MEMAHAMI PERANG YEMEN: APA SEBENARNYA BERLAKU ?

 

YAMAN: PERANG REGIONAL ATAU PERANG SEKTARIAN?

Image result for syed Hussein Al Houthi   mansour-hadi                                                                                     Syed Hussein Badaruddin Al Houthi                                                                                 pejuang pembebasan Yemen

Ada yang meminta saya menganalisa perang yang tengah berlangsung di Yaman (Yemen). Berbeza dengan Syria, pergolakan di Yaman kurang mendapat perhatian. Tak ramai yang nak berhashtag #SaveYemen atau #SanaaBerdarah walaupun lagi 3 bulan akan genap 2 tahun perang ini berlangsung dan jumlah korban telah pun mencecah 10,000 nyawa. Di samping mengebom orang awam Yaman menggunakan pesawat F15 buatan Amerika Syarikat, Arab Saudi juga mengenakan sekatan laut ke atas Yaman dan menyebabkan orang Yaman mati kebuluran.

Image result for Yemen conflict and i8ts leaders

Tak ramai yang mahu mengambil perhatian pasal krisis kemanusiaan di Yaman, kerana kita diwawarkan dengan naratif popular yang mengatakan bahawa perang tersebut ialah perang sektarian di antara Sunni dan Syiah. Naratif popular berbunyi: pemberontak Syiah Houthi yang ditaja Iran telah menggulingkan kerajaan Sunni di Yaman, jadi Saudi bercampur tangan untuk membela nasib umat Sunni. Justeru itu, kalau pendapat kita bercanggah dengan naratif ini, bersedialah untuk dicop “Syiah” atau “pro-Syiah”. Sektarianisme membuat kita menidakkan kemanusiaan rakyat Yaman, seolah-olah kita kata “biarlah mereka mati, Syiah je pun”.

Konflik ini berpunca daripada tindakan sekumpulan pemberontak bernama Houthi (atau Ansar Allah) yang terdiri daripada penganut ajaran Syiah Zaidiyyah (Syiah 5 Imam). Pada September 2014, militia Houthi telah menggulingkan kerajaan Abd Rabbuh Mansur Hadi (Sunni) dengan kerjasama bekas presiden Ali Abdullah Saleh (Zaidiyyah). Hadi melarikan diri ke Aden. Seterusnya, Saudi menyatakan sokongan kepada Hadi dan mengisytiharkan perang ke atas Houthi bermula Mac 2015. Saudi disokong oleh negara-negara Teluk (GCC) yang lain termasuk Qatar, dan paling penting sekali ialah Amerika yang telah untung berbilion-bilion dengan menjadi pembekal senjata api kepada Saudi.

King Salman penerus Empayar Saudi Ibn Saud penganut  Wahhabismking-salman-1

Perang Yaman bukan perang sektarian. Pertama, Saudi dan Qatar bukan wakil Sunni. Kedua, Syiah di Yemen bukan ‘pemberontak’ dan Sunni di Yaman bukan ‘kerajaan’ dan tiada sesiapa menindas sesiapa. Seramai 45% rakyat Yaman ialah penganut Syiah Zaidiyyah manakala 53% ialah Sunni Syafiʿi. Syiah Zaidiyyah (akidah dan fekahnya jauh berbeza dengan Syiah Imamiyah atau Syiah 12 Imam) dan Sunni Syafiʿi telah pun hidup secara damai di bumi Yaman lebih dari seribu tahun, kenapa boleh tiba-tiba terjadi kebencian sektarian?

Ketiga, hubungan Hadi, Saleh dan Houthi tidak menggambarkan konflik sektarian. Hadi merupakan timbalan kepada Saleh selama 18 tahun (1994-2012) sebelum menggantikan Saleh yang turun akibat demonstrasi rakyat membantah kerajaan Saleh yang telah memerintah selama 33 tahun. Ketika perang saudara Yaman berlaku pada tahun 1994, Hadi telah menyokong Saleh dan dengan itu Hadi dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Naib Presiden.

