PENJELASAN KEMUNCULAN DAN BAGAIMANA I MDB BEROPERASI

DI BAWAH PENJELASAN DARIPADA TUN DR MAHATHIR TENTANG SIAPA DI BELAKANG PENUBUHAN I MDB DAN BAGAIMANA I MDB BEROPERASI ?

  1 MDB bermula  daripada Pelaboran Minyak Terengganu . Jo Lho beri cadangan supaya Kerajaan Negeri Terengganu gunakan wang hasil minyak sebagai jaminan/cagaran  untuk buat pelaboran menerusi pinjaman. Cadangan tersebut ditolak oleh Kerajaan negeri Terengganu kerana berisiko tinggi.

Idea ini di bawa kepada PM Najib  dan dipersetujui menjadi 1 MDB dengan modal permulaan RM 1 juta  pada tahun 2009.

Mula beroperasi dengan membuat pinjaman beberapa bilion dan buat pembelian stesen janakuasa letrik dengan harga yang melebihi pasaran dan  melabor di dalam petro Saudi.

Hasil daripada operasi yang dijalankan menerusi  pinjaman demi pinjaman yang tidak dapat dapat dilunaskan hutang kini telah mencecah RM 42 bilion .  Kadar faedahnya sangat tinggi  5.9 peratus setahun.

Daripada pinjaman 100 peratus , 10 peratus diberi kepada broker pinjman. Pinjman yangi kena bayar pinjman 100 % atas kadar faedah 5.9 peratus.

Kini I MDB menjadi syarikat yang bermasalah kerana menanggung hutang yang tinggi.

Penjelasan  YB Rafizi Ramli  tentang bahaya operasi 1 MDB

APAKAH KEPIMPINAN PAS AKAN BERALIH KE PERAK -TAPAK PERJUANGAN PAS BERMULA ?

Bila menoleh kepada rekod perjuangan PAS ia banyak digerakkan oleh tokoh-tokoh ulama berasal dari  Perak. YDP pertama Haji Ahmad Foad berasal dari Ulu Piol Manong,Perak. Manakala YDP kedua Dr Haji Abbas Alias  dibesarkan di Setiawan, Perak. YDP yang ketiga Dr Burhanuddin Al Helmi juga orang Perak dari Kota Baru Gopeng. Begitu dengan Penimbalnnya Prof Zulkifli Muhammad orang Kuala Kangsar. PAS di peringkat awal mendapat tenaga penggeraknya dari jasa pengorbanan beberapa ulamak pondok  seperti Haji Joned Thola Kampung Lalang Padang Rengas, Haji Abu Bakar Al Baqir Gunung Semanggol dan Haji Hassan Adli dari Bagan Datuk Perak. Inilah tapak pertgerakan yang menggerakkan PAS di seluruh pelusuk negara. Adakah tampuk perjuangan PAS akan beralih  semula ke  Perak sebagai pusat gerakan  demi mencetuskan momentum baru ? Dalam politik apa pun boleh berlaku termasuk kemun gkinan Ustaz Ahmad Awang akan menjadi presiden PAS yang baru !

Zulkifli Muhammad.jpg a

Ustaz Abu Bakar

Kemunculan Ustaz Ahmad Awang membawa harapan baru kemunculan pemimpin gerakan sehebat Ustaz Fadzil Noor.

HALATUJU PAS KINI BERCELARU SETELAH KEPERGIAN TG NIK ABDUL AZIZ

Yang di belakang tu kelihatan kelat dan monyok dan tidak ceria kenapa?

Ahmad Awang

PAS ketika berhadapan dengan isu-isu besar untuk menetapkan pendirian dan memastikan halatuju parti banyak bergantung kepada kenyataan dan pendirian  TG Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS.Bila TG Nik Aziz bercakap perkara selesai. PAS kembali kepada landasan perjuangan. Pendiriannya dapat diterima semua pihak. Contohnnya dalam pembentukan kerajaan perpaduan atau UG. Beliau beri jawapan mudah .Jika UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan tidak ada masalah untuk PAS bekerjasama.

