Monthly Archives: October 2016
MEMAHAMI KRISIS DAN PERGOLAKAN DI YEMEN-APA SEBENARNYA SENARIO DI SANA ?
AFP Image caption Ali Abdullah Saleh was forced to hand over the presidency after an uprising in 2011
KRISIS DI YEMEN BERMULA DENGAN ARAB SPRINGS YANG DIRANGKA OLEH PIHAK BARAT DAN AS. TUJUANNYA UNTUK MENJATUHKAN REJIM PARA DIKTATOR YANG TIDAK DISENANGI AS DI TIMUR TENGAH. TIDAK TERKECUALI YEMEN. AKIBATNYA IALAH KEJATUHAN PRESIDEN ALI ABDULLAH SALLEH PADA TAHUN 2012, SETELAH MEMERITAH SELAMA 2 DEKAD . BELIAU DIGANTI OLEH PRESIDEN ABDOOL RABOO MANSOR HADI YANG PRO SAUDI.
PRESIDEN YANG DIJATUHKAN ITU BERTINDAK BALAS.BELIAU BEKERJASAMA DENGAN PARA PEMBERONTAK UNTUK MENGAMBIL SEMULA KERAJAAN YANG DIRAMPAS ITU. MANTAN. PRESIDEN ALI ABDULLAH SALLEH BERKOMPLOT DENGAN PUAK HOUTHI UNTUK MEMERINTAH ATAU MERAMPAS KUASA SEMULA. MEREKA MEREBUT WILAYAH WILAYAH SEBAGAI TANDA PROTEST DI ATAS PENGLIBATAN SAUDI YANG MELETAKKAN MANSOUR HADI KE TAMPOK KUASA.
The Houthis formed an alliance with Saleh, their former foe, but it remains shaky. They now control the capital Sanaa and other major cities in central Yemen. President Abd-Rabbu Mansour Hadi fled to Riyadh in March 2015, where he set up a government in exile.Mar 24, 2016
AFP Image captionA Saudi-led multinational coalition intervened in the conflict in Yemen in March 2015
EPA Image caption More than 60% of civilian deaths have been the result of Saudi-led air strikes, the UN says
What happens in Yemen can greatly exacerbate regional tensions. It also worries the West because of the threat of attacks emanating from the country as it becomes more unstable.
Western intelligence agencies consider AQAP the most dangerous branch of al-Qaeda because of its technical expertise and global reach, and the emergence of IS affiliates in Yemen is a serious concern.
The conflict between the Houthis and the elected government is also seen as part of a regional power struggle between Shia-ruled Iran and Sunni-ruled Saudi Arabia.
Gulf Arab states have accused Iran of backing the Houthis financially and militarily, though Iran has denied this, and they are themselves backers of President Hadi.
Yemen is strategically important because it sits on the Bab al-Mandab strait, a narrow waterway linking the Red Sea with the Gulf of Aden, through which much of the world’s oil shipments pass.
YEMEN EMERGENCY
As fighting intensifies in Yemen, the situation continues to deteriorate. More than 2.4 million people are forcibly displaced by the ongoing conflict, and over 260,000 sought refuge in neighbouring countries
PERGOLAKAN DI YEMEN : PUNCANYA DAN MENGAPA TETIBA DJIBOUTI MENJADI PENTING
Yemen adalah negara mundur yang kini menjadi perhatian dunia. Terkini pemberontak Houthi menjadi perhatian utama. Isu mereka diperbesarkan sebagai ancaman dan punca ketegangan yang membawa perpecahan di Yemen.Presiden kini Mansour Hadi berperang dengan mantan presiden Ali Abdullah Salleh mengujudkan 2 Yemen. Satu yang disokong Saudi dan satu lagi yang menentang campur tangan Saudi. Dalam situasi tersebut muncul pemberontak Houthi sebagai penyebabnya.
