ANWAR IBRAHIM TERKINI : JALAN PENYELESAIAN PERTEMBUNGAN DAP VS PKR DI SERAWAK

KATA NAZRI AZIZ ,  LEBIH BANYAK BERLAKU PERTEMBUNGAN ANTARA DAP DENGAN PKR  LEBIH BAIK UNTUK BARISAN NASIONAL !

nazri-pakatan-hancur (1)

INILAH PEMPIMPIN ! MESKI DALAM RUANG YANG TERBATAS MASIH SEMPAT  BERSUARA DENGAN MEMBERI PENYELESAIAN YANG BERNAS

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MERUNGKAI PERTEMBUNGAN DI ANTARA CALON PKR DAN DAP YANG BERTANDING DI SERAWAK

a19fdc377db661205e52a152b5438686

 

DSAI masih sempat mengulas, memberi arahan  bagi mengatasi  pertembungan di enam kawasan dalam pilihanraya Serawak. Pertembungan antara calon DAP dengan PKR. Apa jawapannya

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MEMBUAT PENYELESAIAN DALAM PERTEMBUNGAN DI ANTARA  DAP DENGAN PKR DI SERAWAK.Kawasan berlaku pertembungan itu ialah   MURU, MURAM, MAMBONG, SIMANGGONG, NGEMEH DAN KITANG.

Pertembungan di antara  komponen utama  PAKATAN HARAPAN dalam pilihanraya Serawak akan menumpulkan serangan ke atas parti lawan yang nampaknya bersatu.

NewweekHell

PRU SERAWAK : PH MASIHKAH ADA HARAPAN BILA BERTEMBUNG SESAMA SENDIRI !

NAZRI AZIZ SAID ABOUT PAKATAN HARAPAN THE MORE THEY FIGHT WITH EACH OTHER IT WILL BE BETTER FOR BN

LEBIH BANYAK PAKATAN HARAPAN ( DAP DAN PKR ) BERLAWAN SESAMA SENDIRI BERMAKNA LEBIH BAIK PELUANG KEMENANGAN UNTUK BARISAN NASIONALnazri-pakatan-hancur (1)PAKATAN HARAPAN GAGAL BEKERJASAMA – DAP DAN PKR HALOBA KEDUA DUANYA BERTEMBUNG DI ENAM KAWASAN

  • MEREKA MEMBAZIRKAN TENAGA,MENGECEWAKAN DAN MENGELIRUKAN PARA PENYOKONG
  • PEMIMPIN ATASAN GAGAL  MENYELESAIKAN MASALAH DI PERINGKAT PUSAT
  • MENGUNTUNGKAN BN YANG BERJAYA MENUNJUKKAN SOLIDARITI SESAMA MEREKA                                                                                            Screenshot_2016-04-25-22-28-34-1

 

  • RAHSIA KEMENANGAN 1 LAWAN 1 TIDAK DIPATUHI
  • BN BAKAL MENANG BESAR DI SERAWAK HASIL PERPECAHAN DALAMAN PAKATAN HARAPAN PKR DAN DAP

 

LIHAT ! BETAPA MUDAHNYA DUIT MAS DIBAZIRKAN !

Christoph Mueller

CHRISTOPH MEULLER CEO MAS YANG TERBARU  TIDAK SAMPAI SETAHUN TERLANTIK. BELIAU DILANTIK  UNTUK MISI KHAS MEMULIH DAN MEMPERBETULKAN PERJALANAN MAS. YA ! SYARIKAT PEBERBANGAN NEGARA  YANG TERTIMPA MUSIBAH DEMI MUSIBAH. NAMUN MISINYA AKAN BERAKHIR DALAM MASA TERDEKAT.SOALNYA APA YANG MAS DAPAT SELEPAS MEMBAYAR KOS TINGGI UNTUK MENDAPAT KHIDMAT CEO BERTARAF DUNIA ITU ?

KENYATAAN MANTAN PENGARAH URUSAN MAS BAHAWA  TIDAK ADA APA PUN  YANG DIPULIH OLEH MUELLER

MAS TIDAK RUGI APA PUN DENGAN KEPERGIAN CEO ANTARA BANGSA ITU

BERJUTA RM TELAH DIBAYAR , BETAPA BANYAK WANG TELAH DIKELUARKAN, BAGAIMANA BOLEH TIMBUL JAWAPAN SEBEGINI ? JADI APA ILMU PENGURUSAN YANG MAS AMALKAN ?

