TOLONG KIRA BERAPAKAH HARGA MINYAK DI SAUDI YANG NAIK 50% TU !

 

SAYA NAK BERITAU KERAJAAN NAIKKAN HARGA MINYAK 10 SEN 20 SEN BISING SEDANGKAN DI LUAR NEGARA SAUDI NAIKKAN HARGA MINYAK 50 % !  Inilah permainan memukau rakyat PM kita. Itu harga 1 liter air mineral. Rakyat bukanakai minyak 1 liter. Di Saudi naik 50 % tak apa, masih di bawah 90 sen wang Malaysia. Kita bayar harga 1 liter RM 2.50 sama dengan 4 liter yang rakyat Saudi boleh dapat ( selepas nail harga 1 liter minyak di Saudi 65 sen duit Malaysia sahaja )

najib-marah-mahathir

 

 

Berapakah harga petrol kini yang   PM Najib gembar gemburkan kenaikannya tak seberapa, hanya 10 dan 20 sen sahaja. Sedangkan  di Saudi Arabia  harga petrolnya  mengalami kenaikan sampai  50 % tu ! Di sini kenaikan sikit pun bising. Pokoknya yang di atas melaksana, tidak terasa. Mereka hanya menekan saja. Tentu tidak sama antara yang menekan dengan yang tertekan.

Hakikatnya harga minyak di Saudi masih rendah tak sampai RM 1.00 , walau pun peratus  kenaikannya agak besar sampai 50 %. Tahukah harga sebenar petrol di Saudi ? Ron 91, Naik dari  0. 45 RS  ke 0.65 RS , dan RON 95 naik dari 0. 60 RS   ke 0. 90 RS. Berapakah harga petrol RON 91 di Saudi selepas kenaikan ?  Harga barunya sekitar 64 sen sahaja. Bagi Ron 95 harga barunya hanya 76  sen sahaja. Tak sampai RM 1.00  duit kita.

Sedangkan harga petrol di Malaysia sudah tinggi. Namun terus naik dan naik lagi. Kini dah mencecah RM 2.50 untuk Ron 91. Katakan  jika naik lagi sekadar  20 % lagi ia akan jadi RM 3.00. Mereka yang di atas akan kata kenaikan masih rendah 20 % saje . Para penyokong UMNO- BN akan pukul gendang senada, seirama bagi yang   pro Najib secara buta tuli. Mereka akan ulang,  kenaikannya sangat kecil 20 % sahaja. Sedangkan Saudi naikkan 50 peratus, kita baru 20 % saja. Begitu PM Najib dan konco konconya dok tipu rakyat. Mentang mentang lah rakyat tak tau kira secara detail mereka sembunyi hakikat bahawa kenaikan ini berterusan. Sangat menekan kerana ia menaikkan kos secara menyeluruh. Pendapatan sebenar rakyat semakin terhakis dan jatuh. Meski ada BRIM yang diberi beberapa bulan sekali, ada pula GST yang dikutip saban saat.

Apakah yang rakyat terima daripada limpahan hasil minyak kita ? Apakah Kelantan yang diperintah pembangkang terima royalti ?  Begitu dengan rakyat  di pendalaman Serawak terus miskin walau negeri mereka keluarkan minyak. Rakyat di Sabah dan Serawak terpaksa bayar harga gas yang lebih tinggi berbanding dengan  harga gas di Malaysia Barat. Ini walau pun bumi mereka hasilkan gas.

Segala galanya semakin mahal sehingga tidak tertanggung lagi oleh  rakyat. Kerajaan yang tidak prihatin, pekak dan tidak bertanggung jawab akan jawab kenaikan harga  perkara biasa, tersangat kecil kalau dibandingkan dengan harga di luar negara seperti di Singapura. Kita tanya berapa kali ganda pendapatan rakyat Singapura berbanding dengan rakyat Malaysia ? Berapa pula nilai dollar Singapura berbanding dengan RM yang semakin merosot dalam tukaran antarabangsa . Memang nilai dollar Singapura sangat tinggi. Itu menjadikan  mereka sangat selesa bila membeli belah di Johor dan seluruh Malaysia.

Banyak pelaboran Singapura, di Malaysia . Bila mereka berbelanja di Johor bermakna mereka menolong pelaburan mereka yang berkecambah di Malaysia. Kini kita nak membeli belah di Thailand pun terasa sempit kerana RM jatuh berbanding dengan BAHT.  Begitu juga di Saudi apabila RM ditukar dengan RIYAL SAUDI, ketika naik haji. Wang kita jadi semakin kecil di luar negara dan antara wang yang merosot dan tidak stabil dalam pertukaran antara bangsa. Kita memerlukan tambahan demi tambahan.apabila keluar negara. Sampai bilakah negara  akan dibelenggu dengan keadaan begini ?

