Hari ini kita menyambut kemerdekaan yang ke 57.Mari sejenak kita menonton dokumentari ringkas peristiwa penting yang berlaku 10 tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
Monthly Archives: August 2014
“MERDEKA” – MENGENANG PARA PEJUANG YANG DILUPAKAN
Kata Presiden Sukarno :
Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menyarankan supaya sejarah kemerdekaan dikaji dan ditulis semula.
Ramai yang berkongsi pandangan dengannya kerana selama 56 tahun kemerdekaan, sejarah itu seolah-olah hak Umno saja. Perjuangan kemerdekaan digambarkan bermula dari penolakan Malayan Union dan dikepala oleh Tunku Abdul Rahman saja.
AMBANG MERDEKA KE 57 : MENUNTUT MUHASABAH MENYELURUH TENTANG HALATUJU NEGARA !!!
Sambutan merdeka kali ini paling ISTIMEWA dan amat bersejarah. Kemerdekaan negara dan bangsa pada 31 Ogos 1957 membawa makna besar kepada rakyat. Tahun 1957 membawa implikasi berakhirnya era penjajahan menuju pembebasan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke 57 pada kali ini tepat dengan tahunnya kemerdekaan. Pada kali ini kita menyambut MERDEKA dengan agka 57 muncul sekali lagi. Persoalannya yang besar, amat perlu dikaji semula apakah ertinya kemerdekaan buat rakyat. Bebaskah mereka daripada berbagai belenggu yang masih mencengkam ?
Adakah MERDEKA kita berjaya menyelesaikan masalah kehidupan rakyat yang paling asasi ? Masalah kemiskinan, taraf hidup yang masih rendah, kebebasan bersuara yang disekat-sekat, keadilan dalam hukum di mana rule of law dilaksanakan. Paling utama ialah dan rakyat terbebas untuk berfikir dan memilih para pemimpin mereka yang terbaik. Para pemimpin yang beramanah untuk mengurus tadbir negara yang maha kaya ini secara telus dan berintegriti.
Demokrasi yang melibatkan 150 juta rakyat di negara jiran kita, Indonesia telah berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan keributan.Apakah amalan demokrasi yang lebih adil dan telus akan berlangsung di negara yang merdeka dan berdaulat ini. sesuatu yang tidak menyimpang daripada amalan demokrasi yang paling asasi. Alat-alat negara tidak menjadi hak mutlak yang dimonopoli dan dimanupalasi oleh satu pihak sahaja menenggelamkan suara-suara kebenaran. Demokrasi bererti check and balance. Tanpanya demokrasi akan pincang.
Antara masalah serius yang mencengkam ialah perumahan yang sukar dibeli oleh sebahagian besar rakyat di kota-kota besar. Saiz penduduk kita tidaklah besar sangat.Hanya 30 juta,dibandingkan dengan jiran serumpun kita 250 juta. Sukar sangat rakyat untuk memiliki rumah di bandar-bandar besar. Ruang tanah dipergunakan untuk projek komersial dan mewah untuk pasaran antarabangsa. Jadi di mana ruang untuk rakyat mengambil tempat di tanah airnya sendiri ? Sedangkan rumah adalah keperluan yang asasi. Di Pulau Pinang orang Melayu telah menjadi rakyat yang terpinggir. Mereka kehilangan habitat asal tanpa menimbulkan kegusaran kepada para pemimpin atasan bahawa pembangunan telah menghambat dan bersifat zalim terhadap rakyatnnya kerana kegelojohan terhadap keuntungan semata-mata.
Masalah ekonomi yang tidak kurang parahnya ialah jurang ekonomi yang sangat besar antara golongan yang paling kaya dengan golongan bawahan yang amat perit menderita dengan melonjaknya inflasi.Belanja hidup sangat tinggi.Segalanya harus dibayar, tidak ada yang percuma. Rakyat mesti membayar bil kadar letrik yang tinggi, kadar sewa rumah yang melonjak, cukai ini dan itu, khidmat kesihatan yang tinggi untuk penyakit kritikal , yuran pengajian yang mahal dan berbagai bebanan langsung dan tidak langsung yang merimas dan memerangkap kehidupan di negara yang makmur ini.