Sejak daripada  dulu UMNO pekat dengan  lagak lama mempolitikkan agama/Islam  untuk survivalnya tanpa mahu membuka jalan untuk  melaksanakan hukum  syariah yang menyeluruh untuk diamalkan oleh umat Islam.Malahan terbukti menentangnya secara konsisten. Justeru apa jaminan bahwa UMNO ada niat dan tekad untuk kembali kepada Islam ? Tak ada petanda pun ke arah itu. Jadi dalam situasi ini mengapakah masih percaya kepada parti sekular yang totok itu. Terbukti  secara langsung dan tidak langsung dari segi latar belakang dipersiapkan penjajah untuk mengambil alih pemerintahan negara selepas merdeka.

Demi kesinambungan,UMNO   mengekalkan segala warisan perlembagaan penjajah untuk diteruskan di bumi yang telah merdeka. Malahan ISA dikekalkan untuyk menakan rakyat sendiri dan ditambah dengan pelbagai akta untuk mengekang kebangkitan rakyat. Langsung tidak meraikan demokrasi dan menjadikan undang-undang Islam terperuk di takuk lama.Hanya dalam perkara nikah kahwin, harta pusaka dan perkara-perkara kecil.

Dari segi mualamalah RIBA yang iisytiharkan perang oleh Allah dan Rasulnya bermaharaja lela.Ia ditutup dengan label Bank Islam. Hakikatnnya tidak ada beza antara Bank Islam dengan Bank Riba .Masing-masing menggandakan wang berdasarkan masa, kadar dan pokok.Bezanya yang satu menyatakan secara terang, yang satu lagi secara terselindung dengan mempergunakan nama Islam  sebagai pengesah operasi kononnya muamalah secara Islam.

Mampukah Haji Hadi sebagai presiden PAS meneruskan cita-cita Islam yang penuh cabaran dalam politik arus perdana yang menuntut kebijaksanaan.Mampukah Haji Hadi menjadi peneraju PR yang diterima semua pihak tanpa perbalahan.  Terlebih penting mamp[ukah Hj Hadi menjadi presiden untuk semua ahli-ahli PAS yang telah berkorban untuk parti ini setelah sekian lama  dikecewakan oleh UMNO selama ini.Justeru sebab itu PAS ditubuhkan.

Maka seruan PAS FOR ALL adalah suara yang tepat dan NEGARA BERKEBAJIKAN yang membawa rahmat untuk sekalian alam  adalah agenda utama PAS untuk memikat seluruh rakyat Malaysia. Yang penting demi kesinambungan PAS orang seperti TG Nik Aziz yang sangat arif dengan permainan politik musuh dan Ustaz Fadzil Noor tokoh gerakan yang bijak membaca real politic harus dimunculkan ke depan. PAS tidak harus terperuk dengan gaya lama kepimpinan ulamak dan noktah ! Tak akan selesai masalah kerana terperangkap di takuk lama.Ia mesti maju ke depan menangani maslahah umat yang politik sebenarnya ialah masyarakat majmuk dan Islam penyelesai masalah.

MENGAPAKAH DSAI RELA KE PENJARA ?

DS ANWAR IBRAHIM bukan calang-calang pemimpin. Dirinya lebih terkenal daripada kebanyakan para  pemimpin utama negara ” Malaysia”. Wibawanya tidak terjejas walau tersingkir selama 17 tahun daripada kabinet. Imejnya tidak cacat walau pun dituduh dengan berbagai fitnah dan nista.DSAI tetap utuh sebagai  pemimpin  sanjungan anak muda Malaysia. Ia masih relevan di kalangan generasi baru. Agendanya sentiasa ada bersama  anak- anak muda.Malahan perjuangan beliau menjadi idola, sumber inspirasi mereka. Belahan dunia mana yang tidak mengenali DSAI ? Eropah, Timur Tengah, Turki , AS ,Jepun dsbnya.

Sebelum terpenjara beliau telah melawat  banyak negara. Beliau memberi syarahan tentang DEMOKRASI sebagai wahana terbaik dalam amalan berpolitik dunia moden. Kuasa tidak dikongkong oleh elit penguasa. Kuasa diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan setiap 5 tahun sekali.Namun sistem ini ada kecacatannya apabila alat-alat negara sering disalahguna oleh parti yang memerintah.Ia seperti menjadi hak mutlak parti pemerintah dan alat menyuarakan kepentingan parti yang berkuasa sahaja.

