JAWAPAN KEPADA PUAK-PUAK MELAYU ISLAM YANG TENTANG HUDUD

HUDUD itu sebahagian daripada hukum  Jinayat Islam. Hukum Islam bukan hudud sahaja. Ia meliputi aspek yang luas merangkumi bidang ibadah dan muamalah.

BIDANG-BIDANG HUKUM ISLAM

1. Lapangan Ibadah
Tata hubungan hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan tuhan. Lapangan ibadah meliputi: Thoharoh, sholat, zakat, haji, qurban, dll.
2. Lapangan Muammalah
Tata hubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Lapangan muammalah meliputi berbagai lapangan hukum yang meliputi:
a) Hukum perdata
a. Hukum keluarga
b. Hukum waris
c. Hukum waqaf
d. Hukum perikatan
e. Hukum wasiat
f. Hukum jual beli
g. Hukum sewa-menyewa
h. Hukum gadai
i. Hukum hibah
j. Hukum hutang piutang
k. Hukum jaminan
l. Hukum perwakilan
b) Hukum dagang
c) Hukum pidana

Hukum hudud dan hutang piutang yang meliputi aspek muamalah atau sosio ekonomi   telah disebut dan dinobatkan dengan pahatan pada batu bersurat Terengganu yang bertarikh tahun  702  selepas Hijrah Nabi saw. Tahun masehinya ialah 1334 M .

Bermakna hukum ini telah dilaksanakan dalam hukum kanun kita sejak 700 tahun lalu. Para sarjana sepakat menyatakan asas perundangan dalam pemerintahan kesultanan dan kerajaan Melayu – Islam di Nusantara/Kepulauan Melayu  kita sebelum kedatangan Barat ialah hukum Islam.

Apa salahnya kita mengembalikan semula pelaksanaan hukum hudud secara beransur -ansur. Dalam negara kita telah pun ada hukum sebat dan hukum lain yang menjerakan. Sebelum hukuman ke atas penzina dan peminum arak dijalankan umat Islam akan ditarbiah dan diperingatkan tentang hukum ini.

Bukan untuk menzalimi tetapi menimbulkan kesadaran bahawa hukum Islam tujuannya untuk kebaikan dan keselamatan umat manusia. Pelaksanaannya sesuai dengan maksud syariah untuk menjaga agama, harta, nyawa, generasi/keturunan dan maruah.

Allah berfirman La taqrabu zina maksudnya jangan kamu mendekati zina. Sebelum menghukum penzina, perkara-perkara untuk menjauhi orang mendekati zina mesti dilaksanakan. Hukuman untuk yang mengabaikannya berulang kali wajar dilaksanakan.

Mulakan dengan 1 sebatan untuk lelaki dan perempuan yang mendekatai zina iaitu bersekedudukan di antara lelaki dan wanita yang  belum kahwin di tempat yang sunyi dan meragukan. Itu setelah mereka diberi amaran, diperingatkan tetapi masih mengulanginya.

Hasilnya akan menyelamatkan generasi dan memelihara maruah dan  agama. Selagi tidak ada kuat kuasa hudud selagi itu kita akan berhadapan dengan gejala sosial yang berleluasa. Sesuatu tidak berjaya di kawal dengan undang-undang sivil. Masyarakat Barat dan sesetengah umat Islam yang mengamalkan cara hidup Barat  menghalalkan zina atas dasar suka sama suka.  Masyarakat  Barat telah  menolak hukum Tuhan melalui proses sekularisme.  Beri agama untuk gereja dan dunia untuk penguasa atau Raja

Ingatlah peringatan Allah  dalam surah al Maidah S  5 :  Ayat 44

Allahpun menurunkan firman-Nya:

‎وَمَن لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”

(Al-Maidah: 44)

OBROLAN PENGGANAS TALIBAN DIBUMI AFGHANISTAN TERHADAP OBAMA YANG MENGGANASI WATANNYA !!!

MARI kita mendengar luahan hati rakyat Afghanistan  terhadap keganansan Amerika yang menghujani bumi mereka  dengan senjata canggih.Afghanistan dijadikan   tapak ujian sebenar untuk membuktikan kehebatan senjata Amerika di mata dunia.

Amerika menghabiskan minyak, senjata dan perbendaharaannya untuk tujuan perang. Kalah jadi abu menang jadi arang. Keduanya tidak boleh digunakan hangus terbakar.