Zaman gemilang MAS, dibawah pengurusan CEO paling berjaya, anak Kelantan  TAN SRI ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN.

supp_ha_1609_p10d

BUKTI ALAM SAKIT DAN MARAH BANGKIT MELAWAN KEGANASAN MANUSIA

Al Quran sejak 1400 tahun yang silam telah berbicara tentang punca kerosakan alam. Mengapa bumi kian panas memijar, iklim dan musim  berubah dan alam menjadi  tak keruan. Suasana kematian angin,  bayu yang berhenti  mengembus, udara kotor dan gempa silih berganti.

GLOBAL WARMING

Berlakunya bencana di sana  sini bukan kerana taqdir Ilahi. Mengapa salahkan Tuhan ?  Sekiranya kamu bersyukur nescaya Kami akan tambah  nikmat dan jika kufur ingatlah azabku sangat pedih.

Sesungguhnya Tuhan maha adil. Yang zalim dan tidak bertimbang rasa ialah perbuatan manusia . Manusia yang menolak hukum Tuhan. Mereka yang menjadi PENGUASA dan berbuat semahunya. Mereka yang bertindak sebagai Tuhan. Pantang dicabar oleh yang tak sebulu dengannya. Mereka akan bingkas menghukum seberat beratnya dan lupa akan implikasinya iaitu kemusnahan untuk semua.

Mereka yang  BERMAHARAJA boomerangNEW_2572230c LELA. Bukan lagi menjadi  KHALIFAH, wakil Tuhan dan PEMEGANG AMANAH  untuk menjalankan perintah Allah. Perintah untuk menebarkan keamanan dan rahmat untuk semua.

Mereka yang menyeru ke arah MAKRUF / KEBAIKAN dan menentang KEMUNGKARAN. MEREKA YANG BERADAB TERHADAP ALAM CIPTAAN TUHAN. Justeru Tuhan tahu apa yang manusia lakukan. Manusia menolak kebaikan untuk semua tetapi tega melakukan kemusnahan  demi untuk menunjuk nunjuk kuasa. Mereka yang tamak haloba dan memperjuangkan kesewenangan untuk  segelintir

Telah zahir dengan  jelas nyata kerosakan di darat dan di laut oleh perbuatan tangan tangan manusia, Allah timpakan kepada mereka sebahagian daripada akibat  perbuatannya supaya mereka kembali ke jalan yang benar ( Maksud surat Rom  30 : 41)

GLOBAL 2

Mengapa cuaca dan suhu semakin panas ? Baharu baharu ini Cuping , Perlis mencatatkan kenaikan hingga 42 darjah Celcius. Sekolah terpaksa ditutup untuk me,bataskan pergerakan manusia terutama kanak kanak. Takut berlaku akut, kekejangan di luar rumah.

 

Kajian menyebut  kerana pelepasan CO 2 yang keterlaluan di udara. Pembakaran minyak daripada jutaan kenderaan yang  menghasilkan jutaan ton  asap, kilang yang mengeluarkan sisa kimia dan toksik, tu,tumpahan minyak di laut dsbnya.

Orang lupa punca peningkatan suhu disebabkan perlumbaan senjata . Masing masing dengan bangga melakukan ujian  senjata  tercanggih dan  meletupkan bom berkekuatan tinggi dengan ghairahnya.Tidakkah ledakan ledakan tersebut mengeluarkan beban kekuatan tenaga yang terhebat  di angkasa ?

Perang menjadi perniagaan untuk melariskan jualan senjata dan merompak hasil bumi negara yang bergolak. Hasilnya ialah peningkatan suhu terus naik sebagaimana apa yang kita alami kini.Sesungguhnya apa yang manusia buat akan berpatah balik dan menimpa kita semula di bumi.

karma-is-like-a-boomerang-whatever-you-give-out-will-come-back-to-you-quote-1

 

 

DARI PERLEMBAGAAN RAKYAT KE DEKLARASI RAKYAT : APA YANG RAKYAT DAPAT ?