Sebaliknnya menafikan hak rakyat dan parti pembangkang untuk mempunyai media sendiri atau media bersama atas dasar hak semua rakyat. Semuanya dikawal dan dikuasai secara ketat oleh pihak kerajaan yang mendakwa mengamalkan demokrasi tetapi sangat ketat dan terpilih. Justeru apa bezanya sistem demokrasi yang dipiuh ikut suka parti yang berkuasa dengan sistem komunis yang dikutuk sepanjang masa. Sistem yang dikecam sebagai anti kebebasan menerusi penguasaan mutlak parti pemerintah, polis rahsianya dan segala aparatus negara. Apa bezanya antara DEMOKRASI dengan AUTOKRASI.Jelas demokrasi bukan autokrasi dan autokrasi bukan demokrasi !

Dalam lawatan DSAI ke Turki,   PM Erdorgan memujuk belaiu supaya berkampung di Turki.  Tinggal di Turki daripada terpenjara di Malaysia. Beliau dijamin aman dengan perlindungan menerusi suaka politik . Nampaknnya Turki pun tahu dan dapat menelah tentang kepincangan dalam sistem kehakiman kita. Contohnya kes DSAI di Mahkmah Rayuan sengaja dipercepatkan untuk menghalang beliau daripada bertanding dalam PRK Kajang. Beliau juga ditawar suaka politik di negara-negara EU. Kedua-dua tawaran itu ditolak. Soalannya kenapa ?

1. DSAI ingin membuktikan dirinya tidak bersalah. Beliau menjawab jika mahkamah Malaysia bebas beliau akan bebas. Jadi beliau mengambil tanggung jawab penuh. Berani kerana benar, takut kerana salah.Jika di luar dan tidak balik media rasmi alat propaganda negara  akan memainkan peranan dan menuduh DSAI takut hadapi hukuman. Bahawa DSAI  tahu beliau bersalah dan ingin menghindari daripada hukuman. Jadi DSAI buktikan dirinya bertanggung jawab dan kesedaran batinnya berkara AKU TIDAK BERSALAH ! Aku sedia mengahadapi risiko apa jua. Lakukan menurut hukum dan Jangan aniaya aku lagi !

2. Pada analisis beliau BN akan kalah dalam PRU ke 14 nanti . Ingin melihat barisan pemimpin muda mara ke depan semasa ketiadaannya. PR tidak kekurangan pemimpin untuk mara ke depan. PRK Permatang Pauh membuktikan sokongan terhadap beliau terus marak dan kekal . Sokongan DAP juga mantap. Begitu juga dengan PAS . Isu PAS memboikot PRK Permatang Pauh dapat ditangani dengan baik di peringkat akar umbi dan pemimpin yang bersimpati, faham siapa musuh siapa teman.

3. Kemungkinan besar beliau ingin melihat krisis dalaman PAS akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya.Jika di luar,  UMNO akan menuduh beliau dalang yang mengkucar-kacirkan PAS atau mengatur strategi untuk memenangkan para proksinya di dalam PAS. Beliau mengambil jalan selamat sanggup ke dalam daripada dituduh dengan tuduhan baru terlibat dalam mencetuskan perpecahan di dalam parti Islam tersebut.

