AMANAT DSAI YANG TERPENJARA DI KONGRES NASIONAL PKR KE 11

Presiden yang dicintai, Timbalan Presiden dan pimpinan semua peringkat yang dikasihi.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali dalam keheningan.., fikiran melayang menembusi tembok ke Segambut bersama Azizah dan keluarga. Dengan segar saya pastinya merayau menyapa teman dan pejuang yang terpaksa berhempas pulas diluar, serta kepasrahan rakyat yang diselubungi kesempitan hidup dan tekanan sistem “istibdat”.

Dalam bingkisan sempena kongres kali ini, saya cenderung untuk memberikan tumpuan kearah penjanaan kekuatan jemaah; dengan mengajak saudara – saudari berbaiah dengan khitah asas perjuangan. Dengan sendirinya landasan tersebut menolak faham kabilah; kesetiaan peribadi kepada Anwar dan tokoh lainnya.

Maka amat menyegarkan manakala membaca kenyataan tokoh – tokoh baru dan pimpinan muda yang menyertai KEADILAN baru – baru ini. Mereka menekankan dasar perjuangan kearah pemerkasaan rakyat ; memperjuangkan keadilan dan kemanusian!

Peringatan al quranul kareem agar menyerahkan amanah kepada ahlinya; terikat dengan akhlak dan etika serta apa yang kini diungkapkan sebagai “democratic accountability”. Seharusnya pimpinan disemua peringkat yang arif dengan saranan ” taklif wala tasyri”.

Tanggungjawab bukan keistimewaan wajar menghayatinya sekaligus memaknai intipati perjuangan.

Menyingkap teori Ibnu Khaldun mengenai pasang surut perjuangan dari tahap “umran badawi” ke “umran hadari”, perjuangan kebangsaan; malah sejak gejolak Reformasi sendiri – tahap awal lebih diwarnai dengan kegigihan dan keberanian tanpa sebarang habuan.

Masa beredar dan kita kini tercabar untuk menguji kekuatan dan bermuhasabah setelah merasai sedikit nikmat dan kedudukan, ditambah dengan gelaran. Justru itu saya anjurkan supaya kita kembali kepada “khitah”.

W.S Rendra melontarkan mutiara kata :

” kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakrawala
Dan perjuangan adalah pelaksanaan
Kata-kata”

Saya gariskan perkataan “pelaksanaan kata – kata” dengan mengajukan pertanyaan :

Apakah benar kita setia berbaiah dengan perjuangan dan tidak khayal dengan mantra pujian staf sekeliling atau kroni ?

Sejauhmanakah kita mengamalkan musyuwarah dalam memutuskan isu dasar ?

Apakah terdapat bisikan sehingga yakin dengan keegoan diri, kehandalan dan populariti peribadi mengatasi jemaah ?

Tidak terjebakkah kita dengan amalan “clientehism” sepertimana yang dilontarkan oleh penulis Francis Fukuyama dalam karyanya ‘ Political order ‘ menjelaskan sebagai satu penyakit yang menghampiri rasuah, menganugerahkan jabatan atau habuan kepada kelompok kecil dengan mengenepikan kelayakkan dan prestasi ?

Dan persoalan asas – berhasilkah kita dengan tekad mempertahankan idealisme perjuangan serta menghindari ketamakkan dan kebejatan ?
Tanpa kecuali, persoalan tersebut ditujukan kepada semua pimpinan di semua peringkat.

Membina ketahanan diri, membenamkan rasa iri hati dan cemburu, mengelak fitnah senang dibicarakan namun ukuran akhir adalah “Pelaksanaan Kata – Kata!!”
Kesenjangan diantara idealisme dan kenyataan perlu dirapatkan dan dengan sendirinya terungkai permasalahan kesenjangan pendapatan golongan mahakaya dan yang miskin papa kedana.

