Kehilangan pesawat Air Asia QZ 8501 telah berlalu selama 19 jam. Belum ada kepastian apa yang sebenarnya berlaku ? Belum ada satu kenyataan rasmi dikeluarkan. Loporan tidak rasmi melaporkan pesawat tersebut menghilang di sebelah timur Pulau Belitung.

APA KHABAR PESAWAT AIR ASIA QZ 8501: DI MANAKAH MENGHILANG ?

Kehilangan pesawat Air Asia QZ 8501 telah berlalu selama 19 jam. Belum ada kepastian apa yang sebenarnya berlaku ? Belum ada satu kenyataan rasmi dikeluarkan. Loporan tidak rasmi melaporkan pesawat tersebut menghilang di sebelah timur Pulau Belitung.

Apa yang sebenarnnya berlaku beum disahkan. Kemungkinan besar pesawat tersebut terperangkap dalam awam  tebal yang berlapis-lapis di udara dan terpaksa mengubah haluan untuk melepasinnya. Awan ini mengandung kristal ais dan sarat dengan aur letrik yang mencetuskan kilat dan petir.

SATU LAGI TRAGEDI MENIMPA NEGARA: PESAWAT AIR ASIA LESAP DI UDARA !!!

Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas 30 Disember 2014

Pesawat  Air Asia dalam perjalanan jarat dekat antara Surabaya menuju Changi, Singapura diilaporkan hilang. Menara kawalan di KL tidak dapat menghubunginya. Tidak ada penafian dan keterangan lanjut tentang kehilangan itu. Belum ada  penjelasan rasmi daripada CEO Air Asia Tony Fernandez.

Siapakah yang mula mula memberi respons. Tidak lain dan tidak bukan melainkan Pres Barrack Obama yang baru PM Najib bertemu dan bermain golf dengannya.Obama dalam reaksi singkatnya setelah diberi taklimat menyatakan akan memerhat peristiwa itu secara lebih dekat untuk menelitinya. Ini menunjukkan MALAYSIA sangat dekat dalam perhatian pemimpin No 1 Adi kuasa dunia.

 

PM NAJIB BERGEGAS PULANG SETELAH DIKRITIK HEBAT

 

Ketika saya berada di sini, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, yang telah memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan semua yang mereka boleh untuk membantu mereka yang telah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

PM NAJIB bergegas pulang setelah dikritik hebat menghabiskan percutian di Hawaii.Beliau sempat bermain golf dengan Pres Barrack Obama di sana. Najib dikritik kerana leka bermain golf di saat ratusan ribu rakyat menderita banjir. Serangan banjir kali ini adalah yang terburuk menimpa Kelantan sepanjang tempoh  20 tahun yang lalu.  Umum mendesak supaya kerajaan mengisytiharkan darurat untuk menyegerakan bantuan langsung daripada kerajaan pusat.

Ada yang marah-marah dengan membandingkan sikap Najib dengan Khalifah Umar Al Khattab ketika menghadapi bencana kebuluran yang menimpa Madinah di saat kekuasaannya. Umar yang begitu perihatin sanggup berlapar bersama dengan penanggungan rakyat.Terbit kata-kata masyhur daripada beliau :

PEMIMPIN TERBURUK IALAH YANG DIA KEKENYANGAN

DI SAAT RAKYATNNYA MENDERITA KELAPARAN

PM Najib yang bertolak dari Los Angeles telah tiba pada jam 1.40 tgh  di Lapangan Terbang Sultan Yahaya Putera.Beliau disambut oleh Datuk Mohamad Yaakub MB Kelantan .

KATA NIK ABDUH : BANJIR TANDA KEMURKAAN ALLAH -WAJARKAN PELAKSANAAN HUDUD

Image result for Nik Abduh Nik Mat“Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud.”

“Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu,” tulisnya.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

“Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi,” katanya

“Isu banjir sekarang ni tiba-tiba puak-puak  lebai ni bincang fasal hudud, sabar sat kalau nak laksana pun… Islam ni bukan pada hudud saja.Banteras rasuah penyelewengan, korupsi kerajaan, ketirisan pun tak sudah-sudah lagi. Selamatkn rakyat dulu, macam hang seorang nak msuk syurga ustaz oi!” kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.


