KEHEBATAN DR BURHANUDDIN BERMANTIK DI HADAPAN SEORANG ATHEIS

SEJARAH MENGIMBAU MASA LALU

MEMAHAMI MASA KINI

BERSEDIA MENELAH DAN MENGUASAI MASA DEPAN 

LASSO

Ahmad Boastamam ada bercerita, bahawa satu malam, iaitu selepas dari kongres PKMM, beliau bersama-sama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Mokhtaruddin Lasso. Ketika itu, mereka sedang berada di pejabat harian ”suara rakyat”, lidah rasmi PKMM di Jalan Brewster.

Sedang bersembang, tiba-tiba Mokhtaruddin Losso yang terkenal dengan pemikiran komunis bertanya kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?”

Ahmad Boastamam bercerita, ketika Mokhtaruddin Lasso bertanyakan soalan tersebut, kelihatan wajahnya dalam keadaan tersenyum.

Subhash-Chandra-Bose-Death

Almarhum Ahmad Boestamam Ruhi Hayat (3)

AHMAD BOESTAMAM NAMA SEBENAR ABDULLAH SANI BIN RAJA KECIL. NAMA BOESTAMAM TERINSPIRASI  DARIPADA NAMA PEJUANG INDIA YANG REVOLUSIONER  SUBHAS CHANDRA BOSE 

Ahmad Boastamam tidak menyangka bahawa Mokhtaruddin akan bertanyakan soalan sebegitu kepada Dr Burhanuddin. Detik hati Ahmad Boastamam bahawa mungkin Mokhtaruddin ingin menguji keteguhan Dr Burhanuddin dalam beragama.

”Sudah pasti ada” jawab Dr Burhanuddin Al-Helmi ringkas.

”benarkan tuhan itu berkuasa?”

”Benar”

”kalau benar tuhan itu berkuasa, suruhlah tuhan membuat sepasang terompah kayu sekarang. Jika tuhan mampu membuatnya, saya akan percaya bahawa tuhan itu ada dan berkuasa” Mokhtaruddin memprovoke.

Provoke mokhtaruddin itu dijawab tenang oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Masakan patut tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu.

”ini tidak bermakna tuhan tidak boleh membuat terompah kayu” sambung Dr Burhanuddin Al-Helmi lagi.

”Tuhan boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya, kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

”kalau seseorang yang pakar dalam ilmu, pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu logik, bukan?” soal Dr Burhanuddin yang memberikan jawapan secara tidak langsung kepada Mokhtaruddin.

”demikianlah ibaratnya tuhan dengan membuat terompah kayu itu” sambung Dr Burhanuddin lagi.

”Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya”

Jawapan Dr Burhanuddin al-Helmi itu ternyata menyebabkan Mokhtaruddin Lasso terpegun.

Sila baca buku ”Dr Burhanuddin : putera setia melayu raya” karangan Ahmad Boastamam]

MENANGGAPI U.M.N.O.B.A.R.U. UNTUK MEMAHAMI PUNCA KEMELUT KINI

KATA Tun Dr Ismail Abdul Rahman, TOKOH POLITIK YANG BERPRINSIP  bahawa Ahli silap mata menggunakan cermin dan kepantasan tangan untuk membuat helah yang baik. Begitulah kebijaksanaan Dr Mahathir bermain politik.  Persis seorang penyihir dan pemukau yang sangat licik menipu audien atau khalayak dengan ucapan. Dalam hal ini Al Quran menyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 204   : yang maksudnya :

Surah 2 : 204 – Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati , dan ia mengatakan  Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya .

TERJEMAHAN 204. Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras.

Demikian juga, Umno Baru mahir membuat ilusi HASIL DARIPADA rekayasa DR MAHATHIR MUHAMMAD

Sebab itu Tunku Abdul Rahman Putera mati-matian menolak UMNO Baru yang diyakininya secara teguh telah membunuh UMNO yang asal

MARILAH KITA MENYINGKAP ,TABIR UMNO BARU UNTUK MEMAHAMI APA YANG TELAH, SEDANG DAN AKAN BERLAKU.KENAPAKAN JADI BEGINI DAN BEGITU. MEMANG SIFATNYA BEGITU SEPERTI YANG DIRANCANG SEJAK DARI AWAL. APA YANG DIRANCANG ,DINIAT DALAM HATI ITULAH YANG BERLAKU .