Houthi sebenarnya adalah penduduk asal Yemen juga. Yang berbeza kerana mereka bermazhab SYIAH ZAIDIYAH sejak dari awal. Ini telah diterima oleh masyarakat Yemen sejak zaman berzaman. Bila berlaku perang kebetulan mereka menyebelahi Al AbdullahSalleh lalu menguasai bahagian penting Sana’a, Aden dan laluan memasuki Laut Merash. Ini menimbulkan kemarahan Amerika dan Saudi yang tergugar apabila pintu masuk itu dikuasai oleh para penentangnya. Lebih lebih lagi apabila ada bantuan daripada Iran.
Pres Djibouti Ismail Omar Guelleh
APAKAH PUNCA TERJADINYA KEKACAUAN- PERGOLAKAN YANG BERPANJANGAN INI ?
Puncanya tentu saja masalah minyak yang ditemui di Yemen, Kedua kerana timbulnya campur tangan luar yang banyak melabor dalam menentukan masa depan Yemen. Ketiga kepentingan Yemen untuk dikuasai kerana kedudukan strategiknya di muka laluan memasuki Laut Merah.Ketiga tiga faktor ini menjadi kunci pergolakan yang mengocak dan memicu pergolakan di bumi Yemen.
Dalam sItuasi ini tiba tiba negara kecil Djibouti di seberang Selat sempit memasuki Laut Merah menjadi sangat penting.
Presiden Yemen Al Abdullah Salleh yang disingkirkan(1990 – 2012)
Mengapa ? Ada rancangan untuk menguasai kedua bahagian selat tersebut. Ada projek untuk membina jembatan menyambung dari Yemen ke Djibouti. Jadi Yemen dan Djibouti menjadi mustahak untuk dikuasai. Bagaimana hendak menguasai sumber minyak dan kedudukan strategik. Sudah tentu menerusi perang. Yemen penting bagi Saudi , perlu bagi Iran, mustahak bagi Rusia dan sangat strategik bagi Amerika Syarikat.
Presiden Yemen kini ditentang rakyat Yemen Abdul Raboo Mansour Hadi
Dalam situasi inilah tercetus rancangan membina jembatan menyambungkan hujung Yemen ke seberang Laut Merah ke Djibouti.Matlamatnya tentu mengusai pintu masuk ke Laut Merah.
KATAKANLAH YANG SEBENAR WALAU PUN PAHIT
Hadis rasulullah yang masyhor qulilhaq walau kana murron maksudnya katakanlah yang sebenar meski pun pahit.
Dalam hadis yang lain ada disebut maksudnya jihad yang paling besar ialah berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Di bawah ini sebuah puisi yang diadun oleh mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin.Sebagai mufti yang peka, ulama yang perihatin tentang nasib rakyat bawahan yang tertekan dengan peningkatan kos hidup yang naik berterusan, beliau memanjangkan apa penderitaan rakyat kini.
Rasanya tidak salah kerana beliau berkata benar. Penyelesaiannya bagaimana masalah ini di atasi. Bantuan bagaimana harus diberi supaya mereka terkeluar daripada kepompong kemiskinan. Maksudnya mereka tidak terus menerus menjadi golongan yang meminta minta. Tepatnya golongan yang hidup atas subsidi. Keluhan ini dipanjangkan oleh insan yang puntai hati nurani :
KISAH PERJUANGAN PAS DAN HUDUDNYA !
TRAGEDI PEMBALAKAN DI KELANTAN TERUTAMANYA GUA MUSANG sedang menguji keabsahan PAS sebagai parti yang bertunjangkan Islam.Imej PAS sejak dari awal lekat dan sinonim dengan perjuangan untuk melaksanakan syariat Allah di Tanah Melayu. Tepatnya sebagaimana isu yang sentiasa panas ialah melaksanakan HUKUM HUDUD. Itulah sahaja tampak perjuangan PAS.Menurut Dr Mahathir PAS parti yang tidak berguna agenda lain tidak ada melainkan HUDUD sahaja. Kita umat Islam wajib terima dengan patuh melaksanakan hudud bererti melaksanakan hukum Allah subhanu wata’ala.Khalasy habis cerita.
