TUN DR MAHATHIR RAMAL BN ADA PELUANG MENANG KERANA PR BERPECAH

TUN DR MAHATHIR  ditanya tentang peluang untuk UMNO – BN menang di Permatang Pauh dan Rompin  ? Beliau meramalkan UMNO boleh menang di kedua-dua kawasan. Faktornya kerana PR sedang berpecah.Bukan kerana UMNO kuat tetap kerana faktor perselisihan  di antara PAS dengan PKR dan pergaduhan  PAS dengan DAP.

“Saya nampak ada peluang di Permatang Pauh pun kerana parti lawan berpecah”.

“Kita ada peluang menang di Rompin kerana PAS lemah,” katanya lagi selepas satu syarahan di German-Malaysian Institute di Kajang.

“Bukan kerana Umno kuat tapi kerana parti lawan berkelahi sesama sendiri dan dia kalah,” katanya kepada pemberita.

Secara kasar, beliau masih melihat bahawa BN di bawah  kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lemah. Lebih teruk daripada PM sebelumnnya Datuk Abdullah Badawi

Tun Dr Mahathir jelas beri formula, rahsia kemenangan kerana  semangat setiakawan dan perpaduan di antara keluarga dalam gabungan parti. Ini sama ada dalam PR atau pun BN. Faktor inilah  yang menjadi punca melonjakkan kemenangan PR pada tahun 2008 dan 2013. Faktor inilah yang menjadi punca kejayaan PAS di luar Kelantan terutama di SELANGOR sehingga mengatasi PKR di Selangor.

Satu lagi faktor penting ialah kepimpinan yang utuh yang wujud dalam PR di bawah kepimpinanan  DSAI. PAS telah menikmati kemenangan  yang besar hasil  daripada permuafakatan itu. Ditambah dengan jentera pilihanraya PAS yang terbukti ampuh dan sangat efektif berhadapan dengan UMNO.Ini diakui oleh mendiangan Karpal Singh sendiri.

Banyak faktor yang mendorong kemenangan PR tetapi akan berkecai apabila berlaku pertelagahan sesama sendiri terutama di saat  sedangan berhadapan dengan gempuran BN. Kini BN bukan kuat sangat tetapi kita telah  membuka ruang untuk BN mengkucar kacirkan kedudukan kita.  Kita sendiri yang  mengagalkan peluang kemenangan yang sudah  berada dalam tangan. Banyak kelebihan yang berpihak kepada BN.Namun segalannya akan hancur apabila kita bersatu.

Soalnnya bagaimana PAS menjadi lebih perkasa dan menjadi parti terunggul dan penentu dalam PR.Bila kita kuat dan berkudrat kitalah yang menguasai keadaan . Namun kekuatan kita masih belum cukup untuk proses tawar menawar dan digeruni musuh. Kekuatan PAS masih kecil dibandingkan dengan UMNO. Masih jauh jika dibandingkan dengan DAP yang mendapat undi padu daripada masyarakat China.

Sebagai contoh DAP menang 100 peratus di P.Pinang. PAS sejak sekian lama terpaku dengan 1 kerusi di DUN Permatang Pasir sahaja. Para strategis dalam PAS yang terdiri daripada kalangan ulama dan profesional wajar berfikir  dengan teliti peluang untuk PAS maju ke depan  dan menjadi teraju dalam memimpin politik negara.

MESEJ SOCRATES KEPADA PARA PEJUANG YANG BERANI AMBIL RISIKO – 2500 TAHUN LAMPAU

SIDANG MAHKAMAH YANG BOBROK                                                               LAPANGAN YANG DIPENUHI RUMPUT BELUKAR                                             RENGKIANG YANG LOMPONG KOSONG                                                                          DI SANA  BERDIRI MEGAH                                                                                                   PARA PENGUASA BERJUBAH INDAH                                                            TERSANDANG PEDANG DI SISINYA                                                                                  DIHIDANGI  MAKANAN JENUH  MELIMPAH                                                     TENGGELAM DALAM TIMBUNAN HARTA                                                           MENGGENANG MEWAH                                                                                                   INILAH PETAKA  SEBUAH KEKUASAAN                                                                MERAMPOK KEKAYAAN SECARA GANAS  !                                                                 LAO TZE  604 – 521 BC 2700 tahun lalu.