U –  Unprinciple Tiada berpegangan atau berprinsip.Apa pun boleh ikut keperluan dan keadaan. Pragmatis .Siapa yang masuk ke dalamnya walau ulama sebagaimana hebat akan jadi tiada berprinsip dan menolak prinsip yang dipegangnya dulu.Belum ada ulama dan pemimpin yang berprinsip semasa berasda dalam UMNO selama. DSAI menjadi mangsa kerana hendak menengakkan prinsip, Aziz Ishak menjadi mangsa kerana hendak membela petani dan nelayan, Datuk Asri hilang prinsip bila menyertai UMNO dan paling terkini Mahyuddin Yassin sedang  terbuang bila dipecat apabila berpegang kepada PRINSIP

M – Mahathir -kena ikut Mahathir. Siapa yang LAWAN MAHATHIR ,  tidak ikut cara,  pola serta arahaNNYA  akan jadi mangsa. Contohnya Datuk Abdullah Badawi yang dipaksa letak jawatan selepas PRU 2008, DSAI , MUSA HITAM, NAJIB RAZAK SEDANG DIASAK UNTUK LETAK JAWATAN.CONTOH YANG KLASIK IALAH KETUA HAKIM NEGARA TUN SALLEH ABBAS

NNEPOTISME , KRONISME DAN POLITIK WANG UNTUK MEREBUT KEKAYAAN NEGARA SUPAYA BERLEGAR DI KALANGAN ELIT PENGUASA DAN RAKAN NIAGA. DENGAN MONOPOLI EKONOMI MEREKA BEROLEH KEKAYAAN UNTUK MENGUASAI PARTI DAN MEMBELI UNDI DENGAN PELBAGAI MCARA  KETIKA PRU .TERMASUK MENGUASAI ALAT-ALAT NEGARA UNTUK KEPENTINGAN PARTI. CONTOH MEMBELI STESYEN TV 3 , SURAT KHABAR, MEDIA DAN SEBAGAINYA DI ATAS PRINSIP MENGUASAI  3 M -MEDIA, MONEY, MACHIENARY 

O- OPRESSION – PENINDASAN, KEZALIMAN, SALAH GUNA KUASA DAN CENGKAMAN KETAT UNTUK MEMASTIKAN KONGKONGAN KUASA  TIDAK TERUSIK. JIKA ADA GUGATAN ISA AKAN DIGUNA PAKAI, POLIS AKAN DIPERALATKAN, TENTERA AKAN TURUN , FATWA AKAN DIKELUARKAN KEKERASAN AKAN DIGUNAKAN DAN PEMIMPIN YANG BERWIBAWA DAN PUNYAI DAYA KEPIMPINAN YANG TINGGI AKAN DIMANGSAKAN DENGAN FITNAH DAN PEMBUNUHAN PERIBADI SECARA AIB DAN KEJAM .CONTOHNYA DSAI. DOA USTAZ FADZIL NOOR SANGAT TEPAT MEMOHON KEPADA ALLAH DILANJUTKAN USIA TUN DR M DILANJUTKAN USIA SUPAYA DIA DAPAT MELIHAT SATU PERSATU RENCANA KEZALIMAN DAN AKIBAT KEMUSNAHAN YANG DILAKUKANNYA  KEATAS RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA DAN ORANG MELAYU KHASNYA . KEZALIM,AN YANG BERLAKU SEPANJANG 22 TAHUN PEMERINTAHANNYA DAN SKANDAL DEMI SKANDAL YANG MELIBATKAN KEHILANGAN BERBILION WANG NEGARA LESAP BEGITU SAHAJA. 

B – BRIBERY RASUAH, SOGOKAN DAN PENYELEWENGAN MEMANG TELAH MENJADI BUDAYA DALAM AMALAN UMNO BARU 

A –  ANWAR IBRAHIMMANGSA DAN KAMBING HITAM UNTUK SEMUA KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO BARU DIMANGSAKAN KEPADA ANWAR

RREVENGEPEMBALASAN DENDAM DAN DENDAM KESUMAT TANPA AMPUN. .DRAMA UMNO BARU PENUH DENGAN TRAGEDI, HUKUMAN DAN PEMANGSAAN KE ATAS ORANG YANG TIDAK DISENANGI SEHINGGA HILANG DARIPADA PARTI DAN KERAJAAN. CONTOH ORANG YANG TERLIBAT DENGAN KES ALTANTUYA DAN I MDB. BEGITU KES-KES ORANG YANG MELAWAN PRESIDEN PARTI SEPERTI YANG DIALAMI DATUK KHAIRUDDIN KINI. 