Image result for Yemen conflict and i8ts leaders

Untuk memahami sebarang konflik geopolitik, adalah penting untuk kita memahami konteksnya terlebih dahulu. Selepas kita memahami konteks, kita akan sedar apa yang berlaku di Yaman ialah perang regional, bukan perang sektarian. Sentimen kabilah juga memainkan peranan, namun dalam kabilah yang sama terdapat Syiah dan Sunni, jadi sektarianisme bukan punca konflik. Puncanya ialah regionalisme di mana penduduk Yaman selatan menganggap kerajaan pusat di Sanaa (Yaman utara) telah meminggirkan mereka dari segi sosioekonomi, dan persepsi itu membawa kepada gerakan pemisahan dan konflik berpanjangan. Gerakan Houthi hanya sebahagian daripada cerita Yaman yang rumit.

Yaman yang kita kenali hari ini ialah sebuah negara yang wujud selepas penggabungan Yaman Utara dan Yaman Selatan pada tahun 1990. Yaman Utara mempunyai sejarah sebagai mukim penganut Zaidiyyah dan mereka telah mendirikan pemerintahan keimaman dari tahun 897 hingga tahun 1962 (namun di dalam sempadan Yaman Utara juga terdapat Sunni). Berbeza dengan pegangan Syiah Imamiyah, imam Zaidiyyah tak semestinya dipilih dari golongan Ahlul Bayt. Imam terakhir, Muhammad Al-Badr telah digulingkan pada tahun 1962 dan digantikan dengan pemerintahan republik. Perang saudara menyusul dan melanjut sehingga tahun 1970 di mana golongan tentera mengalahkan kerajaan Imam Zaidiyyah. Ironiknya, Saudi telah menyokong Imam Zaidiyyah dalam perang tersebut kerana golongan tentera disokong oleh Gamal Abdel Nasser dari Mesir iaitu musuh ketat Saudi.

Yaman Selatan pula merupakan jajahan British di bawah nama Aden Protectorate dari 1839 hingga 1967. Masyarakat Yaman Selatan berpegang kepada mazhab Syafiʿi dan hidup berkabilah. Ramai keturunan Arab di Nusantara adalah berasal dari situ, terutamanya dari Hadramawt (seperti Al-Attas, Al-Bar, Al-Haddad). Selepas Aden merdeka pada tahun 1967, Yaman Selatan dikuasai parti berideologi komunis dan menjadi sebuah negara satelit kepada Soviet Russia. Kenapa Russia mahu mengawal Yaman Selatan pada ketika itu? Ingat teori “pelabuhan air suam”. Disebabkan pemerintahan komunis, ramai Sunni telah berpindah ke Yaman Utara di bawah naungan Zaidiyyah.

Image result for Yemen conflict and i8ts leaders

Apabila rejim Soviet runtuh dengan ketamatan Perang Dingin, Yaman Selatan yang kehilangan payung Soviet telah diserap ke dalam Yaman Utara menjadi negara Yaman yang bersatu. Namun Yaman bersatu gagal menjadi negara yang stabil. Perang saudara meletus pada tahun 1994 kerana orang Selatan menganggap kepentingan mereka dipinggirkan oleh kerajaan pusat yang mementingkan orang Utara. Hadi mendapat sokongan di Aden bukan kerana dia Sunni, tetapi kerana dia ialah anak jati Selatan.

Gerakan Houthi yang diasaskan oleh Hussein al-Houthi pada tahun 2004 memberontak terhadap kerajaan Saleh yang dianggap pro-Saudi dan pro-Amerika, bukan kerana ada sektarianisme Sunni-Syiah di Yaman. Ia pernah berperang dengan kerajaan Saleh selama 6 kali, jadi adakah berlaku perang saudara di kalangan Zaidiyyah? Pelepasan kuasa Saleh atas desakan rakyat pada tahun 2012 (Sunni dan Syiah sama-sama protes terhadap Saleh) tidak berjaya memenuhi tuntutan Houthi. Jadi, Houthi sekali lagi melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan pusat.

Related image

Pada masa yang sama Houthi juga berperang dengan kumpulan Islah yang diketuai Sheikh Abdullah al-Ahmar dari kabilah Hashid yang juga merupakan Zaidiyyah. Selain Houthi, juga terdapat gerakan pemisah lain seperti Al-Hirak (Southern Movement) yang aktif sejak 2007. Gerakan kumpulan-kumpulan seperti ini jarang dihighlight dalam laporan media arus utama, kerana ia akan menggagalkan pembentukan naratif “Sunni vs. Syiah”.