Politik negara kian terapung…ibarat hanyut tanpa berhaluan. Keretakan kian ketara. Malangnya..rakyat terhimpit dengan tekanan hidup akibat kebijakkan ekonomi yang tersasul, memelihara kepentingan kelompok mahakaya dan mendera majoriti rakyat miskin…

Justru itu saudara – saudaraku…

Bangunlah dengan yakin dalam saf yang kukuh – “ban yanun massus” seperti dilakar A. SAMAD SAID :

Berdiri kita setegap
Berdiri kita sederap,
Meragut cengkaman kawat.
….
Inilah tekad generasi baru
Akarnya keadilan syahda.”
Reformasi! Reformasi! Reformasi!

KEBANGKITAN RAKYAT 1 MALAYSIA

PKRARTI  ERAMAT DAN  AHMAT BUAT MALAYSIA 

Kelahiran Parti Keadilan Rakyat berlatar belakangkan petaka ekonomi 1997/1998, 17 tahun yang lampau bukan bala. Sebaliknnya adalah  rahmat buat rakyat Malaysia. PKR muncul hasil daripada  sebuah cetusan kudus.Ia merupakan sebuah  manifestasi dan gejolak kebangkitan rakyat Malaysia secara padu.  Terzahir hasil daripada  MUHASABAH yang meledakkan GERAKAN REFORMASI. Niat dan cita citanya untuk meletakkan negara bangsa Malaysia majujaya di atas asas yang padu  dan landasan yang konkrit. Ada sesuatu yang pincang dalam pengendalian negara bangsa dan tata kelola kerajaan yang terburuk  di bawah pemerintahan UMNO – BN di bawah rekayasa Mahathir Mohammad.

Ia merupakan penolakan kepada politik lapok yang rasis, budaya pemujaan feudal /elit/ golongan istimewa secara keterlaluan  dan mendobrak penumpukan kuasa dan ekonomi secara berlebihan kepada satu golongan kroni  dalam lingkaran elit kekuasaan. Monopoli kuasa dan penyalahgunaan amanah  menyebabkan yang kaya terus kaya dan yang miskin papa kedana. Semua kebusukian  ini menjadi barah yang memakan tubuh dan organ organ  negara.Ia menjadikan Malaysia negara yang sakit berkepanjangan. Sakit kerana  darah dan zar zat negara dihisap oleh vampire vampire ekonomi – kroni yang diberi konsesi secara anugerah dan para politikus yang rakus. Negara menjadi lembu tenusu yang diperas.

Kelahiran politik reformasi menjadi satu perubahan paradigma.Rakyat telah bangkit melawan kemungkaran politik Mahathir Mohammad selama 22 tahun. Jelas menjadi satu garis pemisah antara  zaman Mahathir yang lapok dan serba mengongkong  menuju zaman baru yang segar,  telus dan terbuka. Bagaimana pun semuanya ada harganya. Pemerintah yang zalim tidak mudah melepaskan kekangan kekuasaan dan kezalimannya. Mengapa ? Kuasa yang dipegang  membuka kunci pelbagai kekayaan.Ia adalah  pulangan nikmat yang lumayan dan keistimewaan buat mereka. Betapa tidak kuasa menjadi WEALTH WITOUT WORK sebagaimana analisis Mahatma Ghandi.

Model politik  permuafakatan anak semua bangsa  ini sudah dipraktikkan selama 17 tahun selepas timbulnya GERAKAN REFORMASI.Tepat ia muncul  di ambang alaf baru tahun 2000.  Anak semua bangsa dan golongan pelbagai agama yang moderat bergabung dalam sebuah wadah perjuangan.Semata mata demi  untuk menyelamatkan  masa depan negara. Tujuan dan fokusnya  demi kesejahteraan   kita semua. Ia mulai menampakkan penerimaan dan keberhasilannya dalam suasana politik kini .

Ia terserlah dalam sebuah kongres.Kongres  sebuah parti yang paling berjaya.Kongres yang paling meninggalkan kesan  selepas era reformasi. Setakat ini, inilah kejayaan yang paling manis dan gemilang yang dapat dirasakan walau pun belum mampu menawan Puterajaya. Riak riak keberhasilan sedang menguak dan petandanya jelas buat  kita semua. Ibarat malam berlalu ,fajar sedang menyinsing membawa era kepemimpinan baru  untuk Malaysia.

