Menentang Kerajaan dianggap Penderhaka.. Dr. Maza tanya fatwa ni berapa harganya Harussani ?

HARUSSAINI HANG DATANG DARI DUNIA MANA DAN MEWAKILI SIAPA  ? MALAHAN ALLAH SUBAHANAHU WATAALA BERFIRMAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA LA IKRA HA FIDDIN – TIDAK ADA PAKSAAN DALAM AGAMA,  WALAU DALAM FIRMANNYA JELAS MENGISYTIHARKAN INNADDI NA HINDALLAH HIL ISLAM- AGAMA YANG SAH DI SISI ALLAH HANYA SANYA ISLAM ,MAKNANNYA MANUSIA MASIH DIBERI KEBEBASAN UNTUK MEMILIH DAN MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA DIPAKSA DAN IKUT SECARA MELULU.KITA MESTI SEDAR DAN RELA DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN !

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Apa maksud menentang kerajaan ? Apakah tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan dianggap menderhaka ? Bila rakyat diam dikatakan  bersetuju dan akur. Bila rakyat bangkit membantah DI ATAS BERBAGAI PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN dikata menderhaka. Jadi rakyat harus bertindak bagaimana ?

Zaman masa bodoh telah pun berlalu. Dengan kuasa internet, pengongkongan media  telah pun pecah. Rakyat mempunyai banyak saluran buat memantau perjalanan kerajaan supaya menjadi lebih telus

Mana mungkin  rakyat mesti akur dan bertindak sesuai dan selari  dengan citarasa pihak berkuasa. Ini sudah pasti sesuatu yang mustahil dalam negara demokrasi. Apa lagi apabila  kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang sudah pasti tidak maksum 100 peratus.Keputusan PRUke 13  telah membawa mesej yang jelas.

Demokrasi harus dilaksanakan sepanjang masa bukan hanya sekadar musim PRU.Dalam media dan segala institusi supaya ia mewakili suara rakyat bukannya suara segelintir pihak yang kononnya berkuasa mutlak.

Zaman untuk rakyat melulu dan  bersetuju serta menjadi pak turut dengan kerajaan telah pun berlalu . Adalah amalan biasa ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Maka terimalah hakikat ini sebagai pengukur dan penanada aras  ada yang sesuatu yang tidak kena dalam perjalanan kerajaan dan institusi yang terkait rapat dengannnya.

Tugas kerajaan mengimbangkannya sesuai dengan undang-undang yang standad.Tidak boleh berat sebelah dan bias untuk bertindak keras ke atas satu pihak dan membiarkan pihak yang lain bertindak sewenangan kerana menyokong pihak berkuasa atas dasar sentimen. Kononnnya ketuanan Melayu.

Ini bukannya  zaman purba. Zaman feudal yang mana kuasa pihak pemerintah adalah mutlak.  Tidak boleh dicabar dan dikritik  langsung. Malahan Hang Jebat yang hidup di zaman feudah yang totok pun telah boleh berfikir dengan ungkapan masyhor :

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH

Satu pengucapan yang mendahului zaman.Lebih awal  daripada ledakan revolusi Perancis yang melaungkan Kebebasan , Persamaan dan Persaudaraan pada hujung abad ke 18. Inikan pula  zaman moden yang serba terbuka.

Hakikatnya  rakyat telah boleh berfikir dan bertindak dengan rasional. Kerajaan adalah pemegang amanah rakyat dan mesti bertindak untuk memahami dan merasai apa yang rakyat kesalkan.

Dengan kata-kata lain mereka telah tahu dan dapat membezakan di antara yang benar dengan yang  palsu. Protes yang tersusun dan aman adalah amalan biasa dalam negara demokrasi. Protes bukan untuk berlawan dengan sesiapa.Ia sekadar luahan rasa dan penyampaian mesej bahawa yang salah dan menyeleweng wajib diperbetulkan !

Tugas ulama dan intelek ialah mengajar umat supaya menjadi  lebih cerdik.Matlamatnya   supaya bergerak di atas paksi keadilan. Menyatakan yang benar dan menjauhkan rakyat daripada terperuk dalam masa bodoh menjadi lemah dan tidak berfungsi.Dalam kata-kata lain amar makruf dan nahi mungkar wajib ditegakkan.

