MAJLIS PERAYAAN CHINA & KEAGAMAAN HINDU KENAPA PEMIMPIN UMAT ISLAM SUKA MERAYA & MERAIKANNYA

 

KHIR JOHARI & WIFE

FB_IMG_1454975382968

 

download (2)

anwar_ponggal3

KUALA LUMPUR : 11.11.2007 : Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak menyalakan pelita disambutan Perayaan Deepavali 2007 tuut sama Isteri Datin Seri Rosmah Manshor, Menteri Keja Raya Datuk Seri Samy Vellu dan isteri serta Menteri Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Utama Rais Yatim bersama isteri di tempat letak kereta Brickfields semalam : Gambar SALIM SHAARI

KUALA LUMPUR : 11.11.2007 : Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak menyalakan pelita disambutan Perayaan Deepavali 2007 tuut sama Isteri Datin Seri Rosmah Manshor, Menteri Keja Raya Datuk Seri Samy Vellu dan isteri serta Menteri Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Utama Rais Yatim bersama isteri di tempat letak kereta Brickfields semalam : Gambar SALIM SHAARI

najib_razak_Thaipusam1701_600_399_100 

FB_IMG_1485605753616

GAMBARAN MASJID DI NEGERI NEGERI MELAYU 400 TAHUN YANG LAMPAU

16265296_1406210396098271_1061829949259929743_n

Masjid yang dibina umat Melayu zaman dahulu tidak seperti kini. Masjid kini banyak dipengaruhi senibina Timur Tengah. Mari kita melihat masjid yang dibina di zaman awal menurut gambaran  lukisan seorang pengamat sejarah berbangsa Jerman. Dahulunya masjid masjid kita di Patani dan negeri negeri Pantai Timur banyak di pengaruhi seni bina kecinaan. Masjid yang mempunyai kecubung seperti bentuk kuil Buddha. Ada 3 teori besar kedatangan Islam ke Alam Melayu.Pertama langsung dari Tanah Arab iaitu Yemen, kedua dari India dan ketiga dari Tanah Besar China.

Sebelumnya, sejak abad pertama Hijrah,  sahabat Rasulullah SAAD BIN ABI WAQQAS telah mengembangkan dakwah tawhid ke China.Beliau berjaya mengislami beberapa  golongan pemerintah China. Justeru ada teori menyatakan pengislaman di negeri negeri Pantai Timur dilakukan oleh para pendakwah Islam dari China. Buktinya masjid masjid yang dibina ada unsur  kecinaan dengan bentuk seperti gambar di atas. Salah seorang panglima  China  beragama Islam ialah Laksamana CHENG HO. Beliau pernah berkunjung ke Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah.Begitu salah seorang permaisuri Melaka ialah penganut Islam dari China. Puteri Hang Li Po menjadi permaisuri baginda Sultan Mansor Shah.

Image result for Muslim and Islam i8n Pattani

Namun selepas naiknya regim/kerajaan yang menentang Islam pengaruh Islam di China semakin merosot.Lebih lebih lagi  pasca era  penjajahan  Barat. Seruan dakwah di Alam Nusantara semakin menerima tentangan dengan sikap keras barat yang menyerang kerajaan kerajaan Islam untuk dilemahkan pengaruhnya. Terutama dengan serangan ke atas kerajaan kerajaan Islam seperti Narathiwat/Bangnara, Patani, Yala,Singora, Setoi, Krabi dan kerajaan kerajaan kecil umat Islam sekitar Segenting Kra.

Image result for Muslim and Islam i8n Pattani

Daulah Islam pernah berdiri di utara Bangkok iaitu di Ayuthia atau nama lain Sharu Nawi sehingga pada abad ke 19 sebelum dijatuhkan oleh puak Sukho Thai yang berasal dari Utara Burma.Mereka dibantu oleh penjajah Inggeris yang berkuasa di India. Dari situlah bermulanya kekuasaan  Maharaja Mongkut dan Chuulalongkorn. Akibatnya bekas bekas peninggalan Islam telah dilenyapkan. Banyak masjid masjid dengan binaan asal telah dirobohkan.

