TRAGEDI KEHILANGAN MH 370 MENYEDARKAN KITA TENTANG TAHAP ANCAMAN TERHADAP KESELAMATAN NEGARA

MH370 ‘awakens’ M’sian security

 | March 30, 2014

Malaysia is under intense pressure to answer questions on the tragedy as weeks pass with no evidence of a crash.

MH370 III

After a stoush with Interpol over its screening of airline passengers, Malaysia will introduce stricter security checks in the wake of the Malaysia Airlines flight MH370 disaster, reported The Sydney Morning Herald today.

But they will not come into force until June.

It comes as authorities said the FBI had so far found “nothing sinister”after examining the flight simulator that the captain of the missing Malaysia Airline

MENJEJAKI DIEGO GARCIA , PENGKALAN RAHSIA AS DI LAUTAN HINDI – BERUPAYAKAH PESAWAT LAIN MELINTAS DI SANA ?

Pulau yang terdekat dengan Diego Garcia, nama Portugis ialah Pulau Maldives. DG pertama kali ditemui oleh armada Portugis  seawal tahun 1512.   Diambil alih oleh British yang masih menjajah India pada tahun 1945 .Kemudian diserahkan kepada AS sebagai pengkalan tentera yang sangat strategik di tengah Lautan Hindi. AS dikira memasang mata di sini untuk mengawal seluruh Lautan Hindi.

DG berada ditengahnya.Mengapa nama DG tetiba muncul. Ada laporan menyebut penduduk P.Maldives melihat sebuah pesawat besar berwarna merah dan putih terbang rendah melintasi angkasanya menuju ke selatan. Sejauh manakah kebenarannya ? Petunjuk dan clew  yang sekecil mana pun sangat berguna untuk mengesan kehilangan yang sangat misteri ini. Seperti ada tangan ghaib yang menangkap , mengawal dan menghilangkannya. Radar tentera kita mengesannya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Teknologi drone, iaitu pesawat tanpa pemandu telah begitu sangat maju untuk mengintip dan menyerang.Ia telah dipergunakan dengan meluas dan canggih untuk memusnahkan kubu-kubu Taliban. Meski pun begitu AS tetap bungkus dan tidak dapat bertahan.Diserang dan terus digempur oleh para pejuang yang nekad mempertahankan  tanah air mereka daripada pencerobohan dan keganasan kuasa asing yang sewenang menceroboh dan menghuru harakan  negara yang hendak dimangsakan.

Adakah AS atau kuasa pengganas telah  memiliki teknologi yang lebih canggih daripada drone itu.Teknologi yang membolehkan pesawat komersial dirampas dengan menggunakan alat kawalan jauh.Pengganas merampasnya dari jauh dan memaksa pesawat mendarat di lokasi rahsia yang telah ditetapkan.

{erlembangan terkini menunjukkan  senjata canggih lagi berbahaya bukan diuji di tempat terpencil seperti padang.Ia sedang diuji ditapak sebenar medan tempur yang dikonflikkan untuk melihat impak dan kehebatannya. Dulu telah dilakukan oleh AS ke atas Jepun. Bumi Jepun Hiroshima dan Nagasaki telah diletupkan dengan bom atom. Akibatnya  raja Jepun Emperor Hirohito  bertekuk lutut mengaku kalah kepada AS.

KINI operasi ini sedang dilakukan ke atas negara-negara umat Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Gaza oleh sekutu AS , Israel. Mereka dapat impak sebenar yang jitu untuk menggerunkan dan menundukkan musuh supaya melutut kepada adikuasa tunggal dunia atas nama perang melawan keganasan. Teknologi tersebut selepas terbukti akan dijual kepada negara yang berasa terancam keselamatannya.

Industri senjata dan keselamatan adalah  nadi kepada eknomi AS semakin  merudum dan diancam kebangkrapan. Yali hanya ekonomi AS ialah perang dan rasa terancam untuk tunduk kepada jehendak AS. Tragedi  kehilangan penuh misteri MH 370 mengundang 1000 rahsia yang belum terjawab. MESTI ADA MOTIFNYA KERANA IA BUKAN KEHILANGAN BIASA. Kalau tidak angin masakan pokok bergoyang. Bila burung – burung terbang ke satu arah mesti ada penyebabnya. MUSTAHIL peristiwa misteri  berlaku tanpa penyebanya.