Siapa yang sebenarnya untung daripada sentimen sektarian? Tidak lain ISIS dan Al-Qaeda. Al-Qaeda beroperasi di bawah Ansar Al-Sharia telah mengkafirkan Zaidiyyah, menyerang dan mengebom masjid-masjid Zaidiyyah di mana Sunni juga solat bersama. Mengambil kesempatan ke atas keadaan huru hara, Ansar Al-Sharia dapat menguasai kawasan Selatan.

Tidak dinafikan Iran dan Saudi juga cuba memanipulasi kerumitan konteks Yaman untuk kepentingan masing-masing. Untuk sementara waktu, peranan Iran sangat terhad dalam Perang Yaman, tidak seperti di Syria. Keutamaan Iran ialah untuk mewujudkan kawasan Bulan Sabit Syiah (Shia Crescent) yang menyambungkan Iran, Iraq, Syria dan Lubnan. Yaman terlalu jauh dan tidak strategik bagi Iran. Boleh rujuk kajian Thomas Juneau dari Universiti Ottawa berjudul ‘Iran’s Policy towards the Houthis in Yemen: a Limited Return in a Modest Investment’.

Tujuan Saudi pula lebih kepada pengukuhan keabsahan rejim Banu As-Saud. Campur tangan di Yaman sama seperti campur tangan di Bahrain di mana Saudi dan GCC membanteras demonstrasi rakyat yang majoritinya Syiah. Saudi risau dengan kebangkitan politik orang Syiah yang akan menggugat keutuhan wilayah Saudi di mana ia juga mempunyai kawasan yang bermajoriti Syiah di wilayah timur, dan di situlah kawasan simpanan minyak Saudi.

Pendek kata, tanpa memahami konteks negara-negara Timur Tengah, kita akan mudah terpedaya dengan dakyah/propaganda sesetengah pihak dan gagal memahami punca masalah. Yaman mempunyai persamaan dengan Syria di mana kegagalan membentuk negara bangsa yang jitu telah menjadikan negara terdedah kepada perpecahan dan manipulasi kuasa-kuasa asing.

Bacaan Lanjut:
Stephen W. Day (2012), Regionalism and Rebellion in Yemen: A Troubled National Union
Noel Brehony (2013), Yemen Divided: The Story of a Failed State in South Arabia
Uzi Rabi (2015), Yemen: Revolution, Civil War and Unification

RENCANA PALING MENARIK MINGGU INI OLEH TOKOH MUDA PENGGERAK ZAMAN

Image result for QUOTATION WHO WAS YOUTH
Suaram activist 'Amir Abdul Hadi' joined with protesters. Some 100 protesters took to the streets on 16 August 2016 to oppose the Kuala Lumpur City Halls’s move to demolish the ‘Puncak Purnama’ sculpture. They marched 300 metres from the Sogo shopping complex to the Human Rights Commission (Suhakam) office to hand over a memorandum of protest. (Photo by Chris Jung/NurPhoto)

“CUKUPLAH JADI LEMBU PADA SI TUA” – AMIR ABDUL HADi

ULASAN l Sejarah membuktikan bahawa, pemuda adalah tulang belakang kepada pembaharuan. Pemuda memainkan peranan besar dalam membebaskan masyarakat dari pemikiran kuno yang statik.

Pada awal 30-an, sejarah memperlihatkan naratif pertembungan fiqrah antara kaum muda dan kaum tua. Kaum tua, yang ditunjangi bangsawan-bangsawan korup dan ulama-ulama tradisional konservatif bersikap negatif terhadap perubahan dan pembaharuan.

Kaum tua ini telah bertembung dengan kaum muda; yang menganjurkan penggunaan akal waras dan menolak taqlid buta.

Adapun setiap satunya memiliki hujah yang tersendiri, kedatangan kaum muda pada ketika itu, sedikit sebanyak mengubah cara fikir masyarakat.

Sejarah awal

Image result for bURHANUDDIN hELMIRelated image

Syed Syeikh Al-Hadi, muridnya Dr Burhanuddin Al-Helmy (bekas Presiden Pas), dan nasionalis Za’ba, adalah antara tokoh dari kaum muda yang membawa idea-idea baru yang progresif. Aliran kaum muda ini juga dipanggil sebagai aliran reformis.Image result for SYED SHEIKH AL HADIImage result for ZAABAibrahim-yaakub-1sheikh-tahir

Di Indonesia mungkin lebih awal lagi. K H Ahmad Dahlan, mendirikan organisasi Muhammadiyah; organisasi Islam kedua terbesar di Indonesia selepas Nahdatul Ulama , pada 18 haribulan November tanggal 1912.

kiyai-hj-ahmad-dahlan-2

K H Ahmad Dahlan, secara tegas menentang ulama-ulama tradisional, yang mencampur aduk amalan mistik dengan agama.

