BARISAN KEPEMIMPINAN PAS DARI TG HAJI AHMAD FUAD KE TG HJ ABDUL HADI AWANG !

PAS ditubuhkan ke pendaftar pertubuhan sehingga jadi parti politik Islam pada tahun 1951. Sebelumnya ia menjadi bahagian kepada BIRO AGAMA dalam UMNO.Tokoh penting yang menjadi Yang Dipertua PAS yang pertama ialah TG Hj Ahmad Fuad diikuti Dr Haji Abbas Alias seorang doktor perubatan yang berjiwa Islam. Dr Abbaslah  yang sebenarnya menubuhkan parti Islam Semalaysia itu.  Sebelumnya  bernama Persatuan  Alim Ulama Semenanjong. Di dalamnnya terhimpun ulama Tanah Melayu.

Ketuanya ialah TG Haji Abdullah Fahim ayahanda Tuan Hj Ahmad Badawi dan datuk kepada PM ke 4 kita Tun Abdullah Badawi.Dr Abbas jugalah yang bertanggung jawab membawa PAS masuk dalam PRU sebelum merdeka pada tahun 1955. Hasilnya PAS mewakilib pembangkan memenangi kerusi pembangkang yang pertama di Malaya mewakili kawasan Kerian, kini Parit Buntar. Tokoh ini Dr Abbas juga melorongkan jalan membawa Dr Burhanuddin menjadi YDP PAS yang ketiga. Di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin bergandingan dengan Ustaz Zulkifli Mohammad PAS tersentak kerana  berjaya merampas 2 buah kerajaan negeri di pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu dalam PRU 1 selepas Merdeka.

.PAS juga menolong YDP parti Negara Dato ‘ Onn Jaafar menang pilihanraya di Terengganu pada tahun 1959. Seterusnya menyokong atas kewibawaan beliau  menjadi ketua pembangkang yang pertama  di parlimen dari tahun 1959 hingga 1961.

CONTOH POLITIK MATANG – PKR TIDAK AKAN PUTUSKAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN PAS

AZMIN ALI Timbalah Presiden PKR tegaskan PKR tidak sesekali akan putuskan hubungan dengan PAS di Selangor.

  • Perkembangan terikini tidak akan  mengakhiri hubungan PKR dengan PAS di negeri yang dikuasai Pakatan Harapan itu.
  • Beliau juga menyatakan tidak wajar  dan perlu untuk Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang menggunakan perkataan kasar dan kesat untuk menyerang musuh musuh politiknya.
  • Tidakkah dalam Islam kita diajar menggunakan perkataan yang santun dan berhemah.Inilah bentuk politik matang dan sejahtera yang terbukti dilaksanakan di luar PAS.
  • Di dalam PAS manakah dia bentuk politik matang dan sejahtera seperti yang diwar warkan.

HAJI HADI : PAS ANTARA PH DENGAN BN

PAS DI ANTARA PH DAN BN

Banyak kalangan yang bertanya sikap PAS di antara memilih bersama Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional(BN)? Hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua. Adapun PAS, sedikitpun tidak menjadi keliru bagi menentukan sikapnya.

PAS sejak penubuhannya mewarisi para pemimpin yang berpengalaman dengan semua keadaan, sejak zaman penjajah sehinggalah selepas negara mencapai kemerdekaan.

Di zaman penjajah dahulu, sama ada British atau Jepun mereka yang menjadi pemimpin PAS sebelum penubuhannya berada dalam PKMM pernah bertahaluf dengan kumpulan Nasionalis, Sosialis, sehinggalah Komunis, akhirnya dirungkaikan. Mereka yang tidak memahami konsep Tahaluf, masuk hutan bersama komunis. Adapun yang beristiqamah menubuhkan Hizbu Al Muslimin yang akhirnya diharamkan oleh penjajah, yang bakinya bersama Umno.

Ketika PAS ditubuhkan 1951, memuncaknya perjuangan menuntut pilihan raya segera melalui pendekatan politik damai, PAS bertahaluf bersama IMP dan Perikatan (Umno, MCA dan MIC), sehingga Dr Burhanuddin Al Hilmi bersama Prof Zulkifli Mohamad, Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Dato’ Onn Jaafar menyertai Persidangan Afro Asia dan turut mendukung perjuangan kemerdekaan. Apabila PRU pra kemerdekaan1955, PAS bersendirian di mana semua komponen Pakatan Harapan belum lagi menjadi janin untuk dilahirkan.

