HARTAWAN CHINA ROBERT KUOK WAKAFKAN RM 1 B UNTUK BANGSANYA !

Khabarnya seorang bilioner China Robert Kuok raja gula di Asia telah meletakkan atau istilah yang lebih tepat mewakafkan hartanya RM 1000,000,000 juta. Tujuannya untuk memberi kemudahan kepada masyarakatnya membeli rumah. Mereka boleh meminjam tanpa dikenakan faedah. Wang itu diamanahkan kepada Hong Leong Bank untuk diuruskan supaya boleh dimanfaatkan oleh orang China sebanyak mungkin. Alangkah baiknya amal jariah beliau buat bangsanya yang kurang mampu, mengadakan wang muka untuk menempah sebuah rumah.Usaha ini menjadi amal jariah R. Kuok yang abadi buat masyarakatnya. Dalam keyakinan beliau pengorbanan ini satu amal bakti yang besar.

Amalan sebegitu subur di kalangan orang Melayu dan hartawan muslim di zaman penjajahan. Mereka sedar  sukar untuk menghadapi imperialisme Barat yang bertunjangkan kapitalisme.Justeru mereka yang berharta mewakafkan tanahnya untuk diduduki oleh orang-orang miskin, menjadi tapak masjid dan tanah perkuburan.Di P.Pinang banyak  wakaf yang ditinggalkan. Sedikit sebanyak telah mengekalkan kehadiran umat Islam di dalam bandar.Satu perkara lagi wakaf  adalah amanah dan wajib diuruskan mengikut apa yang diamanahkan.Jika diubah menjadi selain daripada wakaf adalah  pecah amanah dan pengkhianatan.

Justeru kini  dalam keadaan ramai jutaan malahan laksaan orang Islam yang  kaya raya mengapa orang tidak lagi mahu mewakafkan tanah, harta dan wang ?

Rasanya jika para jutawan bergabung mereka dapat membentuk bank kebajikan yang beroperasi tanpa riba.Mereka boleh mewakafkan wang mereka yang melimpah ruah sebahagiannya untuk digunakan oleh individu yang kurang bernasib baik. Kita sedia maklum wujud berbilion harta yang tidak dituntut dan tidak berwaris.Semuanya ini adalah aset yang boleh menjadi modal untuk mewujudkan bank tanpa riba. Ia akan jadi pemula kepada penubuhan institusi kewangan yang membela rakyat terutama orang miskin. Ini akan membebaskan mereka daripada  sistem ekonomi yang telah memangsakan orang ramai.

Sistem kewangan yang menggandakan wang dengan berleluasa apabila orang berhutang walau pun dalam jumlah yang kecil. Sistem yang sebenarnya RIBA tetapi disebut perniagaan yang disahkan menerusi akad. Dalam keadaan sistem kewangan yang menindas dan terlalu mengeksploitasi pengguna kerajaan sebagai penanggung jawap sosial rakyat harus menggerakkan sebuah institusi yang lebih adil, bertimbang rasa untuk membela. Ini boleh dilakukan kerana wujud dana awam yang berbilion ringgit di dalam Amanah Raya.

 Harta tersebut wajar dipulangkan kepada orang ramai untuk dimanfaatkan ! Kini ramai orang yang hilang kemampuan untuk membeli rumah kerana harga rumah yang melonjak, harga tanah yang tak terkawal dan beban hutang yang berganda naik menerusi sistem perbankan yang rakus,memeras.

Langsung tidak adil dan mesra pengguna. CUBA KAJI MENGAPA ALLAH MENGISYTIHARKAN PERANG TERHADAP RIBA DAN MEREKA YANG TERLIBAT DENGANNYA.Jadi tidaklah mudah untuk mengislamkan sistem perbankan dengan melebel nama ISLAM. Mengapa ? Operasi dan hasil  daripada pengoperasiannya tidak pun berbeza dengan sistem perbankan barat yang sedia ada. Perbezaannya hanya sekadar nama sahaja.

NGO -NGO P.PINANG DAN PENDUDUK TANJONG TOKONG BANGKIT MENUNTUT KEKALKAN ZON WARISANNYA !

MADRASAH AL TAQWA

MAJLIS AKAN BERLANGSUNG DI TAPAK KAMPUNG TRADISI TANJONG TOKONG PADA HARI SABTU 14 JUN 2014 PADA JAM 11.00 PAGI .

MAJLIS AKAN BERMULA DENGAN KEPENTINGAN MEMULIHARA DAN MEMBANGUNKAN  SEMULA WARISAN PERADABAN BANGSA DI P. PINANG.

KAMPUNG TRSDISI TG TOKONG TAPAK WATISAN YANG LENGKAP MASIH BOLEH DISELAMATKAN.

