APA KATA KASSIM AHMAD

Apa kata Kassim sehingga menggegarkan negara dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad pada 16 Febuari 2014.Seminar itu telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir.Kita usah gelabah dengan kenyataan tersebut.

Pak Kassim memang pakar dalam heboh dan gah. Isunya umat Islam tidak mematuhi Al Quran,sebab itu mereka ketinggalan dan terhina daripada umat kafir. Ini adalah isu sebenar yang tidak pun pernah diberi yang penekanan serius oleh umat Islam.Mereka berasa keislaman mereka telah sempurna.Bila kita membaca Quran dengan penuh keinsafan kita akan perihatin di manakah kedudukan kita.Adakah kita beriman,fasiq atau munafik terhadap ajaran Allah.Nilaian kita berpadukan kitab yang kita di suruh baca dengan perintahnya IQROK

Fonomena yang Pak Kassim sebut dan ulang itu telah berlaku di sepanjang sejarah Islam.Rujuk Al Quran surah Al Furqan surah 25 ayat 30 yang bermaksud :

Maka berkatalah rasul : Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran ini sesuatu yang ditinggalkan.

Maksudnya Al Quran telah dikesampingkan, tidak diacuhkan dan tidak dipedulikan untuk dijadikan sandaran utama,pegangan umat Islam.

Dalam pengalaman Melayu sehingga timbul peribahasa seperti Quran buruk.Hendak dibuang sayang ,nak dibaca tak boleh kerana telah terlalu lama ditinggalkan.

Tradisi kita meletakkan Al Quran untuk dilagukan dan dipertandingkan tanpa diambil berat maknanya. Sekali sekala ada baiknya mulut celupar seperti Pak Kassim
terhadap umat yang lalai terhadap petunjuk Allah ini.

Pendedahan Kassim Ahmad Tentang Sistem Politik Dunia

Beliau telah mendedahkan 3 sistem politik yang BOBROK yang digunapakai untuk mengurus umat manusia.Ketiga-ketiga sistem tersebut mencetuskan kekacauan besar.Sistem yang menimbulkan kerosakan besar dan mencetuskan malapetaka besar di seluruh dunia.Apakah sistem tersebut :

PERTAMA: SISTEM POLITIK LIBERAL – memberi kebebasan individu secara leluasa.Ditunjangi eknonomi kapitalis pemakan riba yang membawa keruntuhan kepada ekonomi dunia.Kebebasan mutlak membawa kepada kebuasan moral dan kebiadaban tanpa sempadan termasuk menggugat hak orang lain kerana mempertahankan kemewahan sendiri.
KEDUA – Sistem sistem komunis.Negara di kawal oleh parti yang memaksa individu taat kepada negara. Tidak ada hak rakyat di dalamnya.Parti,pemimpin parti dan politburo/ Jawatankuasa Parti yang berkuasa mutlak. Apa kata mereka menjadi hukum.

SISTEM TEOKRASI AGAMA YANG DIKAWAL PEMERINTAH YANG DISOKONG OLEH ULAMA YG TERIKAT DENGAN PEMERINTAH
SISTEM INI BERLAKU DI SAUDI ARABIA DAN IRAN

Inilah sistem yang menunjangi politik dunia untuk menguruskan pemerinthan.Tetnyata ketiga-tiga gagal.

APAKAH SISTEM ISLAM SEBAGAI PILIHAN DAN PEGANGAN UMAT ISLAM ?

FAKTA DUNIA ISLAM TERKINI

Kini jumlah umat Islam terkini mengikut perangkaan terkini ialah 2.1 bilion (2100 juta ) atau 2,100,000,000. Negara umat Islam teramai ialah di Indonesia seramai 330 juta lebih.Apabila dicampur dengan Malaysia,Selatan Thai,Selatan Filipina, Burma dan jiran terdekat Bangla Desh jumlahnya menjangkau 350 juta.

Inilah belahan dunia paling ramai dihuni oleh umat Islam.Ia mengatasi Timur Tengah, benua India Pakistan, Turki, Asia Tengah dsbnya. Fakta ini menunjukkan bahawa pusat kebangkitan Islam telah beralih dari Timur Tengah ke sebelah Asia Tenggara.Khususnya Malaysia dan Indonesia. Kita dipertanggung jawab untuk menjadi pemimpin DUNIA ISLAM.

Apakah potensi yang ada di dunia Islam ?

Fakta menyebut bahawa 60 peratus sumber hasil dunia seperti petroleum,gas asli,minyak sawit, kapas,sumber galian dll datangnya daripada negara umat Islam.