MALAYSIA MENGHADAPI KEJATUHAN HARGA MINYAK DAN NILAI RINGGIT

MENTERI KATA EKONOMI KITA MASIH DI ATAS LANDASAN YANG KUKUH

Malaysia sedang melalui zaman ekonomi yang gelap dan  payah. Nilai ringgit terus menyusut berbanding dengan USD, dollar  Singapura , Bath dll mata wang dunia. Kedua kita juga mengalami penuruanan harga minyak.Bermakna pendapatan negara kian menyusut. Defisit belanjawan juga semakain parah. Bermakna kita telah berbelanja lebih berbanding dengan pendapatan.Hutang negara kian meningkat melepasi 50 peratus KDNK negara.

Alamat-alamat ini menujukkan keadaan ekonomi yang tidak sihat dan mungkin mencemaskan. Ada penganalisis menyataakan ia seperti keqadaan krisis yang melanda Greece. Fonomena berbentuk petunjuk ini membawa mesej ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan ekonomi kita. Namun penjelasan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Abdul Wahid Omar tidak menujukkan sebarang riak bahawa ekonomi kita bermasalah. Beliau masih yakin ekonomi kita bergerak di atas landasan yang betul.

Kesimpulanya jawapan itu lebih kepada statistik  yang sukar diterjemahkan dalam bentuk penanggungan dan derita  rakyat. Jawapan itu lebih kepada jawapan bersifat politik BN dengan mempermainkan perangkaan.Bagaimana menerjemahkannya kepada lapisan kehidupan rakyat yang terjerut dengan inflasi. Bagaimana menjelaskannya kepada keluarga penoreh getah yang menaggung 5 orang anak.Pendapatan hanya RM 20/ sehari berhadapan dengan harga ikan kembung sahaja RM 15 sekilo.

BUKTI KESUNGGUHAN WANITA INI MENANGANI BENCANA BANJIR

BERITA BERGAMBAR : Ahli parlimen  wanita   mewakili  PAS , Siti Zailah Mohd Yusuf mengharungi banjir di Rantau Panjang.Beliau menggunakan seluruh upaya untuk menyelamatkan mangsa banjar besar yang mengepung penduduk di Rantau Panjang. Ramai yang terperangkap,  belum dapat diselamatkan. Bot-bot yang dibekalkan tidak mencukupi. Beliau bertindak pantas menghubungi semua pihak untuk menyegerakan operasi bantuan.Ada penduduk yang berlindung di atas bumbung, di atas pokok dan mana saja tempat tinggi untuk bergayut.

Siti Zailah Mohd Yusuf Ketua Wanita PAS Pusat, ahli Palimen Rantau Panjang

“Keadaan sekarang amat kritikal serta suasana cemas apabila ada mangsa-mangsa yang tidak dapat kita selamatkan lagi kerana kekurangan bot penyelamat.
“Saya merayu semua pihak tampil beri bantuan, terutama bot-bot penyelamat untuk kita keluarkan ke semua mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir.
“Saya turut dimaklumkan ada mereka yang terpaksa berlindung di atas pokok dan bumbung rumah, bantuan perlu disegerakan,” katanya sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.

 

ADAB MELAYANI LAUT, SUNGAI , HUTAN DAN TANAH NEGARA

Firman Allah dalam Al Quran Surah Ibrahim, surah  ke 14 ayat ke 7  yang berbunyi  :

Waiztaazzana laiinsyakartum laazidannakum walain kafartum innalaaza bi lasyadid, maksudnnya

Ingatlah ketika Rabb kalian mengisytiharkan, ” Sesungguhnya jika kalian bersyukur  nescaya Aku akan gandakan nikmat kepada kalian  tetapi jika kalian mengengķari nikmatku maka pasti azabku sangat pedih.

Dalam satu ayat lagi Pencipta Alam Raya Rabbal alamin memperingatkan manusia yang diangkat sebagai khalifah atau wakilnya di mukabumi. Suarah Ar Rum ayat 41 yang maksudnya :

Telah tampak zahir nyata kerosakan di darat dan di lautan oleh aktiviti tangan- tangan manusia.

MENGAPA KEMUSNAHAN BERLAKU DI DEPAN MATA ?

