‘Multaqa PAS ‘bagai simbah minyak ke api’-Ustaz Ahmad Awang

4630f0cfaec45e6ce109edc9c345e195
ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.

Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.

Di mana hasilnya?

Sewajarnya golongan ulama’ akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya.

Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa.

Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa Pakatan dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna, malah diungkitkan pula permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam Pakatan.

Secara umum ia merupakan usul yang sama seperti usul multaqa ulama’ yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahalluf siyaasi (kerjasama politik) ‘dikaji semula’.

Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa ‘kajian semula’ itu bermaksud “kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi”!

Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini?

Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama.

Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing.

Pecahkan atau kukuhkan Pakatan?

Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi.

Ia seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya.

Sedangkan itu semua pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat “tabayyun” dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman?

Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan Pakatan atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ia dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat multaqa menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program-program liqa’, neqad, ijtima’dan multaqa itu sendiri tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama’ yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama’, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.
Bahagian kedua diterbitkan esok: Ulama bukan tiket dapat pujian, dokongan
AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.

Sumber dari http://www.malaysiakini.com/news/290429

Unity Government dan respons Niz Aziz

Niz Aziz telah pergi meninggalkan kita. Beliau antara individu yang terlibat dalam kerajaan perpaduan  antara PAS dan UMNO dalam tahun 70 an dulu.UMNO menggunakan alasan perpaduan Melayu untuk memujuk PAS menyertai mereka selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 1969. Setelah keaadaan pulih dan UMNO kembali kuat, PAS ditendang keluar begitu sahaja. Pengalaman pahit ini dilalui oleh Tuan Guru Nik Aziz. Akibatnya PAS kehilangan penguasaan ke atas kelantan dan tewas dalam pilihanraya berikutnya. Pas mengambil masa 12 tahun untuk merampas semula kelantan melalui kerjasama dengan  Tengku Razaleigh Hamzah dalam angkatan perpaduan ummah.

 

Dalam Hadis nabi ada menyebut orang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Kini timbul semula suara-suara dari golongan ulama untuk bersatu semula dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan. Dengan keaadaan yang nazak ketika ini,UMNO memang sangat memerlukan PAS. Apakah PAS kan termakan dengan pujuk rayu UMNO? Sanggupkah PAS ditipu untuk kali keduanya?Semasa hidupnya, Niz Aziz memberikan jawapan yang tegas dan jelas mengenai persoalaan ini.

PAS :DEMI SURVIVAL DEMI KESINAMBUNGAN PERJUANGAN ULAMA DAN PROFESIONAL BERMUAFAKATLAH

Bahagian 1-

ULAMA DAN PROFESIONAL BERSATULAH DEMI MASA DEPAN PAS                       YDP PAS 1 HJ AHMAD FOAD  

Hasil carian imej untuk Penubuhan PAS 1951                                    DR HJ ABBAS ALIAS YDP KE 2  DR BURHANUDDIN YDP KE 3

                 PAS bermula dengan NGO, Persatuan Alim Ulama Semenanjong sebelum menjelma menjadi Parti Islam Se Malaya. Sejak awal, Persatuan itulah yang membawa obor, semangat dan tekad untuk melaksanakan syariat Islam dalam pemerintahan negara selepas merdeka. Maka bersatulah segenap ulama di bawah payung pertubuhan itu. Ulama- ulama pun bersidang di Muar Johor untuk melakar usaha cara mana menjadikan Islam berperanan dalam negara Malaya merdeka.

Suasana pada ketika itu berlatar belakangkan zaman darurat. Parti Islam Hizbul Muslimin pimpinan Shaikh Abu Bakar Al Baqir telah diharamkan akibat darurat tahun 1948. Begitu dengan pertubuhan – pertubuhan kiri PKMM , API, AWAS dll diharamkan penjajah. Ketika itu ISA tahan tanpa bicara undang – undang zalim/ draconian ciptaan penjajah  berleluasa. Ia diguna pakai oleh penjajah dengan sewenang-wenangnya. untuk menumpaskan gerakan rakyat menuntut kemerdekaan yang tulin, penuh.

Satu-satunya pilihan yang ada pada ulamak untuk selamat ialah menyerap dan menyertai UMNO. Mengapa ?  UMNO sahaja parti yang dibiarkan dan dibenarkan  oleh penjajah untuk bergerak. UMNO memilih bekerjasama dengan Inggeris dan amat mesra dengannya. Inggeris membuka ruang untuk UMNO berkembang  setelah parti-parti saingan UMNO ditutup. Ulama menyertai UMNO.Tujuannya untuk mengenali hati budi dan sikap UMNO terhadap Islam dari dekat. Apakah masih ada sisa-sisa berupa niat dan tindakan UMNO untuk kembali kepada Islam atau sekadar ritual/ tingkah politik  semata-mata.

