Mengimbau pembentukan Malaysia-Siapakah AM AZAHARI ?

Kisah Perjuangan Partai Rakyat Brunei

AM Azahari ialah satu nama , seorang pejuang dan Nasionalis Brunei  yang namanya sangat  terkenal pada awal tahun 1960an. Namanya menjulang  diambang pembentukan Malaysia. Beliau mengemukakan gagasan Negara Kalimatan Utara yang menggambungkan Sabah, Sarawak dan Brunei dalam satu kesatuan sebagai syarat pembentukan Malaysia. I

Idea beliau tidak disenangi penjajah Inggeris.Partinya Partai Rakyat Brunei menang majoriti terbanyak dalam pilihanraya Brunei,Kemenangan itu ditolak  kerana tidak selari dengan kehendak penjajah.Maka kemenangan itu dibatalkan apabila terjadinya pemberontakan yang tercetus hasil daripada permainan licik penjajah.

Beliau dituduh pemberontak kepada negaranya Brunei.

Di bawah ini kenyataan beliau secara hidup.

Apa yang berlaku menjelang pembentukan Malaysia sebuah rekayasa penjajah untuk menghalang kemaraan Sukarno yang ditakuti akan melebarkan pengaruh di sana.

Ditakuti pengaruh Sukarno yang begitu besar setelah Indonesia berjaya merampas  Papua kembali kembali ke pangkuannya – Irian Jaya. Moral Sukarno begitu tinggi dan perlu dilenyapkan menerusi konflik baru iaitu  pembentukan negara baru di bawah satu kesatuan yang akan menimbulkan kemarahan kepada Indonesia.

Negara yang diberi kemerdekaan oleh penjajah Inggeris dalam kesatuan baru  “MALAYSIA”. Penjajah Inggeris begitu takut kepentingannya terutama minyak di Sabah, Serawak dan Brunei akan terjejas jika negara-negara ini jatuh kepada kuasa yang di luar lengkongan pengaruh dan kawalannya.Apa yang disebut Sukarno sebagai NEOKOLNIALISME.

Penjajahan langsung  bentuk baru pada masa kini menjelma semula dengan jenama baru NEW WORLD ORDER , GLOBALISATION, NEW  AGE dll.  Ini sedang rancak dilaksanakan di Timur Tengah yang sedang  bergolak dan menggelegak dengan perang saudara . Wilayah pusat dunia Islam dan kancak pergolakan politik  dunia. Di sana tersimpan sumber tenaga dunia, minyak yang perlu dijamin penyalurannya untuk industri.

Barat terutama AS sangat sensitif dengan politik yang terkocak di sana. Yang akan menjadi mangsa untuk diperkotak-katikkan ialah rakyat dan para pemimpin Islam. Mereka akan dipantau dari dekat oleh  US. Pemantauan  untuk menentukan siapa yang akan naik dan siapa yang perlu dijatuhkan.

Di sana dalam pergolakan di Mesir Ikhwanul Muslimin termasuk dalam senarai bahaya,mangsa  yang perlu dilenyapkan. Bagaimana ? Menerusi tangan-tangan  kekuasaan para pemimpin yang mendapat restu dan tajaan  Barat serta  konco-konconya.

BENARKAH TIMUR TENGAH TELAH DIJAJAH BARAT MENERUSI SEKULARISME ?

50 tahun dahulu Sukarno telah berkata, barat sedang menjajah semula negara-negara bekas jajahannya menerusi agenda NEOKOLONIALISME. Sukarno yang tajam penglihatannya melihat barat sedang melantik para bonekanya,  menjadi peneraju  negara baru pasca merdeka.Para pemimpin dan gerakan rakyat yang tidak selari dengan aspirasinya akan ditangkap, dijeblos dan dibungkem  terpenjara.                                                                                       

Kisah Perjuangan Partai Rakyat Brunei                         Sukarno    Sultan Brunei     AM Azahari Hero Brunei

Barat sengaja mewariskan  akta-akta zalim tahan tanpa bicara  untuk menekan kebangkitan rakyat yang sebenar. Mereka yang berani keluar daripada acuan dan kehendaknya . Justeru kemenangan Pari Rakyat Brunei yang diketuai Azhari dibatalkan tetapi kemenangan UMNO diterima.

