KERAJAAN PAS MENGAPA PILIH PEMBALAKAN TOTAL BUKAN TERPILIH DEMI KELESTARIAN HUTAN KELANTAN!

mini-suk

KERAJAAN PAS KELANTAN ! MENGAPA PILIH PEMBALAKAN TOTAL ( RAKUS dan BUAS) BUKAN PEMBALAKAN TERPILIH MESRA ALAM DEMI MASA DEPAN KELESTARIAN SUMBER HUTAN KELANTAN ?????????????

Tanah tidak bergeran iaitu hutan rimba adalah kurniaan Allah.Ia perlu dijaga  dengan BENAR, penuh AMANAH disertai KEBIJAKSANAAN.Ini bererti bukan dibinasakan dengan rakus. Digondol dan dirogol  semata mata kerana hendakkan balaknya. Hutan bukan semata mata kayu kayan. Di dalamnya ada ribuan flora dan fauna. Takkan kerana nak mengambil balak kerana hasil negeri tega memusnahkan alam seluruhnya. Termasuk manusia yang ribuan tahun menghuni hutan sebelum wujud kerajaan. Mengapa sebegitu bebal dan brutal.

Begitu dengan laut. Kita dilarang merosakkan sumber laut secara ganas. Manusia adalah khalifah iaitu wakil Allah di atas muka bumi. Contohnya pukat yang menangkap apa saja termasuk anak anak ikan hendaklah dimansuhkan. Akibatnya sumber laut berkurangan dan hampir pupus. Begitu dengan hutan. Ia adalah peparu alam. Ia menapis udara kotor dan memulangkan oksigen untuk diserap  peparu manusia.

Pembalakan yang paling baik adalah pembalakan terpilih. Mengapa ? Ia mengekalkan hutan supaya kembali ke asalnya. Pokok yang ditebang dikira cukup umur. Bukan tebang sebarangan seperti padang jarak padang tekukur sebagaimana dilakukan kini oleh Kerajaan PAS, Kelantan Darul Naim ” Negeri penuh kenikmatan”. Tidakkah mereka mereka sedar ada larangan  Allah dalam Al Quran.Apakah mereka rela dengan pembotakan hutan dan  tidak mahu mengambil iktibar tentang kesan akibatnya ?

Sebagai ulama pimpinan PAS tentu kenal batas halal dan haram, makruf dan mungkar, ganas dan mesra terhadap alam.Pihak yang mengkritik bukan kerana benci tetapi sayang kerana perbuatan menebang hutan sscara rakus tidak dilakukan oleh kerajaan kerajaan yang beradab. Malu kita kepada negara negara seperti Kanada, New Zealand, Norway, Sweden dan Findland yang sangat mesra dengan alam.Lautnya ada masa rehat, ikan tidak ditangkap sepanjang masa musim ikan bertelur. Mungkin ini ganjil bagai kita yang melazimkan keganasan.Meski pun selalu rujuk Al Quran, dalam kes pembalakan brutal mesej Al Quran tentang akibat kerosakan hutan dituli dan dibutakan mata. ALLAHU AKBAR !!!!!!!

WACANA ISLAM MASA KINI : PEMBAHARUAN BERTERUSAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM PERLU ATAU TIDAK ?

Image result for aHMED dEEDAT HIS QUOTES ABOUT iSLAMIC IGNORANCE

Image result for aHMED dEEDAT HIS QUOTES ABOUT iSLAMIC IGNORANCE

“Musuh terbesar Islam adalah orang Islam yang jahil, yang kejahilannya membawanya kepada sikap tidak bertoleransi, dimana tindakannya memusnahkan imej Islam yang sebenar, dan apabila orang melihat dia, mereka berfikir bahawa Islam adalah apa yang dia adalah.” Ahmed Deedat, (1918- 2005)

               ANALISIS DAN PEMBAHASAN  TULISAN DR  ANAS ALAM FAIZLI                DALAM ASTRO AWANI BERTAJUK :

PEMBAHARUAN PEMIKIRAN DALAM ISLAM PERLU ATAU TIDAK ?

