TERKINI DARIPADA MAHATHIR : APA TINDAK BALAS PARA PENYOKONG NAJIB ?

 

Tajuddin Ramli kata kedudukan PM Najib sangat kuat seperti batu di Gobraltar .99 peratus Ketua ketua Bahagian UMNO berdiri teguh menyokong Najib. Hanya 1 peratus sahaja yang tidak menyokong.Benarkah begitu ?

Masalah ini  melibatkan INTEGRITI dan IMEJ negara. Bukan semata mata sokongan membuta tuli di kalangan parti. Berapa lama PM Najib mampukah bertahan. Isu dan kesnya sudah  menjadi perhatian dunia. Kata pepatah Melayu bangkai gajah tak akan dapat ditutup dengan nyiru.FB_IMG_1459345962508

HISHAMUDIN RAIS : DIKAY ITU SEBENARNYA APA ?

93e9c6fe8eb4f9a3ddb5036e18ab34d4

HISHAMUDIN RAIS mengatakan DIKAY itu singkatan untuk DK atau DEKLARASI RAKYAT. Siapa penaja, pemimpin yang menggalas dan mengotakannya ?

Tokoh yang menaja dan menggerakkannya ialah Zaid Ibrahim mantan Menteri Undang undang zaman Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi. Lalu disambut oleh  Tun Dr Mahathir Mohammad dan PAKATAN HARAPAN. Menjelmalah ia menjadi deklarasi yang diterima secara tuntas oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. DEKLARASI RAKYAT  atau CITIZENS DECLARATION atau PEOPLES DECLARATION.

Ia disambut dan diterima oleh para pemimpin utama UMNO Dr Mahathir, Muhyiddin Yasin, Shafie Afdhal dll, Seluruh kepimpinan PAKATAN HARAPAN, NGO, ANAK MUDA, KESATUAN SEKERJA DAN SEGENAP LAPISAN RAKYAT.

Deklarasi atau perisytiharan ini telah digerakkan untuk diterima oleh majoriti   rakyat Malaysia daripada pelbagai golongan dan lapisan.Deklarasi itu tidak mati di situ sahaja.

Para pendokong  dan pelopor DEKLARASI RAKYAT telah menggerakkan pula KONGRES  RAKYAT di SHAH ALAM, ibu negeri Selangor yang dikuasai PAKATAN HARAPAN. Mereka memobilisasi  sokongan secara padu dan menyeluruh. Dari peringkat atas hingga ke lapisan  ke akar umbi. Apabila mencapai targetnya ia akan menjadi deklarasi yang diterima oleh seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Pada ketika itu bolehkah ia diisytiharkan menjadi DEKLARASI RAKYAT MALAYSIA atau singkatannya DRM.

Nampak macam sinonim dengan DR MAHATHIR . DEKLARASI RAKYAT MALAYSIA atau DEKLARASI  MAHATHIR  !  Ini kot sumbangan terakhir Mahathir dihujung usia untuk menyelamatkan Malaysia !

Selamatkan Malaysia setelah dilanda pelbagai angkara, kemelut, skandal, rasuah, penyalahgunaan kuasa, urus tadbir negara terburuk dll penyelewengan.

Ia sudah tentu berpunca daripada dasar penswastaan atau privisitation di awal tahun 1980an.Dasar ini diktitik hebat oleh tokoh pembangkang Lim Kit Siang. Beliau mengatakan ini adalah dasar pelanunan atau perompakan hasil kekayaan dan kazanah negara. Istilah yang beliau gunakan ialah PIRATISITATION  bukannya PRIVITISATION.

34c8aa6df35b45200bc95fed2561488a

 

 

 

 

 

 

 

Ternyata Tun Dr Mahathir adalah tokoh politik yang amat licik dan pintar, berkelas dunia. Satu satu di dunia dalam memahami dan menguasai sepak terajang dan liku liku dalam  seni berpolitik.Beliau sekali kali tidak tertewaskan walau dianggap kitab buruk oleh menteri Nazri Aziz. Sesiapa pun harus akur dengan keitimewaan yang dikurniai Allah kepada beliau. Ini adalah keistimewaan Tun Dr Mahathir.