Adakah kehilangan MH 370  menunjukkan satu percubaan  yang  menggemparkan sedang dilakukan untuk membuktikan bahawa pesawat boleh dimatikan dengan menggunakan alat kawalan jauh yang  diprogramkan ke destinasi rahsia yang dikehendaki. Ttagedi ini mendedahkan banyak kelemahan dan kecuian dalam  sistem pertahanan kita .   Kita tunggu dan nanti perkembangan seterusnya. Mungkin ada penemuan yang menyakinkan dan lebih terfokus.

KEHILANGAN MH 370 : MISTERI YANG MEMISTERIKAN, BELUM TERJAWAP

Bunyinya sangat hebat .Bolehkah ini dilakukan ? Hendak mencari berita yang benar-benar sahih dalam pergolakan negara kita pun sukar. Inikan  pula hendak memecah daulah berita dunia. Dunia yang dikawal ketat  oleh adi kuasa tunggal  NEW WORLD ORDER AS dan konco- konconnya. Mereka memberi hint /petanda awal,  kita mengikut sahaja mengikut rentak yang diatur mereka  walau pun tanpa sebarang penjelasan jitu dan konkrit.

Australia menyatakan bahawa setelit telah mencerap objek besar sepanjang 24 meter di Lautan Hindi  2500 km ke sebelah barat  Perth . Ia belum disahkan. Adakah  cebisan daripada MH 370.Keluar berita bahawa perjalanan MH 370 berakhir di situ seperti lara sengaja membunuh diri.Ia tanpa penjelasan mengapa ia jadi sedemikian secara tuntas.

Jelas  berdasarkan tragedi MH 370 kita tidak mempunyai keberanian  untuk mengeluarkan kenyataan berdasarkan cerapan  radar kita. Radar angkatan udara Malaysia   telah mengesan lencongan berpatah balik telah  dibuat oleh pesawat tersebut seawal hari pertama   kejadian tersebut. Ada sesuatu yang pelik berlaku  selepas kira-kira 90 minit ia berlepas.  Hingga jam 8.11 pagi hari Sabtu 8 Mac 2014 pesawat itu dikesan masih  berada sekitar Pulau Perak dalam wilayah Malaysia.

Mustahil tidak terkesan bahawa ada sesuatu perkara  pelik dan besar  telah berlaku. Keputusannya tidak boleh sangka-sangka dan agak-agak lagi. Kita mesti bertindak menjaga kedaulatan kita untuk mengejar pesawat tersebut, adakah ia telah dirampas ? Kalau tidak pun adakah ruang udara kita telah dicerobohi ? Siapa tahu selama ini ruang udara kita telah dicerobohi oleh pesawat negara jiran seperti Singapura tetapi tidak dipedulikan.

Pokoknya kedaulatan kita mesti dikawal untuk membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara  berdaulat yang tidak boleh dicerohi. Peralatan kita terutama radar  mesti canggih dan berfungsi dengan jitu 24 jam tanpa cuai. Begitu juga dengan kapal selam untuk mengawal seluruh perairan supaya tidak ditembusi anasir asing. Berlakunya ini akan membuktikan kredibilti kerajaan dan kecanggihan peralatan kita setelah teruji. Tidak rugi wang para pembayar cukai kerana ianya berbaloi dan digunakan dengan betul.

Namun ini semua tidak berlaku seolah kita tidak ada sebarang maklumat . Tumpuan dikerah  untuk menggeledah setiap inci ruang Laut China Selatan. Sedangkan berdasarkan maklumat awal yang di diketahui pesawat tersebut telah pun berpatah balik menuju ke Selat Melaka pada malam kejadian tersebut selepas tidak sampai 2 jam ia berlepas.Semuanya ini berlaku dalam wilayah kita,  dalam ruang angkasa Malaysia.

Tiba-tiba keluar kenyataan bahawa perjalanan pesawat tersebut dikesan berakhir ditengah Lautan Hindi. Tanpa penjelasan bagaimanakah peristiwa yang sangat misteri dan mustahil ini boleh terjadi ? Maka keluarlah berbagai spekulasi yang pelik-pelik berpunca daripada tidak adanya penjelasan yang tepat apa yang sebenarnya telah terjadi ?