Inilah formula sebuah permuafakatan yang paling  ampuh untuk menyelesaikan segala kegawatan dan kemelut sosial, ekonomi dan politik yang sedang melanda dan menghantui negara selama ini.  Ternyata UMNO – BN gagal melaksanakannya setelah diberi AMANAH selama 57 tahun MERDEKA. Inilah sebuah jaminan bagi anak semua bangsa yang mengaku bahawa Malaysia adalah tanah tumpah darahnya. Parti ini menawarkan KEADILAN UNTUK SEMUA. Terutamanya kepada golongan  yang paling menderita. Mereka yang jadi mangsa akibat  tekanan sosio ekonomi yang parah. Berlaku di bawah kekuasaan kerajaan yang dikuasai segelintir elit dan kroni yang menyapu dan menghisap  bersih hasil kazanah negara. Mereka meninggalkan bebanan hutang buat ditanggung oleh rakyat bawahan.

Kongres PKR ke 11 ,di Shah Alam pada 28 dan 29 Nov ini telah menunjukkan petanda positif bahawa  parti inilah yang akan memimpin Malaysia dalam masa terdekat. Mengapa ? Ia sebuah parti garapan  anak muda yang insaf, penuh  bertenaga dan saf kepimpinanan Anak Semua Bangsa yang terhebat dan paling  berwibawa. Mereka adalah cream atau pati rakyat Malaysia. Ia menampilkan sebuah wadah perjuangan yang lengkap dengan segala formula dan ramuan penyelesaian terbaik  buat negara menuju sebuah negara maju dan berkat di bawah inayah perlindungan Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Malaysia akan meninggalkan era gelap  menuju  masa depan yang cerah. Hakikatnya parti ini mempunyai misi dan visi perjuangan yang jelas.Parti yang mampu menggalas tanggung jawab untuk manfaat  semua golongan. Sekali lagi  pada rakyat yang menuntut KEADILAN  DAN KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA terutama generasi muda dan golongan atas pagar maralah ke depan menyokong perjuangan yang suci dan  keramat ini. Tidak mudah mengalahkan UMNO – BN.Namun ia bukan mustahil. Yang lapok dan membusuk harus pergi. Yang baru mesti maju mengambil tempat di pentas sejarah baru

Ucapan penggolongan Penimbal Presiden PKR Azmin Ali menghidangkan sebuah formula penyembuh dan penegasan iktikad, berasaskan keyakinan yang teguh. Bahawa Malaysia insya Allah akan terjamin masa depannya dii bawah kepemimpinan  sebuah parti barakah dan rahmat ini. Buktinya dalam keadaan ekonomi Malaysia yang bermasalah, Selangor yang diterajui PKR, DAP dan PAS, belanjawannya  mengalami surplus /berlebihan /positif meningkat terus  selama 8 tahun. Rekod ini satu manifestasi yang kukuh terhadap AMANAH yang terbukti berjaya diterjemahkan dalam memandu negeri menuju kesetabilan.

Amanah yang diterjemahkan menjadi barakah bukan bebanan seperti dalam bajet UMNO-BN di peringkat kerajaan persekutuan.Bajet yang menyaksikan  jumlah belanjawan hampir sama dengan hutang negara yang semakin meningkat. Bayaran kadar bunga sahaja telah memakan 10 peratus bajet tersebut.Ini  belum  termasuk rasuah/ kebocoran  dan pembazairan yang nyata memakan jumlah yang besar akibat kebocoran perbelanjawan sepanjang bajet berjalan.Wang yang sepatutnya turun ke bawah hilang ditengah jalan disonglap dalam pelbagai bentuk salah guna kuasa. Terbukti sebagaimana pendedahan yang dibuat oleh aktivis politik seperti Rafizi Ramli dan terkini wang tabung YAPEIM yang dipergunakan untuk kursus mewah di luar negara.