Sesiapa pun tidak dapat menafikannya. Dalam usia 91 tahun suaranya masih terang dan lantang, pergerakanya bebas tanpa bertongkat, masih boleh memandu kereta malahan lori pun. Itu ikut pengakuan beliau semasa KONGRES RAKYAT semalam. Inilah Tun Dr Mahathir pemimpin  terhebat Malaysia , bahkan antara yang tersohor di dunia Tidak ramai pemimpin yang kuat setelah melepasi usia 80 tahun.Banyak yang layu setelah melepasi 60an.

Realitinya beliau yang memulakan dasar penswastaan yang berjaya menukar wajah landskap negara dengan pantas. Beliau juga yang menjerumuskan negara dalam pelbagai  masalah. Beliaulah yang menyemarakan budaya rasuah. Inilah orangnnya yang menyalahgunakan segala instrumen negara. Pemimpin ini juga yang menaik dan menjatuhkan banyak pemimpin berpotensi yang layak menjadi PM Malaysia.  Beliau juga yang memangsakan DSAI pada tahun 1998 dan membawanya ke masa kini.

Kini dia sekali lagi muncul menjadi tokoh yang diharap untuk menyelamatkan negara. Masih mampu  dilakukannya dihujung usia. Kita doakan semoga Allah memberikannya kekuatan berbekalkan baki usia yang cukup untuk memperbaiki segala kerosakan yang dilakukannya sebelum berpindah ke alam barzah.

Marilah kita sama sama berdoa semoga  usaha murni beliau direstui Allah. Bersatulah seluruh rakyat Malaysia menyelamatkan negara yang bertuah ini.Kita tidak mempunyai pilihan lagi. Ayoh mara SELAMATKAN MALAYSIA bumi tercinta warisan  anak semua bangsa ! Masa depan Malaysia tanggung jawab kita bersama.

APA KATA ERDOGAN BILA PENGGANAS SERANG TURKI BERTUBI TUBI

734866_989035164485261_6112031467908687908_n

Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan menghadapi saat paling getir dalam kerjaya politiknya selama 14 tahun.Kenapa ? Ia mula menjadi PM Turki pada tahun 2002. Saat itu ekonomi Turki sangat menurun. Turki tergolong antara negara Eropa paling mundur.Kini ia tergolong sebagai salah sebuah negara termaju di dunia.

Turki menempati kedudukan ke 16 daripada 20 negara termaju. Ini pencapaian terbaik bagi Turki baru selepas mengalami kekalahan demi kekalahan selepas kejatuhan empayar / Daulah Osmaniah pada tahun 1925.Mengapakah dikatakan ini saat membimbangkan   dan gugatan paling hebat dalam sejarah Turki moden selepas 90 tahun ?

 

Turki diserang pengeboman bom daripada kumpulan  PENGGANAS DEMI PENGGANAS di ibu negara dan bandar utama pada masa kini. Inilah saat paling kritikal dan ketika  paling getir bagi Erdogan dan Turki hadapi. Ada pihak dalaman yang sedang merobek robek  keselamatan, menggugat  kesejahteraan dan membunuh masa depan  Turki. Begitu dengan pihak luar yang cemburu dengan kejayaan Turki moden pasca rejim sekular yang anti Islam. Turki kini adalah negara Islam yang membanggakan di Eropa.

Justeru apa jawapan Turki ketika menghadapi serangan pengganas yang menyasarkan kejatuhan Turki moden yang mahu kembali kepada Islam. Beliau tidak marah marah, menyalahkan itu dan ini. Erdogan tidak menuduh siapa siapa. Tokoh ini tidak pun mengisytiharkan darurat atau menangkap secara semberono rakyatnya. Secara tenang Erdogan menjawap. Target serangan pengganas itu bukan saya tetapi negara yang sedang dibina ini.

