APA MAKNANYA GAMBAR INI DALAM HUBUNGAN CHINA VS AS

DULU PADA TAHUN 1979  DENG XIAUPENG TUNDUK KEPADA PRES JIMMY CARTER. KINI  2017( 38 tahun kemudian ) XI ZINPENG  BERJABAT TANGAN DENGAN PRES DONALD TRUMP. MAKSUDNYA KITA TELAH SETARA. EKONOMI CHINA KINI MENDUDUDUKI TEMPAT KEDUA DI BELAKANG AS. DALAM BEBERAPA TAHUN KE HADAPAN DIJANGKA CHINA AKAN MENGATASI. LIHAT TINDAKAN CHINA UNTUK MENGUASAI LAUT CHINA SELATAN. ADAKAH MALAYSIA SEDAR TENTANG PERKEMBANGAN INI. WILAYAH KELAUTAN KITA YANG KAYA DENGAN SUMBER LAUT DAN MINYAK SEDANG DICEROBOHI OLEH CHINA. LANGKAH AWAL BERANIKAH KITA MENGUBAH LAUT CHINA SELATAN BAHAGIAN MALAYSIA DENGAN NAMA YANG MELAMBANGKAN KEDAULATAN KITA. CONTOHNYA DITUKAR KEPADA NAMA KITA. UBAHNYA MENJADI NAMA LAUT PANTAI TIMUR ATAU LAUT MALAYA.

CHINA TUNDUK PADA AMERIKA                   KITA DAH SETARA – KITA RAKAN NIAGA

PERANAN PENJAJAH DAN PROSES PENJAJAHAN SECARA HALUS

Orieantalisme berada di mana-mana.Begitulah gambaran yang dapat dilihat dalam video di atas.Ia merupakan intipati dari buku seorang intelektual kristian kelahiran Palestin Edward Said.

Lazimnya kita mengetahui bahawa orientalisme dan kolonialisme menggunakan tentera dan kekerasan untuk menjajah sesebuah negara tapi Edward Said mengatakan ianya lebih halus dari itu.Bukan hanya menggunakan tentera tapi juga melalui kesusasteraan;bukan hanya melalui penaklukan tapi juga kajian antropology;bukan hanya melalui penindasan tapi juga melalui naratif atau penceritaan.

Dia menerangkan bagaimana gambaran orang barat terhadap orang timur.Mereka digambarkan sebagai orang yang mundur,korup,malas dan babarian.Semua ini boleh di lihat dalam filem2 mereka.Kalau ada perhatikan dengan mendalam, anda akan nampak sterotaip tersebut.Untuk memahami lebih lanjut dari pengenalan video di atas anda boleh baca buku beliau yang bertajuk “Orientalism”

BUKTI MELAYU ADALAH PENJELAJAH PERTAMA MENGELILINGI DUNIA

Panglima Awang was first published in 1958. A novel with the theme of nationalism and patriotism, it is based on historical facts. It established Harun Aminurrashid as a leading writer in this genre.

Menurut sejarawan Dr. Joyce Chaplin, sebenarnya, orang pertama yang berkeliling dunia kemungkinan adalah seorang pria Muslim asal Melayu yang bernama Enrique de Malacca atau dikenal sebagai Panglima Awang

 

Panglima Awang was captured by the Portuguese when they conquered Melaka in 1511. Albuquerque ordered Ferdinand de Magellan to take him to Portugal, but he later appeared in Ce…more

SIAPAKAH AHLI PELAYARAN YANG PERTAMA  SEKALI MENGELILINGI DUNIA ?