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH

TEMA : WARISAN HIDUP HIDUP WARISAN

MAJLIS AKAN BERAKHIR DENGAN SATU PENGISYTIHARAN MENUNTUT PIHAK KERAJAAN NEGERI P.PINANG  , KERAJAAN PUSAT DAN UDA  HOLDINGS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA TG TOKONG IALAH SEBUAH KAMPUNG WARISAN DAN SEKTOR KEWARISANAN YANG HIDUP WAJIB DILAKSANAKAN DALAM PEMBANGUNAN SEMULA TG TOKONG.

PEMBANGUNAN YANG DILAKSANAKAN MEMPUNYAI DUA PENGISIAN  IAITU SEKTOR  WARISAN DAN  SEKTOR  MODEN.

MENGEKALKAN RUMAH KAMPUNG TRADISI, INSTITUSI AGAMA DAN SOSIAL, WARISAN PENJAJA, SERTA TAPAK PERADABAN MELAYU.  DALAM MASA YANG SAMA MENERUSKAN PEMBANGUNAN MODEN IAITU FLET .

PEMBANGUNAN ADALAH KESINAMBUNGAN TRADISI DAN MODEN

INI TELAH DILAKUKAN APABILA GEORGE TOWN MENJADI BANDAR WARISAN, TERBUKTI  TANJONG TOKONG LEBIH AWAL DARIPADA GEORGE TOWN YANG BARU MENJADI BANDAR PADA TAHUN 1839. TANJONG TOKONG TELAH WUJUD SEBELUM KEHADIRAN PENJAJAH DAN INI MESTI DITERIMA SEBAGAI WARISAN SEJARAH DAN PERADABAN MELAYU .LEBIH-LEBIH LAGI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG BERTONGGAKKAN KETUANAN MELAYU.

SEMUA NGO DIJEMPUT HADIR DALAM USAHA MEMPERTAHAN, MENGEKAL DAN MEMBINA TAPAK PERTAMA ZON WARISAN MELAYU DI PULAU PINANG . UNTUK PENGESAHAN SILA HUBUNGI DI TALIAN   SLLEH : 0164344504,  WAHAB : 0164853578,  RIZAL : 0175238069

 

 

 

APA MAKNA DEMOKRASI MENURUT PENDOKONG DEMOKRASI YANG HEBAT

Tun Dr Mahathir ahli politik yang paling bijak sepanjang sejarah Malaysia selepas MERDEKA pernah berkata semasa pemilihan  UMNO 1987 :

“Saya tetap menang walau pun dengan kelebihan 1 undi sahaja.

Buruknya DEM0KRASI kerana ia mengambil segalanya daripada pihak yang kalah. Ini dilakukan walau pun dengan kemenangan yang sangat tipis. Akibatnya kumpulan yang kalah bukan saja dinyahkan malahan dihalang daripada terus menjadi ahli oleh pihak yang menang. Takut kekuasaan tergugat dan tercabar semula. Jadi DEMKRASI ini apa ? Agdakah ia seni untuk mendapat dan mengekalkan kuasa hatta dengan apa cara sekali pun sesuai dengan anjuran Michiavell “Matlamat menghalalkan cara”.

Adakah itu wajah dan bentuk DEMOKRASI yang sebenarnya iaitu sebuah kekuasaan yang berdasarkan AMANAH  iaitu   Kerajaan dari rakyat untuk rakyat dan oleh rakyat. Ia sekadar  kenyataan murahan yang didendangkan  sebagai propaganda untuk memukau rakyat konon  betapa indahnya DEMOKRASI.

Banyak usaha yang telah dibuat untuk memperbaiki kelemahan DEMOKRASI DARIPADA DISALAHGUNA OLEH PIHAK BERKUASA. Di  INDONESIA  pemilihan dibuat dua kali. Pertama untuk memilih parti yang menang. Hasilnya undi dikira daripada jumlah peratusan yang diraih. Kerusi di dalam dewan pewakilan dikira berdasarkan peratusan yang dimenanagi bukannya kawasan yang dikmuasai. Setiap parti ada perwakilannya. di dalam dewan perwakilan.

Pemilihan kedua ialah untuk memilih presiden daripada wakil parti atau gabungannya. Tempoh masa presiden dihadkan untuk dua penggal sahaja untuk mengelakkan penguasaan yang terlalu lama. Presiden akan bersilih ganti setiap 2 penggal atau 8 tahun sekali.

Model demokrasi AS pula lebih terbuka. Apabila presiden parti yang menang melantik tokoh  parti yang dikalahkannya untuk memegang jawatan penting di peringkat tertinggi. negara. Amat mengejutkan  hingga ke peringkata Setiausaha Negara. Mengapa kerana keahliannya sangat diperlukan demi untuk kepentingan negara .