Tidakkah ini semua terjadi  kerana urus tadbir negara yang terburuk sejak 60 tahun merdeka, skandal rasuah demi rasuah yang membudaya, skandal  1 MDB , hutang negara yang terus meningkat melebihi RM  800 bilion dan kepimpinanan yang sangat lemah. Melihat dengan kaca mata sebenar menunjukkan Malaysia sedang menjadi sebuah negara yang sakit dan gagal. Ini walau pun negara dilimpahi sumber hasil yang melimpah ruah. Pucuk kepimpinan  hari ini selalu menyalahkan keadaan.

Mereka tidak mengakui kegawatan ini berpunca daripada kelemahan para pemimpin kini. Berbagai penyelewengan yang telah dan sedang lakukan terutama gejala rasuah yang membudaya. Bagaimana ? Dengan selalu menaikkan harga kos projek berbanding dengan harga kos sebenar ? Negara menanggung hutang besar  tetapi rakyatlah yang menjadi mangsa untuk membayarnya menerusi GST. Segala penyakit dan krisis yang melanda tidak akan berakhir  selagi pemimpin dan kepimpinan yang ada kini terus menerajui negara, berkuasa dengan bermaharaja lela.

Ayat Al Quran dalam surah Ar Ra’ du. Ayat ini  sangat  banyak kali dibaca. Maksudnya Tuhan tidak akan ubah keadaan sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah keadaan yang ada padanya. Tentang punca kenapa keadaan umat tetap teruk, perit  ditakuk lama   Maksud daripada hadis rasulullah yang masyhur menjelaskan bahawa apabila sesuatu  urusan itu  diberi kepada yang bukan ahlinya tunggulah kebinasaan. Inilah yang deritai kini.

Lagu klasik Hang Tuah oleh R. Azmi

SENI KATA LAGU DATUK HANG TUAH –  DATUK HANG JEBAT 

Babak 1

Datuk Hang Tuah pahlawan bangsa

Muda perwira gagah perkasa

Sebagai tunjang pasak negara

Rela berjuang  sepenuh daya

Besar jasanya Hang Tuah berbakti

Keseluruh alam bonda pertiwi

Kepada bangsanya membawa erti

Mengenalkan  Melayu sejati

Dengan angkara puteri jelita 

Terfitnah Hang Tuah serta merta

Duli baginda terlalu murka

Dipecat Hang Tuah dari istana

Walau pun dirinya tidak bersalah

Perintah baginda dijunjung rela

Taming sari senjata pusakanya

Dirampas balik dari miliknya 

Dengan rela dan hati yang suci

Hang Tuah segera menjunjung duli

Tiada membantah sebarang peri

Beredar segera menyingkirkan diri

Sepeninggalan Hang Tuah nan  pergi

Tampil Hang Jebat pula mengganti

Kerana perintah sultan sendiri

Jebat mengawal istana puri 

BABAK 2

Pada Hang Jebat Hang Tuah berpesan

Junjunglah titah baginda sultan

Berbuat baik biar berpadan

Berbuat jahat sekali jangan

Tapi Hang Jebat tidak peduli

Menurutkan nafsu hati sendiri

Menderhaka ia ke bawah duli

Dikorbankannya inang dan puri

Sultan pun lari dari istana

Berlindung diri barang  ke mana

Banyaklah rakyat menjadi mangsa

Darah pun banjir di kota Melaka

Dengan permohonan Datuk Bendahara

 Kembali Hang Tuah ke Melaka

Menuntut keadilannya negara

Mengadap Jebat yang merajalela

Keris terhunus berjuang laku

Tangkis  tikaman menyelang lalu

Dengan kuasa Tuhan yang satu

Tewas Hang Jebat derhaka itu

Kota Melaka kembali tenang

Jasa Hang Tuah jadi kenangan

Hinggalah  sekarang menjadi lambang

Bagai sateria pahlawan gemilang

 

 

 

SAKSIKAN NASIB BM DI TANAH AIRKU – KERANA KomerSIALisme JATI DIRI MUSNAH

FB_IMG_1487934354439

NAMA KAMPUNG KERINCI YANG DITEROKAI OLEH ORANG MELAYU TELAH DIGANTIKAN DENGAN BANGSAR SOUTH. HILANGLAH NAMA KAMPUNG KERINCI BUAT SELAMA LAMANYA. NAMA YANG BOLEH HIDUP DIMATIKAN KERANA MALU DENGAN JATI DIRI SENDIRI.