Istimewanya kongres Nasional PKR kali ni adalah adannya  amanat  Ketua Umum DSAI yang diutus dari penjara Sungai Buluh.  Hayatilah AMANAT Ketua Umum itu.Amanat yang memaparkan dengan jelas tentang garis perjuangan dan tekadnya untuk terus berkorban demi negara. Pokoknnya perjuangan dan pengorbanannya selama ini bukanlah sesuatu yang sia sia. Tidak mengapa dengan apa yang terjadi. Beliau sanggup menderita demi pengorbanannya demi masa depan Malaysia yang tercinta. Parti  ini telah menyaksikan perjuangan dan pengorbanan ANAK SEMUA BANGSA terhadap tanah airnya.Semuanya ini menuntut sokongan padu rakyat Malaysia terutama generasi muda selepas merdeka untuk menjadikannya satu kenyataan dalam PRU ke 14 dalam masa persediaan  2 tahun lagi. 2 tahun ini adalah masa penentu.Adakah akan menyaksikan peralihan kuasa.

Jika tidak Malaysia akan terus  terperuk di bawah kepimpinan yang lemah dan bobrok. Kepimpinanan yang  menyebabkan negara terus  ketinggalan dan hilang daya saing berbanding  dengan kejayaan negara negara jiran. Situasi di Asia Tenggara sedang menyaksikan  perubahan ke arah yang lebih terbuka.Contohnnya  keadaan di Mynmar yang dilihat  ganas dan tertutup.  Kini lebih terbuka apabila PRUnya dimenangi puak PRO DEMOKRASI.

Sedangkan Mynmar pun boleh berubah menuju DEMOKRASI mengapa tidak Malaysia yang isytihar demokrasi tetapi bersifat AUTOKRASI . Malaysia berpotensi menjadi contoh terbaik buat  ASEAN. Kita mempunyai pemimpin terbaik  yang diterima seantero dunia iaitu DSAI untuk memimpin Malaysia tetapi digagalkan. Mengapa ?  Sistem PRU kita  paling buruk kerana totok menyebelahi UMNO -BN secara terang terangan.

Inilah peluang terakhir untuk maju ke depan di bawah kepimpinan moderat yang menjanjikan KEADILAN dan RAHMAT UNTUK SEMUA. BEBAS ANWAR, BEBAS RAKYAT atau sebaliknya rakyat akan terus melarat dan terperosok  di bawah kepimpinan yang terlibat dengan berbagai kemungkaran dan kemudaratan yang mengaibkan negara di mata dunia. AKHIR KATA TAKUT HADAPI RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN. REFORMASI ! ALLAHU AKBAR !

INGATAN KEPADA AHLI POLITIK : APAKAH TUJUAN MEMIMPIN ?

agus salimMEMIMPIN ADALAH MENDERITA BUKAN MENUMPUK NUMPUK HARTA

Ada pedoman daripada ayat ayat Al Quran sebagai nasihat dan pesanan kepada para pemimpin umat.  APABILA DIBERI KEKUASAAN USAH BERBUAT KESEWENANGAN DENGAN MENJADIKAN KEKAYAAN HANYA BERLEGAR LEGAR DI SEKITAR  SATU GOLONGAN SAHAJA.

Ulama Syeikh Abdullah Fahim telah menelah apa yang bakal berlaku selepas merdeka dengan berkata:

BILA KITA DAH MERDEKA JANGAN ADA PEMIMPIN YANG AMBIL KESEMPATAN BUAT KEKAYAAN DI ATAS BELAKANG RAKYAT.

Peranan kerajaan sebagai penanggung jawap sosial rakyat akan menjadikan kerajaan membela golongan yang teraniaya. Kerajaan menyeimbangkan semula kepincangan dan ketidakadilan.Mereka yang jadi mangsa dalam arus pembangunan komersial yang hanya mementingkan keuntungan semata.

Apabila kerajaan ubah dasar menjadi entiti korporat yang besar bermakna kerajaan juga bersaing dengan swasta. Sama sama bermatlamat keuntungan.Rakyat hendak mengadu kepada siapa ? Kata pepatah gajah sama gajah berjuang pelandok mati di tengah tengah. Harapkan pagar pagar makan padi. Trend kini kerajaan sangat cenderung pindahkan milik dan kepentingannya kepada korporat.Korporat jualkannya pula ke pasaran bebas. Tanah yang sepatutnya ruang dan kediaman untuk semua diperniagakan secara terbuka.