SOCTARES

PEJUANG GIGIH  BERJIWA KENTAL IALAH MEREKA YANG TIDAK MELARIKAN DIRI, TEGUH  ISTIQOMAH  DI ATAS LANDASAN KEBENARAN DAN TERUS MELAWAN MUSUH DENGAN  BERANI .

YOU ARE A MAN OF COURAGE WHO DOES NOT RUN AWAY,BUT REMAINS AT HIS POST AND FIGHTS AGAINST THE ENEMY .

PENGERTIAN POLITIK : BAGAIMANA SUPAYA JELAS DAN TIDAK TERTIPU !

POLITIK ADALAH SENI BAGI SEGALA KEMUNGKINAN -Dr Azman Ibrahim Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu

Dalam matematik 2 campur 2 jawapannya 4 tetapi dalam politiki belum tentu .Kadang-kadang hasilnya mungkin 5 atau zero. Bagaimana pun bagi saya politik bermakna mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama.

Dr Sidid Fadzil cendekiawan unggul memberi dua perbezaan di antara berpolitik berlandaskan agama yang kenal halal haram dan nilai akhlak dengan mempolitikkan agama untuk tujuan kekuasaan  dan duniawi semata-mata. Yang dianjurkan ialah berpolitik secara agtama untuk menjaga lima maqasid syariat iaitu memelihara agama, akal, harta, nyawa dan maruah. Kelima-lima perkara tersebut sedang musnah apabila kita mempolitikkan agama  atau dengan kata lain menjual agama dengan harga yang murah!

PENGERTIAN POLITIK YANG POPULAR IALAH SENI MEREBUT KEKUASAAN ATAU SENI YANG MEMUNGKINKAN APA JUA STRATEGI, LANGKAH DAN TINDAKAN TANPA MENGENAL BATAS AKHLAK DAN MORAL DEMI MENGUASAI TERAJU PEMERINTAHAN. DENGAN KATA LAIN POLITIK ADALAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. MATLAMAT BAIK CARA APA PEDULI ? CONTOHNYA DALAM PERMAINAN POLITIK, POLITIKUS TERSOHOR SEPERTI   STALIN, DR MAHATHIR dll BETAPA BANYAK PEMIMPIN BERWIBAWA YANG MENJADI ASET BANGSA DAN NEGARA YANG  DIANGGAP SAINGAN TELAH  DIKORBANKAN.

POLITIK JUGA BOLEH MENJADI “THE ART OF POSSIBLE” SENI YANG MEMUNGKINKAN PERKARA YANG MUSTAHIL BERLAKU. HARI INI KAWAN , ESOK MUSUH LUSA MENJALIN PERSAHABATAN SEMULA ATAS DASAR PERSAMAAN TUJUAN MENCAPAI CITA- CITA BERSAMA ! 

Image result for MAHATHIR DENGAN ANWAR IBRAHIM

POLITIK DIBERI MAKNA DAN PENGERTIAN  SEBAGAI BERIKUT :

Istilah politik berasal daripada perkataan “politikos” dalam bahasa Yunani  yang kemudiannya dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai “politic”.  Istilah politikos dipercayai telah digunakan sejak  25 abad yang lampau, iaitu kira-kira abad ke-5 sebelum Masihi[ Politik juga didefiniskan sebagai;

i)  Ilmu yang  mempelajari cara-cara bagaimana sesebuah negara menjalankan tugas-tugasnya.

ii) Ilmu pengetahuan berkenaan cara-cara, dasar-dasar dan seni-seni pemerintahan

iii) Ilmu mengenai pembentukan kebijaksanaan umum.

Antara definisi-definisi parti politik ialah;

i)Organisasi yang bersangkut paut dengan pemilihan terbanyak melalui pertandingan.Tujuannya untuk memegang kuasa tertinggi dalam menentukan dasar pemerintahan sesebuah negara

ii) Joseph La Palombara dan Myron Weiner menekankan bahawa parti politik merupakan organisasi yang mementingkan kestabilan pimpinan.

iii)  Roy Macridis mengatakan parti politik adalah alat untuk mendapatkan kuasa.