Implikasi yang lebih dahsyat dialami  apabila daulah Islam Patani telah dilanggar puak Sukhothai yang memerintah Thailand kini.Sekali lagi  dengan bantuan penjajah Inggeris.Perlu dingat Alam Nelayu termasuk Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Selatan Thai, Bangla Desh kini adalah kawasan/wilayah  umat Islam teramai di dunia. Jumlahnya menjangkau 400-500  juta Muslim.

BERITA PELIK : MENGAPA PULA CHINA DIJEMPUT SERTAI TPPA SETELAH AS TOLAK !!!!

c7377fca1a45ed86ecf2c0409be279f9

TPPA adalah agenda Barrack Obama.TPPA adalah agenda Amerika Syarikat. Agenda AS  untuk menguasai negara negara Asia Timur. Negara negara yang pantainya mengadap ke  Lautan Pasifik.Namun ada juga yang menolaknya. Di antara Thailand, Filipina dan Indonesia. Namun Malaysia awal awal lagi menerima tanpa memandang sisi negatif TPPA. TPPA digeruni negara negara yang menolak kerana takut KEDAULATAN mereka terjejas gara gara kebebasan berdagang dan keluar masuk warga negara negara anggotanya secara bebas.Akibatnya ramai orang asing yang menetap di negara kita atas dasar kebebasan perdagangan dan TPPA.

Jadi untuk menunjukkan keterlibatan Malaysia yang begitu teruja dengan TPPA, 2 kali kita terima kunjungan hormat berupaya lawatan negara Presiden Barrack Obama . Lawatan yang berturut turut ini presiden AS belum pernah berlaku dalam sejarah hubungan Malaysia – AS. Sekali  dalam tahun 2014 dan berikutnya 2015 iaitu setahun selepasnya. Sebelumnya 50 tahun lampau hanya sekali  Presiden AS Lyndon B Johnson mengunjungi  negara ini  pada tahun 1966. Sebagai kenangan sebuah rancangan FELDA dinamanakan dengan nama beliau  FELDA LBJ di Negeri Sembilan.

images (5)

Begitulah latar belakang hubungan antara Malaysia dengan AS. Ternyata agenda TPPA meletakkan Malaysia penyokong kuat dan utama  AS, walau pun ramai rakyat terutama NGO dan parti parti pembangkang sebagai kuasa rakyat menolaknya. Kita awal awal lagi mengundi menyokong TPPA di parlimen dan menandatanganinnya walau pun di pihak AS iaitu Senet dan kongresnya belum berbincang untuk meluluskannya lagi.

Kini apa yang sudah terjadi ke atas TPPA. Presiden baru AS Donald Trump telah menolaknya. Beliau enggan meneruskan agenda TPPA dasar warisan Obama. Bukan sahaja tolak TPPA, beliau juga menolak dasar yang sama sebelumnnya iaitu NAFTA yang ditanda tangani dengan Mexico dan Canada.  Donald Trump tidak lagi sanggup menerima  kebanjiran orang asing dan membuka negara seluas luasnya AS  kepada perdagangan bebas sebebasnya.Sebelum itu  Britain juga menolak untuk  bersama  dalam EU. Keputusan ini dicapai  menerusi  satu referandum. Mereka terima BREXIT iaitu Britain keluar EU dan tidak mahu negaranya dibanjiri warga Eropa secara leluasa.

Justeru Malaysia kuasa ekonomi yang kecil tidakkah takut ditelan negara negara yang kuat ekonominya. Malaysia terlalu berani dan ambil risiko mudah untuk  kebanjiran warga negara daripada negara negara anggota TPPA. WARGA dari Vietnam, Jepun, Korea Selatan, Peru, Chile, Kanada dan AS sendiri. Tanpa TPPA kita sedia dibanjiri warga asing secara melimpah. Kini telah ada 3 juta warga asing di negara ini. Belum lagi yang masuk secara haram.Rakyat kita hilang peluang pekerjaan dan RM kita mengalir deras setiap detik keluar negara.

