SEBELUM GST : MESEJ PROF UNGKU AZIZ KEPADA ELIT KEKUASAAN !

SIMPATIKAH MEREKA KEPADA RAKYAT JELATA ATAU BUAT DAK AJE !

                                       PUCUKNYA ANGKUH MEMANJAT BUKIT,                                                                   TAK SEDAR AKAR TERENDAM DI PARIT,                                                                         RAKYAT MENGELUH LEMAH DAN SAKIT,                                      SEDIKIT DIBERI BANYAK DIUNGKIT

                                      PUCUKNNYA RANCAK MENANJAK BUKIT,                                                                   TAK SEDAR AKAR BERGELUMANG DI PARIT,                                                                       BAGAI MELEPAS ANJING TERSEPIT,                                                                                DAH JADI PEMIMPIN RAKYAT DIGIGIT

Sebuah karya  riwayat hidup Profesor Ungku Aziz

 

GST APA KATA RAFIDAH-ELAK KELIRU NYATAKAN SENARAI BARANGAN BEBAS CUKAI

GST secara mudah bermaksud cukai belian. Beli barang terus kena cukai 6 peratus. Sebelumnya GST telah dilaksanakan secara terhad.Misalnnya di premis KFC, Kentucky di pusat-pusat jualan mewah.Sasarannnya kepada golongan yang mewah dan berkelebihan.Kini GST diperluas kepada seluruh rakyat. Adakah ia bermaksud beli apa pun kena cukai ? Justeru untuk mengelakkan kekeliruan Tan Sri Rafidah Aziz telah bersuara.Ini gesaaannya :

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015. 

Perangkaan menunjukkan 90 pertus rakyat Malaysia menikmati pendapatan di bawah RM 3,000  iaitu paras di bawah kemiskinan. Patutkah mereka dicukai lagi.Mereka telah diserang inflasi yang berterusan.Kini dibebankan dengan satu bentuk cukai yang menyeluruh yang akan membebankan rakyat secara menyeluruh.

Apakah motif cukai ini dipaksakan.Di zaman dulu pemerintahan raja  yang berkuasa mutlak mengenakan cukai kepala ke atas rakyat jelata secara menyeluruh walau pun rakyatnya daif. Kini kerajaan memperluas satu bentuk cukai yang disebarkan secara merata. Cukai Pendapatan dikenakan ke atas orang yang berkelebihan. Kini semuannya terlibat.Tidak ada siapa yang tidak membeli pada setiap hari. Mungkin yang kecuali golongan-golongan yang istimewa yang tidak dikenakan cukai dan kebal undang-undang .

RESPONS TERHADAP KEGANASAN POLIS : APA SALAHNYA RAKYAT BERHIMPUN – MEMBANTAH SECARA AMAN ?

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mengutuk tindakan pihak polis yang bertindak seperti gengster.Ini berlaku ketika menangkap aktivis dan pemimpin politik yang terlibat dalam Perhimpunan  Kita Lawan di Kuala Lumpur 28 Mac lalu.

“Pecat Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar  dengan serta merta kerana beliau menyalahgunakan kedudukan kuasanya dan bertindak melanggar hak dan kebebasan untuk warganegara, di bawah Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Mereka juga menggesa kerajaan menarik balik Akta Pencegahan Keganasan di Parlimen kerana undang-undang itu membolehkan penahanan tanpa bicara, iaitu terhadap mereka yang menjalankan perkhidmatan demi keadilan hak asasi dan kesamarataan.
“Kami juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa lengah demi mengembalikan keyakinan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata mereka.
Sangat ketara  ini adalah wayangan politik PM DS Najib Tun Razak yang memimpin UMNO-BN. Jelas  beliau memansuhkan ISA menjelang PRU ke 13 untuk meraih undi.Kemudian bila menang menggantikan ISA dengan SOSMA iaitu undang-undang yang sama  seperti ISA Sekadar menukar nama sahaja.
Rekod menunjukkan rakyat Malaysia sangat demokratik, terbukti khalayak   berhimpun secara aman dan  warga negara yang baik, bersifat pasif. Mereka tidak bertindak melawan keganasan polis. Rakyat  tidak perlu kepada undang-undang zalim itu ! Yang terdesak dan perlu ialah pihak yang ingin  mepertahankan kuasa walau dengan apa saja. Hatta dengan menggunakan KEGANASAN. Terbukti pada hari ini siapa yang mengganas dan menyalahgunakan kuasa !

