merampas hak royalti minyak Kelantan dan Terengganu ?
Bagi UMNO yang sekular pengkhianatan adalah terhadap agama , bangsa dan tanah air adalah perkara biasa. Tahniah kepada Kamilia kerana berani menetang arus. Tidak senang untuk mengalahkan UMNO kerana dua perkara.Pertama kebodohan Melayu dalam politik dengan rumus yang  salah iaitu UMNO itu Melayu, Melayu itu Islam, Melayu bersatu Islam berdaulat .
Sebab itu PAS terpaksa memilih tahaluf siasi bersama PR , bekerjasama dengan parti-parti yang boleh bertolak ansur demi kepentingan bersama sebagaimana yang UMNO lakukan. Datuk Kamilia memberi amaran suara kebenaran daripada  Wanita UMNO wajib di dengar !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...