BERITA RINGKAS DI SANA SINI

MASA DEPAN POLITIK PAKATAN HARAPAN DI P.PINANG

Kata pengulas politik tanah air,  Mohd Sayuti Omar P.Pinang hindarkan PRN secara tergesa gesa. Kerajaan negeri sangat kukuh. PH yang ditunjangi DAP, memerintah dengan majoriti melebihi  2/3 ( 30 kerusi ). DAP menang 100 %. Tanding 19 kerusi menang 19 kerusi.Apa kemenangan yang nak dikejar  lagi ? Kemenangan gemilang berturut  dari 2008 – PRU  2013 di kawasan majoriti China, PKR menang 1O  kerusi dan PAS kini AMANAH 1 kerusi di kawasan majoriti Melayu.

PKR jangan ikut rentak dan emosi DAP secara melulu dalam  isu LGE  yang dituduh rasuah.Dalam situasi kini, sangatlah mudah  UMNO   mengekploitasi isu perkauman, politik kebencian yang ditiup dengan kencang. Itulah modal utama politik perkauman dan kebencian yang UMNO sering mainkan. PKR boleh terjebak dan sukar  menangkis isu ini. Bahan yang diputar belit oleh media rasmi dan propaganda BN.

10 kerusi DUN yang PKR kuasai  pun besar kemungkinan akan  hilang kepada UMNO  terutama di kawasan Melayu. Ada banyak isu yang berpihak kepada mereka yang menimbulkan kemarahan Melayu terhadap  DAP. Terutama isu kampung kampung Melayu yang tak dipedulikan langsung oleh PKR. Calon bukan Melayu PKR di kawasan bukan Melayu boleh dikekalkan. Kemenangan calon PKR mewakili Melayu goyang, tercabar. Penilaiannya ialah prestasi dan rekod PKR sepanjang 8 tahun di P.Pinang amat buruk. PKR mengikut persepsi rakyat menjadi passenger DAP. Jawatan TKM 1 tidak membuktikan kekuatan untuk membela kepentingan Melayu yang hampir tenggelam dalam agenda pembangunan yang begitu marak di P.Pinang. Semua kampung kampung Melayu terancam.

Mereka hendak pergi ke mana ? KN membiarkan mereka menyelesaikan masalah mereka secara persendirian berhadapan  dengan pemaju. Peranan TKM 1 sangat tidak ketara untuk berfungsi dengan baik. TKM 1 Rashid Hasnon akan jadi sasaran jika PRN dijalankan. PKR akan terperangkap dalam permainan kuasa untuk menyelamatkan seorang LGE.DAP akan menang besar. Apa akan jadi kepada PKR ?  Politik kebencian dan kemarahan akan disasarkan dan diledakkan kepada PKR yang dianggap sebagai kuda tunggangan DAP.

MAJLIS PENERANGAN KERAJAAN NEGERI PP- ADAKAH MASA DEPAN PULAU PINANG BERGANTUNG KEPADA LGE

MAJLIS PENERANGAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG – MASA DEPAN PULAU PINANG

Majlis ini dimulai dengan ucapan oleh  Pengerusi DAP P.Pinang Encik Chow Kon Yeow. Beliau membicarakan kemungkinan PRU Negeri P.Pinang dalam masa yang terdekat.

FB_IMG_1469454311520

Apabila LIM GUAN ENG jatuh bermakna parti dan kerajaan P.Pinang juga akan terjejas.Isu ini bukan isu yang melibatkan LGE sebagai individu. LGE adalah KETUA MENTERI PP, beliau adalah pemimpin PAKATAN HARAPAN, beliau adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dalam dua pilihanraya 2008 dan 2013. Pertuduhan rasuah yang dirancang adalah  rencana jahat bermotif politik. Satu perancangan untuk memusnahkan kepimpinan PAKATAN HARAPAN dengan memperalatkan kuasa undang undang dan pertuduhan secara berpilih.

20160725_211146

NASIHAT SESAMA MANUSIA SEBELUM MENGADAP ILAHI !

Maksud Surah Al Kahfi surah ke 18 ayat 46:

Harta dan anak anak adalah perhiasan kehidupan di dunia tetapi amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan

Nabi Muhammad saw dalam hadis yang masyhur menyatakan apabila mati anak Adam  terputus daripadanya segala amalan kecuali 3 perkara:

1. Sedekah jariah semasa hidup

2. Amal soleh yang beliau lakukan sepanjang kehidupan

3. Doa daripada anak anak yang soleh

Baru baru ada satu entri yang menarik.Entri itu  berkait dengan perkara di atas. Nasihat itu daripada orang paling berkuasa di atas muka bumi pada suatu ketika dahulu.Siapakah beliau ? ALEXANDER THE GREAT raja yang berkuasa di atas muka bumi pada suatu ketika dahulu. Pernah disebut riwayatnya dalam Al Quran dalam surah Al Kahfi.

Peringatan itu ditujukan kepada  orang yang paling kaya, nasihat kepada orang orang yang angkuh dan sedang berkuasa selepasnya, amaran   kepada para ulama yang memegang amanah rasul supaya berkata dengan lidah yang benar.Alexander The Great menyampaikan 3 wasiat penting  sebelum meninggal  dunia :

PERTAMA Mayatku ini hendaklah diusung oleh para tabib/ doktor sampai ke liang lahad. Apakah mesejnya ? Mesejnya ialah beritahu kepada manusia seantero dunia apabila ajal telah tiba, ikhtiar para doktor adalah sia sia. Ia tidak bergunaia lagi. Ia  tidak akan  memanjangkan usia.

