Monthly Archives: August 2015
APA KATA TG NIK AZIZ – TAALUF SIYASI PAS DALAM PAKATAN RAKYAT SEBELUM TERBURAI !
BERHUBUNG DENGAN KEDUDKAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
JIKA HENDAK DIKAJI SILAKAN
KAJI HANYA UNTUK PENAMBAHBAIKAN
BUKAN KAJI UNTUK MENGUNDUR KE BELAKANG
KAJI UNTUK BERUNDUR KE BELAKANG
HANYALAH MEMBERI PELAMPONG KEPADA UMNO YANG SEDANG KELEMASAN
Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Al Mursyidul Am PAS Bertarikh 9 Zulkaedah 1434 H bersamaan 15 September 2013 M
Berita Bergambar KES Kampung Mutiara
Kampung Mutiara antara kampung terakhir di Batu Feringhi , yang bakal pupus. Pindah demi pindah akhirnya diambang kehilangan daripada pemandangan. Melayu tak pernah berfikir serius tentang tanah. Mereka berpindah dari tepi laut ke tepi bukit,Berlaku setelah tanah pantai terjual berpuluh tahun sebelumnya.Terpaksa berpindah apabila hotel Regent, kini hotel Park Royal hendak dibina pada tahun 1970an, Berpindah setelah diberi pampasan dan tanah gantian buat sementara. Tapak kepunyaan tanah Lorraine Esme Osman. Daripada tarikh tersebut tidak diusahakan supaya menjadi petempatan yang tetap. Sebuah petempatan yang tak digugat lagi masa depannya. Seoatutnya UDA yang baru ditubuhkan pada awal 1970an sudah boleh selesaikan masalah itu, ketika harga tanah masih murah.
Rumah Agam Yang Unik Rekabentuknya .Wujud di tapak Hotel Golden Sand kini sehingga pertengahan 1983. Walau pun rumah ini bersifat warisan ia telah dimusnahkan. Ini menun jukkan para pemimpin kita tidak punyai kesedaran tentang pelestarian warisan sebagai produk pelancongan sejak dari awal lagi. Antara waris rumah tesebut ialah Osman bin Hussein. Kini tinggal di Kampung Pulau Betong.
TERJEMAHAN BEBAS BM – MALAYSIA’S MESS MAHATHIR MADE
Mahathir Punca Keharubiruan Politik Negara : Kekhuatiran Masa Depan Malaysia
Disesuaikan daripada tulisan Asal Dan Slater Prof Sains Politik Universiti Chicago
Terjemahan bebas oleh Mohd Salleh Yahaya
Setidaknya pergelutan PM Malaysia Najib Razak untuk mengekalkan tampuk kuasa benar dalam satu hal . Kekacauan saat ini dalam kancah politik Malaysia adalah pembuatan seorang musuh terbesar yang sebenar , Mahathir Mohamad .Beliau memimpin Malaysia negara Asia Tenggara dengan tangan besi pada 1981-2003. Apa yang Najib gagal untuk mengerti adalah bahwa Mahathir tidak memberi penyelesaian dengan mengkritik kepimpinan Najib . Percaturan beliaulah yang membuka jalan Najib maju ke puncak kuasa. Memerintah dengan cara yang ia lakukan selama puluhan tahun sebagai PM . Mahathir mungkin percaya bahwa ia dapat mengakhiri krisis ini dengan meruntun Najib ke bawah. Namun sejarah harus menilai sosok Mahathir sebagai perancang semua penyingkiran nasional yang panjang.Termasuk krisis terbaru yang memuncak kini .
Nyata kemelut ini berjaya memastikan, cap jari Najib wujud pada seluruh keadaan huru-hara semasa. Punca krisis telah tersembul dengan keruntuhan syarikat anak didik belaan pelaburan Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ini telah menyebabkan pasaran saham Malaysia dan mata wang ringgit merudum, merosot dan menyusut nilai seterusnya. Semua ini telah berlaku di tengah-tengah dakwaan episod yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri disalurkan dana AS $ 700 juta ke dalam akaun bank peribadinya.