DI MANAKAH LETAKNYA BAHASA JIWA BANGSA ? PEMBANGUNAN  BUKAN SEKADAR MENGHILANGKAN BAHASA, MELUPUSKAN KAMPUNG, MENGHAPUS HAK DAN KEPEMILIKAN, MELUNTUR JATI DIRI DAN MEMUSNAHKAN MASA DEPAN PRIBUMI DAN BUMIPUTRA DI TANAH AIR SENDIRI.

SAAT KEJATUHAN SESUATU BANGSA BERMULA APABILA PARA PEMIMPIN BANGSA ITU MENGHINA BANGSANYA SENDIRI – Meng  Tze  filisof  China

KAMPUNG KERINCI sudah jadi BANGSAR SOUTH CITY

BAHASA MELAYU  tidak lagi dipeduli

Sudah menjadi bahasa anak tiri

DEWAN BAHASA pun entah ke mana

PEJUANG BAHASA pun dah lama tak ada

Itulah nasib bahasa yang kononnya JIWA BANGSA

Bahasa yang diperkecil,dipersenda, diperhina

Hanya berguna buat cogan kata sahaja

Nukilan  ……….A Kadir Jasin

00017S434C112D48A5306AjGURNEY DRIVE adalah nama. Ia tidak ada kena mengena dengan latar geografi dan sejarah tempat tersebut. Nama sebelumnya ialah BAGAN JERMAL. BAGAN maksudnya tempat pendaratan. JERMAL ialah satu kaedah penangkapan ikan berskala besar. Sebelum Perang Dunia ke 2, kaedah penangkapan ini banyak dilakukan di dekitar Bagan Jermal, Tanjong Tokong, Tanjong Bunga, Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Ia seperti belat, langgai, tempang dan sejenis dengannya.

A. KADIR JASIN BICARA TENTANG ANCAMAN TERHADAP HEGEMONI CHINA DI ASIA TENGGARA !

 

A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

ADA dua berita menarik baru-baru ini yang boleh jadi kita terlepas pandang atau tidak sedar kepentingannya.
Nombor satu Menteri Luar China, Wang Yi bagi amaran kepada Setiausaha Negara Amerika Rex W. Tillerson, agar memahami sejarah Laut China Selatan.

Tilerson SU NEGARA AS  YANG BARU/ THE NEW  US SECRETARY OF STATE

Rex-Tillerson-Oil-Companies-CEO-Testify-Senate-mLapzRmiN0Rl

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nombor dua  kapal Tentera Laut China habis melawat empat buah negara Arab – Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perlumbaan kuasa dan senjata bukan lagi di antara Amerika dengan Rusia tapi di antara Amerika dengan China.

16831119_1630341010606520_8748593408406878484_n

Perang Dunia Ketiga (minta dijauhkan Tuhan) kalau berlaku adalah di antara China dengan Amerika dan gelanggangnya adalah Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.

Kita akan jadi pelanduk yang tersepit di antara dua ekor gajah tumpah minyak.

China sedang meluaskan pengaruh ekonomi dan ketenteraannya secara agresif manakala Amerika di bawah Presiden Donald Trump pula sedang menyemarakkan semula patriotisme haluan kanan melalui cogan kata “make America great again”. Trump mahu mengembalikan keagungan Amerika.

China terpaksa kembangkan sayap demi kelangsungan (survival) dan Amerika mahu mematahkannya. China sedang kesempitan ruang dan Amerika kesempitan ekonomi. Kedua-duanya dalam keadaan terdesak.

Kelahiran bayi di negeri China dianggarkan 17.8 juta tahun lalu atau 1.31 juta lebih ramai daripada tahun 2015. Setahun selepas memansuhkan dasar satu keluarga seorang anak, kelahiran bayi mencatatkan rekod tertinggi sejak tahun 2000. Dianggarkan 40 peratus daripada kelahiran tahun lalu adalah anak kedua. Di pihak yang lain, bilangan orang tua pula sedang meningkat dengan pantas.

Rakyat jelata China sekarang berjumlah 1.4 bilion atau 22 peratus daripada penduduk dunia tetapi tanah pertanian China hanya 10 peratus daripada tanah pertanian dunia.