Beliau pada awalnya mendapat tentangan hebat dari masyarakat, serta sudah tentu, dari ulama-ulama tradisional, yang selain dari menganggap beliau sesat, ingin mengekalkan status quo dalam masyarakat.

Namun akhirnya, Muhammadiyah berkembang dengan pesat, mendirikan sekolah dan hospital, serta menjadi organisasi yang selain dari membersihkan agama dari amalan khurafat, telah membangunkan negara Indonesia.

Begitu jugalah situasinya di Malaysia. Idea pembaharuan kaum muda terus kekal segar dan berkembang pesat. Faham tua telah berjaya digantikan dengan idea-idea baru. Malah banyak idea-idea serta pemikiran kaum muda yang masih relevan dan diguna pakai sehingga hari ini.

NUSA DAN BANGSA MELAYU KARYA IBRAHIM HJ YAAKUB

ibhy-nusa-dan-bangsa-melayu

Tanggal 1938, Kesatuan Melayu Muda (KMM) diasaskan oleh seorang guru muda berusia 28 tahun, Ibrahim Yaakob, bersama-sama dengan kaum pelajar dari Maktab Perguruan Sultan Idris (kini UPSI), berserta segelintir inteligensia Melayu yang berkongsi cita-cita, iaitu merdeka.

KMM merupakan pertubuhan politik kebangsaan pertama di Tanah Melayu, yang berperanan besar memperbaharui semangat kemerdekaan rakyat melawan penjajah, terutamanya di kalangan orang Melayu.

Bangsa kita pada ketika itu, bukan sahaja terjajah oleh penjajah Inggeris, tetapi juga oleh golongan bangsawan dan elit birokrat Melayu, yang ingin mengekalkan status quo mereka, selain menjaga periuk nasi masing-masing. Dalam tempoh 2 tahun sahaja, KMM telah berkembang pesat ke serata Tanah Melayu. KMM memainkan peranan besar dalam politik tanah air.

Kita juga kenal benar dengan nama Rosli Dhoby, seorang pejuang kemerdekaan rakyat Sarawak, yang dihukum di tali gantung atas tuduhan menikam sehingga mati Gabenor British yang kedua di Sarawak, Sir Duncan Stewart, pada pada 3 Disember 1949, di Sibu. Mungkin ramai yang lupa, ketika beliau mula-mula aktif dengan perjuangan kemerdekaan, beliau baru berusia 16 tahun.

Selepas Merdeka, pada era penghujung 60-an, muncul ramai tokoh baru yang memberikan kesegaran dalam politik Negara serta membawa pembaharuan buat masyarakat. Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Zahid Hamidi, Ibrahim Ali, Syed Hamid Ali, dan ramai lagi adalah diantara nama yang tidak asing lagi sehingga ke hari ini. Walaupun mungkin ada di antara mereka yang kemudiannya berubah arah dan mengambil pendekatan berbeza.

Pengertian

Dari sudut pengertian, walaupun ditunjangi oleh anak muda, kaum muda (yang dilabelkan oleh kaum tua) bukanlah bermaksud seorang pemuda dalam lingkungan umur sekian ke sekian.

Kaum muda adalah golongan yang menganjurkan pembaharuan dalam masyarakat, yang menentang pembekuan daya fikir, serta menggalakkan penggunaan akal waras dalam membuat penilaian dan keputusan.

Begitu jugalah sifat yang sepatutnya ada dikalangan pemuda. Pemuda seharusnya sentiasa datang dengan idea baru, menolak faham kuno yang menjadikan pembangunan minda masyarakat kekal statik, serta tidak terus terikut-ikut dengan permainan songsang ‘orang-orang tua’.

Pemuda harus sentiasa kritikal, dan mempersoal setiap perkara, walaupun kadangkala mungkin untuk beberapa perkara sifat kritikal dan persoalan itu tidak perlu, atau tidak kena pada tempatnya. Pemuda harus sentiasa menyanggah, walau kadang sanggahan itu sedikit tersasar.