KATA-KATA BIJAK HARI INI UNTUK MENGENALI CORAK KERAJAAN

Image result for good governance BY tHOMAS jEFFERSON                            BILA RAKYAT CUAK-GENTAR TERHADAP KERAJAAN  ITU  BERMAKNA WUJUDNYA KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN  BILA KERAJAAN PULA TAKUT MELANGGAR HAK-HAK  RAKYAT DI SANA WUJUD RUANG JEFFERSON GOOD GOVERMENT KEBEBASAN . 

PERSOALAN  YANG BERBANGKIT PADA HARI INI ADALAH SAMA SEBAGAIMANA YANG BERLAKU DI SEPANJANG SEJARAH . ISUNYA IALAH SAMA ADA SESEORANG PEMIMPIN MEMPUNYAI KEKUATAN  UNTUK MENGUASAI DIRINYA ATAU IA DIKUASAI OLEH ELIT-ELIT BERKEPENTINGAN YANG  MENGELILINGINYA .

Image result for IMAM KHOMEINI AND HIS QUOTATIONIMAM KHOMEINI 1

KATA IMAM KHOMEINI KETIKA MENGULAS TENTANG KARAKTER UNTUK LULUS MENJADI PEMIMPIN NEGARA SUPAYA RAKYATNNYA SELAMAT.

SEMUA KEROSAKAN YANG BERLAKU PADA HARI INI KERANA PEMIMPIN YANG DILANTIK TIDAK BERES DALAM MENGUASAI HAWA NAFSUNYA. IA MEMPUNYAI KETAMAKAN DAN KESOMBONGAN YANG BERLEBIHAN BERBANDING DENGAN ORANG AWAM. JIKA IA GAGAL MENGUASAI HAWA NAFSUNYA BAGAIMANA DIA LAYAK UNTUK MEMIMPIN ORANG LAIN. DALAM MEMIMPIN NEGARA SESEORANG  PEMIMPIN HARUS MEMILIKI AKHLAK YANG TERPUJI.AKHLAK YANG LEBIH BAIK DARIPADA ORANG KEBANYAKAN. IA WAJIB MENJADI CONTOH  UNTUK DIIKUT OLEH  RAKYAT . INI TERGAMBAR PADA AKHLAK RASULULLAH YANG MENEBARKAN RAHMAT UNTUK UMATNYA.

KATA SAIDINA ALI:

PEMIMPIN YANG TERBAIK NILAINNYA UMPAMA EMAS TULIN.IA MENGANGGAP DIRINNYA SEBAGAI RAKYAT DAN RAKYAT ITU BAHAGIAN DARIPADA DIRINYA ITU. PEMIMPIN  YANG TERBURUK UMPAMA PELUH ATAU BARANG YANG TIDAK DIKEHENDAKI OLEH DIRI MANUSIA. MENGAPA? IA MEMANDANG DIRINYA ADALAH DIRINNYA DAN RAKYAT ADALAH RAKYAT.    

NILAI SENDIRI KITA KINI DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YANG BAGAIMANA ? APAKAH YANG KITA DAPAT DARIPADA KEPIMPINANNYA ? RAHMAT ATAU MUSIBAH ATAU BALA !

BERITA BERGAMBAR MALAYSIA DI SANA SINI-MASIH ADA SINAR BUAT PR

Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya  ! TIDAK ADIL MENGHUKUM HADI – BERI PELUANG UNTUK BUAT PENJELASAN – MAJLIS PRESIDEN PR MESTI BERSIDANG UNTUK MERAPATKAN PERSELISIHAN MENERUSI PERUNDINGAN . PR HANYA KUAT BILA BERSATU DAN HORMATI PERBEZAAN !

AZMIN ALI PR ADA SINAR

PAS KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT -KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN MOHAMAD SABU                                                                       “Kami tak bincang hari ini. Kami kekal dalam PR,” kata Timbalan Presiden PAS itu, juga dikenali sebagai Mat Sabu, selepas mesyuarat di Pejabat Agung PAS petang ini.

Katanya, ahli Parlimen bukan Islam juga diminta memberikan laluan kerana ini hak orang Islam dan tiada kena mengena dengan bukan Islam.