Harga tanah dan hartanah dispekulasikan sehingga di luar kemampuan rakyat untuk membelinya. Akibatnya harga hartanah melambong tinggi. Siapa untuk siapa rugi. Jelas korporat untung kerajaan hilang tanah sepatutnya digunakan untuk rakyat. Tanah sepatutnya anugerah tuhan untuk dinikmati semua menjadi sesuatu yang sangat susah untuk dimiliki oleh rakyat  biasa.

Justeru Tun Razak mengketengahkan DASAR EKONOMI BARU untuk memberi KEADILAN SOSIAL kepada rakyat jelata. Namun dasar ini telah diketepikan oleh parti yang mempeloporinya.Dasar itu pun tidak mahu disebut lagi. Mengapa ? ….kerana ia membela semua dan tidak menguntungkan segelintir golongan yang  menguasai tampuk dan panggung kuasa.Jadi kerajaan ini apa dan peranannya untuk siapa ?

Justeru negara perlukan  KERAJAAN DALAM ERTI KATA KERAJAAN YANG MENAUNGI RAKYAT. Istilah kini GOOD GOVERNANCE, urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang telus ,mempimpin demi semua bukan yang berada dalam lengkongan kuasa.

Inilah penyakit sesebuah kerajaan apabila lama bertakhta, berkuku dan berkuasa.Kuasa bukan lagi amanah tetapi hak milik dan kesewenangan. Tujuannya untuk membina empayar kekuasaan walau dengan apa cara walau pun dengan menyalahgunakan AMANAH yang dipegangnya.

Dalam menilai rekod kerajaan kerajaan yang buruk dan membandingkannya dengan rekod  50 tahun merdeka terlalu banyak skandal yang berlaku. Kehilangan wang negara mencecah ke angka yang tidak terfikirkan.Dari BMF, PKZ, PERWAJA STEEL, NFC, …….?………………..Hilang yang tak berganti dan kehilangan itu diganti dengan bebanan cukai yang berterusan terhadap rakyat untuk menampung kebocorannya.

Justeru rakyat harus bijak menilai tentang fungsi kerajaan adakah membela mereka atau sebaliknya.Salah pilih kita memilih untuk merestui untuk meneruskan kepimpinan  yang terburuk sebagaimana sebelumnya.

Nabi Muhammad saw  memimpin untuk menebarkan rahmat  untuk semesta alam.Mereka  yang mengaku sebagai umatnya mesti meneladi akhlak baginda.Mereka wajib bersifat benar bukan berdusta, amanah bukan khianat, telus bukan menipu dan bijaksana bukan bijaksini iaitu memikirkan sesuatu untuk kepentingan diri dan kroni sahaja.Saintis terkenal Albert Einsrein telah berkata bahawa dunia ini terlalu berbahaya untik diduduki bukan kerana terlalu ramainya orang orang jahat.Masalahnya kerana terlalu ramainnya orang orang yang baik dan suci yang merelakan kejahatan bermaharaja lela. Mereka mengambil sikap tidak peduli.

WAJIBLAH ADA SATU GOLONGAN DARIPADA UMAT MANUSIA YANG MENYERU KE ARAH KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN MEREKA ITULAH GOLONGAN YANG DIBERI KEJAYAAN

KE MANAKAH KITA ? KE ARAH CELIK POLITIK ATAU BUTA POLITIK

Public Awareness and Participation

Thomas Jefferson wrote that a well-informed electorate is a prerequisite to democracy.” We agree.

Quran, Surah Al-i'Imran, Ayat 104

Asad : and that there might grow out of you a community [of people] who invite unto all that is good, and enjoin the doing of what is right and forbid the doing of what is wrong: and it is they, they who shall attain to a happy state!