UUNDEMOCRATIC – PARTI YANG SAMA SEKALI BUKAN SAHAJA TIDAK DEMOKRATIK MALAHAN TIDAK MESRA DAN MERAIKAN  DEMOKRASI LANGSUNG.TIDAK ADA PERTANDINGAN PRESIDEN DALAM PARTI UNTUK SEKIAN LAMA  UNTUK MENILAI SEJAUH MANAKAH PEMIMPIN TERSEBUT BERWIBAWA, MENANG SEBELUM BERTANDING KERANA ADA UNDI AWAL 10 PERATUS. ADA UNDI AWAL SEBELUM  PRU, ADA UNDI HANTU, ADA PENGGUBAHAN PENGUNDI, PENGHILANGAN NAMA DALAM DAFTAR UNDI, PERSEMPADANAN SEMULA YANG MENGUNTUNGKAN UMNO BARU DAN BN.CONTOHNYA DALAM PRU KE 11 SEMASA DALAM ABDULLAH JADI PM TAHUN 2004 MENYAKSIKAN KEMENAGAN TERBESAR UMNO -BN DALAM PILIHAN RAYA TERSEBUT . UMNO BARU SEBENARNYA TIDAK MEWARISAN SEMANGAT, JIWA DAN PERJUASNGAN UMNO ASAL. HANYA MEWARISI LAMBANG,EMOSI  DAN LEGASI KONONNYA PERJUANGANNYA UNTUK AGAMA,  BANGSA DAN NEGARA. SEBENARNYA DI BAWAH UMNO BARU BANYAK KEPENTINGAN MASA DEPAN MELAYU YANG HILANG SEPERTI TANAH REZAB MELAYU.   KEDUDUKAN MELAYU SANGAT TERANCAM KERANA HILANG TANAH  DAN EKONOMI DIBIARKAN SANGAT TERBUKA TANPA DASAR-DASAR PELINDUNGAN YANG MEMBELA  HAK DAN KEHIDUPAN RAKYAT. 

UUnprinciple Untuk tidak berprinsip

M –  Mahathirisme Mempunyai kuasa mutlak GOD Farther

NNepotisme Ningrat utamakan Kroni, Elit ,Korporat  punyai hubungan intim dengan political master

O –  Oppression – Opportunist  Zalim, dolak dalik dan bermuka-muka

B –  Bribery Boleh rasuah, sogokan, beli kuasa ,politik wang

AAnwar Ibrahim satu gugatan kerana di luar lingkaran.Kambing hitam yang dimangsakan

RRevenge pembalasan dendan untuk sesiapa yang berani menyimpang daripada garis, pola dan modus operandi kekuasaan politik U.M.N.O.B.A.R.U. yang telah dipersetuji dasn ditentukan.

UUndemocratik Nahi  Demokratik Sama sekali tidak demokratik dan mengalah kepada hak-hak dan kebebasan rakyat.

Kesimpulannya UMNO Baru adalah rekayasa Tun Dr Mahathir. UMNO baru hanya meminjam nama, lambang dan emosi  UMNO tetapi tidak mempunyai cita-cita dan semangat perjuangan untuk  bangsa Melayu. Perjuangan untuk bangsa diubah menjadi perjuangan untuk kroni dan korporat. Justeru dengan kuasa yang ada mereka berusaha memindahkan segala hak atas nama bangsa Melayu  elit korporat politik yang menguasai kerajaan.

nikzhe

Kegilaan pada individu adalah sesuatu yang jarang tetapi pada kumpulan, parti, negara dan zaman telah menjadi satu kemestian – Nietzche (1844 – 1900 )

BERITA MELEDAK DALAM NEGERI DI SANA SINI

Jamal Dibebaskan

MASIH SEMPAT  Ancam UNTUK  Saman Media Yang KONON Sebabkan Dia Ditangkap

Jamal tidak direman, bukti ‘double standard’ pihak berkuasa

Mokhzani Didakwa Miliki 18 Kereta Bernilai Lebih RM36 Juta

SELESAIKAN KEMELUT  I MDB BARULAH RM AKAN  MENINGKAT 

 

NAJIB LIABALITI KEPADA MALAYSIA –  NAJIB PM YANG BEBAL   BEBAN BUAT NEGARA 

SEMUA ANGKARA INI BERLAKU DIBAWAH UMNO BARU REKAYASA MAHATHIR MUHAMMAD. JADI FAHAMI APA ITU  U.M.N.O.B.A.R.U. Baru anda akan fahami  dan merungkai selirat politik Malaysia .