Penyebab ke arah kehancuran Malaysia bermula daripada Mahathir, bukan Najib. Hendaklah disedari bahawa Mahathir meningkat ke pentas kuasa dalam keadaan diberkati.Terima kuasa dengan lancar daripada pemimpin sebelumnya . Ekonomi Malaysia telah berkembang secara sihat selama beberapa dekad. Syukur kepada pengurusan ekonomi yang telus – berhemat dan pasukan birokrasi yang sangat berktrampilan . Tadbir Urus dan kutipan cukai sangat berkesan. Manakala hutang negara sedikit. Kekayaan sumber asli, termasuk minyak, telah diruskan secara profesional .
Satu dekad berlalu dengan pengagihan semula hasil ekonomi kepada majoriti bangsa Melayu di negara ini.Langkah itu telah memulihkan kestabilan sosial selepas rusuhan kaum pada 1969. Pelaburan asing melimpah masuk dengan banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Mahathir mewarisi salah satu pemerintahan yang paling padu di dunia (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO) dan gabungan (Barisan Nasional atau BN) . Rejim itu memang autoritarian, tetapi tidaklah keras sangat menindas jika dibandingkan dengan pemeritahan authoritarian yang lain. Pendek kata, Mahathir memegang kekuasaan di pihak yang utuhkuat apabila menjadi PM pada tahun 1981.
Kemudian datang bebanan hutang. Taksub dengan kepercayaan untuk mengikut jejak langkah menjuarai kepimpinan teknologi di Asia, Mahathir mula meminjam banyak hutang untuk membiayai Projek Pandang Ke Timur, program perindustrian berat yang beliau diterajui untuk negara. Penswastaan adalah sebahagian daripada pakej pertumbuhan. Yang nyata menjadi penerima manfaat adalah kroni perniagaan. Mereka yang kesetiaannya lebih diutamakan berbanding dengan bakat dan kebolehan. Apabila ekonomi global mengalami kelembapan pada pertengahan tahun 1980-an, berlaku kemerosotan dan pengeringan kazanah negara. UMNO berpecah, sebahagian besarnya hasil tindak balas terhadap gaya kuku besi, senjata politik Mahathir.
Dua rakan karib dianggap saingan dan musuh terdekat Mahathir yang paling berbakat, Tengku Razaleigh dan Musa Hitam.Mereka disingkir dari UMNO.Sungguh pun mereka punyai hubungan peribadi,sentimen yang mendalam kepada parti. Mereka menjarakkan diri kerana Mahathir hendak memerintah dengan sendiri. Tidak berhenti di situ Mahathir bertindak balas dengan melancarkan operasi polis. Tindakan atas alasan untuk mengatasi ketegangan kaum yang direkanya sendiri. Beliau bertindak memenjarakan dan menakutkan memusuh politiknya.Sekali gus mengukuhkan kawalan kuasa secara autokratik.
Oleh karena itu di akhir 1980-an, semua petanda menunjukkan bahawa krisis Malaysia di saat kepemimpinan Najib simptonnya sudah jelas terbayang sejak di zaman Mahathir lagi. Rejim semakin represif. Jawatan Perdana Menteri menjadi syurga kesewenangan untuk bersifat autokratik. Ketegangan etnik politik telah dipertajamkan semula untuk manipulasi pengukuhan kuasa. Ekonomi alami kemerosotan akibat banyak berhutang. UMNO tega mengorbankan beberapa pemimpin yang paling kuat dan berkemampuan . Ini adalah awal daripada kemerosotan pencapaian nasional dan kesedihan kepada Malaysia. Berlaku di bawah kepemimpinan Mahathir yang tamak. Yang membolot kuasa dalam genggaman tangannya sendiri.
Cepat-maju dalam satu dekad. Selepas itu timbul sindrom yang tercetus menerusi politik authoritarian.Ia berulang dalam bentuk yang lebih mengerikan. Krisis Kewangan Asia tahun 1997-98 menghukum Malaysia untuk membayar hutang dalam mata wang dolar. Akibatnya Eknomi terencat, tidak berlanjutan. Puncanya ialah hutang yang terkumpul dan bertapuk sejak zaman Mahathir. Beliau mewajarkan pendiriannya bahawa ini penting untuk pertumbuhan dan pulangan yang sangat tinggi di kemudian hari.