“Sebab itu perlu mereka beri laluan kepada semangat Perlembagaan yang mengatakan Islam agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk diamalkan.
“Tidak wajar Perlembagaan kita tak memihak kepada orang Islam untuk melaksanakan hukum syariah sendiri, sedangkan agama lain bebas.

“Agama Islam agama Persekutuan. Ini percanggahan yang perlu diperbetulkan semua pihak,” katanya.

Hadi berkata, PAS sudah menghantar usul rang undang-undang persendirian ke Parlimen dan menunggu budi bicara Speaker agar ia dapat dibentangkan di hari terakhir mesyuarat Dewan Rakyat 9 April ini.

Katanya, menjadi hak kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud dan terpulang kepada parti dalam PR untuk tidak bersetuju.

“Sudah ada kenyataan bersama bertahun dulu. Ia hak kerajaan negeri Kelantan yang dibolehkan dan hak parti lain untuk bersetuju atau tidak bersetuju,” katanya.

RAFIZI RAMLEE , HISHAMUDDIN RAIS DAN FARIZ MUSA BEBAS DENGAN IKAT  JAMIN

KETUA POLIS NEGARA JANGAN JADI SENJATA UMNO /BN UNTUK MENGGASAK AHLI PARLIMEN DAN AKTIVIS SOSIAL YANG PRO RAKYAT  – INGAT ! GAJI KAMU DIBAYAR HASIL DARIPADA WANG RAKYAT BUKANNYA ONGKOS UMN0-BN ! KERAJAAN ADALAH MILIK SEMUA BUKAN MILIK ELIT PENGUASA YANG RAKUS  DAN ZALIM.

RAKYAT BANTAH GST KERANA IA MENEKAN KEHIDUPAN RAKYAT YANG TELAH SUSAH DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG DAN KEBOROSAN KERAJAAN BN. HIMPUN AMAN UNTUK   HANTAR MESEJ TANDA PROTES.IA ADALAH HAK RAKYAT YANG DIJAMIN PERLEMBAGAAN. INI ADALAH FENOMENA BIASA DI SELURUH DUNIA !

TUGAS POLIS MENJAGA KEAMANAN BUKAN MENCETUSKAN PROVOKASI SAMPAI ORANG HILANG SABAR. RAKYAT MALAYSIA MATANG DALAM MENGHADAPI POLIS DAN FAHAM SANGAT DENGAN TAKTIK MENGUGUT, MENAKUT DAN MEMBULI DENGAN BERSELINDUNG DI SEBALIK UNDANG-UNDANG LAPOK DAN DRACONIAN WARISAN PENJAJAH. 

AHLI PARLIMEN SHAH ALAM KHALID SAMAD DITANGKAP WAKTU DINIHARI .APA JAWAPANNYA KEPADA POLIS ?

“Saya rasa ia tindakan kurang bijak, pembaziran tenaga kerja dan masa. Jika mereka menelefon dan saya tidak pergi maka mereka boleh menuntut justifikasi.  “Semua orang tahu nombor telefon saya, termasuk polis,” katanya

 “Saya tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, ia di bawah perhimpunan haram. Adalah baik bagi pihak polis mengambil tindakan setiap saat tetapi tidak bertindak di luar keperluan. Kami bukan penjenayah, perompak atau pembunuh, hanya telefon dan kami akan datang. Saya percaya ramai yang lain akan melakukan perkara yang sama, “

Mengenai kemungkinan berlakunya penangkapan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis lain, Khalid berkata, “Ia seolah-olah seperti KPN mempunyai sikap anti-pembangkang … menganggap hanya pembangkang yang menyebabkan masalah.”   “Beliau tidak mengambil berat tentang 1MDB, atau salah laku, rasuah dan lain-lain. Beliau hanya mahu menjaga kepentingan Barisan Nasional, kelihatannya seperti itu,” katanya.

APA KATA  PRESIDEN PERKASA BERAHIM ALI TENTANG HUDUD

Image result for IBRAHIM ALI DAN HUDUD

“Orang bukan Islam, termasuk NGO-NGO dan pemimpin parti bukan Islam sudah melampaui batas ketika memberi komen tentang hudud. Ia seolah-olah meludah ke muka orang Islam.