Fakta juga menyebut tidak ada sebuah pun negara umat Islam yang dapat menyaingi prestasi ekonomi sebuah negara Kristian Barat seperti Norway,Sweden dan Finland.Bahkan hendak dibandingkan dengan negara sekecil Holland,Belgium, Denmark dan negara sekecil Swiss pun kita amat jauh ketinggian.

Malahan Malaysia yang dikatakan model terbaik ekonomi negara umat Islam apabila dibandingkan dengan prestasi memberangsangkan ekonomi Singapura kita telah ditinggalkan.

Bahan mentah,tenaga mahir,letrik dan sumber air, sumber kewangan dll faktor datang daripada Malaysia.Bagaimana pun Singapuralah yang memanfaatkan kelebihan yang kita ada. Hingga ke hari ini nilai ringgit jauh tersusut berbanding dengan dollar Singapura. Itulah petunjuk bahawa ekonomi kita merosot berbanding dengan ekonomi Singapura. Singapura mempunyai lebihan dan aset menjangkau trillion sedangkan hutang luar kita mencecah sehingga menghampiri 55 peratus KDNK negara.

Ini belum dibuat perbandingan berdasarkan urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang telus.Dari segala segi kita masih ketinggalan.

Hakikatnya tamadun Islam masih di belakang tamadun Confucius China dan tamadun Hindu di India.Mengapakah pencapaian tamadun Islam begitu rendah dan buruk sedangkan agama ini direstui Allah dan umatnya diberi amanah sebagi umat contoh dan ikutan terbaik sandaran umat manusia seluruhnya !

Apa kata musuh-musuh Islam tentang punca kelemahan dunia Islam :

MOSYE DAYAN pemimpin Zionis yang mengalahkan 3 buah negara Arab dalam perang Arab- Israel tahun 1967,membongkar 3 punca kelemahan dunia Islam :

Umat Islam tidak peduli sejarah ,langsung tidak ambil iktibar daripada sejarah. Sedangkan 700 tahun lalu seorang sarjana Islam Ibn Khaldun bapa ilmu sosiologi menyatakan sejarah adalah ilmu fardhu ain, sesuatu yang wajib dituntut demi memahami situasi dan realiti.Ilmu yang mampu membezakan di antara kebenaran dengan kepalsuan. Adakah kita telah keluar daripada masa bodoh atau masih kekal dengan kemunduran dan kejumudan yang pekat.

KEDUA- Umat Islam tidak suka membaca sedangkan perintah pertama Allah dalam Al Quran ialah IQRAK BACALAH !
Mereka tidak membaca Al Quran dengan sesungguhnya sehingga mengenal Allah dan tidak mengikut iblis,syaitan dan Thoghut.

Ketiga para penguasa umat Islam suka membunuh bakat pemimpin yang baik dan mengkhianati kepemimpinan yang soleh kerana sikap tamak dan rakus untuk terus berkuasa dengan sewenang-wenang.Para umara negara umat Islam sanggup bekerjasama dengan barat dan komunis untuk membunuh para ulama Islam yang berani dan layak memimpin.Ini telah dan berlaku di sepanjang sejarah.Lihat apa yang terjadi di Mesir !

Dalam ramai umat Muhammad menjangkau 2.1 bilion berapakah bilangan peribadi-peribadi yang mempunyai akhlak terpuji seperti nabi Muhammad dan para sahabatnya yang setia ? Yang berselawat ke atas beliau ramai berapakan bilangan yang mencontohi kepimpinan beliau yang hidup sekadarnya dan sangat mementingkan umat.Akhir kata sebagaimana wejangan Imam Ghazali:

Begitu ramai yang mengaku umat Muhammad tetapi tingkah laku ,pakaian danpraktik model ikutan mereka lebih menyerupai firaun,Qarun dan Haman.Dalam menjana kebangkitan tamadun Islam kita mencari jiwa-jiwa seperti Abu Bakar,Umar, Ali,Othaman yang dermawan,umar Abdul Aziz dan uhammad al Fateh .Wujudkah mereka di kalangan kita.Jika tidak kebangkitan Islam adalah igauan dan mimpi.Mengapa seperti kata Ustaz Danial umat ini masih mimpi dan berdengkor di siang hari. Yang wujud ialah syiar tanpa syariat, Al Quran tanpa pelaksanaan, pemimpin arogan tanpa amanah, ulama tanpa contoh perjuangan dan pembuktian pengorbanan.