Soalnya bolehkah kelemahan-kelamahan ketara demokrasi yang diperbaiki ? Ternyata Demokrasi mudah dimanipulasi.Pelaksanaannya yang tempang boleh memudaratkan proses pendemokrasian  yang menjamin ketelusan untuk memilih siapa saja tanpa ugutan dan gugatan. Proses yang mengiktiraf hak  rakyat untuk memilih yang terbaik demi untuk kepentingan masa depan negara. Tujuannya supaya demokrasi menjadi lebih  adil dan sehat demi untuk semua.Pemilihan yang membolehkan kesilapan dalam pengurusan negara diperbaik,rasuah dibasmi i  dan setiap dasar dibincang dengan tanpa dihalang oleh  pihak yang menang dengan sewenang-wenang

Proses demokrasi tidak wajar dimangsakan demi untuk kepentingan yang berkuasa untuk terus berkuasa walau dengan apa cara sekali pun. Ia akan memudaratkan masa depan negara. Hasilnya  kita gagal untuk memilih kerajaan dan pemimpin terbaik  yang layak untuk memimpin negara  demi manfaat semua.

SUDUT PANDANG IBN SINA -ASPEK PENGURUSAN EKONOMI KELUARGA

PERUBATAN IALAH SAINS YANG MENGKAJI TENTANG TUBUH MANUSIA . PERIHAL DARJAT DAN TAHAP  KESIHATAN YANG SEDANG DINIKMATI  DAN KEMEROSOTANNYA DENGAN TUJUAN UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN YANG WUJUD SECARA BERTERUSAN DAN MEMULIHKANNYA SEMULA  BILA TERGANGGU DAN SEMAKIN BERKURANGAN.IBN SINA  

Pengurusan Rumah Tangga yang baik akan terdampak pada masyarakat, mewujudkan ummah  yang sejahtera . Pengurusan keluarga sangat penting dalam membina kekuatan umat.Jadi ketua keluarga wajib menguasai kepengurusan keluarga, kewangannya, pendididkan anak, budak atau buruh di bawah kelolaannya dan segala aspek supaya keluarga utuh dan selamat.- Ibn Sina peringatan  dan analisis Ibn Sina kepada umat Islam  1000 tahun yang lampau. 

Continue reading

STRATEGI MEMPERBAIKI IMEJ ISLAM DI ZAMAN YANG KACAU

MEMBINA MASA DEPAN  SOSIO – EKONOMI  UMAT ISLAM

Umat Islam telah dan sedang  masuk ke dalam zaman yang paling getir. BELUM PERNAH DIHADAPKAN DENGAN CABARAN YANG BEGITU DAHSYAT SEBAGAIMANA YANG BERLAKU KINI. UJIAN YANG PALING BESAR yang menggugat agama dan kehidupan mereka DI SEPANJANG SEJARAH . Meski pun  berbilion – bilion ramainya tetapi hilang kekuatan.Terkurung dalam penjara negara bangsa mengikut acuan dan aturan Barat.

Dipisah-pisahkan dalam batas sempadan wilayah  negara-negara tanpa dapat tindakjan untuk bekerjasama , membantu sesama sendiri walau pun berjiran. Umat Islam disembelih di sebelah mereka pun mereka diam, mati terasa.Kononnya  menghormati hak bernegara untuk tidak masuk campur. Mereka jadi dayus enggan menyanggah keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam.Ini  ditafsirkan sebagai tidak menyokong KEGANASAN ikut tafsiran Barat. Mereka sedang  dpecah belah dan diadu domba.Keadaannya amat mudah diperkotak-katikkan seperti  masih terjajah secara langsung dan tidak langsung. Ianya berlaku sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan budaya.

Apa yang dikatakan umat Islam “Pan Islamisme”  penyatuan Islam yang hakiki seperti yang dilakukan oleh OIC sebenarnya belum terbentuk dan ketara. Hanya mengahobiskan masa sambil minum teh dan bertgur sama. Hakikatnya  mereka tak pernah serius untuk bersatu atas kalimah yang satu Lailaha illah. Implikasinya  negara-negara umat Islam terdedah untuk dikeronyok,,  mudah  dikucar-kacirkan.  Para pemimpinnya  yang tidak disenangi boleh dijatuhkan dengan sewenang-wenang oleh pihak Barat terutama AS.

Caranya dengan mempergunakan proksi dan agen – agen daripada  dalam yang siap siaga, tega untuk berkhidmat kepada kepentingan musuh-musuh Islam  asalkan diberi  tawaran kuasa dan bantuan ekonomi. Suasana ini mewujudkan pertentangan dan menyebabkan ketidakstabilan yang berpanjangan.Negara parah dan umat menjadi mangsa terpaksa bertarung sesama sendiri. Inilah yang sedang dilakukan di Mesir yang sedang menjadi padang permainan Barat untuk memusnahkan IKHWANUL MUSLIMIN.