Ketika itu ulama – ulama tersohor Haji Abdullah Fahim, Haji Ahmad  Fuad, Haji Ahmad Maliki,  Haji Ahmad  Badawi, Haji Mansor JP , aktivis – aktivis Hizbul Muslimin mencuba menyampaikan mesej Islam menerusi  Biro Agama UMNO. Haji Ahmad Foad menjadi ketuanya. Mereka bersangka baik dan percaya bahawa UMNO yang sekular dan feudal tidak akan lupa dengan Islam. Masih mempunyai niat  untuk  melaksananakan  Islam selepas mencapai kemerdekaan. Sebaik mungkin ulama  memujuk para pemimpin UMNO supaya menjadikan  Al Quran dan sunnah rasulullah dasar pegangan.

Justeru mengapa PAS atas nama parti perlu ditubuhkan juga ? Bukankah sudah ada UMNO yang disertai oleh ulama di dalamnnya. Setelah berada dalam UMNO , ulama- ulama mulai sedar dan mencapai kesimpulan yang tuntas. Bahawa  UMNO tetap mengikut acuan penjajah. Sama sekali tidak ada niat untuk menjadikan Islam sebagai dasar negara. Perlembagaan yang dilakar oleh Lord Reid meletakkan Malaya sebuah negara sekular.

Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan ini dengan sendirinnya tertolak. Ini berlaku walau pun ada fasal yang memberi jaminan bahawa Islam adalah AGAMA BAGI PERSEKUTUAN. Bila dikaji pelaksanaannya, Islam hanya bersifat upacara sahaja. Kedudukan mahkamah syariah masih kecil.Mahkmah yang berdaulat tetap mahkmah Sivil yang melaksanakan  undang-undang  sekular Barat.

Orang – orang Islam dinafikan ruang dan peluang untuk dibicarakan dalam muamalah,jenyayah dan sosio ekonomi mereka mengikut hukum Islam di mahkamah syariah.Syrik, riba, arak,judi dan zina dibiar berleluasa.Hanya hukum syariat yang mampu mengekang,mengawalinya.UMNO yang mengikut rencana penjajah tidak ada niat dan minat untuk mengkajinya. Mengapa ?

Sejak dari awal UMNO terlalu jinak dan menjadi anak manja didikan Inggeris. Sentiasa akur dengan kehendak  penjajah dalam menentukan haluan negara. Penjajah menyediakan segala-gala untuk UMNO – perlembagaan, lembaga-lembaga negara,pasukan polis termasuk SB , perlembagaan termasuk undang-undang draconian  ISA. Segalanya sebagai syarat kemerdekaan. Segala-galanya  berbau penjajah termasuk lagu kebangsaan, jalur bendera, tugu,sistem pendidikan yang mengeluarkan subjek jawi daripadanya,  dll Dipersiapkan mengikut rekayasa, kehendak penjajah supaya Malaya kekal menjadi negara sekular yang tetap berkiblat ke Barat. Sama seperti Turki, Tunisia dll.

Berita dari Utusan Melayu  Ogos 1951 mengenai loteri

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk ke dalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an

Loteri judi Umno sokong

Perkara yang lebih menjengkelkan ulama dan menghilangkan kepercayaan  terhadap parti itu ialah pada awal tahun 1950an  UMNO menyokong loteri kononnya untuk kebajikan. Bila  UMNO menyokong loteri yang begitu sensitif kepada ulama jelas hala tuju dan pendiriannya. Sedangkan ulama telah haramkannya kerana ia bersifat perjudian. Namun UMNO memandang enteng.Ulama kecewa kerana dalam perkara yang sekecil itu pun para pemimpin UMNO tidak faham malahan memutar belitkannya dengan takwil tanpa rujukan yang jitu. Hanya bersandar hukum akal untuk membolehkan kewajarannya.

Rujukan  Surah Al Baqorah ayat 219  Al Baqarah maksudnya :                      Mereka bertanya padamu tentang arak dan  judi katakanlah pada keduannya ada dosa besar dan ada pula bberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduannya lebih besar daripada manfaatnya.  