ANWAR IBRAHIM ANAK BERTUAH KEBANGGAAN MALAYSIA-PEMIMPIN TERUJI MERENTASI BENUA !

Ketika DSAI dipecat daripada kabinet,disiat daripada tampuk kekuasaan, dibuang daripada UMNO , diaibkan sehina-hinanya,  ramai berkesimpulan politiknya telah bungkus, khalas, tamat.

 Rakan seperjuangan dalam UMNO juga lari.Takut terima tempias, sial yang mengelilingi Anwar.Dalam percaturan politik ala Michiavelli, rakan kepada musuh adalah musuh juga, perlu dimusnahkan. Tidak ada lagi budi bahasa dan suruh tegah Islam dalam politik UMNO baru yang bila dianalisis dengan benar bukanlah kesinambungan perjuangan UMNO lama untuk agama,bangsa dan negara.Politik telah menjadi seni pemerkasaan kuasa semahu-mahunya, nihil akhlak.Para pelakunya adalah political monster.Kuasa bukan amanah
lagi tetapi hak mutlak untuk dimanipulasi sesuai dengan cita rasa dan nafsu serakah sangat pemimpin.

Pada ketika itu,orang pertama yang mengunjungi,memberi sokongan moral kepadanya ialah Ustaz Fadzil Noor. Beliau sahabat lama,rakan perjuangan dalam ABIM. Radar pengesannya dapat membaca apa yang bakal berlaku. Situasi ini peluang terbaik, buat menghadapi UMNO.

Segera seorang negarawan dari seberang Tambak Johor memberi respons dalam bentuk komentar.Ia juga mempunyai perhatian besar terhadap masa depan DSAI. Komentarnya diterjah dalam bentuk persoalan:

Adakah Dr Mahathir mempunyai masa untuk groom/menampilkan seorang pemimpin sehebat Anwar.Pemimpin yang punyai jaringan sahabat/pemimpin seantero  dunia. Yang sekejap terbang ke timur, kemudian ke barat.

Persoalan itu sebenarnya telah terjawap.Malaysia memang kegersangan pemimpin bertaraf antarabangsa.Lebih lebih lagi apabila Dr Mahathir mengosongkan kerusi PM.Yang terlantik kemudian memang tak sehebat Dr M dan jauh daripada kewibawaan DSAI semasa jadi TPM.

Memang tepat perhitungan Ustaz Fadzil Noor yang mendatangi DSAI sebaik beliau dipecat. Dengan gandingan mantap dua tenaga pemimpin hebat dari ABIM itu Terengganu jatuh ke tangan PAS pada PRU ke 11, 1999.Sebagai ahli strategis Ustaz Fadzil sangat arif dengan potensi kelebihan DSAI.

Pemimpin diuji dengan musibah.Ia bangkit dan tidak musnah.Pemimpin difitnah berulang kali namun ia tetap intiqamah. Ia berjaya merubah keadaan berkat kewibawaan,aura dan kepemimpinan yang punyai karismatik, keperibadian tinggi. Segala mekanisme telah dipergunakan untuk meranap dan meruntuhkan karier politinya.Namun ia tidak patah semangat dan mudah mengalah. Ia tetap percaya pada proses demokrasi yang telus, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang. Hasilnya berkat ketabahan pertama kali dalam sejarah:

Kuasa dua pertiga BN telah dinafikan dalam PRU KE 12,  2008- 5 negeri jatuh ke tangan PR

PR mendapat undi popular 52 peratus mengatasi BN dalam PRU ke 13,  Mei 2013.

