Pembentukan negara apa yang dinamakan sebagai republik ISLAM yang mengembalikan sistem KHALIFAH telah diumumkan oleh Kumpulan Islamic State For Iraq and Syria atau Levant.Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ISIL atau ISIS tidak menggunakan nama-nama itu untuk negara yang diumumkan. Mereka hanya menyebutnya Negara Islam yang berpemerintahan KHALIFAH tanpa batas sempadannya.Ia bermula dengan kawasan-kawasan yang ditawan di perbatasan Syria dan Iraq.
Buat permulaan dari Alleppo di Syria hingga ke Diyala, Iraq.Negara baru tanpa batas sempadan maksudnya wilayahnya akan berkembang kemudian. Mereka telah bersetuju membaiah Bakar Al Baghdadi menjadi KHALIFAH yang pertama. Kita tunggu perkembangan selanjutnya siapa dan negara mana yang akan mengiktirafnya ? Adakah Saudi akan menyokong pembentukan negara yang cenderung kepada Sunnah dan anti Syiah ini. Sebelumnya Saudi menyokong tindakan Amerika menyerang dan menjatuhkan Saddam Hussein di Iraq.Pemimpin yang berjaya menyekat kemaraan kuasa Syiah Iran di Timur Tengah. Kini apabila sunnah kembali kuat adakah Saudi akan membantu ?
Akibatnya selepas kejatuhan Saddam terbentuk jaringan kuasa Syiah dari Iran ke Iraq seterusnya Syria dan Hizbollah di Lebanon. Kini fenomena di Timur Tengah sedang bergolak. Apa puncanya ? Adakah puak-puak yang sedang berjuang di Syria merasai sukar untuk menjatuhkan Basyar di Syria . Mereka lalu mengubah strategi untuk menyekat bantuan dari Iran dengan mara menguasai kawasan perbatasan yang menghubungkan Syria dengan Iraq terlebih dahulu. Soalnya siapakah mereka ini ?
Mereka adalah anak-anal muda Islam seantero dunia Islam yang jelak dengan kerajaan-kerajaan Islam yang sedia ada. Ini sama ada Sunnah atau Syiah.Kerajaan-kerajaan yang menjadi boneka Barat sebagaimana yang sedang berlaku di Mesir kini.Adakah mereka ingin mengembalikan pemerintahan khalifah selepas kejatuhan kekhalifahan Turki OSMANIAH pada tahun 1925 ? Realitinya sama ada diakui atau tidak negara-negara umat Islam adalan hasil rekayasa penjajah Barat selepas Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Jelas apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan Pakistan ialah hasil campur tangan Barat khususnya AS sejak dari zaman Bush hingga kini.Ramai penganalis Barat yang menyalahkan Tony Blair yang menyokong Bush menyerang Iraq pada tahun 2003 sebagai penyebab apa yang sedang berlaku kini.Kebangkitan anak muda seluruh dunia Islam yang sedang berkumpul di Syria dan Iraq adalah satu perkembangan baru yang amat memberangsangkan. Satu usaha untuk menterbalikkan sejarah yang menghina umat ini yang sejak ratusan tahuin dipermainkan Barat dan para pemerintah yang zalim.
Ia memberi harapan , membuka jalan kepada kemunculan kuasa baru di Timur Tengah yang tidak lag rela lagi menjadi boneka, diperkotak-kotikkan oleh pihak Barat terutama seperti apa yang sedang berlaku di Mesir kini.Mengikut strategi Barat mereka ingin memecah belahkan T. Tengah kepada 3 bentuk negara bangsa dan agama iaitu Kurdistan, Syiah dan Sunnah. Jadi senang bagi Barat untuk mengadu dumba dan mengawalnya.
Dalam semua pergolakan dari dulu hingga kini Saudi menjadi kunci utama pergolakan di Timur Tengah. Kita lihat ke manakah arahnya ? Adakah Saudi akan jadi punca ketidakstabilan atau sebaliknya. Selama ini umat Islam memandang Saudi sebagai pemimpin dunia Islam kerana kedudukan dua bandar suci, Mekah dan Madinah di sana. Adakah Saudi akan menyokong perkembangan ini atau mengambil pendirian bahawa kemunculan kuasa baru adalah gugatan. Gugatan kepada kedudukan kerajaan raja mutlak yang menjadi pegangan dan corak pemerintahan yang mendominasi pemerintahannya.