Selepas kemerdekaan PAS bersendirian dan mencapai sedikit kejayaan dalam PRU 1959, apabila berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan dan menjadi Pembangkang di Parlimen bertahaluf dengan Parti Negara yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Onn Jaafar Bekas Presiden Umno.

Ketika penubuhan Malaysia berlakunya konfrontasi dengan Indonesia, PAS bertahaluf dengan kumpulan pembangkang menolak penubuhan Malaysia dan mahukan Melayu Raya. Mereka yang tidak memahami konsep Tahaluf terus menyokong Sukarno bersama kumpulan pembangkang lain. Adapun yang beristiqamah terus bersama PAS.

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969 PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama Perikatan 1973 dan menubuhkan BN 1974 bersama parti komponennya. Berakhir dengan PAS dipecat daripada BN. Mereka yang tidak memahami konsep Tahaluf terus bersama BN atau menubuh parti lain, termasuk menggerakkan ABIM. Manakala yang diperalat BN, mengikut telunjuk parti itu dan berlakunya penubuhan Berjasa.

Di era mutakhir, PAS bertahaluf dengan Parti Semangat 46, selepasnya BA dan seterusnya PR. Berakhir dengan DAP memecat PAS.

Dalam semua Tahaluf tersebut, PAS teguh dengan dasar dan matlamatnya. Pemimpin dan ahlinya diwajibkan beristiqmah dengan dasar matlamat dan wala’ kepada keputusan pemimpinya. Perkataan Wala’ dan Tahaluf tidak ada dalam istilah parti yang tidak berasaskan Islam. Mereka yang tidak faqih dalam istilah ini tidak boleh bersama PAS. Sama ada keluar melarikan diri atau dipecat.

PAS tidak bersama PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oppurtunis.

PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dan terkini memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS. Menyertai BN laksana memikul biawak hidup. Walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telah keluar dan menyertai PH. Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.

PAS memperkenalkan konsep Politik Matang dan Sejahtera berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota masyarakat majmuk mengikut objektif Ta’aawun berpandukan Firman Allah:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة.
2. *_”Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).(Al-Maidah:2)_*

Inilah Penyelesaian Kita

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
26 Jamadil Akhir 1438H / 25 Mac 2017M

DALAM MASA 7 TAHUN LEBIH 70 PERISTIWA YANG MENGGEGAR DAN MENGGUSARKAN NEGARA DAN MASA DEPANNYA !

