
Tabik hormat kepada Recep Taiyyib Erdorgan Presiden Turkey. Mengapa ? Beliau menyuntik semangat baru yang memberi kekuatan kpd dunia Islam. Erdogan berani menyanggah Barat untuk memecah i hegemoninya. Barat yang dikepalai AS sebenarnya kuasa yang memaksakan kekuasaannya ke atas dunia. Terutamanya negara- negara Islam di Timur Tengah. Mereka menjadi permainan, diperkotak-katikkan Barat. Dalam situasi yang kalut beliau mengeluarkan kenyataan, mengangkat kepala kami ada sejarah dan maruah. Berikut adalah kenyataannya ;
1. Turki akan mengambil tanggung jawab ke atas Baitul Muqaddis yang diserang Israel. Sedangkan Mesir dan Saudi Arabia tidak memberi apa- apa reaksi
2. Orang Islam lebih dulu menemui Benua Amerika. Bukan Colombus yang menemui Amerika pada tahun 1492. Benua itu telah ditemui oleh pelayar muslim 300 tahun lebih awal. Tepatnya pada TM 1172. Catatan harian Colombus menyebut beliau telah nampak kubah masjid dan mendengar laungan azan dari masjid di puncak bukit di pulau Cuba.Erdogan menyatakan akan meminta kerjasama Presiden Cuba untuk membina semula masjid di atas bukit tersebut.
Pengumuman ini meredakan sedikit kegawatan di dunia Islam. Tidak ada pemimpin yang berani melawan Amerika. Tidak ada pemimpin yang berani membela para pejuang Islam. Mereka yang masih ada maruah. Para pejuang yang berani mempertahankan hak kedaulatan Islam daripada dicabuli dan dibuli oleh musuh-musuh Islam yang berniat jahat membunuh roh Islam dari luar dan dalam.
Pengumuman ini meredakan sedikit kegawatan di dunia Islam. Tidak ada pemimpin yang berani melawan Amerika. Tidak ada pemimpin yang berani membela para pejuang Islam. Mereka yang masih ada maruah yang berani mempertahankan hak kedaulatan Islam daripada dicabul dan dibuli oleh musuh-musuh Islam.
Pengumuman ini juga memecah kebuntuan.Siapakah yang berani menjadi pembela maruah Islam yang sedang jatuh ini.Jatuh hingga ke peringkat dayus menjadi BARUA Amerika. Amerika sah adalah kafir harbi kerana berani menceroboh dan menyerang negara-negara umat Islam. Contohnya Mesir di bawah Pres Al Sisi sanggup menyediakan 50,000 tentera untuk menyerang Libya supaya tunduk kepada kemahuannya.Dalam erti kata yang lain secara tidak langsung mengalah kepada kehendak Barat menerusi proksi yang direstui Amerika. Di Timur Tengah terdapat beberapa negara yang terlalu pro Amerika sehingga sanggup bertindak kejam mengganasi rakyat.
Kesimpulanya setujukah untuk kita katakan kini hanya Turki yang menjadi pembela Islam.Alangkah baik sekiranya kuasa-kuasa yang ada di Timur Tengah bersatu. Arab, Parsi dan Turki bersatu atas nama ISLAM. Sebagaimana kata Khalifah Umar Al Khattab.
“Kamu menang ke atas orang-orang kafir kerana akhlak kamu lebih baik daripada mereka. Apabila akhlak kamu sama dengan mereka atau lebih buruk lagi,kamu pasti akan menderita kekalahan. Kamu mulia kerana Islam apabila kamu meninggalkan Islam kamu akan menjadi sehina-hina makhluk di atas muka bumi. Inilah musibah yang berlaku ke atas dunia Islam pada masa kini.Tidak ada pendirian untuk memelihara kedaulatan Islam yang diamanakan Allah untuk mempertahankannya.
Sumber aj-jazeeera :
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2014/11/erdogan-says-muslims-discovered-americas-20141115181222841516.html