 

DI MINA BERLAKU TRAGEDI SEDIH – DI MOSCOW PUTIN RASMI MASJID TERBESAR EROPAH PADA IDUL ADHA 1436 H

Moscow

Moscow's Grand Mosque cost over US$170 million (150 million euros) and over a decade to complete | Photo: AFP

BERITA SEDIH DARI MINA DIIMBANGI BERITA GEMBIRA DARI MOSCOW  RUSIA  BILA PRESIDEN VLADIMIR PUTIN RASMI PEMBUKAAN MASJID       ANTARA YANG TERBESAR DI EROPA. BERSAMA DENGAN PUTIN IALAH PRESIDEN TURKI  ERDORGAN. MEREKA BUKA DAN RASMIKAN MASJID AGONG INI SEMPENA AIDIL ADHA TAHUN 1436 H

 







Azan berkumandang di Moscow
Menyaksikan 170 ribu jiwa  rakyat Russia 
Sujud menyembah Allah,  Tuhan Yang Maha Esa
Dalam sebuah negara Komunis 
Dulu memusuhi agama termasuk Islamist 
Kini penuh terbuka sedia menerima ISLAM 

Di Mina 800 jiwa terbujur 
Dalam kesibukan  mengejar HAJI MABRUR 
Berpusu-pusu tolak menolak seperti digempur
Ghairah  hendak  melempar Iblis syaitan di Jamrah
Akibat gelombang rempohan ramai yang rebah  

Antara dua pertembungan dan tragedi  ini 
Terselit mesej pengajaran buat umat TAWHID
Jangan sesekali meninggalkan dakwah
Kepada umat mulhid dan musyrik 
 kembali pasrah  menyembah  Allah sahaja
Jangan menyengutukanNya dengan sesuatu tidak bertentu
Usah menolak Allah kerana kamu pasti kalah 

Kita muslim bukan sekedar menyelam dan mengaku Islam 
Sedang dalam realiti di sepanjang perjalanan 
Menjadi  umat  tenggelam yang  tunggang langgang
Meniru sifat Firaun, Haman, Abu Lahab dan Abu Jahal  
Gagal  memiliki sifat-sifat  MUHAMMAD yang mahal
Benar, Amanah, Telus,  penuh hemah dan hikmah  
Contoh unggulan bak magnet 
Bahawa kita umat yang paling baik dan menarik !

Kini jelas  terbukti kitalah  umat paling terperuk
Dalam  sistem pemerintah paling buruk
Terperangkap  dalam  kezaliman tanpa henti  sesama Islam
Di Mesir berlaku pembunuhan massal, 
Di Syria perang berbunuhan  sesama sendiri
Di mana - mana umat Islam diperkotak-katikkan
Dalam plot  adu dumba  menjarah   kekayaan mayapada  
Umat Islam terpedaya,  menjadi mangsa
Hasil bumi kurniaan Allah dibolot  habis  kafir laknatullah
Mengapa ?
Dengan merekalah sajalah kita asyik bermuamalah 
Meninggalkan syariat yang direstui Allah 
Menyokong sistem riba yang memusnahkan barakah
Terang nyata memeras, melumpuhkan  ekonomi ummah . 

Justeru wahai umat  Uswatun Hasanah janalah Kebangkitan 
Bangunlah dengan petunjuk AL QURAN
Sifat MUHAMMAD menjadi sandaran
Suri teladan paling Unggulan,
Bahawaa kamu umat Teladan wajib memimpin zaman 
Bukan tenggelam  dalam keburukan yang berpanjangan 
Sehingga tidak ada ruang dalam sejarah  hendak dituliskan
Betapa kita  menampilkan keburukan demi keburukan
Kemudian mengaku kitalah umat  pilihan Tuhan
Kononnya memiliki  syurga di hari kemudian 
Dengan syafaat Muhammad menjadi sandaran!