Pemuda sifatnya memang sedikit gelojoh dalam membuat keputusan, tetapi sakit yang datang dari keputusan salah itu yang akan membawa kepada penilaian semula dan penyelesaian yang baru. Kegelojohan itu sendiri terhasil dari sifat ‘keberanian’ pemuda.

Pemuda juga memilki imaginasi yang segar, tidak dipengaruhi oleh agenda tertentu (walaupun mudah dipengaruh), serta sentiasa berani untuk mencuba perkara dan idea baru. Sifat pemuda adalah melawan!

Kata Hurlock (1991) dalam mendefinisikan pemuda, ‘Istilah pemuda sesungguhnya mempunyai erti yang luas, mencakup kematangan mental, emosi, sosial dan fizik’.

Keadaan hari ini

Melihat kepada situasi hari ini, jelas kelihatan bibit-bibit kemunduran dalam daya fikir masyarakat; termasuk anak muda. Kita semakin hari, semakin melangkah kebelakang. Tidak kiralah dari sudut agama, idea, politik mahupun pemikiran.

Budaya taqlid buta semakin menular. Pemuda hanya digunakan untuk tujuan tertentu oleh orang-orang berkepentingan. Pemuda juga ikut sama dalam pertelagahan orang-orang tua.

Ekonomi negara semakin mundur. Kos sara hidup semakin tinggi. Kadar pengangguran semakin besar. Mereka yang berkuasa terus terusan memperkosa dana negara untuk tujuan peribadi. Mereka terus bermewah-mewah sedang rakyat semakin sarat. Yang kaya terus kaya, yang miskin papa kedana.

Penentang mereka pula semakin longlai. Ada yang buta dengan kuasa yang sedikit, dan ada pula yang sibuk dengan perebutan kuasa dalaman dan pertelagahan yang tak berkesudahan.

Pemain politik tua ini terus sahaja membawa beban politik lama mereka lalu memaksakan keatas pemuda.

Pemuda pula seakan-akan hilang arah. Ada sesetengahnya terus mencium punggung si tua.

Ada pula yang sudah terlalu mual dengan gelagat orang-orang politik. Saat ekonomi yang tidak stabil, kos hidup yang semakin tinggi (hingga rata-rata anak muda tidak tahu lagi sama ada mampu atau tidak mereka memiliki aset kekal; rumah, tanah, malah keluarga), pemuda lupa dengan tugas sebenar mereka dalam masyarakat.

Maruah pemuda dipijak-pijak

Mereka menyalurkan kekecewaan kepada hiburan yang bersifat sementara, yang menjadi ‘escapism’ supaya mereka tidak perlu untuk menghadapi realiti dunia yang semakin gila. Inilah saat dimana masyarakat mendambakan pembaharuan, dan tugas pembaharuan ini wajib dipikul oleh pemuda. Pemuda harus bangkit dicelah-celah kepincangan ini.

Kata Usman Awang dalam puisinya Jiwa Hamba:

“Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba

Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka”

Ini masanya untuk kita susun semula kekuatan, lalu mengambil alih negara ini dari tangan-tangan yang kotor, atau sekurang-kurangnya, memberi penampar berbisa kepada mereka yang di tampuk kuasa, agar mereka terus beringat, bahawa jangan lagi memperkosa negeri ini.

Pemuda, tidak boleh selamanya menjadi lembu kepada si tua.

KENAPAKAH IBRAHIM ALI NAK SANGAT JUMPA HJ HADI YANG BARU BALIK DARI IRAN ?

blogger-image-1855303663

IBRAHIM ALI adalah presiden PERKASA, NGO yang berjuang demi KETUANAN MELAYU. PERKASA sebelum ini adalah NGO yang  disokong kuat oleh penasihatnya Tun Dr Mahathir. Ia  menjadi  suara pendesak dan penyokong tegar kepada kerajaan dan UMNO sebelum munculnya atau timbulnya Jamal Baju Merah.