Ada yang bertanya tebang balak secara leluasa tidakkah termasuk dalam hukum hudud juga. Tebang balak sehingga mengepung kawasan Orang Asli, menyempitkan kawasan rayau mereka tidakkah zalim ? Mengapa ? Kawasan tersebut adalah habitat mereka. Kawasan itu kampung halaman mereka.Kawasan itu tempat mereka mencari rezeki.
Tebang balak sehingga menyebabkan sungai terkambus, punca punca air tercemar, kawasan tadahan air musnah dan bukit bukau botak licin apakah tidak ada sekatan syarat ? Implikasinya rakyat yang bergantung kepada air sungai untuk minum, mendapatkan ikan menjadi mangsa taukeh taukeh balak. Apa jadinya dengan hukum hudud yang bermaksud had dan sekatan supaya tidak melakukan kesewenangan. Kerajaan bertanggung jawab mengawal kemusnahan alam, sungai, manusia dan semuanya.
Tidakkah Islam itu agama sejahtera rahmatan lil alamin. Islam bukan agama yang membawa kemusnahan dan mala petaka di atas muka bumi ini.Orang Asli pun manusia juga.Mereka sama dengan kita. Ada hati nurani untuk kenal manakah kebaikan manakah kejahatan. Sama sama rakyat dalam negara yang ada aturan dan jiwa perlembagaan yang mengiktiraf hak asasi manusia.Wajarkah kita menzalimi mereka kerana mereka orang hutan yang berkediaman di atas tanah yang tidak bergeran.
Tinggal di atas tanah kerajaan. Kalau tidak tinggal di tanah nak tinggal diam di mana ? Itulah hakikatnya. Mereka telah berada di Tanah Melayu ribuan tahun sebelum ada peraturan geran. Sebelum munculnya kerajaan.Sebelum wujud kemerdekan. Jadi tiada geran bukan alasan untuk berbuat kezaliman. Lebih lebih lagi atas nama kerajaan yang diperintah oleh parti Islam yang beriman kepada Allah subhanahu wataala !
Tidakkah Allah mengaramkan KEZALIMAN walau kepada binatang sekali pun.Inikan pula manusia, rakyat jelata yang lemah yang merayu perlindungan untuk hidup ! Apabila diberi kekuasaan usah berbuat kezalaiman dan menjadikan kekayaan hanya berligar ligar di sekitar satu golongan sahaja.
BERITA DUNIA – PERANG SEDANG MEREBAK ! ADAKAH DUNIA DI AMBANG BiG WAR ?
Kini perang sedang marak dan meledak di sana sini.Terutama di pusat pergolakan dan pusat dunia, Timur Tengah. Perang sedang merebak, berkecamuk di Syria. Berlaku pertentangan seru, adu domba antara kekuatan Sunnah dan Syiah. Peperangan yang dipertentangkan oleh kuasa kuasa besar.. Susulannya api peperangan sedang marak di Mosul Iraq. Kini di bawah kekuasaan ISIS – DAESH. Daerah yang majoriti penduduknya puak Kurdis. Puak yang sedang berusaha membentuk negara sendiri. Negara yang terbebas daripada kekuasaan kerajaan Turki.
Implikasinya Turki kerana tergugat telah ambil tindakan dan kesempatan dengan mara melepasi sempadan Iraq. Ia menggerakkan ketumbukan tenteranya menuju Mosul. Ini menjadikan perang semakin merebak lagi. Apakah tujuannya ? Adakah untuk menggempur puak ISIS/ DAESH atau menghapuskan puak pemberontak Kurdis ? Mungkin juga secara langsung untuk menguasai sumber minyak yang melimpah di Mosul.Tidakkah sifat perang begitu. Sambil menyelam minum air.Air di sini ialah hasil bumi yakni minyak untuk membiayai kos perang. Juga menguasai sumber tenaga amat berharga itu.Kebetulan Turki miskin sumber kekayaan ini. Tidakkah AS dalam keterlibatan dalam pergolakan Timur Tengah menjadikan minyak sebagai buah caturnya. Continue reading
RANG UNDANG UNDANG 355 BOLEHKAH TERLEPAS DARIPADA PERANGKAP INI ?