Rakyat belum terbebas daripada belenggu kemiskinan dalam sebuah negara yang melimpah kekayaannya . Amat malang apabila rakyat perlu bergantung kepada titisan subsidi. Jika upahan yang dibayar adil dan mencukupi mengapa sebahagian rakyat terutamanya Melayu mesti mengharapkan BRIM ? Bila dikaji fenoemana ini negara yang menjadi milik kita semua belum berjaya mengagihkan limpahan kekayaannya secara adil kepada rakyat jelata.
Dalam keadaan beban hutang negara begitu mencemaskan dengan defisit yang memanjang, timbul persoalah daripada manakah wang untuk BRIM diperolehi ? Adakah daripada sumber hutang luar negara kita ? Kini bunga untuk hutang tersebut sahaja mencecah bilion ringgit. Tindakan ini akan menambahkan lagi beban kepada rakyat di kemudian nanti. Akhirnya segala beban negara nescaya akan terpikul dan terbeban ke atas mereka. Nilai sebenar pendapatan mereka kini terus merosot.Perangkaan menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang muflis akibat bebanan hutang.
Sejenak marilah kita mendengar pesan seorang ulama tersohor yang sempat hidup ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 0GOS 1957:
BILA KITA DAH MERDEKA JANGAN ADA PEMIMPIN YANG AMBIL KESEMPATAN BUAT KEKAYAAN DI ATAS BELAKANG RAKYAT
WAN AZIZAH MEMBALAS KENAPA TAK LAYAK JADI MB SELANGOR ?
DATIN SRI WAN AZIZAH LAYAK MENJADI MB SELANGOR YANG BARU MENGGANTIKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM
Apakah dalam memilih pemimpin, jantina, sentimen kenegerian, umur dan latar belakang menjadi kriteria utama ? Itu hanya alasan dan niat jahat untuk menolak pemimpin yang layak. Ada pun kriteria utama ialah kewibawaan, kejujuran, kesungguhan, amanah dan integriti. Walau apa pun yang dikata beliau beliau mendapat sokongan 43 anggota DUN. PKR 13, PAS 15 dan DAP 15. Bermakna melebih 2/3 sokongan DUN Selangor.
“Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai, biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara.
“Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa paras hanyalah alasan semata,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.
Namun ini politik Malaysia.Kalau melihat kepada paparan nyata dan semasa beliau memang layak. Namun ada kriteria-kriteria lain yang remeh, dipergunakan sebagai alasan teknikal untuk menggalang kelayakan beliau menjadi MB pertama dari kalangan wanita.
Melihat kepada perkembangan semasa PAS nampaknnya lebih layak untuk mengisi jawatan tersebut. PAS memiliki kelebihan 15 kerusi dan exco PAS masih membentuk kerajaaan demi menyelamatkan kerajaan PR daripada jatuh begitu saja. Ini menyerlahkan kedudukannya sebagai parti yang matang yang tidak terburu-buru terpengaruh dengan keadaan.
Sumbangan PAS sangat besar demi menenangkan keadaan yang gawat. Satu kriteria dalam menentukan kelayakan untuk Baginda Sultan Selangor mempertimbangkannya.Siapakah yang paling layak untuk menjadi MB Selangor selepas Tan Sri Khalid Ibrahim. DARI SEGI KAEDAH iSLAM DALAM MEMILIH PEMIMPIN LELAKI LEBIH LAYAK MEMIMPIN KERANA MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN BERBANDING DENGAN PEREMPUAN. LAINLAH JIKA TIDAK ADA PEMIMPIN LELAKI YANG BERWIBAWA DI SELANGOR.
KRISIS MB SELANGOR : RAHMAT DI SEBALIK KEMELUT
SIAPAKAH PEMIMPIN TERBAIK YANG DIHARAP MEMIMPIN UMAT ?
PEMIMPIN TERBAIK YANG DIDAMBAKAN MEMIMPIN UMAT IALAH MEREKA YANG TIDAK BERIYA-IYA MENUNTUT JAWATAN. ORANG YANG MENAFSIRKAN JAWATAN ADALAH AMANAH. ORANG YANG SENTIASA MEMPERINGATKAN DIRINYA BAHAWA DIA AKAN DIPERTANGGUNG JAWABKAN DI HADAPAN ALLAH ATAS APA YANG DILAKUKANNYA. IA TERDETIK BERTINDAK PANTAS MENANGANI ADUAN RAKYAT WALAU BETAPA KECIL SEKALI PUN. TAMBAH-TAMBAH LAGI MASALAH YANG BESAR, YANG PERLU DIBERI KEUTAMAAN DITANGANI DENGAN BIJAKSANA DAN TUNTAS.
