Gani Patail masih AG yang Sah, kata pakar-pakar perundangan
PANAS – SKANDAL RASUAH GABENOR BANK NEGARA ZETI
Gani Patail masih AG yang Sah, kata pakar-pakar perundangan
MUHYIDDIN YASSIN REDZA DIGUGURKAN DARIPADA KABINET KERANA VOKAL DAN KRITIKAL DALAM SKANDAL I MDB SEBUAH SYARIKAT YANG SARAT DENGAN HUTANG DEMI RAKYAT DAN INTEGRITI NEGARA
MUNGKIN MUHYIDDIN TERINGAT TENTANG MAKSUD HADIS NABI QULIL HAQ WALAU KA NA MURRAN – KATAKANLAH YANG SEBENAR WALAU PUN PAHIT, MAKA BELIAU SEDIA AMBIL RISIKO
MUHYIDDIN JUGA HARUS TERJAGA DENGAN AMANAT P. RAMLEE DALAM FILEM ALI BABA BUJANG LAPOK TENTANG RUKUN PENYAMUN DALAM KUMPULAN SESIAPA YANG BELOT KEPADA KETUA AKAN TERIMA PADAH !
GERAKAN HARAPAN BARU MENJADI PEMULA KEPADA PARTI BARU YANG BERBASIS ISLAM UNTUK PILIHAN RAKYAT MALAYSIA . INI BERLAKU KERANA 2 PARTI LAMA UMNO DENGAN KETUANAN MELAYU CARANYA DAN PAS DENGAN KEPIMPINAN ULAMA YANG JUMUD GAGAL MEMENUHI TANGGUNG JAWAP MEMIMPIN UMMAH MENUJU KESEJAHTERAAN.
IMPLIKASINYA MELAYU, ISLAM DAN MALAYSIA BERADA DALAM ERA MERUDUM. MAKA WADAH BARU WAJIB DILUNCURKAN KE PENTAS MASSA. PARTI ADALAH WAJAH PERJUANGAN AGAMA , BANGSA DAN NEGARA. PEMIMPIN ADALAH HAMBA KEPADA RAKYAT BUKANNYA MEMPERHAMBA DAN MEMERAS RAKYAT DENGAN BERBAGAI BEBANAN CUKAI DAN KESULITAN SEHINGGA KEHIDUPAN RAKYAT MENJADI PERIT DAN SAKIT DALAM NEGARA YANG KAYA DAN MEWAH DENGAN REZEKI KURNIAAN ALLAH.
Gerakan Harapan Baru sedang bergerak dari negeri ke negeri. Wakilnya di P.Pinang ialah DR Mujahid Yusuf Rawa, Di Perak Ir Nizar mantan Menteri Besar Perak dan Ustaz Ahmad Awang, Di Selangor Dr Dzulkifli, Peguam Hanifa Mydin, Ir Khalid Samad, Dr Siti Mariah, Dr Hatta Ramli dan Datuk Mat Taib, Johor dengan tokohnya Sallehuddn Ayob, Kelantan dipimpin oleh Datuk Husam Musa dan Datuk Kamarudin Jaafar. Kedah , Perlis, NS dan Terengganu sedang diisi dengan pemimpin berwibawa dan akan muncul tidak berapa lama lagi. Selamat maju jaya semoga Islam membawa rahmat kepada ummat dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya,” kata Najib menjawab serangan Dr Mahathir.
HUBUNGAN dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
Demikian ucap Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB), Dr Dzulkefly Ahmad lapor The Malaysian Insider, petang tadi.
“Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang ‘berwalikan’ DAP.
“Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno.
“Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami,” katanya.
“Adalah lebih baik kalau kita sama-sama ‘berlumba-lumba’ menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno,” katanya
RAFIDAH TIBAI NAJIB
JAWAP MUJAHID YUSUF RAWA KEPADA MURSYIDUL AM PAS TG HARUN DIN
Walaupun bergelar ulama dan berstatus Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan ‘fatwa’ haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru
“Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan.
“Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan,” kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.