Sifat Mahathir yang nyata ialah selalu menyalahkan semua orang kecuali dirinya sendiri. Ia cuci tangan terhadap berbagai kecelakaan dan petaka yang menimpa negara . Ia memecat dan memenjarakan timbalannya yang populer dan berbakat, Anwar Ibrahim. Pemimpin yang dengan penuh keberanian menyatakan bahwa Malaysia memerlukan reformasi lebih ke depan untuk mengembalikan negara ke persada keadaan ekonomi yang stabil.
Mahathir tidak mampu menarik Malaysia keluar daripada krisis dengan membuat reformasi ekonomi atau penyesuaian. Di atasinya dengan semakin banyak berhutang dan semakin banyak belanja boros. Hal ini dimungkinkan karena Malaysia masih kukuh dalam kedudukan fiskal . Hasil pembangunan ekonomi yang mapan . Kekayaan yang terhimpun selama setengah abad, setelah masa kolonial Inggeris. Mahathir bangga dengan mendakwa bahwa pelaksanaan kawalan modal telah menyelamatkan perekonomian negara selama ini.
Pelarian modal keluar negara pada dasarnya mematikan kawalan modal saat ia diimplimentasikan. Mahathir terperangkap untuk mengatasi kemelut politik yang dibinanya dan gagal dalam pemulihan ekonomi. Beliau memomokkan kerusuhan anti-China di negara tetangga Indonesia.Dijadikannya bahan kempen yang kemudian dimanipulasi untuk mempastikan sekali gus menggertak pengundi kaum Cina tetap mengundi BN dalam PRU 1999.
Justeru Malaysia telah mengalami kemerososotan bahkan sebelum menjelang pergantian milenium. Malaysia bergerak melintasi cerun penurunan yang jelas terjadi dalam krisis saat ini. Seperti Mahathir, Najib memegang kendali kuasa mutlak atas ekonomi.Beliau mulai meminjam dan memburu sumber hutang secara leluasa , terutama 1MDB. Seperti Mahathir, Najib melaksanakan penindasan di bawah undang-undang keamanan kuno untuk melindungi posisinya sendiri. Dilakukan di tengah meningkatnya kritik dari masyarakat sivil dan dari dalam UMNO.
Seperti Mahathir, Najib secara sembarangan memainkan sentimen perkauman dan agama apabila kedudukan kuasa politiknya semakin melemah. Beliau menyempurnakan cara gaya siasah Mahathir . Bahkan mengulangi gaya Mahathir apabila memecat timbalannya, Muyyiddin Yassin, yang berani mempersoalkan kewibawaan Najib di media dalam menanggapi skandal 1MDB. Singkatnya Mahathir tidak layak untuk menyalahkan sesiapa pun melainkan dirinya sendiri . Dialah punca yang menuntun Najib dan mendorong Malaysia lebih jauh terbenam ke dalam tanah.
Siapakah yang layak memimpin Malaysia ? Teruskan Najib memimpin negara. Beri peluang kepada pengganti lain yang masuk akal.Banyak yang muncul kini. Soalnya mampukah mereka memimpin Malaysia keluar daripada dekad kemerosotan yang panjang . Di sinilah letaknya semua kerja jahat hasil warisan terburuk Mahathir . Sehingga tidak ada seorang pun daripada golongannya yang layak . Termasuk kebejatan tindakan memecat tiga orang tokoh politik paling berwibawa sehingga terkeluar daripada UMNO semasa beliau menjadi PM mereka. Mahathir memastikan hanya pemimpin ala kadar dan tidak membahayakan kedudukannya akan tetap bertahan dalam lembaga parti politik terkuat di Malaysia .
Namun ada syarat bagi Malaysia keluar daripada krisis ini. Ada langkah yang membuka jalan kepada ekonomi yang sihat. Ada jalan untuk menghindarkan negara daripada terus terperosok ke jurang yang dalam. Malaysia tidak boleh lari daripada reformasi politik dan ekonomi. Pertama Malaysia menuntut perubahan menerusi Gerakan Reformasi seperti yang dimulai dari akhir 1990-an. Ia akhirnya perlu diterima. Baik oleh generasi baru dalam kepemimpinan UMNO , atau dengan oposisi politik yang ditekan tapi masih bersungguh dan teguh pendirian demi selamatkan Malaysia . Ia wajib dilaksanakan sebagai pra syarat perubahan.