TPPA MALAYSIA TERPERANGKAP DENGAN AGENDA OBAMA- PENENTUNYA DI TANGAN TRUMP

tppa-facts-revealed

Datuk Mustafa Mohammad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI)  dalam reaksi awal kemenangan DONALD TRUMP menyatakan Malaysia rugi besar jika TPPA dibatalkan. Mengapa ? Ini kerana kita bakal hilang peluang untuk masuk berdagang  secara bebas. Peluang  menjual barangan dan menawarkan perkhidmatan kita ke AS, Kanada, Peru,Mexico dan negara negara anggotannya yang lain.

donald-mustapa-tppa

Reaksi awal Trump menunjukkan ia tidak begitu minat dengan TPPA.Itu adalah agenda Obama dari parti DEMOKRAT. Beliau dari parti Republican tentu ada keutamaan yang lain.Secara mudah Trump akan mengutamakan perbaikan dalam ekonomi dalaman. Ia akan beri keutamaan terhadap hak orang Amerika di negaranya daripada dibanjiri warga seluruh dunia.Inilah yang menjadi prioriti beliau.

Beliau telah menyebut dengan nada keras untuk menghalau orang Islam daripada bumi AS, Muslim akan  dikenakan kawalan ketat. Kemasukan nya ke AS akan disekat.Kononnya mereka menjadi punca keganasan. Begitu juga dengan pendatang dari Mexico dan negara jiran. Trumps bercadang membina tembok penghadang sepanjang sempadan AS dengan Mexico.

mustapa

Dasar Trump selari dengan perubahan di UK, dimana parti yang menyokong pengekalan Britain dalam EU kalah. Rakyat Britain terima BREXIT bererti Britain keluar daripada Kesatuan Eropa. Warga Britain bimbang dengan kebanjiran mudah dalam jumlah besar orang Eropah untuk tinggal dan berdagang di Britain secara bebas.

Dasar yang betul dan asasi di mana pun ialah mengutamakan kepentingan dalaman dan sendiri berbanding kepentingan luar dan asing. Dalam hal ini pengundi AS amat  kritikal, Indonesia waspada, Thailand dan Filipina menolak. Justeru mengapakah pemimpin kita di Malaysia  begitu ghairah. Rakyat sebagaimana biasa terpaksa akur kerana pengundian di parlimen akan memenagkan BN. Sedangkan rakyat tidak tahu apa-apa tentang kesan akibat terima TPPA.Hak rakyat untik menilai disekat.

Mereka yang agak peka dan bimbang ialah  para aktivis  NGO dan para politikus yang agak kritikal serta peka tentang bahaya TPPA yang di khuatiri menjejsskan kedaulatan negara. Kita berhsdapan dengan negara negara yang kuat ekonominya. Di Malaysia keputusan di atas menjadi dasar kerajaan untuk diterima bulat oleh seluruh rakyat sama ada suka atau terpaksa. Ia tidak seperti Britain dan negara negara Eropa yang membuat REFERANDUM. Kita langsung tidak menggalakkkan pengundian terbuka yang membuka ruang dan hak kepada rakyat. Ini sama ada  pihak yang menyokong atau yang menolak. Rakyat dan intelektual diberi ruang untuk berhujah sejauh manakah kebaikan dan keburukannya TPPA. Benarkah Malaysia akan hilang daya saing yang akibatnya menjejaskan kedaulatannya. Tidakkah mempertahankan kedaulatan negara adalah tanda kita tidak dokongkong atau dijajah semula selepas MERDEKA.