Anwar ramal Malaysia jadi negara gagal jika pentadbiran sekarang diteruskan. Sebelumnnya Rustam A Sani tulis buku MALAYSIA: FAIL NATION
DSAI MALAYSIA MENJADI NEGARA YANG GAGAL DI BAWAH KEPIMPINAN UMNO -BN . TRENDA MENNJUKKAN KITA MENUJU KEBANGKRAPAN DALAM SEGALA PERKARA – URUS TADBIR TATA KELOLA NEGARA YANG TERBURUK, KEJATUHAN MATA WANG YANG BERTERUSAN, RASUAH, PEMBOROSAN, KEHILANGAN WANG NEGARA, HUTANG MENINGKAT, DEFISIT BELANJAWAN, JURANG KAYA MISKIN YANG LUAS, INFLASI , GST DAN BERBAGAI MUNGKAR !
KPN DATUK KHALID ABU BAKAR GAGAL MENDAPAT EKSES BERTEMU DENGAN JUSTO, WARGA SWITERLAND – BELIAU DISEKOLAHKAN KPN THAILAND IKUT SALURAN YANG BETUL – JUSTO BUKAN RAKYAT MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan anggota parti itu tidak menjadikan DAP sebagai “wali” atau ketua. Beliau berkata hanya anggota parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.
“(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali,” katanya dalam kenyataan media bertajuk “Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja.”
Kenyataan TG Haji Abdul Hadi itu sebagai reaksi kepada tindakan sekumpulan pemimpin PAS yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang telah menubuhkan parti serpihan, Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang diuar-uarkan akan menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.
GHB dijadual ditubuhkan pada 14 September depan.
KOMEN DAN ULASAN :
Dalam PR TIDAK ADA SESIAPA yang mengambil DAP sebagai ketua ? Ketua Pembangkang ialah DSAI. Keputusan dibuat secara konsensus, MENERUSI PERBINCANGAN DAN MUAFAKAT. Malangnya Haji Hadi selalu tak hadir. Dahlah tu semedang buat komen di luar sidang.
ADAKAH HAJI HADI IKUT JEJAK ASRI BERTAALUF SIYASI DENGAN UMNO ?
Selepas kepimpinan Presiden PAS Haji Yusuf Rawa, gerakan pembangkang diterajui Ustaz Fadzil Noor. Atas nama PAS beliau diterima semua. Diterima oleh Melayu dan bukan Melayu sebagai pemimpin dan wakil pembangkang dalam parlimen. Lim Kit Siang juga pernah jadi ketua pembangkang.Begitu dengan Haji Hadi. Mengapakah dijadikan isu berlebihan. Orang sokong kerana wibawa kita. Bila kepimpinan cemerlang kita diterima. Dibawah Ustaz Fadzil Noor PAS berjalan dengan sangat baik.
Ustaz Fadzil berjaya menyatukan ulama dengan profesional. Beliau memadukannya, saling melengkapkan ulama dengan profesional. Memprofesionalkan ulama dan mengulamakan Profesional. Beliau menjadi pengasas GERAK yang menyusuli PAKATAN RAKYAT hari ini . menerusi penubuhan Parti Keadilan Nasional.Disatukannya semua NGO menjadi kekuatan politik untuk mencabar keangkuhan UMNO-BN
Tidak berlaku pun label melabel. Tdak timbul pun krisis kepimpinan yang parah sehingga PAS kehilangan satu jamaah kepimpinan ulama-profesional yang berwibawa. Para pemimpin yang telah berjaya memecahkan kubu UMNO. Saf kepimpinan yang membawa PAS untuk diterima semua PAS FOR ALL. Tidakkah kejayaan PAS melebihi PKR terutama di Selangor? PAS melalui momentum perjuangan yang dinamik dan mulai diyakini oleh bukan Melayu. PAS telah memecah keluar dan bercambar di luar kawasan tradisi Pantai Timur melangkah ke mpantai barat.Apa yang lagi yang PAS mahu ?
Di tangan Haji Hadi semuanya hancur. Patutkah DAP dipersalahkan ? Seperti kata oleh Naib Presiden PAS sendiri Idris Ahmad bercermin atau bermuhasabahlah kepada diri sendiri. Jangan meroyan, usah mamai disiang hari dengan mengucapkan kalimat yang serupa, wali, wala’, sekhah, kepimpinan ulama dll untuk mengelabui mata umum tentang kelemahan beliau.