“Pindaan yang dibuat itu hanya untuk orang Islam. Orang bukan Islam harus tahu bahawa perkara yang berkaitan dengan isu hudud ini adalah perkara yang melibatkan soal agama, akidah dan kepercayaan orang Islam.

“Bagaimana kalau kita mempersoalkan kepercayaan penganut-penganut agama lain? Kita tidak pernah persoalkan pun. Ini urusan orang Islam. Mengapa ia diperbesar dan dipolitikkan?” kata Ibrahim yang bimbang keadaan itu terus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

“Jika ini berterusan, maknanya masa depan dari segi integrasi dan soal perpaduan akan semakin sukar.

Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri menyatakan bahawa perkara yang sebenarnya sedang berlaku sekarang ini adalah akibat daripada kekeliruan dan gambaran salah tentang undang-undang jenayah Islam. Itu terjadi kerana mereka yang tidak faham hanya mengaitkan hudud dengan hukuman potong tangan, rejam dan sebat.

“Hudud sebenarnya merupakan sebahagian daripada pecahan dalam keseluruhan undang-undang jenayah dalam Islam yang meliputi hudud, qisas dan ta’zir.

“Undang-undang Islam ini adalah tentang proses mendidik dan bukannya soal hukuman semata-mata,” ujarnya yang menekankan bahawa sokongan Perkasa ke atas isu tersebut adalah atas dasar akidah dan kepercayaan sesama Islam dan bukan sebab politik

Zahid HamidiZAHID DAN KHALID

 

Kita ada PEMIMPIN yang Tiada KEPIMPINAN : Apakah maksudnya ?

Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Tengku Abdul Rahman berundur secara terhormat. Tokoh yang berjiwa besar dan berlapang dada ini berundur apabila  tersedar tentang gaya kepimpinannya  yang lemah. Beliau   dapat membaca mood rakyat bahawa  pada ketika itu orang Melayu tidak memerlukan  corak kepimpinannya lagi.

Tun Razak pun mengambil alih tampuk KEPEMIMPINAN NEGARA. Beliau adalah seorang negarawan. Pemimpin   yang  mempunyai  idea-idea asas yang besar demi untuk membangunkan negara dan bangsa di atas asas yang kukuh. Beliau mencetuskan Dasar Ekonomi Baru, Rukunegara, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan menubuhkan banyak agensi seperti Tabung Haji, FELDA, PETRONAS yang pada hari ini pokoknnya telah berbuah dan  dapat dipetik hasilnnya.

Di kala itru sumber hasil negara sangat terhad. Bergantung kepada getah dan bijih timah sahaja. Pun begitu kerajaan dapat mengkaji gaji pekerja setiap 5 tahun sekali, Biasiswa dijamin untuk pelajar bumiputera ke universiti, Harga barang terkawal. Gaji yang dibayar cukup untuk berbelanja. Bahkan ada lebihan.Harga rumah tidaklah begitu menggila sebagaimana kini.

Harga bilis masih jauh dibawah harga daging. Harga beras berganda-ganda  lebih mahal daripada harga gula. Harga pisang emas jauh lebih rendah daripada harga beras. Sekarang ini semuannya kucar-kacir. Harga ikan bilis terlalu mahal. Bukan lagi menjadi sajian makanan orang miskin. Hakikatnnya gaji tidakl ada lagi lebihan. Dihisap dan diserang inflasi yang membuak-buak.

Apa yang berlaku kini semuannya telah terbalik. Rakyat iaitu isi rumah  berhutang dannegara pun turut berhutang.Bayaran bunga untuk mebayar kadar faedah naik meningkat sehingga angka bilion RM. Apakah yang terjadi kepada pengurusan ekonomi kita.Adakah negara berada di atas landasan yang betul ?

Ucapan Tengku Razaleigh ahli parlimen terlama baru-baru ini banyak menyingkap punca kebobrokan  yang paling asasi. Adakah negara , pemimpin dan parti belajar sesuatu daripadannya. Tepuk dada tanya nawaitu. Tujuan utama  jadi pemimpin untuk membuat duit, menyalahguna kuasa atau mengambil kesempatan daripada peluang yang terbuka. Pemimpin wajar dan wajib berbakti kepada negara dan bangsa yang memerlukan berkat KEPIMPINANNYA. KEPIMPINAN yang baik membawa rahmat bukan sebaliknya. KEPIMPINAN yang baik dapat dirasai begitu juga dengan impak kepimpinan yang buruk.