PERBANDINGAN PRESTASI PAS SEMASA BERKERJASAMA DAN BERSENDIRIAN DARI 1974 – 2013 !
SIAPAKAH PRESIDEN PAS YANG BIJAK BERTAALUF SIYASI DAN YANG MEMUDARATKAN PARTI ?
Carta di bawah menunjukkan prestasi PAS selama kurang lebih 40 tahun sepanjang 10 PRU. Dalam jangka masa tersebut 1974 – 2013,PAS memilih betahaluf siasi/ bekerjasama dengan BN – UMNO dari 1974 – 1977. Kemudian PAS terpaksa bersendirian selepas ditendang keluar daripada BN sebelum PRU 1978. PAS gerhana dan merana sepanjang 12 th sehingga 1990. Pada tahun 1990, di bawah kepimpinan TG Nik Aziz – Mursyidul Am dan Ustaz Fadzil Nor – presiden, prestasi PAS dalam PRU meningkat. Kedua pemimpin itu bijak membaca situasi. Mereka berTAALUF SIYASI dengan barisan pembangkang yang menentang UMNO – BN.
Pada masa itu, PAS baru mendapat nafas dan rentak apabila menjalin permuafakatan dengan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1988 . Kesannya menerusi APU Angkatan Perpaduan Ummah berjaya tumbangkan BN – UMNO secara pukal di Kelantan. Belum ada dalam sejarah PRU yang UMNO tidak menang 1 kerusi DUN pun. Ia berlaku di Kelantan pada tahun 1990. Ini membuktikan hanya dengan kerjasama yang padu dan mantap di kalangan parti lawan membolehkan mereka menang pilihanraya. Ianya berlaku atas dasar 1 lawan 1.Adakah strategi & sifir ini gagal difahami oleh TUAN GURU dan ALIM ULAMA dalam Parti Islam yang matang ini ?
CACATAN TAMBAHAN
Rekod awal menunjukkan PAS menjadi parti pembangkang pertama menang 1 kerusi dalam PRU sebelum merdeka di kawasan Krian, Perak.. Dalam PRU Pertama 1959 selepas merdeka kerusinya terus meningkat dengan menguasai kerajaan Kelantan dan Terengganu.Di bawah kepimpinan Dr Burhanudin Al Helmi PAS jalin kerjasama dengan Parti Negara pimpinan Datuk Onn dan Barisan Sosialis ( gabungan Parti Rakyat dan Parti Boroh ) pimpinan Ishak Hj Muhammad.Begitu dalam PRU 1964. Dalam PRU ke 3,
1969 barisan pembangkang capai kemenangan besar.Hampir hampir menumbangkan PERIKATAN di peringkat pusat dengan kemenangan di Kelantan, Terengganu, Kedah, P.Pinang dan Perak.Politik kerjasama ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah PAS. Kerjasama yang membentuk gelombang sehingga berjaya menumpaskan parti saingan demi merebus kuasa untuk memerintah.
Rekod kerjasama yang sangat berkesan dan cemerlang ini berlaku dalam pilihanraya ke 8.Ini membukti TAALUF SIYASI adalah satu keperluan dalam negara yang penduduknya berbilang bangsa dan agama.Undi bukan Melayu amat diperlukan untuk menang PRU.Inilah rahsianya BN dapat memerintah sekian lama – 59 tahun MERDEKA.
PAS mengalami peningkatan undi pertambahan kerusi dalam PRU 2008 dan 2013. Di tengah tengah peningkatan sokongan undi bukan Melayu, PAS memilih bersendirian. Mula bermain mata dan percaya kepada UMNO yang ditentannya dan menganiaya PAS selama ini.PAS melupakan pengalaman pahit ditipu parti KETUANAN MELAYU yang berjiwa feudal dan mengamalkan kronisme itu.