Ceritanya mudah saja. China terpaksa cari sumber makanan dan tempat tinggal untuk rakyat jelatanya di luar sempadannya.

Perluasan pengaruh China ibarat fiksyen sains
China sedang berkembang menjadi negara maya (virtual nation) lebih kurang macam dalam filem fiksyen sains di mana makhluk angkasa lepas turun ke bumi untuk merampas air dan udara kita serta hisap darah kita untuk hidup sebab planet mereka sudah tandus sumber kehidupan.

Ekonomi China pesat berkembang, rakyat jelatanya semakin senang dan mereka perlukan lebih banyak makanan dan tempat tinggal.

Tanah pertanian semakin menguncup kerana digunakan untuk pembangunan dan ditelan oleh padang pasir. Padang pasir Gobi saja menelan 3,600 kilometer persegi padang rumput setiap tahun atau lebih dua kali ganda keluasan negeri Melaka.

Sebab itulah China telah membeli atau menyewa berjuta hektar tanah pertanian di Afrika, Australia, Amerika Selatan dan Amerika Utara serta membina penempatan raksasa untuk rakyatnya di luar negara.

Bandar Malaysia di tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur dan Forest City di Johor adalah dua metropolis China terbesar di dunia.

16681481_1630341017273186_2463520166998697172_n

Forest City boleh menampung 700,000 penduduk dan Bandar Malaysia yang asalnya milik 1MDB akan menjadi bandar bawah tanah buatan China yang terbesar di dunia dengan nilai kasar pembangunan (GDV) RM150 bilion.

Kedua-duanya akan disambung ke negeri China melalui jalan darat, laut dan udara di bawah konsep “one belt one road” – satu wilayah satu laluan – atau singkatannya OBOR.

Bagi melindungi harta dan rakyat jelatanya di luar negara serta menjamin pengangkutan keluar masuk barang-barang China, negara itu memerlukan tentera lautan biru (blue ocean navy) macam tentera laut Amerika hari ini.

Tidak dapat tidak dua negara gergasi itu akan bertembung di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.

Sebab itulah tentera laut China cergas buat lawatan persahabatan di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi hingga ke pantai barat Afrika.

Untuk ulang alik dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi, kapal tentera dan dagang China terpaksa lalu di Selat Melaka.

Selat Melaka yang dulu penting bagi tentera laut Amerika, sekarang menjadi sama penting kepada tentera laut China.

Sebab itulah atas alasan membantu negara-negara serantau memperbaiki prasarana mereka, China giat membina pelabuhan di sekitar Laut China Selatan, Selat Melaka dan Lautan Hindi.

China sudah pun membina pelabuhan di Sri Lanka. Tapi sekarang mereka bersengketa mengenainya kerana Sri Lanka tak ada duit nak bayar. China cergas cari tapak dan keizinan untuk membina kemudahan yang serupa di Kuantan dan di Melaka.

Pelabuhan di Kuantan akan jadi pangkalan hadapan (forward base) di Laut China Selatan. Ia akan menjadi pangkalan penyudah kepada rantaian pelabuhan yang sedang dibina dari tanah besar China ke Semenanjung Tanah Melayu melalui pulau-pulau dan terumbu yang sedang dituntut atau sudah pun dirampas oleh China di bawah strategi dua rantaian pulau.

Malaysia termasuk dalam dasar maritim China
Kemudian untuk mengawal Selat Melaka, China akan bina sebuah kompleks pelabuhan raksasa yang dianggarkan berharga RM43 bil

MEDAN DAN KANCAH PERANG DUNIA KE 3 AKAN BERLAKU DI MANA ?

Image result for Russia and China warned US

PEPATAH MELAYU ada menyebut terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinannya. Melihat kepada tanda tanda yang positif dan bukti bukti yang makin terserlah, Perang Dunia ke 3 diambang pintu. apakah tanda tanda positif yang menuju ke arah itu ?  Jelas keserakahan China untuk   mengembangkan pengaruh dan  wilayahnya terutama di Asia Tenggara. China sedang memperebutkan laut yang berdekatan dengannya. China berkonflik dengan Vietnam, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Ancaman China mula terasa di mana mana jua. Di Afrika, di Sri Lanka dan terpenting di seluruh Asia Tenggara.