ANALISIS POLITIK TENGKU RAZALEIGH : MAMPUKAH TUN MAHATHIR MENJATUHKAN PM NAJIB

SAYA PERLU BERFIKIR DENGAN MENDALAM KERANA, ANDA TAHU SAYA SAYA FIKIR  SAYA  SEMPURNA,  KATANYA BERSELOROH 

TUN MAHATHIR menjadi punca kejatuhan ramai tokoh No 1 negara.  PM pertama Tunku Abdul Rahman menjadi mangsa serangan politiknya menerusi surat terbuka. DR MAHATHIR DIPECAT DARIPADA UMNO. SELEPAS ITU TAR MELETAKKAN JAWATAN. KRITIKAN MAHATHIR MEMBUKTIKAN TUNKU TIDAK LAGI RELEVAN BUAT MENERUSKAN KEPIMPINANNNYA SESUAI DENGAN SEMANGAT ZAMAN.

PM ke 3 Datuk  Hussein Onn orang yang melantik beliau sebagai TPM terpaksa meletak jawatan. Hussein Onn  tidak tahan dan cukup wsibawa untuk mengatasi  kelicikan politik Mahathir. Hussein Onn terpaksa  menyerahkan kuasa untuk diambil alih oleh beliau. Sejak itu satu demi satu,  sentiasa ada pemimpin yang menjadi mangsa politik beliau dalam memperkukuhkan kekuasaannya.

Paling teruk menjadi mangsa ialah  TPM diambang kuasa yang bakal menjadi PM,  Anwar Ibrahim. Karier politiknya dimusnahkan dengan kejam sekali. Selagi ada Tun M   perjalanan politik DSAI sentiasa terhalang.Ia seperti permusuhan yang tiada berkesudahan.Tidak ada maaf bagimu.  Malahan  PM ke 5 Tun Abdullah Badawi yang dilantiknya sendiri  juga terpaksa akur dan turun takhta. Berlaku apabila Abdullah yang lemah lembut itu mengubah beberapa rancangan Mahathir. Bila beliau tidak berkenan dan merestuinya  PM Abdullah terpaksa akur un tuk mengundurkan diri.

Paling mengejutkan belum ada sejarah dalam politik negara, mungkin juga di dunia seorang Ketua Hakim Negara dilucut jawatan dengan hina.  Tun Salleh Abbas terpecat hasil permainan politiknya. Rakan-rakan politik yang seangkatan dengannnya seperti  Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah terus terkeluar daripada real dan ril politik UMNO.

Mereka adalah rakan-rakannya dalam masa yang saya dianggap sebagai saingan dan musuh. Sebagai tokoh terbilang,mereka  tidak sanggup akur dan melulu menyokong gaya politiknya 100 peratus. Mereka yang menjiwai adab  Melayu dan syariat Islam tidak gamak untuk berpolitik sedemian rakus dan kejam sebagaimana yang diamalkan oleh Tun Mahathir.Tidak ada gaya politik sedemikian diamalkan oleh PM PM sebelumnya.

Mereka berpendapat keputusan adalah hasil konsensus dan muafakat bukannya secara diktator, keputusan seorang diri. Bila mereka berani menentang beliau dengan  gentlement maka  karier politik mereka pun dibunuhnnya. Pendek kata tidak sesiapa yang menentang Mahathir  selamat. Justeru apakah  nasib PM kini DS Najib Tun Razak bila Dr Mahathir mula menyerangnya secara terbuka. Mungkin di dunia ini tidak ada pemimpin yang sempurna  sesempurna Dr Mahathir dalam membunuh kepimpinan .Beliau walau secara berseloroh menyatakan Saya fikir saya sempurna.Tidakkah ini satu ketakburan ?

“I have to think very hard because, you know, I think I’m perfect,” he said in his trademark wit.  

“I am going through the list of things I did, and it is a very long list…most of the things I would do it again,” he told NGO Center for a Better Tomorrow (Cenbet) co-president Gan Ping Sieu after he posed the question to Mahathir. 

The former PM had earlier delivered an hour-long talk on “The Malaysian Dilemma”.  