IA BERKHIDMAT UNTUK DUNIA DENGAN PENUH TANGGUNG JAWAP. IA MENYEDIAKAN DIRINYA UNTUK MENJAWAP DI HARI AKHIRAT. INILAH CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG PERLU DITONJOLKAN KE HADAPAN. KENAPA ? IA TIDAK MENUNTUT JAWATAN DAN SEDIA BERUNDUR APABILA PERLU. IA BERSEDIA UNTUK DINILAI RAKYAT SEPANJANG MASA.
BOLEHKAH IA TERLAKSANA DALAM SISTEM DEMOKRASI YANG BERMATI-MATIAN BERJUANG , MEMPERALATKAN KUASA SETELAH MENDAPAT TEMPAT MENGISI JAWATAN ?
PEMIMPIN YANG MENUNTUT JAWATAN KONON ITU ADALAH MILIKNYA SANGAT BERBAHAYA MEMIMPIN UMAT. MEREKA SANGGUP MEMPERALATKAN PROSES DEMOKRASI DAN PANDAI MEMPERMAINKAN ISU UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT, KONON PERUBAHAN PERLU DIBUAT DENGAN SEGERA, DENGAN TERGESA-GESA UNTUK SATU LANGKAH STRATEGIK DEMI MENYELAMATKAN KEADAAN YANG GAWAT. SEBENARNYA INSIDEN YANG DIREKAYASA UNTUK KEPENTINGANNYA. KONON ADA SESUATU YANG TIDAK KENA DAN PERLU MEMANGSAKAN ORANG YANG TIDAK DISENANGI DI DALAM LINGKARAN, SPEKTRUM KEKUASAANNYA.
DEMOKRASI DIPACU MENGIKUT CITA RASA DAN NAFSU SERAKAH SANG PEMIMPINNYA DI PENTAS KUASA. TUJUANNYA UNTUK MEMPAMERKAN KUASA. DENGAN MENUNGGANGI PARTI, MEMPERALATKAN PROKSI DAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT. SELURUH MEKANISME DEMOKRASI DIPERGUNAKAN DEMI MEMUASKAN KEHENDAKNYA .
BAGAIMANA KITA HENDAK KELUAR DARIPADA SITUASI YANG DIBENTUK MENGIKUT ACUAN YANG BANYAK MEMANGSAKAN KEADAAN ? DALAM SITUASI INI, TERUTAMA KRISIS DI SELANGOR BANYAK MENGANDUNG HIKMAH DAN MEMERLUKAN MUHASABAH. DICELAH-CELAHNYA MENGANDUNG RAHSIA DALAM MENGNALAI PEMIMPIN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR LAYAK MEMIMPIN UMAT ?
ALLAH AKAN MEMBERI INSPIRASI KEPADA PIHAK YANG MEMILIH PEMIMPIN . BAGAIMANA MENCARI JALAN KELUAR YANG PALING SELAMAT. BAGAIMANA ? APABILA KITA BERPANDU KEPADA PEDOMAN YANG DITURUNKANN ALLAH. BAHAWA PEMIMPIN TERBAIK IALAH MEREKA YANG TIDAK MENUNTUT-NUNTUT JAWATAN DAN MEMAKSA KEHENDAKNYA DITERIMA BAHAWA JAWATAN ITU MILIKNYA SECARA MUTLAK.
PAS PARTI BERHALATUJU – BERPRINSIP MAMPU MENGEMUDI HALUAN PAKATAN RAKYAT
Pendirian PAS nampaknya konsisten. Tidak semua perkara dalam PR mesti bersetuju secara melulu dan menjadi rubber stamp sebagaimana yang duilakukan oleh BN. Apabila presiden BN atau PM bercakap semuannya mesti akur. Meski pun ia bercakap dalam kapasiti UMNO. Juga tidak semua perkara mesti menentang secara semborono.