Nyata kedaulatan negara-negara umat Islam sangat rapuh . Kedaulatan mereka  tidak dihormati dan  boleh diinjak-injak.  Ini meski pun  ada prinsip PBB. Sekali sebuah negara berdiri sebagai sebuah negara yang ada wilayahnya,  hak dan kedaulatannya terjamin, terpelihara. Contohnya kedaulatan Israel dipertahankan seutuhnya. Meski pun ia membina negara dengan merampas hak kedaulatan rakyat Palestin. Penjajah Israel dengan dokongan Inggeris  menghalau keluar warganya yang sah .  Rakyat Palestin dihambat keluar daripada tanah air mereka ke kem-kem pelarian. Tindakan kejam dan barbarian ini dibuat dengan restu Barat  untuk membuka laluan berdirinya negara baru,  Israel yang diisytiharkan pada tahun 1948 dengan restu PBB.

Bahkan lima  kuasa besar mengiktifrafnya. Dan  PBB sentiasa mempertahankan kedaulatannya. Begitu juga dengan Singapura dan  Timur Leste. Tiba-tiba menjadi negara berdaulat hasil daripada krisis dalaman yang berlaku di negara-negara umat Islam . Dalam kes Iraq PBB  memberi  keizinan pula  kepada Amerika yang mengetuai misi 28 negara menyerang dan menakluk Iraq. Berlaku  sehingga ke peringkat menjatuhkan presidennya.

Ini satu bentuk penjajahan yang terang berlaku di zaman moden.Begitu juga dengan Afghanistan  yang diserang dan kedaulatan rakyatnya tidak diakui lagi . Presiden hanya boleh dilantik dengan restu kuasa luar AS , Barat dan Saudi Arabia. Perkara-perkara pelik ini hanya berlaku di kalangan umat Islam. Tidak pun terjadi dalam kalangan negara barat dan selainnya. Kedaulatan negara-negara mereka diktiraf .Tidak boleh diusik.

Realitinya banyak negara Islam di Timur Tengah  rakyatnya masih tidak bebas untuk menentukan para pemimpin menerusi proses DEMOKRASI. Contohnya Saudi Arabia, Kuwait, Qatar, Bahrain, UEA , Oman dll. Insiden yang berlaku di Mesir jelas menunjukkan bahawa nyawa rakyat tidak terjamin di tangan pemerintahnya .Inilah gambaran ringkas dunia Islam. Sebuah kekuasaan yang tidak mencerminkan ajaran dalam agamanya yang menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran.Umat contoh yang menjadi teladan dan model ikutan  dunia. dunia  kagum dengan keadilannya .Keadaan ini tidak pun berlaku. Keadilan yang sebaliknya berlaku membolehkan dunia mempersoalkan INIKAH ISLAM yang didakawa agama yang membawa rahmat untuk kemanusiaaan ?

Apabila mengungkap sejarah, keadaan yang sangat teruk berlaku sesudah kejatuhan Daulah Osmaniah Turki pada tahun 1924.Daulah yang memegang panji-panji warisan Islam sejak zaman Rasulullah . Umat Islam terutama di Turki  menolak khilafah Islam. Ia dikaitkan sebagai pembawa kemunduran dan kejumudan. Umat yang dirasuk Barat mahukan pembaharuan iaitu keluar daripada zaman yang lapok. Keadaan yang diimpikan itu tidak pun  berlaku.

Mereka sebenarnya  menolak ISLAM kerana termakan racun yang disuntik oleh musuh sepanjang pemeritahan sekular yang diawali oleh Mustafa Kamal Ataturk.  Musuh yang memang merancang bukan sahaja untuk memecah belahkannya bahkan sehingga meruntukan DAULAH OSMANIAH. Daulah yang menjadi teras penyatuan Dunia Islam berkubur . Di atas keruntuhan itu mereka membina negara sekular yang benci kepada agama yang ditohmah sebagai agama kearaban yang kolot.

Namun Turki yang sekular tidaklah maju setanding dengan Eropah. Dari zaman Mustafa Kamal membawa ke zaman sebelum naiknya Erdogan ia dilihat antara negara yang termundur dalam kalangan negara Eropah. Ekonominya hanya berkembang selepas diambil alih oleh rejim yang tidak terlalu fobia dengan Islam. Namun hingga kini Islam tidak boleh disebut-sebut dan diwar-warkan secara terang kerana takut melanggar perlembagaan SEKULAR yang menjadi teras negara Turki. Bayang-bayang Mustafa Kamal masih kuat menghantui Turki moden .  Erdogan perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dengannya sebagaimana yang terjadi ke atas Necmetin Erbakan yang disingkirkan tentera kerana terlihat cenderung kepada Islam.

Keadaan dunia Islam terus bergolak . Kini ditambah dengan peperangan di antara sesama Islam di Syria.Pertentangan kononnya di antara SUNNAH DENGAN SYIAH. Sebenarnya di belakangnya ialah ialah dua paksi kuasa sedang berebut kekayaan minyak Timur Tengah dengan mempergunakan sentimen beragama. Rusia, China dan Iran berlawan dengan Amerika, Barat dan negara-negara beraja yang diketuai Saudi. Mereka sedang membunuh umat Islam yang terjebak , terperangkap dalam peperangan ini.