Anwar punyai hubungan baik dengan Indonesia, punyai persahabatan dengan Turki, punyai jaringan keakraban dengan cendekiawan dan ilmuan di seluruh dunia.Ini semua ramuan ,aset dan modal besar kepada negara.Para pemimpin Timur Tengah telah mengenalinya jauh sebelum ia jadi TPM.Ia pernah menjawat sebagai pengerusi belia sedunia di bawah UN, menganjurkan persidangan WAWY yang terpaksa dirasmikan oleh PM pada ketika itu Datuk Hussein Onn kerana besarnya wibawa beliau. Akhir sekali dengan menggunakan DSAI yang dibawa masuk ke dalam UMNO pada tahun 1981, Dr Mahathir mendapat pertolongan besar untuka menghadapi kemaraan PAS yang diterajui Fadzil Noor, menghadapi saingan terdekat Dr M dalam hararki UMNO sendiri seperti Datuk Musa Hitam dan Tengku Razaleigh.Dengan terkeluarnya DSAI daripada UMNO telah menjejaskan prestasi BN. BN telah kehilangan sokongan undi daripada bukan Melayu.Siapa boleh menafikan kenyataan dan fakta yang berlaku.Ia telah mengukir sejarah.Akhir kata taqdir akan menentukan beliau akan jadi PM atau tidak.Jika suratan taqdir menentukan begitu,segala fitnah tidak akan mempan dan menjadi. Insya Allah kebenaran akan terserlah !Malaysia sangat memerlukan barisan pemimpin pelapis yang sangat berwibawa. Kebetulan tenaga dan ketrampilan ini banyak kedapatan dalam PR yang berjaya dibina oleh DSAI. Di bawah Dr M pemimpin yang cuba menyaingi beliau seperti DSAI telah dimangsakan. Memang di sebalik setiap musibah ada hikmahnya. Terpulang kepada rakyat untuk menangkap peluang dan memilih yang terbaik demi masa depan negara.

 

 

 

TIGA PEJUANG / PEMIMPIN BESAR YANG MATI DI BULAN FEBUARI

Antara pemimpin besar yang mati dibunuh di bulan ini ialah Hassan Al Banna di Mesir pada 12 Feb 1949. KEDUA ialah Tan Malaka pemimpin besar revolusi Indonesia. Bapa republik Indonesia kerana menulis wawasan Indonesia Merdeka 20 tahun sebelum kelahirannya pada 17 Ogos 1945. Bahkan Sukarno banyak mengambil idea dan kupasannya mengenai arah perjalanan revolusi, cara mana menggerakkan massa.Tan Malaka seperti Thomas Jefferson yang menulis perlembagaan AS. Gambar TJ terpampang pada wang kertas dollar AS. Tan Malaka diktiraf sebagai pahlawan nasional Indonesia. Hassan al Banna adalah pejuang Islam di Mesir yang berusaha membina dan membangkitkan semula khilafah Islam setelah jatuhnya khalifah Islam di Turki pada tahun 1925.Jatuh di tangan rejim sekular tajaan Yahudi dan Barat pimpinan Mustafa Kamal Ataturk.Model Turki dijadikan syarat bernegara bagi wilayah yang bakal dimerdekakan oleh Barat.Itu juga syarat yang ditegaskan oleh Lord Cromer sebelum meninggalkan Mesir : Mesir sekali-kali tidak akan dibenarkan keluar daripada acuan barat.Mesir tidak akan dibiarkan kembali menjadi  DAULAH ISLAM Pemimpin ketiga yang kembali ke pangkuan ilahi pada bulan Febuari pada tahun 1990 ialah Bapa Kemerdekaan kita Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al Hajj. Tunku yang datang dari kelas atasan, golongan bangsawan dikenangi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat. Seorang demokrat tulin yang percaya kepada nilai-nilai demokrasi. Satu sifat terpuji yang dipeganginya ialah Tunku tidak pernah menggunakan kedudukan untuk membuat harta atau membina empayar perniagaan atau memasang kroni di sekelilingnya.  Beliau menghabiskan usia tanpa mengganggu pemimpin yang selepasnya. Beliau percaya masanya telah berakhir dan menerima kenyataan. Sebagai demokrat tulin beliau tidak senang hati apabila kuasa disalahguna, mahkamah diperalat dan kebebebasan media disekat. Tunku sebagai pengasas Negara mahu Malaysia yang sejahtera,tegak di asas-asas bernegara secara luhur berlandaskan RULES OF LAW , KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.Tunku merupakan pemimpin yang peka dan tajam penglihatan mampu menelah apa yang jadi kemudian. Bagi memperingati amanat Tunku saksikan video dibawah ini berisi mesej terakhir Tunku kepada rakyat Malaysia . Kita mengenang pemimpin kerana jasa-jasa yang terpahat hasil daripada penggorbanan mereka. Sebagaimana kata Presiden  Sukarno bahaw hanya bangsa yang besar tidak akan melupakan jasa para tokoh dan pemimpinnya. Hanya kita yang kurang menghargai jasa para pemimpin yang membuat pengorbanan besar menentang penjajahan seperti  Dr Burhanuddin Al Helmi, Ishak Hj Muhammad, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub, Shamsiah Fakeh dan selainnya yang mengorbankan jiwa raga mereka demi kemerdekaan bangsa daripada belenggu penjajahan. SEJARAH BUKANNYA PROPAGANDA IA MESTI DILURUSKAN DENGAN MENCERIITAKAN APA YANG SEBENARNYA BERLAKU !

MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE 65 KEMBALI KE RAHMATULLAH ASYAHID HASSAN AL BANNA(1906- 1949)

Semalam 12 Feb 2014 genap 65 tahun tragedi pembunuhan ke atas Ketua Umum/ Mursyidul Am IKHWANUL MUSLIMUN, Hassan Al Banna. Beliau ditembak oleh penembak upahan yang di dalangi  oleh rejim tentera Mesir pimpinan Jamal Abdul Nasser.Beliau dibiarkan mati kerana kehilangan darah. Ditegah menerima sebarang bantuan. Setelah disahkan mati mayatnya tidak boleh diziarahi sesiapa walau pun oleh sahabat dan sanak saudara sendiri.Mayat diserahkan kepada ayahnya yang berusia 90 tahun.Dengan susah payah sang ayah dibantu anak perempuan memandi,mengapani dan menguburkannya. Mereka dikawal ketat drpd menerima bantuan. Hang 2 orang saja dibenar terlibat menguruskan jenazah pemimpin besar,mujadid zaman. Pemimpin umat yang berjaya mengisi semangat zaman. Berjaya memulihkan semangat anak muda Mesir kembali kepada Islam sepenuhnya. Kini watak para pemimpin dunia Islam di kebanyakan belahan dunia masih tidak berubah. Brutal ,zalim dan sangat keras terhadap para pemimpin umat yang lebih berwibawa drpd mereka. Sebarang kebangkitan dan kesedaran untuk kembali kepada Islam yg progresif akan difitnah dan dihancurkan.Betapa ramai bakat bakat kepimpinan yang dibazir, dimusnahkan. Seluruh barisan ,kepimpinan IM diganasi.Kini mereka bangkit semula.Sekali lagi mereka diserang, ditembak dengan kejam oleh pemerintah yang mengaku Islam tetapi tidak ada sifat Islam pada mereka. Bersikap kasih sesama Islam dan keras terhadap musuh-musuh Islam.Mereka mengambil sikap yang songsang.Berbaik dengan musuh Islam seperti Israel dan AS yang menyerang negara dan umat dan mengganasi rakyat sendiri ! Tragedi ini sedang berulang di Mesir.Adakah para pemimpin junta tentera yang zalim ke atas rakyat sendiri akan dirahmati Allah.Allah sekali-kali tidak beserta orang-orang zalim. Bahkan nilai dan layanan seperti ini tidak berlaku di Barat dan di Israel sendiri.Pencerobohan dan keganasan seperti  ini sangat sering terjadi di dunia Islam.Ada pula ulama yang mengesahkannya. Soalnya apa model Islam yang hendak kita ke tampilkan kepada dunia. Bahawa Islam ini tinggi dan contoh terbaik untuk ikutan umat manusia ? Di zaman bertamadun ini kita kehilangan segalanya kecuali sifat buruk yang dibanggakan.Adakah ianya menggambarkan kita ini sebenarnya UMAT MUHAMMAD ? Pemimpin contohan yang benar, amanah,adil dan bijaksana.Hassan al Banna adalan model pemimpin terbaik untuk dunia Islam.Malangnya dibunuhi kerana dengki dengan kelebihan yang ada padanya.Beliau adalah MUJADDID ABAD KE 14 HIJRAH.Meski pun telah wafat namanya tetap harum semerbak.Kepimpinan dan gerakannya masih berkembang dan amat ditakuti oleh musuh-musuh Islam.Perjuangan dan iltizam beliau masih diteruskan oleh para pengikutnya yang setia dengan gigih.Mereka masih membawa panji-panji Islam , buat diserahkan pada generasi kini.Pemimpin adalah rahmat bagi umat bukan sebaliknya.Itulah tanda bukti umat sedang dipimpin oleh Allah. Pemimpin bukan algojo yang membuat keganasan kononnya untuk tujuan keamanan.Itu bererti mereka mengikut Michiavelli bukannnya kepimpinan Allah.Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.Matalamt baik,cara elok itu tanda berjalan di atas landasan Islam.

ALLAHU AKHBAR !