Maknanya ialah marilah seluruh rakyat bersatu menghadapi masa getir ini dengan tenang. Jangan gegaban menuduh ini dan itu. Kita alan faham siapa musuh kita dari dalam dan luar. Benteng pertahanan kita ialan rakyat yang tinggi kesetiaannya bulat  mempertahanlkan kedaulatan negara. Gugatan ini lebih dahsyat pernah dihadapi  oleh rakyat Jepun yang dibom dengan bom atom pada tahun 1945. Pernah diterima oleh Jerman yang kalah dan dijajah selepas  Perang Dunia ke 2.

Jadi bangsa yang besar sehebat Turki tidak alan alah dengan sebarang gugatan. Turki akan terus maju dan keluar daripada kemelut yang parah ini. Baru baru ini Turki telah menembak jatuh jet pejuang kuasa besar Rusia yang menceroboh sempadannya.Ini menyebabkan Presiden Rusia Vladimir Putin tersentak. Dalam menghadapi gugatan besar ini Turki telah menyertai blok pakatan besar negara negara Islam.

Mereka terdiri daripada Saudi Arabia,  Mesir, Yemen, Pakistan, Qatar, Baharin dll. Lawan mereka ialah Rusia, Iran, Iraq, Syria, Hizbolah dll yang berperang di Timur Tengah. Turki kini tidak bersendirian. Kunci kekuatan ialah jangan memusuhi rakyat sendiri. Negara terbukti dipimpin oleh pemimpin yang benar, yang bertaqwa,  terbukti jujur dan amanah terhadap negara sendiri. Jika pemimpin memusuhi rakyat mana mungkin perpaduan negara akan utuh.

Lebih lebih lagi apabila berbuat kezaliman dengan mengenakan undang undang aniaya yang dikutuk oleh dunia dan tidak direstui Allah subhanahu wataala iaitu tuduh dan tahan rakyat tanpa bicara. AS dan Israel tidak berbuat begitu terhadap rakyatnya. Contoh dan cara yang dibawa Turki moden di bawah Erdorgan harus dipuji kerana mengenal dengan pasti siapa musuh yang sebenar di kalangan rakyatnya yang bersekongkol dengan kuasa luar yang sedang menggugat keselamatan Turki.

 

 

 

 

 

MEMAHAMI GELAGAT DAN SENI PERPOLITIKAN DUNIA ISLAM

IRAN CIPTA PELURU BERPANDU BARU NAK SERANG ISRAEL

peluru berpandu iran

Iran telah berjaya melancarkan peluru berpandu atau MISILE  baru.Senjata ini mampu menjangkau  2000 km dan boleh mencapai Tel Aviv. Sumber ini disahkan oleh  Brigedier Hajizadeh dan Brigadier Hossein Salami, komander dalam penyelidikan ketenteraan Iran. Beliau  menyatakan ciptaan senjata baru ini untuk mengatasi sekatan dan pengepungan Israel dan AS ke atas pergerakan Iran di Timur Tengah.

dunia islam

MALAYSIA SERTAI PAKATAN NEGARA NEGARA ISLAM DI KETUAI SAUDI

MALAYSIA turut serta dalam pakatan negara negara Islam yang membentuk blok baru dunia Islam. Blok  yang  diketuai oleh Saudi Arabia. Turut serta ialah Turki, Mesir, Yemen, Qatar, Bahrain dan Pakistan. Negara terbesar yang enggan menyertainya  ialah INDONESIA. Negara berpopulasi umat Islam tertinggi dunia . Mengapa ?

Adakah ini bermakna Indonesia enggan  mengambil pendirian berkonflik dengan kekuatan kekuatan yang sedang  berperang di Syria. Khususnya antara SYIAH dengan SUNNAH . Baru baru ini Saudi telah menghukum pancung ulama Syiah dan pihak pihak yang disyaki mengganas di Saudi.Saudi putuskan hubungan diplomatik dengan Iran. Begitu juga sebalik. Pakatan ini kononnya ditaja untuk menentang gerombolan ISIS atau DAESH yang sering diwar warkan sebagai pengganas.

Dalam berperang tidak ada pilihan MEMBUNUH atau DIBUNUH. Perang itu adalah keganasan. Mana ada perang yang tidak ganas.AS dan Israel sendiri ada kuasa keganasan. Lihat apa yang mereka buat ke atas, Palestin, Iraq dan Afganistan. Mereka mencuba senjata yang paling ganas ke atas sasaran sebenar iaitu manusia yang tidak berdosa seperti kanak kanak.Juga tempat awam dan hospital.