Ekonominya muflis dengan hutang trillion dollar. Amerika berbelanja di luar had sebenar . Hasil daripada  produktiviti dan perbendaharaan Amerika hilang begitu saja. Ia  sedang berusaha untuk meletakkan bebannya  ke atas dunia. Kononnya ia adalah polis dunia untuk tujuan keamanan dan dunia mesti membayar kos keamanan  melawan keganasan.

Akan bersambung  : Umat Islam mesti bangkit melawan keganasan

Jangan mudah diperbodohkan Amerika dan Barat berulang kali ! Sabda Rasulullah orang yang beriman tidak akan terperosok dalam lubang 2 kali

BUKTI MALAYSIA MENJADI ALAT AMERIKA !!!!!

BUKTI Malaysia Tunduk,  Menjadi Alat  Pencacai CIA/ Amerika.

Sebaik –baik Pres Obama balik,  PDRM telah menangkap 10 orang rakyat Malaysia.Mereka dituduh terlibat dengan kumpulan pengganas Al Qaedah. Sekiranya benar mereka pengganas apa bukti keganasan mereka ?

Mana bahagian Malaysia atau kepentingan Amerika yang telah dibom. Undang-undang Malaysia tidak terlihat telus dan adil apabila hanya berani menangkap rakyat kerdil  tanpa bicara. Orang-orang yang ditangkap dan  anak isteri mereka  turut teraniaya. Mereka  ada hak untuk mempersoal kenapa ibu bapa kami di zalimi.

Rakyat yang peka dan waras  ada sensitiviti  untuk  mempersoal dan membela saudara mara  mereka yang terzalimi.  Tuhan tidak merelakan kezaliman dilakukan sekecil mana sekali pun. Hatta dilakukan terhadap orang – orang  kafir. Islam itu adil dan terbukti adil apabila menegakkan keadilan.

Berani menuduh berani mempertahankannya di mahkamah terbuka. Jika kerajaan menang dengan hujah dan bukti yang kukuh-benar bermakna kerajaan tidak menganiaya. Jika kerajaan kalah bermakna keadilan ditegakkan. Ini menyekat penyalahgunaan kuasa untuk tujuan politik pihak berkuasa. Continue reading

PAS DENGAN UMNO TERBUKAKAH RUANG UNTUK BERSATU ?

Memeteik kata Nik Aziz tidak ada sekatan untuk PAS berpadu dengan UMNO. Satu saja syaratnya  terima Islam sepenuhnya sebagaimana pengakuan dalam syahadat dan solat :

Sesungguhnya solatku, ibadat dan pengorbananku, hidup ku dan matiku semata-mata untuk Rabbul Alamin.

Persoalannya kerana UMNO hanya sanggup terima syiar tanpa syariat. Buktikan mahkamah syariat berfungsi selaras dengan mahkamah sivil.

Kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan dilaksanakan bukan sekadar agama rasmi dan upacara semata-mata.

Sebagai pembuktian untuk terlihat UMNO serius :

Mulakan dengan mendakwa DSAI ke mahkamah syariah selengkapnya. Ini akan menjadi pemula dan duluan ke arah pemerkasaan mahkamah syariah untuk berfungsi di Malaysia dalam undang jenayah, muamalah dsbnya  ! Kita ada Universiti Islam, peguam Muslim  dan prasarana yang cukup untuk memulakannya. Jika tidak cukup panggil sarjana daripada seluruh dunia Islam.

Ia akan jelas memperlihatkan bahawa  kerajaan tidak berpihak dan telus. Selama ini tindak tanduk kerajaan  mengendalikan kes ini dipersoalkan, penuh dengan  tanda tanya. Adakah ianya terlalu serius  satu   konspirasi dan kesumat politik untuk memenjarakan DSAI walau dengan apa cara sekali pun dengan mengggunakan institusi mahkamah.

Disebalik kontroversi ada hikmahnya. Biduk lalu kiambang bertaut. Kita terikat dengan syahadat  maka teruskannya dengan pelaksanaan Islam yang SYUMUL .Allahu Akbar !

GAJI DI MALAYSIA PATUT DIBAYAR 52 MINGGU ! BUKANNYA 12 BULAN atau 48 minggu SAHAJA !