HANIM OMAR TAK JUMPA AYAT JUDI

Di sini timbul keperluan menubuhkan  Parti Islam Se Malaya singkatannya PAS untuk berperanan secara serius. Ia ditubuhkan bukan untuk memecah belahkan perpaduan Melayu Islam tetapi untuk memadukan Melayu dengan Islam. Tujuannya supaya umat Islam bersatu di bawah partai yang benar memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam . Ia ditubuhkan pada tahun 1951 oleh seorang profesional, doktor perubatan Dr Haji Abbas Alias. Seorang profesional yang mempunyai jiwa Islam yang tulin  lagi mendalam. Beliaulah orang yang bertanggung jawab mendaftarkan PAS sebagai sebuah parti siasah/ organisasi politik .

“Meskipun beliau seorang profesional tetapi jiwanya melekat kukuh kepada perjuangan Islam, yang dipelopori ulamak,” kata seorang aktivis PAS yang pernah berkempen untuknya ketika Dr Abbas bertanding di Titiwangsa

Lambang PAS  Bulan Bintang             Utusan Zaman melaporkan penubuhan PAS 

Hasil carian imej untuk Penubuhan PAS 1951

Perkembangan inilah yang melayakkan PAS untuk masuk bertanding dalam pilihanraya pertama di Malaya  sebelum MERDEKA pada tahun 1955. Inilah tingkah seorang ulama – profesional . Tokoh yang memahami dan menguasai lingkungan . Akur dengan  situasi. Bagaimana menghadapi sepak terjang politik , berhadapan dengan saingan sengit parti sekular UMNO.Tanpa penyertaan PAS , UMNO dan PERIKATAN pasti memenangi pilihanraya sebelum merdeka 100 %. Dalam percubaan pertama PAS yang belum mantap dan kucar-kacir itu ,  menang 1 kerusi parlimen di Kerian melalui calonnnya ulama tersohor Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein.

Beliau seorang  guru pondok dari Pokok Sena Pongsu Seribu, dekat dengan Kepala Batas. Tempat berpusatnya perkumpulan alim ulama. Itulah jasa Dr Haji Abbas Alias seorang profesional juga ulama yang berjaya meletakkan batu asas pergerakan parti siasah yang dasar pegangannya ialah melaksanakan hukum Allah di tanah air yang asalnnya bumi Melayu dan Islam. Tanpa peranan Dr Haji Abbas Alias PAS tidak akan wujud dan membesar sebagaimana kini.

Perjuangan PAS diperingkat awal menunjukkan ulama dan profesional telah bergabung atas nama Islam. Meski pun cetusannya datang daripada seorang dua profesional tetapi hasilnnya sangat berkesan. Jangan dilupakan  bukan itu sahaja jasa besar Dr Abbas terhadap PAS . Beliau memimpin PAS sebagai YDP dalam masa yang singkat dan cemas sahaja. Menerajui PAS setelah ditinggalkan begitu sahaja oleh YDP pertama Haji Ahmad Fuad mudir Al Masriah Bukit Mertajam. Selepas membidani kelahiran PAS beliau sedar dengan batas kemampuannya serta kekangan waktu sebagai pegawai perubatan yang sering ditukar penjajah ke seluruh negara. Beliau berusaha mencari calon pengganti yang berwibawa untuk mengemudikan bahtera PAS yang baru bergerak ke lautan bergelora.

PAS menawarkan kepimpinan kepada ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang Dr Burhanuddin Al Helmi untuk menjadi nakhodanya. Seorang yang telah terjun dalam dunia politik semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Hasil gandingan mantap Dr Burhanuddin dengan Prof Zulkifli Muhammad pensyarah Kolej Islam Kelang PAS berkembang pesat. Sinergi antara keduanya meletakkan PAS di persada politik tanah air. Apakah hasilnya ?

Dalam PRU pertama selepas merdeka tahun 1959 PAS telah menumbangkan UMNO di Kelantan dan Terengganu. Para  pemimpin utama PAS masuk parlimen. PAS menjadi cabaran besar kepada UMNO setelah penjajah melemahkan organisasi politik kebangkitan rakyat. Rakyat mulai kenal apa itu politik Islam dan demokrasi  tanpa dimonopoli oleh UMNO 100 peratus

Kemuncak kejayaan PAS ialah kemenangan besar dalam PRU ke 3 tahun 1969. Kemenangan PAS telah melebar ke Kedah dan Perak. Tidak lagi tertumpu di Kelantan sahaja. Potensi untuk PAS berkembang menyaingi UMNO terbentang luas .Melayu tidak dapat dipisahkan daripada Islam yang menjadi dasar pegangannnya. Pada pertenghan 1970an PAS mulai malap selepas bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional. Ini bentuk taaluf siyasi dan kerjasama hasil permuafakatan di antara Tun Razak dengan Datuk Asri YDP PAS masa itu.Antara PAS dengan UMNO pasca 13 Mei  1969 atas dasar perpaduan Melayu. Datuk Asri yang mengusulkan nama Barisan Nasional mengambil pengalaman daripada gabungan pembangkang Barisan Sosialis.