Dan Slater adalah profesor ilmu politik di Universitas Chicago
RENCANA TERBAIK MALAYSIA MESS MAHATHIR MADE
Malaysia: The Mess Mahathir Made

At least embattled Malaysian Prime Minister Najib Razak is right about one thing. The current mess in Malaysian politics is the making of his greatest nemesis, Mahathir Mohamad, who led the Southeast Asian nation with an iron fist from 1981–2003. What Najib fails to fathom is that Mahathir has not produced this mess by criticising his leadership, but by paving Najib’s path to power in the fashion he did during his decades in office. Mahathir may believe that he can end the crisis by bringing Najib down. But history should judge Mahathir himself as the author of a long national decline that has culminated in this latest crisis.
To be sure, Najib’s fingerprints are all over the current mess. The proximate source of the crisis has been the collapse of Najib’s pet sovereign-investment company, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). This has caused Malaysia’s stock market and currency, theringgit, to plummet in turn. All this has transpired amid credible allegations that the prime minister siphoned an eye-popping US$700 million into his personal bank account.
But this road toward ruin commenced with Mahathir, not Najib. It is vital to realise that Mahathir rose to power in blessed circumstances. Malaysia’s economy had been growing healthily for decades, thanks to the prudent economic management of a highly capable bureaucracy. Governance and tax collection were effective, and debts were few. Natural resource wealth, including oil, was professionally stewarded. A decade of muscular redistribution to the country’s ethnic Malay majority had restored social stability after the race riots of 1969.
Incoming foreign investment was copious and about to mushroom even further. Mahathir commanded one of the most cohesive ruling parties (the United Malays National Organization, or UMNO) and coalitions (the Barisan Nasional, or BN) in the world. The regime was authoritarian, but not intensely repressive or disliked in comparative terms. In short, Mahathir was holding a winning hand when he became Prime Minister in 1981.
Then came the debt. Obsessed with following in the footsteps of Asia’s technological leaders, Mahathir began borrowing heavily to fund his ‘Look East’, state-led heavy-industrialisation program. Privatisation was part of his growth package, but the beneficiaries were businessmen of loyalty more than talent. When the global economy went into recession in the mid-1980s, patronage started drying up. UMNO split, largely in reaction to Mahathir’s strong-armed style of rule. Mahathir’s two most talented rivals, Tengku Razaleigh and Musa Hitam, bolted from UMNO despite their deep personal ties to the party, mostly to get away from Mahathir himself. Mahathir responded by launching a police operation under the pretext of racial tensions, imprisoning and intimidating political rivals, and cementing his autocratic control.
Hence by the late 1980s, all of the defining features of Malaysia’s current crisis under Najib’s leadership were already evident under Mahathir. The regime was increasingly repressive. The office of prime minister was becoming a haven of autocracy. Ethnic tensions had been reopened to political manipulation. The economy was worrisomely indebted. UMNO was shedding some of its most capable leaders. This was the beginning of Malaysia’s sad national decline, under Mahathir’s watch and at his own hand.
Fast-forward a decade and all of these syndromes would recur in even nastier forms. The Asian Financial Crisis of 1997–98 punished Malaysia for the unsustainable dollar-denominated debts it had accumulated under Mahathir’s single-minded push for breakneck growth. Mahathir blamed everybody but himself for the crash. He sacked and imprisoned his popular and gifted deputy, Anwar Ibrahim, largely for his temerity in suggesting that Malaysia needed deeper reforms to regain economic health.
Mahathir didn’t pull Malaysia out of its crisis with economic reform or adjustment, but with more and more borrowing and spending. This was possible because Malaysia was still sitting on the fiscal reserves it had been amassing for half a century, since the British colonial period. Mahathir grandiosely claimed that his imposition of capital controls had saved the economy. But capital flight had basically run its course by the time controls were implemented. Mahathir imposed them to facilitate political repression as much as economic recovery. The spectre of anti-Chinese riots in neighbouring Indonesia was then callously manipulated to keep ethnic Chinese voters in the BN fold in the 1999 elections.