Kita jaja  Sifat Muhammad Yang Terpuji 
Sedang Terpalit pada kita sifat-sifat  yang beliau benci
Dusta, khianat, halang kebenaran dan diselimuti kejahilan
Bezanya antara kita dengan Muhammad yang jempolan
Seperti langit dengan bumi di bawah pandangan TUHAN !

RM KINI SEMAKIN MENYUSUT – KATA ZETI SEMUANYA BERPUNCA 1 MDB

Ringgit ditutup lebihi paras 4.34

Sampai kemana
ringgit akan jatuh?
Zeti bank negara cakap
kalau 1 MDB  selesai
barulah ringgit selamat
macam mana nak selesai
Najib dan Rosmah masih ada !

Ringgit terus dalam aliran menurun dan ditutup melebihi paras 4.34 berbanding dolar susulan satu lagi pusingan penjualan yang didorong oleh kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga 1.19% lebih rendah pada 4.3450/3480 berbanding dolar, daripada 4.2940/2980 semalam.
Ringgit merekodkan paras terendah harian pada 4.3500 berbanding dolar selepas dibuka 4.32 dalam dagangan awal.

MENGANALISIS MUSIBAH YANG TERJADI AKIBAT REMPOHAN DI MINA

 ANGKA KEMATIAN TELAH MENINGKAT MELEBIHI 700  ORANG 

Menganalisis sebab musabab Tragedi di Mina                                                                     Ratusan mati akibat rempohan                                                                                             pijak memijak antara manusia                                                                                       Masing masing  terlalu ghairah                                                                                               Nak merebut pahala melontar di Jamrah                                                                                 Melontar iblis syaitan yang dibenci                                                                               Sedang ia berlambak bersarang  dalam badan sendiri

Apa penyelesaiannya ?                                                                                                             Kalau cara Melayu dah taqdir kehendak Tuhan                                                                 Apa boleh buat  ?                                                                                                             Bukankah Tuhan telah berfirman                                                                                       Yang Baik dari AKU yang buruk daripada kamu                                                                 Sekali lagi Apa puncanya                                                                                                       Tolak menolak itu ?                                                                                                                   Apa teknik Apa caranya untuk mengawal gelombang manusia ?                                           Tak boleh sama sekali ikut cara Saudi                                                                            Banyak lagi yang akan mati Bila jemaah haji bertambah lagi                                                   Wajib ada persidangan antara bangsa antara sesama negara umat ini                           Satu ijtihad baru mesti dicari                                                                                              Buat umat yang bebal dan keliru ini

SURVIVAL NEGARA KE MANAKAH HALATUJUNYA ?

BALDATUN

Alam memberi gambaran dan membawa pengajaran kepada kita. Jika ada pohon penumpang yang hidup subur  di atas pokok  asal yang membumi ditanah alamat tumbuhan  yang asal itu pasti akan menderita. Mengapakah ini terjadi ? Jawapannya kerana pohon penumpang menghisap sumber makanan  daripada pencarian pohon yang ditumpanginya.Bila ia semakin membesar semakin kuatlah ketergantungannya.Akhirnya pohon yang asal akan sakit dan mati.

Begitulah dengan negara.Apabila terlalu   banyak unsur -unsur perosak seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa,pembaziran  dan kebanjiran orang asing secara leluasa   maka negara itu akan diasak dengan  kesan yang parah. Hasil-hasil negara yang ada terus disedut oleh pihak yang menyalahgunakan kuasa.Maka  sebahagian besar daripada wang negara mengalir keluar. Ia tidak lagi berputar di dalam negara. Begitu juga apabila berlaku rasuah yang dianggap sebagai wang gelap atau hitam. Wang itu diangkut  keluar supaya tidak dapat dikesan. Ia disimpan di luar negara dalam akaun-akaun rahsia yang sukar dikesan. Akibatnya modal pusingan dalam  negara menjadi lompong.

Justeru untuk menampung kelompongan itu cukai akan dinaikkan ke pasar yang tinggi. Kehidupan rakyat menjadi semakin tertekan. Kutipan cukai naik dengan berganda dan membumbung tinggi tetapi hasil yang diterima masih tidak mencukupi untuk membiayai sebuah negara yang hilang kendali  tata kelola cerminan sebuah kerajaan yang baik. Dalam keadaan ekonomi yang kritikal negara terpaksa berhutang dan bergantung kepada pinjaman hutang luar negara.Implikasinya  bayaran bunga untuk pinjaman semakin berganda dan memakan habis KDNK negara ditahap mencemaskan. Kerajaan terpaksa bergantung kepada pelaboran daripada luar yang diharap akan membawa wang bagi  menggerakkan enjin ekonomi dalaman.