Barulah perjalanan negara akan jadi betul.  Transformasi yang diwar-warkan bukan sekadar retorika tetapi dibuktikan dalam tubuh kerajaan melalui pelaksanaan. Dasar-dasar yang lebih telus dan terbuka.Bukannya mengancam dengan  menakut-nakut rakyat dengan berbagai undang-undang purba.

Sejarah membuktikan sesiapa yang menentang roda perubahan pasti tercicir dan ketinggalan. Ini kerana mereka menentang ketelusan dan penambahbaikan dalam sistem demokrasi kita.Demokrasi  yang lebih  menyeluruh untuk semua.

Sistem yang gelong dan pincang harus diperbetulkan supaya bergerak di atas landasan yang betul. Indahnya Malaysia kerana rakyat masih waras dan bertindak secara aman.Tidak ada rekod yang menunjukkan perhimpunan aman berakhir dengan kegananasan kecuali ada tangan  tangan  gelap yang menghuru-harakannya

KHALID IBRAHIM DISENANGI RAKYAT – KURANG AURA DI KALANGAN PARTI

Bila mendengar ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim, mesejnya jeklas tidak mengocak  sesiapa.Bicaranya terus terang. Apa yang dilakukan yang menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang beramanah. Beliau memperihalkan apa yang telah  diusahakan dan akan dilakukan.

Sasaranya apakah implikasinya kepada rakyat.Tercapai tujuan demi kesejahteraan mereka.Berkat kepimpinannya rakyat menerima.Buktinya keputusan PRU ke 13.PR bukan saja menang tetapi terbukti berjaya menenggelamkan segala fitnah, propaganda dan serangan media bertalu-talu.Kononnya pengundi tersalah pilih kerajaan.

Khalid kini ialah aset bukannya beban kepada PR.  Jauh berbeza dengan kebanyakan para MB UBN yang menerajui kerajaan-kerajaan negeri seperti di Terengganu, Pahang dan Perak.Mereka tiada rekod hasil kerja yang cemerlang.Sekadar mempertahankan kuasa dengan segala upaya dengan memperalatkan  jentera kerajaan.

Terengganu tidak bercadang meneruskan pegawai pembangunan di kawasan yang BN kalah – MB Terengganu Datuk Ahmad Said

Beliau adalah pendengar yang sangat baik. Melaksanakan apa yang patut dibuat secara tepat. Beruntung Selangor kerana mendapat seorang pemimpin, peneraju ekonomi yang sangat mahir dan konsisten dalam melaksanakan dasar-dasar yang pro kerakyatan.Bagi ahli politik yang berlegar di sekitarnya, keadaan ini agak merimaskan mereka .

Mereka harus bekerja senada dengan beliau dan membuktikan keberkesanan di sepanjang masa.PR rakyat di Selangor terbukti telah mendapat sentuhan satu model tata kelola pengurusan kerajaan yang baik “GOOD GOVERNANCE”

Polisi beliau amat telus.Tindak tanduknya juga jauh daripada amalan  kronisme iaiatu amalan biasa dalam UMNO-BN.Justeru Khalid Ibrahim  kurang menyenangkan ahli-ahli politik yang sedikit sebanyak tergiur dengan peluang yang melimpah dalam kerajaan.

“Tuan Puan kata saya sangat kedekut itu saya terima sebab itu bukan duit saya.

“Kalau (jumlah rizab negeri) RM2.6 bilion dah hilang dan terkena sumpahan rakyat, saya tak tahu ke mana nak pergi,”

“Lebih baik saya guna duit (rizab) buat apa simpan begitu banyak kerana perjuangan PKR mengurangkan jurang antara mereka yang kaya dan miskin,” katanya.
“Kalau tak dapat nak selesaikan kita tak bolehlah nak tunjukkan kepada Malaysia bagaimana kita boleh bangunkan negara tapi duit akan dijaga dengan baik,” katanya.
“Saya akan cari mereka semua yang salah gunakan duit dan masukkan dalam dana negeri supaya rakyat dapat guna,” katanya.
             THE NINE MOST TERRIFYING WORDS IN THE ENGLISH LANGUAGE ARE                          ” I’M FROM THE GOVERMENT AND I’M HERE TO HELP” –                 RONALD REAGAN

YAZID SUFAAT DITAHAN SEMULA SELEPAS MAHKAMAH MEMBEBASKANNYA

Monday, May 27, 2013

Yazid ditahan semula, isteri tak tahu sebabnya

Yazid Sufaat sekali lagi ditahan polis, hanya tujuh hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan beliau mengetepikan tuduhan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, isterinya Chomel Mohamad berkata dia tidak mengetahui mengapa Yazid ditahan.