Barat memerintah menerusi sistem perwakilan. Kemerdekaan hanya diberi kepada para pemimpin yang jinak menyokong, berpegang kepada ideologi ciptaannya,   setia menjaga pelaboran serta kepentingan Barat  yang berlambak di negara yang baru dibebaskan dengan beberapa syarat gelap.

Kepentingan Barat tidak boleh dimiliknegarakan. Justeru apabila Mohamed Mosadeg memilik negarakan syarikat minyak AS dan Barat di Iran, beliau dijatuhkan dan dinaikkan pemerintah yang baru. Pemerintah yang sesuai dengan selera barat iaitu Redza Pahlavi.

Mohamed Mosadeg digulingkan

Begitu juga dengan Saudi Arabia ? Siapakah dibelakang penubuhannya. Penubuhan Jordan siapa yang mencipta dan  menganugerahkannya kepada Syarif Hussein. Pembentukan Lebanon yang dulu bahagian Syria diberi kepada puak Kristian, Palestin berubah menjadi Israel dan negara beraja di Teluk.Semuanya itu adalah rekayasa Barat.

Paling terang ialah kenaikan Mustafa Kamal Ataturk di pentas  sejarah. Model negara sekular ciptaan  Barat  yang menjelma daripada  keruntuhan daulah Osmniah Turki  pada tahun 1925.Ia menjadi  satu tragedi kepada umat Islam Islam telah ditolak ,dianggap kolot.Tidak sesuai dengan zaman.

Daulah warisan para khalifah sebelumnya dilenyapkan menerusi pertelagahan di antara Arab dengan Turki .Diruntuhkan dengan menggunakan senjata idelogi yang bernama nasionalisme, kefanatikan terhadap kabilah dan kebencian sesama Islam.

Dahulunya api jahiliyyah tersebut telah dipadamkan Rasulllah menerusi  persaudaraan sesama Islam. Api tersebut dihidupkan semula dengan marak oleh Barat.  Diterima pakai oleh para pemimpin Islam demi untuk mendapat habuan kuasa dan harta.Hasilnya daulah Islam yang punah dan berpecah belah . Sebagaimana kata Saidina Ali :

Kebatilan dapat mengalahkan kebenaran apabila dirancang dengan teliti.

Jadi apa yang kita harapkan daripada  para pemerintah dunia Islam yang naik hasil daripada percaturan politik Barat ? Adakah mereka akan kembali kepada ISLAM sepenuhnya ? Apabila kita mengamalkan  ISLAM secara sipi  maka hasilnya ialah kemengkalan. Islam yang tidak penuh dan masak.

Kita akan terumbang ambing dipermainkan para  musuh Islam sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah kini. ISLAM sedang terjajah dan tidak diketahui bilakah akan bebas. ISLAM akan bebas apabila para pemimpinnya tidak lagi sedia  menjadi BONEKA  BARAT . Firman Allah dalam  Surat Al Baqorah ayat 120:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti millah perjalanan mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenarnya petunjuk “. Dan sesungguhnya jika kamu masih mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu lagi.

SEKULARISME DUNIA ARAB SANGAT TERUK BERBANDING DENGAN KITA

PENJAJAHAN DUNIA BARAT di seluruh dunia  bermula apabila Eropa terbebas daripada Zaman Gelap di bawah kongkongan kuasa paderi. Timbul ungkapan “Beri dunia kepada KAISAR dan agama kepada “POPE”. Dengannya Barat meletakkan dunia sebagai keutamaan,menjadi penguasa yang perkasa di darat dan di laut.

MAKA AGAMA diberi peranan-peranan yang kecil dalam hal ritual upacara , perkahwinan dan ibadat sahaja. Bermula dari era RENAISANCE yang bererti PENCERAHAN,  Barat memberatkan sains dan teknologi menjadi prioriti.  Tahyul dan dogman yakni agama  ditolak .

Agama dianggap hal-hal ghaib yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Hanya kepercayaan rekaan manusia. Agama dianggap sebagai candu dan khayalan. Jadi agama menjadi hak individu bukannya masyarakat dan negara.

Manusia bebas untuk percaya apa pun atau tiidak percaya apa pun. Sesiapa yang kuat dialah yang benar . Yang terhebat layak hidup dan berkuasa . Yang lemah wajib patuh untuk dapat perlindungan.