Ini peristiwa yang paling besar dalam sejarah kita .Peristiwa yang mendedahkan berbagai kelemahan kita untuk dimbil pengajaran. Ia mendedahkan  sistem kita yang sangat dimonopoli oleh satu pihak yang mengawal segalanya. Sistem yang sangat tertutup. Bahawa autoriti tertentu  yang berkuasa sahaja yang betul dan sah. Yang lain tidak.

Sesiapa yang mempersoalkan kesahihan maklumat atau keputusan yang kononnya muktamat walau pun tanpa bukti yang konkrit ,  yang kononnya mencabar kewibawaan daulah mereka akan dimangsakan. Dalam dunia kini sistem tersebut telah lapok dengan kewujudan internet.  dan rakyat yang lebih berpengetahuan. Sepatutnya dalam dunia yang telah terbuka kita wajib menjadi manusia yang lebih  berhemah, benar   dan telus bukannya mengongkong dan angkuh. Berjuta orang telah menjadi mangsa diperbodohkan oleh sistem yang terlalu mengongkong dan memangsakan  ini.

Paling akhir Datuk Musa Hitam telah mendedahkan hakikat sebenar peristiwa MEMALI yang berlaku 28 tahun yang lalu. Selama ini  Datuk MUsa Hitam telah dimangsakan dan dipersalah 100 peratus.  Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh Datuk Musa dalam kecamuk peristiwa yang menutupi kehilangan  MH 370  ?

Adakah beliau hendak menyatakan bahawa sumber berita yang keluar daripada pihak berkuasa belum tentu muktamat sebelum diteliti secara benar dan telus. Bahawa beliau Musa Hitam ada berita yang benar kerana terlibat penuh dengannnya. Beliau  telah membongkar RAHSIA yang menutupi di sebalik peristiwa sedih MEMALI yang mengorbankan 14  jiwa termasuk beberapa anggota polis .

PM masa itu Dr Mahathir Muhammad ada di dalam negara dan telah dimaklumkan tentang kejadian besar di MEMALI. Beliau tidak berada di China semasa terjadinya peristiwa Memali. Malahan beliau berlepas ke China beberapa hari selepas kejadian ngeri ini. Rakyat tertipu semasa kejadian ini PM Mahathir berada di China.  Sekali lagi media telah membohongi rakyat dan menjdi suara propaganda yang memangsakan Datuk Musa Hitam. Sehingga menjadi titik hitam dalam kerjaya politik beliau.

Misteri yang melatari kehilangan MH 370  belum lagi terjawab. Hendak dikatakan KEMALANGAN pun  sangat misteri dan pelik. ADAKAH ia sebenarnya telah DIRAMPAS di dalam ruang angkasa kita sendiri ?  Jika ia dirampas, usaha  untuk membongkar MISTERI ini lebih sulit kerana melibatkan KONSPIRASI yang sangat besar.

Cukupkah untuk menyelesaikan misteri kehilangannya ini hanya  dengan kenyataan tanpa penjelasan bahawa  perjalanan MH 370 telah dikesan berakhir  di bahagian selatan , ditengah-tengah lautan Hindi .  Di suatu lokasi sunyi di tengah lautan Hindi yang ganas dan dalam. Di suatu lokasi yang bukan perjalaan udara yang biasa !

Dunia menuntut penjelasan  untuk  membongkar  MISTERI yang  paling pelik dalam sejarah penerbangan selama ini. Tragedi ini belum berakhir.Para waris berhak menuntut jawapannya.Ia bukan misteri tetapi kejadian yang benar berlaku didepan ruang mata kita. Mesti ada JAWAPANNYA yang digenggam erat oleh DAULAH yang menguasai berita dunia .Di situ ada rahsia yang disembunyikan.

APA KATA RUSIA TENTANG MISTERI KEHILANGAN MH 370 ?

Russia dakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibu pejabat Aerospace Defence Forces (VKO) “hairan” tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) “menangkap dan kemudian mengalihkan” sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi .

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba “ghaib” dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam “keadaan yang mencurigakan”

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo “sangat mencurigakan” berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima “jaminan” bahawa “semua langkah” akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan).

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 “ketara menyimpang” dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire – FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta “kehilangan” Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush “menghilangkan” penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

DIPETIK DARI BLOGLIST MALAYSIA

MENGESAN DIEGO GARCIA PENGKALAN AS YANG MENGAWAL LAUTAN HINDI

AS ada pengkalan di seluruh pelusuk dunia. AS hampir-hampir mengawal seluruh jalan laut dan muka lautan memasuki wilayah paling terstrategik senatero alam.  Kuasa tunggal dunia ini  ADI KUASA BARU NEW WORLD ORDER INI , kini ada di mana-mana. Ia ada di Laut Mediterranean , mengawal Selat Bosporus di Turki yang menjadi jalan keluar masuk kapal -kapal Rusia.

Ia ada di Laut Merah ,di Teluk Parsi, di laut Arab, di muka laut memasuki Selat Melaka di pulau Nicobar , di Okinawa Jepun .Pengkalannya  seantero dunia. Kini AS mula mengalih perhatian serius ke Asia Pasifik .Wilayah ini paling berkembang pesat dalam pertumbuhan ekonomi. Jepun ,Korea Selatan  dan  Taiwan  telah menjadi kuasa ekonomi yang disegani.Paling ditakuti ialah kemunculan China sebagai gergasi ekonomi yang sedang mengembangkan sayapnya untuk menyaingi AS.

Pengkalan AS yang paling unik ialah di tengah-tengah lautan Hindi di sebuah pulau yang namanya DIEGO GARCIA. Jika pesawat MS 370 melencong ke lautan Hindi mana mungkin kehadirannya tidak dapat ditangkap oleh radar di sana ?

Dari sini AS menyerasng Iraq

MH 370 : ADAKAH MALAYSIA SEKADAR MEMBACA SKRIP OLEH PIHAK YANG MENGUASAI AUTORITI DUNIA ?

 DIEGO GARCIA  PENGKALAN UDARA AMERIKA YANG MENGAWAL LAUTAN HINDI DI TENGAH-TENGAH LAUTAN YANG PALING BERDELORA ITU.MUNGKINKAH MH 370 DITARIK KE SITU ?

APA DAH JADI DENGAN KEDAULATAN NEGARA TERCINTA .MALAYSIA .  NAMPAKNYA KITA DIKAWAL, MENJADI PELAPOR BERITA PIHAK BERKUASA AMERIKA ,AUSTRALIA DAN KUASA-KUASA SEKUTU AS.LIHAT BAGAIMANA TINDAKAN VIETNAN,AWAL-AWAL LAGI  TIDAK MEMBENARKAN WILAYAHNYA  DI MASUKI AS.

LIHAT PENDIRIAN INDIOA INDIA YG MENGHALAU ARMADA CHINA MEMASUKI RUANG LAUTANNYA. KITA JADI KALUT DAN MEMBUKA RUANG UDARA DAN LAUT NEGARA SELUASNYA.HAMPIR TIDAK ADA RAHSIA LAGI.Boleh dimasuki pelbagai negara hatta kapal selam Singapura. SEDANGKAN APA KURANG DAN CANGGIHNYA DENGAN KAPAL SELAM KITA .

KEMUDIAN SEMUA MAKLUMAT MESTI DISAHKAN OLEH BRITAIN,AS,AUSTRALIA DAN SEBAGAINYA SEBELUM DIKELUARKAN. MENGAPA ? KRISIS INI TELAH MENDEDAHKAN BANYAK KELEMAHAN KITA. SEPETI CERAPAN RADAR KITA TIDAK DAPAT DISAHKAN OLEH KITA SENDIRI SEAWAL PESAWAT ITU MELENCONG DARIPADA ARAHNYA YANG ASAL.

ADA BANYAK PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB. BAGAIMANA PESAWAT BOLEH HILANG DALAM WILAYAH KITA SENDIRI ? IA SEOLAH DIHILANGKAN OLEH TANGAN GHAIB.SIAPA YA ? SISTEM DI MATIKAN. SEGALANYA DIMATIKAN BUAT SEKETIKA ! Kemudian keluar berita mengikut yang disahkan dulu oleh autoriti yang menguasai segala kecanggihan. SIAPA YANG MENGUASAI MEREKA ?

