Monthly Archives: January 2016
FIQH TAHAWWULAT!KITA SEBENARNYA BERADA DI ZAMAN MANA ?
Firman Allah dalam surah Al Baqarah 2: Ayat 147 yang berbunyi Al haqqu minrabbika Fala taku nan naminal mumtarin maksudnya Katakanlah kebenaran itu datangnya daripada TuhanMu dan janganlah kamu termasuk orang yang ragu ragu.
Sabda nabi saw QULIL HAQ WALAU KA NA MURRAN yang bermaksud KATAKANLAH YANG SEBENAR WALAU PUN PAHIT !
FIQH TAHAWWULAT membicarakan aspek keselamatan dan kedaulatan umat Islam pada masa kini dan depan umat Islam. Caranya dengan pengajaran daripada yang berlaku berdasarkan peringatan daripada wahyu Allah dan rasulnya. Fenomena yang terjadi dilihat secara global berdasarkan neraca Ilahi. Fiiq ini bukan sebagaimana figh biasa yang membicarakan persoalan iman, Islam dan ihsan semata mata. Cabang fiqh ini membicarakan mengenai waqi’ persekitaran zaman. Gugatan dan musibah yang bakal meng meruntuhkan Iman ,Islam dan ihsan apabila gagal memahami peringatan Al Quran dan pesan pesan rasul dalam menyikapi zaman. Ia merupakan langkah persediaan strategik dalam menghadapi musuh musuh Allah di sepanjang zaman. Continue reading
PERKEMBANGAN TERKINI PERANG SYRIA YANG MENGUBAH KEADAAN !
RUSSIAN JAMMING SYSTEM BLOCKS ALL NATO ELECTRONICS 600 DIAMETER OVER SYRIA
SISTEM PELUMPUHAN RUSIA MENGHADANG SEMUA KEMUDAHAN ELEKTRONIK NATO BERFUNGSI DALAM GARIS PUSAT 600 KM DI ANGKASA SYRIA !
Rusia kini berjaya membangunkan sebuah sistem gelombang. Gelombang mega yang apabila dilepaskan berjaya melumpuhkan segala alat elektronik yang masuk ke angkasa Syria. Ini bermakna segala pesawat pengebom atau sebarang pesawat musuh yang masuk ke wilayah perang akan hilang kawalan dan lumpuh. Alat alat elektronik menjadi tidak berfungsi lagi.
Akibatnya ia mungkin berakhir dengan melayang layang di udara dan jatuh tersungkur. Strategi ini akan menghalang pesawat AS dan Nato daripada memasuki zon perang. Bermakna Rusia akan menguasai ruang udara dan mempunyai kelebihan untuk menyerang tanpa dicabar. Nampaknya keadaan akan menjadi bertambah sukar untuk menjatuhkan BASYAR AL ASSAD
GAMBAR PM NAJIB DALAM PERKEMBANGAN TERKINI
ADA TIGA PENYEBAB KEROSAKAN NEGARA DAN BANGSA
Memang tidak dapat dinafikan, Prof Syed Naquib Al Attas adalah sarjana Malaysia yang paling terbilang. Lewat 3 dekad yang lampau beliau telah menyimpulkan punca atau faktor kejatuhan, kerosakan, dan kegagalan sesebuah negara. Dia menyebut kemerosotan itu dalam konteks global. Kenyataan itu diucapkan di Malaysia. Jadi tentu ada kaitannya dengan negara muda seperti Malaysia yang tengah bergelut untuk menjadi negara maju.Kita telah pun mencapai kemerdekaan lebih daripada setengah abad atau 58 tahun. Jadi timbul persoalan ke manakah halatuju negara kita ?Berada di zaman puncak seperti yang dialami Singapura jiran terdekat, Korea Selatan, Taiwan dan negara negara yang sedang meningkat semisal Turki.
Profesor Syed Naquib menyimpulkan ada 3 faktor yang membawa kemerosotan sesebuah negara :
PERTAMA KEHILANGAN ADAB
KEDUA KEKELIRUAN TENTANG ILMU
KETIGA KELAHIRAN PEMIMPIN PALSU DALAM SETIAP LAPANGAN
Apa yang beliau nyatakan tersangatlah benar terutama faktor ketiga iaitu KELAHIRAN PEMIMPIN PEMIMPIN PALSU DALAM SETIAP LAPANGAN !