Apakah kedudukan negara kita kini, ke manakah halatujunya

 shahbudindotcom
Tidak tahu siapa yang begitu rajin menyenaraikan perkara-perkara di bawah ini. Tetapi ia memang menjadi tular di media sosial dan grup Whatsapp sejak semalam lagi.
Namun, hakikatnya inilah senarai tragedi yang berlaku dalam negara sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Terima kasih kepada mereka yang rajin menyenaraikannya, juga tidak lupa menyebarkannya bagi memberi kesedaran yang lebih meluas kepada pengundi semua.
Bermakna, hanya dalam tempoh 7 tahun Najib berkuasa, lebih 70 tragedi berlaku di depan mata kita.
1. Misteri kehilangan MH370
2. Pesawat MH17 ditembak jatuh
3. Pencerobohan di Lahad Datu
4. Gempa bumi di Sabah
5. Banjir terbesar sejak 30tahun
6. Cuaca panas( Elnino)
7. Jerebu terburuk dalam sejarah
8. MT Jaoquim dirampas
9. MT Orkim Harmony dirampas
10. MT Ai Maru yang ditawan lanun
11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
12. Kes pembunuhan Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi
13. Kes pembunuhan Kevin Morais
14. Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan Hutang 1mdb kini mencecah 53 Billion )
15. Menghapuskan DEB ( Dasar Ekonomi Baru )
16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan
17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia
18. Curi 2.6Billion dan di masukkan kedalam akaun peribadi
19. Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan.
20. Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen
21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan
22. Banyak Kilang tutup dan berpindah.
23. Dikaitkan dgn individu bernama Jho Low
24. Dilihat rapat dengan Peter Sondakh
25. Tidak Mampu berbuat sesuatu ketika ringgit jatuh terok
26. Menaikkan Harga Minyak
27. Peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah sehingga Mencecah RM847Billion
28. Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan beberapa lagi
29. Isu projek ‘Global Strategic Communication Campaign’
30. Isu Lynas di Pahang
31. Skandal NFC
32. Peluang pekerjaan berkurangan.
33. Kes Pembunuhan Altantuya dan Pembunohnya terlepas ke luar negara
34. Pemansuhan ISA dan Di gantikan dengan pelbagai akta ( Pota , Sosma , Mkn )
35. Isu Felda Global Venture (FGV )
36. MAS Bangkrap
37. Kenaikkan bil hospital
38. Pengurangan Biasiswa
39. Kes jenayah berat seperti pembunuhan meningkat
40. Helikoter yang membawa DS JJ terhempas bersama Yg lain
41. Helikopter yang membawa MP k,kangsar & MP sg besar dn VIP terhempas semasa Kempen PRN sarawak
42. Isteri PM ( Rosmah Mansor ) terlalu Boros
43. Isu anak kandung dan anak tiri DS Najib Razak
44. Pemecatan TImbalan Perdana Menteri
45. Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal
46. Penyingkiran MB Terengganu DS Ahmad Said
47. Penyingkiran MB Kedah DS Muhriz
48. Pemecatan Ketua Cawangan UMNO
49. Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan ( sakit )
50. Tukar Timbalan Pengarah SB
51. Bubar Pasukan Task Force
52. Bubar PAC ( Ahli PAC lama d naikkan Pangkat Timb Menteri )
53. Menangkap Dato khairudin ( kerana membuat laporan )
54. Menangkap Mathias Chang ( kerana membuat laporan )
55. Isu Bauksit di Pahang
56. Mencagar Telaga Minyak Petronas (Menurut laporan bekas MB Terengganu)
57. Menandatangan perjanjian TPPA
58. Malaysia menduduki Rangking Rasuah ke 2 dunia
59. Menjual Aset Negara kepada Negara China
60. IPIC mengheret 1Mdb ke mahkamah Timbang Tara
61. DOJ & FBI melaporkan rakyat malaysia di tipu Pada skala besar  dan bakal merampas segala aset milik anak tiri PM dan Jho low
62. Singapura menyiasat dan merampas aset milik Jho low ( Kroni Najib ) dan Menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang bersubahat dengan Jho Low.
63. Pertambahan Negara yang menyiasat 1mdb.
64. Membuat hutang Baru dengan kerajaan Negara china.
65. KWAP, LTAT, KWSP , Tabung Haji Menghadapi krisis kewangan
66. Felda Semakin Tenat.
67. Pejabat tourism Malaysia negeri ditutup.
68. Penutupan Institut Pendidikan Guru.
69. Proton dijual.
70. Cawagan bank banyak di tutup.
71. Tidak Mampu membeli Mesin Semak SPM
72. Isu Korea Utara
Senarai di atas pasti tiada penghujungnya jika Najib terus berada di singgahsana kuasa. Sanggupkan kita melihat lebih banyak tragedi berlaku di Malaysia ini?

Selamatkan  Malaysia dan sama-samalah kita singkirkan Najib, UMNO dan BN dalam piliharaya umum akan datang sebagaimana yang sudah ditekankan banyak kali oleh Tun Mahathir Mohamad.

TS MUHYUDDIN ANJURKAN NAMA “BARISAN RAKYAT” MENGGANTIKAN PAKATAN HARAPAN MELAWAN BARISAN NASIONAL

Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia TS Muhyiddin Yassin tegaskan PPBM akan menjadi Malay lead parti.Inilah   parti utama yang menjadi wadah harapan dan tumpuan umat Melayu. Parti yang melawan UMNO. UMNO  yang telah melencong jauh daripada harakat perjuangan yang asal untuk agama, bangsa dan tanah air.Perjuangan UMNO  hari ini hanya untuk mempertahan dan menyelamatkan seorang individu iaitu DS Najib Tun Razak. Beliau  yang telah mengkhianati amanah bangsa dan negara.

Di era pemerintahannya negara kehilangan banyak aset yang strategik ke tangan kuasa asing. Felda yang ditubuhkan oleh ayahanda Tun Razak untuk para peneroka menjadi milik syarikat yang dikawal dari luar negara. Lebih parah lagi apabila beliau  terlibat dalam skandal rasuah bertaraf globa  1 MDB l yang disahkan oleh dunia antara bangsa. Kehilangan wang begitu banyak menerusi pengubahan wang haram dan bebanan hutang yang ditanggung negara akibat daripada skandal terbesar itu.Dikatan yang terbesar di dunia.

TSMY  juga  mencadangkan nama baru untuk Pakatan Harapan iaitu BARISAN RAKYAT melawan BARISAN NASIONAL.Rahsia kemenangan ialah 1 lawan 1. Rakyat senang memilih, tidak ada perlawanan 3 penjuru lagi. Kerusi kerusi  yang PKR, PAS dll kalah secara bertalu talu berikan kepada PPBM sebagai Malay lead party untuk berhadapan dengan UMNO. Kerusi yang PKR dan AMANAH menang dikekalkan. Jika PAS tidak bersetuju jangan jadi pengacau dan pemecah undi yang menguntungkan UMNO – BN terutama di Selangor.