4. DSAI sedar beliau akan bebas dengan imej baru yang tidak cacat lagi. Apa lagi tuduhan baru yang hendak direkayasa dan dikenakan oleh musuh musuh politiknya pula ? Sekiranya PR menang dalam PRU ke 14 nanti , kes DSAI boleh diangkat untuk dibicarakan di mahkmah syariah sebagai pemula kepada pelaksanaan hukum jenayah syariah. Mahkamah syariah tidak akan berpegang kepada bukti daripada seorang saksi sahaja. Saksi yang cacat dan meragukan  akan ditolak. Mahkamah syariah tidak akan mengambil masa yang lama untuk terima atau pun menolak kes tanpa menganiaya sesiapa. Sistem kehakiman akan berdiri sendiri dan akan dibebaskan daripada penguasaan eksekutif iaitu di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Di atas hanya analisis sahaja dan perlu kepada kepekaan para intelktual dan pengkaji sejarah  rakyat untuk membongkar penyebab utama kenapa DSAI bersedia ambil risiko sedia dipenjara. Analisis ini  sebagai gagasan politik masa depan buat  generasi muda memahami situasi. Jelasnnya kini dengan ketiadaan DSAI , Tun Mahathir mulai mengambil tempat beliau sebagai pengkritik No wahid (1 ) kerajaan.

Mahathir yang kemarukan audien tidak boleh hidup tanpa dokongan massa  untuk menjuarai isu negara. Beliau masih ingin menjadi jaguhan dan  pemimpin unggul sepanjang masa walau pun usianya telah mencecah 90 tahun. Soalnnya samakah Mahathir dengan DSAI ? Zaman ini untuk siapa pemimpin berjiwa muda atau pemimpin tua yang masanya telah berlalu dan meninggalkan banyak porak peranda. Rakyat mesti menilai sendiri siapakah pemimpin sebenasr masa kini dan masa depan yang memberi harapan kepada masa depan kita .

Kita telah menerima kesan dan akibat dasar-dasar ekonomi, sosial dan politik Mahathir yang terlalu pro bisnes, korporat dan kroni selama 30 tahun lebih. Dasar ini meninggalkan lompang ekonomi yang besar terhadap ekonomi negara. Ribuan bilion wang negara hilang menerusi berbagai skandel atau  diangkut keluar. Timbul berbagasi krisis yang besar .Yang dikini ialah I MDB yang menggunakan dana awam untuk diperniagakan tetapi hasilnya tidak tahu .Yang diketahui hasil pelaburan IMDP meninggalkan hutang sebanyak RM 42 Bilion

.Siapakah yang akan membayarnya ? Sudah tentu rakyat menerusi cukai .Sedangkan pendapatan rakyat tak seberapa dan nilai ringgit semakin mengecil untuk membeli barangan yang diimport. DSAI menjadi harapan untuk mengatasi semua bencana ekonomi sosial dan politik yang tidak henti-henti menimpa negara.Beliau bukan beban kepada negara sebagaimana kini yang menimpa ke atas PM Najib. Beliau adalah aset besar buat Malaysia.  Doakan dengan izin Allah DSAI akan dibebaskan demi kesejahteraan negara.

BERITA BERKENAAN PM DS NAJIB RAZAK -Mampukah Keluar Daripada Asakan Tun Mahathir

APA JAWAPAN PM NAJIB TERHADAP BEBERAPA TOHMAHAN TERHADAP KEPIMPINANNNYA

Najib BACA: Kenapa tidak bangkitkan isu Altantuya 8 tahun yang lalu –

Najib BACA: Biarkan Ketua Audit Negara siasat 1MDB terlebih dahulu –

Najib BACA:’Jambatan bengkok’ tidak diteruskan kerana klausa Perjanjian Air Johor-Singapura

Label rasuah oleh media antarabangsa berdasarkan persepsi semata-mata - Najib

Menteri Datuk Hassan Malik kata PM Najib mendapat sanjungan daripada Presiden Barrack Obama, Presiden Rusia Vladimir Putin malahan pemimpin China. Jika 3 negara kuasa besar pun puji PM Najib tak kan kita mempertikaikan kewibawaannya.

Soalnnya menteri itu lupa bahawa  para pemimpin itu tidak pun terpalit dengan sebarang isu  besar kewangan negara seperti I MDB yang hutangnnya mencecah 42 bilion. Pujian terhadap PM tidak dapat menutup kritikan Tun Dr Mahathir tentang berbagai kepincangan sepanjang PM Najib menerajui negara.

Berdasarkan gambar ini apakah yang tergambar pada wajah mereka, apakah yang tersirat di lubuk jiwa mereka.Masih bersisakah perjuangan untuk agama , bangsa dan negara atau sekadar lakonan di pentas kuasa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...