Barat menjelma menjadi kuasa dunia yang dahsyat. Semakin kuat dan ganas menjarah hasil kekayaan bumi. Misinya hampir berjaya di mana-mana. Di India, China, Asia Tenggara, Afrika, Timur Tengah, Amerika Utara dan Selatan. Malahan para pengembaranya menjangkau hingga ke Artik dan Antartika.

Pada ketika itu dunia Islam membeku.Masing-masing berbangga dengan ilmu , mazhab, firqah dan tarikatnya. Bertelingkah dalam hal yang remeh temeh tanpa mengambil kira nasib umat. Umat yang parah sedang  berhadapan dengan musuh yang paling licik dan kejam .

Serangan maut daripada dunia Barat yang semakin serakah dan licik menjajah dan menanamkan pengaruhi seantero dunia. Tamadun Barat yang kuat  telah menguasai dunia dan paling hebat  dalam sejarah manusia.

Penjajahan Barat di Asia yang bermula pada abad ke 16. Selepas 200 tahun menjelang abad ke 19, pegangannya mantap dan tidak tercabar. Abad ke 19 menjadi milik mereka. Tidak ada sesiapa yang berupaya melawan mereka.

Empayar Moghul di India tersungkur.Empayar Mancu menghadapi kekalahan demi kekalahan di tangan Barat. China terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada barat.Dunia Islam lebih lebih parah. Satu demi satu kerajaan bungkus digencar barat. Daulah Islam terakhir Osmaniah Turki runtuh digantikan rejim sekular Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1925.

Penjajahan bukan  sekadar memunggah kekayaan malah menjajah minda dan mentaliti rakyat yang lemah . Kesannya masih terasa hingga kini.Contohnya Timur Tengah yang pernah dijajah Barat sebelum diberi kemerdekaan. Kata Ibn Qaldun:

Umat yang terjajah berkeadaan lemah. Rasa kalah telah menguasai mereka sehingga tidak ada kekuatan untuk bangkit  dan melawan !

Masih berpecah belah di antara satu sama lain.Bangsa Arab asyik berperang sesama sendiri dengan hasutan pihak Barat yang bijak memecah belahkan perpaduan di antara mereka. Contohnya situasi yang terjadi di Mesir.

Rakyat berpecah belah di bawah berbagai panji-panji.Mereka tidak mahu duduk di bawah-panji-panji Islam. Sedangkan Mesir adalah pusat gerakan kebangkitan Islam seluruh dunia. Mereka masih sayangkan sekularisme, liberalisme, sosialisme, komunisme dan berbagai isme tetapi bersifat musykil dan ralat terhadap Islam.

Apabila menolak Islam yang sepenuhnya maka datanglah bala dan bencana. Rakyat Mesir sedang membuka ruang kepada campur tangan luar terutama Amerika Syarikat. Apabila mereka kembali kepada Dinul Islam insya Allah , Allah akan membantu mereka.Revolusi di Mesir sedang terjadi.

Kebangkitan rakyat sedang marak.Al Sisi yang kini telah jadi pembunuh pasti akan dijatuhkan.Ia kuat kerana bantuan ekonomi dan perisikan daripada Barat dan beberapa negara beraja terutama Saudi.Mereka takut revolusi di Mesir akan meledak keluar menjatuhkan kerajaan-kerajaan beraja /feudal yang tegak atas sokongan barat.

Mereka menyokong keganasan ke atas rakyat Mesir.Rakyat yang dibunuh oleh kerajaan sendiri kononnnya untuk menegak keamanan.Keamanan yang hilang hasil daripada rampasan kuasa yang membunuh DEMOKRASI.

Bentuk penjajahn semula menerusi kerajaan yang diwakilkan  itulah  yang sedang disokong oleh pihak Barat. Selagi pergolakan tercetus, selagi itulah Barat akan terus menyokong dengan membiayai  kerajaan tentera. Kerajaan  yang menjadi mesin pembunuh terhadap rakyat Mesir.

Mesir yang lemah ekonominya. Semata-mata  hidup menerusi bantuan luar terutama AS dan Saudi. Kedua kuasa tersebut sedang mencengkam Mesir menerusi rejim tentera dan sekular diketuai Al Sisi. Huru hara di Mesir menguntngkan Saudi dan kerajaan -kerajaan Feudal seperti Kuwait, Oman, Qatar, UAE, Bahrain

TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD KE 20

TOKOH YANG PALING MENONJOL IALAH IMAM HASSAN AL BANNA. GERAKAN YANG MEMBAWA ISLAM YANG MENYELURUH DALAM URUSAN PEMERINTAHAN. MESKI PUN BERHADAPAN DENGAN PARA PENGUASA ZALIM NAMUN BELIAU TETAP TABAH. YAKIN DENGAN MASA DEPAN ISLAM.