Satu tahun ialah 365 hari atau 52 minggu ? INI SATU PERSOALAN  YANG PERLU DITELITI. Kerajaan atau swasta hanya membayar upah pekerja untuk 12 bulan sahaja . Sama dengan 48 minggu. Gaji atau pun upah untuk 4 minggu lagi dihilangkan. Sekali lagi ditegaskan 1 tahun  atau 12 bulan ialah 52 minggu bukannya 48 minggu.

Perkiraannya  365 hari dibahagi dengan 28  =  13  bukannya 12 

Sepatutnya gaji dibayar setiap 4 minggu sekali  atau  28 hari  sekali . Sewajarnya majikan perlu membayar gaji sebanyak 13 kali dalam satu tahun bukannya 12 kali sahaja sebagaimana yang diparaktikkan kini . Gaji kiranya dibayar   setiap 14 hari sekali rasanya lebih  praktikal.Tempoh 1 bulan untuk pembayaran upah sangatlah lama.

Ini  menyebabkan orang terpaksa berhutang kerana kehabisan belanja. Ia akan menambahkan lagi kos hidup yang sangat tinggi  di Malaysia. Wang mudah kehabisan . Implikasinya  menyebabkan para pekerja terjerat dengan hutang kad kredit yang kadar bunga sentiasa melambung apabila lambat atau tertunggak dijelaskan.

Sebahagian besar pengguna  tidak mampu menjelaskannya mengikut jadual.  Ada late charge , ada bayaran keuntungan dan bermacam charge lain yang tersembunyi.Apabila dijumlahkan ia membesarkan lagi  pokok . Sedangkan jumlah asal pinjaman tidaklah seberapa.  Impilikasinya peminjam yang tidak pun membuat keuntungan diberatkan dengan hutang berganda.Ia meminjam kerana ter5dfesak.Bukan meminjam untuk berniaga dan membuat keuntungan bnesar daripadanya

Bank Isl;am yang kononnya bebas daripada riba pun mengikut kaedah dan mekanisme yang sama Sekadar menggunakan istilah seperti akad, bai bitamin ajil dsbnya untuk mewajarkan operasi yang secara kosmetik kelihatan Islam .Sedangkan pada hakikatnya lebih menindas dan sangat mengelirukan bila dikaburi dengan agama.Sekali lagi para pengguna terjerat dengan sistem yang secara  langsung menzalimi kepada para pengguna yang mudah terpedaya apabila agama disalahguna bukan untuk membela tetapi mengeksploitasi para penganutnya yang kurang menghalusi mekanismenya.

Dunia secara keseluruhan terutama  AS dan Eropa membayar gaji secara mingguan. Dinyatakan dengan jelas berapakah upah sehari. Kita dalam memperjuangkan gaji minima masih terkandas .Belum menyeluruh. Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan upah minimum .  Manakala di pihak swasta masih jauh, belum dikuatkuasakan.

Harapan rakyat ialah setiap kebaikan yang berlaku di dunia secara standard hendaklah diamalkan. Sebagaimana kita menerima standard piawaian seperti sistem metrik , demokrasi dan lain-lain.Maksud daripada pedoman Ilahi dalam Al Quran maksudnya   orang yang beriman ialah mereka  yang mendengar semua pandangan dan mengambil yang paling baik ( Azzumar 39:1 8 ).

Sepatutnya ISLAM menjadi ukuran contoh untuk ikutan semua dalam segala bidang, jurusan dan lapangan. Semoga terserlah keunggulannya bukan sekadar dakwaan dan ikutan secara melulu. Jangan kamu ikut apa yang kamu tidak tahu sesungguhnya pendengaran ,penglihatan dan hati-hati semua  akan dipersoalkan !

AGENDA GLOBALISASI : SEJENAK BERSAMA OBAMA DI UNIVERSITI MALAYA

Obama telah datang ke Malaysia. Akhbar rasmi kerajaan Utusan Malaysia menyiarkan gambar agam  bendera Amerika dengan kata aluan WELCOME  yang besar. Sebelumnya Presiden Johson tiba pada tahun 1966 ketika YTM Tunku menjadi PM. Zaman Malaysia terkenal,  pengeluar  getah asli terbesar dunia.