Image result for why reject TPPA

 

 

MUSA HITAM & KU LI NOTHING WRONG WITH BERSIH, WHY WORRY !

ku-li-musa-hitam

Tun Musa Hitam dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah adalah veteran UMNO. Mereka adalah pemimpin pelapis  era Tun Razak, arkitek sebenar pembangunan negara. Mereka sepakat menyatakan tidak ada apa apa kesalahan  mengadakan perhimpunan BERSIH 5.Beliau malah mengesahkan BERSIH adalah sebahagian daripada DEMOKRASI. Demokrasi yang selama ini menjadi bahagian daripada kepercayaan dalam kehidupan berharmoni rakyat Malaysia.

Pokoknya ia adalah perhimpunan aman.Mengapa mesti diprovokasi dan difitnah sebegitu rupa. Ia dilakukan oleh rakyat Malaysia secara aman. Ini adalah bukti bahawa rakyat menolak urus tadbir negara yang buruk menuju yang lebih baik. Rakyat menolak rasuah dan mahukan ketelusan.

Rakyat menolak sistem pilihanraya kotor, penuh dengan penipuan dan salahguna kuasa. Pokoknya rakyat menuntut kerajaan yang BERSIH, tadbir urus yang bersih,  pemimpin yang BERSIH dan negara yang BERSIH daripada rasuah, nepotisme dan kronisme.Mujur masih ada pemimpin UMNO yang waras yang faham erti DEMOKRASI.

Demokrasi ialah kerajaan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. DEMOKRASI bukan milik para penguasa sahaja untuk berbuat kesewenangan atas kuasa yang diamanahkan kepada mereka.Apabila rakyat bangun memperotes secara aman itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena yang mesti diperbetulkan semula untuk kepentingan semua.

10 NEGARA BAHAGIAN DAN SEJAHTERA DI DUNIA : DI MANA KEDUDUKAN DUNIA ISLAM

Negara negara tersebut ialah  SWEDEN, FINLAND, NORWAY, DENMARK, KANADA, AUSTRALIA,NEW ZEALAND,HOLLAND, SWITZERLAND, ICELAND.Di dalam senarai tersebut tidak satu pun negara umat Islam.

Sweden – Stockholm

sweden-flag

Apa pun yang jelas negara negara tersebut tersangat menjaga alam sekitar. Ini tidak menjadikan mereka mundur malah terus  maju menuju ke depan.Negara negara tersebut dikenali sebaga sebagai NEGARA BERKEBAJIKAN.

Finland – helsinki

maxresdefault-1

DENMARK – COPENHAGEN

8007-004-a0e554e4

PESANAN ULAMA ISLAM KEPADA GOLONGAN FANATIK/TAASUB/ PELAMPAU

13423428_277537562601083_1103191961_n

IBN RUSYD  (520 H /1128 M – 587 H / 1196 M) adalah seorang ulama Islam dari Sepanyol.Beliau menerusi karya karya agongnnya berjaya membuat pencerahan dan membawa cahaya ketamadunan kepada masyarakat Eropa pada abad ke 13. Ini berlaku  sebelum terjadinya RENAISSANCE di Eropa. Renaissance sebenarnya bermula dari Cordova, ANDALUSIA/ SEPANYOL  bukannya dari Itali  pusat agama Kristian di Eropa.Pada abad ke 12 dan 13 Masehi CORDOVA telah berdiri menjadi bandar moden yang pertama di Eropa. Ia mendahului London, Paris, Vienna, Amsterdam, Leipzig, Munich dsbnya. Di Cordova telah ada universiti, lampu lampu jalan, jalan raya, sistem perparitan, hospital dsbnya.

KEJAHILAN MEMBAWA KEPADA KETAKUTAN,

KETAKUTAN MENDORONG KEBENCIAN, DAN

KEBENCIAN MEMBAWA KEPADA KEGANASAN.

INILAH HUKUM PERSAMAANNYA 

Knowledge is the conformity of the object and the intellect.