KISAH ISTERI KHALIFAH TERIMA HADIAH DARIPADA PEMBESAR ROME
Pembesar Rom dan isterinya telah berkunjung ke Madinah semasa pemerintahan Saidina Umar Al Khattab. Mereka sudah pasti berjumpa dengan Kepala Negara dan isterinya.Tanpa disedari Umar, isterinya telah dihadiahi sekalung rantai emas oleh isteri pembesar Rom tersebut.
Pada suatu hari Saidina Umar terlihat isterinya memakai kalungan rantai emas tersebut.Beliau bertanya daripada mana kalung itu datang. Isterinya menjawab bahawa kalung itu datangnnya daripada pemberian isteri pembesar Rom yang berkunjung tempoh hari. Umar menyatakan kalung pemberian atau hadiah itu bukan kepunyaanmu.Isterinya menjawab kalung itu kepunyaanku kerana ia dihadiahkan kepadaku.Umar bertanya kepada isterinya. Adakah pembesar Rom akan menghadiahkan kalung emas tersebut sekiranya engkau bukan isteri khalifah ? Berapa berapa banyak wanita wanita di Madinah, mengapa mereka tidak mendapat hadiah daripadanya ? Ini bermakna kalung itu engkau dapat kerana kedudukanmu sebagai isteri khalifah. Justeru kalung itu sudah tentu hak negara. Jadi pulangkan ia ke baitul mal. Isterinya dengan rela menanggalkan kalung itu dari lehernya dan dengan senyum menyerahkannya kepada Umar.
Apakah pengajaran daripada kisah ini ? Ini menujukkan sebarang derma ,hadiah dan pemberian kepada pemimpin adalah atas kedudukannya sebagai kepala negara. Hadiah atau derma tak mungkin diberi jika ia rakyat biasa atau tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan. Justeru hadian dan derma itu milik negara. Ia perlu diisytiharkan dan dipulangkan kepada BAITUL MAL / perbendaharaan negara . Isteri Umar akur dengan penjelasan dan keputusan Khalifah.
MENGAKU TERIMA WANG MENTERI EKONOMI JEPUN LETAK JAWATAN
SIAPA KUAT DIA BERMAHARAJA LELA ! FAHAM YANG MEROSAKKAN KEMANUSIAAN, BERBUAT KEDURJANAAN !
APABILA DIBERI KEKUASAAN USAH BERBUAT KESEWENANGAN DENGAN MENJADIKAN KEKAYAAN berlegar legar DI SEKITAR SATU GOLONGAN SAHAJA
Firman Allah dalam Al Quran, risalah terakhir yang diutus Tuhan semesta alam kepada seluruh manusia menyebut yang maksudnya :
Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang berbuat kebajikan, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran mereka itulah golongan yang kelak beroleh kemenangan dan kejayaan ( Al Imran 3 : 104 )
Bagaimana ? Apabila kebaikan mengatasi kejahatan dan golongan yang baik memerintah dan menguasai keadaan . Caranya kembali kepada pedoman Allah dalam kitab sucinya yang mulia :
Wahai orang orang yang beriman Masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah sepenuhnya dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagimu musuh yang terang (Maksud surah Al Baqarah 2 : 208)
Siapakah dia syaitan itu sehingga kita terpaksa memohon perlindungan Allah setiap kali membaca ayat ayat Al Quran ?
PARA PEMIMPIN JAHAT YANG MEMERINTAH IKUT NAFSU SIAPA YANG KUAT DIA BENAR. Kenali siapakah SYAITAN ,dia boleh jadi manusia dan mungkin syaitan dalam bentuk jin. Kepalannya IBLIS.
Pertama syaitan dalam bentuk nyata iaitu para pemimpin jahat yang menolak ayat ayat Allah, yang mengelirukan tauhid terhadapALLAH dan menganjurkan penyembahan, pemujaan, ketaatan sesuatu di samping Allah. Ketaatan total kepada Allah , mengikut perintah Allah secara penuh dicairkan apabila manusia dipimpin oleh pemimpin jenis ini.
Kedua syaitan dalam bentuk halus yang bekerjasama dengan syaitan dalam bentuk kasar. Mereka yang berusaha mengeliru, mewas was manusia daripada jalan yang benar . Baca surah Al Fatihah , Al Falaq dan Annas.