ABUL A’LA Al-Mawdudi menyatakan demokrasi Barat berasaskan pandangan majority tetapi dalam penggubalan undang-undang, hanya segelintir kecil daripada mereka yang terlibat. Mereka mewakilkan kedaulatan mereka kepada orang lain. Wakil-wakil inilah yang berkuasa memaksa rakyat dengan memisahkan nilai-nilai akhlak  daripada corak kehidupan yang lain. Melalui pemisahan ini, wakil-wakil yang terpilih mudah menyelewengkan kuasa dan menipu rakyat.

Namun kenyataan ini bukanlah bererti al-Mawdudi menolak system demokrasi secara total. Bagi beliau, system pemerintah Islam gabungan serta jalinan antara theokrasi dan demokrasi. Dalam kitabnya, Political Theory of Islam, beliau menegaskan bahawa prinsip sistem negara Islam ialah teokrasi /ketuhanan). Ini kerana teokrasi  dapat menerima dan mengiktiraf “The Divine Commandments are the civil laws” dan Allah mempunyai kuasa mutlak ke atas negara dan kerajaan.

SHEIKH AHMAD FATHONI( 1856-1908)    Hj Abdul Rahman Limbong (1868-1929)

SHAIKH AHMAD FATHONI INTELEKTUAL  HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG ULAMA MELAYU-ISLAM PATANI-PENYOKONG   YANG BERJIHAD MELAWAN INGGERIS KUAT KHILAFAH TURKI OSMANIAH    MENERUSI UNDANG-UNDANG.KES INI DALAM MELAWAN PENJAJAH        DIMENANGINYA. DIFITNAH MENERUSI INGGERIS DI DUNIA ISLAM.            MENERUSI KEKACAUAN YG SENGAJA INGGERIS FITNAH JIKA TURKI                   DICETUSKAN DI ISTANA TERENGGANU. MENANG TAK BOLEH NAIK HAJI

                               Tokoh Reformis & Pemikir Agung Melayu : Sheikh Wan Ahmad                                 bin Muhammad Zain al-Fhatoni  (1856-1908)

Dalam petikan kitab Hadiqah al-Azhar, Syeikh Ahmad al-Fathoni mengatakan; “Muhimmah. Pada bicara ilmu siyasat (politic), iaitu Ilmu membaiki rakyat dengan menunjukkan kepada mereka itu tiap-tiap kekeruhan pada dunia dan akhirat. Dan iaitu ilmu siyasat ilmu daripada Anbiya’ atas yang Khawwas dan awam, pada zahir dan pada batin mereka itu juga. Dan daripada raja-raja dan salatin (sultan-sultan) atas mereka itu zahir mereka itu jua.

Dan daripada ulama’ atas Khawwas mereka pada batin mereka itu, sedang yang awam pada zahir mereka itu jua. Maka hukum ilmu itu adalah wujub kifayah (wajib kifayah). Dan ghayahnya (kesudahannya) menceraikan perintah atas jalan benar. Memerintah mereka itu atas jalan adil dan menghela mereka itu pada dunia mereka itu dan pada akhirat mereka itu. Dan memelihara kerajaan daripada segala barang yang menjatuhkan ke dalam kecederaan”

 Perkara yang paling ditakuti oleh kebanyakkan  politician yang bergelar wakil rakyat ialah kejatuhan daripada kerusi yang disandang. Malangnya, jarang sekali ditemui wakil rakyat yang sanggup lepas jawatan yang disandang kerana tidak mampu dan takutkan hukuman Allah. Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, para pemimpin boleh ditegur sama ada dari sudut perangai ataupun tindakan politik kerana mereka mengharapkan kritikan yang benar-benar boleh membawa kebaikan di dunia dan akhirat walaupun kritikan itu pedas.  Namun pada zaman gerakan Islam sekarang, wakil rakyat tak sanggup untuk dikritik walaupun perkara itu adalah benar. Di manakah keikhlasan perjuangan seseorang yang tidak mahu dirinya dikritik?

SUARA DAN MESEJ DARI PENJARA : FAHAMI ERTI PENGORBANAN DEMI KELANSUNGAN PERJUANGAN

  

Saya dibesarkan dalam zaman transformasi sosial terhebat. Zaman  di mana berlaku cetusan, ledakan idea-idea dan peristiwa – peristiwa berbetulan dan bertindan tindih dengan aktivisme mahasiswa, kebangkitan agama dan pergolakan politik. Saya tidak rela berada selaku pemerhati sahaja. Bahkan saya memilih untuk menjadi ahli yang berpartisipasi aktif.