Di zaman TG NIK AZIZ MB Kelantan, Ibrahim Ali pandai bermain politik sehingga mendapat restu TG Nik Aziz  bertanding atas tiket pembangkang kerusi PAS di parlimen Pasir Mas. Selepas itu beliau membuat olah dan mencari fasal. Benarlah kata Tun Musa Hitam orang yang benar benar pandai bermain politik terutama di Kelantan ialah Ibrahim Ali. Kini beliau sedang bermain mata dengan PAS untuk curi kesempatan atas kelemahan PAS di Kelantan. Beliau juga sedang mengambil kesempatan daripada kelemahan UMNO dengan berura ura  akan letak 60 calon bebas daripada  PERKASA di peringkat parlimen dalam PRU ke 14 nanti. Apakah petandanya ini semua ? Tidakkah ini menunjukkan PERKASA bukan sekadar NGO. Ia adalah sebuah sayap politik yang ada strategi licik daslam permaionan kuasa. Dalam masa yang sama  demi survival Tok Him sendiri dalam senario politik Malaysia.

Gambar di bawah  Tok Him buat heboh jumpa TG Haji Hadi untuk beri sokongan padu kepada beliau melihat perkembangan PAS yang semakin jinak dengan UMNO setelah kewafatan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz.

Gerak Ibrahim Ali nak berjumpa dengan Haji Hadi dalam masa terdekat adalah strategi politik yang akan membawa impak terhadap kedudukan PAS dan PERKASA dalam siasah negara. Justeru apakah pergerakan politik TOK HIM seterusnya. PERKASA meski pun NGO tetapi tindak tanduk lebih bersifat politik demi hidup mati siasahnya dengan berlandaskan pertubuhan bukan kerajaan. Tidakkah TOK HIM adalah tokoh politik ? Mana mungkin politik terpisah daripada beliau. Jika hal yang serupa berlaku pada NGO NGO lain sudah tentu akan diambil tindakan keras oleh pihak kerajaan.

PERKASA dengan KETUANAN MELAYUnya kerana  ada understanding yang telah termaklum ia dibiarkan berlaku begitu saja. Inilah real politik di Malaysia  yang mesti difahami oleh massa. Ibrahim Ali adalah tokoh yang harus diperhatikan gerak dan tindak politiknya yang licik dan tepat. Kalau tidak takkanlah Datuk Musa Hitam menyatakan demikian bahawa Ibrahim adalah pemimpin yang benar benar memahami dan melaksanakan real politik sesuai dengan ketika. Beliau adalah ahli politik yang sejati.

30546aa65be817c767e628e6dd397779Tun Dr Mahathir ketika menjadi penasihat PERKASA adalah penyokong kuat Ibrahim Ali.Dalam PPBM ada tokoh tokoh Perkasa.Antaranya TAN SRI ABDUL RASHID mantan pengerusi SPR yang terlibat dalam beberapa PRU dan proses persempadanan semula kawasan yang membuka  kemenangan kepada UMNO – BN di saat saat kriktikal. Kini beliau menjadi Naib Presiden PPBM. Sebelumnya Timbalan presiden PERKASA.

Image result for Barisan kepimpinan PERKASA

MEMPERKENALKAN TIJAH YOK CHOPIL PENGERUSI GABUNGAN KAMPUNG TRADISI ORANG ASLI MALAYSIA !

BOTH Tijah Yok Chopil and the Persatuan Prihatin Konservasi, Kebudayaan, Sosial dan Kebajikan Lubok Bongor have been nominated as Wild Asia Heroes in recognition of their efforts to promote sustainable practices and empower local communities. Short films on the heroes will be screened on Oct 17 during the Eco Film Fest at Universiti Malaya, Kuala Lumpur. For details, go to wildasia.org and ecoknights.com.

Perak Orang Asli Network founder-adviser Tijah Yok Chopil, 40, using her laptop at her village in Kampung Chang Lama Sungai Gepai in Bidor, Perak.

TIJAK ANAK CHOPIL  ADALAH SEORANG PEJUANG HAK ORANG ASAL DI BUMI MALAYSIA ! IKUTI UCAPANNYA YANG SANGAT BERMAKNA, MEMBUKTIKAN ORANG ASLI TIDAK SEBODOH DAN MUNDUR SEBAGAIMANA YANG DISANGKA!

BOTH Tijah Yok Chopil and the Persatuan Prihatin Konservasi, Kebudayaan, Sosial dan Kebajikan Lubok Bongor have been nominated as Wild Asia Heroes in recognition of their efforts to promote sustainable practices and empower local communities. Short films on the heroes will be screened on Oct 17 during the Eco Film Fest at Universiti Malaya, Kuala Lumpur. For details, go to wildasia.org and ecoknights.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...