Pakatan Negara Islam

Kaji  di peringkat awal perang Syria, Saudi dan AS yang menaja tenaga tenaga gerombolan yang mahu bergabung untuk  berperang. Perang yang disemarakkan atas nama ARABS SPRING untuk menjatuhkan BASYAR AL ASSAD di Syria.Hingga kini Basyar tidak dapat ditumbangkan. Realitinya ISIS pula semakin kuat.

Peliknnya daripada mana  ia mendapat bantuan kewangan untuk membeli persenjataan yang canggih. Siapa yang membiayai ISIS ? ISIS ini berperang di pihak mana dan dikawal oleh siapa ? Tiba tiba muncul. Alasannya amat sensasi dan mudah. Kononnya  untuk menegakkan DAULAH ISLAMIAH di tengah tengah pergolakan perang Timur Tengah.Setiap peperangan mesti ada penaja dan hasil yang hendak dirampas.  Mengapa ? Perang sebenarnya adalah  perniagaan yang besar. Perniagaan  yang membawa pulangan yang lumayan  untuk menjarah dan merampok kekayaan sesebuah negara secara pukal.

ISIS sangat kukuh dan cepat merebak. Rusia sendiri yang menyokong Syria pun gagal untuk memusnahkan kekuatan ISIS. ISIS  berjaya  menguasai bahagaian bahagian tertentu Syria dan Iraq. Pasti ada kekuatan besar yang berdiri dibelakangnya. Adakah ianya hasil rekayasa dan bentukan  Israel, AS dan Saudi sendiri. Tujuannya untuk mengaburkan keadaan dan mengimbangi kuasa kuasa pihak yang bertentangan  di Timur Tengah.

Dalam strategi untuk  mengkecamukkan  perang mesti ada ketumbukan yang bertindak mengkucar kacirkan keadaan. Tujuannya untuk membolehkan pihak yang merancang peperangan campur tangan. Menerusinya   campur tangan AS dan kuasa kuasa barat tidak begitu ketara. Perang juga sengaja dikecamukkan ini untuk membina kewajaran, membolehkan AS, Perancis dan Britain  terlibat secara konsisten dan padu terlibat untuk  memasuki pergolakan di Timur Tengah.

Tidakkah salah satu taktik dan strategi penjajah  ialah PECAH DAN PERINTAH, DIVIDE AND RULE dan DIVIDE DE EMPERA.

Jadi apakah tujuan Malaysia sebagai negara dan kuasa yang kecil dan lemah memasuki dan bersekongkol dalam pakatan bersama Saudi ? Perang ini berlaku jauh di TT, Malaysia tidak diganggu dan terganggu. Itu masalah dunia Arab. Mengapa Malaysia mahu terlibat ? Adakah untuk mencari peluang demi  mengukuhkan kuasa darurat yang sedia ada.Demi  untuk mengaktifkan akta tahan tanpa bicara  apabila perlu. Keadah yang dirangka untuk menimbulkan kegerunanan disasarkan kepada orang orang yang tidak disenangi secara gampang. Seperti biasa Malaysia akan menggunakan alasan lazim, keselamatan. Kuasa ini membuka ruang sewenang wenang untuk menangkap siapa saja yang dituduh atau disayaki Ini atas alasan mudah kononnya penyokong ISIS. Maklumat dan sumber risikan tentu datangnya daripada CIA dan Saudi. Politik ini penting untuk memangsakan orang yang tidak disenangi dan menggugat kuasa ketuanan kononnya menggugat keamanan.AS yang menaja perang ini bersama Saudi pasti ada fakta lengkap jaringan maklumat siapa yang terlibat.

Suatu fakta lagi umum mengetahui amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia sangat memusuhi WAHABI. Bagaimana Malaysia boleh akur dan bersekongkol pula  dengan Saudi. Nyata Saudi dengan dasar tertutup dan kolotnya merupakan negara yang paling tidak demokratik di dunia. Dalam masa yang sama, Saudi  adalah jaguh penegak WAHABI.