Wajiblah ada satu golongan daripada umat manusia yang menyeru ke arah kebajikan dan mencegah kemungkaran . Mereka itulah orang orang  yang beroleh  kejayaan– Maksud dari n Al Quran  Al Imran 104

SEBUAH TULISAN BUAT DITELITI DAN DIMENGERTI

CREATOR: gd-jpeg v1.0 (using IJG JPEG v62), quality = 90

CREATOR: gd-jpeg v1.0 (using IJG JPEG v62), quality = 90

YUDI LATIFF DARI REPUBLICA

Bencana banjir yang melanda Jakarta dan kota-kota lain di Tanah Air mestinya menyadarkan para pemimpin bangsa, betapa rapuh perlindungan keamanan bangsa ini dengan potensi ancaman dari berbagai sumber.

Sebagian besar akar masalah dari keriskanan ini justru bermula dari mentalitas penyelenggara negara yang lebih mengutamakan kepentingan dirinya daripada melindungi segenap bangsa dan seluruh tumpah darah Indonesia. Dalam mentalitas pemimpin yang lebih mencintai kekuasaan ketimbang kesukaan untuk mencintai, pemimpin berpesta pora di tengah penderitaan rakyatnya.

Bagi para pemimpin sejati, hujan yg membawa banjir air mata kali ini mengingatkan pentingnya kredo Agus Salim, “leiden is lijden” (memimpin adalah menderita). Dengan kredo tersebut, segera terbayang penderitaan Jenderal Soedirman, yang memimpin perang gerilya di atas tandu. Setabah gembala ia pun berpesan, “Jangan biarkan rakyat menderita, biarlah kita (prajurit, pemimpin) yang menderita.”

Zaman sudah terjungkir. Suara-suara kearifan seperti itu terasa asing untuk cuaca sekarang. Kredo pemimpin hari ini, “memimpin adalah menikmati.” Menjadi pemimpin berarti berpesta di atas penderitaan rakyat. Demokrasi Indonesia seperti baju yang dipakai terbalik: mendahulukan kepentingan lapis tipis oligarki penguasa-pemodal, ketimbang kepentingan rakyat kebanyakan (demos).

Banyak orang berkuasa dengan mental jelata; mereka tak kuasa melayani, hanya bisa dilayani. Bagi pemimpin bermental jelata, dahulukan usaha menaikkan gaji dan tunjangan pejabat berlipat-lipat; bangun gedung dan ruangan mewah agar wakil rakyat tak berpeluh-kesah; transaksikan alokasi anggaran untuk memperkaya penyelenggara negara dan partai; pertontonkan kemewahan sebagai ukuran kesuksesan; utamakan manipulasi pencitraan, bukan mengelola kenyataan.

Cukup rakyat saja yang menanggung beban derita. Biarkan rakyat Lebak Banten tetap hidup mengenaskan seperti zaman Multatuli, terus meniti jembatan gantung Ciwaru yang reyot menantang maut. Biarkan jutaan harapan hidup terampas oleh perangkap narkoba yang kian menggurita.

Biarkan petani tergusur dan terbunuh oleh keculasan aparatur negara, seperti kebiadaban pangreh praja yang menyerahkan tanah dan rakyatnya kepada tuan-tuan perkembunan kolonial di zaman tanam paksa. Biarkan petani, nelayan, perajin terus merugi: menjual murah sebagai produsen dan membeli mahal sebagai konsumen.

Biarkan rakyat di sekitar pertambangan mengalami kerusakan ekologis, kehilangan penghidupan, dan kelumpuhan sosial-budaya. Biarkan kekerasan agama berlangsung dengan menolerir segolongan pemeluk agama menikam kebebasan berkeyakinan kelompok lain asal tidak mengganggu kekuasaan.

Seperti suasana kehidupan nusantara pascaperang Jawa, kelas penguasa tersedot pusaran kolonialisme-kapitalisme, membiarkan rakyat hidup tanpa kepemimpinan. Rakyat yang menderita tanpa gembala menanti juru selamat. Maka, ketika Sarekat Islam muncul dengan pembelaannya terhadap kaum tani dan buruh yang terempas dan terputus, pemimpin utamanya seperti Tjokroaminoto sontak disambut sebagai ratu adil.