BELIAU MENEMPUH MEHNAH, FITNAH DAN UJIAN GETIR DENGAN SABAR. BERHADAPAN DENGAN PENGUASA DAN KERAJAAN YANG FASIQ  PIMPINAN JAMAL ABDUL NASSER YANG CONDONG KE BLOK SOSIALIS-KOMUNIS RUSSIA.

AKHIRNYA KECUNDANG DI TANGAN ISRAEL DAN MENJERUMUSKAN MESIR DALAM KBANGKRAPAN EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL. SELEPAS ITU MESIR CENDERUNG KE BLOK KAPITALIS DAN LIBERAL AMERIKA DAN BARAT.

INI MENJERUMUSKAN MESIR UNTUK MELULU MENYOKONG BARAT DAN MENGIKTIRAF KEDAULATAN ISRAEL. NATIJAHNYA  MENYEBABKAN MESIR TERIKAT UNTUK MENJAMIN KEDAULATAN ISRAEL DENGAN TIDAK LAGI BOLEH MENYOKONG PERJUANGAN UMAT ISLAM PALESTIN MENGEMBALIKAN TANAH AIR MEREKA. PERJANJIAN CAMP DAVID MELETAKKAN MESIR UNTUK PATUH DENGAN AS UNTUK MEMBOLEHKAN  MESIR MENERIMA BANTUAN EKONOMI YANG BERTERUSAN.BANTUAN EKONOMI YANG BESAR DI TIMUR TENGAH SELEPAS ISRAEL

Lihat Sadat begitu teruja seolah Mesir begitu berjaya. Jimmy Carter biasa saja. Menachem Begin mendekam tangan aksi sinis. Siapa menang siapa kalah. Sebagaimana kata Moshe Dayan terhadap punca kekalahan umat Islam.Dulu kamu menang senang kamu kalah mengapa:

Sebahagian besar umat Islam tidak baca Al Quran. Yang membaca tidak fahama. Yang faham tidak amal .Yang amal tetapi tidak ikhlas !

SEBELUM KEMUNCULAN IMAN HASSAN AL BANNA, BELIAU TELAH  DIAWALI I OLEH SYED JAMALUDDIN AL AFGHANI, SHAIKH MUHAMMAD ABDUH, SYAIKH RASHID REDZA, BADIUZZAMAN SAID NURSI DLL

JAMALUDDIN AL AFGHANI            MUHAMMAD ABDUH

RASHID REDZA

 

MESEJ BUAT BANGSA TERAKAM DALAM KATA BESTARI PENDETA ZAABA

Sungguh benar apa yang nyatakan oleh pendita Zaaba. Kezaliman ke atas bangsa Melayu dilakukan oleh pemerintah daripada  bangsa Melayu itu  sendiri .

Za’ba bukan sekadar seorang ilmuwan bahasa semata, beliau juga seorang ilmuwan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservatif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.

Sesungguhnya perjuangan mengajak supaya kita melihat agama berasaskan dalil atau fakta bukan taklid adalah perjuangan yang dipelopori oleh semua para mujaddid (tokoh pembaharuan). Di tanah air kita, para pejuang pembaharuanlah yang berusaha mengeluarkan masyarakat melayu dari pelbagai khurafat dan tahyul yang sebahagian menggunakan nama agama kepada akidah yang bersih.

“Kita semuanya berkehendakkan baik dan tiada siapa yang berkehendakkan jahat. Kita ingin hendak membaiki segala hal-ehwal kita yang kekurangan, sama ada pada perkara dunia dan pada perkara agama; hendak mengubah segala sifat keadaan kita yang buruk atau kurang baik ditukar dengan yang baik dan yang terlebih baik. Kita hendak mengganti segala hal kita yang mundur dan ketinggalan, ditukar dengan yang maju dan bertambah elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik.

“Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran-fikiran baharu yang segar dan hidup dan dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku jadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan!”(m.s 38)

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat.”(m.s 33).