Saya muncul daripada semua ini. Keyakinan saya bahawa sementara pilihan hidup secara bertafakur , berfikir dan bertapa  menyendiri boleh menyegarkan dan melazatkan minda dan jiwa, tetapi hidup bertafakur digandingkan dengan gerak tindakan dan pupuk persaudaraan lebih memugarkan aktualisasi diri.

Saya tidak menyesali jalan yang ditempuhi kerana jejak laluan  ini telah membawa saya mengalami dan menghayati kehidupan yang cukup mencabar dan bermakna bagi saya. Daripada   ruang lingkup inilah saya akan terus berperanan secara aktif dan menyertai dengan seutuhnnya bagi merealisasikan cita-cita dan matlamat yang lebih tinggi. 

DSAI TAKU RISIKO

PERBANDINGAN MALAYSIA DENGAN SINGAPURA : TIDAK MALUKAH KITA DENGAN TATA KELOLA DAN GOOD GOVERNANCENYA ?

REPUBLIK SINGAPURA  telah mengambil langkah yang proaktif dan realistik apabila memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat -tempat awam selepas pukul 10.30 malam hingga 7.00 pagi.

Malaysia sebuah negara yang memaktubkan ISLAM SEBAGAI AGAMA BAGI PERSEKUTUAN  DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA  belum berbuat apa-apa mengenai hal ini. Ini amat memalukan kerana 60 peratus lebih rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Baru-baru ini PAS giat berusaha membawa usul untuk melaksanakan undang-undang hudud yang jelas untuk mengawal pelanggaran terhadap hukum/batasan /had perintah  Allah.

Termasuk pengambilan arak secara terbuka oleh umat Islam, perlakuan berdekatan sesama lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di tempat yang sulit. Namun ia mengalami kesulitan kerana ditentang oleh para pemimpin politik umat Islam sendiri terutama yang berfahaman liberal dengan berbagai alasan yang diada-adakan.

Statistik di bawah menunjukkan  kedudukan ranking kita dalam pengambilan alkohol

Alcohol Top Ten

Alcohol consumption and prevalence


Malaysia, though a small country, is the tenth largest consumer of alcohol in the world. Each year Malaysians spend over US$500million on alcohol. Whilst the per capita consumption is 7 litres, those who do drink alcohol consume heavily. Among the drinking population, the Malaysian Indians who make up about 8 per cent of the population are by far the heaviest drinkers with an annual consumption of absolute alcohol exceeding 14 litres. Beer consumption in Malaysia at 11 litres per capita is comparable to that of European countries known for their high consumption. The easy availability of alcoholic drinks in coffee shops, supermarkets, sundry shops and plantations together with aggressive advertising and promotions are driving Malaysians to drink. The average age for alcohol dependence is 22 years.

KITA PATUT MALU DENGAN SINGAPURA DALAM BANYAK PERKARA

  • Dari segi kawalan kebersihan di bandar
  • Indeks rasuah yang sangat rendah
  • Jaminan  dan tanggung jawab kerajaan mengadakan rumah bagi setiap warganya dengan harga yang selaras dengan taraf hidup.
  • gaji minima yang mengatasi taraf hidup
  • Kawalan terhadap tanah .Sama sekali menyekat pemilikan tanah oleh swasta.Tanah menjadi milik kerajaan untuk semua warga negara. Kerajaan mengawal pelan pembangunan supaya swasta tidak sewenang-wenang membuat pembangunan yang menyisih dan menyusahkan orang ramai.Dilakukan  dengan permainan spekulasi yang berlebihan sehingga rakyat sukar membeli rumah kerana terlalu mahal. Hal ini sangat ketara di Malaysia terutama di bgandar-bandar utama seperti di Johor Baharu, P.Pinang , Kuantan, Kuala Lumpur dll.
  •  Kawalan terhadap kebanjiran orang asing  dengan ketat .Orangt asing tidak boleh menceroboh negara dengan sewenang-wenang.
  • Rakyat tidak dibenar mendirikan tokong, berhala dan membuat perayaan agama yang menganggu ketenteraman awam dan menggangu kelancaran di jalan raya. Di Malaysia hampir tidak ada kawalan terhadap pembinaan berhala  Hindu dan tokong China di serata tempat. Tokong Hindu boleh dibina di depan trafik light , di tepi jalan, di bawah pokok atau di mana sahaja  kawasan terluang walau pun di kawasan yang tidak ada petempatan penganut agama tersebut. Kertas yang ada unsur agama juga tidak boleh dibuang sesuka hati di atas jalan raya atas nama agama kerana ia mencemarkan alam sekitar.