KEDUA : Sepanjang laluan mayatku itu hamburkanlah segala  harta peninggalan ku ini. Mesejnya ialah harta benda tidak boleh di bawa mati dan ia  tetap akan kekal di bumi. Ia tidak berguna lagi untuk si mati yang sedang dibawa pergi, melainkan ditukar menjadi amalan.

Image result for alexander the great the great words

KETIGA – Biarkan tanganku terkulai untuk dilihat oleh umat manusia. Bahawa  aku pulang ke haribaan Tuhan dengan tangan kosong.Aku tidak lagi berdaya berbuat apa apa selepas ini di hadapan Tuhanku melainkan apa yang telah aku lakukan semasa hidup

Alexander 1

HENDAK KE MANAKAH UMNO DAN PAS MEMBAWA MELAYU DAN ISLAM DI ABAD KE 21 ?

Coretan  ini adalah satu cetusan yang membawa pencerahan, Ini dalam senario pergelutan UMNO dan PAS untuk memonopoli, membolot suara undi umat Melayu secara semberono dan memaksa.Bahawa umat Melayu tidak lagi mempunyai pilihan dan jalan keluar  selain daripada menyokong mereka secara melulu. Sebarang usaha di luar lengkongan dan kepongan mereka akan dituduh, difitnah dan difatwa menyeleweng, pecah belah, tamak, durhaka, khianat dan bersekongkol dengan kuasa asing, menghasut rakyat untuk memberontak, kufur nikmat dan sebagainya.

Ringkasnya ikut selera entiti yang kemarukan kuasa walau pun telah diberi amanah selama 7 dekad.Umat ini telah dilatu begitu rupa sehingga hilang kewarasan dan hampir sasau. Sedangkan amalan yang sihat dalam sebuah negara yang demokratik rakyat a berhak untuk untuk menilai dan memilih yang terbaik mengikut rekod .

Sembang santai ini wajar direnung kerana ada muhasabah yang patut dijadikan direnungan :

CERITA DI RUMAH TERBUKA HARI RAYA EIDUL FITRII 2016.

UMNO ITU MELAYU DAN MELAYU ITU UMNO
PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS

Betapa sayugia dan terasa terujanya hati, terkenang kembali perbualan orang – orang kampung semasa menghadiri rumah terbuka seorang kenalan lama daripada University Of Hartford, America. Beliau kini bermaustatin di kampung Kubu Gajah berjiran Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. Taraf kefahamannya semakin mencapai tahap matang dan prihatin akan nilai dan kesedaran. Pun demikian kata salah seorang daripada mantan ketua kampung dan temannya mantan nazir, rata – rata penduduk kampung kawasan pedalaman taraf pemikiran mereka masih ditakuk lama.

Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Satu bentuk pemikiran ‘kontot’, hambar tetapi memberikan kuasa mutlak untuk UMNO berkuasa selama – lama sekiranya masih ada gerombolan Melayu yang dangkal dengan cara totok yang kehilangan akal waras. Masih ramaikah kalangan bangsa Melayu yang mengharapkan UMNO berkuasa selama – lama sehingga melakukan penganiayaan terhadap bangsa Melayu itu sendiri, masih dianggap ‘pembela’.

Kalangan Melayu orang tua
walau gigi cuma tinggal nan sebatang,
mendiami rumah usang,
baju cuma sehelai sepinggang.
Masih utuh dengan pegangan,
UMNO adalah pejuang bangsa terbilang.
Biar Melayu gelandangan,
UMNO tetap sangkar harapan.

Melayu akan hanya sanya selamat dengan UMNO. Satu gambaran yang diuar – uarkan, nescaya yang sudah menghampiri kenyataan mengetahui, cuma sebuah fatamorgana, ‘mirage’ – bayangan air dari jauh. Yang letih, bertatih mencari sumber menghilangkan dahaga pasti patah hati, kecundang dalam kehausan. Matinya jiwa raga kerana dikhianati tetapi Melayu tetap jiwa Melayu. UMNO jualah pembela bangsa, walau dikhianati berkali – kali, kerana dalam hatinya bertekad. UMNO adalah Melayu.

Melayu hanya akan selamat di bawah UMNO. Kefahaman inilah yang merupakan bala dan musibah kepada bangsa Melayu. UMNO boleh kencing kepada bangsa Melayu dan orang Melayu masih memegang watak Si Luncai, biarkan! biarkan! .Pimpinan UMNO sehingga kini, bebas menjadi petualang kerana orang Melayu tetap akan patuh dan taat membabi buta.

Dahulunya watak orang Melayu sehingga hari ini tidak banyak berubah. Seorang raja Melayu sebelum Islam akan mengorbankan seorang panglima sebagai persaksian taat setianya kepada raja dihadapan tetamu kenamaan sebagai pertunjukkan betapa seorang wira adalah satria raja. Nyawa panglima raja adalah enteng, saperti nyawa seekor semut. Seorang panglima akan datang menyembah raja, lalu menari – menari dan bersilat. Langsung di capai kerambit lalu dikelar lehernya. Itulah taat setianya Melayu kepada raja dan pemimpin bangsa. Itulah Melayu dahulu.

