Sifat Buruk orang Melayu – Hasil Pemerhatian Frank Swettenham selama 30 tahun (1871- 1901) selama berkhidmat sebagai Residen di negeri-negeri Melayu Ditulis Dalam bukunya The Malay Sketches
FRANK SWETTENHAM ( 1850-1946 ) – 96 TAHUN . BELIAU MEMBERI SOKONGAN TERHADAP PERJUANGAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION PADA TAHUN 1946

MELAWAT MALAYA PADA TAHUN 1936
Dalam membicarakan perihal orang Melayu, Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat Melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:
1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
2) Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
3) Suka mempercayai hal yang karut marut
4) Orang Melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan
6) Orang Melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
7) Orang Melayu tidak menghargai masa
8) Rumah Orang Melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
9) Orang Melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda
10) Orang melayu suka mengamok
11) Walaupun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
12) Orang Melayu suka berpuak-puak
13) Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.
KARYANNYA TENTANG MALAYA DAN ORANG MELAYU
“Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal, dan matanya cerdas dan cerdik.”
Kata-kata tersebut dinyatakan oleh salah seorang pegawai kolonial British yang bertugas di Tanah Melayu, Frank Swettenham, dalam buku yang pada mulanya merupakan catatan peribadi beliau, The Malay Sketches, atau terjemahan bahasa Melayunya oleh Universiti Malaya, Perihal Orang Melayu, (Swettenham 2003: 2).
Berdasarkan kata-kata yang dipetik itu ternyata Swettenham cuba memberikan suatu gambaran fizikal mengenai suatu bangsa yang dikenalnya dengan rapat, disebabkan tugas rasminya sebagai pegawai kolonial, iaitu bangsa Melayu.
Selain memberikan gambaran mengenai rupa bentuk fizikal orang Melayu, beliau turut juga menyebut tentang psikologi dan budayanya.
Pada Swettenham, orang Melayu yang dikenalnya itu mempunyai semangat berpuak-puak yang sangat tebal selain sangat taat kepada raja bahkan ketaatan itu boleh sampai ke tahap ketaatan yang membuta tuli
Namun, beliau melanjutkan, bahawa orang Melayu sangat ramah tamah dan teguh dalam menganuti agama Islam