Hence even before the turn of the millennium, Malaysia was hurtling down the very trajectory of decline we are witnessing in the current crisis. Like Mahathir, Najib assumed autocratic control over the economy and embarked on reckless borrowing and investment schemes, especially 1MDB. Like Mahathir, Najib unleashed a torrent of repression under antiquated security laws to protect his own position amid rising criticism from civil society and from within UMNO. Like Mahathir, Najib has recklessly played the ethnic and religious card as his position has weakened. And in consummate Mahathir style, Najib has now even sacked his deputy, Muyhiddin Yassin, for questioning Najib’s repression of the media in response to the 1MDB scandal. In sum, Mahathir has nobody to blame more than himself as he watches Najib drive Malaysia even further into the ground.
BERITA SEMASA DUNIA ISLAM DAN MALAYSIA
SYEIKH ABDULLAH BIN BAAYAH
DUA TOKOH TERHEBAT GHB ! MAMPUKAN MEMBERI HARAPAN BARU KPD RAKYAT YANG TERUSIR DALAM PEMBANGUNAN PESAT P. PINANG !
MUJAHID YUSUF RAWA JANGAN LUPA TAPAK BERPIJAK DI MANA TUAN BERGERAK !
Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider,
- DARIPADA BERKUBANG DALAM PAS YANG JUMUD LEBIH BAIK MEMBINA TAPAK BARU YANG LEBIH SUBUR DAN TERBUKA .
- MUJAHID BOLEH PERGI LEBIH JAUH TERUSKAN PERJUANGAN MENDAULATKAN KEADILAN SEJAGAT TONGGAK UTAMA ISLAM .
- MUJAHID JANGAN LUPA RAKYAT TERPINGGIR P.PINANG DAN MEMPERJUANGAN JATI DIRI MELAYU ISLAM YANG GAGAL MENEMPATKAN WARISANNYA DI PULAU PINANG
MESEJ KEPADA MUJAHID- JANGAN LUPA RAKYAT BILA BERKUASA !
KINI RAKYAT PP TAMPAK RUANG DAN PELUANG DENGAN MENYOKONG GHB BAGI MENERUSKAN TAALUF SIYASI DALAM KELUARGA PR. JELAS WADAH PERJUANGAN BARU ADALAH PLATFORM UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PAS. MASIH KEKAL DENGAN PRESTASI I KERUSI DI DUN PERMATANG PASIR AKAN BERGANJAK. SECARA TEGASNYA MEMPERBAIKI PRESTASI PR YANG KUCAR KACIR DAN BERKUBUR ANGKARA POLITIK KEPIMPINAN ULAMA YANG MENOLAK POLITIK KERJASAMA DAN BERMUSYAWARAH ! TIMBUL POLITIK BARU UNTUK MENANG DAN MEMERINTAH PERLU SALING BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN. POLITIK TERBUKA MEMPROFESIONALKAN ULAMA DAN MENGULAMAKAN PROFESIONAL WARISAN USTAZ FADZIL NOOR ! POLITIK GABUNGAN DUA TANGAN BUKAN SATU TANGAN SAHAJA SEBAGAIMANA DALAM PAS KINI . KITA TIDAK BOLEH BERSENDIRIAN YANG NEGARA YANG MAJMUK . UMNO MENANG KERANA TERIMA HAKIKAT INI
JANGAN LUPA bahawa P.Pinang adalah tapak mula penubuhan PAS pada tahun 1951. Tapak mula Tunku Abdul Rahman bergerak setelah menjadi YDP UMNO. Pokoknya Melayu PP telah memberi sumbangan besar terhadap penubuhan dua parti terbesar umat Melayu di Malaya. Dari bumi P.Pinang kedua parti tersebut mula BERGERAK DAN berkembang
Ulama Hj Abdullah Fahim, Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Badawi menyokong UMNO. Uama terkenal Haji Ahmad Tuan Huseein dan Haji Salleh Masri menyokong PAS. Haji Ahmad Tuan Hussein menjadi ahli parlimen pembangkang yang pertama di Malaya. Beliau menang kerusi parlimen PAS di Krian, Perak. Kerusi parlimen itu kini yang diwakili oleh Mujahid Yusuf Rawa. Kemenangan Mujahid kali kedua di parlimen Parit Buntar menunjukkan pola politik yang dipilihnya betul dan momentum yang tepat dengan rentak politik terbuka yang dibawanya. Politik meraikan anak semua bangsa di bumi Malaysia.