Di bawah Haji Hadi semuannya berkecamuk . Semasa TG Nik Aziz masih ada keadaan masih terkawal.Bila TG Nik Aziz meninggal, TG Haji Hadi mula menunjukkan taringnya. Ini menyebabkan mercu kejayaan PAS yang unggul merudum. PAS tenggelam dan berkecamuk dengan krisis yang s
Jadi semua krisis yang berlaku kerana masalah dalaman PAS sendiri . Kemelut kepimpinan yang gagal ditangani dengan baik. Lebih tepat kerana kepimpinan Haji Hadilah yang sangat bermasalah. Beliau bertanggung jawab memecahbelahkan perpaduan PAS. Senang saja menggunakan gaya ala politik UMNO yang memangsakan dan membunuh peribadi pemimpin yang tidak disenangi.
DAP dan kumpulan berwibawa di sekelilingnya dijadikan mangsa dan sasaran. Dengan mempergunakan modus operandi itu, beliau memimpin PAS. Adakah PAS dan umat Islam mendapatkan manfaat daripadanya ? Islam itu sempurna. Bukan hanya HUDUD saja ! Melawan riba juga hukum, melawan rasuah juga keutamaan, Urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang baik juga model Islam, melawan pembaziran j sangat diseru oleh Islam dan negara berkebajikan juga rahmat dalam Islam.
Tidakkah tujuan PAS ditubuhkan kerana melawan UMNO yang totok sekular.UMNO yang menolak Islam yang syumul. Kini setelah 64 tahun ditubuhkan kenapa berjinak-jinak pula dengan UMNO ? Apakah PAS dan Haji Hadi masih tidak kenal watak dan sifat UMNO bila tersepit ? Sangat malang di saat Pakatan Rakyat sedang kuat dengan sokongan 52 peratus undi popular, Haji Hadi memainkan politik yang mengkucar kacirkan PR yang membawa kemenangan PAS secara bersama.Politik bijak sama-sama untung.
Beliau menjadi punca kemusnahan PAKATAN RAKYAT.Jadi bila ada yang mahu memulihkan kekuatan PAKATAN RAKYAT semula, mengapa timbulkan masalah lagi. Lagi pun mereka telah dikeluarkan daripada kepimpinan PAS menerusi politik kotor memfitnah dan memburuh peribadi menerusi label. Corak politik ini tak pernah wujud semasa kepimpinan presiden PAS yang terdahulu. Haji Hadi yang mencorakkannya kemudian berlindung di sebalik KEPIMPINAN ULAMA yang gagal membawa rahmat untuk semua
Terbukti Al Quran telah ditulis di zaman awal sebelum kewafatan baginda Rasulullah. Tulisan pada naskah itu diperkemaskan lagi pada zaman Abu Bakar dan diperlengkapkan dengan pengemasan lagi pada zaman Saidina Usmah Ibn Affan. Inilah naskah yang masih tersimpan sehingga ke hari ini. Naskah-naskah yang sebelumnya dimusnahkan untuk mengelakkan kekeliruan.
Saidina Usman memelihara keasliannya daripada sebarang perubahan dengan menerima pakai bacaan mengikut resam Usmani iaitu dailek Quraisy.Ini berbeza dengan Bible yang tertulis 250 tahun selepas kewafatan Nabi Isa menyebabkan berlaku banyak percanggahan. Timbul banyak versi. Al Quran hanya ada satu sahaja naskah yang benar yang membuktika keasliannya tanpa sebarang perubahan atau versi yang lain. Ini membuktikan ia sesungguhnya benar-benar kitab yang datang daripada Allah.
Surah Al A’ raf ayat 86 hingga 87 siapa yang boleh membacanya ?
NIK AMAR TMB KELANTAN DAN NAIB PRESDEN PAS 2015-2017
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, “Tunggu ia tubuh dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar cacat, mana kita tahu,” katanya sinis.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN PENIMBAL PRESIDEN PAS
TUAN IBRAHIM TUAN MAN RAYU TOKOH TOKOH PROFESIONAL YANG KALAH JANGAN TINGGALKAN PAS
APA KATA DSAI
“Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, yang akan melibatkan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti Bersih, Abim, Ikram dan GHB yang baharu sahaja diwujudkan.