Melayu hari ini persisnya sama dalam tempo yang tidak serupa. Dia tidak membunuh dirinya selaku individu tetapi membunuh bangsa dan zuriatnya sedikit demi sedikit dengan ketaatan yang membabi buta. Tanpa usul periksa, percaya dengan omongan dan kenyataan UMNO. Mindanya dibiarkan menjadi milik UMNO kerana percaya secara membuta tuli. Orang Melayu dikampung, pedalaman ulu dari kalangan ‘gigi nan sebatang’ orang melayu yang disebut sebagai ‘ rumah kata pergi, kubur kata mari’ masih bertekad dengan UMNO kerana itulah tahap kematangan. Bila kita tanya mereka, “nak pangkah sapa” mereka bingkas menjawab pantas, “UMM NO“. itulah mentaliti orang – orang Melayu tua yang bertenggek dengan UMNO ketika dahulu, kini dan selama – lama.

Golongan intelek bangsa Melayu juga tidak terlepas malah serupa dengan Melayu tua. Percaya bahwa UMNO penyelamat bangsa walau tahu kondisi UMNO adalah sapertimana diwartakan dalam lakunan P Ramlie, Nujum Pak Belalang

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang bolehku bawak lari
Kami penyamun, Penyamun

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan kutunjal – tunjal
Kami penyamun, Penyamun

Dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’, P Ramlie bertanya Sudin akan huruf rumi yang panjang – panjang terpampang “kelas buta huruf untuk orang tua”. Spontan dijawab oleh Sudin, ALIF, MIIM, NUUN tendang WAU, itu SARKIS.

Itulah realiti pemikiran seniman yang tidak terhalang minda dan tergalang wadah. Maka dikeluarkan dalam media sapertimana A (alif), M (miim), N(nun), U (tendang Wau), adalah sarkis dalam kehidupan bangsa Melayu. Selagimana orang Melayu boleh menerima, mereka adalah alat sarkis sebuah pertunjukkan, selagi itulah orang Melayu merupakan sarkis kepada pengelola sarkis dan badut dalam negerinya sendiri.

Seketika kami terpukau dengan kenyataan dan sembang majlis hari raya. Namun kami masih mengintai mahu mendengar pandangan orang kampung tentang PAS. Parti Islam SeMalaysia. Sebenarnya singkatan yang sebenar adalah Pari Angkatan Sabil. Itulah PAS asal usulnya.Apabila diambil alih oleh Dato Asri, dengan telatah bicara spontan tetamu yang bersantai itu mencelah, menjadi Parti Asri Sekeluarga. Itu zaman Asri katanya.

Sembang bersekitar dengan latah politik, satu perbahasan saperti juga UMNO, PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Bulan penuh dalam logo PAS merupakan bulatan penuh yang mencerminkan kesempurnaan. Bahwa Islam itu sempurna dan PAS itu juga saperti bulatan penuh yang menggambarkan kesempurnaan. Itulah tema perbahasan. Yang seorang dari kalangan yang ramai berkata bahwa PAS tidak boleh mengandaikan entiti PAS saperti Islam yang sempurna kerana PAS cumalah titik – titik dalam bulatan penuh Islam yang sempurna. Bilamana ia menggambarkan PAS itu Islam, ia sedaya upaya melengkapkan ciri Islam di dalamnya tetapi kesempurnaan Islam itu bukan PAS. Ternyata perkiraan mereka itu benar kerana realiti PAS banyak membawa kekeliruan kerana bukan semua dalam PAS itu menghayati Islam. Ia cuma entiti organisasi politik sapertimana juga UMNO. PAS memperjuangkan Islam sebagai wadah dan UMNO memperjuangkan bangsa sebagai wadah. Pengaruh pemikiran Islam dan nilai keislaman kedua – kedua entiti ini berbeda, saperti juga syaksiah seseorang muslimin, berbeda mengikut orangnya.

Itulah sebuah bingkisan antara Melayu, Islam dan politik. Rangkuman ketiga ungkapan ini sebenarnya menghasilkan satu ledakan saperti sebutir bom yang boleh meletup bila – bila masa dan orang ramai dalam mara bahaya. Melayu dan Islam sudah menikmati keinsijaman sejak beratus tahun yang lampau, sampai boleh melahirkan tokoh ilmuan melayu Islam yang utuh.

Hari ini kita meraba – raba mencari penyelesaian sementara penyelesaiannya ada pada hati yang sejahtera. Politik yang kita lewati sekarang lebih menjahanamkan mana – mana bangsa bukan sahaja bangsa melayu kerana ia diadunkan untuk menghasut dan merosakkan sebuah negara bangsa. Kesilapan yang besar kerana masih merasakan ia penyelamat saperti juga UMNO, orang Melayu akan teraniaya dengannya tetapi masih yakin percaya orang Melayu akan selamat dibawahnya. PAS juga menghadapi dilemma yang sama kerana merasakan dirinya itu sesempurna Islam, ia cuma mencelup sedikit daripada Islam tetapi menonjolkan dirinya memenuhi kesempurnaan Islam. Begitu juga dengan entiti parti politik Islam yang lain. Gambaran Islam itu cuma sebuah lukisan bukan praktik hidup itu dalam REAL ISLAM.

Akhirnya yang duduk semeja, seseorang itu mula berkata – kata,
“Kita boleh sembang saperti dikedai kopi, UMNO dan BN tetap menang juga akhirnya”.