Mungkin Malaysia sekali lagi  ambil peluang untuk bersama, menyertai pakatan yang besar demi keselamatan dan pulangan besar terhadap politik blok  yang disokong  dan direstui AS , sahabat dan sekutu rapat Saudi.

DUNIA BUNGKEM DIAM TERHADAP TRAGEDI PENGEBOMAN DI TURKI

MENCARI PUNCA PENGEBOMAN DI ANKARA TURKI ANGKARA SIAPA ?

Seperti biasa   DUNIA ( baca Barat dan Amerika Syarikat, USA) diam terpaku apabila berlaku pengeboman demi pengeboman di Turki. Pengeboman terkini di ibu kota ANKARAH pusat pemerintahan Turki . Ia mengorbankan puluhan nyawa. Adakah ini dirancang untuk menimbulkan ketakutan kepada khalayak dunia. Ketakutan yang dibina untuk memusnahkan ekonomi pelancongan Turki yang kini sedang membumbung dan memuncak maju. Turki dengan warisan kegemilangannya menjadi tarikan utama dunia.

944974_989035077818603_7294447307432464058_n

Sebelumnya dunia bising apabila pengeboman dan tembak menembak marak di Perancis. Tudingan terus dibuat ke atas ISIS dan DAESH sebagai kumpulan pengganas. Dunia murung dan simpati. Dunia dikerah untuk mengutuk keganasan tersebut. Negara negara umat Islam termasuk  Malaysia terus bersuara lantang akan bertindak keras  ke atas rangkaian DAESH di Malaysia. Kini reaksi terhadap  apa yang berlaku di  Perancis  tidak sama dengan apa yang berlaku di Turki. Tidak ada bendera setengah tiang pun. Tidakkah mereka itu saudara seagama dan se aqidah dengan  kita ? Adakah kita perlu menunggu reaksi dan restu  dari AS untuk bertindak?

734866_989035164485261_6112031467908687908_n

Begitulah kita. Sebelumnya  bila berlaku keganasan di seberang sempadan yang mengorbankan berpuluh jiwa umat Islam di TAKBAI (asal namanya mukim TABAL di seberang Sungai Golok,Kelantan-Thailand )kita pun diam membisu, lesu dan terpaku.Kononnya itu masalah dalaman Thai. Kita menghormati semangat ASEAN untuk tidak masuk campur satu sama lain). Sedangkan muslim Thai sebangsa dan seagama dengan kita. Hakikatnya inilah titik zaman paling lemah.Petanda  negara negara umat Islam boleh  dibuli dan terus dimangsakan. Para pemimpin negara umat Islam  berada di kedudukan paling laih/ daif yang menghampiri dayus. Langsung tidak ada pembelaan terhadap maruah Islam di mana pun jua.Yang terdekat dengan kita ialah derita Muslim Rohinga di Mynmar.Mereka dibiarkan mati terbakar, dihanyutkan ke laut atau dibunuh dengan sewenang wenang seperti binatang.Namun ada juga pemimpin negara umat Islam yang punyai  sedikit maruah  keberanian untuk menolong Muslim Rohinga iaitu TURKI.

12814171_989034954485282_2848030752217148472_n

Ironisnya jangan disalah anggap. Apabila para  pemimpin umat Islam berhadapan dengan kebangkitan jemaah Islam mereka   tiba tiba tersangat berani. Berani  bertindak membunuh  sesama muslim. Pada ketika itu darah sesama muslim yang  satu aqidah halal dihambur dan dibazirkan. Itulah sikap mereka.Nyawa umat Islam terutama ulama  sama sekali tidak bernilai. Ini  sebagaimana yang berlaku di MESIR. Mesir di bawah regim ganas diktator General Al Sisi.Di sana tidak ada dosa apabila membunuh sesama umat Islam. Pemerintah sentiasa berada di pihak yang betul.Rakyat sentiasa berada di pihak yang salah. Akhirnya umat Islam menjadi  pihak yang paling lemah dan kalah. Segala kekuatan umat Islam sudah dilumpuhkan.Apabila berhadapan dengan musuh musuh Islam kita pun tunduk patuh dan menjadi robot mereka. Mengapa ? Sekali lagi kerana kekuatan umat Islam telah dimusnahkan oleh para jaguh umat Islam sendiri. Mereka yabg berang dan garang sesama Islam tetapi mesra, lunak dan  berkiblat ke Barat.