Sekarang, dari manakah sumber kepemimpinan itu bisa diharapkan? Partai-partai politik yang berkembang bukanlah solusi melainkan sumber masalah. Bung Karno berkata, “Sebuah partai harus dipimpin oleh ide, menghikmati ide, memikul ide, dan membumikan ide.” Adapun partai-partai hari ini dipimpin oleh uang, menghikmati uang, memikul uang, dan membumikan uang.

Tak ada partai yang sungguh-sungguh memperjuangkan aspirasi kolektif kewargaan demi kemasalahatan hidup bersama. Partai-partai gagal melahirkan kepemimpinan yang dapat mengemban amanat hati nurari rakyat. Hubungan politik digantikan oleh hubungan konsumtif. Politik mengalami proses konsumerisasi dan privatisasi.

Dengan konsumerisasi, branding recognition lewat manipulasi pencitraan menggantikan kualitas dan jati diri. Dengan privatisasi, modal menginvasi demokrasi dengan menempatkan aku dan kami di atas kita yang menimbulkan penolakan atas segala yang civic dan publik.

Kepentingan oligarki penguasa-pemodal nyaris selalu dimenangkan ketika nilai kebajikan sipil dan ideal kewargaan tak memiliki sarana yang efektif untuk mengekspresikan diri. Ketika politik terputus dari aspirasi kewargaan, pemimpin tercerabut dari suasana kebatinan rakyatnya. Pemimpin asyik meluncurkan album nyanyian keberhasilan, sementara rakyat kebanyakan meratapi penderitaan.

Mereka lupa, tak ada kemajuan bangsa tanpa pengorbanan kepemimpinan. Dari keterpurukan ekonomi Amerika Serikat, begawan ekonomi Jeffrey Sachs menulis bukuThe Price of Civilization (2011). Ia mengingatkan bangsa-bangsa lain agar tidak meniru jalan sesat yang membawa kemunduran AS.
Menurutnya, pada akar tunjang krisis ekonomi AS saat ini terdapat krisis moral: pudarnya kebajikan sipil di kalangan elite politik dan ekonomi. Suatu masyarakat pasar, hukum, dan pemilu tidaklah memadai bila orang-orang kaya dan berkuasa gagal bertindak dengan penuh hormat, kejujuran, dan belas-kasih terhadap sisa masyarakat lainnya dan terhadap warga dunia. “Tanpa memulihkan etos tanggung jawab sosial, tidak akan pernah ada pemulihan ekonomi yang berarti dan berkelanjutan.”

Bagi para pemimpin Indonesia, yang menjadi epigon setia fashion Amerika, kesimpulan Sachs itu bisa menjadi dering pengingat, tak ada kemajuan tanpa jangkar moral. Pilihan-pilihan kebijakan politik dan ekonomi harus dijejakkan pada kesanggupan para pemimpin mengorbankan kepentingan egosentrismenya, demi memuliakan nilai-nilai moral kenegaraan, yang menekankan nilai-nilai ketuhanan, kemanusiaan, persatuan, kerakyatan, dan keadilan

ANWAR SUDAH 8 BULAN TERPENJARA : ADAKAH MAHATHIR AKAN BERJIRAN DENGANNYA !

  • export_361DR M DISIASATDSAI tetap ceria walau pun terpenjara.Semalam ia dikeluarkan sebentar. Hadir di mahkamah tinggi KL untuk kes saman terhadap Nallakaruppan.Dulu regu tenisnya semasa menjadi TPM. Ini berkait dengan tuntutan saman fitnah RM 100 juta ke atas musuhnya itu kini. Anwar di kawal ketat. Pun begitu tetap santai. Beliau  cuba melayan respons daripada  para penyokongnya ketika hadir di mahkamah tinggi KL.
  • Dalam perkembangan terbaru Tun Dr Mahathir menyatakan gaya hidup mewah melebihi pendapatan cukup untuk membuktikan amalan rasuah.Kenyataan ini dijawab oleh menteri kabinet Tan Sri Salleh Keruak. Dr Mahathir dan anak-anaknya juga amalkan gaya hidup mewah.Adakah ini bermaksud sama-sama rasuah atau Kata dulang paku serepih kata orang kita yang lebih.
  • Baru baru  ini Tawfiq Ismail anak bekas TPM Tun Dr Ismail , menempelak bekas PM 22 tahun itu. Beliau berkata  bahawa kehilangan wang masa Mahathir memerintah  jauh lebih banyak berbanding dengan RM 2.6 bilion kini. Adakah ini membawa  petanda bahawa beliau akan didakwa sebagai tindak balas terhadap kritikannya yang bertali arus terhadap PM Najib.