KITA MEMASUKI ABAD KE 15 HIJRAH pada 21 November 1979  dalam suasana  yang suram.  Imej Islam sangatlah terkebelakang berbanding dengan Eropah, Amerika Syarikat, Jepun , China Korea dan India. Tidak ada sebuah negara Islam pun yang mencapai tahap negara maju.Negara Islam yang teramai dan terbesar seperti Indonesia pun ekonominya masih tercorot jika dibandingkan dengan negara sekecil Singapura . Antara Malaysia dengan Singapura ekonomi negara kecil itu jauh lebih stabil dengan aset sebenar menjangkau trillion USD. Kalau ekonomi tidak tumbuh pun ia masih boleh bertahan. Itu sebenarnya kekuatan ekonomi yang diraih kerana kelemahan kita. Indeks rasuahnya sangat rendah dan diterima antara  yang terbersih di dunia.

Justeru jika kita tenggelam dalam analisis politik segalanya kelam dan kerosot .Hampir tidak nampak jalan keluar iaitu  boleh diselamatkan. Negara -negara dan para pemimpin umat Islam sangat bermasalah .Hampir tidak wujud pemimpin berwibawa yang boleh menyanggah Barat atau AS. Sebagaimana dulu dilakukan oleh Ayatollah Khomei. Di pihak ahli sunnah wal jamaah bungkem aku , jinak dan diam.

Hanya dulu sekali semasa Al Malik Faisal di atas kekuasaaan Saudi beliau pernah bersuara memutuskan  bekalan minyak ke Barat yang terrang-terang menyokong kegananasan Israel dan bertekad akan membelanjakan semua kekayaaan untuk membebaskan Baitul Muqaddis. Susulannya selepas itu beliau dibunuh oleh anak saudaranya sendiri. Sebagaimana kata Kennedy peristiwa tidak berlaku secara kebetulan.Ada tangan yang merancang dan suara yang menghasut. Itu yang mendorong kejadian.

Justeru kita cuba mencari pendekatan yang lain  untuk memulihkan imej Islam menerusi kerjasama ekonomi. Tak payahlah umat Islam berperang dan hendak berjihad kerana kita serba kekurangan. Terlalu banyak sekatan dan fitnah yang akan timbul yang kelak tambah memudaratkan umat yang sedang parah ini. Mari kita memperkuatkan ekonomi umat .Bila ada kelebihan dan kejayaan  dalam urus tadbir negara  barulah umat ini boleh memikirkan perkara-perkara lain yang lebih strategik. Perkara yang memboleh kita membantu sesaa msendiri.

Tumpuan kita kini ialah apa yang sedang berlaku di Turki di bawah Racip Toyyib Erdogan . Di bawah kepimpinannnya selama 10 tahun Turki telah berubah.Bolehlah dikatakan model negara Islam yang paling maju sesudah Iraq dimusnahkan. Coraknya pun lebih terbuka dan tidak menimbulkan ancaman kepada pihak Barat. KDNKnya telah bertambah berlipat kali ganda. Rakyat makmur dan terima kepimpinan beliau dalam menguruskan ekonomi yang berjaya mensejahterakan umat. Negara seterusnya yang sedang berkembang ialah Indonesia dengan rakyat seramai hampir 300 juta. Adalah dijangkakan Indonesia akan menjadi ekonomi Asia Timur yang terkuat setelah China, Jepun …………..Indonesia.

Jika dilihat  Asia Tenggara( termasuk jiran terdekat Bangla Desh ) umat Islam sebenarnya adalah majoriti terbesar. Indonesia seramai 300 juta, Malaysia 17 juta, Selatan Thai 3 juta, Selatan Filipina 3 juta, Bangla Desh 50 juta . Bila dijumlahkan bilangannya menjangkau lebih daripada 350 juta. Ini adalah sebuah ekonomi  besar yang berpotensi untuk dimajukan. Ekonomi yang berasaskan syariah bukan eknomi yang berdasarkan riba.Sebuah ekonomi yang berasaskan produktivi bukan ekonomi yang menjana wang menerusi  pemerasan yang dipaksanakan kepada si berhutang.  Pengeluaran atau penggandaan wang  wang tanpa  hasil yang sebenarnya. Ia  sebagaimana yang sedang dilakukan oleh dunia Barat.

Ekonomi yang bermasalah yang bersifat penindasan.Akhirnya menjerumuskan kepada keruntuhan ekonomi dan bebanan hutang yang tidak terelangsaikan.  Ekonomi bermasalah ini sedang menghantui AS akibat bebanan hutang yang makin menggelombang akibat sistem riba. Perkara-perkara ini  mesti diberi keutamaan kerana kita terjebak dalam sistem yang sama yang menjerut orang yang berhutang dengan gandaan riba yang dipaksakan meski pun tidak ada penghasilan daripada para peminjam.

PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBERI KEUTAMAAN OLEH UMAT ISLAM

1.Umat Islam wajib meneroka pengeluaran barangan  halal.  Dilakukan 100 peratus oleh umat Islam berasaskan piawaian halal dan haram mengikut ketentuan syariat .