“Polis datang ke rumah pada jam 8 pagi hari ini dan mengambilnya. Mereka kata mereka membawanya ke Bukit Aman. Saya tidak ada di rumah sewaktu tangkapan dibuat tapi empat anak saya menyaksikannya.

“Ini mengarut kerana dia baru sahaja dibebaskan… Saya letih (dengan perkara ini),” katanya yang mengusahakan satu kedai makan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

GUNAKAN COP JARI “TANDA ILAHI” KEABSAHAN MENGUNDI BENAR DAN TERBUKTI

“Does man think that WE Cannot assemble his bones? Nay, WE are able to put Together in perfect order The very tips of his fingers.”    [AL-QUR’AN 75:3-4]

75:3] Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan  tulang belulangnya?

75:4] Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun  jari jemarinya dengan sempurna.

  • GUNAKAN COP JARI SEBAGAI TANDA KEABSAHAN PENGUNDIAN BAHAWA PENGUNDI MEWAKILI DIRINYA DAN MENGUNDI SEKALI SAHAJA
  • MENGUNDI BERDASARKAN ALAMAT DI KAD PENGENALAN
  • DAFTAR PENGUNDI DIBUAT SECARA TERBUKA DAN BOLEH DIBANTAH JIKA MERAGUKAN- MESTI DIPAMPANG KEPADA UMUM DAN TIDAK BOLEH DITUKAR SECARA SULIT SELEPAS DIGAZET DAN DISAHKAN
  • TARIKH PRU DITETAPKAN AWAL DENGAN PERSETUJUAN AGONG
  • MEDIA JANGAN DIMONOPOLI OLEH 1 PIHAK SAJA
  • PEMECAHAN KAWASAN DAN PERSEMPADANAN MESTI ADA GARIS PANDUAN YANG ADIL DAN TELUS TANPA MENGUNTUNGKAN SATU PIHAK DAN MERUGIKAN PIHAK LAIN
  • MASA PRU WANG KERAJAAN ,DANA DAN PERUNTUKAN TIDAK BOLEH DIPERGUNAKAN LAGI UNTUK MENAWAN HATI PARA PENGUNDI
  • UNDI POS WAJIB DIBATALKAN KERANA KEABSAHANNYA MERAGUKAN
  • SEBUAH KERAJAAN SEMENTARA DENGAN PERSETUJUAN AGONG MESTI DILANTIK UNTUK MEWAKILI SELURUH RAKYAT MALAYSIA DEMI MENJAMIN SEGALA ALAT KERAJAAN TIDAK DISALAH GUNA SEMASA PRU UMUM
  • SPR MESTI DIROMBAK SEMULA SECARA TOTAL DEMI BERKHIDMAT KEPADA  RAKYAT DAN TERBUKTI KETELUSANNYA.INTEGRITINYA  MESTILAH DIBUKTIKAN AGAR TIDAK DIPANDANG TERLALU MEMIHAK KEPADA PARTI YANG SEDANG BERKUASA

ZUNAR LAWAN PENIPUAN PRU KE 13 DENGAN MENGGUNAKAN KARTUN

Kata pujangga mata pena sang penulis lebih tajam daripada mata pedang. Kata pendeta yang lain  lidah pemimpin lebih tajam daripada mata pedang dalam menyemarakkan kebangkitan menentang kezaliman. Dalam hal ini seorang karyawan Saudara Zunar keumpayaan lain yang luar biasa.Beliau cekap berpidato dalam ucapan singkat yang menyengat.Bijak berkarya menerusi lukisan bermesej berbentuk kartun.

Ternyata ZUNAR bukan seorang kartunis biasa.Ia seorang kartunis yang mempunyai mesej.Bukan sekadar berkartun . Ada maksud tersirat di sebalik kartunnya.Beliau menulis berdasarkan perkembangan semasa. Berkarya demi memenuhi tuntutan zaman.Sesuatu yang melibatkan risiko tinggi termasuk berhadapan dengan tindakan pemerintah yang pantang dicabar walau pun ada yang diutarakan ada kebenaran.

Sebagai kartunis ia juga mampu bercanda dengan berlawak jenaka.Menurutnya para pemimpin yang kini memerintah tindak tanduk mereka seperti kartun.Tidak ada yang mampu menjatuhkan mereka melainkan para kartunis di alam kartun.