SEMUANYA SEPERTI DIATURKAN DENGAN TERTIB.BUKTI TIDAK ADA ATAS KEHILANGAN TETAPI PENGESAHANNYA ADA, ATAS MAKLUMAT BERJANGKA YANG DIKELUARKAN. PESAWAT YANG HILANG MUNGKIN SUKAR DITEMUI DENGAN BERBAGAI ANDAIAN DAN SPEKULASI YANG MENGGERUNKAN UNTUK MENUTUP ISU.

DALAM PADA ITU MUNCUL SPEKULASI TERMASUK IANYA SABOTAJ ORANG DALAM IAITU JURU TERBANG KERANA PEGANGAN POLITIKNYA. MUNGKINKAH INI BERLAKU ? Tragedi ini melibatkan nyawa ramai manusia.Di dalamnya ada saintis,pakar-pakar IT,  menurut laporan para bilioner , awak-awak dll muatan.Mengapa nak mengambil risiko yang begitu tinggi untuk 1 orang idola .

The message which ended the hopes of the missing passenger's relatives and a map where debris has been located

Bagaimana mungkin pesawat dihala ke lokasi yang tiada berhala tuju ? Tak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia, juru terbang yang waras, profesional buat begitu.

So far, ships in the international search effort have been unable to locate several 'suspicious' objects spotted by satellites in grainy images or by fast-flying aircraft over the search area in the southern Indian Ocean

Ambil risiko berat bunuh diri dan membunuh ratusan nyawa dengan yang tidak berdosa . Bolehkah tindakan bodoh mengalih laluan ke suatu destinasi yang bukan laluan asal dilakukan oleh seorang profesional ? Tindakan sehingga sanggup melencongkan pesawat ke tengah lautan bergelora tanpa halatujunya.

Ini pun seperti boleh terjadi oleh permainan dan  persepsi politik  buruk yang menghantui kita. Masih ada ruang untuk dipolitikkan.

Soalnya mesti dicari apa motifnya tragedi ini.Siapa yang terlibat dan untuk  tujuan apa ? Melihat kepada timing tragedi dan angkaranya ia telah berlaku atau dilakukan pada masa yang tepat.Di saat iklim politik Malaysia memuncak panas. Ketua pembangkang DSAI terhukum 5 th penjara. PRK Kajang yang menguji masa depan SURVIVAL BN dan  politik negara.

Krisis ekonomi Malaysia yang tenat,kenaikan harga barang yang memuncak,persaingan kuasa antara AS dengan China dan berbagai kemelut seperti TPPA. Berlakunya tragedi ini telah mengalih banyak isu-isu fundemental yang merimaskan keadaan. Siapakah yang mengatur  dan menentukan semuanya ini ?

INI BUKAN KEBETULAN. Timingnya sangat tepat sesuai dengan krisis dan kegawatan yang terbentuk.Berupayakah kita merungkai apa yang tersirat. Setiap gejala, krisis dan peristiwa ada senario dan puncanya. Ini bukan bencana secara kebetulan . Pesawat dialihkan ke bahagian tengah lautan Hindi. Lokasinya sekian sekian selesai.

ADA RAHSIA BESAR YANG MENYELUBUNGI DAN DISEEMBUNYIKAN SEHINGGA PESAWAT ITU HILANG DENGAN MUDAH SEPERTI SISTEM PENGESANAN SETELIT DUNIA DIMATIKAN SEKETIKA. Sebagaimana runtuhnya WTO ditudingkan kepada organisasi kecil yang diperbesarkan kehebatan mereka , membuatkan  kita terpegun seketika tentang keupayaan sosok luar biasa OSAMA.

Pelenyapan diri Osama ben Laden yang dikebumikan di dasar lautan untuk menutup satu episod yang lama dimainkan pun satu misteri. Benarkah individu ini ada atau mainan CIA.Yang terkini ialah kehilangan objek besar sepanjang 63 meter MH 370 dalam wilayah kita. Kita hanya boleh mengumumkannya selepas 1 minggu walau pun mengetahuinya sejak hari pertama pada hari Sabtu 8 Mac 2014 jam 8.11 pagi.