Kini Obama datang  selepas 48 tahun berlalu.  Hampir setengah abad. Di era Malaysia pesat dengan industri , saat.  PM Najib berkuasa.. Momennya ketika yang sangat  kritikal. Agenda TPPA, kehilangan pesawat Mas MH 370 dan berbagai isu kritikal.  Perjalanan ala Malaysia demokrasi,  hak asasi yang pincang dan sistem perundangan Malaysia yang dipersoalan dunia

Apakah agenda Obama di sini ? Dengan gaya santai sebagai pemimpin  muda penuh wibawa   Presiden Obama sambil  berlari anak,  naik ke pentas. Beliau dilatari kumpulan anak muda Asia.  Pengenalannya sangat ringkas.  Tidak seperti gaya kita yang penuh protokol, berjela. Presiden Obama terus kepada audien. Menghadapi tamu p[erlbagai bangsa dan negara anak muda  Asean.  Obama sambil berborak, berkontak dengan hadirian .Khalayak Indonesia tersentuh sambil  menjerit saat bila beliau menyebut pernah tinggal buat seketika di Indonesia , presiden menyahutnya dengan siulan  ini tentu  wakil Indonesia.

Sungguh pandai sosok pemimpin ini menawan hati para hadirin, persis seperti Kennedy yang menjadi idola anak muda. Kebetulan presiden ini berumur 42 tahun sebaya dengan Kennnedy ketika menjawat kerusi kepresidenan.  Bahawa dasar Amerika ( Amerika memimpin dunia dengan GLOBALISASI),  demi kemakmuran sejagat , berkongsi kekayaan ,KERJASAMA , partnership (TPPA) melalui hubungan antara kerajaan dengan kerajaan .Lebih penting hubungan lintas budaya  sesama rakyat khususnya  para belia. Justeru AS menghantar 200 guru bahasa Inggeris untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia ( Peace Corps zaman Kennedy tahun 1960an)

Berikut kenyataan-kenyataan penting Obama sepanjang lawatan ke Malaysia -r encana akan datang . MALAYSIA  TUMPUAN UTAMA AMERIKA  DI ASIA 

BELASUNGKAWA ! SEJENAK BERSAMA SINGA GELUGOR – KARPAL SINGH

Karpal Singh ( 1940 – 2014 ) telah disemadikan pada minggu lepas dengan upacara rasmi di peringkat negeri P.Pinang. Jasad yang utuh semakin melerai. Namun, jasa dan hujah-hujahnya masih terngiang-ngiang di ruang telinga bagi yang menghayatinya.Sejenak kita tafakur mengucap penghormatan menghargai nilai-nilai unggul yang dipeganginnya :

Ramai orang yang berkata dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan  tidak ada musuh yang kekal.

Pada pandangan saya mesti ada prinsip yang kekal sama ada dalam perundangan mahu pun politik.

Dalam Islam yang berpaksikan keadilan sebagaimana yang ditunjukkan oleh para khalifahnya. Mereka tunduk kepada hukum. Mereka sama sekali tidak mengatasi undang- undang .Contohnya Amirul Mukminin Saidina Ali Ibn Abi Talib akur dengan keputusan hakim yang menolak keterangannya ( Ali ) yang bersaksikan dirinya dan anak-anaknya bahawa pedang yang berada di tangan seorang Yahudi itu miliknya.

Hakim bertanya adakah saksi lain selain dirinya atau anak-anaknya. Jawab Ali tidak ada.

Hakim membuang  kes itu dan membuat keputusan bahawa pedang itu bukan milik Ali.

Begitu dengan kes jenayah yang besar seperti zina atau liwat. Seseorang tidak boleh menuduh seseorang melakukan zina terhadapnya dengan bersaksikan dirinya sendiri . Ini boleh menjurus kepada fitnah. Dalam hal ini pemerintah tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak secara berlebihan kononnya teraniaya.Prinsip kehakiman mestilah terlihat secara nyata bahawa keadilan terlaksana tanpa cenderung kepada mana – mana pihak secara berlebihan.

Jadi seperti yang terlihat Karpal telah mengamalkan prinsip yang murni berani berkata benar dan bersedia menanggung risiko demi menegakkan kebenaran berasaskan perlembagaan.

APA MAKNANYA BILA MALAYSIA DISANJUNG MELANGIT OLEH OBAMA !