Justeru Hilary Clinton dalam kenyataannya ketika berkempen menjanjikan jika menjadi presiden beliau meletakkan keutamaan dalam ketegangan di Laut China Selatan. Berliau siap siaga akan menghadapi China untuk menyelesaikan ancaman krisis dan kemaraan China yang sangat agresif ini. Atas nama  Laut China Selatan, China mendakwa itu hak dan wilayahnya. China meletakkan armada laut secara besar besaran  untuk bertempur di hadapannya . China seperti membuli  wilayah laut berdekatan Filipina, berkonflik dengan Vietnam dan seperti tidak gentar dalam menghadapi Amerika.

Image result for US base in South China sea

Pakar pakar geo politik meramalkan akan berlaku perang besar  antara Rusia dan AS. AS meletakkan tenteranya diserata penjuru  Eropah Timur untuk mengepong Rusia. Dalam masa yang sama China juga sedang mara untuk mengepung AS di Laut China Selatan.  AS  sedia mempunyai pengkalan tentera di Okinawa,Jepun, Korea Selatan dan Taiwan sebagai sekutunya. AS juga mempunyai pengkalan paling besar  di Honalulu. Kekuatan yang boleh digerakkan pada bila bila masa. Ketegangan memang dirasakan. Sejauh manakah ia dapat ditahan daripada meledak dan mencetuskan Perang Dunia 3  apabila kedua dua kuasa besar ini berlaga. Yang lebih besar kemungkinannya ialah antara China dengan AS. Mengapa ? China benar benar mengganggu kekuatan AS di Laut China Selatan, wilayah yang dulunya dimonopoli oleh Amerika.

BAHAYA HEGEMONI CHINA DI MALAYSIA -CORETAN A.KADIR JASIN

MONDAY, FEBRUARY 20, 2017

The Making of China Monopoly in Malaysia

A Kadir Jasin

WHEN Tun Dr Mahathir Mohamad warned of the dangers of being too dependent on China economically and militarily, the pro-Najib propaganda machines pounded on him.

But the proofs to his warning are everywhere. China treats every nation that owes it money as its slave and subordinate. It’s a harsh indictment but it’s true.

China’s way of doing business in monopolistic and is founded on the concept of “China first” – a throwback of ancient times when the Chinese believed they were the centre of the earth.

Dr Mahathir’s fear that China companies and workers would monopolize China-funded projects in our country is not unfounded.

See what I found in Penang as I went hunting for “teh tarik” in the vicinity of Jalan Pengkalan Weld a few days ago?

Look at the picture below.

You see a very tastefully done signboard announcing the rehabilitation work of a heritage building that will soon become the Penang branch of the Malaysian incorporated Bank of China (BoC).What do you see?

Except for the bank’s Chinese name, the signboard uses bahasa Melayu and English.

But look carefully at the companies involved in the “pemuliharaan” (rehabilitation) project. Remember, this in a small, everyday construction project.

Who is the principal architect? Lo and behold it’s none other than the Pei Partnership Architects of Park Avenue, New York. The principal of Pei Partnership is none other than the China-born Ieoh Ming Pei of the Le Grand Louvre fame.

Had it been a lesser known foreign architect of Chinese origin, I would have suspected that the BoC is subtly engaging in racial chauvinism of global proportion.

http://en.wikipedia.org/wiki/I.M._Pei Ieoh Ming Pei (born April 26, 1917), commonly known as I. M. Pei, is a Chinese American architect:

PEI
I cannot say much about the rest of the professional groups contracted by BoC for the project. They sound Malaysian enough.But with Pei as the principal architect, I salute the BoC instead. Those of us who know who I.M. Pei and his world famous structures, cannot fault BoC for the choice.

Now look carefully at the last column that says “contractor”. Remember this is not a billion ringgit job; maybe at the most RM15 million. But who is the contractor?

It’s the China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd.

This Malaysian incorporated company is the subsidiary of the China State Construction Engineering Corporation, which according to Wikipedia, is the 3rd largest construction company in the world and the 20th largest general contractor in terms of overseas sales.

It was founded in 1957 (the year we became independent), has its headquarters in Beijing and its parent organization is the Asset Supervision and Administration of the State Council.

State Council is the chief administrative authority of the People’s Republic of China.

So if the contract for a sundry, everyday project like the rehabilitation and conversion of a heritage building into a bank premise is given to a China company, would China award the RM50-billion East Coast Railway Line (ECRL) and other billion-ringgit projects it has secured in Malaysia to local companies?

Unless we are fools or are commission agents to China companies, we surely know that doing business with China is not the same as doing business with the USA, Europe and Japan. Or for that matter with any country practicing multi-party democracy.