Memang betul fakta orang itu tetapi saya berkata,

“Lihatlah! Dahulunya pembangkang kalah dan semua negeri dibawah UMNO dan BN kecuali Kelantan., Kini Selangor sudahpun dikalahkan, Penang juga sudahpun lebur, Perak hampir ditewaskan. UMNO dan BN dahulu tidak menganggap ini satu yang akan berlaku tetapi dengan sembang santai ini rakyat sudah mula sedar. Orang UMNOpun mual dengan gelagat pimpinan mereka. Tunggulah harinya, cuma biarlah orang – orang tua yang tegar, mati dan anak – anak muda bangsa Melayu ini mencabuk dengan undi mereka. Masanya akan datang apabila kita mengutamakan kesedaran daripada banyak bermain politik sesama bangsa.

Serumpun semeja selang beberapa ketika itupun bersurai mendengarkan azan Maghrib. Mereka semuanya beramai – ramai memenuhi seruan menghadapi maghrib.

Story in the house open for Hari Raya 2016. Eidul Fitrii
That Umno Malays and umno malays that
Fitting that Islam and Islam is that fit.
How Sayugia and feels excited her heart back, cherish the conversations people village while attending an open house. an old acquaintance than university of Hartford, USA. He is now in Kampung Bermaustatin Castle Elephant Village Berjiran Merbau Bojangles, Sungai Buloh, Selangor. Upgrade to achieve ideals getting mature and concerned will value and awareness. Even so says one of the former chairman and former hometown friend Nazir, average villagers pedalaaman area of their mindset still ditakuk long.
Malay that umno and umno that malay. One form of thought ‘cattle dog’, Tasteless but giving absolute power to umno to power for long – but if there’s still a bunch of superficial malay totok the way out of his mind sane. Many men are still among the nation the umno malays expect power for so long – do mayhem nation against melayu itself, still considered ‘defenders’.
Parents among Malays
Even though my teeth just stay a, nan
Obsolete, inhabit the house
Just a waist-shirt.
Still intact with grip,
Warriors nation umno is brazen.
Let Gelangdangan, Malay
Umno cage still hope.
Malay will just unfortunately happy with umno. The one picture diuar – uarkan, which would have been near to know reality, just a mirage, ‘Mirage’ – shadows water from far. One tired, toddling sourcing eliminate thirst must be broken, kecundang in thirst. Dead her soul because betrayed but malay Malay. Keep Spirit Defenders of the nation belongs to umno, though betrayed so many times, because in his heart was determined. Umno is Malay.
Malay will only survive under the umno. This is what constitutes ideals bala and disaster to the nation of origin. Can Umno Malays piss to nations and malay still holding character si luncai, let! Let! Leader of umno. Till now, free to be adventurous because malays will remain obedient and obey blindly.
Formerly of malay until today not much has changed. A Raja Melayu Before Islam will be sacrificed as a warlord persaksian men to the king in front of guests kenamaan as show how a hero is a warrior king. Life Zanariah is lightly, as an ant’s life. A Commander in chief would come worship the king, then dance – dance and bersilat. Straight on access karambit then in class her neck. That Malay Men to kings and leaders of the nation. That was the first Malay.
Malay today exactly the same in the other that don’t like it. He didn’t kill himself as individuals and nations but kill them little by little with blind obedience. Without suggestion check, believe with waffle and reality umno. Left her mind belongs to umno because trust blindly deaf. Malays in the country, rural ulu among ‘ teeth ‘ Nan a malay guy who referred to as ‘ the word go, the grave says let ‘ still determined by umno because that’s the stage of maturity. When we ask them, ” the boy ” they say hi pangkah bingkas answer worth, ” umm no “. That’s the mentality people old malay bertenggek with umno when first, now – and for a long time.
Among the nation’s intellectual malay as well not even similar old malay. Believe that umno Savior knowing the condition of the nation’s Prophet conqueror sapertimana umno in that p ramlie, necromancer sir grasshopper
We are idiots in this country
We are idiots in this country
Work robbing and stealing mencilok
Don’t choose mas intan buffalo cow
Can I bring the original run
We’re idiots, idiots
We are idiots in this country
We have enough immune bandits
About stealing a famous most reliable
Chickens and ducks all us bedal
Who against kutunjal – tunjal
We’re idiots, idiots
In the film ‘Pendekar Bujang Lapok’, P Ramlie ask sudin will letter that rumi long descriptions “literacy class for parents”. Spontaneous answered by sudin, Alif, Meem, nun by wau, kick that sarkis.
That’s real thoughts not blocked the artist’s mind and tergalang vessel. Then released in the media a sapertimana (Alif), M (Meem), N now), ( U (kick wau), IS SARKIS IN LIFE NATION MALAY. Selagimana Malays can receive, they are a tool show, sarkis while that malay is sarkis to superintendent sarkis and clowns in his own.
We instantly mesmerized by reality and chats council election day. And yet we still lurk to hear people’s views about pas village. Parti Islam semalaysia. The real truth which is the most stable force. That’s fits on his throne. When taken over by dato is healed, will talk with the spontaneous guests relaxing that interfere, be a party family is healed. It says age is healed.
Chat with flinching bersekitar politics, as well as one perbahasan umno, pas that Islam and Islam is that it fits. Full Moon in logo fits full circle is the reflect perfection. That Islam was perfect and fit it as well as the full circle to describe perfection. That’s the theme perbahasan. Which one among the multitude said that pas must not presuppose an entity pas as Islam which allows for perfect fit point – a point in a circle full of Islam is perfect. Whenever he described the pas that Islam, he was as complete Islamic features in it but that is not Islamic perfection pas. Turns out that they forecast right for reality fits many take a mistake because not all fit in that deep into Islam. He was just an entity organization sapertimana umno politics too. Pas fight for Islam as a vessel and umno as a vessel to fight for the nation. Thoughts influence the value of Islam and offers both – both this entity different, as also syaksiah someone different Muslims, by the man.
That’s a gift among malays, Islam and politics. Third expression sums it actually produces a burst as a bomb that could explode if – when time and the people in danger. Malays and Muslims already enjoying keinsijaman since hundreds of years ago, until I can give birth to malay Muslim scientist character in one piece.
Today we are groping blindly – looking for a solution while the solution is in the heart of peace. Politics what we went through now more mangle nation everywhere not only malay nation because it diadunkan for inciting and ruin a nation state. A big mistake because he still felt as savior also, umno malays would have mauled him but still believe believe malays will survive under it. Pas also facing the same dilemma because felt himself it perfectly, it’s just islam dip a little than Islam but highlighting her meet the perfection of Islam. So is the entity of Islamic political party who else. The Picture is just a painting not a practice life’s in real Islam.
Finally a sit, someone that’s started, saying the words.
“we can chat as it was in the coffee, umno and bn still win anyway”.
True facts that person but I said,
” look! Renegade was lost and all the land under the umno and bn unless kelantan., Now Selangor is already defeated, Penang also is already silver level almost invincible. Umno and bn used not one who thinks this will happen but with a casual chat this is open for people to realize. People umno pun nauseous with a hint of their leader. Wait for the day, just let people grow old, die hard, and youth nation this malay mencabuk with their vote. The time will come when we loved a lot of awareness than playing politics among nations.
Keeping tabs clump hose some when it was listening to Azan Maghrib. They all gathered – many fulfilled while facing the truth.