Semuanya menjadi tanda tanya. Akhirul kalam ada sepotong ayat Al Quran yang wajar dijadikan pedoman oleh orang beriman. Semoga kita tidak tertipu dengan muslihat kuasa – kuasa Fasiq yang sentiasa berniat jahat. Marilah kita kembali kepada petunjuk Ilahi iaitu kitabnya. Agar kita tidak tertipu oleh permainan Order Baru Dunia AS  yang kini semakin  ganas memporak perandakan mayapada kini;

Wahai orang – orang yang beriman apabila datang kepada kamu orang FASIQ membawa berita hendaklah kamu periksa dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, maka kamu akan menyesali tindakan kamu itu ( Al Hujurat 49 : 6 )

SIAPAKAH ORANG ATAU SUMBER KUASA  YANG  FASIQ  ?

Fasiq-evil doers, to be ungodly,to commit ungodliness, disobey god commandment,rebellious,reprobate, wicked, one who forsake the path, miscreant .

Pelaku kejahatan , manusia  syaitan, engkar kepada perintah Allah, terlibat dengan pelanggaran terhadap perintah Allah, durhaka, buat kerosakan atas muka bumi, menyimpang daripada jalan Tuhan,

 

 

 

 

 

Aneh ! Bagaimana MH 370 tersasar begitu jauh dari utara ke selatan

BAGAIMANA MH 370 MELENCONG BEGITU JAUH DARI UTARA KE SELATAN TANPA TANGAN-TANGAN DAN MOTIF YANG MENGENDALIKANNYA ………..??????????

Ini satu misteri yang belum terjawab.Seolah satu penutup kepada kes yang buntu. Bagaimana pesawat tersebut dilencongkan  begitu jauh. Boleh tersasar daripada rut yang ditentukan . Hilang arah daripada laluan biasa yang telah diprogramkan. Tidak ada penjelasan yang terperinci. Sekadar satu pengumuman sahaja daripada sumber luar yang belum tentu muktamat. Cari bukti kemudian . Entah jumpa entah tidak ! Fulstop!

Sehingga kini belum ada bukti apa yang dinyatakan itu secara konkrit. Hanya diumumkan destinasi terakhir pesawat ialah di bahagian selatan di tengah Lautan Hindi. Adakah ia dilencongkan ke situ dengan sengaja ? Para waris yang kematian anggota keluarga berhak menuntut penjelasan yang lebih jelas dan utuh tentang misteri yang paling pelik dan sangat tidak rasional ini dalam sejarah penerbangan dunia.

Adakah kesimpulan ini  sesuatu yang tepat tanpa menampilkan bukti-bukti  yang sahih, dan  tepat sehingga  dimuktamatkan tanpa  dipertikaikan lagi. Sekadar bergantung kepada sumber satu pihak sahaja sebelum disahkan secara konkrit oleh pihak-pihak lain yang tidak jauh kewibawaannya secara bersama.

Kelip-kelip disangka api

Kalau api mana maraknya

Hilang ghaib dikata mati

Kalau mati mana buktinya

SEJENAK BERSAMA PAK KASSIM AHMAD DI KULIM

 

KEBENARAN  ITU ADALAH DARI TUHANMU JANGANLAH SEKALI-KALI KAMU TERMASUK ORANG YANG RAGU-RAGU – AL BAQORAH        2 : 147 

Bapak Kassim Ahmad telah menjengah usia 80 tahun (1934- 2O14). Beliau kelihatan uzur selepas dikunjungi para pelawat yang ramai, tersentak dengan kontoversi yang dicetuskannya :

1. Tawhid hanya tunggal lailahaillallah

2. Tawhid kedua Muhammadur Rasulullah batal

3. Al Quran tidak memerlukan Al Hadis yang menurut Imam Shafie sebagai al hikmah untuk menerangkanya.Al Quran telah lengkap untuk menerangkan kebenaran Ilahi dan tidak memerlukan tokok tambah lagi.

4. Rambut wanita bukanlah aurat.

5. Punca kelemahan umat Islam kerans terlalu percaya kepada alim ulama yang diangkat sebagai kelas paderi untuk membuat dan menafsir hukum di sepanjang sejarah.