Perlukan kita belajar dari Singapura atas ketegasannya.Al Quran menyebut  bahawa :

Orang yang beriman, mereka yang mendengar  semua pandangan dan ambil yang paling baik

Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik. (39: 18);

39:18
Sahih International

Who listen to speech and follow the best of it. Those are the ones Allah has guided, and those are people of understanding.

MEMAHAMI PENJAJAH DAN PENJAJAHAN SEMULA : BERMULA DENGAN PEMESONGAN DAN PEMAKSAAN AGAMA KE ATAS PERIBUMI !

AL QURAN adalah  kitab dan wahyu terakhgir yang lengkap dan terpelihara  daripada Allah pemilik alam semkesta. Allah   mewahyukan dalam surah Al Baqarah ayat 256 :
لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan dalam agama, telah nyata yang benar daripada yang sesat.Barangsiapa beriman kepada Allah dan engkar kepada Thagut sesungguhnnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

JELAS KRISTIANITI adalah agama ciptaan para rahib, yang palsu  dan terpesong daripada ajaran TAWHID yang dibawa Nabi Isa. Ia bahkan  tidak wujud dan punyai kaitan dengan nabi ISA alaihissalam semasa hayat baginda. Nabi Isa tidak pernah mengaku dirinya sebagai Anak Tuhan untuk memberi syafaat dan pertolongan untuk sesiapa yang mengaku dirinya sebagai Anak Tuhan.

Prinsip asas yang logik  setiap orang bertanggung jawab di atas dosa yang dilakukannya. Taubat yang diterima tabatan nasuha ialah janji tidak akan mengulangan jenayah masa silam dan bukan bermainj-main dengan hukum Tuhan dengan mempermainkan kononnya jaminan para nabi dan rasul yang dipertuhankan. Nabi Muhammad sendiri tidak boleh menolong anaknya Fatimah jika ternyata melanggar perintah Allah diakhirat. Begitu dengan bapa saudarannya Abu Talib.

A007Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
A008Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya

ANALISIS HISHAMUDDIN RAIS: POLITIK RAKYAT LAWAN KORPORAT-NINGRAT YANG KEPARAT !

KENAPA DR WAN AZIZAH  JADI CALON ?  BELIAU NAKHODA  ARMADA PAKATAN RAKYAT  MENUJU PUTERAJAYA  !
Saya menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah.
Justeru, sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan Aziziah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah sebagai  calon N25 Kajang hingga ke kerusi Menteri besar.
Kali ini secara terbuka saya nyatakan – saya mahu dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.
Saya bukan Orang Parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P.044 di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil yang akan datang ini. Untuk saya jika Dr Wan AzizahTIDAK dicalonkan pada Sabtu 25 haribulan ini maka ini adalah satu kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi – satu kesilapan politik.
Kenapa dan mengapa saya menulis ayat-ayat ini? Apakah saya TIDAK sedar akan makna dari apa yang saya cadangkan ini?
Saya amat sedar tentang apa yang saya tulis ini. Malah saya menulis untuk memperluaskan lagi kesedaran saya ini. Saya mahu mempengaruh para pengundi di Permatang Pauh dan juga sesiapa sahaja yang tidak faham kenapa Dr Wan Azizah wajib menjadi calon.
Pandangan saya : Dr Wan Azizah Wan Ismail wajib menjadi calon kerana Anwar Ibrahim. Sebab utama kenapa Dr Wan Azizah dicalonkan ialah Anwar Ibrahim. Bila saya menulis ini mungkin ada sosok-sosok yang beranggapan bahawa saya ini ‘tukang kipas’ atau ‘ kaki bodek’. Ini satu kesilapan membaca politik. Bodek dan kipas bukan mazhab politik saya.
Ketika saya menulis ini Anwar Ibrahim dalam penjara. Anwar Ibrahim dipenjara atas tuduhan meliwat. Ini satu tuduhan lawak. Ramai yang ketawa apabila membaca tuduhan ini. Kalau TIDAK percaya siapa ketawa – sila tanya Hisammuddin Hussein – Menteri Pertahanan kita. Atau sila pergi tanya Menteri Besar Johor Khaled Nordin. Mereka ketawa atau tidak ketika Anwar dijatuhkan hukuman kerana liwat? Jika masih belum puas ketawa sila tanya YB Azalina Osman wakil Pengerang.
Dalam bacaan politik yang betul – Anwar Ibrahim sengaja dipenjarakan kerana Anwar telah belot bukan kerana Anwar meliwat. Kata kunci disini ialah BELOTdan bukan LIWAT.
Anwar Ibrahim ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. AnwarTIDAK mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak.
 