Lihatlah kenyataan-kenyataan yang berlaku di depan mata 57  tahun sesudah merdeka :

♧ Penjajah Inggeris tidak membenarkan nelayan kita menggunakan pukat tunda, pukat harimau, pukat hantu,pukat buaya atau sebarang pukat yang membunuh kehidupan laut secara rakus.Selepas berperintahan sendiri populasi dan habitat ikan musnah secara drastik – akibat penangkapan ikan ditepi pantai tanpa kawalan Nama – nama pukat langsung tidak mesra alam -pukat harimau,buaya, hantu, apollo dsbnnya.Ikan ditangkap meski pun di musim ia bertelur. Apa yang sudah jadi dengan kita ? Laut yang sepatutnya menjadi ladang dan tempat tuaian ikan yang matang kini menjadi tempat penjarahan tanpa rehat . Akibatnya laut kekosongan hidupan apabila manusia memburunya menjadi sasaran tanpa rehat.Sedangkan ia diciptakan untuk berbakti kepada manusia. Beradablah sedikit terhadapnnya. Adakah peringatan daripada Tuhan ini diperhatikan oleh para pemimpin di negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama bagi persekutuan tetapi tidak menjadi hamba Allah yang ihsan beradab kepada alam dan hidupan.Alam sekitar terus dijarah dengan gelojoh, ikan di laut ditangkap tanpa rehat dan sungai dicemari  sehingga kosong hidupan.Sedangkan di negara- negara yang  bukan Islam adab ini dihormati. Mampukah kita menjadi umat contoh yang diredhai Allah dengan sikap  pemusnah alam sekitar yang diamanahakan untuk memuliharaya. Kita membelakangi Allah Ar Rahman dan Ar Rahim apabila menjadi makhluk perosak. Kita zalim terhadap alam. Justeru kita terpaksa mengimport berbilion ringgit untuk pemakanan.

♧ Di jalan raya kita melihat lori panjang mengangkut kayu yang boleh dikategorikan sebagai balak. Hutan ditebang sehingga alam sekitar terjejas mengakibatkan banjir kilat .

♧ Sungai banyak yang terkambus atau menjadi sungai mati yang kosong penghidupan.

♧ Tanah Simpanan Melayu yang ditinggalkan penjajah Inggeris 16.9 juta hektar hanya tinggal 12 % sahaja .Tinggal 1.6 juta hektar sahaja. Negeri ini dinamakan Tanah Melayu kerana kita ada TSM . Bila TSM pupus bolehkah kita mendakwa KETUANAN MELAYU di atas tanah yang telah menjadi hak orang asing.

Melayu tidak boleh dipisah daripada Islam. Islam adalah AGAMA BAGI PERSEKUTUAN. Justeru sayugia pedoman daripada Allah menjadi ikutan dan pegangan kita. Kita juga mengamalkan konsep Raja Berlembagaan dan demokrasi berparlimen. Apabila hak dan perkara yang terjamin dalam perlembagaan dihilangkan Raja yang menjadi penjaga perlembagaan sebagai Khalifah dan wakil Tuhan “Ketua Agama” wajib menegur dan bertindak. Mengapa amanah telah dilanggar dan dikhianati. Sebagaimana kata ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang tersohor , Shaikh Abdullah Fahim :

Bila kita sudah merdeka jangan ada pemimpin ambil kesempatan buat kekayaan di atas belakang rakyah

Perkembangan yang berlaku di luar negara :

Negara -negara berasaskan ekonomi pertanian New Zealand, Australia, Belanda, India, Norway, Sweden, Denmark, AS dan Jepun terus maju dalam sektor perikanan,pengeluaran bijirin, tenusu, daging, perubatan dll. Mereka menjadi pengeksport hasil pemakanan dunia. Paling nyata Thailand. Kita masih terkial -kial hilang hala tuju sehingga terpaksa mengimport lebih daripada RM  20 bilion untuk barang makanan.Kejatuhan ringgit akan meningkatkan lagi nilai import negara.

Norway dan Sewden menjadi pengekport ikan yang terkenal apabila menjaga alam sekitar dengan piawaian yang ketat. Tangkapan tidak dibenarkan semasa ikan mengawan. Penggunaan pukat dihadkan. Ikan besar ditangkap menggunakan pancing. Ketam ditangkap menggunakan perangkap besar seperti bubu.Ikan kecil dan anak- anak ikan dibiarkan membesar. Laut menjadi sumber pemakanan. Jadi ia wajib dihormati sebagai satu kurniaan.

Mynmar juga memelihara lautnya dengan membuat zoning. Ikan ditangkap berperingkat – peringkat. Enam bulan di sesuatu tempat kemudian ditinggalkan untuk memberi peluang ikan membesar tanpa gangguan .

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...