PAS hilang pertimbangan yang waras dan kembali dengan perjuangan yang melalut hanya memperjyabgkan satu agenda sahaja HUDUD semata mata. UMNO menjadikan modal ini untuk melagakan antara PAS dengan DAP. Muslihat UMNO yang menyokong HUDUD ini telah memecah belahkan PAKATAN RAKYAT yang berjaya mendapat undi popular 52 peratus mengatasi BN yang hanya meraih 47 % sahaja.
Sepak terajang dan siasat politik PAS sukar dimengerti dalam konteks TAALUF SIYASI – MAQASID SYARIAH yang menguntungkan PAS dan sekutu dalam PR.Imej PAS dengan imej RAHMATAN LIL ALAMIN, PAS for ALL dan NEGARA BERKEBAJIKAN sudah boleh diterima semua pihak.Ia menjadi rosak dan pasti ambil masa yang panjang untuk dipulihkan semula.Mungkinkah ini berlaku selagi HAJI HADI menjadi presidennya dengan kepimpinan ulama yang totok dan rigid menguasai PAS secara mutlak. Adakah PAS parti yang dihormati dan digeruni atau parti yang sedang meniti zaman kemuraman tetapi masih tidak nampak realiti ?
RUSIA KINI KIAN TERHUBUNG – PERJALANAN MUDAH DARI VLADIVOSTOK DI TIMUR KE LONDON DI BARAT
RUSIA KINI LEBIH TERBUKA. BUKAN LAGI SEBUAH NEGARA YANG TERTUTUP. ZAMAN PERANG DINGIN TELAH BERLALU. ERA KETIKA USSR BERPERANG DENGAN AS DAN BLOK BARAT SELAMA LEBIH 50 TAHUN. KESUDAHANNYA EKONOMI USSR UNITED SOCIALIST SOVIET RUSIA RANAP.
PENAMAT KEPADA ZAMAN USSR BERAKHIR APABILA RUSIA TEWAS TERUK DI AFGHANISTAN. SELEPAS ITU DI BAWAH PIMPINAN GORBACHEV RUSIA MENGAMALKAN DASAR TERBUKA DAN MEMBEBASKAN JAJAHANNYA.TIMBUL NEGARA NEGARA MERDEKA SEPERTI KAZAKHSTAN, TAJIKISTAN, UZBEKISTAN, TURKIMINISTAN, ESTONIA, LATVIA, DLL.
IA KEKAL SEBAGAI RUSIA SAHAJA. RUSIA MULA MENERIMA DEMOKRASI DAN EKONOMI PASARAN BEBAS. KINI RUSIA SEMAKIN TERBUKA DENGAN DUNIA LUAR .BUKTINYA RUSIA MEMBUKA SEMULA MASJID DAN GEREJA. DI BAWAH VLADIMIR PUTIN, KEBEBASAN AGAMA DIPULIHKAN. MASJID TERBESAR EROPA DIBINA DI MOSCOW.
RUSIA GIAT MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR TERHEBAT MERENTASI BENUA. TERKINI RUSIA DAN CHINA BERCADANG MENGHUBUNGKAN ANTARA HUJUNG ASIA KE ALASKA DI BENUA AMERICA. JALAN KERETAPI YANG BERMULA DARI LONDON KE MOSCOW. PERJALANAN PANJANGNYA MELINTASI SELAT BERRING TERUS KE SEBUAH BANDAR BERNAMA NOME , FAIRBANKS DAN DISAMBUNG DENGAN LALAUAN KERETAPI MENEMPOH KANATA , MASUK KE AS DAN LANGHSUNG KE NEW YORK.
ITULAH REALISASI DUNIA TERBUKA DAN GLOBALISASI – WILAYAH TANPA SEMPADAN.PERJALANAN DARI ASIA KE AS MENJADI LEBIH DEKAT DAN PANTAS DENGAN MENGGUNAKAN JALAN DARAT DAN LAUT MENGGUNAKAN KERETAPI SAHAJA. RASANYA LEBIH CEPAT DAN MENATRIK.