These dilemmas, Mahathir said, included the impacts of a perceived weak leadership towards addressing socio-economic problems affecting the nation.  

“If I were the prime minister today, I would resign,” he said to a question from the floor.  

“If you don’t perform and people say you’re no good, please resign,” said Mahathir in an obvious swipe at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

BOLEHKAN PM NAJIB BOLEH DIJATUHKAN ?

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah :

“Saya tidak kira Mahathir berjaya untuk menjatuhkan Najib kerana beliau sendiri tidak cukup kuasa untuk berbuat begitu,”

“Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya menerusi parlimen, ia sukar menjadi kenyataan,”

“Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50 ribu sebulan, malahan setengahnya ratus juta… jadi dengan kedudukan itu sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik Umno ialah politik perut,” ujarnya sambil ketawa.

“Atas dasar itu saya tengok sukar untuk Najib dijatuhkan,” tegas Tengku Razaleigh dalam satu pertemuan lewat petang semalam.

“1MDBB tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Najib kerana rakyat bawahan tidak tahu apa itu 1MDB.”

“Rakyat tidak tahu apa isu 1MDB, dan mereka tidak peduli pun apabila sesekali mereka diberikan wang seperti BR1M dan sebagainya,” ujar Tengku.

Tengku Razaleigh tetap mempercayai Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi secara pilihan raya, kerana kalau diharap orang-orang akan menjatuhkannya ia sesuatu yang mustahil.

PETA BARU KHILAFAT ISLAM -IMPIAN ISIS SIAPA PENERAJUNYA ?

PETA DUNIA ISLAM DARI SEPANYOL KE INDIA – IMPIAN ISIS 

PERMULAAN DAN PROSES DEKOLONIALISME DI DUNIA ISLAM 

TAR pakai Kolonial.jpg 1

SERUAN KE ARAH KEBANGKITAN ISLAM sering menjadi daya tarikan kepada para pemuda dan pejuang Islam seantero dunia. Seruan ini telah mengumpul ratusan ribu para pemuda dari seluruh pelusuk dunia Islam menuju ke Syria. Dari Eropah, Timur Tengah, Asia Tenggara dsbnya. Mereka datang untuk menghapuskan pemerintahan Basyar Al Assad yang dituduh sebagai kafir, penjenayah perang dan penghalang kepada ahli sunnah wal jamaah. Majoriti penduduk Syria adalah sunnah tetapi diperintah oleh puak Syiah.

Mereka ditekan dan dizalimi oleh rejim yang diperintah oleh puak monoriti Syiah Alawi. Membaca di paparan memang benar. Persoalannya  siapakah yang meletakkan keluarga Al Assad sebagai pemerintah Syria selepas perang dunia kedua ? Siapakah yang meletakkan Keluarga Ibnu Saud ditampuk kekuasaan di Hejaz sehingga menukar nama negara mengikut nama bani atau keluarga “SAUDI ARABIA”. SIAPAKAH YANG MENCIPTA NEGARA YAHUDI ISRAEL dengan mengahalau keluar penduduk dan pemilik negara ARAB PALESTIN ?  TIDAKKAH tindakan ini   DISOKONG DAN DIIKTIRAF OLEH PBB DAN 5 KUASA BESAR yang mempunyai kuasa veto ?

Siapakah pula yang menentukan tampuk kekuasaan di tangan orang-orang tertentu walau dengan apa harga dan risiko sekali pun. Juga siapakah pula yang melonjakkan parti Melayu yang berjiwa feudal dan pro penjajah secara melulu  “UMNO” ditampuk kekuasaan untuk memerintah Malaya ? Begitu juga dengan siapakah yang menjatuhkan Sukarno dan menaikkan Jeneral Suharto di Indonesia pada tahun 1965 ?  Bila dikaji ini semua adalah permainan kuasa-kuasa besar yang dikepalai oleh adikuasa dunia Amerika Syarikat.Setuju atau tidak ia adalah REALITI. Suatu yang terpampang di depan mata dan menjadi sejarah. Sejarah tidak dapat ditukar tetapi boleh dimanipulasi tafsirannya.