Hasil kajian yang dilakukan oleh seorang profesor Universiti Harvad mendedahkan kebenaran tentang siapa  sosok pertama sebenarnya yang mengelililingi dunia. Profesor itu menafikan  Ferdinand Magellan sebagai tokohnya kerana tidak sempat menyempurnakan misi tersebut. Beliau terbunuh dalam satu pertempuran dengan pribumi di Pulau Cebu. Tokoh yang melengkapkan perjalanan mengelilingi dunia ialah pembantunya yang dikenali sebagai ENRIQUE THE BLACK. Siapakah Enrique ini ? Beliau ialah panglima Melayu yang ditawan semasa penaklukan Melaka oleh Portugis. Magellan adalah salah seorang komander yang menyertai misi penyerangan Melaka pada tahun 1511 di bawah armada yang diketuai oleh  Alfonso D ‘ Albuqarque.

Magellan tertarik dengan kepakaran panglima Awang dalam ilmu kelautan dan pelayaran. Lalu beliau membawanya pulang ke Portugal, Sepanyol dan  seterusnya kembali semula ke Alam Melayu dalam misi menjelajah dunia.Panglima Awang melengkapkan misi menjelajah dunia dengan kembali semula ke Melaka. Magellan seperti diketahui terbunuh di kepulauan Filipina.

 

APAKAH DIA BUTA POLITIK , BAGAIMANA MENCELIKKANNYA ?

SESIAPA YANG  MEMILIH & MENJULANG  AHLI POLITIK YANG KORUP DAN MENYALAGUNAKAN KUASA BUKANLAH MANGSA  AKIBAT POLITIK YANG BURUK ITU. MEREKA SEBENARNYA  ADALAH RAKAN KONGSI , SEKALIGUS ORANG YANG BERSEKONGKOL  UNTUK MELENGKAPKAN KEZALIMAN ITU SENDIRI. IA DILAKUKAN  DENGAN RELA WALAU PUN TIDAK MENDAPAT APA APA. SEBENARNYA MEREKA TERIMA KEZALIMAN  ITU  DIPERLAKUKAN SEWENANG WENANG   DI DEPAN MATA KERANA DIANGGAP PERKARA BIASA YANG MENJADI  LUMRAH DUNIA.

KALAMULLAH YAKNI AL AL QURAN MENYEBUT YANG MAKSUDNYA IALAH : BARANGSIAPA YANG CENDERONG KEPADA KEZALIMAN KELAK IA DISAMBAR API NERAKA

Peringkat terburuk orang yang membuta  ialah BUTA POLITIK.Dia pekak,buta dan sama sekali tidak ada peranan atau  mengambil tempat dalam politik. Dia langsung tidak mengambil peduli dan mencari tahu tentang kenaikan kos hidup, harga kekacang, tepong,sewa dan kemudahan kesihatan.Semuanya dipulangkan kepada ahli politik menentukannya.Bahkan ia sangat bangga dengan kejahilannya yang semu dalam politik. Sambil mendabik  dada ia dengan bangga meluahkan kata  SAYA BENCI POLITIK. Dia tidak tahu dan sedar daripada sikap ketidakpedulian dan buta dalam politik inilah menyebabkan bercambahnya  pelacuran,  anak anak yang terbiar, berleluasnya jenayah dan parahnya  lagi rasuah yang membarah di kalangan petinggi kerajaan, dan penyalah gunaan kuasa yang berleluasa dalam syarikat syarikat besar milik kerajaan – Analisis Bertolt Brecht.

Albert Einstein

“Dunia ini adalah sebuah tempat yang berbahaya untuk didiami, bukan karena orang-orangnya jahat, tapi karena orang-orangnya tak perduli.”

Tidakkah terserlah  kebenaran kenyataan di atas apabila dilihat betapa banyaknya rasuah dan skandal  yang menghilangkan wang negara seantero dunia akibat salahguna kuasa di kalangan para diktator.

AWAS : PROPAGANDA MEMUKAU DAN MELAMPAU MENJELANG PRU KE 14 !!!!!!!