Taaluf siyasi yang pertama yang menguntungkan UMNO pada jangka pendek dan panjang. Apabila UMNO telah pulih dan kuat ia mencari fasal dan mengacau pentadbiran PAS di Kelantan. Tidak lagi menghormati semangat setiakawan. PAS tidak lagi selesa dalam BN dan terpaksa keluar. Itulah masa sukar bagi PAS akibat kesilapan pemimpin membaca muslihat dan membuat perhitungan.

Akan bersambung ………….

Harapan Kepada Khairy – Jadilah Suara Progresif Mewakili Anak Muda Demi Masa depan Negara ?

Khairy Jamaluddin antara pemimpin muda UMNO yang cemerlang. Anak muda lulusan Oxford antara universiti terbaik dunia. Beliau mula muncul dipentas semasa sewaktu zaman  awal reformasi. Dikenali sebagai pemimpin pelajar yang vokal. Dalam salah satu dailog  antara Dr Mahathir dengan para pelajar di London  beliau diberitakan  pernah bertanya  PM  satu soalan yang sangat mencabar. Soalannya :  Bilakah Dr Mahathir akan berhenti ? Itu dikira satu soalan yang biadap. Kurang ajar  pada kaca mata orang Melayu.

Namun di era itu  soalan itu dipandang berani oleh massa akibat REFORMASI. Sepanjang kerjaya politiknya  Khairy yang  agersif   berhadapan dengan berbagai cabaran getir dalam UMNO. UMNO yang dikira  sebuah parti yang sangat konservatif.Parti yang anti perubahan berdasarkan standad global kerana amalan demokrasi yang sangat terkawal ala Malaysia.

Amalan demokrasi yang sangat menyelesakan BN tetapi menyiksa parti pembangkang. Dari segi rekod walau pun antara pemimpin muda yang terbaik lama beliau tidak terlantik memegang apa-apa jawatan kabinet. Itu  meski pun ia Ketua Pemuda merangkap salah seorang Naib Presiden  daripada 5 orang Naib presiden UMNO.

Beliau antara pemimpin  pelapis UMNO yang paling kanan.Baru terlantik masa Datuk Sri Najib menjadi PM.Tidak sampai 5 tahun. Khairy dikira pemimpin muda yang memiliki cetusan pemikiran yang bernas. Apakah Khairy yang sudah 15 tahun lebih menganggotai UMNO akan kekal progresifkah atau mengikut arus ? Beliau sepatutnnya mengikut jalur untuk  mewakili suara anak muda se Malaysia yang inginkan perubahan dalam kepimpinan negara. Perjuangan untuk  memperbetulkan kepimpinan negara yang dikira rosak, hilang arah  dan kalah dalam persaingan global.

Kepimpinan yang menjerumuskan negara dalam krisis ekonomi, hutang negara yang meningkat, kejatuhan nilai ringgit dan berbagai kebocoran dan pembaziran yang sangat ketara.  Kebanyakan pemimpin  UMNO akan mengikut selera terbanyak para pemimpin utama  UMNO. Mereka  memilih untuk bijak membodek pemimpin demi  untuk kekal bertahan. Namun daripada gerak politiknya Khairy tidak memilih cara begitu.

Baru – baru Khairy telah mengutarakan satu argumen yang baik supaya TNB mengkaji semula harga  tarif letrik. Alasannya  kerana harga minyak telah turun hampir separuh. Satu penurunan yang sangat banyak. Bila bahan utama iaitu minyak untuk menghasilkan letrik turun ,  kos  pengeluaran letrik pun  berkurangan.Jadi tidak ada sebab untuk mengekalkan harga tarifnnya.

Logiknnya tarif letrik naik automatik naik bila harga minyak meningkat. Namun agak liat untuk turun bila harga minyak di pasaran global merosot dengan banyaknya. Usul Khairy itu lenyap begitu saja tanpa sokongan daripada dalam UMNO sendiri. Begitu juga dengan permintaan pengguna untuk menurunkan harga tambang bas yang berterusan naik akibat kenaikan harga minyak .

Bila harga minyak turun  harga tambang di zaman minyak naik tetap kekal Permintaan daripada pengguna yang sangat munasabah itu tidak dilayan oleh kerajaan. Hasil jawapan Tan Sri Hamid Albar  mantar mentyeri kabinet dan salah seorang pemimpin veteran UMNO di era Datuk Sri Abdullah Badawi menjadi PM.