Paling akhir siapa yang bertanggung jawab menjatuhkan Presiden  Morsi yang terlantik secara sah menerusi proses DEMOKRASI di Mesir ? Siapakah yang menaikkan Presiden Al Sisi yang membunuh ribuan rakyat ke kedudukan sekarang ? Segala perbalahan, peperangan , percaturan politik di Timur Tengah sejak dari dulu hingga kini tidak terpisah daripada agenda barat untuk memporak perandakan pusat dunia Islam di Timur Tengah. Kuasa penentu di Timur Tengah dan pemainnya yang utama ialah SAUDI ARABIA ! Di belakang Saudi ialah AS.

Membaca  realiti sebenar ada  3 kuasa  yang menjadi penentu kepada masa depan Timur Tengah iaitu TURKI, IRAN dan SAUDI ARABIA. Kekuasaan Ikhwanul Muslimin di Mesir menerusi Presiden Mohamad Morsi telah dilumpuhkan dengan campur tangan  Raja Abdullah dari Saudi. Morsi, Erdogan dan pemerintah Qatar adalah rakan sekutu . MEREKA MENYOKONG GERAKAN  IKHWANUL MUSLIMIN.

Kerajaan – kerajaan beraja mutlak di Timur Tengah sangat memusuhinya sejak dari awal kebangkitan gerakan tersebut. Kini muncul pula ISIS sebagai kekuatan baru unutk menegakkan pemerintahan KHALIFAH ISLAM. Apakah ini terlepas daripada permainan dan percaturan AMERIKA SYARIKAT,  ISRAEL, SAUDI  dan BARAT ? Ini semua kerja di belakang tabir oleh DEEP STATE atau DAULAH terpendam. Pemain-pemainnya boleh ditentukan, dinaik atau diturunkan untuk   memunculkannya  di paparan.

China dijajah 1885-imperialismo1

TURKI : POLA KEPIMPINAN DALAM MASA 100 TAHUN (1914-2014)

SEJARAH BERGAMBAR  KHALIFAH/SULTAN OSMANIAH TURKEY (1300-1924 M)

TIGA SULTAN/KHALIFAH TERAKHIR OSMANIAH : 1. SULTAN ABDUL HAMID 2 -1876-1909   2.  Sultan Mehmed V 1908 – 1918


3. SULTAN MEHMED VI 1918-1923 .SELEPASNYA MUSTAFA KAMAL  1923- 1938

ERA PEMERINTAHAN SEKULAR DI TURKI DIMULAI OLEH MUSTAFA KAMAL ATATURK . TURKI MENAMATKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH OSMANIAH PADA TAHUN 1924. 

Image result for PRESIDENT OF TURKEY FROM ATATURK TO ERDOGAN

foto ruangan kerja erdogan

SENARAI PEMIMPIN TURKI YANG TERPENTING DARI ATATURK HINGGA KE ERDOGAN.Bermula dengan  ATATURK 1923   hingga ERDORGAN  2002 ( 79 TAHUN ) PENGGANTI MUSTAFA KAMAL ATATURK ISHAK INONU 1938-1950 

                                         PRESIDENT CELAI BAYAR 1950-1960     CEMAL GURSEL(1960-1966)

                             President Kenan Evren  (1982-  1989 ) seorang  General

                                                                    PM TURKEY Bulent Ecevit (1978-79) SEMASA KRISIS CYPRUS dan  1999 -2002

  TURGUT  OZAL ( 1989- 1993 )

President SULAEIMAN DIMIRAL  1993-2000.SERING  MUNCUL  UNTUK MENYELAMATKAN KERAJAAN SEKULAR TURKI 

                             PM   NECMETIN ERBAKAN (1997-1999) MENJADI MANGSA PUAK SEKULAR!

BULEN ECEVIT DAN SULAIMAN DEMERAL PENEGAK SEKULARISME TURKI SEBELUM NAIKNYA ERDOGAN DAN ABDULLAH GOL MEMIMPIN TURKI BARU

 

                                                                PRESIDENT ABDULLAH GOL (2007-2014 )

 PM KINI AHMET DAVUTUGLU ( 2014-        )

                                                       PRESIDEN RACEEP TAIYIB ERDOGAN ( 2014-     )

KINI TURKI BERADA DI ATAS LANDASAN YANG BETUL DARI SEGI EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL.ERDOGAN DIKENALI SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM YANG MODERAT DAN SESUAI UNTUK MEMIMPIN TURKI DI ZAMAN MODEN !

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...