 

KAMUS POLITIK APA ITU TYRANT/ TIRANI /DIKTATOR?

http://floppingaces.net/wp-content/uploads/2013/08/tyranny.jpg

PENGUMPULAN SEMUA PUNCA KEKUASAN DAN SUMBER KEKUATAN  DARIPADA CABANG PERUNDANGAN, PENTADBIRAN  DAN KEHAKIMAN  DI DALAM GENGGAMAN  SATU ORANG ATAU BEBERAPA ORANG ATAU BANYAK ORANG  SECARA  TURUN TEMURUN ATAU KEPADA DIRI  YANG DITUNJUK ATAU TERPILIH  ATAU DITENTUKAN AKAN MUNGKIN TEPAT UNTUK  DIUNGKAPKAN TIRANI/ KEZALIMAN TELAH BERLAKU. MENGAPA ?

  • WUJUDNYA MONOPOLI KUASA DI TANGAN PEMIMPIN, DINASTI, MAJLIS TERTINGGI PARTI, ELIT TENTERA, JUNTA, REJIM, KORPORAT PERNIAGAAN/ELIT KUASA /RAJA/GENERAL  DAN BENTUK-BENTUK KEKUASAAN YANG BERPOTENSI MENYALAHGUNAKAN KUASA SECARA MUTLAK DENGAN MEMPERALATKAN CABANG-CABANG KEKUASAAN SECARA TERANCANG

Power corrupts; absolute power corrupts absolutely

“Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men.”

“Unlimited power is apt to corrupt the minds of those who possess it”

It is not only the slave or serf who is ameliorated in becoming free… the master himself did not gain less in every point of view,… for absolute power corrupts the best natures.

MENYINGKAP SIAPA ABDUL FATAH AL SISI ?

 

Adakah Al Sisi dan para algojonya yang menguasai Mesir kini  bukanlah boleh  ditakrifkan sebagai kerajan yang sah. Mereka mendapat kuasa menerusi rampasan kuasa. Inilah bentuk kerajaan yang dikenali oleh dunia Arab. Ianya berlaku di Iraq, di Algeria, di Libya dan banyak negara Arab.

Kerajaan tentera akan beri alasan mudah bertindak ganas demi untuk mententeramkan keadaan.  Kekerasan amat diperlukan demi menakutkan rakyat supaya tidak berani mencabar kuasa kerajaan.

Al Sisi telah menunjukkan taringnya.Itulah wajah pemimpin yang akan menjelma menjadi tangan besi sebagaimana Gamal Abdul Nasser. Pemimpin yang mensasarkan target punca ketidakstabilan kepada Ikhwanul Muslimin. Gerakan mereka diharamkan dan tidak dibenarkan berpolitik secara sihat. Tindakan mensasarkan dengan mengkambingkan IM sedang berlaku.

Fatwa telah dikeluarkan dengan mempergunakan ulama. Halal kerajaan bertindak tegas termasuk menembak dengan maksud membunuh  para penentang kerajaan.Jumlah yang menentang ini bukannya sedikit. Di kemuncak penentangan mencapai 33 juta.Apakah mereka ini semuanya musuh yang perlu untuk dihancurkan.

Fatwa juga dikeluarkan bahawa pertubuhan IM adalah pengganas dan boleh dibunuh begitu saja tanpa ampun. Mengenai ini Al Imam Al Ghazali telah memberi ulasan bahawa ini semua bukannya hukum yang datang daripadaAllah untuk tujuan keadilan.

Beliau menyatakan para pengusa berkecenderungan  menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan hukum secara sewenang-wenang untuk menghalalkan cara .Beliau  membongkar penyelewengan dalam  menghukum iaitu fatwa yang sering diputar belit oleh ulama sebagai hukum: :

Ada pun hukum itu ialah fatkwa para ulama di saat berkecamuknya kezaliman untuk memenuhi kehendak atau  selera para pemerintah.

Akhirnya apabila tidak ada saingan dan penentangan secara demokratik kerana tidak dibenarkan ,  kerajaan tentera akan bertukar  menjadi diktator. Ini berlaku walau pun ada pilihanraya sebagaimana yang diamalkan oleh Mubarak. Di penghujungnya kerajaan tersebut akan digulingkan oleh rakyat. Ini telah pun berlaku di Libya, di Tunisia, di Yemen dan di Mesir sendiri.