Namun Sumbangan Melayu P.Pinang ke atas dua parti tersebut tidak berbaloi. Setelah 58 tahun merdeka kini kehidupan rakyat yang sebahagian besar Melayu masih sangat daif dan amat terpinggir. Berlaku ditengah-tengah kemakmuran negara dan kerancakan pembangunan di PP. Gagal untuk mendapatkan sebuah rumah untuk tempat kediaman. Kampung-kampung Melayu alami kemusnahan total satu demi satu di depan mata kepala.
Dalam masa terdekat 5 tahun tidak akan bersisa lagi . Tinggal kenangan dan selamat tinggal P.Pinang buat Melayu P.Pinang penduduk asal dan bumiputeranya kerana pembangunan tidak dibuat dan berpihak kepada mereka. Pembangunan untuk korporat dan golongan kaya serata dunia bukan untuk rakyat yang miskin. Inilah warisan dasar Mahathir yang pro bisnes dan ketepikan rakyat yang mengundinya. Baca rencana Malaysia Mess Mahathir Made !
Mengapa ? Harga tanah sengaja diapongkan untuk naik melonjak secara menggila. Implikasinya harga hartanah menjadi tersangat mahal. Tempat Melayu bertahan habis dikejar dan dipugar. Bermula dari zaman BN.Lebih rancak selepas PR memerintah PP selepas kemenagan gemilang mulai 2008. Berselindung di balik alasan kononnya semua projek ini diluluskan zaman BN. tidak dapat ditahan atau dimansuhkan. Mangsanya ialah kawasan penempatan orang-orang Melayu. Hampir tidak ada lagi kawasan penempatan atau habitat Melayu yang berjaya dikekalkan atau dipastikan rakyat ada bahagian dalam pembangunan supaya tidak terusir terus.
Jadi peranan kerajaan sebagai penanggung jawab sosial rakyat sudah dihancurkan semasa BN memerintah. Adakah kerajaan selepas BN juga akan meneruskan dasar-dasar penindasan yang sama. Saperti kerajaan tidak bertanggung jawab langsung mengadakan peluang perumahan kepada orang yang tidak bertanah. Dasar-dasar yang keterlaluan pro bisnes, korporat dan membelakangkan rakyat sangat ketara. Sekali lagi seolah-olah kerajaan tidak berkuasa menahan kezaliman daripada menghancurkan masa depan rakyat. Hak untuk rakyat mendapat rumah termampu dengan pendapatan tidak dilayan. Berindak seperti BN juga “PEMBANGUNAN MAMPU TENGOK BUKA MAMPU BELI ” ! Jemput pelabor daripada seluruh dunia untuk menjarah tanah membeli, menjual dan memanipulasi harga.Lepas itu membawa wang keluar negara
Rakyat dinyah begitu sahaja daripada kampung halaman mereka. Mengapa ? Tanah telah dibeli atas nama swasta. Kerajaan membiarkan swasta menggunakan pentas mahkamah untuk menghalau penduduk asal yang berakar dibumi. Keberadaan mereka sebagai penduduk asal P.Pinang tidak dikira langsung. Mereka diisytihar SETINGGAN dan penceroboh walau pun duduk di atas tanah sebelum dibeli dan dimilikI oleh tuan tanah yang baru dan terkini. Undang-undang seperti itu sangat berkuasa dan berleluasa kini.
Tak ada undang-undang yang mempertahankan hak penduduk asal langsung. Semuanya main jawapan mudah yang bersifat teknikal.Tanah siapa yang punya ? Pemaju ! Kau ada hak apa untuk halang PEMBANGUNAN. Penduduk mohon hak dalam pembangunan pun tak dilayan. Ini hak aku sebagai pemilik dan pemaju. Nak bagi , nak usir atau tak mahu bagi langsung pampasan , Itu hak mutlak aku .Bagi ihsan tak bagi berambus !
Bermakna undang-undang warisan penjajaah dikekalkan dan dimantapkan selepas merdeka. Adakah rakyat tak punyai ada apa hak pun dibumi sendiri yang merdeka Sekadar retorik sahaja. Hak -hak rakyat seperti tidak diperlindungi oleh kerajaan untuk mendapat bahagian dalam pembangunan.Di banyak tempat rakyat digertak dan dihalau begitu sahaja dengan sedikit pampasan.Di manakah mereka nak tinggal selepas diusir ?