Kebimbangan kebimbangan ini langsung tidak tersentuh  oleh pemimpin No 1 Malaysia, begitu juga dengan parti pemerintah. Langsung tidak ada referandum untuk memulangkang kuasa kepada rakyat sama ada bersetuju atau menolak. Duluan di negara apabila PM bersetuju, MKT UMNO setuju, BN setuju, parlimen setuju, penolakan bagaimana pun oleh rakyat atau golongan bijak pandai akan dipandang sepi. Politik  demokrasi  diterjemahkan dengan penerimaan 1 orang secara total dan diikuti oleh juak juaknya secara total. Sesiapa yang menentang dengan hujah yang objektif dan bernas walau sebagaimana jernih sekali pun akan menjadi sia sia dan tak terpakai.

c7377fca1a45ed86ecf2c0409be279f9

KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK PENDERITA DIABETES

  • 15729082_6063896842359_6693995474740838400_n
  • Melancar perjalanan darah
  • Meningkatkan metabolisme
  • Memberi nutrien penting untuk diserap ke tubuh badan
  • Meneutralkan asid
  • Membuang toksik
  • Membantu dan melancarkan kerja ginjal
  • Tubuh mendapat air yang bersih dan berkhasiat
  • Menurunkan suhu badan
  • Jadi penawar racun
  • Sejuk, suci, enak dan harum diminum( kelapa pandan) terutama memberi kelegaan pada musim yang panas
  • Bagi penderita diabetes ia amat sesuai sekali

DASAR PERUMAHAN : SWASTA BERLUMBA LUMBA MEMBINA RUMAH MEWAH, KERAJAAN BAGAIMANA ?

images (2)

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan sederhana dan miskin menghadapi masalah yang gawat untuk memiliki 1 unit rumah sebagai keperluan asas.Tekanan ini amat dirasakan terutama di bandar bandar utama. Lebih lebih lagi di P.Pinang, Johor Baharu, Kuantan dan Lembah Klang. Mengapa ? Pendapatan rakyat Malaysia kini kurang mampu dan di luar kemampuan untuk mengejar kenaikan harga rumah yang membumbung tinggi.

Mereka terperangkap atau tepat dibungkusi inflasi yang memakan sebahagian besar pendapatan.Statistik menunjukkan rakyat Malaysia adalah golongan yang  paling tinggi hutang isi rumahnya.Mana tidaknya, jika membeli rumah berhadapan dengan bunga yang tinggi dan membeli barang dengan kad kredit. Sedangkan pendapat tidak bertambah malah dijerut dengan berbagai jenis cukai. Paling dahsyat GST, cukai setiap ketika apabila membeli belah.

Kini istilah yang popular ialah rakyat hanya mampu menikmati RUMAH MAMPU TENGOK bukannya RUMAH MAMPU BELI. Tambahan pula kerajaan telah meninggalkan tanggung jawab sosialnya untuk membina rumah selaras dengan tahap pendapatan rakyat. Jika membina pun harganya tidak lari jauh daripada swasta. Kerajaan dan rakyat selari menjadikan rumah komoditi dagangan iaitu harga ditentukan ikut pasaran.

Rumah menjadi semakin mahal kerana harga tanah tidak dikawal langsung oleh kerajaan. Sesiapa pun boleh membeli tanah sama ada dalam atau luar negeri. Harga tanah pun dispekulasi dengan sewenang wenang. Malahan pembelian tanah oleh pelabor luar, warga dan negara asing sangat digalakkan tanpa sekatan. Tidak ada sebarang dasar untuk memelihara kepentingan rakyat dan masa depan negara. Negara menjadi gila dan rakyat merana kerana permainan harga yang di luar jangka. Pasaran rumah dan tanah ditentukan oleh harga pasaran dunia.

Jadi apa penyelesaian ? Kembalilah kepada prinsip asas kerajaan sebagai penanggung jawab sosial rakyat.Kerajaan yang paling tidak berguna dan paling tidak bertanggung jawab ialah yang tidak mempedulikan denyut nadi kesusahan dan kemelaratan rakyat. Kerajaan dan pihak berkuasa jenis ini patut dihukum dalam pilihanraya untuk menunjukkan kuasa rakyat. Pilihlah parti yang pro rakyat bukan parti yang pro bisnes. Parti yang para pemimpinnya ambil kesempatan membuat kekayaan semasa berkuasa.Golongan yang   bersekongkolan  dengan swasta untuk menjarah apa saja peluang dan kesempatan yang terbuka  demi politik diri dan kroni. Maka rakyat tidak menjadi keutamaan lagi.