Tindakan ZUNAR tidaklah disokong oleh para kartunis seluruhnya.Ada kumpulan para pengkartun yang tidak sealirannya sebagaimana di bawah :

CAKNA POLITIK BARU RAKYAT MALAYSIA

TUN DR MAHATHIR – CHINA MALAYSIA MENOLAK SALAM PERSAHABATAN YANG DIHULURKAN OLEH ORANG MELAYU

MANTAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN DATUK HAJI MOHD NOOR ABDULLAH – PENGKHINATAN ORANG CHINA TERHADAP IKATAN PERSAHABATAN ORANG MELAYU

Bila meneliti keputusan PRU ke 13 banyak perkara yang terjawab.Tidak benar dan merupakan fitnah bahawa orang China menolak persahabatan orang Melayu.Gambarannya terserlah di Selangor.

Di sana calon-calon PAS bergandingan dengan  DAP mencapai kejayaan cemerlang. Mereka  menang besar. PAS dan DAP memperoleh kemenangan 30 kerusi. Ditambah dengan 14 kerusi PKR jumlahnya 44. UBN hanya menang 12 kerusi sahaja.Itu pun dengan majoriti yang tipis di kawasan luar bandar.

Ini menunjukkan rakyat Malaysia menolak politik perkauman sempit UMNO dan BN yang berasaskan garis perkauman sempit semata-mata. Orang China tidak lagi takut dengan PAS dan Melayu tidak lagi gerun dengan DAP.

Politik lama untuk menimbulkan ketakutan, fitnah,  propaganda melulu dan melabelkan kehodohan serta adu domba tidak lagi terpakai dan termakan oleh para pengundi dalam bandar dan pinggir bandar.

Politik baru berasaskan rancangan konkrit, harapan baru dan polisi sebenar yang menyebelahi rakyat. Rakyat boleh memilih mana saja parti jika terbayang wibawa pemimpin, kepakaran dan ketelusan.

Begitu juga dengan Parlimen Nibong Tebal calon Melayu Datuk Mansor Osman menang selesa di kawasan undi bercampur mengalahkan ketua Perhubungan UMNO Datuk Zainal Abidin Osman, orang tempatan.Begitu juga dengan TKM 1 P.Pinang Abdul Rashid Hasnor menang besar di kawasan amjoriti China Pantai Jerjak.

Ini menunjukkan masyarakat Malaysia tidak mengundi berdasarkan garis perkauman tetapi berdasarkan kewibawaan calon dan parti yang bersifat terbuka.Parti yang mengutamakan rakyat.

Apa yang UMNO buat untuk orang Melayu ? Parti itu mendakwa sebagai parti yang menjadi hero dan pejuang Melayu yang tulin dengan agenda besar untuk memperkasai orang Melayu. Pada sesetengah segi memang benar.Bila dikaji secara teliti dan mendalam ianya tidak benar.

Rata-rata Melayu masih miskin, terperuk dan terpinggir. Penemuan menunujukkan sebahagian besar Melayu masih miskin.Penerima terbesar BRIM ialah keluarga Melayu seramai

8.7 juta Melayu berpendapatan di bawah RM 1500/  I bulan            

 7.2 juta Melayu berpendapatan RM 1200  / 1 bulan           

15.9 juta Melayu berada di bawah paras  kemiskinan  

( Sumber Harakah yang dipetik daripada Kajian Jabatan Perangkaan Negara )

Lebih  daripada >separuh penduduk Malaysia yang berjumlah 29 juta berada dalam zon atau paras  kemiskinan. Mereka adalah orang Melayu.Inilah hasil daripada kemerdekaan selepas 9 RMK

.

CAKNA POLITIK ORANG ASLI- DAH PUN CELIK DAN PANDAI MENILAI

 

Orang Asli kini telah berani meluahkan rasa ke saluran yang tepat. Mereka  sudah pandai berfikir untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak lagi boleh diperbodohkan dengan menyokong parti-parti tertentu secara melulu. Para aktivis dan NGO di kalangan pemimpin mereka telah berani  mendesak supaya nasib orang Asli diiktiraf dan tanah adat orang asli diikembalikan .