Kekuatan pembangkang ialah kerelaan mereka untuk bertanding di bawah satu lambang, satu manifesto dan satu barisan sahaja. Beliau mencadangkan nama BARISAN RAKYAT menggantikan PAKATAN HARAPAN. Itu jika dipersetujui secara konsensus dalam mesyuarat Majlis presiden Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

Bulatkan tekad. Kita berada dalam satu saf perjuangan untuk tumbangkan kerajaan yang bejat dan korup yang telah menukar Malaysia daripada negara DEMOKRASI ” KUASA RAKYAT” kepada KLEIPTOKRASI iaitu negara yang diperintah oleh maling, pencuri, penyangak dan perompak harta negara.

23 MAC ADALAH HARI ULANG TAHUN WAFATNYA BADIUZZAMAN SAID NURSI MUJADID AGONG ABAD KE 14 HIJRAH

 

BADIUZAMAN SAID NURSI lahir ke dunia pada hujung abad ke 19. Tepatnya pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada 23 Mac 1960. Tokoh ini hidup pada hujung kurun ke 19 dan lebih separuh daripada abad ke 20. Ketika mengandung ibunya bermimpi melihat bulan purnana tenggelam dalam tasik dan cahayanya memancar leluar. Ibunya bertanya kepada ulama apa maksud tadbir mimpi tersebut. Beliau diberitahu beliau sedang mengandung anak yang bakal menjadi pemimpin pemcerah zaman  tapi namanya hanya akan menyinar  selepas beliau telah tiada. Beliau meninggal setelah ditahan begitu lama oleh rejim sekular MUSTAFA KAMAL ATATURK yang muncul ke pentas kuasa pada tahun 1925.

BSN melalui berbagai episod dalam tahap tahap perjuangannya. Ia melalui detik detik terakhir  zaman kekhalifahan Turki Osmaniah yang dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid II, era  perang dunia pertama 1914 -1918, peperangan Turki dengan Rusia, perang dunia kedua 1942 – 1945, penamatan  sistem kekhalifahan Turki Osmaniah pada tahun 1924, naiknya Mustafa Kamal Pasya sebagai presiden negara moden yang sekular 1923 – 1937, tertubuhnya negara zionist  “Israel”, zaman selepas Mustafa Kamal yang  dipimpin oleh beberapa presiden Turki berjiwa sekular seperti Ismet Inonu, Celai Bayar dan  Cemal Gursel.

Semua zaman ini dilaluinya dengan penuh getir. Beliau dikurung bersendirian, diracun untuk menamatkan riwayatnya tetapi gagal, ditahar daripada diberi makanan dan minuman berhari hari, diharamkan daripada bertemu sesiapa saja dan berbagai tribulasi yang tidak terperi tanpa sifat manusiawinya.Namun dalam kesunyian beliau bertafakur, beruzlah dan mengadap Tuhan secara bersendirian. Beliau insan yang beroleh pencerahan daripada Rabb dan illahnya.

Di dalam benaknya terhimpun hafazan kitab suci Al Quran, siarh dan hadis rasulullah, kitab kitab muktabar, sejarah Islam dan  berbagai disiplin ilmu. Maka hasil daripada munajat dan perenungn maka   terpantullah  RISALAH E NOOR yang menyediakan bangsa Turki dan umat Islam formula bagaimana melawan komunisme, sekularisme, kaum atheis, kapitalisme, ulama jumud dan segala penyakit yang melekat kepada umat Islam.

Jawapan dan penyelesaianya ada dalam risalah  ini. Risalah itu juga ditulis untuk menjawab cabaran PM Great Britain, Gladstone  bahawa Al Quran tidak berupaya menyelesaikan persoalan zaman. Beliau  menganjurkan supaya Barat fokuskan usaha jauhkan umat Islam daripada Al Quran  dan anggap kitab itu tidak berguna dengan melebihkan yang selain daripadanya. Mengapa ? Selama umat Islam memahami mesej Al Quran secara pukal, mereka sekali kali tidak dapat dikalahkan. Barat hampir berjaya melemahkan umat Islam kontemporari supaya menjauhi Al Quran. BDN membujtikan Al Quran adalah pedoman yang praktikal dalam menyelesaikan apa jua persoalan umat untuk segala zaman. Kitan ini tidak ada sebarang keraguan padanya dan jadi petunjuk kepada mereka yang bertaqwa.