Pembelotan Anwar ini menyebabkan gerombolan penyamun dan perompak ini hilang Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Gerombolan ini juga hilang kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen.
Paling menyedihkan para penyamun ini ialah kehilangan Selangor – wilayah terkaya di Malaysia dan terkaya di Asia Tenggra. Selangor – semenjak zaman berzaman telah menjadi lubuk emas gerombolan parti Ketuanan Melayu. Tempat mencari dan menjual projek. Kini Selangor dikawal dan ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Semua ini terjadi kerana Anwar Ibrahim. Semua ini berlaku kerana Anwar belot.
Justeru Anwar wajib dipadamkan dari nyawa dan badan politik Melayu-Islam-Bumiputera. Anwar wajib dimatikan dari politik Malaysia. Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari nadi politik Asia Tenggara. Anwar Ibrahim wajib dihilangkan dari politik Negara-Negara Islam. Anwar Ibrahim wajib diketepikan dari arena politik antarabangsa. Jalan terbaik ialah menuduh Anwar meliwat. Jalan terbaik ialah Anwar wajib disimpan dalam penjara.
Memenjarakan Anwar Ibrahim di Sungai Buluh bermakna memadamkan nama Anwar Ibrahim dari ingatan anak anak muda Malaysia. Jenerasi yang teringat akan Anwar bertugas sebagai Menteri Pelajaran, sebagai Menteri Keewangan atau sebagai Timblan Perdana Menteri – masih ada tetapi ingatan ini semakin susut. Tidak sesegar 1998.
Justeru konspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan – once and for all – untuk sekali rembat – nama Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari mulut politik rakyat Malaysia. Memenjarakan Anwar Ibrahim adalah strategi politik gerombolan lanun dan penyamun dalam parti Ketuanan Melayu.
Cita-cita United Malays National Organisation ialah memadamkan Anwar Ibrahim dari ingatan. Memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan agar pengaruh politik sosok Anwar yang telah memporak perandakan United Malays National Organisation ditamatkan.
   