 

PM NAJIB RAZAK : Kos isi rumah di Malaysia paling rendah di ASEAN : Kenyataan yang paling tidak bermakna bagi rakyat Malaysia terutama yang terhimpit oleh krisis ekonomi, inflasi berterusan, kenaikan harga petrol saban minggu, kejatuhan RM dan urus tadbir negara yang terburuk.

Menjelang PRU ke 14 berbagai dakwaan, propaganda, janji, peruntukan mengejut,fitnah dan wayang dikeluarkan untuk mempengaruhi pengundi terpukau dengan mereka dan benci terhdap lawan mereka. Fikiran kita sedang ditubi untuk menyokong secara melulu tanpa waras dan waspada. Maksud Pepatah Jepun menyatakan :h

Jangan percaya kepada sebarang janji tetapi percayalah pada janji janji yang telah ditunaikan dalam masa masa tertentu.Beberapa PRU telah berlalu apa yang dijanji dulu belum tertunai. Contohnya GST akan menurunkan harga barang. Harga kereta akan diturunkan. Kini semuanya terbailik.

Percayalah politik adalah helah,taktik dan strategi untuk memukau, mengeliru dan  menjahanamkan pemikiran yang peka terhadap kezaliman. Para politikus menunjukkan bahawa mereka pejuang, mulia dan perihatin. Sebenarnya ini hanya peran dan topeng belaka. Kata Saidina Ali kita tak dapat menyeluk isi hati seseorang, gambarannya tertayang pada wajah. Bila dia berkata kata terbongkar apa yang ada di dalam hati apabila dikaji serentetan kenyataan dan tingkah lakunya. Beliau menegaskan tidakkah manusia itu tersembunyi di sebalik lidahnya ? Kata kata sekadar luahan untuk melunakkan hati rakyat sebenarnya sebuah sihir untuk menunjukkan bahawa yang terburuk itulah yang paling baiik. Ini sebenar peranan spin doktor atau doktor putar belit dan putar alam. Mereka ini dibayar ratusan juta RM untuk menghidangkan seni propaganda agar diterima rakyat jelata seadanya. Berapa banyak wang dibayar dan dibazirkan untuk membiayai permainan ini. Tidakkah wajar ini diperuntukkan kepada kerja yang lebih bermanfaat seperti pembangunan keusahawanan kepada mahasiswa yang menganggor, membuka tanah terbiar dan memberi kredit tanpa faedah kepada peniaga baru yang gigih.

 

Bila Pas langgar pesanan Tok Guru

DRAMA pelaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya.

Pada peringkat kesudahannya Umno/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat.

Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan Pas.

Tindakan Umno/BN untuk mensasarkan Pas melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap Pas menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh.

Kebergantungan terhadap Pas oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan Pas secara muktamad walaupun

itulah apa yang dituntut keadaan dan kebijaksanaan.

Dengan itu, tindakan Amanah untuk turun sebagai pengganti kepada Pas terpaksa mengharungi jalan yang lebih sukar dari sepatutnya. Walaupun begitu, ianya semakin menunjukkan hasil. Namun itu kisah lain.

Continue reading

BERITA KUNJUNGAN TUN MAHATHIR DI P. PINANG AHAD 23 APRIL 2017

  • SELAMATKAN MALAYSIA DEMI MASA KINI DAN MASA DEPAN NEGARA  KITA
  • KETUANAN MELAYU BAKAL TERGUGAT JIKA PM NAJIB DIBENARKAN MENERUSKAN KUASA SEBAGAI PM

P.Pinang adalah negeri pertama yang mengadakan pertemuan dengan TUN DR. MAHATHIR selaku Pengerusi PPBM setelah semua Ketua ketua Bahagian terlantik. Secara rasmi ini adalah lawatan kedua.  Pertama dalam ceramah umum di Balik Pulau.Kedua di majlis pada hari ini. Kunjungan Tun ke P.Pinang adalah penghormatan buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri Pulau Pinang.