 

DARI PERLEMBAGAAN RAKYAT KE DEKLARASI RAKYAT


Perlembagaan-rakyatPERLEMBAGAAN RAKYAT dipersiapkan oleh PUTERA – AMCJA yang mewakili penduduk TANAH MELAYU untuk  menuntut kemerdekaan penuh daripada penjajah British. Ianya berlaku selepas British melaksanakan Malayan Union pada tahun 1946. Perlembagaan ini digubal antara parti parti dan NGO 2  yang berteraskan Melayu PKMM, HIZBOL MUSLIMIN, API, AWAS, GERAM,  BATAS, MATA dll dengan  gabungan badan badan bukan Melayu  AMCJA pada Oktober  1947. Reaksi KEBANGKITAN RAKYAT ini sama dengan kesedaran bumiputeranya bangun melawan PENJAJAH di seluruh dunia.Ia bergejolak di India,Indonesia, Filipina, Burma, Vietnam, China , Ceylon dll.Maka kesedaran berani melawan penjajah itu kian marak disambut oleh rakyat MALAYA. Mereka tidak rela dijajah lagi.Mereka mahu MERDEKA !

Daripada gabungan AMCJA, badan badan yang terlibat ialah MDU(Malayan Democratic Union), MIC( Malayan Indian Congress),PMCJA(Pan Malayan Counsil Joint Action), PMFTU (Pan Malayan Front Trade Union), dll. Perlembagaan ini digubal oleh RAKYAT MARHAIN  sepenuhnya.

Antara tokoh tokoh yang terlibat ialah Dr Burhanuddin Al Helmi, Ishak Hj Muhammad, Mustafa Hussein,  Haji Abu Bakar Al Baqir,Ahmad Boestamam, Shamsiah Faqih,  Abdullah CD, Tan Cheng Lock, K Ghanapathy,John Thivy,John Eber, Gerald de Cruz,Philip Hoalim dll. Continue reading

APAKAH DOSA TERBESAR MAHATHIR KEPADA ORANG MELAYU ?

Hishamuddin di kancah perjuanganHISHAMUDDIN RAIS  DARI ANAK BANGSA KE  GURU ZAMAN

Hishamuddin Rais adalah seorang sosok,  tokoh yang melepasi beberapa zaman. Zaman gejolak perjuangan mahasiswa yang menentang establishment, era reformasi 1997/ 1998, dekad  demonstrasi jalanan dan kini DEKLARASI RAKYAT. Beliau adalah penyaksi dan perakam zaman yang teliti dan peka.

Bukan sekadar itu,  malah terlibat langsung sebagai salah seorang aktor yang menjiwai semua episod penting peristiwa tersebut. Kini tetap istiqomah sedang berusaha keras memberi pencerahan dan  pemahaman kepada massa rakyat. Bagaimana menghadapi era  kekalutan yang sedang menggerutui dan menghantui kita. Itulah Hishamuddin Rais. Continue reading

RAKYAT MOHON PENJELASAN MENGAPA HUTANG 1MDB MENCECAH RM 50 B ( RM 50, 000,000,000)

12961685_1142220362456672_6995135646775722469_nTUN DR MAHATHIR kata  PM Najib betul dan beliau salah. Mengapa ? PAC sahkan hutang  sebenar 1 MDB ialah  RM 50 bilion bukan RM 42 bilion. Kata mantan PM 22 tahun itu lagi mungkin tanggungan hutang 1 MDB  lebih daripada itu. Apa muslihat Mahathir mengulas macam tu ?

Adakah ini bermakna 1 MDB adalah  syarikat berhutang yang sangat sangat bermasalah ? Sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Syarikat  yang diilhami, ditubuh dan dinaungi oleh PM Najib juga Menteri Kewangan. Ini juga adalah tradisi dan warisan yang ditinggalkan oleh Mahathir. Ia diikuti dengan patuh oleh PM selepasnya dengan setia  dan tawadhuk.

Legasi yang ditinggalkannya  tetap diikuti wala pun Mahathir dibenci kini. Dasar penswastaan, pengkorpratan dan kronisme yang ditinggalkannya  tetap berjalan dengan subur , diteruskan oleh para pengganti beliau. Dasar yang memudaratkan rakyat tetapi memakmurkan korporat. Juga elit penguasa yang menganugerahkan projek dan konsesi kepada mereka.

Apakah yang rakyat dapat ?  Jawapannya ialah GOODS AND SERVICE TAX , CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN . POPULARNYA GST. Ada faham. Fikir fikirkanlah kerana berfikir itu pelita hati.FB_IMG_1460023437802