2 EX ORANG KUAT DSAI – EZAM MOHD NOOR & KAMARUDDIN MOHD NOOR MENYEBERANG KE PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
DALAM POLITIK TIDAK ADA MUSUH DAN TEMAN YANG KEKAL.HARI KAWAN, ESOK MUSUH DAN LUSA MUNGKIN MENJADI SEKUTU POLITIK SEMULA
Politics is the art of possible and impossible – Siasah ialah seni serba kemungkinan dan kemustahilan. Siapa sangka Mahathir boleh berdamai dengan Anwar Ibrahim ?
GAMBAR DI BAWAH : Dari kiri Datuk Kamaruddin Mohd Noor, Tan Sri Muhyiddin, Ezam Mohd Noor dan Zahid Mat Arif
Bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor telah menyertai Parti Pr
ibumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden parti serpihan Umno itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ya benar, saya serah borang ahli parti kepada (Tan Sri) Muhyiddin pagi semalam.
“Sehari sebelum itu saya telah berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau telah menyakinkan saya perjuangan melawan rasuah lebih berkesan melalui platform politik,”
Beliau yakin PPBM mampu membawa impak besar dalam perjuangan melawan rasuah di negara ini.
Beliau berpendapat PPBM merupakan parti yang paling fokus melawan rasuah khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.
“Saya pilih PPBM kerana pada ketika ini PPBM saya lihat sebagai parti yang paling fokus melawan rasuah khususnya isu 1MDB dan SRC.
“Pada saya ini merupakan isu paling kritikal dalam menentukan masa depan negara dan perlu penyelesaian segera,”
DATUK KAMARUDDIN MOHD NOOR sertai BERSATU. Beliau dilantik menjadi KETUA PENERANGAN Parti Peribumi BERSATU MALAYSIA.
DATUK KAMARUDDIN MOHD NOOR KETUA PENERANGAN BERSATU MALAYSIA.40 % SERTAI BERSATU GOLONGAN MUDA YANG TIDAK BERPARTI !
“Untuk negeri Kelantan saja kita telah menerima lebih 20 ribu permohonan menjadi ahli setakat ini,”
Menurutnya, jumlah ahli untuk menubuhkan semua bahagian-bahagian di Kelantan sudah mencukupi dan sekarang sedang diuruskan oleh bahagian masing-masing.
“Permohonan untuk menubuhkan cawangan juga kita terima dari hampir semua peringkat
“Kita terbuka dan sedia bertemu dan berbincang dengan semua pihak demi merealisasikan kemenangan.
“Saya sendiri akan menghadiri majlis mana-mana parti pembangkang termasuk Pas jika menerima jemputan,” katanya
KERJASAMA ANTARA TUN DR MAHATHIR DENGAN DS ANWAR IBRAHIM SEMAKIN TERSERLAH.- DUA ORANG KUAT ANWAR PADA SUATU KETIKA DULU TELAH MENYERTAI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA.
APAKAH IMPLIKASINYA KE TAS POLITIK MALAYSIA ? ORANG YANG INGINKAN PERUBAHAN DAN KESINAMPUNGAN URUS TADBIR NEGARA YANG BAIK AKAN BERSIKAP POSITIF.
MEREKA YANG INGIN MEMPERTAHAN STATUS QUO SECARA MELULU AKAN MELIHAT INI SEBAGAI ANCAMAN. DUA KUTUB YANG BERTENTANGAN TELAH BERSINERGI MEMBENTUK KEKUATAN BARU.
BAGI YANG MEMUSUHI KEDUANYA, WALAU DENGAN APA JUA ALASAN DAN KEWAJARAN AKAN MEMANDANG SERONG. WALAU PUN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YANG LEBIH BAIK MEREKA AKAN MELIHATNYA DARIPADA SUDUT YANG NEGATIF.