Namun perlu disadari betapa besar pun jumlah pelaboran yang masuk wang keuntungan yang mengalir keluar lebih banyak lagi. Pelabor sudah pasti akan membawa keluar keuntungan lebih besar daripada modal yang dibawa masuk. Kesan jangka panjangnya akan  membawa krisis yang parah kepada ekonomi kita. Mengapa ?  Kita sebenarnya gagal membina ekonomi yang sebenar. Ekonomi kita tidak mandiri. Sampai bila kita hendak bergantung kepada negara dan pelabor luar.

Apakah petanda cemerlang atau  parahnya keadaan ekonomi sesebuah negara ? Jawapannya terletak kepada keutuhan nilai mata wang sesebuah negara berbanding dengan negara luar. Kini mata wang kita dibandingkan dengan jiran terdekat  Singapura dan Brunei sangat jauh menyusut .RM 1/ dollar Singapura sudah menjadi RM 3/  Malaysia.  Pelabor Singapaura yang membawa 1 juta DS akan mendapat RM 3 juta. Jika kita membawa RM 1000/  untuk menyewa hotel di Singapura nilainya menjunan sekadar SD 333/ . Nilai RM berbanding tinggal kira 20  peratus berbanding USD .USD berkekuatan  menghampiri 5 kali ganda RM kita.  Jika anda ada RM 10000/ anda hanya akan dapat balik USD  2000 sahaja. Bagaimana anda boleh melancong keluar negara. Begitu juga nilai mata wang kita dibandingkan dengan Baht Thai, RM kita  terus menyusut. Ini kerana kebergantungan kita yang terus menerus terhadap  import bahan makananan daripada negara jiran. Kesan jangka panjangnya Baht semakin kuat  mengatasi RM yang semakin susut nilainnya .

 Fonomena ini menjadikan ekonomi kita semakin tertekan. Kesannya  lebih terasa kepada rakyat Malaysia yang hendak berkunjung keluar negara atau belajar di negara luar. Harga import menjadi bertambah tinggi . Ini akan meningkatkan inflasi dalam negara.  Dalam masa yang sama turut terbeban dengan pelaksanaan  6 peratus cukai GST. Ditambah dalam masa yang sama hutang luar negara semakin meningkat ke paras RM 800 Bilion lebih. Semua petanda ini menunjukkan bukti  jelas sebuah ekonomi yang sakit , bergelut dengan masalah.

Apakah pemulihan dan langkah untuk mendapatkan keyakinan semula supaya keadaan ekonomi yang parah kembali bergerak di atas landasan yang betul. Jawapannya hanya satu.Kepemimpinan negara wajib berubah. Kepimpinan yang bobrok wajib diganti dengan kepemimpinan yang beramanah , bersih, benar dan bijaksana.Contohnya  sebagaimana yang ditunjukkan pada diri baginda Rasulullah saw. Inilah contoh teladan yang paling unggul membawa rahmat untuk alam.

Bagitu juga dengan Umar bin Abdul Aziz yang sempat memerintah selama 30 bulan saja. Kazanah negara mel;impah ruah sehingga tidak ada orang yang mahu menerima zakat.Lebih banyak orang yang berlumpa-lumba ingin membayar zakat. Apabila kepimpinan jatuh kepada teraju kepimpinanan yang beramanah berbanding dengan kepimpinan yang curang negara akan selamat . Dalam masa yang singkat ekonomi negara yang bermasalah akan kembali pulih. Ia akhirnya akan membebaskan negara daripada terbeban dengan masalah yang kronik. Bukankah rasulullah telah bersabda apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya tunggulah kebinasaan . Begitulah sebaliknya.Didoakan semoga negara ini beroleh pemimpin yang tepat di saat yang genting ini untuk membawa keluar negara daripada kemelut yang hitam ini.

MENGINGATI TOKOH-TOKOH PERJUANGAN SEMANGAT KEBANGSAAN YANG TULIN

Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka

– Dr Burhanuddin Al-Helmi 1946

Pahlawan Kemerdekaan ~ Usman Awang

                                                   (Kepada Pahlawan Pahang)                                                  PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika pusaramu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

~ Usman Awang
(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...