Kunjungan ke rumah Pak Kassim yang penulis kenali sejak di P.Pinang 20 tahun yang lalu mengesahkan pendiriannya tetap utuh.

Beliau bermula sebagai seorang sasterawan, anak zaman yang membentrontak terhadap kebejatan FEUDALISME yang diperlindungi dan dibajai PENJAJAH sepanjang era penjajahan dan selepas merdeka.

Menurut pengalaman seorang rakan pelajar yang senior Prof Syed Naquib Al Attas, Kassim Ahmad yang masuk ke Universiti Malaya di Singapura pada pertengahan tahun 1950an adalah seorang pemuda kampung yang warak. Seorang yang kuat dan patuh bersolat dengan  membawa sejadah ke sana kemari.

Selang tidak berapa lama selepas masuk  universiti seawal usia 20 tahun ia berubah dengan ketara selepas bertembung dengan ideologi sosialisme yang progresif.

Ideologi ini mendominasi pemikiran anak muda seluruh dunia pada ketika itu.Bermulalah Kassim baru yang anti FEUDAL dan menentang segala politik, ekonomi dan sosial yang menyokong feudalisme, kapitalisme dan imperialisme .

Beliau bergelumang dengan segala kazanah  kesusasteraan barat kontemporari dan falsafah yang menunjanginya.Maka beliau menyanjung Hang Jebat sebagai WIRA MELAYU- RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.Dalam salah sebuah sajak  berjudul DAILOG beliau menulis :

Aku akan pergi dengan 1000 Jebat si anak ani,

Kian lama kita mati dalam setia,

Kali ini kita hidup dalam DURHAKA !

Kassim pernah ditahan dibawah akta zalim, warisan penjajah tahan tanpa bicara di bawah ISA oleh golongan yang ditentangnya selama 5  tahun. Ia dibebaskan semasa Dr Mahathir menjadi PM pada tahun 1981.

Selepas itu dalam kembara falsafah, selepas mengkaji kepincangan Marxisme secara mendalam dan kapitalisme serta liberalisme secara kritis ia keluar dengan satu jalan unik JALAN PULANG KE PANGKUAN ISLAM. Asas pemikiran Kassim ialah Falsafah-pertimbangan rasio- akal – intelek.

Kembali kepada Islam ? Masalahnya ia tidak setuju dengan segala Islam warisan yang terhasil daripada tragedi  sejarah, budaya dan zaman. Islam ini beliau sebut sebagai Islam Baka yang sarat dengan tafsiran yang tidak tepat dengan  hakikat ISLAM yang sebenarnya.

SEBAB ITU HASILNYA TIDAK SEBAGAIMANA YANG TERJADI DI ZAMAN NABI MUHAMMAD. Ia menolak kediktatoran adikuasa sang pemimpin dan penguasaan parti secara totok dan rakus  sebagaimana dalam Komunisme.

Ia menolak kesewenangan individu dan kuasa perniagaan free enterprises dalam kapitalisme dan liberalisme. Kassim menyatakan ISLAM adalah jalan tengah di antara keduanya.

Jalan yang lurus ,sistem yang disediakan demi penyelesaian segala masalah dan kemelut umat manusia. Kekalutan yang dunia hadapi masa kini.

Berhujah dengan Kassim ialah dengan Quran juga.Salah seorang  pengkagum dan pembela Pak Kassim Tun Dr Mahathir menyatakan mereka menuduh Kassim sesat kerana mereka tidak dapat melawan hujahnya secara tepat. Adakah Pak Kassim bersedia untuk berdebat mempertahankan hujahnya.Adakah kesihatan mengizinkannya atau kita harus membiarkannya begitu saja ! Akan bersambung ……?…

Siapa kata umat Islam mendewa-dewa Nabi Muhammad   secara berlebihan.Tidakkah dalam rukun Iman di sebut beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat, beriman kepada PARA RASUL, Kitab, hari akhirat dan qada dan qadar. Siapa kata umat Islam hanya mengagungkan nabi Muhammad .

Dalam dakwah sepanjang sejarah tidak ada orang yang masuk  Islam tanpa menerima kerasulan Muhammad.