Masing-masing ada kekuatan dan ada pendirian untuk saling menghormati di antara satu sama laion. Semangat permuafakat dan menghormati pendirian berlandaskan perjuangan yang menjadi ideologi parti masing-masing mesti dipelihara. Jangan ada sikap untuk memaksa dan mendominasi. Mengapa ? PAS tidak sama dengan DAP. DAP jangan disamakan dengan PKR dan PKR tidak sama dengan PAS dari segi struktur dan cara membuat keputusan.
Justeru mesti dicari cara yang betul dalam menangani krisis MB di Selangor. Buat masa ini PAS tidak setuju untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Selagi masalah ini tidak selesai TS Khalid Ibrahim masih MB yang sah yang mendapat perkenan Sultan.
Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik. Khalid pun telah berkata jika mahu memecat saya lakukan secara berperlembagaan dengan membawa undfi tidak percaya dalam sidang DUN dan buktikan secara sah saya ditolak sebagai MB Selangor.
PAPARAN PALING MENARIK MINGGU INI – GAMBAR LEBIH BERERTI DARIPADA 1000 PERKATAAN
PUNCA KRISIS IALAH MASALAH DALAMAN PKR YANG GAGAL DISELESAIKAN DENGAN HIKMAH.TUNTAS OLEH DS ANWAR IBRAHIM. UMUM TAHU ANTARA KHALID DENGAN AZMIN BERTENTANGAN. AZMIN TUNTUT HAKNYA UNTUK MENGGANTIKAN KHALID. KHALID MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU MB YANG DITERIMA RAKYAT DAN PR SECARA BULAT.INI BERDASARKAN MANDAT YANG LEBIH BESAR SELEPAS PRU 2013.INI BERASASKAN PRESTASI CEMERLANG YANG BELIAU BUKTIKAN SEBELUMNNYA.
SELANGOR PUNYAI 3 BILION LEBIH LEBIHAN. ADAKAH INI YANG MENJADI BURUAN ? BILA KUASA MENJADI REBUTAN YANG BAIK DIKATAKAN BURUK DAN YANG BURUK MENJADI UNGGUL. ITULAH SENI POLITIK THE ART OF POSSIBLE. POLITIK TANPA MORAL DAN KONSISTENSI ADALAH KEBUSUKAN.
MANGSANYA IALAH RAKYAT BAWAHAN DI TANGAN PARA POLITICAL ANIMALS. JADI APA BEZANYA ANTARA POLITIK BN YANG DITOLAK KERANA RAKUS DENGAN POLITIK PR YANG TELUS. JADI ADAKAH MEREKA BERBEZA APABILA DNANYA BERASAL DARIPADA SUMBER YANG SAMA
KRISIS MB SELANGOR – PENDIRIAN PAS KENYATAAN RASMI SU AGONG MUSTAFA ALI

TERKINI KRISIS MB SELANGOR- 2 ADUN PAS MENYERTAI WAN AZIZAH
Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.
“Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia,” katanya.
“Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatan dan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor,” kata Saari
“Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,” katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.
“Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 haribulan ini. Sebab itu sabar,” katanya lagi.Justeru, beliau menasihati kedua-dua Adun itu menarik balik tindakan mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon pada PRU13 lalu.
KRISIS SELANGOR :BIARLAH KITA MATI DALAM JEMAAH – ADUN PAS MERU DR ABDUL RANI Krisis Selangor : Biarlah Kita Mati DALAM JEMAAH

JANGAN TERLALU TERUJA DENGAN BARAT – SIKAP MEREKA TERHADAP HAK ASASI SANGAT BURUK !!!
Ketika buah epal jatuh ke atas kepalanya, Isaac Newton berfikir . kENAPAKAH JADI BEGITU ? KEJADIAN ITU BERLAKU ENTAH BERAPA JUTA KALI. IA MERUPAKAN SUNNATULLAH. Hasilnya mencetuskan teori yang besar. Teori yang diangkat menjadi HUKUM – HUKUM GRAVITI. Barat sangat membanggakannnya. Sumbangan yang besar kepada kemanusiaan. Nama Newton terangkat sebagai ahli fizik yang tersohor pada abad ke 17 dan 18( 1643-1727 ).
Isaac Newton Quote: “It is the perfection of God’s works that they are all done with the greatest simplicity, He is the God of order and not of confusion.”