Kata Saidina Ali pemimpin yang tulin terpancar keluhurannya kerana ia menganggap dirinya adalah rakyat dan rakyat itu dirinya. Pemimpin yang palsu walau bagaimana ia berlakon menganggap dirinya adalah dirinya dan rakyat bukan sebahagian daripadanya. Nilainya seperti peluh atau barang yang tidak dikehendaki oleh tubuh manusia. Jika ia ada dalam tubuh masyarakat, ia menjadi racun yang menggugat kesejahteraan rakyat.

images (3)

BERITA SEMASA DALAM WAKTU 1 MINGGU

Kartun lakaran Zunar yang memaparkan ‘jutawan’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah terpapar semasa satu sesi Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Kartun tersebut yang membandingkan jutawan Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat dan Najib menjadi jutawan ketika menjawat kerusi perdana menteri dibangkitkan oleh kartunis editorial Globe Cartoon, Patrick Chappatte.

Chappatte bercakap tentang anugerah ‘2016 Cartooning for Peace Award’ yang diterima Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pada tahun lepas.

“Ia adalah kartun yang beliau lakarkan mengenai perdana menteri Malaysia, yang mungkin seperti anda tahu, telah terlibat dalam skandal rasuah besar (dalam) kumpulan wang awam Malaysia.

“Banyak wang disalurkan ke akaunnya. Zunar tidak berhenti dalam mengecam rasuah kerajaan,” kata Chappatte kepada para hadirin dengan kartun berkenaan terpapar di skrin lebar.-  DIPETIK DARI MALAYSIA KIN I

Najib menaruh harapan bekerjasama dengan Trump

“Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau dan saya, hubungan antara AS dan Malaysia akan bertambah kukuh.
TRUMP telah menolak TPPA di hari pertama menjadi presiden AS.Bermakna beliau enggan menyambung dasar dasar warisan Obama. Beliau ada ada dasar  tersendiri dan strategi tegas untuk mengurangkan kebanjiran imigran ke AS.
Hal ini sedang dihadapi oleh Malaysia yang juga alami  kebanjiran boroh asing.yang melimpah ruah. Apakah dasar dan dasar  negara untuk mengutamakan rakyat sendiri. Terutamanya warga muda supaya mendapat keutamaan dalam bidang pekerjaan di negara sendiri.Jepun juga maju tetapi dasarnya mengutamakan rakyat tempatan.Apakah strategi kita dalam mengatasi masalah penganggoran di kalangan mahasiswa yang kini sedang melimpah.

Azmin Ali MB  Selangor : Jumpa rakyat lebih penting daripada hasil kajian POTENSI KEMENANGAN DALAM PRU ke 14.

“Kita mesti dilihat dan kita mesti bertindak bersama-sama sebagai kuasa yang kuat untuk menghadapi Umno dan BN.”

BAGAIMANA  ? Melaksanakan  pendekatan mesra rakyat dan pro rakyat dalam mengangkat martabat sosio ekonomi mereka terutama di kawasan kawasan luar bandar.Kawasan yang PKR dan PH tewas dengan teruk di tangan UMNO-BN terutama di Kuala Selangor, Tanjong Karang ,Hulu Selangor, Sungai Besar danSabak Bernam.Fokuis pembangunan dan sasarannya harus berubah dari bandar ke luar bandar dengan membina pusat pusat pertumbuhan yang baru.