Apa hal dengan Turki ? Adakah patut dibiar bersendirian menghadapi serangan pengganas ? SIAPAKAH YANG MEMBENTUK KUMPULAN PENGGANAS YANG SANGAT BERANI  MENGHURU HARAKAN DALAMAN TURKI. BAGAIMANA PENGGANAS SANGAT MUDAH MEMILIKI SENJATA YANG PALING  CANGGIH. MEREKA BERKEMAMPUAN MENGGUGAT KERAJAAN DAN NEGARA UMAT ISLAM YANG BERDAULAT. NEGARA UMAT ISLAM YANG TERMAJU DI DUNIA iaitu TURKI. Negara harapan umat Islam  yang telah  bangkit semula dengan kekuatan baru sebagaimana masa kegemilangan di zaman  pemerintahan DAULAH ISLAM OSMANIAH.

TURKI kini diambang bahaya. Ia terhimpit di tengah tengah  pusat pergolakan perang dunia. Situasi yang genting hasil penglibatan kuasa kuasa besar iaitu  Rusia , Amerika, negara negara Barat dan negara negara yang menjadi praksi dan proksi Rusia dan Saudi/ Amerika. Turki juga berhadapan dengan pemberontakan dalaman. Perseteruan dengan puak Kurdis yang merupakan warga negaranya juga.Puak puak ini berkemungkinan besar dihasut untuk memisahkan diri daripada Turki, usaha membentuk negara sendiri KURDISTAN.

Adakah ini percubaan untuk menjerumuskan Turki dalam kancah Perang Dunia ke 3 yang sedang membunga. Inilah juga situasi yang berlaku 100 tahun yang lalu. Situasi semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama( 1914 – 1918). Perang yang disasarkan untuk menyusun tata baru dunia. Perang yang memusnahkan  Daulah Islamiah  Turki Osmaniah. Akibatnya kuasa kuasa Barat terutama Inggeris, diikuti Perancis, Itali dan Rusia berjaya  mengkucar kacirkan dunia Islam di Timur Tengah . Negara negara yang dulu berada di bawah satu daulah/ kerajaan di bawah kepemimpinan  KhalifahTurki.

587903_detay

Peta baru yang dilakar kini adalah hasil percaturan dan permainan kuasa kuasa besar. Negara Israel, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Kuwait,   Saudi , Yemen Utara, Yemen Selatan Bahrin, Qatar, UAE dll dibentuk oleh kuasa kuasa Barat. Ini termasuk Turki moden yang sekular. Negara sekular yang diasaskan oleh MUSTAFA KAMAL ATATURK selepas kejatuhan empayar Osmaniah pada tahun 1925.

Kini  90 tahun telah  berlalu. Turki sudah mulai kembali kepada Islam. Gambar Mustafa Kamal di ruang dalam pejabat PM Erdogan telah pun diturunkan. Ia diganti dengan potret Sultan Muhammad Al Fateh. Serangan demi serangan bom yang kekerapannya kian meningkat ini adakah petanda dan mesej supaya Turki kekal dengan sistem sekular. Jangan sekali kali  kembali kepada Islam. Atau  adakah ini juga gugatan dan ancaman supaya Turki tunduk kepada arahan kuasa kuasa besar Rusia dan AS . Mereka mungkin berpakat untuk melemahkan Turki dengan masalah dalaman.

Analisis yang benar mesti dicari supaya diketahui punca penyebab pergolakan dan pengeboman di Turki kini. Barat sudah tentu mengambil sikap buat tak kesah atas mala petaka yang membakar dunia Islam. Sikap santai dan double  standard ini seperti yang telah berlaku di Bosnia, Mesir,Libya, Syria dan kini terserlah dengan apa yang terjadi di   TURKI kini.