Malangnya ketika ribuan juta ton bom digugurkan dke atas penduduk Gaza kanakl-kanak dan oram awam siang dan malam di tempat-tempat terbuka termasuk hospital dan kilang roti, badan kemanusiaan yang terbesar PBB tidak pun terfikir ini satu tragedi yang besar zalim -anti kemanusiaan. Para pemimpin Barat dan jaguh – jaguh hak asasi manusia bungkem diam. Begitu juga dengan para pemimpin utama di dunia yang mendapat hadiah novel.Hadiah keamanan itu telah dianugerah kepada tokoh – tokoh yang paling banyak membunuh dan melanggar hak asasi. Manusia yang kejam diberi Hadiah Keamanan.
Dunia oh dunia. Itulah yang jadi bila manusia mengangkat dirinya menjadi TUHAN dan mengubah nilai dengan sesuka hati mengikut cita rasa sendiri. Seorang tokoh sains, jaguh dalam ilmu fizik, salah seorang yang terlibat dalam pembuatan bom atom yang digugurkan ke atas Hiroshima dan Nagasaki telah berkata :
BUMI INI SANGAT BERBAHAYA UNTUK DIDUDUKI. BUKAN KERANA TERLALU RAMAINNYA ORANG -ORANG JAHAT YANG BERBUAT KESEWENANGAN TETAPI KERANA TERLALU RAMAINYA ORANG -ORANG YANG BAIK YANG MELIHAT KEDURJANAAN BERLAKU DI DEPAN MATA TETAPI MERELAKANNYA BERMAHARAJA LELA TGANPA BERBUAT APA-APA.
Justeru Al Quran, firman Allah yang benar, tidak pernah meleset,terbabas untuk dijadikan pedoman hidup .Awal-awal lagi Al;lah telah berfirman. Jangan sesekali tunduk kepada kuasa yang jahat dari mana ia datang sebagai tanda kita mengagungkan kekuasaan Allah semata- mata. Tolah thogut, selanin Allah ,syarat dan bukti iman total kepada Rabbul Alamin :
Wajiblah ada segolongan daripada umat manusia yang menyeru ke arah makruf dan mencegah kemungkaran mereka itulah yang orang-orang beroleh kejayaan,diberi kemenangan.
Kamu seru orang lain kepada kebajikan tetapi kamu lupa kepada diri sendiri. Kami membaca Kitab apakah kamu tidak mengerti.
Dalam sejarah kemanusiaan, Amerika sebagai ADI KUASA TUNGGAL DUNIA mengangkat dirinnya sebagai POLIS DUNIA.Berselindung di sebalik “POLIS DUNIA” ,ia sering melanggar hak asasi manusia. juga mendiamkan kezaliman apabila dilakukan oleh konco-konconya.
Lebih malang lagi apabila kezaliman berlaku di negara-negara umat Islam yang langsung tidak mematuhi standad kerajaan yang baik apabila mengganasi rakyatnnya sendiri. Contohnya apa yang kini berlaku ke atas Mesir dengan naiknya junta tentera bernama Jeneral Al Sisi.
Negara dan kumpulan negara-negara umat Islam seperti OIC masih tidak berupaya untuk berbuat apa-apa.Jadi bagaimana Tuhan akan redza kepada kita untuk diangkat menjadi KHALIFAHNYA DI ATAS BUMI ? Teruji dengan suri teladan yang baik yang diwarisi berdasarkan sunnah nabi.
Barang siapa yang berjalan bersama dengan orang -orang zalim sedangkan ia mengetahui ia ITU zalim sesungguhnya ia terkeluar daripada Islam.
Amaran yang lebih tegas diberikan Rabbul alamin :
Jangan kamu cenderung kepada kezaliman KELAK kamu di sentuh apai neraka.
ISLAM ITU ADALAH AGAMA, PEDOMAN HIDUP UNTUK ORANG YANG YANG MENJERIT-JERIT MENUNTUT PEMBEBASAN DARIPADA SEGALA BENTUK KEZALIMAN. IA ADALAH IEOLIGI HIDUP UNTUK ORANG YANG BERSUSAH PAYAH MENENGAKKAN KEADILAN. IA MEN JADI SEKOLAH LATIHAN UNTUK SESIAPA YANG MENERIAKKAN PEMBEBASAN DARIPADA SEGALA BENTUK PENGONGKONGAN .