Rafizi mahu dedah lebih banyak lagi mengenai TH

“Bukannya bermain politik dengan cuba menimbulkan kebencian rakyat terhadap saya apabila gagal menjawab isu-isu yang saya timbulkan,” tambah Rafizi.
TABUNG HAJI : AGENSI KEBANGGAAN ORANG MELAYU YANG SANGAT BERJAYA PADA SUATU KETIKA DULU.KINI TERJEJAS TERUK HASIL  PERMAINAN PARA POLITIKUS YANG DIAMANAHKAN  UNTUK MENJAGA TABUNG EKONOMI PARA JEMAAH KE MEKAH  ! SALAH SATUNYA WANG TH DIGUNAKAI PAKAI DAN TERLIBAT DALAM URUSNIAGA DALAM SYARIKAT I MDB.
Image result for RAFIZI RAMLI

Strategi Perdagangan Trump Bermula Dengan Keluar TPPA: Komited Runding Semula NAFTA dengan Kanada & Mexico.

Image result for DONALD TRUMP US PRESIDENT HIS CORE POLICY

POLICY :  MAKE AMERICA GREAT AGAIN 

PRESIDENT DONALD TRUMP( 1947-      ).JADI PRESIDEN KETIKA BERUSIA 70 TAHUN 7 BULAN DAN 7 HARI). TEMPOH JAWATAN BARU BERMULA 2017 – 2021)

DONALD TRUMP PRESIDEN AS YANG KE 37. LATAR BELAKANG SEORANG BILIONER KETIKA MENJADI PRESIDEN. CITA CITANYA BERTEKAD MENGEMBALIKAN SEMULA KEDUDUKAN AMERIKA SEBAGAI  KUASA PERINDUSTRIAN YANG UTAMA DI ZAMAN KEMEGAHAN DAN KEAGUNGANNYA.KINI AS AGAK TERCABAR  BERHADAPAN  DENGAN KEBANGKITAN CHINA, JEPUN DAN RUSIA. 

LANGKAH PERTAMA : MENOLAK TPPA DASAR WARISAN BARRACK OBAMA.KEDUA MENGKAJI SEMULA NAFTA  (NORTH  ATLANTIC  TREATY  ASSOCIATION DASAR YANG MEMBAWA KEBANJIRAN BOROH ASING KE AS)

APAKAH DASAR BELIAU SETERUSNYA KE ATAS ISRAEL DAN TIMUR TENGAH YANG BERGEJOLAK KERANA DIGEJOLAKKAN OLEH PERMAINAN KUASA KUASA BESAR DAN PARA SEKUTUNYA  – AS, BARAT, RUSIA – CHINA , IRAN DAN SAUDI ARABIA !

PERHATI DENYUT NADI DAN SENSITIVITI RAKYAT SEBELUM PRU KE 14

Related imageDI BAWAH INI DIPERTURUNKAN PUISI YANG DIDEKLAMAIKAN OLEH PRES SUHARTO. PUISI YANG MENGUNGKAP KRITIK TAJAM RAKYAT TERHADAP PEMERINTAHANNYA YANG BERSIKAP DIKTAATOR / KUKU BESI SEBELUM KEJATUHAN BELIAU PADA TAHUN  1998.

Image result

WIDHI THUKUL MENJADI ORANG HILANG SELEPAS ITU AKIBAT KRITIK TAJAMNYA  YANG DIBALAS  DENGAN AKSI BRUTAL PIHAK YANG MEMEGANG KUASA. NAMUN DEMOKRASI DAN KEADILAN MENYERLAH SELEPAS REFORMASI YANG MENJATUHKAN AUTOKRASI/ KEDIKTATORAN/ KUKU BESI  SELAMA LEBIH 30 TAHUN.

Image result for PENYAIR WIJI THUKUL

PERINGATAN 

Jika  rakyat pergi ketika penguasa pidato                                                                          Kita harus hati-hati
Barangkali mereka putus asa                                                                                          Kalau rakyat bersembunyi dan berbisik-bisik                                                                   Ketika membicarakan masalahnya sendiri                                                                          Penguasa harus waspada dan belajar mendengar                                                           Bila rakyat berani mengeluh                                                                                                  Itu artinya sudah gawat                                                                                                          Dan bila omongan penguasa                                                                                                Tidak boleh dibantah                                                                                                       Kebenaran pasti terancam                                                                                                     Apabila usul ditolak tanpa ditimbang                                                                                   Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan                                                                    Dituduh subversif dan mengganggu keamanan                                                               Maka hanya ada satu kata:                                                                                                  LAWAN  !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...