Ingatan kolektif tentang Anwar Ibrahim wajib dilupuskan. Jenerasi muda – anak pelajar – anak mahasiswa – akan TIDAK tahu sama sekali akan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini. Semua wajib digelapkan.
Kepada sesiapa yang ada membaca Salalatul Salatin – Sejarah Melayu akan teringat akan Sultan Melaka. Jika Sultan murka maka Si Polan yang menjadi sasaran akan dibunuh satu keluarga. Tidak cukup dengan ini Sultan akan memerintahkan agar rumah Si Polan ini akan dibuangkan ke laut. Tidak cukup dengan ini TAPAK rumah juga akan dibuang ke laut.
Kezaliman ini terjadi dizaman Kerajaan Melayu Melaka. Hari ini jika boleh Anwar Ibrahim, anak anak dan kaum keluarga Anwar Ibrahim juga akan dibuang ke laut dan termasuk rumah-rumah mereka sekali. Inilah sebenarnya cita-cita dan niat gerombolan Ketuanan Melayu. Inilah cara terbaik untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim dari pentas politik Malaysia.
Kerana ini niat United Malays National Organisation – maka apa sahaja niat gerombolan ini maka kita wajib lakukan sebaliknya. Jika gerombolan ini mahu hitam kita wajib mahu puteh. Jika gerombolan ini mahu babi maka kita wajib mahu harimau. Jangan sesekali kita terperangkap dengan niat dan cita cita mereka.
Dr Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim. Wan Azizah mewakili Permatang Pauh bermakna Anwar Ibrahim masih lagi mewakili Permatang Pauh. Jika tidak ada Wan Azizah maka kita calonkan Nurul Izah. Jika bukan Nurul jika calonkan Nuha. Apakah ini keterlaluan?
Tidak – ini bertujuan untuk kita terus menghidupkan nama Anwar Ibrahim dalam pesada polituk Malaysia dan politik antarbangasa.
Apakah para pembaca terlupa – apabila Nurul Izzah dilokap di Jinjang – 35 media besar dunia telah menulis dan melapor ‘… daughter of Anwar Ibrahim detained… – anak Anwar Ibrahim ditangkap..” Dalam perang propaganda politik ini yang kita mahukan.
Saya sedar ada yang beranggapan jika Wan Azizah menjadi calon ini adalah amalan kroni. Parti Keadilan Rakyat akan dilihat parti kaum keluarga. Memang betul Wan Azizah ialah isteri kepada Awar Ibrahim. Kita TIDAKmencalonkan Siti Saodah pejual nasi lemak dari Kubang Semang. Kita calonkan Dr Wan Azizah kerana dia isteri Anwar. Kita mengangkat Nurul Izzah atau Nuha kerana mereka anak Anwar Ibrahim.
Kita lakukan ini dengan penuh kesedaran politik. Kita pilih mereka dengan kesedaran politik dan strateji untuk menumpaskan cita cita jahat United Malaya National Organmistion yang merancang untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim.
Image result for POSTER BANTAH GST
Gerombolan Ketuanan Melayu tahu bahawa Wan Azizh adalah calon menang untuk PKR. Justeru mereka berharap PKR akan jadi bodoh untuk meletakkan Mak Jah dari Kampong Mengkuang Mati sebagai calon.
Kepada yang menganggap Dr Wan Azizah ini adalah calon kroni – sebenarnya mereka ini tidak faham tahap perkembangan sosio ekonomi Tanah Melayu. Mereka termakan propaganda sengkek akhbar United Malays National Organisatuon.
Harus diakui pada hari ini – tahun 2015 – Tanah Melayu masih lagi ditahap ekonomi separuh feudal danb separuh kolonial – semi feudal and semi colonial. Tahap ini bukan sahaja di Tanah Melayu, malah watak ekonomi ini wujud di Indonesia, Sri Langka, India, Bangladesh atau Pakistan.Tahap ekonomi sabagini melahirkan budaya yang berwatakan separuh feudal dan separuh kolonial.
Dalam budaya separuh feudal ini nama keluarga amat penting. Pertalian darah amat penting. Justeru di Pakistan kita ada keluarga Bhutto, di India kita ada Ghandi, di Bangladesh kita ada Mujibur. Di Indonesia kita ada Megawati, di Filipina kita ada Macapagal dan Aquino. Di Tanah Melayu kita ada Najib, Hishamuddin, Khairy Jamaludin, Lim Guan Eng, Dr Tan, Nurul Izzah, Gobind Singh, Affendi Nawawi, Musa Aman, Katingan – nama-nama ini adalah pemain politik dalam negara kita. Mereka ini muncul dari budaya feudal.
                      
Bukan satu jenayah untuk dilahirkan sebagai anak atau menantu Perdana Menteri. Bukan juga jenayah jika dilahirkan dalam keluarga politik. Inilah hakikat tahap sosio budaya dalam negara kita pada ketika ini. Tahap ini wajib kita lalui dan kita terima.
Apakah ini budaya yang baik? Untuk saya pada ketika ini bukan persoalan sama ada ini baik atau tidak. Untuk saya pada tahap ini yang wajib kita bincangkan ialah bagaimana boleh menggunakan jalur budaya ini untuk menumbangkan kerajaan United Malays National Organisation.
Tujuan kita menumbangkan kuasa parti ketuanan Melayu ini ialah untuk melahirkan budaya keungulan sosok yang berfikrah. Sosok yang dijadikan pemimpin kerana keupayaan, kerana merit bukan kerana nama keluarga atau kerana menantu PM atau anak PM atau anak menteri.
Mecalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail di P.044 Permatang Pauh adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang untuk mengagalkan rancangan jangka pendek United Malaya National Organisation. Racangan jangka pendek gerombolan Ketuanan Melayu ialah agar kita semua melupakan Anwar Ibrahim. (TT)
SHEIKH SYA'RAWI