Rakyat kehilangan hak atas tanah warisan yang mereka huni ratusan tahun. Pelik sungguh undang-undang seperti ini di sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.Siapa saja dari luar negara boleh membeli tanah tanpa sebarang sekatan dan tidak terikat untuk membayar pampasan atau tidak. Selepas dapat perintah mahkamah mereka boleh mengahalau penghuninya tanpa sebarang halangan ? Ia menjadi sangat rancak di P.Pinang kini. Ini dilakukan oleh BN dan diteruskan operasi seperti itu di P.Pinang kini. Terkini penghuni kampung Mutiara akan dinyahkan tanpa sebarang pampasan. Seterusnya banyak tempat lagi di P.Pinang.
Singapura contoh terbaik. Walau pun tanah terhad masih menjamin satu peluang perumahan untuk rakyatnya.Di tanah besar Malaysia semuanya kacau bilau.Lebih-lebih lagi di P.Pinang. Rakyat hampir tidak ada peluang untuk memiliki rumah sebagai salah satu keperluan asas untuk hidup. Harga rumah dibiarkan ditentukan oleh pasaran tanpa kawalan.Harga tanah dimanipulasi dengan sewenang-wenang tanpa kawalan juga.
Di Singapura tanah tidak boleh dibeli dan harganya dimanipulasi.Ia menjadi milik kerajaan. Pelan pembangunan ditentukan oleh kerajaan .Kerajaan kawal pembangunan supaya peluang terbuka secara adil kepada rakyat dan golongan bisnes. Central Providence Fund seperti EPF di Malaysia digunakan sebagai tabung membiayai projek perumahan dan memberi pinjaman mudah dan bunga rendah.Harga rumah dikawal supaya tidak dimanipulasi secara menggila . Tujuannya supaya pasaran menjadi tidak begitu terbuka untuk mengutamakan orang luar berbanding dengan rakyat sendiri. Tujuannya supaya rakyat mampu membeli. Tidak timbul rakyat tak ada peluang membeli rumah .Di Malaysia gaji sangat rendah dan lambat meningkat tetapi harga rumah melambong lambong !
Di Malaysia timbul persoalan di manakan letaknya peranan kerajaan sebagai pengimbang dan penanggung jawab sosial rakyat. Tampak swasta berniaga dan kerajaan juga seperti berniaga. Menjna pendapatan lebih daripada sektor swasta. Sedangkan rakyat membayar telah pelbagai cukai tetapi tidak dipandang. Kerajaan berfungsi terlalu pro perniagaan dan golongan korporat. Jadi rakyat terkepit dan termangsa dengan permainan ini. Penndapatan daripada cukai ratusan biklion gagal dipulangkan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat menerusi perumahan yang mampu dibeli.Bukannya harga yang bersaing dengan swasta. Jika pendapatan rakyat dijamin tinggi tidak mengapa.
Lebih-lebih lagi bila ada kenyataan daripada ahli politik bahawa bukan tanggung jawab kerajaan negeri untuk mengadakan perumahan untuk rakyatnya.Itu tanggung jawab kerajaan pusat. Jadi manakah rakyat hendak mengadu ? PR sepatutnya boleh menang dalam PRU ke 13 dan punyai harapan dalam PRU ke 14. Sikap pro rakyatnya amat meragukan masih terlihat ala BN yang terlalu pro korporat terutama di P.Pinang.
Juga sangat tidak adil dan peka terhadap usaha melestarikan warisan Melayu di PP. Sedangkan untuk GTWH sangat menyokong secara keterlaluan dan terang-terangan. Segalanya biarlah adil dan real. Kita tidak seperti BN yang lupa pengundi selepas menang PRU demi PRU. Kita adalah kerajaqan yang ber AMANAH, TELUS DAN ADIL !
Tulisan Hishamuddin Rais yang menggugah diambang Bersih 4
Mengikut pandangan sosok intelektual kiri ini: Senjata kaum feudal dan kaum kapitalis adalah peluru dan perang. Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas ialah agitasi, mogok dan demonstrasi.