Dalam proses ini ramai yang akan mejadi mangsa dan terkorban buta dengan sia-sia.  Nyawa dan darah tidak ada nilai langsung bagi para penguasa, rejim, junta dan tirani. Bagi mereka segalanya halal walau pun bertentangan dengan hukum, hak asasi,  demokrasi, nilai agama dan prinsip asas hukum itu sendiri.

Nabi Muhammad menyatakan darah sesama Muslim adalah suci dan haram menumpahkannya . Apakah pesan Rasul terakhir itu tidak ada nilai langsung kepada para pnguasa  Arab yang beragama Islam sedangkan mesej Islam itu  begitu dekat dengan mereka.

Adakah apa yang dilakukan oleh Al Sisi ini  untuk  mengulangi  apa yang telah berlaku ? Konon kerajaan perlu menunjukkan ketegasan dan kekerasan sebagai harga  mewujudkan keamanan. Siapakah yang mencetuskan kekacauan.Tidakkkah tindakan beliau yang merampas kuasa dan membunuh DEMOKRASI yang baru bermula.

Demi untuk mengukuhkan kuasa beliau bertindak di luar undang-undang dengan membunuh orang awam, wanita , remaja , orang tua dan rakyatnya sendiri.Sasaran utama ditujukan kepada IM. Apakah mereka ini bukan rakyat dan manusia.Apa salahnya mereka menuntut demokrasi.

Di AS dan dunia Barat mana ada kes rakyat yang berdemonstrasi dibunuh dengan menggunkan para penembak upahan atau polis yang berpakaian awam ? Mana ada kerajaan demokrasi yang bagaimana buruk dan lemah sekali pun dirampas kuasanya di negara -negara barat ?

Sepanjang pemerintahan Morsi tidak pun beliau menggunakan kekerasan.Ia sedar dan menolak sama sekali menggunakan kekerasan  di luar undang-undang.  Sebuah kerajaan yang terlantik secara demokrasi sama sekali tidak boleh melakukan yang sedemikian. Bagaimana pun bagaimana  jika Morsi terlajak melakukannya sebagaimana yang sedang berlaku kini ?

Seluruh dunia Barat terutama AS akan mengutuk dan mungkin campur tangan. Pengalaman menunjukkan tentera apabila masuk campur pasti merosakkan demokrasi.Lebih-lebih lagi tentera Mesir adalah tentera yang telah lama menggenggam kuasa , berkepentingan dalam sektor ekonomi.

Mereka sudah tentu tidak senang dengan proses liberalisasi ekonomi yang sedang dijalankan oleh Mrsi. Mereka takut kehilangan monopoli. Sebagaimana kata Saidina Ali merek telah merasa lemaknya dunia. Sesekali tidak akan bertolak ansur jika ada gugatan untuk memecahkan pembolotan  mereka.

Apa yang terjadi di Mesir yang berpotensi menjadi negara contoh dunia Arab dan Islam dalam menuju DEMOKRASI telah digagalkan sama sekali oleh kerja-kerja petualangan  ? Apabila gerakan Islam menang dalam proses demokrasi akan ada masalah yang sengaja diada-adakan. DEMOKRASI tidak boleh berpihak kepada ISLAM.

Apabila mereka bangun menentang secara demokrasi menerusi demonstrasi mudah bagi kerajan yang zalim mengisytiharkan perang terhadap rakyat. Jika ini berlaku bilakah negara-negara-negara Islam dapat menunjukkan contoh yang baik, teladan untuk  dunia.

Imej Islam telah dirosakkan oleh para pemimpin Islam yang jahat .Maka mereka menyalahkan Islam sebagai punca kepada segala kegawatan.Mengapa ? Mereka ini para penguasa  yang tamak  kepada duniawi dan sukakan  kepura-puraan.

Tidakkah kuasa itu kunci pembuka segala kekayaan.Lebih-lebih lagi Mesir adalah negara Arab yang paling banyak menerima bantuan AS.Di katakan kedua sesudah Israel di Timur Tengah.

Sebagi rujukan telitilah ayat Al Qutran untuk dijadikan pedoman:

Apabila dikata kepada merek janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi . Mereka menjawab sesungguhnya kami orang-orang yang membuat perbaikan. Ingatlah mereka orang-orang yang memperbuat kerosakan tetapi mereka tidak sadar – Al Baqarah Surah 2 :  ayat 11

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...