SIAPAKAH YANG MERAMPAS ISLAM ? WHO HIJACKED ISLAM ?

 

(Terjemahan artikel Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan oleh Majalah Time bertajuk Who Hijacked Islam oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rizal Jamin)

Buat pertama kalinya di dalam sejarah Islam di mana tindak-tanduk yang dilakukan oleh segelintir penganutnya telah mengakibatkan agama dan umat Islam secara amnya di pandang begitu hina dan jijik di mata masyarakat sejagat. Berjuta-juta penganut agama Islam yang melarikan diri dari negara asal mereka dan berhijrah ke Eropah dan Amerika Utara akibat desakan hidup dan penindasan di negara asal mereka kini telah menjadi sasaran kebencian dan dikategorikan sebagai kelompok yang berpotensi menjadi pengganas. Gerakan demokrasi yang masih baru bertapak di Negara Islam juga bakal terbantut untuk beberapa dekad yang mendatang, di mana pihak pemerintah yang memerintah secara autokrasi menggunakan alasan penglibatan kerajaan di dalam perang dunia menentang keganasan, untuk menakutkan pihak pembangkang yang pro-demokrasi.

Inilah yang telah dilakukan oleh Mohamed Atta, rakan pengganasnya dan pihak yang menaja mereka, terhadap imej Islam dan penganutnya melalui pembunuhan manusia yang tidak berdosa di World Trade Center dan Pentagon. Serangan ini bukan sahaja perlu dikutuk, malah ia perlu ditolak tanpa sebarang syarat dan alasan. Pihak berkuasa agama telah meluahkan kemarahan mereka melalui kenyataan keras yang mengutuk pembunuhan kejam tersebut.Segala usaha dan tindakan untuk menghukum pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini mestilah mendapat sokongan padu dari semua pihak.

Kita berasa agak hairan dengan kekeliruan yang yang dialami oleh masyarakat Islam yang memberikan reaksi yang berbeza terhadap Amerika Syarikat. Di Malaysia misalnya, media yang dikawal kerajaan telah dikerahkan untuk menyemarakkan sentimen Anti-Amerika, manakala golongan elit pemerintah menggunakan bahasa yang lebih diplomatik untuk tujuan tersebut. Sudah tentu terdapat sebab yang munasabah untuk kita menyatakan kekecewaan terhadap Amerika Syarikat terutamanya perkara yang berkaitan dengan nasib warga Palestin yang menghadapi Israel yang semakin bongkak namun ini bukan masanya untuk menempelak dasar luar Amerika Syarikat. Sekiranya Malaysia yang menjadi mangsa tragedi tersebut, sudah tentulah kita juga merasakan ia adalah reaksi yang tidak berperikemanusiaan.

Kita mesti bertanya kepada diri sendiri, bagaimana di abad ke-21, wujud manusia yang bernama Osama bin Laden dikalangan masyarakat Islam. Berbanding dengan abad-abad sebelumnya, di mana Islam menempa ketamadunan sejagat, kekayaan dan kemakmuran dikalangan umatnya membina pelbagai yayasan amal yang menyokong perkembangan universiti dan hospital, para putera raja bersaing untuk melahirkan ahli sains, ahli falsafah dan ilmuwan lainnya. Ahli Sains yang terulung pada zaman kegemilangan Islam, iaitu Ibnu Sina, adalah produk yang terhasil pada masa tersebut. Akan tetapi Bin Laden telah menggunakan kekayaannya untuk menaja keganasan dan pembunuhan, bukannya kreativiti dan keilmuan, juga menggalakkan kemusnahan dan bukannya penciptaan.