Siapakah yang berani mencabar bahawa AS bukan ADI K.UASA Tunggal dunia masa kini ? Rejim komunis Pakatan Warsaw telah tumbang. Tembok Berlin telah runtuh.Wujud sebuah Jerman Bersatu sahaja.Tidak ada lagi Jerman Timur blok Soviet. Russia juga telah kalah dan dihalau keluar daripada jajahannya di Afghanistan. Di Ukraine sendiri Russia tercabar dengan kebangkitan DEMOKRASI. Eropa di bawah EU sedang mara. EU adalah sekutu rapat AS. Apa maknanya  semua ini?

Maknanya BARAT DENGAN DOKONGAN AS, BRITAIN DAN EU ADALAH KUASA DUNIA yang siap siaga untuk menjajah, menjarah dan melahap dunia sekali  lagi. Afrika Utara dan Timur Tengah dalam bahaya dijajah semula.Lihat peranan yang telah  dan sedang mereka mainkan seantero dunia. Siapakah yang telah menjatuhkan Sadddam dari pentas kuasa, tangan ghaib mana yang merentap turun Ghadafi daripada takhta, dan siapa pula yang menaikkan Al Sisi di persada negara dan menjatuhkan presiden Mohamad Mursi daripada pentas kuasa.

Dahulu mereka datang sebagai penjajah.Kini mereka datang sebagai polis dunia. Agenda NEW WORLD ORDER SEDANG BERJALAN dengan kencang tetapi penuh tertib dan diplomasi .Oleh itu di manakah kedudukan kita di tengah-tengah percaturan yang kalut, dahsyat dan seru ini?  Adakah kita akan jadi pak turut saja. Rela dijajah secara tidak langsung dengan menyetujui TPPA .

Dengan bersantai pemimpin kita pun berkata, aduhai siapalah kita untuk menekan OBAMA ! Dia dewata dunia masa kini. Kita………………..berdaulat, merdeka. Tahniah Tun Mahathir .Tidak kalah dengan agenda Amerika. Jangan takut dengan Obama. Sekurang – kurangnya ada suara perangsang yang berani daripada pemimpin sejati. Realiti semasa menunjukkan pihak Soviet agak terkepung dengan pengkalan AS diserata dunia. Namun Russia tidak berdiam diri daripada dipermainkan oleh AS dan sekutunya.

Bahaya ada di depan pintu. Mereka membina blok atau pakatan sekutu mereka sendiri. RUSIA dan China yang kini terancam telah menjalin hubungan akrab dengan Iran. ? Bersama dalam pakatan itu ialah Korea Utara yang ekonominya sangat bergantung     kepada industri senjata.Hasilnya rejim Basyar meski pun terkepung sukar ditumbangkan. Kini wujud jaringan negara Shiah yang padu. Dari Iran, Iraq, Syria dan Lebanon. Dalam pergolakan ini sudah pasti dunia Islam akan menjadi mangsa dikeronyokkan kerana sifat dunia Islam yang tidak boleh bersatu.

Dunia Islam yang dimaksudkan ialah negara – negara yang mendakwa ahli sunnah wal jamaah yang dipimpin oleh Saudi Arabia. Mana mungkin Sunnah jika mengikut cara Nabi Muhammad membawa kepada perpecahan.Hakikatnya hampir keseluruhan dunia Islam terutama Timur Tengah berpecah belah. Tidak ada bukti bahawa mereka umat yang satu yang tidak menzalimi sesama sendiri sebagaimana yang berlaku di Mesir. Malaysia berada di belahan dunia yang umat Islam paling ramai di jagat raya ini. Indonesia, Malaysia, Selatan Thai, Selatan Filipina, Brunei Darussalam dan Bangla Desh mempunyai penduduk lebih daripada 350 juta umat Islam.

APA YANG KITA TELAH KITA BUAT SESAMA UMAT UNTUK MENOLONG SESAMA SENDIRI ?HENDAK MEMBANTU MUSLIM ROHINGA PUN KITA TÌDAK MAMPU. HENDAK MENGHAHADAPI SINGAPURA PUN KITA KECUT APABILA AKUR SAJA DENGAN PERJANJANJIAN AIR JANGKA PANJANG YANG BERAT SEBELAH. Kita mempunyai OIC yang menggabungkan 53 buah negara Islam. Badan yang berfungsi sebagai forum biasa .Tidak pun berkuasa melindungi negara- negara umat Islam daripada serangan luar. Jadi umat yang berjumlah 2.1 bilion ini macam mana. Ia tidak pun menjadikan kekuatan yang menggerunkan musuh sekecil Mynmar.