In China there only one party – the Chinese Communist Party (CCP) – and it rules supreme. Everybody is answerable to the it and it owns almost all economic and industrial assets in China.

In recent decades the CCP has become the biggest business conglomerate in the world.

It does business with the rest of the world very much like the way it controls the government and the military in China.

Remember again, the Chinese People’s Liberation Army (PLA) is the armed forces of the Communist Party of China. It owes its loyalty to the party.

Wallahuaklam. I am not sure if the Prime Minister,Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, and his henchmen and women understand this very simple truth about the real China.

Posted by A KADIR JASIN at 2:44 PM 31 comments:

PUISI BERANGKAP TUN MAHATHIR MOHAMED “BUDI BAHASA BUDAYA KITA”

 

41449716702_DSNajibRazakTunM

Budi bahasa budaya kita

Slogan mendesak di mana mana

Jangan lupa budaya bangsa

Ulangi di mulut mencukupilah juga

Kita diingat jangan terlupa

Budi bahasa warisan kita

Tetapi jika tersilap tidak apa apa

Rentap kerusi balik tidak mengapa

Budi bahasa budaya Melayu

Sering bertukar ikut masa

Jika tersilap janganlah malu

Budi bahasa perkara lama

Kesipuan jangan dibiar berlaku

Tiada kerusi alasan mencukupi

Kurang santapan diganti muruku

Bangsa tersungkur taqdir disalahi

Budi bahasa slogan negara

Bersopan santun pakaian disedia

Selempang kanan jangan dikirikan

Nyah guna tangan kiri bila makan

Budaya bangsa budi dikenang

Itulah adat Melayu lama

Setelah naik tangga ditendang

Kalau nak turun terjun sahaja

Wahai bangsaku berbudaya barukah kamu

Atau berbangsa lainkah kamu

Hilang adat hilanglah malu

Duit disembah menjadi raja baru

Lanun sudah menjadi raja

Bukan jenayah bila mencuri

Bintang dilangit dipasang didada

Rakyat menyembah duit diberi

BATU PUTIH BERTUAN BARU

LKY MENJADI RAJA

BILA TERKENANG ZAMAN DAHULU

DUDUK MENGALIR AIR MATA

Menangislah kamu wahai Melayu

Negara dijual kerana duit itu raja

Sembahlah kamu RAJA BAHARU

Itulah peranan hamba raja

Tangisan tidak membawa ke mana

Setelah negara dimiliki orang

Junjunglah penjual negara yang kaya

Mungkin sekupang dua tercicir di belakang

Kutiplah kamu dedak dan serdak

Itulah saja tertinggal bagimu

Tertutup mata, mulut dan pekak

Tersumbat hidung matilah kamu

Menangis Meratap Penjunjung jenazah

Kenapakah dedak tersumbat dihidung

Baunnya sedap menolak pun payah

Akhirnya maut diangkat perusung

Wahai bangsaku bijak bistari

Jahilkah kamu akibat tenggelam

Tidak bernyawa bermakna mati

Berakhirlah sudah cerita silam.

 

PANTUN BARU TUN DR MAHATHIR MOHAMED MENGIMBAU SEJARAH KETEWASAN KITA !

300px-Penang-labels.svg

Kalau dulu, kita tersedu mendengar Rakyat Sultan Kedah selepas dijajah meraungi, menangisi kehilangan P.Pinang daripada induknya kesultanan Kedah. Kini pun tangisan itu masih berterusan tanpa pengembalian balik hak ketuanan walau pun sesudah MERDEKA.

Terbaru kita kehilangan lagi. Hilang yang dulu tidak berganti. Ditambah pula dengan kehilangan  terbaru PULAU BATU PUTIH. Berputih mata lagilah kita.  Dari segi geografi kedudukannya  sangat dekat dengan pantai dan laut Johor berbanding dengan SINGAPURA. Jaraknya dengan Johor hanya 13 km dan dengan Singapura 43 km.  Macam mana boleh menjadi milik Singapura ?  Mustahil Malaysia atau Johor menjualnya.Turut juga hilang ialah stesen keretapi TANJONG PAGAR dan laluan dari Woodland ke stesen akhirnya ( Tg Pagar juga). Pantun di bawah ini protes Melayu terhadap kehilangan negeri :

PULAU PINANG BANDAR BAHARU,

CAPTAIN LIGHT MENJADI RAJA

KALAU DIKENANG MASA YANG LALU ,

RASA MENITIS SI AIR MATA.