2. MEMBANGUNAKAN SISTEM KEWANGAN YANG BEBAS DARIPADA RIBA

3.MEMBENTUK PASUKAN PENGAMAN YANG RELA BERKHIDMAT DI MANA SAJA UNTUK MISI KEMANUSIAAN YANG MENYEBARKAN PERDAMAIAN

4.MENJADIKAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA RASMI DUNIA ISLAM DENGAN MEMBANGUNKAN KERJASAMA KEBAHASAAN YANG MELUAS DI SELURUH DUNIA ISLAM.KEMBALIKAN KEGEMILANGAN BAHASA ARAB DI TEMPATNYA. DALAM PADA ITU TIDAK MENOLAK BI UNTUK PENYELIDIKAN  SAINS DAN TEKNBOLOGI

5. MENOLONG SESAMA ISLAM DENGAN MENGUJUDKAN KERJASAMA EKONOMI YANG RAPAT SESAMA NEGARA-NEGARA UMAT ISLAM

6.MEMBANGUNKAN UNIVERSITI BERASASKAN PENYELIDIKAN DAN KEPAKARAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SETIAP TUNTUTAN UMAT ISLAM

7.MEMBANGUNKAN SATU SISTEM  MATA WANG BERASASKAN NILAI EMAS DINAR YANG DIGUNA PAKAI DI SELURUH DUNIA ISLAM

8. MEMBANGUNKAN INDUSTRI BERAT BAGI KEGUNAAN DUNIA ISLAM.PENGELUARAN JENTERA-JENTERA BERAT, PESAWAT, KAPAL LAUT, SIMEN, TAYAR, MINYAK, BAJA , BAHAN KIMIA DAN SEGALA KEPERLUAN SEJAGAT.

9.MENGKAJI SEJARAH KEBANGKITAN SILAM DAN MENCARI PUNCA, SEBAB MUSABAB KELEMAHAN UNTUK DIAMBIL IKTIBAR.

10. MEWUJUDKAN BERITA DUNIA ISLAM YANG TELUS DAN IMPORMATIF SUPAYA MEMAHAMI SITUASI DAN TIDAK TERTUTUP.TUJUANNYA  UNTUK MENDOBRAK MONOMOLI BARAT.

12. MEWUJUDKAN SISTEM KOMUNIKASI YANG BERASASKAN SYARIAT DAN NILAI ISLAM.MELAPORKAN YANG BENAR DAN MENOLAK YANG PALSU.

12. Mengkaji seluruh tafsir al Quran yang ada untuk mencari tafsiran yang mendekati makna  untuk benar-benar mentadaburkan pengertian dan mesej sebenar yang diwahyukan  Allah sbh

 

ISLAM AGAMA KEGANASAN ? INI JAWAPANNYA !

Agenda dan konspirasi di atas adalah sebuah fitnah yang paling besar dalam perjalanan sejarah umat Islam. Fitnah yang muncul di sepanjang sejarah. Bermula dengan fitnah Islam dikembangkan di hujung mata padang.Kini Islam agama pencetus keganasan setelah berlaku peristiwa 11 Sepetember 2001.

Ia adalah musibah yang sengaja disasarkan ke atas umat Islam. Ia bukan saja ditujukan untuk mencemarkan imej dan penyebaran Islam malahan sasaranya lebih daripada itu. Sasarannya ialah  untuk membunuh agama ALLAH ini dan melumpuhkan umat ini supaya tidak lagi berani berkutik, berjuang atas nama Islam.

Ini adalah projek besar untuk memadamkan cahaya Islam daripada tersebar ke seluruh dunia. Sekali lagi ditegaskan ia adalah fitnah terbesar ke atas ISLAM dan umatnya sebelum kemunculan DAJJAL sebagaiman yang diramalkan dalam hadis-hadis nabawi. Ia petanda besar yang telah muncul  sebelum qiamat datang .

Tanpa menjawab fitnah tersebut ia akan menjadi benar dan memangsakan umat  ISLAM, terutama orang yang beriman yang sengaja hendak dianiaya. Namun apa jua jawapan yang diberi  kepada fitnah tersebut tidak akan mempan dan diterima. Ditolak walau pun  ianya datang daripada autoriti Islam seperti ulama yang muktabar. Lebih-lebih lagi daripada orang yang dimangsai, dizalimi. FITNAH INI SANGAT DAHSYAT AKIBATNYA.IA BERIMPAK MEMBAWA KEROSAKAN YANG MENYELURUH . Jika bom terhebat memusnah bangunan dan infrastruktur, fitnah ini meledak ke dalam membunuh jiwa dan ROH ISLAM dan menjadikan numat Islam seperti bangkai bernyawa, digerakkan seperti robot di bawah kawalan musuh-musuh Islam.