Malah jauh sekali daripada menjadi kekuatan politik, ekonomi yang mampu menggugah dunia berbanding dengan kekuatan Israel ditengah- tengah 100 juta lebih umat Arab. Malaysia dengan kesederhanaan ada potensi untuk memimpin dunia Islam. Sebagaimana saranan Tun Mahathir mulakan dengan ekonomi dulu dengan mengujudkan sistem mata seragam yang diguna pakai dalam dunia Islam iaitu DINAR. Jangan bergsntung kepsda dollar kerana ia menguatkan ekonomi AS tetapi melemahkan sesama umat berjumlah 2,100,000,000 itu. AKHIR KATA KITA TUNGGU APA KESUDAHAN LAWATAN OBAMA KE MALAYSIA !

MH 370 menghilang entah ke mana,

Tiada kesan nihil khabar berita

Adakah Obama datang membawa khabarnya

Mustahil CIA tak terkesan ia di mana -mana ?

Mata telinganya TERPASANG  seantero dunia

Misteri dan kemustahilan dalam tangannya

Mustahil pesawat 63 meter

objek begerak hilang lesap di ruang radar , di depan mata

Terlepas daripada jengkauannya 

Di atasnya berceragah setelit mengitari dunia

peka memerhati objek sekecil mana  nun jauh di sana,

Mana mungkin MH 370 terlepas di luar  pemerhatiannya,

Mungkinkah ada kuasa yang melebihi keperkasaannya

Berupaya mematikan sistem , menutup segala operasi  

Bermakna sudah tercabar SANG ADI KUASA POLIS DUNIA !

Mana mungkin penjahat lebih kuat daripad Sang Penguasa

Tersohor  seluruh  Mayapada

Ya Rabbi singkaplah rahsia di sebalik kehilangan ini

Angkara si durjana mana ya  ? 

YANG MENYIMPAN   MISTERIUSNYA !

 MUNGKINKAH  MAHARAJA DUNIA  TIDAK MENYETAHUI SIMPUL RAHSIA !

YA ALLAH, YA RABBI  SINGKAPLAH SIAPA DISEBALIK ANGKARA DURJANA

YANG MENYULAP SATU DUNIA

OBAMA DATANG KITA TATANG ATAU TENTANG ?

PRESIDEN BUSH pernah ditanya semasa lawatan rasmi ke Indonesia suatu ketika dulu. Kunjungan tuan ke sini tidak diterima.Ternyata tuan diprotes oleh 1 juta demontran.Apa jawaban tuan tentang protes ini ? Di Amerika  juga saya ditentang oleh ramai rakyat AS. Dasar -dasar saya terus berjalan. Namun saya rasa bangga kerana demokrasi cara Amerika diterima di Indonesia.

Lawatan itu berlaku selepas kejatuhan Suharto di era REFORMASI. Bagaimana dengan kita di sini ? Reformasi di Malaysia tidak berjaya menumbangkan UMNO – BN .Arus REFORMASI SEMAKIN HILANG DAYA. DSAI BAKAL DIJEBLOS KE PENJARA. Justeru bagaimana kita hendak menyampikan mesej menolak TPPA yang menghantui dunia. Agenda AS hendak mengusai dunia dengan menggunakan mekanisme ekonomi pasaran bebas  tanpa sempadan. Mesej Tun Mahathir JANGAN TAKUT DENGAN OBAMA. Jawap PM Najib siapa kita untuk menekan Obama ?  Ternyata dasar TPPA lebih menguntungkan AS.Mereka lebih senang mengembangkanjaringan dagang untuk memunggah kekayaan Dunia Ketiga. Sesuatu  yang telah mereka lakukan selama 300 tahun diera  penjajahan. Kini mereka datang semula atas GLOBALISASi Dunia Tanpa Sempadan. Mereka lebih perkasa untuk mengalahkan kitamereka daripada kita hendak bersaing di sana. EKONOMI PASARAN YG DIBUKA DENGAN LUAS AKAN MENJEJASKAN KEUPAYAAN PENIAGA TEMPATAN UNTUK BERSAING.

RAMA -RAMA TERBANG MELINTANG

RAJA BERANGKAT DISAMBUT KECAPI

OBAMA DATANG KITA TATANG

KE MANAKAH TPPA HENDAK  DISEMBUNYI !