 

 

 

 

 

Mengambil ibrah dari BJ Habibie

Wawancara menampilkan Presiden ke 3 Republik Indonesia BJ Habibie. Seorang teknokrat yang genius meningkat naik sehingga menjawat jawatan Presiden Indonesia. Beliau adalah pelopor indistri penerbangan di Indonesia. Tapi malangnya tatkala rancangan sudah hampir siap beliau mendapat arahan projeknya harus diberhentikan. Apa yang sebenarnya berlaku?Sila ikuti wawancara ini. Turut tampil ialah mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga sahabat akrab Habibie Datuk Seri Anwar Ibrahim.Selamat menonton ya.

Itik tertarik mendengar bacaan al Quran

Video ini menunjukkan bagaimana itik-itik ini tertarik dan menghampiri apabila ayat-ayat al Quran dibacakan kepada mereka seolah-olah mereka pun  suka mendengarnya.

SEJAUH MANAKAH ISLAMNYA BANK ISLAM DALAM OPERASINYA MELAKSANAKAN SYARIAH !

The overall mission or goal of Islamic finance is the socio-economic and moral well-being of the whole community. This means that its orientation and ethos differ, or should differ, from those of conventional banks-Tengku Razaleigh Hamzah

Untung  sama untung rugi sama rugi itulah urusniaga yang berpaksikan keadilan,  perkongsian dan kebersamaan. Justeru Allah melaknat sistem riba kerana operasinya berat sebelah, pincang dan zalim. Menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain. Allah menghalalkan jual beli yang operasinya menguntungkan dua pihak yang terlibat. Bank dengan pengguna.

Dengan sedikit hutang ,si peminjam akan menjadi muflis kerana riba yang bermaharaja lela. Daripada pinjaman yang kecil seperti hutang  kad kredit yang tidak seberapa  ia berkembang menjadi puluhan ribu  ringgit ke peringkat sehingga boleh memudaratkan, meruntuhkan  kehidupan seseorang individu, sesebuah institusi keluarga. Mangsa riba boleh  sakit jiwa dan gila kerana jenalu yang melekat ditubuh.Menghisap darah,kudratnya dan segala ikhtiaranya menjadi sia-sia. Terpaksa melunasi  hutang yang terbeban, membayar dan membayar  tetapi hutangnya tetap  tidak langsai

Sedangkan si peminjam tidak membuat tambahan pinjaman. Bank mencipta wang demi wang secara mudah dalam keadaan si peminjam SEDANG TENAT DAN MELARAT. PENGGUNA tidak pun membuat keuntungan atau mendapat sebarang hasil daripada pinjamannya.

Inilah sistem yang diguna pakai dalam dunia yang bertamadun ketika ini. Termasuk di negara umat Islam. Termasuk apa yang dinamakan bank yang kononnya beroperasi mengikut syariat Islam. Muamalah Islamnya setakat akad sahaja. Operasinya sama atau lebih buruk daripada sistem bank konvensional yang menunjangi sistem perbankan masa  kini.Riba tersembunyi dalam operasi yang dikatakan muamamalah atau mudarabah. Sekadar istilah penyedap hati.Operasinya tidak berbeza dengan bank konvensional ciptaan Barat. Continue reading

KATA-KATA BERNAS IMAM AL GHAZALI & PARA UMARA MENGENAI KEKUASAAN I

TENGKOK RAKYAT AKAN  PATAH AKIBAT BERATNYA TANGGUNGAN CUKAI YANG DIBERATKAN OLEH PEMERINTAH KE ATAS  RAKYA.T   MANAKALA  TENGKOK PEMERINTAH AKAN  PATAH AKIBAT  BERATNYA EMAS YANG TERGANTUNG   HASIL DARIPADA PEROLEHAN CUKAI YANG DIPERAS  HASIL DARIPADA DERITA RAKYAT JELATA – Imam Al Ghazali

KEPADA SEORANG TOKOH TERKENAL OTTO VON BISMARK BELIAU MENILAI POLITIK BUKANNYA SAINS TETAPI SENI YANG MEMUNGKINKAN  SEGALA YANG MUSTAHIL BERLAKU  SEHINGGA PEMIMPIN YANG JAHAT SERING DIPUJA SEBAGAI PEMBELA ! MANAKALA PEJUANG DAN PEMBELA KEBENARAN AKAN DITUDUH  GILA KUASA , PENGACAU KEAMANAN DAN PENDURHAKA

POLITIK IALAH SENI SERBA KEMUNGKINAN

Politik bukanlah satu sains yang berasaskan kewarasan, ia adalah keupayaan membuat keputusan dengan memilih sampel terbaik.Pilihannya itu   mampu mengubah  keadaan yang paling berbahaya kepada   sesuatu hasil yang  amat  berguna.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...