Di dunia ini telah wujud faham yang menyembah syaitan secara nyata.Mereka terdiri daripada golongan ILUMINITI , FREEMASON, NEW AGE, dll . Falsafah mereka ialah SURVIVAL OF THD FITTEST rekayasa Charles Darwin menerusi karyanya THE ORIGIN OF SPESIES. Faham mereka ialah Liberalisme, dasar mereka SECULARLISME, ekonomi mereka adalah kapitalisme, sistem kewangan mereka ialah RIBA’ membungakan atau mencipta wang tanpa produktiviti. Dalam sistem ini tidak ada yang haram semuanya halal. Pembebasan manusia daripada Tuhan Rabbul alamin, manusia mengangkat manusia menjadi penguasa yang berbuat kesewenangan “Tuhan” penguasa , raja, adikuasa dll. Mereka yang undang undang . Pendirian mereka , siapa yang kuat dialah berkudrat dan berhak menentukan nilai, norma dan segalanya. Seorang ahli falsafah mereka Nietzsche (1844 -1900 ) mengisytiharan Tuhan sudah mati.
Mengenai ini Imam Hassan Al Banna tokoh gerakan Islam telah berpesan:
Ramainya orang jahat di dunia bukanlah kerana kurangnya orang orang yang baik tetapi kerana ramainya orang orang baik yang diam.
Seorang saintis tersohor pernah berkata :
Dunia ini begitu berbahaya buat diduduki bukan kerana ramainya orang orang yang jahat tetapi ramainya orang orang yang baik yang melihat kejahatan bermaharaja lela di depan mata tetapi membiarkannya berlaku begitu sahaja.
Justeru marilah kita menyahut seruan rabbul alamin dalam surah al imran ,surah ke 3 , ayat ayat 104 yang bermaksud :
Wajiblah ada satu golongan daripada umat manusia yang berbuat kebajikan, menyeru kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar, mereka itulah golongan yang diberi kemenangan.
Telah menjadi sejarah golongan yang menentang kebaikan pasti akan berbuat onar . Mereka akan menggunakan kuasa untuk menentang kebenaran secara terang terangan. Mereka akan menjadikan jalan yang benar bengkok supaya boleh berbuat apa saja di atas muka bumi.
BERAPAKAH USIA MANUSIA DI ATAS MUKA BUMI SEMENJAK ADAM as ?
Prof Syed Mohd Naquib al Attas (1931 – 2015) menerusi kajiannya telah mendedahkan tempoh masa manusia berada di atas muka bumi ini. Kajiannya berasaskan kewujudan manusia pertama. Manusia pertama yakni ADAM as yang ALLAH ciptakan sebagai khalifah di atas muka bumi.Kajian ini berasaskan kemunculan para nabi dan rasul. Kemunculan mereka adalah nyata menurut kitab kitab suci yang ALLAH sbh utuskan di sepanjng zaman.
Menurut risalah, kewujudan dan jejak mereka jelas tidak dapat dinafikan dan merupakan sejarah yang besar ketika berhadapan dengan para penguasa yang zalim. Contohnya antara Noh dengan para pembesar kaumnnya, nabi Ibrahim menentang Namrud, Musa melawan Firaun,Ia menjadi episod dalam sejarah dunia. Malahan ucapan dan dialog nereka juga telah dirakamkan dalan kitab kitab suci. Para nabi wujud berkembang dalam sepanjang sejarah manusia sebagai orang orang utama penyuluh zaman untuk umat manusia.
Di bawah ini hasil dapatan beliau yang menakjubkan itu. Namun penemuan itu perlu dikaji dan dianalisis untuk memantapkan kebenarannya :
Menurut bukunya On Justice and The Nature of Man jarak masa antara kita kini dengan para nabi dan rasul yang terawal adalah seperti berikut :
ADAM – 7165 years
NOH – 5565 years
ABRAHAM -4215 years
MOSES – 3500 years
DAVID – 3025 years
SOLOMON -2989 years
JONAH – 2700 years
Menurut profesor tersebut, Ini bermakna bahawa tempoh masa kehadiran manusia di atas muka bumi ini tidak lebih daripada 10,000 tahun atau pun 10 alaf.
HAJI HADI BERI NASIHAT TENTANG TPPA – PM NAJIB AKUR

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar 2015 hari ini.
–fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kenyataan Presiden PAS tentang TPPA (TRANS PASIFIC PATNERSHIP AGREEMENT ) . TPPA adalah perjanjian berat sebelah . Ia dirangka untuk kepentingan AS – HAJI HADI PRESIDEN PAS , TAWARKAN DIRI UNTUK JADI PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN BN PIMPINAN PM NAJIB
