IBN BATUTA ( 1304-1374 M ) seorang penjelajah terbesar dan terhebat dalam sejarah Islam dan dunia sejagat umumnya. Keluar dari negaranya di Tangier Moroko ketika berusia 21 tahun. Beliau menghabiskan tempoh penjelajahan selama 30 tahun.
Perjalaann yang ditempuh sejauh 100,000 km. Caranya dengan berjalan kaki, naik unta, kuda dan keldai, menaiki kapal dan apa jua kenderaan yang ada di zamannya. Setelah melengkapkan perjalanan selama 30 tahun beliau menulis karyanya yang berjudul Al Rihla yang sangat dimanfaatkan oleh pihak Barat . Ibn Batutah sampai ke China lebih dulu daripada Marco Polo yang digahkan sebagai pengembara terhebat seantero dunia.
Mengapa ? Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Blok yang menguasai dunia dan kuasa sejagat yang paling perkasa dewasa ini. Kuasa yang menyebabkan dunia Islam tidak mampu untuk berkutik lagi walau berada dipihak yang benar. Sehingga dengan kata-kata yang angkuh mewakili TUHAN Napoleon pernah berkata:
Tuhan berada dipihak yang memiliki meriam paling banyak
Perjalanan pertamanya menuju Mekah untuk naik haji.Sesudah itu beliau melawat ke Afrika Timur, kemudian kembali semula ke Mekah dan meneruskan pengembaraan di Timur Tengah hingga ke negara-negara di Asia Tengah dan Eropah Timur. Selepas itu beliau menuju India, Pulau Maldive dan Pulau Ceylon (Sri Lanka) .
Di India beliau tinggal agak lama. Kemudian menuju ke Alam Melayu sebelum ke China. Di China juga beliau tinggal untuk satu tempoh yang panjang sebelum pulang semula dengan menempuh Alam Melayu dan terus ke India semula
Dunia yang kita kenal pada hari ini tidak ubah sebagaimana yang dialami oleh Ibn Batuta kira-kira 700 tahun yang lalu. Di masa itu ada sistem perhubungan yakni perkapalan yang lengkap .Sistem perhubungan darat dan laut yang menghubungkan Tanah Arab dengan China . Transaksi perdagangan dan sistem pemerintahan yang tersusun.
Begitu jiuga dengan sistem pentadbiran. Wilayah Islam yang terbentang luas dari Magribi di Lautan Atlantik membawa Alam Melayu di Samudera Pasifik. Kehadiran pedagang Islam amat ketara dan sangat terasa di seluruh dunia.
Pada zaman itu laut dan perdagangan adalah di dalam genggaman para pedagang Islam. Umat Islam menguasai laut Mediterranean, Laut Arab, Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut China Selatan . Pedagang Islam juga menguasai perdagangan di Asia Tengah dan laluan sutera ke China.
Kerajaan diurus tadbir dengan menggunakan undang-undang syariat. Islam menjadi kuasa yang unggul sama ada di laut atau pun di darat dan kehadiran kuasa Islam sangat nyata dan amat menonjol sekali pada abad ke 14 Masehi.
Soalnya bagaimana kuasa yang begitu hebat menjadi kucar-kacir dan musnah berantakan apabila mengalami rempohan barat. Barat naik menerusi interaksi dengan para ilmuan Islam.Mereka mengkaji penemuan para sarjana Islam dengan tekun selama 300 tahun dan mulai muncul untuk menjajah dunia Islam pada abad 16 Masehi.
Bermula dengan gempuran Portugis dan Sepanyol. Diikuti oleh Belanda , Inggeris. Perancis dll. Jawapannya akan dijelaskan oleh tokoh Islam paling menonjol sepanjang zaman iaitu IBN KHALDUN( 1332-1404 M ).Tokoh yang mmapu menelah bahaya yang bakal menimpa dunia Islam tetapi tidak dipedulikan oleh para pemimpin dunia Islam sezaman.
Ahli sejarah dan sosiologi ini telah meramal betapa besarnya bahaya PENJAJAHAN adan kesan paranya PENJAJAHAN apabila tidak di atasi dengan segera. Umat Islam dibuai mimpi dan parat mendatangi dunia Islam dengan penuh diplomasi untuk menguasai mereka secara licik.
Islam telah menerima rempohan pertama iaitu serangan tentera Salib pada abad ke 12 Masehi. Diikuti dengan serangan Monggol yang menjatuhkan Baghdad pada abad ke 13 Masehi. Ini adalah amaran yang terawal. Tokoh-tokoh seperti Salehuddin Al Ayubi dan Ibn Taimiyyah yanmg lahir pada zaman itu tidak mampu untuk menanamkan pengaruh yang besar.
Selepas mereka pergi zamannya tidak pun diisi dengan kebangkitan yang berkekakalan.Umat Islam kembali jumud dan berpada dengan apa yang ada. Zaman yang boleh dikatakan zaman gelap sedang menyelimuti dunia Islam sebagaimana yang dialami Eropa sebelumnya.
Ibn Khaldun mengingatkan bahaya yang lebih besar sebelum tibanya penjajah Barat. Beliau menulis karyanya yang paling hebat Al Muqadimah pada abad ke 14 Masehi. Salah satu kata-katanya yang masyhur :
BANGSA YANG TERJAJAH BERKEADAAN LEMAH. RASA KALAH TELAH MEMPENGARUHI JIWA RAGA MEREKA SEHINGGA TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK BANGKIT SEMULA. APA LAGI MELAWAN.
Beliau menganjurkan sejarah menjadi pembelajaran yang utama yang bersifat fardhu ain. Wajib diketahui oleh setiap muslim. Dengan menguasai sejarah kita akan menguasai ilmu-ilmu lain dan berupaya membezakan di antara kepalsuan dengan kebenaran.
Sejarah berupaya untuk membezakan manakah para pemimpin yang palsu dengan yang benar. Sejarah adalah subjek yang penting untuk menilai keberkesanan sesebuah kerajaan dan ke manakah halu tujunya . Sama ada sedang menuju kejayaan atau menghadapi kelemahan dan menuju zaman keruntuhan.
Sehingga kini tidak ada tanda-tanda yang menujukkan kebangkitan dunia Islam menuju era kegemilangan.Mereka masih berkiblat ke Barat dan rela menjadi hamba AS yang menggagaskan Tata Baru dunia dengan memecah belahkan dunia Islam mengikut acuan dan rencana mereka.
Gerakan Arab Spring telah dibajak dengan mudah oleh Barat dengan menggunakan sokongan Saudi Arabia sebagai pemain dan boneka utama. Demokrasi yang menang di Mesir telah dibatal dan dimangsakan. Peranan Saudi Arabia sangat penting sebagai pemimpin dunia Islam dan pemimpin puak majoriti umat Islam yang mewakili golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Soalnya adakah jamaah terpelihara dan maruahnya dijaga. Negara umat Islam terbuka luas kepada permainan, percaturan dan manipulasi dunia Barat terutama AS. Bila dikaji rupannya Dunia Islam sebenarnya masih terjajah dan belum merdeka ! Tepat sebagaimana kata Ibn Khaldun sebagaimana di bawah :