Kita tunggu perkembangan seterusnya. Dulu Anwar Ibrahim terpenjara selama 5 tahun atas kesalahan salahguna kuasa yang tidak melibatkan wang. Khir Toyo dihukum penjara 1 tahun sahaja atas salahguna kuasa atau rasuah yang melibatkan jutaan ringgit.

Macam mana boleh jadi salahguna kuasa tanpa wang derita 5 tahun penjara. Sedangkan salaguna kuasa libatkan berjuta RM di penjara 1 tahun  sahaja. Banyak angkara dan perkara yang pelik dan bertentangan boleh berlaku di negara kita ini.

Mungkinkah Tun Dr Mahathir yang punya kekebalan tinggi juga akan didakwa ? Ingat beliau adalah TUN , kelas pertama. Tidakkah  beliau kebal , tak lut atau tak mempan dengan undang undang ? Sama sama kita saksikan episod yang seterusnya.

Dr Mahathir juga berkata sukar melawan pihak yang berkuasa. Pihak yang ditentang mempunyai macam macam  kelebihan kuasa dan kleistimewaan.Sukar untuk menekan ,apa lagi mencabar mereka. Ingat apa yang beliau telah lakukan terhadap DSAI dan musuh musuh politiknya dulu. Adakah hukum karma akan berlaku ? Ibarat bomerang, kejahatan yang kita lakukan dulu akan berpatah balik menimpa si yang memulakan semua episod yang membusukkan negara ini.

DS ANWAR IBRAHIM BELA TUN DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad (right) was questioned by police yesterday in relation to statements made on 1MDB. – The Malaysian Insider pic, November 7, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad (right) was questioned by police yesterday in relation to statements made on 1MDB. – The Malaysian Insider pic, November 7, 2015 

Tun Dr Mahathir Mohamad did nothing wrong in asking questions and criticising the prime minister over debt-ridden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), the retired statesman’s former political foe, Datuk Seri Anwar Ibrahim, said in a message from jail today.

“I am gravely concerned by the news that former prime minister of Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad is the subject of a police investigation for criminal defamation and was questioned by the police on November 6,” Anwar, who is serving a sentence for a second sodomy conviction, said in a statement issued through his lawyers. “He committed no crime when he asked questions and voiced criticism against the prime minister on the 1MDB crisis.

“If this is how Tun Dr Mahathir is treated, the democratic right of ordinary Malaysians to question and criticise the government is in serious jeopardy,” Anwar said. “Our constitution and the democratic rights therein guaranteed to our people must not be disregarded or interfered with by government or enforcement agencies. I have watched with increasing concern the worsening strain of authoritarianism by those in power.”

“This heavy-handed response will only worsen the crisis of confidence in the PM, the government and institutions involved in trying to silence critics. “I call for an end to this harassment against Dr Mahathir and all others, who have merely done their duty by our country by voicing out against the errors and wrongdoings of the government and its leaders.” 

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini  diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary.

“Saya sangat bimbang apabila mendapat tahu Dr Mahathir telah disiasat polis pada 6 November. Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Najib mengenai krisis 1MDB.

“Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia dalam mempersoal dan mengkritik kerajaan berada di tahap yang sangat terancam,” tambah Anwar dalam kenyataan yang sama.

“Saya telah menyaksikan ketegangan kuasa autoritarianisme yang berada di tahap buruk dan sangat membimbangkan,” jelas Anwar.

“Daripada menyiasat Dr Mahathir, kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan itu, yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat biasa,” tambah Anwar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...