Pantun terbaru Tun Dr Mahatuir merakamkan kehilangan baru akibat kecuaian para elit kekuasaan kita. Kesalahan menghilangkan hak negara secara nyata bolehkah dihilangkan ? Adakah ia boleh diambil kembali ?

dn_051

BATU PUTIH BERTUAN BARU

LKY MENJADI RAJA

BILA DIKENANG ZAMAN DAHULU

DUDUK MENGALIR AIR MATA

Soalnya sampai bila kita  nak duduk menangis lagi, sedangkan kita sudah menjadi negara yang berdaulat dan merdeka. Apa yang berlaku di negara kita, tak pun berlaku di negara luar. Hong Kong dulu wilayah British sudah pun dikembalikan ke asalnya China. Mengapakah dalam kes PP milik Kedah, Singapura yang menjadi milik Johor jadi terbalik. Kita pasakkan kepada rakyat politik kita ialah  untuk AGAMA , BANGSA dan TANAH AIR.

Kini apa yang sudah berlaku seperti menjual agama, bangsa dan negara iaitu tanah air pula. Tanah,  akhir akhir ini dijual dengan berleluasa kepada kepentingan asing yang sangat berbahaya pula iaitu RRC REPUBLIK KOMUNIS CHINA, air dijual ke Singapura dan perairan kita juga menjadi milik asing dengan terserahnya pulau Batu Putih. Khabarnya Selat Johor perairan kita akan direklaim menjadi Forest City oleh China untuk dihuni oleh warganya secara besar besaran. Justeru apa akan jadi kepada kita. Disebabkan ghairah dan haloba untuk kaya dengan segera kita jual segalanya.

Kita dirasuk  dengan kserakahan dunia yang melampau dan kegejolohan yang tiada tara. Kita dihantui untuk maju dengan cepat walau pun dengan menjual kepentingan negara yang strategik. Para pemimpin utama kita sanggup berbuat apa saja, termasuk menjual tanah negaranya yang tercinta.  Penyakit inilah yang menghinggapi para pemimpin utama  yang memerintah Malaysia.

Inilah  penyakit yang sangat dibimbangi Rasulullah saw jepada umatnya di akhir zaman. Nampaknya sudah berlaku dinegara kita. Virusnya ialah  tamak kepada dunia dan takut mati……. membina .kehidupan hedonis seolah olah tidak akan mati – membangun syurga duniawi bikinan sendiri tanpa memikirkan implikasinya ke atas agama , bangsa dan tanah air.Nampaknya itulah realiti dunia masa kini. Kegelojohan kepada dunia semakin menjadi jadi.

DARIPADA 20 PEMIMPIN PALING BERPENGARUH DI DUNIA, SIAPAKAH MEWAKILI NEGARA ISLAM: SATU ANALISIS

4-18.-Ali-Hoseini-Khamenei

Berikut 20 pemimpin yang paling berpengaruh di dunia. Mereka terdiri daripada para  pemimpin negara kuasa besar,  CEO  syarikat yang paling berdaya maju dll. Daripada 20 orang, dua daripadanya datang dari dunia Islam. Pertama King Salman mewakili dunia Islam mazhab Ahli sunnah waljamaah dan seorang lagi daripada Republik Islam Iran mewakili mazhab syiah – Ali Hoseini Khamenie.

18-4.-Xi-Jinping

Mewakili Benua Asia,  2 pemimpin daripada negara berpenduduk paling ramai di dunia iaitu dari India Presiden Narendra Modi dan 2 orang dari RRC iaitu PM China Li Kequing dan Presidennya  merangka  Setiusaha Agong parti Komunis China Xi Jin Ping.

Pemimpin yang paling berpengaruh jatuh kepada President Rusia Vladimir Putin, 2. Donald Trump Presiden AS yang baru dilantik 3. Chanselor Jerman Angela Merkel, 4. Presiden China Xi Jinping, 5.Pope Francis pemipmin agama Kristian Katolik, 6. Janet Yellen Pengerusi Federal Reserve, 7 Bill Gates Pengerusi  Bill and Melinda Gates Foundation, 8.Larry Pages tokoh perniagaan  President Alphabet 9. PM India Narendra Modi 10. Mark Zuckerberg CEO Facebook   11. Mario Draghi President European Central Bank  12. PM China Li Keqiang 13. Theresa May  PM United Kingdom 14. George Bezos  CEO Amazon  15. Warren Buffett CEO Birkshire Hathaway 16. Raja Arab Saudi  King Salman Abdul Aziz Al Saud  17. Carlos Slim Helu, Pengerusi Crupo Carso  18. Ayatollah Tertinggi Iran Ali Hoseini Khamenei 19. Jamie Dimon CEO JPMorgan Chase   20. Benjamin Netanyahu  PM Israel.