Pihak yang menguasai media global akan menjawap penjelasan kamu itu bias dan sangat berpihak,  tidak global untuk mewakili misi keamanan dunia.Ia hanya diterima oleh kelompok kamu tetapi tidak diterima  oleh dunia seumumnya. Ia ditolak oleh PBB. Malahan ada ulama dan pemimpin negara Islam yang cinta kepada perdamaian pun pasti mempertaikannya. Ramai ulama moderet dan liberal sedang menetang kamu.Mereka akur dengan pihak Barat demi  membina jembatan perdamaian antara Kristian dengan Islam.

Jadi apakah jawapannya untuk melawan fitnah dan tentangan tersebut   secara tepat ? Jawapannya ada pada orang kafir, bukan Islam. Siapakah mereka itu ? Mereka  itu ialah orang barat yang asalnya kafir tetapi  baru masuk Islam. Mereka telah melalui dua keadaan. Dulu menentang Islam. Kini membela Islam. Mereka yang menerima Islam setelah mengkajinya secara mendalam.Mereka yang bertawhid ,  menerima Allah dan mengesahkan  kalamnya benar secara  konkrit. Dilakukan  setelah mengujinya  lalu pasrah terhadap kebenaran yang sentiasa terpantul di dalam Al Quran. Maksud surat al Baqorah 2 : 130 menyatakan sebagaimana berikut :


وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍOrang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. 

Seorang mubaligh Jerman bernama Piore Vogel berdakwah menyampaikan seruan Islam kepada  kaum kristian. Beliau ditempelak. Adakah kamu hendak menyampaikan agama ini, agama  yang membawa keganasan . Adakah ajaran keganasan  itu  hendak disampaikan kepada kami ? Beliau dengan tersenyum memanggil yang bertanya itu tampil ke depan untuk diberi penjelasan.

Beliau mengemukakan fakta siapakah yang membuat keganasan dengan membunuh jutaan jiwa dan memusnahkan harta dalam jumlah yang tidak terkatakan :

1. Perang Dunia I yang mengorbankan  3 juta jiwa dicetuskan oleh non Muslim

2. Perang Dunia Kedua yang mengorbankan 50 hingga 55 juta manusia dilakukan oleh Non Muslim

3. Perang Vietnam yang menggunakan bom api Napalm bomb dan kimia yang membunuh jutaan jiwa dilakukan oleh Non Muslim

4. Serangan bom atom ke atas dua bandar Hiroshima dan Nagasaki,  di saat Jepun sedang kalah perang dan hendak menyerah kalah dilakukan oleh Non Muslim. Akibatnya bom yang sangat berbahaya itu   dengan serta merta telah membunuh ratusan jiwa manusia termasuk kanak – kanak dilakukan dilakukan oleh siapa ?  Ia sama sekali tidak dilakukan oleh orang Islam.

5. Perang Iraq yang menggunakan bom berangkai yang boleh menembusi konkrit tebal berpuluh meter dan disasarkan kepada orang awam yang mengorbankan jiwa orang penduduk Iraq dilakukan oleh NON MUSLIM.

6. Perang Afghanistan yang kini sedang beroperasi dan membunuh rakyat yang mempertahankan kedaulatan negara mereka dilakukan oleh Non Muslim

7. Perang Bosnia yang membunuh umat umat Islam dilakukan oleh puak Serb iaitu puak Non Muslim

Jadi mana ada perang yang digerak dan dimodali oleh Islam. Jadi mesti ada sebab mengapa Islam, agama yang benar dan mulia ini didengki. Beliau menjawap ada perkara baik dan risalah yang benar dalam agama ini yang mesti difitnah dan dipesongkan supaya pihak yang membuat angkara dan keganasan dilihat pejuang keamanan menerusi kempen anti keganasan. Peliknya ia disokong oleh pemimpin dan negara umat Islam yang menjadi pencacai dan budak suruhan Barat terutama Amerika Syarikat. Mereka yang membunuh dan darah yang ditumpahkan dipalitkan kepada orang Islam.

Jawapan itu diterima oleh orang Kristian dan  mereka berpusu-pusu masuk Islam. Beliau pun membaca firman Allah , surah Izaja anasrullah yang bermsksud :

Apabila  datang pertolongan Allah dan diberi kemenangan manusia akan masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong. Pada ketika itu bertasbihlah atas nama Allah sucikanlah dan besarkanlah namaNya , minta ampun dan bertaubatlah kepadaNya. Sungguh Ia maha penerima taubat.

Fitnah ini tidak akan berhenti di sini. Ia akan berterusan.Begitu juga dengan perang di antara umat yang percaya kepada Allah dan percaya kepada selain Allah “Thogut” akan berterusan. Perang dalam dua bentuk iaitu FIZIKAL DAN PERANG SARAF.  Antara  keduanya  perang saraf sangat berbahaya. Mengapa ? Yang kedua itu berjaya menyerap masuk ke dalam pemikiran pemimpin negara Islam untuk menganiaya umat Islam demi untuk kepentingan Barat yang memang sejak daripada dulu memusuhi ISLAM.