 

RAMAI PENGKAJI PERCAYA PESAWAT DIRAMPAS BUKAN TERHEMPAS-APA ASASNYA ?

Jika ia terhempas mana buktinya ?

Pencarian di Laut China Selatan oleh armada laut pelbagai negara tidak dapat menjejaki sebarang bukti.

Pencarian menggunakan pesawat udara apabila diperhalusi tidak menunjukkan kaitan dengan MH 370

Pencarian di Selat Melaka dan laut berhampiran gagal menemui serpihan dan bukti untuk dikaitkan dengannya.

Kini pencarian telah masuk ke Lautan Hindi.Namun sehingga kini masih gagal menghadirkan  bukti sahih tentang kehilangannya.

Peliknya is lesap di daerah yang sangat dekat dengan wilayah,perairan dan ruang angkasan kita. TAKKAN MALAYSIA, THAILAND, BURMA,  INDONESIA, VIETNAM, INDIA DAN CHINA GAGAL MENANGKAP DAN MENJEJAKI SEBARANG ISYARAT DARIPADANYA ?

MENURUT CERAPAN  SETELIT SEHINGGA JAM 8.11 am 8 Mac 2014 ia masih dikesan di Tukun Perak wilayah Malaysia. Mengapakah angkatan udara kita di Butterworth tidak mengejarinya ?

Tragedi ini membuktikan sistem radar kita masih lemah, sistem pertahanan angkatan laut kita masih kurang upaya buat mengawal wilayah sendiri.Bagaimana dengan kapal selam yang Malaysia menghabiskan ribuan juta ringgit untuk mendapatkan teknologi tercanggih Perancis. Apabila diperlukan tidak dapat digunakan dengan berkesan sehingga para pembayar cukai berpuas hati dengan prestasi operasi dan gerakerjanya.

Berlakunya tragedi ini telah menguji dua perkara. Pertama sejauh manakah kecekapan pemimpin utama mengendalikan krisis . Kedua menguji sejauh manakah kekuatan  dan kesiapsiagaan sistem pertahanan kita berfungsi. Ini adalah amaran supaya sentiasa bersiap siaga buat menghadapi  ujian yang lebih getir dan besar.

Kita tunggu 1 minggu lagi untuk melihat bukti muktamat adakah ia terhempas berdasarkan objek sahih  yang ditemui.Jika tidak teori  bahawa ia dirampas semakin konkrit.Apa jua yang berlaku ,apa pun tragedi yang melanda ia tidak terlepas daripda PERCATURAN POLITIK. DALAM BAHASA SEKARANG DISEBUT KONSPIRASI. CONYOHNYA TRAGEDI 11SEPTEMBER 2011.SATU DUNIA  DITIPU KONONNYA IA ANGKARA AL QAEDA. NYATA IANYA DARIPADA KONSPIRASI AS SENDIRI.MENGAPA ? TIDAK ADA 1 OBJEK PUN BOLEH MEMASUKI RUANG ANGKASA AS YANG DIKAWAL KETAT. HENDAK DIKATAKAN RAMPASAN MANA CEBISAN KAPAL TERBANG DAN KOTAK HITAMNYA ? IA SEKADAR DRONE YANG DILEPASKAN OLEH AS UNTUK MENUNJUKKAN WUJUDNYA SERANGAN KONONNYA BERLAKU RAMPASAN. BILA BERLAKU IA MEWAJARKAN SERANGAN AS KE ATAS IRAQ,AFGHANISTAN DAN NEGARA- NEGARA ISLAM YANG HENDAK DIMANGSAKAN ?

TEKA -TEKI KEHILANGAN OBJEK BESAR SEPANJANG 63 METER INI AMAT MEMBINGUNKAN ? Pasti ada petunjuknya.Apakah konspirasi di sebaliknya ? Secebis petunjuk daripada Allah dalam Al Quran surah Al Hujurat ayat 6 maksudnya :

Wahai orang -orang yang beriman, jika datangkepada kamu kamu orang yang FASIQ membawa BERITA ,PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan MUSIBAH kepada  sesuat  kaum dengan perkara yang tidak diingini,maka kelak kamu akan menyesali tindakan kamu itu ( Al Hujurat  49 : 6 )