Keputusan pecat Muhyiddin, Mukhriz sudah dijangka- SHAHRIL SAMAD INILAH NAMANYA PENANGAN CASH IS KING SEBAGAIMANA KATA TUN MAHATHIR : “TANGAN YANG MURAH MEMBERI JANGAN DIGIGIT”
Apa yang tidak disenangi NAJIB akan disahkan. Terdetak apa saja yang ralat di hati presiden akan diberi respons. ITULAH CARA SELAMAT UNTUK KEKAL DALAM UMNO. Yang penting bukan UMNO , bukan BANGSA,bukan NEGARA tetapi tautan dengan SANG PENGUASA untuk jamin rezeki dan posisi, .Itulah kehidupan politik masa kini ! Rakyat mesti peka apa yang dok terjadi. Susah senang dan perit derita kita tidak jadi keutamaan dan diambil pot lagi.
Subsidi tepong telah ditarik dan TOL akan naik lagi. Semakin kuat dan kukuh cengakaman mereka semakin teruklah kita ! Ungkapan paling selesa untuk didendangkan ialah KETUANAN MELAYU ! Jadi TUANKAH MELAYU dalam erti kata sebenar di negara sendiri. Berapa besar tanah, hartanah dan kepemilikan Melayu dalam perniagaan dibandingkan dengan China ,India dan pemilikan asing ?
Kedudukan Melayu semakin menyusut menjadi kelas yang paling bawah dalam realiti, strata sebenar, prestasi ekonomi di negara yang kaya lagi makmur. Lihat dengan mata terbuka bukan terpukau dengan dendangan, propaganda yang dipalukan. Melayu meliana ialah golongan istimewa, Melayu terbanyak ? Masih papa kedana.
ADAKAH KITA CUKUP PUAS HATI DENGAN SLOGAN HIDUP MELAYU UNTUK PERTAHANKAN MELAYU YANG ISTIMEWA, BERTAKHTA DISINGGAHSANA SEBAGAI STRATEGI TERBAIK UNTUK TINGKATKAN SOSIO-EKONOMI & POLITIK KITA. BENAR IA TERBUKTI SAHIH IKUT RTM, TV 1, 2, 3 DAN SEGALA SALURAN RASMI.
MERDEKA ! APA MAKNANYA KEPADA RAKYAT ! KEHIDUPAN YANG SEMAKIN TERJERUT, DITEKAN DARIPADA SETIAP SUDUT OLEH SEKTOR SWASTA DAN LEBIH LEBIH LAGI SEKTOR KERAJAAN. IMPAK DARIPADA DASAR PENGKORPRATAN YANG DITATANG DEMI KESENANGAN GOLONGAN ISTIMEWA !
BIASALAH HARI INI DI ATAS , RODA DUNIA KAN BERPUTAR ,HENDAK KEMANA ?
“Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.” – Tan Sri Muhyiddin Yassin 25 JUN 2016