Umat Islam akan dicegah untuk menolong saudara-saudara Islam yang teraniaya di Afghanistan, di Kasymir, di Palestin. Mereka ia akan memberi isyarat setiap kebangkitan mereka akan disembelih hidup-hidup.  Golongan kebanyakan para pemimpin Islam yang termakan hasutan Barat inilah yang menyokong keganasan. Islam hanya dilihat damai dan baik apabila mendiamkan diri. Apabila diserang diam dan jangan sesekali menunujukkan simpati dan  membela saudara seagama yang teraniaya . Mereka semua pengganas.

Sikap berpihak, bersimpati , menghulur bantuan atau mengeluarkan kenyataan untuk menyingkap konspirasi jahat pihak Barat akan  dituduhmenyokong pengganas dan keganasan  oleh musuh-musuh Islam.Maka kita semua  harus akur dengan sensitiviti orang bukan Islam terutama Barat jika hendak diterima menjadi anggota masyarakat dunia.Dalam hal ini PBB akan mendiamkankan diri kerana yang termangsa ialah umat Islam. Jika hal ini berlaku di negara umat Islam , mereka akan jadi jaguh kononnya orang bukan Islam dianiayai.

Peristiwa yang berlaku di Mynmar dianggap tidak ganas walau pun mereka dibakar dan dibunuh oleh tentera Mynmar hidup-hidup. Mengapa ? Orang Rohingga yang diganasi ialah rakyat Burma sendiri. Itu haknya , itu masalah dalaman Mynmar .Kita tidak boleh masuk campur. Kita amat menghormati semangat kerjasama ASEAN walau pun bertentangan dengan hak asasi sejagat. Sebab itu Al Quran mengatakan FITNAH ITU LEBIH BERBAHAYA DARIPADA PEMBUNUHAN.Ia telah membunuh jiwa, pemikiran, semangat, ukhuwah dan rasa sesama orang Islam. Mereka hidup tetapi sebenarnya mati. ROH Islam tenggelam dan kalam Allah di dalam jiwa mereka telah berkubur, mati. Mereka adalah insan tanpa roh. Kehidupan mereka  hanya untuk duniawi semata-mata.

Benarlah  pesanan rasulullah tentang dunia  di akhir zaman.  Islam hanya wujud pada nama saja dan Al Quran pada kalimat .Yang benar dikata dusta, yang dusta dikata benar, yang salah dikata benar , Yang benar dikata palsu, pemimpin yang memperkatakan kebenaran dituduh pembawa kesesatan, yang sentiasa bergelumang dengan kesesatan dikata membawa kebenaran. Pada ketika yang kacau itu muncul golongan bodoh yang berbangga dengan kebodohannya untuk memimpin umat ini.Mereka digelar golongan AL RUWAIBIDHAH . Siapakah mereka itu :

Sesungguhnya akan datang kepada manusia beberapa tahun yang menipu.Di kala itu pendusta akan dianggap benar dan orang yang benar akan dianggap pendusta.Orang yang khianat akan dipercayai  dan orang yang benar  akan dikhinati.Pada masa itu akan bercakap-cakaplah al Ruwaibidhah. Ada yang bertanya apakah al Ruwaibidhah itu  ? Baginda sallahu alaihiwassalam menjawab .Itulah  si bodoh yang menjadi juru cakap orang ramai.

Hadis sahih dicatatkan dalam Musnad Imam Ahmad berpunca daripada Abu Hurarirah RA

APA KATA SARJANA KOREA TENTANG NASIB TULISAN JAWI / DI TANAH JAWI/TANAH MELAYU – MALAYSIA

Menurut SARJANA TULISAN JAWI , Prof Dr Kang Kyoung Seok dari  Korea,  bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri mereka. Beliau berharap rakyat di negara ini mempelajari tulisan jawi agar khazanah kebudayaan nasional itu tidak terus ditelan arus pemodenan.

“Khazanah ini perlu diangkat semula kerana ia sebahagian daripada warisan sejarah Melayu. Sudah tiba masanya, pelbagai langkah perlu diambil supaya generasi muda tidak melupakan asal usul yang membentuk jati diri orang Melayu,”ujarnya.

Sehubungan itu, Kyoung Seok mencadangkan supaya sistem ejaan jawi yang digunakan sekarang perlu diganti kepada sistem ejaan jawi Za’ba kerana ia ringkas dan mudah dipelajari.

Malah, jika rakyat Malaysia mempelajari ejaan jawi Za’ba, mereka lebih mudah memahami sistem ejaan jawi yang lebih kuno sekali gus boleh memahami manuskrip jawi berusia ratusan tahun memandangkan ejaan jawi Za’ba menggunakan asas yang sama dengan tulisan jawi kuno yang berasal daripada tulisan al-Quran,” ujarnya yang kini sibuk menyiapkan sebuah kamus mengenai langkah perkembangan tulisan jawi. Kamus itu dijangka siap dalam tempoh lima tahun lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...