Bin Laden dan para pengikutnya adalah kelompok yang terdesak. Mereka datang dari negara di mana perjuangan politik dengan cara damai telah gagal. Di kebanyakkan negara Islam, perbezaan kepercayaan politik tidak dibenarkan dan ia dianggap sebagai melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, kita menyaksikan saban tahun terdapat peningkatan bilangan professional dan juga kelas menengah yang celik politik. Mereka ini bersikap terbuka di dalam menyatakan kecenderungan politik dan sosial di negara mereka. Namun malangnya perkembangan kelompok sivil ini terbantut akibat kekangan pihak penguasa.

Justeru umat Islam  perlu memberi perhatian terhadap pembangunan dalaman dari segi sosial dan politik, dengan lebih serius daripada sebelumnya. Pembangunan ekonomi semata-mata tidak memadai. Ketegangan pada dimensi sosial dan politik juga perlu diatasi. Orientasi yang betul mesti dibangunkan supaya masyarakat Islam berupaya untuk berinteraksi di pentas dunia. Penglibatan umat Islam di peringkat global juga mesti tidak boleh di monopoli hanya oleh pihak Kerajaan.

Perasaan ingin menguasai dan persepsi bahawa seluruh dunia adalah menentang mereka membuahkan kebencian di kalangan individu yang memilih keganasan sebagai jalan keluar. Kekeliruan dan kemarahan terhadap kuasa besar dunia semakin menebal apabila berlakunya campur tangan terhadap masalah yang dihadapi oleh dunia Islam khususnya kekacauan yang berlaku di Afghanistan akibat penaklukan oleh Soviet Union dan kemaraan pihak Taliban kemudiannya, dan juga penderitaan yang dialami oleh rakyat Iraq yang disebabkan oleh pemerintah diktatornya serta sekatan yang dikenakan kepada negara yang telah lama menderita.

*Di atas prinsip kebertanggungjawaban dan etika, masyarakat Islam akan menyokong sebarang inisiatif menentang keganasan secara global, namun terdapat persepsi di mana pihak kerajaan yang berkuasa di mana-mana akan menggunakan peluang ini untuk mengukuhkan rejim mereka sekaligus memberi tamparan kepada pergerakan demokrasi. Presiden Rusia, Vladimir Putin akan menggunakannya untuk mempertahankan tindakan beliau terhadap pejuang Chechen, Israel pula akan mempertahankan tindakan keganasannya terhadap rakyat Palestin manakala di Malaysia pula penahanan tanpa perbicaraan.*

Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan kerajaan negara Islam untuk menjaga kepentingannya. Ini adalah difahami. Namun begitu, mereka tidak mempunyai semua jawapan terhadap isu keganasan. Perkembangan demokrasi, penglibatan di dalam aktiviti politik dan masyarakat sivil adalah penyelesaian yang kekal. Perhatian dan sokongan yang kurang diberi perhatian kepada perjuangan menegakkan sistem demokrasi dan hak-hak yang berkaitan dengan kemanusiaan akan hanya mengukuhkan rejim diktator yang bakal menyaksikan kembalinya era pemerintahan seperti Marcos,Suharto dan Shah Iran.

*Selama lebih 100 tahun, masyarakat Islam berdepan dengan cabaran dunia moden.Keperluan yang mendesak buat masa ini adalah untuk menanam sikap yang berorientasikan intelek dan politik yang memberi tumpuan kepada demokrasi dan keterbukaan. Para bijak pandai dan ahli politik mesti mempunyai keberanian untuk mengutuk sikap fanatik di dalam apa jua bentuk, namun di dalam masa yang sama mereka juga mesti mengutuk rejim yang menindas dan kejam yang menggagalkan harapan untuk perubahan secara aman.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum PKR yang sedang menjalani hukuman penjara.’

Tulisan asal dalam majalah TIME bertaJuk WHO HIJACKED ISLAM

Who Hijacked Islam? -by Anwar Ibrahim Image result for TIME – Who Hijacked Islam? -by Anwar Ibrahim This was first published in TIME Magazine on October 15, 2001. “Let not your hatred of others cause you to act unjustly against them.” -The Koran Never in Islam’s history have the actions of so few of its followers caused the religion & its community of believers to be such an abomination in the eyes of others. Millions of Muslims who fled to North America & Europe to escape poverty & persecution at home have become the objects of hatred and are now profiled as potential terrorists.
The nascent democratic movements in Muslim countries will regress for a few decades as ruling autocrats use their participation in the global war against terrorism to terrorize their critics & dissenters. This is what Mohamed Atta & his fellow terrorists & sponsors have done to Islam & its community worldwide by their murder of innocents at the World Trade Center & the Pentagon. The attacks must be condemned, and the condemnation must be without reservation. The foremost religious authorities are outraged & have issued statements denouncing the monstrous murders. All efforts to punish the perpetrators must be supported. One is therefore perturbed by the confusion among Muslims who responded to the attack with a misplaced diatribe against the US in Malaysia, the government-controlled media have been deployed to stir up anti-American sentiments, while members of the political Elite use a different language for international diplomacy.
Certainly there are legitimate grievances against the US & good reason for despondency over the fate of the Palestinians, who now face an even more arrogant Israel. But this is not the time for sermonizing or moralizing over US foreign policy. Had we Malaysians been the victims of such a tragedy, we would find such hectoring tasteless & repulsive. One wonders how, in the 21st century, the Muslim world could have produced an Osama bin Laden. In the centuries when Islam forged civilizations, men of wealth created pious foundations supporting universities & hospitals, and princes competed with one another to patronize scientists, philosophers & men of letters.
The greatest of scientists & philosophers of the medieval age, Ibn Sina, was a product of that system. But Bin Laden uses his personal fortune to sponsor terror & murder, not learning or creativity, and to wreak destruction rather than promote creation. Bin Laden & his proteges are the children of desperation; they come from countries where political struggle through peaceful means is futile. In many Muslim countries, political dissent is simply illegal. Yet, year by year, the size of the educated class & the number of young professionals continue to increase. These people need space to express their political & social concerns, but state control is total, leaving no room for civil society to grow. The need for Muslim societies to address their internal social & political development has become more urgent than ever.
Economic development alone is clearly insufficient: it creates its own tensions in the social & political spheres, which must be addressed. A proper orientation must be developed for Muslim engagement with the world at large. Participation in the global processes must not be the monopoly of the government. It is the sense of alienation & the perception that the world is against them that nurture bitterness among those who resort to terrorism. Confusion & anger against the global order & its only superpower have been brought about by the failure of the Muslim world to address two crucial issues: Afghanistan descents into chaos & anarchy as a result of the Soviet invasion & the subsequent rise of the Taliban, and the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions imposed on that long-suffering nation.
For ethical reasons, Muslims will support the global initiative against terrorism. But there is a growing perception that autocrats of all types will seize the opportunity to prop up their regimes & deal a severe blow to democratic movements. Russian President Vladimir Putin will use it to defend atrocities in Chechnya, Israel to defend its intransigence and Malaysia its detentions without trial. Necessity will prompt the US to seek the collaboration of the governments of Muslim countries. This is understandable. But they do not hold all the answers to terrorism. The growth of democracy, political participation & civil society is the final answer.