MESEJ KEPADA TPM MUHYIDDIN YASIN SEMPENA LAWATAN KE P.PINANG

TPM Tan Sri Mahyuddin Yasin akan memulakan lawatan rasmi ke P. Pinang esok Khamis 17 hb April 2014. P.Pinang sentiasa menjadi tumpuan kerajaan pusat. Ini petanda baik bahawa kerajaan pusat peka dan sentiasa memberi perhatian berat terhadap rakyat terutama Melayu P.Pinang. Mereka yang daif dan serba ketinggalan dalam sektor pembangunan komersial dan hartanah. Kehadiran Melayu P.Pinang kian terancam terutama di pusat  bandar .Begitu juga di pinggir bandar.

Realitinya semenjak PR mengambil alih tampuk kérajaan pada tahun 2008 tidak ada rancangan besar untuk mengadakan  perumahan mampu milik untuk rakyat jelata. Yang diutamakan ialah projek mewah seperti The Light dan pembangunan mewah sepanjang -panjang jalan Tanjong Tokong.Sedangkan permintaan untuk rumah mampu milik sangat tinggi dan amat mendesak. Kerajaan mana sekali pun mestilah memenuhi keperluan asas rakyatnya terutama perumahan yang selesa. Tempat untuk membesarkan generasi. Hal ini telah dilakukan dengan jaya oleh kerajaan Singapura. Ternyata kekurangan tanah namun masih mampu mengatasinya melalui tebusguna tanah dan proses perbandaran semula atau reurbanisasi. Terlalu banyak sektor terburuk di dalam bandaraya P.  PINANG yang berpotensi untuk dibangunkan semula.Malangnya selepas 57 tahun merdeka pi mai pi mai dok tang tu jugak !!! Sektor  buruk dalam bandar raya George Town sangatlah ketara. Tidak percaya lihatlah daripada atas Komtar.

Apa yang kerajaan pusat boleh lakukan di P.Pinang ? Perkara yang dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan . Kerajaan Pusat wajib melakukan suatu bentuk pembangunan yang mampu mengangkat martabat Melayu P.Pinang di persada tanah air dan antarabangsa. Kerajaan persekutuan wajib mengadakan pembangunan bercorak warisan dalam pembangunan semula Kampung Tradisi Tanjong Tokong.Perkara ini boleh dilakukan oleh kerajaan pusat kerana tanah kampung Tg Tokong berada di bawah kuasa Uda Holdings.Pembangunan yang dilaksanakan mestilah menggabungkan sektor tradisi dan moden.Ini selaras dengan status George Town bandar warisan. Warisan Melayu mesti terserlah kehadirannya di P.Pinang untuk mengangkat martabat warisan Melayu yang tenggelam di P. Pinang.Seolah-olah the whole Penang is China Town. Tidak nampak langsung identiti, wajah dan keperibadian Melayu hang elok dan dikagumi.

Kedua pembangunan tanah wakaf mestilah dipergiatkan.  Caranya dengan  menubuhkan Kementerian Khas Hal Ehwal Wakaf . Pembangunannya dibiayai penuh oleh Kerajaan Persekutuan. Menerusi pembangunan wakaf secara besar-besaran orang Melay P.Pinang boleh kembali tinggal di bandar.  Syaratnya Tanah dan hartanah wakaf tidak boleh ditukar, diubah dan dijual kepada bukan Islam. Tanah wakaf berada di tengah pusat bandar George Town dan sampai masa untuk dimajukan dengan pesat demi survival umat Islam P.Pinang.

Menerusi pembangunan sektor warisan, wakaf dan tanah milik kerajaan persekutuan akan wujud pemulihan yang  membuka peluang dan harapan kepada Melayu P.Pinang.Kini jumlah pdnduduk Melayu lebih ramai daripada China di P.Pinang . Kawasan yang bermajoriti Melayu Balik Pulau yang  keluasannya melebihi separuh P.Pinang. Masih ada ruang untuk memajukan sosio ekonomi rakyat mengikut kadar yang termampu oleh mereka.

POKOK PANGKALNYA KALAU MAHU 1000 DAYA KALAU TAK MAHU 1000 DALIH . JADILAH PI MAI PI MAI DOK TANG TU JUGAK WALAU PUN DAH BUAT 1000 SEMINAR DAN BERIBU-RIBU RESOLUSI !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...