Intipati ucapan Tun Dr Mahathir :

Gembira melihat gelombang baju merah menyemarakkan semangat kemudaan

Bimbang dengan dasar PM Najib yang menggalakkan pelaboran China yang mencurah curah. Para pelbor China diluluskan oleh kerajaan pimpinan Najib untuk  membina petempatan baru yang didirikan oleh syarikat syarikat China. Petempatan itu juga dihuni oleh para pembeli dari negeri China yang dianggarkan berjumlah 3 juta. Petempatan baru bakal meramaikan orang China dari luar negara. Lambat laun akan menjadi warga negara bermula dengan menjadi penduduk tetap dan seterusnya warga Malaysia. Ini lambat laun akan merosakkan imbangan kaum di mana Melayu adalah majoritinya. Secara langsung kuasa politik kita akan tergugat. Janganlah dengan kemasukan orang asing ini akan menjadikan orang Melayu kaum minoriti dan  golongan  yang miskin.

FDI PM Najib menggalakkan Foreign Direct Investment yang membawa orang asing melabor di Malaysia, membeli tanah, membangunkan rumah rumah mewah untuk orang asing, pekerjanya juga orang asing dan segala galannya dimonopoli oleh orang asing.

Sedangkan FDI sebelumnya bermaksud membawa pelaboran asing untuk menanam modal di negara kita. Pembangunan kilang dilakukan oleh orang Malaysia, pekerja pun orang Malaysia dan sama sekali tidak membawa orang asing untuk menghuni di negara kita.

PM Najib telah menjual pengkalan udara di Sungai Besi kepada pelabor China untuk membina bandar bawah tanah, jual tanah milik kerajaan untuk pembangunan projek TRX Tun Razak Exchange, beri hak kepada pelabor China di Melaka Gateway, Forest City di Selat Johor. Perkembangan ini membahayakan kedudukan Melayu sebagai kuasa majoriti. Situasi ini  sedang berlaku dan akan berlaku kerana dasar dasar yang dilaksanakan oleh PM Najib kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi untuk menyelamat survival politiknya.Mengapa ? Beliau telah menjual tanah tanah Malaysia dengan begitu mudah kepada pihak asing yang bakal menggugat ketuanan Melayu.

Jangan biarkan PM Najib menjual negara ini kepada pihak asing terutama China.Kita telah terlepas Singapura.Adakah kita akan terlepas  PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ? Kita akan menjadi orang asing di bumi kita sendiri. UMNO telah berjaya menumbangkan Malayan Union yang dasarnya menjemput orang asing dari seluruh dunia menjadi warga negara Malaya. Kejayaan inilah yang menyelamatkan KETUANAN MELAYU di Malaya.

 

KOMEN BERMAKNA ATAS KEMENANGAN ANIES BASWEDAN MENGALAHKAN AHOK

ANTARA ANIS DAN AHOK

1. Kalau Ahok kalah kerana dia rasuah, atau khidmatnya tidak bagus, dia memang layak kalah. Gabenor mesti seorang yg kuat dan amanah. Kekalahannya wajar disyukuri oleh warga Jakarta.

2. Tapi kalau dia kalah kerana dia non muslim, orang Islam memainkan sentimen agama secara melulu, agama ditunggang utk memburukkan Ahok, Jakarta menempah sebuah kegelapan pada masa hadapan.

3. Parah lagi, jika muslim yg menewaskan Ahok atas sentimen agama itu prestasi khidmatnya lebih buruk berbanding Ahok, bukan saja Anis dan teamnya akan tercalar, tapi imej Islam yg dijulang utk menjatuhkan Ahok juga akan tercalar.

4. Cabaran kini, Anis, seorang muslim mesti menjadi lebih baik drpd Ahok, seorang kafir. Jika Anis seorang penganiaya, Allah tidak akan menolongnya dlm urusan rakyat sekalipun dia muslim.

UST ZOLKHARNAIN ABIDIN
Mantan Adun Santan, Perlis
21 April 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...