G 18 HARAPAN MASA DEPAN RAKYAT !
KITA TELAH MENCUBA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN DI ATAS PARTI LAMA. JELAS UMNO DAN PAS MASIH TEGAK DI ATAS PARADIGMA PURBA. BIARKAN MEREKA MENYATU KERANA KEDUANYA SENASIB DAN AKAN DITINGGALKAN. TIDAK AKAN DAPAT DIPULIH DAN BERUBAH. MENGAPA ? MEREKA ADALAH PARTI-PARTI USANG YANG KETINGGALAN ZAMAN. TEGAK DI ATAS SEMBOYAN DAN PRAKTIK YANG JUMUD DAN KOLOT. PAS DENGAN KEPIMPINAN ULAMA DAN UMNO DENGAN KETUANAN MELAYU.
UMNO DENGAN TAAT SETIA MELULU DULU KINI SELAMANYA DAN PAS DENGAN WALA’ YANG MEMBABI BUTA . JUSTERU TENAGA MUDA GENERASI BARU JANGAN DIBAZIRKAN. WADAH BARU MESTI DIBENTUK UNTUK DILUNCURKAN KE PERSADA NEGARA ! PEMIMPIN TUA YANG KERAS KEDEKIANG TINGGALKAN , YANG TUA CERAH MINDA SILAKAN, YANG MUDA BERJIWA TUA USAH DATANG, YANG MUDA JIWA DINAMIK DAN TAHAN UJI MARA DAN MAJU KE DEPAN ! MALAYSIA DIAMBANG REFORMASI SEBENAR ! BANGKITLAH DENGAN GERAKAN REFORMASI MENGUBAH & BERUBAH DEMI MALAYSIA !
Semua perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini mengesahkan bahawa negara masih berada ditakuk lama, paradigma yang melesukan. Ia berlaku meski pun 57 tahun MERDEKA. Golongan lama yang mewarisi semangat dan cara yang dibentuk penjajah yang anti kebangkitan anak-anak rakyat masih kuat mengkudrat. Mereka masih menguasai tampuk kepemimpinan negara ini dalam segala segi. PAS sebuah parti lama yang direformkan untuk lebih terbuka kembali kepada corak lama yang ganas. Mereka telah membongkar dan membungkam habis tenaga dinamiik, golongan profesional, generasi muda dan krim bagi rakyat Malaysia. Generasi yang membawa PAS ke ufuk baru real politik baru negara. Hanya berjaya di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor saja.
PEMIMPIN MUDA YANG TERKORBAN DAN DIKORBANKAN DALAM PERJUANGAN ! PERBUATAN SIAPA ? ELIT/NINGRAT BANGSA SENDIRI ! 1 DAN 2 3 DAN 4
ABDUL SAMAD GOL KETUA PEMUDA PAS DAN PROF ZULKIFLI MUHAMMAD
Hakikatnya golongan muda ini pandai bermain politik sehingga PAS diyakini dan diterima oleh bukan Melayu. Mereka bijak membaca realiti dalam politik sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Dibentuk sikap saling menghormati dan memerlukan di antara satu sama lain. Hasilnya terbukti apabila politik kerjasama yang menyakinkan dan menguntungkan semua pihak meraih kemenangan. Pertentangan kutub antara PAS dengan DAP dapat direda dan diperbaiki. Kenyataannya pertama kali dalam sejarah, 5 negeri tumbang, majoriti 2/3 dinafikan dan undi popular – majoriti menyebelahi di pihak rakyat. Ternyata berlaku dalam PRU ke 12 -2008 dan ke PRU ke 13, 2013.
Petanda ini dengan momentum yang sedia ada menunjukkan pertukaran kerajaan sudah berada diambang kuasa untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara. Namun perkembangan yang berlaku selepas itu amat tragik dan menyedihkan. Golongan jumud tunjuk kuasa bahawa parti itu milik mutlak mereka bukan hak bersama. Mereka kerana takut kehilangan kuasa telah menyah habis golongan yang berjasa untuk dimangsakan. Ini bermakna politik lama yang serba mencengkam dan ketinggalan zaman masih bercokol dan menunjukkan taring kuasa bila saat memerlukan. Tepatnya apabila terancam dan berasa mereka tidak lagi berwibawa untuk berpolitik mengikut rentak semasa . Jasa dan pengorbanan anak-anak, para bijak pandai – profesional tidak dikenang lagi. Tumpaskan dengan kefanatikan dan fitnah bahawa mereka ini duri dalam daging bukannya isi dan otot yang menguatkan parti. Justeru fatwa dan hukum dijatuhkan.
Mengapakah tragedi ini terjadi di saat Pakatan Rakyat diambang untuk mengambil alih kuasa ? Legasi mereka terancam untuk menghadapi generasi baru bakal penerus era kebangkitan negara. Realitinnya antara PAS dan UMNO tiada beza. Keduanya parti lama yang terbentuk hasil percaturan penjajah untuk memecahbelahkan kekuatan orang Melayu. Masih tenggelam dalam politik kolot yang memualkan.Keduannya tidak dapat diperbaiki lagi dan akan dihukum oleh sejarah.Negara perlukan wadah baru oleh generasi baru .Justeru parti baru dengan jiwa baru adalah tuntutan yang sangat diperlukan.G 18 ! March ahead to reform New Malaysia for our brighter future !
Meminjam kata – kata Dr Burhanuddin Al Helmi.Beliau tokoh yang menggerakkan PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947 yang mendapat dokongan rakyat secara menyeluruh. Perlembagaan ini merupakan asas perlembagaan rakyat yang digubal oleh para nasionalis kita yang tulin kerana berani melawan penjajah untuk menuntut sebuah kemerdekaan yang penuh. Apa kata Pak Doktor Burhanuddin ( 1911-1969):
MENJADI :
DI ATAS ROBOHAN KEKUASAAN LAMA
KITA BANGUNKAN JIWA MERDEKA
PERPADUAN RAKYAT MAJULAH KE MUKA
KEMBALIKAN KEADILAN UNTUK SEMUA