Mesej yang sama juga dibawa oleh Asy Syahid Syed Qutb yang menulis tafsir Fi Zilalil Quran. Menerusi tafsirannya dengan nyata dan terang membezakan apa dia Islam dan apa dia jahiliyyah moden. Badouzzaman dalam Risalah E Noor menjelaskan Al Quran tidak wajar ditafsir oleh seorang ulama saja. Kitab itu wajib ditafsirkan oleh DEWAN ULAMA yang pakar dalam pelbagai jurusan dan disiplin  ilmu sama  tradisi mahu pun ilmu ilmu moden.Tafsiran Al Quran wajib  melibatkan pakar dalam pelbagai disiplin ilmu untuk memahami maksud sebenar kalam Ilahi itu.

Ayat yang berkaitan dengan proses kejadian manusia wajib dirafsirkan daripada sudut embriologi. Ayat tentang atom ditafsirkan oleh ahli fizik. Begitu dengan disiplin disiplin ilmu yang berkembang terkini seperti kajian tentang angkasa lepas, strategi berperang, pembangunan ekonomi  usaha melawan riba dan bagaimana melepaskan umat daripada sistem hutang yang menjerat kebanyakan umat didunia.Semua ini mesti melibatkan pakar pakar dalam pelbagai  bidang. Beliau anjurkan supaya ulama Islam berbicang dengan saintis barat tentang berbagai penemuan. Beritahu kepada mereka bahawa Al Quran telah menyatakan berbagai rahsia alam jauh sebelum para saintis menemuinya.

Beliau menganjurkan ulama Islam bekerjasama dengan paderi kristian dalam melawan atheisme, bekerjasama dengan golongan sosialis bagaimana melawan riba dan sistem kapitalisme dengan mencipta sistem kewangan yang lebih adil.Ternyata apa yang BSN katakan merupakan problamatik yang tidak terpecahkan oleh umat Islam masa kini. Malah mereka terperangkap dalam pelbagai  sistem barat. Risalah E Noor membentangkan jawapannya. Kejayaan BSN ialah Risalah E Noor menjadi rujukan kepimpinan Turki kini.

MENGINGATI PEJUANG PALESTIN SHEIKH AHMAD YASSIN, TARIKH ULANG TAHUN KEMATIANNYA SAMA DENGAN P. RAMLEE

Sheikh Ahmad Yassin ( 1934 – 2004 )ulama, pejuang  dan pemimpin umat Palestin yang terbunuh menerusi serangan udara oleh rejim ganas Israel pada tahun 2004. Imam yang keluar berkerusi roda untuk bersolat subuh telah digempur dengan serangan roket oleh skuad khas tentera zionist.Sebelumnya pernah dijeblos ke penjara untuk jangka masa yang panjang. Beliau disiksa sehingga lumpuh  oleh rejim perampas bumi Palestin.Jadi bagaimana bermulanya kerajaan paling ganas di dunia ini muncul di peta dunia ? Ini semua akibat kejatuhan khilafah Islam terakhir Turki Osmaniah  setelah kalah dalam Perang Dunia 1 pada tahun 1918 . Khalifah terakhir oleh pemerintah sekular Turki moden MUSTAFA KAMAL PASYA pada tahun 1925. Sebelumnya Inggeris memperakui Palestin diberi kepada zionist menerusi perjanjian Balfour.

Proses seterusnya imperialis British  menukarnya menjadi Palestin menjadi ISRAEL. Demi untuk memperkukuhkan lagi  kedaulatan zionis dan Israel UN telah mengiktirafnya sebagai sebuah negara baru yang berdaulat pada tahun 1948.Langkah tersebut disokong penuh oleh 5 kuasa besar yang mempunyai kuasa veto iaitu AS, RUSIA, GREAT BRITAIN, PERANCIS dan CHINA. Ini bermakna Israel diperakui sebagai negara yang berdaulat dan tidak boleh dihapuskan daripada peta dunia.

Sejak dari tarikh tersebut rakyat Palestin dihambat keluar daripada tanah air mereka sendiri ke padang padang  pasir.Mereka dibuli, dibunuh dan diburu. Dilabel sebagai pengganas kerana berjuang untuk mengembalikan negara yang menjadi wilayah dan hak  mereka. Sheikh Ahmad Yassinlah  yang mengilhamkan penubuhan HAMAS untuk menggantikan Fatah yang kurang berjaya untuk membebaskan Palestin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...