IILMU PENGETAHUAN ADALAH ALAT UNTUK MENGESAHKAN SESUATU PERKARA DAN MENCETUS KEBIJAKSANAAN

An army of philosophers would not be sufficient to change the nature of error and to make it truth. BARISAN TENTERA  AHLI FALSAFAH TIDAK CUKUP KUAT UNTUK MENGUBAH ALAM DAN MENJADIKAN KEBENARAN TERLAKSANA !

Women should be treated as human beings, not as domestic animals. Para wanita wajar dilayan sebagai manusia bukannya  haiwan  peliharaan di rumah

All sciences originated among the sons of Israel, the reason being the existence of prophecy among them which made their perfection in the sciences amazing.

SEGALA ILMU PENGETAHUAN YANG TERCETUS DARIPADA BANI ISRAEL YANG BERWUJUD  DARIPADA KERASULAN MENJADIKAN MEREKA ORANG YANG TERBILANG  DALAM  SEGALA ILMU PENGETAHUAN.

Averroes

MUJADDID ZAMAN BADIUZZAMAN SAID NURSI – “MISI DAN VISINYA ” SENTIASA HIDUP BUAT KEBANGKITAN ISLAM

quote said nursi

Syeikh Muhammad Ramadzan  Al Buthi Ulama Syria radhiallahu anhu

Badiuzzaman melakukan perjuangan yang panjang dan besar  melalui luasnya samudera Al Quran.Karya karyanya yang dikenal nama Risalah E Noor terlahir daripada cahaya dan kebenaran kebenaran Al Quran.Kebenaran kebenaran yang dia ambil dari Al Quran sangat banyak berkaiatan dengan berbagai cabang pengetahuan  ilmu seperti fisika,kebudayaan , filsafat dan peradaban.

komentar-terhadap-said-nursi

Dr Muhbid  Abdul Wahab  M.A.  UIN Syariff Hidayatullah 

Badiuzzaman sebagaimana yang kita kenal dan baca sebahagian  karyanya adalah tokoh spiritual dan pembaharu yang fenomenal.Ia tidak saja menjadi aset buat bangsanya,Turki malahan kepada dunia Islam dan internasional. Pemikiran Islamnya sangat mendalam, filosofios, imperatif dan moderat. Karya masterpiecenya RisalahE Noor. tidak hanya menjadi buku referensi malah malah mampu menjadi magnet studi Islam bertaraf internasional dan yang patut diapresiasi.

Rashid Thoiyyib Erdogan

Badiuzzaman lahir dan hidup sebagaimana yang diyakini .Dia tidak pernah tunduk kepada kezaliman dan tidak pernah rasa takut.Beliau melewati hidupnya dipenjara dan di pengasingan.berulang kali beliau lolos daripada gerbang kematian.Beliau sama sekali tak terkalahkan. Tanpa keraguan Said Nursi adalah teladan bagi semua orang dalam hal ini.Said Nursi adalah harta karun yang menunggu untuk ditemukan.

Prof Collin Turner Universiti  Menchester ,UK

Aku meyakini Risalah E Noor satu satunya karya Islam yang sangat lengkap dan menyeluruh.Ia memahami alam semesta dalam realitinya. Ia menafsirkan AL Quran sesuai dengan apa yang dimaksudkan Nabi kita.Ia pun mendiagnosa penyakit yang sangat berbahaya yang menimpa manusia manusia moden sewraya menawarkan ubat yang ampuh.Oleh itu saya yakin pengarang Risah E Noor Badiuzzaman Said Nursi pantas menggalas gelaran MUJADDID

HABIBUR RAHMAN AL SHIRAZI (SASTERAWAN ASIA TENGGARA )

Badiuzzaman adalah ulama besar yang luar biasa teguh dan sabar dalam meperjuangkan agama Allah memperjuangkan  agama Allah dengan cara penuh indah, cinta dan damai.Karyanya Risalah E Noor terasa sekali menentuh kalbu dan bernutrisi kepada jiwa

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...