13-9.-Narendra-Modi

PAS INI PARTI ISLAM APA DAN KE MANAKAH AKHIRNYA ?

 

Penulisan ini bukan berbentuk rencana. Nukilan ini hanya menurunkan susur galur sejarah penubuhan PAS . Apakah  gerak langkah dan sepak terajang perjuangan   PAS sejak ia bermula di Tanah Melayu. Apakah tribulasi, fitnah dan mihnah yang dihadapinya ketika bertentang dengan U.M.N.O selama 60 tahun. Bagaimana kini tetiba dasarnya menjadi lunak ditengah tengah berbagai krisis keyakinan menimpa UMNO. Ini terutamanya kes penyelewengan dana 1 MDB.

Amat mengejutkan kerana  wang 1MDB masuk ke dalam akaun PM Najib sebanyak RM 2, 600, 000,000. Impak daripada hutang yang bertambun menyebabkan  negara terpaksa menanggung hutang lebih daripada RM 50 Bilion atau  RM 50,000, 000, 000 juta . Namun dalam hal ini, PAS parti yang kononnya bertunjangkan Islam mengambil sikap flip flop. Langsung tidak khuatir dengan krisis mega  yang bertaraf global ini . Krisis yang  meletakkan imej Malaysia   antara negara Islam  terbaik menjunam teruk.

IMDB merupakan krisis kewangan terburuk di sepanjang sejarah dunia. Mengapa ? ……kerana ia melibatkan KETUA NEGARA. Kenapakah PAS di bawah kepimpinan ulama Hj Hadi tiba tiba menjjadi semu dan bisu dengan kemungkaran tersebut. Kemungkaran yang meletakkan negara diambang kemuflisan. Itu sekiranya PAS mengutamakan AGAMA yang berlandaskan syariat, hukum dan undang undang Allah.

Di  bawah dibentangkan sejarah penubuhan dan liku liku perjuangan PAS dalam jangkasa 6 abad atau 60 puluh tahun :

  • Sejarah penubuhan Parti Islam di Tanah Melayu bermula dengan penubuhan parti Islam yang pertama HIZBUL MUSLIMIN di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948. Pengasasnya  ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir mudir sekolah agama rakyat Maahad Ihya Al Syarif.Para pemimpinnya terdiri daripada para ulama muda berfaham progresif dengan mengambil iktibar perjuangan ikhwanul muslimin pimpinan Hassan Al Banna di Mesir.
  • Parti ini belum sempat berkembang telah diharamkan dan dibanteras terus oleh  penjajah Inggeris dengan menggunakan undang undang darurat tahun 1948.British menghapus  habis strutkur, pemimpin dan pengikut HM hingga ke akar akarnya. Tokoh pemimpin HM  dan pengikutnya ditangkap.
  • Ini termasuk  parti parti kiri seperti PKMM dan sayap sayapnya API, AWAS, BATAS dan segala gerakan yang mengambil pendekatan politik menolak penjajah seperti AMCJA can pihak pihak yang melaksanakan HARTAL pada tahun 1947 ditahan secara beramai ramai untuk menakuti rakyat jangan berani menentang PENJAJAH. Dalam situasi kritikal para pejuang kemerdekan yang tulin tidak dapat lagi bergerak.
  • .Pada ketika ini hanya ada satu parti sahaja yang dibiar bergerak iaitu UMNO.YDPnya Datuk Onn Jaafar  diangkat penjajah Inggeris menjadi  Mebteri Dalam Negeri.Maklumat risikan siapa yang menjadi anggota dan penggerak Hizbol Muslimin serta parti parti kiri diperolehi hasil pengesahan para pemimpin UMBO dan  akar umbi UMNO yang bersekongkol dengan agen agen penjajah.
  • Pada ketika ini jentera penjajah  British sangat bersinergi dengan para pemimpin UMNO. Pemimpin dan ahli ahli Hizbol Muslimin, PKMM, API, AWAS, pemimpin kesatuan sekerja ditangkap secar borong. Tujuannya untuk melumpuhkan gerakan penentangan daripada rakyat secara tuntas supaya tidak berkutik lagi.Hanya mereka yang pro Inggeris sahaja yang bebas bergerak pada ketika itu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...