Selama ini akibat kegiatan pembalakan yang rakus tanah-tanah dan zon orang Asli telah dilanggar.Mereka menuntut hak tanah adat dikembalikan supaya orang Asli boleh hidup, maju berkembang untuk mencari rezeki secara moden.

Ada kes orang Asli menuntut pampasan atas tanah mereka yang diambil untuk membuat lebuh raya.Hasilnya mereka menang dan mendapat pampasan yang lumayan. Jangan kita berfikir bahawa orang Asli mudah dibeli,diperkotak katikkan dan diperlakukan dengan sewenang-wenang.

Hanya menerusi penguasaan dan layanan isitimewa ke atas Tok Batin dan Jabatan Orang Asli. Zaman tersebut telah berlalu. Kini ramai anak-anak mereka yang berpendidikan dan berfikiran kritis .Tahu menilai tentang senario politik dan masa depan. Tahu menuntut dan memperjuangkan isu bersama untuk diketengahkan.

Bagaimana dengan nasib rakyat terpinggir terutama Melayu Pulau Pinang yang kurang dipedulikan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Sehingga nasib mereka terpinggir dan mengalamai keterperukan di tengah pembangunan yang hebat. Hal yang serupa berlaku ke atas rakyat di bandar-bandar besar. Hasil pembangunan yang mega dan megah ada rakyat yang terbiar  dicelah-celahnya.  Ada rakyat yang terlepas pandang !Apa yang dinamakan KEMISKINAN BANDAR.

Begitu juga dengan soal WARISAN MELAYU ynag gagal dilestarikan.Warisan penjajah disanjung dan diberikan peruntukan lumayan.Begitu gentle dan sopan kita dengannya sebagai bangsa yang amat menyantuni penjajah.  Bila menyentuh tentang warisan sendiri kita berada dalam dilema .Seolah kita bangsa yang tidak punyai warisan dan ianya asing bagi kita.Inikah mentaliti sebuah negara dan bangsa yang merdeka. Rasanya contoh yang sebegini tidak terdapat di seluruh dunia.Kepelikan ini wujud dengan ketara di Malaysia.Dalam sebuah negara yang kononnya telah 50  MERDEKA !!!!!! Lebih 50 tahun lamanya !!!!!!!!!!!!!!!Subhanallah!!!!!!

INILAH MASANYA !!!-RAYUAN MENGHIDUPKAN SEMULA TULISAN JAWI DI MEDIA ARUS PERDANA

JASA UMNO MENGHAPUSKAN TULISAN JAWI MENERUSI PENUTUPAN AKHBAR HARIAN UTUSAN MELAYU 1939- 2000 )

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

“Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?,” katanya yang fasih berbahasa Melayu semalam.

ULASAN ISU

Ini adalah ulasan dan penilaian salah seorang  yang sepanjang hidupnya teguh  memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara secara tangguh. Beliau ialah  Allah yarham Datuk Dr  Hassan Ahmad mantan Pengarah DBP. Menurutnya  bangsa Melayu telah mengalami tiga kehilangan besar selepas 50 tahun merdeka . Perkara ini tidak hilang walau pun kita dijajah ratusan tahun.Hilang selepas kemerdekaan yang sepatutnya memperkasai lagi perkara-perkara di bawah semasa kekuasaan UMNO  :

Pertama – pupusnya tulisan jawi apabila  subjek tersebut dikeluarkan daripada kurikulum sekolah semasa Khir johari menjadi Menteri Pelajaran.Ini diikuti dengan penutupan  akhbar harian Utusan Melayu. Ini berlaku walau pun akhbar ini   sangat berjasa kepada UMNO

Kedua – tergugat keimanan umat Melayu kepada agama Islam. Adanya kalangan Melayu yang menjadi murtad dengan memasuki agama Kristian.Perkara ini didedahkan oleh mufti Perak Haji Harussani. Wujudnya intelektual  dan pemimpin Melayu yang mempertikaikan hakikat Islam menjadi  ADDIN sistem hidup yang menyeluruh di bumi Malaysia.

Ketiga – Hilanghnya jatidiri Melayu yang menjaga saliturahmi, muafakat dan kasih sayang sesama bangsa.Melayu tidak bangga dengan tradisi, warisan dan kebangsaannya sebagai bangsa yang kasih mengasihi dan tolong menolong sesama sendiri.Tumbuhnya sifat penting diri seperti kacang lupakan kulit.Ini ditegaskan oleh Prof Ungku Aziz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...