Negara negara umat Islam masih gagal untuk membentuk blok yang mampu melindungi kepentingan sesama sendiri. Bagaimana pun mereka rela berpakat dan bersekongkol dengan AS untuk menjatuhkan kerajaan berdaulat pimpinanan Saddam Hussein. Negara yang menjadi benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk menyekat kemaraan Syiah di Iran.Inilah fenomena dunia Islam semasa yang Rasulullah ramalkan. Negara yang dipimpin oleh para pemimpin yang  tamak dunia  iaitu kuasa dan kekayaan dan takut mati apabila diseru berjihad di jalan Allah.

Rasulullah gambarkan umat Islam akhiruzzaman seperti buih dipermukaan lautan. Umat dan pemimpin  yang mudah diumbang ambingkan oleh arus permainan kuasa kuasa besar. Buih di permukaan lautan yang  banyak tetapi lemah. Tidak berkekuatan dan tidak berguna sama sekali untuk menjana kebangkitan. ALLAHU AKBAR ! BENARKAH IKRAR KITA DI PERMULAAN SOLAT SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAT PENGORBANANKU, HIDUPKU DAN MATIKU UNTUK SEMATA MATA KERANA ALLAH  RABBUL ALAMIN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !! !!!!

PENASIHAT BARU PETRONAS SIAPA YANG DAPAT ! KU LI ATAU PAK LAH

SIAPA  BAKAL  MENGISI JAWATAN PENASIHAT BARU PERONAS ?

JAWATAN ITU PERLU DIISI. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH PERNAH MENJADI PENGERUSI DAN CEO PERTAMA PETRONAS. BELIAU ADALAH  PENGASASNYA KETIKA PETRONAS DITUBUHKAN DENGAN RESTU PM TUN ABDUL RAZAK. KETIKA ITU BELIAU SEORANG SARJANA EKONOMI LULUSAN IRELAND BERUMUR 37 TAHUN. DUA TAHUN KEMUDIAN MENJADI MENTERI KEWANGAN TERMUDA MALAYSIA.

KU LI MEMBERI BAYANGAN SESIAPA SAJA DARI KALANGAN PENGAWAI TINGGI DAN KANAN KERAJAAN  LAYAK MEMEGANG JAWATAN ITU. BEGITU DENGAN PAKAR DALAM BIDANG PETROLEUM.TEGASNYA IA MEMBERI NASIHAT YANG BETUL DALAM INDUSTRI MINYAK DAN LOGAM. IA MAMPU MEMANDU PETRONAS KELUAR DARIPADA KRISIS  DEMI MASA DEPAN YANG CERAH. SAAT INI   PETRONAS  SEDANG MENGHADAPI MASA DEPAN YANG TIDAK MENENTU.

PENDEKNYA IA BUKAN HANYA JAWATAN ATAS RESTU DAN HABUAN POLITIK SEMATA MATA. IMPAKNYA MESTI DIFIKIRKAN SUPAYA IMPLIKASINYA ADA UNTUK HALATUJU  PETRONAS DAN MASA DEPAN NEGARA.

JUSTERU CALON YANG LAYAK MENGIKUT TRADISI MANTAN MANTAN PM IALAH DATUK ABDULLAH AHMAD BADAWI. MAMPUKAH BELIAU MENGEMUDI PETRONAS IKUT GESAAN DAN PIAWAIAN KU LI ITU.

badawi_kuli

SUSAH UNTUK PECAH TRADISI KERANA KEBANYAKAN LANTIKAN LEBIH KEPADA PERTIMBANGAN POLITIK “AWAK TOLONG SAYA, SAYA TOLONG AWAK”. SEDANGKAN DI SAAT INI PETRONAS SANGAT MEMERLUKAN TOKOH BERLATAR BELAKANGKAN PETROLEUM YANG TERUJI SEPERTI DATUK HASSAN MERICAN, MANTAN CEONYA UNTUK MEMIMPIN PETRONAS MELEPASI KEMELUT YANG SEDANG DIHADAPI.

MANTAN PENGERUSI PETRONAS KETIKA ZAMAN GEMILANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...