By softening its endorsement of the struggle for democracy & the protection of human rights, the US will inadvertently strengthen dictatorial regimes, thus replicating past associations with Marcos, Suharto & the Shah of Iran. For more than 100 years, the Muslim world has had to grapple with the problem of modernity. Of greatest urgency is the effort to inculcate an intellectual & political orientation that promotes democracy & openness. Intellectuals & politicians must have the courage to condemn fanaticism in all its forms. But they must, in the same breath, equally condemn the tyrants & oppressive regimes that dash every hope of peaceful change.

KELAHIRAN PARTI BARU DSAI BERI SOKONGAN POSITIF – PARTI BARU MELAYU BERSATU

ANWAR IBRAHIM SAMBUT POSITIF PENUBUHAN PARTI BARU  SEDIA BEKERJASAMA UNTUK  MEMBANGUNKAN BLOK PEMBANGKANG YANG LEBIH UTUH -KUAT

MUHYIDDIN YASIN  SEPENDIRIAN DENGAN DSAI – TUMBANGKAN BN DAN REFORMASI MENYELURUH DALAM TATA KELOLA  DAN TADBIR URUS NEGARA  !

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’  HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

SAYA AKAN  BERSAMA DS ANWAR IBRAHIM SINGKIRKAN BN !

Saya bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi. Saya telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan di dalam pilihanraya.

Pada masa yang sama, saya juga akur bahawa penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain. Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

Saya juga bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat.

Saya amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang. Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul. Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

InsyaAllah, berkat muafakat rakyat dan jiwa besar pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan kepentingan negara, kita akan berjaya mengenepikan perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan.

TINDAK BALAS PEMIMPIN BESAR UMNO

BARAKAH SOLAT SUBUH MENYELAMATKAN ERDORGAN DARIPADA DIGULINGKAN !

ERDOGAN sejak daripada awal mempersiapkan agenda para remaja bersolat subuh di masjid. Masjid yang lengang sunyi tetiba memenuhi ruang sehingga seperti solat Jumaat.Itulah kehebatan Turkey setelah berubah daripada rejim totok SEKULARISME warisan MUSTAFA KAMAL ATATURK menjadi kerajaan yang mengutamakan syiar syiar Islam.

Kini ternyata hasil daripada dakwah sepatutnya telah berjaya  membangun jutaan remaja bersolat subuh sebelum bekerja pada setiap hari. Mereka dianjur tidur awal, tidak lagi  berpoya poya hingga  larut malam.

Dalam COUP DE TAT semalam para remaja dan rakyat mula  tersedar apa yang berlaku. Mereka dengan cepat menggenangi jalan raya. Mereka bertindak menghalang pergerakan tentera dan kereta kereta kebalnya.Langkah yang tepat telah menyelamatkan keadaan.

Cuba fikirkan jika rakyat dibuai budaya berpeleseran ala barat dan mabuk dengan arak sepanjang malam. Sudah tentu mereka akan bangun lewat. Apabila sedar negara telah pun dikuasai rampasan kuasa yang didalangi pihak asing. Itulah barakahnya solat subuh.

Bayangkan  jika umat Islam bangkit tahajud pada setiap malam. Ibadat menjadikan ubat Islam siap siaga pada setiap ketika. Tidakkah Islam itu menjadikan umat Islam melaksanakan hablun minallah wa hablun minannas. Pertolongan Allah telah menyelamatkan Turki dari kebinasan hasil pengkomplotan rampasan kuasa yang didalangi oleh pihak asng.

Mereka tidak senang dengan kebangkitan Turki sebagai kuasa ekonomi yang setanding dengan negara negara Barat.Dulu mereka menggelar Turki sebagai THE SICK MAN OF EUROPE, kini Turki telah berubah menjadi bukan sahaja negara sihat Eropa malahan negara yang perkasa dan kaya raya.

PERCUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI- SYABAS ! RAKYAT BANGUN MEMENUNI LAPANGAN UNTUK MENGGALANGNYA

Pagi ini Sabtu 16 Julai 2016,  waktu subuh ada percubaan daripada pihak tentera Turki untuk menggulingkan Presiden Turki yang sah RECEP THOIYYIB ERDOGAN. Perkara ini sering berlaku dalam politik Turki.Lebih lebih lagi apabila parti yang menang mirip atau cenderung Islam.Sebelumnya  sebelum naiknya Erdogan ke tapak kuasa yang mirip kepadar nilai nilai Islam telah digulingkan. Beliau bukan sahaja dinyahkan bahkan  dipenjara.

Tenyata ERDOGAN ahli siasah yang bijak, beliau menggesa rakyat turun ke jalan raya untuk menggalang tindakan di luar DEMOKRASI dan jelik itu?

Mengapakah ini berlaku ? Kita lihat episod episod yang  instan berlaku sebelum percubaan coup de tat ini.

Lapangan terbang Turki telah dibom oleh pengganas. Tuduhan dibuat ISIS/ DAESH  terlibat. Siapakah dibelakang ISIS sehingga begitu berkuasa memiliki senjata canggih dan perancangan rapi. Di belakangnya sudah pasti kuasa hebat yang menguasai dunia.Pengeboman itu dibuat untuk memusnahkan ekonomi pelancongan Turki yang sedang membumbung !

Mengapakah ini berlaku ?

Sebelumnya Turki termasuk dalam blok Amerika dan bertindak menembak jatuh pesawat tentera Rusia yang menceroboh masuk ke ruang angkasanya.

Selepasnya Turki memohon maaf atas tindakannya dan permohonan maafnya di terima Pres Rusia Vladimir Putin.Turki kembali berbaik baik dengan Rusia.

Tindakan ini sudah pasti dianggap sebagai permusuhan dengan ADI KUASA TUNGGAL DUNIA.

Maka selepasnya berlaku tindakan mengebom lapangan terbang Istanbol.Ini sebagai amaran awal bahawa perang akan tercetus jika Turki berani menyeberang ke blok yang tidak disenangi NATO dan …………..

Kini percubaan telah dibuat untuk menggulingkan Pres Erdogan untuk mengubah dasar kembali bernaung di bawah blok yang menentang musuh NEW WORLD ORDER.

Kedudukan Turki di muka Laut Hitam sangat strategik bagi geo politik Rusia dan paksi Imperialis/ Kapitalis/ Hegomoni  Barat.Turki adalah penghubung di antara Eropa dengan Timur Tengah, wilayah yang sentiasa bergolak.Perang sedang meledak di Syria.

Turki penting bagi NATO untuk mengepung dan menutup laluan angkatan laut Rusia keluar ke laut.

Turki penting bagi Rusia sebagai sahabat untuk menyekat kemaraan ADI KUASA DUNIA menyerang Rusia.

Kini Eropah Timur yang dulunya sekutu Rusia dalam Pakatan Warsaw telah menyebelahi NATO dan menjadi  anggota EU. Rusia sedang dikepung dan senjata senjata balistik terbesar ditalakan kepadanya untuk tujuan provokasi.

Pendirian Turki kini  di bawah pimpinan Erdogan sangat menimbulkan kemarahan BARAT dan NATO yang diperalatkan oleh ADI KUASA TUNGGAL DUNIA yang sengaja mewujudkan PERANG untuk memulihkan ekonominya yang merudum.

Syabas rakyat Turki kerana bangun menggalang rampasan kuasa. Coup de tat yang didalangi oleh kuasa kuasa luar. Mreka yang mahu menjadikan Turki kuasa yang tunduk kepada kepentingan luar seperti Mesir, Libya dan kebanyakan negara negara beraja di Timur Tengah.Ingat apa yang berlaku ke atas Pres Morshi yang digulingkan oleh tentera.

PEMBANTAIAN UMAT ISLAM MYNMAR – OIC TAK BERKUTIK KE ?

Sungguh malang umat Islam di Asia Tenggara. Jumlahnya besar mencecah 300 juta. Mereka langsung tak berbuat apa apa. Tak ada reaksi pun untuk menolong saudara seIslamnya.

Dulu siang malang diganasi oleh pemerintahan junta tentera. Kini dizalimi dengan lebih ganas oleh pemerintah demoKrasi Mynmar. Apa dah jadi pada jiwa umat Islam yang mengucap LAILAHA ILLAH.

Ada 3 buah negara majoriti Muslim  anggota ASEAN yang umat Islam adalah majoritinya. Indonesia dengan 250 umat Islam, Malaysia 20 juta dan.Campur  Brunei 1 juta, Selatan Filipina, Selatan Thailand majoriti penduduk Islam adalah majoriti. Kenapakah jadi begini ? Misalnya bila umat Islam di TAKBAI diganasi dengan kematian yang tinggi pada tahun 2005/ 2006 Malaysia mengambil sikap yang sangat lunak terhadap Thailand.

Langsung tak memanggil duta Thailand untuk serahkan nota bantahan. Nota bantahan pun tidak dibuat atau tindalan keras menutup kedutaan Malaysia di Bangkok dan menghalau duta Thailad keluar Malaysia. Ini tanda kita memperotes secara keras atas penganiayaan umat Islam di seberang sempadan berhampiran dengan Rantau Panjang Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...