APABILA PEMBANGUNAN MEWAH DAN KOMERSIAL DATANG MELAYU JADI PENDATANG DI TANAH AIR SENDIRI

Kampung Mutiara bergolak semula. Tuan tanah tidak mahu bertolak ansur.Beliau menggunakan kuasa mutlak atas perintah mahkamah untuk mengeluarkan penduduk dan meranapkan premis kediaman para penduduk asal Batu Feringhi.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail,beliau telah berunding dengan pemilik tanah untuk membeli tanah kampung Mutiara. Tuan tanah membeli dengan harga lelongan bank RM 1 juta sahaja. Datuk Ahmad menawarkan harga lumayan antara RM 17 juta hingga RM 22 juta. Nilai ini walau pun berkali ganda daripada harga asal tetap ditolak oleh pemilik tanah.
Apakah yang sebenarnya tuan tanah mahu , kenapa berdolak dalik dengan harga yang nyata berdasarkan pasaran semasa. Menurut berita tuan meletakkan harga melampau RM 1000 / se ka persegi. Bermakna harga seekar tanah 43,560 ka persegi ialah RM 43 juta lebih. Ini harga yang sangat sangat luar biasa. Ini mungkin sahaja boleh saja diterima dalam sistem ekonomi kapitalis atau pasaran bebas. Ini tidak pelik kerana ekonomi kita sangat terbuka dan menerima siapa sahaja pembeli yang sanggup . Trend harga spekulasi ini akan berterusan sehingga tidak ada lagi tanah untuk bahagian kediaman rakyat.Pada ketika itu pihak atasan akan beri alasan kami tidak boleh membantu kerana harga terlampau tinggi. Kenapakan ekonomi kita sebegitu terbuka sehingga implikasinya sangat menekan rakyat bawahan.Tidakkah kerajaan punyai tanggung jawab sosial untuk membela hak rakyat mendapat 1 unit rumah, tempat berlindung,membesarkan keluarga dan membina generasi.
.Kenapakah ia jadi begitu longgar sehingga kerajaan yang memerintah setelah mengambil kuasa daripada rakyat hilang tanggung jawab sosialnya untuk mengabdi kepada rakyat. Sedangkan bila dikaji penjajah walau pun menjarah kekayaan negara jajahannya pun ada dasar dasar yang memelihara hak hak rakyat. Contohnya menggazet Tanah Rezab Melayu. Ironisnya kita setelah merdek menghilangkannya sehingga hampir hampir menghilangkan rezab.Sudahlah yang hilang tidak berganti dan yang ada tunggu masa untuk dihilangkan lagi. Sekali lagi timbul pertanyaan kenapa keadaan jadi begitu parah sehingga fungsi kerajaan menjadi sebegitu longgar, membiarkan swasta bermaharaja lela mengganasi hah hak rakyat dengan sewenang wenang berlindung di sebalik proses mahkamah dan undang undang yang menyebelahi tuan tanah. Rakyat tidak ada sebarang apa hak pun di atas tanah yang diduduki walau berakar di situ puluhan bahkan ratusan tahun.Jika kerajaan tidak membela rakyat siapakah yang boleh diharap lagi.
Sekali lsgi apakah motif tuan tanah menolak tawaran untuk membeli tanahnnya ? Tidakkah kerajaan negeri P.Pinang berkuasa mengatur rundingan bagi menyelesaikan masalah ini.
Adakah beliau hendak pecah rekod buat precedent / duluan menjadi TUAN TANAH PERTAMA berjaya menghalau penduduk tanpa sebarang pampasan ? Bila ini berjaya akan dijadikan alasan mudah menghalau dan mengosongkan kawasan dengan mudah. Yang sangat nyata penduduk asal PP iaitu Melayulah yang sering menjadi mangsa.Timbul persoalan penduduk yang dikeluarkan hendak pergi ke mana ? Ke laut, ke bukit , ke manakah lagi kerana tidak tanah yang boleh diteroka semuanya telah berpunya !
Tinjauan kami ke kampung Mutiara antara jam 7.30 hingga 9.00 pagi menunjukkan jalan di luar menghala ke kampung Mutiara mula dibanjiri para penyokong untuk selamatkan Kampung Mutiara. Sehingga kini belum ada sebuah pun kampung yang dapat diselamatkan ? Apakah kesudahan kampung Mutiara ? Adakah akan terima padah seperti kampung kampung sebelumnnya seperti Tanjong Tokong, Kampung Bukit Kecil, Jelutong, Batu Uban, Balik Batu, Kampung Bagan Atas, Bagan Jermal, Kampung Jawa Sungai Nobong dll lagi ?
Dalam kes Kampung Buah Pala, penduduk kalah kes mahkamah diperingkat mahkamah Rayuan dan Persekutuan namun tetap mendapat rumah gantian senilai harga RM 500,000. Mengapa hal ini boleh berlaku ? Ini boleh berlaku kerana campur tangan Kerajaan negeri P.Pinang. Kenapa dalam hal Kampung Mutiara, petempatan penduduk asal Melayu P.Pinang kerajaan negeri P.Pinang nampaknya berlepas tangan. KM LGE dan TKM 1 Rashid Hasnon mesti membantu. Rakyat menuntut satu pendirian yang utuh daripada pimpinan Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat terutama dari YB Rashid Hasnon TKM 1 Pulau Pinang.Beliau semasa mula mula memegang jawatan TKM 1 pada Jun 2013 pernah berkata :
Anggaplah saya sebagai Ketua Menteri bagi orang Melayu bukan sekadar Timbalan Ketua Menteri sahaja. Maknanya beliau ingin berbuat sesuatu yang lebih ke depan.
Harap beliau tunjukkan satu rekod yang manis untuk dikenang. Satu tanda bukti sebagai TKM yang berfungsi menolong rakyat di masa kritikal. Inilah rekod beliau yang cemerlang semasa menjadi TKM mewakili Parti Keadilan Rakyat !
